Tengkorak muzium disimpan dalam tong
Tengkorak
manusia disimpan dalam tong di stor arkeologi Jabatan Muzium Sarawak,
seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.Audit itu mendapati walaupun RM328,098 dibelanja untuk membangunkan sistem katalog koleksi barang antik kerajaan negeri, tiada satu pun peninggalan arkeologi, termasuk tengkorak manusia dikatalogkan.
Sistem itu bertujuan untuk mengurus serta mengawal maklumat dan mengesan koleksi muzium.
"Pihak jabatan menganggarkan terdapat sejumlah 150,000 koleksi.
"Bagaimanapun disebabkan rekod pendaftaran tidak diselenggara, jumlah sebenar koleksi tidak dapat ditentukan," laporan itu dipetik.
Bahan-bahan arkib juga mengalami nasib yang sama, sementara hanya 87 daripada 140,420 peninggalan zoologikal dan 15,603 daripada 26,700 peninggalan etnologikal dikatalogkan ke dalam sistem itu.
Penyimpanan tidak teratur itu dijadikan alasan kepada sistem katalog yang tidak sempurna, walaupun kos menyelenggara sistem katalog itu adalah RM30,000 setahun.
Penjelasan Jabatan Audit tentang jambatan RM20 juta
Jabatan
Audit Negara menjelaskan, laporannya tidak menyatakan bahawa Jabatan
Kerja Raya Sarawak "lupa" untuk menghubungkan jambatan RM20 juta ke
kampung berdekatan.Dalam surat kepada Malaysiakini, jabatan itu menjejaskan, laporan itu hanya menyebut bahawa Jabatan Kerja Raya "tidak mencadangkan" jalan penghubung itu.
Jabatan itu merujuk kepada laporan Malaysiakini pada Jumaat lalu berhubung penilaian Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek Jambatan Batang Strap di Sri Aman.
Pekan Pantu merupakan kampung terdekat dan memerlukan pembinaan jalan, tidak kurang daripada 10km, untuk menghubungkan kampung itu ke jambatan yang dibina.
Laporan audit menyebut, jambatan itu melintas ke seberang sungai yang dipenuhi belukar, menyebabkannya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.
Laporan Malaysiakini mentafsirkan laporan itu bermaksud, jalan penghubung ke kampung itu "dilupakan", tetapi Jabatan Audit Negara tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan itu.
Nota editor: Kami kesal dengan kesilapan itu.
KCB rugi bukan kerana seleweng, kata setpol MB
Setiausaha
politik menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerugian
yang ditanggung Kedah Corp Bhd (KCB) untuk projek balak di Papua New
Guinea bukan akibat penyelewengan atau rasuah.Katanya, jumlah RM134 juta yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu merupakan jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan firma Capital Investment Agency yang berpusat di London.
Pinjaman tersebut bagi membiayai pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd yang memperolehi kawasan pembalakan di negara Papua New Guinea, katanya.
Ia bagaimanapun dibatalkan pada Januari 2010 selepas penilaian oleh jawatankuasa yang dilantik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), kata Muhammad Sanusi lagi dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
"Pelaburan ini ditamatkan di pertengahan jalan menyebabkan semua modal dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan.
"Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada jawatankuasa penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut, anak syarikat kepada PMBKed mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.
Perunding untuk projek tersebut dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010, menurut laporan itu.
Mengulas perkara itu, Muhammad Sani berkata kerugian berjumlah RM6.4 juta itu juga bukan penyelewengan atau rasuah.
"Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami KCB adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu, bukan penyelewengan atau rasuah," katanya.
Dalam kenyataan itu, Muhammad Sanusi juga berkata, ketua pegawai eksekutif "yang menjerumuskan KCB dalam masalah di Papua New Guinea" ditam,aktan perkhidmatan pada 2010.
Bagaimanapun, individu berkenaan mencabar keputusan tersebut ke mahkamah, atas dakwaan bahawa penamatan perkhidmatan itu tidak dibuat mengikut undang-undang.
Katanya, bekas CEO KCB itu juga sebelum ini terbabit dalam MAS Incorporated - yang dikatakan memperolehi kawasan balak di Papua New Guinea.
Tambahnya, kerugian yang dialami KCB juga lebih rendah berbanding beban kewangan yang ditanggung ketika syarikat itu berada diketuai oleh ketua Umno Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain sebagai CEO.
Projek 99East bernilai RM1.9 bilion yang dikendalikan syarikat tersebut dengan Syarkat Terra Monda (Singapura) Ltd pada 2007 "meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat yang lebih besar berbanding perniagaan di Papua New Guinea", katanya.
Polis tahan doktor dipercayai cabul budak lelaki
Polis
hari ini menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini kerana
dipercayai mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di kliniknya
itu, dua hari lepas.Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata doktor lelaki berusia 40 tahun dan masih bujang itu ditahan di kliniknya pada kira-kira 1 tengah hari ini selepas bapa budak lelaki itu membuat laporan polis semalam.
Katanya bapa budak lelaki itu mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya selepas melihat anaknya memiliki sebuah telefon bimbit yang didakwa diberikan oleh doktor itu.
"Siasatan awal mempercayai doktor itu mengumpan kanak-anak tersebut ke dalam kliniknya dengan memberikan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Ace sebelum mencabul," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di Johor Bahru, hari ini.
Katanya budak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk pemeriksaan.
Sementara itu, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan 'Nara' yang terlibat dengan kegiatan samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan enam lelaki sejak hujung September lepas.
Katanya seorang daripada anggota kumpulan itu ditahan di Jalan Sui Koon, di pusat bandar ini kira-kira pukul 10 malam, 28 Sept lepas manakala lima yang lain ditahan di kawasan Kangkar Pulai, Taman Universiti dan Skudai Villa pada Khamis dan Jumaat lepas.
"Polis merampas pelbagai senjata dan barangan samun termasuk sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai RM1,584, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, dua jam tangan, dua beg galas, topi keledar, kapak, rotan, batu pengasah serta cable-tie yang dipercayai digunakan bagi mengikat mangsa," katanya.
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit berumur 20 hingga 42 tahun, mengaku terlibat dengan tujuh kes samun dengan dua daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.
- Bernama
FCCT umum batal sidang media Musa Hassan
Kelab
Koresponden Asing Thailand (FCCT) mengeluarkan notis membatalkan sidang
media yang dikatakan akan diadakan di Bangkok hari ini oleh bekas ketua
polis negara Tan Sri Musa Hassan.Musa sepatutnya mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut pengumuman yang dimuatkan di laman tersebut pada Sabtu lalu.
Musa berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenai acara tersebut, ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Laman FCCT pagi ini mengeluarkan notis ringkas bagi menyatakan bahawa acara itu dibatalkan, dengan peringatan bahawa program tersebut "bukan anjuran FCCT".
Notis itu juga menyebut, hanya penganjur terbabit bertanggungjawab ke atas kandungan program tersebut.
- Sapu Bukali · Pengulas TertinggiMUSA HASSAN KALAU HANG TELAH SEDAR DARI MEMBUAT KESALAHAN BERSEKONGKOL DGA MAHDIR TONG TAHI, MAKA BERTOBATLAH DAN MINTA AMPUN KEPADA ALLAH. .DAN JANGAN TAKUT KALI INI MENEGAKKAN KEBENARAN. .JANGAN TAKUT MEMECAHKAN RASIA MAHDIR TONG TAHI. .INSALLAH ALLAH AKAN BERSAMA KAMU. .KITA TENGOK NANTI MAHDIR TONG TAHI BELAKON MINTA AMPON KEPADA YG BERHORMAT ANWAR IBRAHIM. .AKU FIKIR ANWAR AKAN MEMAAFKAN. .TAPI AKU DAN SELUROH RAKYAT TETAP TIDAK AKAN MEMAAFKAN MAHDIR TONG TAHI DI ATAS KEZALIMANNYA. .INGAT YA MELAYU TIDAK AKAN MUDAH LUPA
- Albert Chin · Pengulas Tertinggi
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
- Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
- Matt Zackk · Langgani · Pengulas Tertinggi · UUMMusa Hassan...tokeh tilam yang terkenal, kini anda keseorangan... dulu bolehlah gah pabila duduk di tampuk penguasa..Bukan main sombong lagi...sekarang ni harap pandai-pandai lah Tan Sri bawak diri . Tan Sri Rahim Noor , apa khabar?
- Sapu Bukali · Pengulas Tertinggi
- Henry Lim · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
- Oren RapidFire · Pengulas Tertinggi · Ohio UniversityIbnu Sabil ..biasa la KAN kita dah lama tau!!!apa yg perkatakan SAPA AJA DLM golongan ULAT TAIK mesti terBALEKkan!!kalau ia ckp TAKDE makna nya ADA!!!dah lama dah!!!nak maian bola SISTEM lama taknak di UBAH!!!dan kalau ULAT ULAT TAIK MELAYU UMNO!!!mesti BAU BUSUK!!!!
- Ahmad Zaini · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Othman Mat · Pengulas Tertinggi · Arief Institut, Datok Keramat, Kuala Lumpur (1977-1978)
- Rank Wwow · Pengulas Tertinggi · Harvard UniversityBuruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?
Harakahdaily, 22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.
Ini bermakna, wa...Lihat seterusnya..- Jariah Bob · Pengulas Tertinggi
- Asri Aris Mohamed · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kuli di Penarek Bechakebenaran akan terserlah jua akhirnya..InsyaAllah xlama lg kita akan dpt tahu siapa di sebalik pembunuhan altantuya.skrg ni bolelah mereka bebas kerana berkuasa, kesana se sini dikelilingi pengawal, makan pun hari menu taraf hotel 5 bintang..xlama lg mkn pakai tray lah kamu.tungguuu!
- Jack Petgc · Pengulas Tertinggi · Jakarta, Indonesia
- Hazman Sharit · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
- Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri SendayanNama pun Musang Hassang, bekas kepala berkongsi dan bergelap.
Muhyiddin: BN tak kisah Nik Aziz bertanding atau tidak
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak kisah sama
ada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding
atau tidak dalam pilihan raya umum akan datang."Itu hak dia, saya tiada hak nak komen terpulang kepada kepimpinan PAS jika fikir beliau (Datuk Nik Aziz Nik Mat)) masih bertenaga dan tajam fikiran, saya tak nak komen lebih terserah kepada rakyat untuk menilai," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata BN telah pun bersiap sedia dengan jentera pilihan raya dan menawarkan kepimpinan yang berwibawa untuk bertanding di negeri tersebut.
Muhyiddin diminta mengulas laporan yang membayangkan Mursyidul Am PAS itu akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Apa yang pasti BN akan menawarkan kepimpinan berwibawa untuk bertanding termasuk calon yang bakal dinamakan menjadi Menteri Besar sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kelantan, katanya kepada pemberita di Batu 14, Hulu Langat dekat Kajang.
Beliau berharap rakyat Kelantan memberi perhatian terhadap perkara ini dan dapat membuat perbandingan berhubung siapa yang lebih layak memimpin negeri itu dan ia bukan terhad atas tokoh agama sahaja bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di negeri itu.
"..dari segi pentadbiran, pengurusan menyelesaikan masalah isu-isu berbangkit di negeri itu termasuk soal air yang tidak dapat diselesaikan, kemiskinan tegar masih banyak dan isu-isu sosial...itu juga perlu diberi perhatian," katanya.
"Harap rakyat Kelantan dapat buat perbandingan siapa yang lebih bersesuaian dan layak bukan atas tokoh agama sahaja," katanya.
Muhyiddin berkata hanya rakyat Kelantan yang mempunyai jawapan berhubung apa yang akan berlaku ke atas negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Nik Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang dan sekali lagi menjadi menteri besar.
"Saya tidak boleh jawab hanya orang di Kelantan yang boleh menjawabnya," katanya.
- Bernama
Ubah pemikiran sebelum peraturan
Saya terfikirkan kata-kata ummul mukminin Aishah RA mengenai penurunan (kedatangan) ayat-ayat al-Quran.
Kata ‘Aishah: "Sesungguhnya (peringkat) awal al-Quran yang turun ialah surah daripada al-Mufassal (surah-surah pendek bermula dari Surah Qaf sehingga an-Nas) yang menyebut di dalamnya tentang syurga dan neraka. Sehinggalah apabila manusia telah kembali (datang) kepada Islam, maka turunlah (ayat-ayat) halal dan haram.
"Jikalau (peringkat) awal al-Quran turun menyatakan: Jangan kamu minum arak, nescaya orang ramai berkata: Kami tidak akan tinggalkan arak sama sekali. Jikalau peringkat awal al-Quran turun: Jangan berzina. Nescaya mereka berkata: Kami tidak akan tinggalkan zina sama sekali."

Apa yang
Aishah beritahu ialah mengenai pendekatan al-Quran dalam mengubah
manusia. Ayat-ayat awal bukan menekan isu halal dan haram, sebaliknya
penegaskan tentang syurga dan neraka. Dalam erti kata lain membangunkan
iman tentang Hari Akhirat bahawa setiap insan akan dibalaskan kebaikan
dan keburukan yang dilakukannya.
Setelah hal itu mendalam dan dapat dihayati oleh manusia, barulah ayat-ayat berkaitan halal dan haram datang untuk membentuk peraturan syariat dalam kehidupan. Hasil dari pembentukan jiwa yang begitu menghayati tentang konsep syurga dan neraka, maka dengan mudahnya halal dan haram itu dihayati dalam kehidupan manusia ketika itu.
Jikalau al-Quran pada awalnya berkempen soal halal dan haram sebelum pembentukan minda dan jiwa tentang Hari Akhirat pastinya manusia akan gagal mematuhi hukum-hakam tersebut.

Jiwa dan minda
Hal
ini penting untuk difahami oleh kita yang ingin melakukan perubahan
dalam masyarakat. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan ialah
mengubah jiwa dan minda masyarakat. Dalam erti kata yang lain, mentaliti
masyarakat hendaklah diubah terlebih dahulu sebelum mengubah tindakan
mereka.
Kegagalan dalam perubahan, terutama kelompok Islamis ialah apabila wujudnya kegopohan ingin mengubah peraturan yang tersedia ada dalam sesuatu masyarakat dan negara, tanpa terlebih dahulu menjayakan agenda mengubah cara fikir dan kefahaman masyarakat. Inilah yang telah melingkupkan ‘Taliban' di Afghanistan.

Manusia
yang dipaksa berubah sedangkan jiwanya enggan dan membantah akan
menyimpan rasa tidak puas hati dan kebencian yang bersarang dalam jiwa
mereka. Mereka mungkin tunduk buat sementara waktu mereka tidak mampu
bertindak. Namun, mereka akan memberontak dan menentang apabila ruang
mengizinkan.
Pemikiran sesetengah kelompok Islamis yang tergesa-gesa untuk mewujudkan negara yang penuh dengan hukuman terhadap rakyat yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan akan meruntuhkan negara dari dalam. Mereka hanya akan membina negara yang rakyatnya hidup dalam kebencian. Lebih parah lagi kebencian kepada kelompok mullah ataupun ustaz itu nanti akan bertukar menjadi kebencian kepada agama.
Alhamdulillah, hal ini disedari oleh kelompok Islamis yang berjaya mendapatkan kerajaan di Turki, Mesir, Tunisia dan lain-lain. Mereka nampaknya tidak tergopoh-gapah untuk melaksanakan hudud dan lain-lain peraturan yang dikaitkan dengan Islam sebelum proses kefahaman diperkukuhkan. Mereka sepatutnya mengambil langkah membangunkan pendidikan jiwa dan minda dalam kehidupan rakyat terdahulu.

Kita hendaklah
sedar bahawa memperkukuhkan, ataupun membetulkan cara fikir dan faham
pada zaman ini jauh lebih sukar dan payah dibandingkan dengan zaman
dahulu. Banyak unsur cabaran idea dan pemikiran yang tersebar dalam
kalangan masyarakat manusia. Dunia teknologi maklumat hari ini telah
menjadikan pemikiran manusia begitu rencam dan bermacam.
Oleh itu, tidak memadai sekadar berceramah di masjid dan surau untuk menyelesaikan isu kefahaman rakyat. Pembinaan semula jiwa dan minda rakyat memerlukan masa dan penyusunan yang mengambil tempoh yang tidak singkat.
Sedangkan arak pada zaman Nabi SAW sekalipun al-Quran mengharamkannya secara berperingkat-peringkat, inikan pula pelbagai isu yang berserabut pada zaman ini dan kepimpinan Nabi SAW secara zahir tidak lagi wujud.

Taliban
Saya
tertarik dengan kritikan Wahidudin Khan terhadap tindakan kerajaan
Taliban pada tahun 2001 mengebom dua patung besar bersejarah Gautama
Buddha di Bandar Bamiyan. Dua patung itu yang bina sejak kurun keenam
telah anggap karya agung bersejarah dan telah menjadi tarikan pelancong
seluruh dunia.
Maulana Wahidudin Khan dalam The Prophet of Peace telah membandingkan tindakan Taliban itu dengan pendekatan Nabi SAW pada peringkat awal dakwah di Mekah. Walaupun pencemaran yang paling besar di Mekah ialah kewujudan 360 berhala yang mengelilingi Kaabah, namun Nabi SAW tidak memfokuskan untuk menghancurkan berhala-hala itu terlebih dahulu.

Memang benar Kaabah dibina oleh Nabi
Ibrahim AS untuk penegakan tauhid. Kewujudan berhala di kelilingnya
adalah satu pembohongan terhadap misi Nabi Ibrahim AS yang mana Nabi
Muhammad SAW adalah penerus misi tersebut.
Namun, meruntuhkan berhala dalam keadaan manusia tidak faham tidak akan dapat mengubah keadaan, sebaliknya mungkin berhala yang lebih banyak akan dibina. Maka, pada peringkat awal dakwah Nabi SAW tidak meruntuhkan berhala yang ada, sebaliknya memberikan tumpuan kepada menyampaikan tauhid dan misi ajaran Islam yang sebenar.
Setelah Mekah dikuasai dengan kefahaman majoriti manusia berubah, maka berhala-berhala pun diruntuhkan.

Wahidudin
Khan mengkritik Taliban dengan menyatakan alangkah baiknya jika Taliban
mengambil kesempatan dengan kehadiran pelancong yang ramai untuk
menyebarkan mesej Islam dan kerajaan mereka secara natural bukan dengan
kekerasan. (hlm 24. New Delhi: Penguin Books).
Keras
Saya
rasa, sebab utama wajudnya kelompok terroris ialah apabila ada
kecenderungan mendahulukan hukuman sebelum dakwah. Mendahulukan
menghukum manusia sebelum berbicara dengan cara yang baik. Mengutamakan
undang-undang agama, sebelum dialog memahamkan manusia berhubung dengan
tujuan agama.
Kelompok yang keras seperti ini
mungkin rasa berpuas hati apabila melihat manusia patuh kepada hukum
agama yang diwujudkan, tanpa mereka menyedari bahawa memaksa manusia
mematuhi agama yang tidak difahami dan disetujui oleh mereka hanya
mewujudkan sifat munafik dalam jiwa.
Misi Islam bukan untuk mewujudkan manusia patuh undang-undang agama di dunia secara paksa, sebaliknya misi asal Islam ialah untuk menyelamatkan manusia dari neraka dan memasukkan manusia ke dalam syurga. Hal ini hanya dapat berlaku apabila manusia menerima agama dengan ikhlas dan jujur. Sebab itulah Nabi SAW - seperti yang diriwayat oleh al-Bukhari dan selainnya - menziarahi Yahudi yang hampir meninggal dan mengajarnya shahadah.
Sekalipun dia hampir mati dan tiada ruang untuk kembali menjadi warga Madinah yang taat, tetapi tanggungjawab terbesar misi Islam ialah memastikan manusia kepada kembali kepada Allah dengan rela dalam apa keadaan sekalipun.

Ini tidak bererti kita menolak
peraturan yang bersifat Islamik, tetapi ia hanya hadir setelah kefahaman
rakyat dimantapkan dengan hujah dan alasan yang menundukkan jiwa dan
minda mereka. Maka, meletakkan keutamaan sesuatu agenda agama untuk
mengubah perundangan tanpa melihat kepada persekitaran kefahaman
bukanlah langkah yang bijak.
Nabi SAW apabila sampai ke Madinah memulakan program-program yang membangunkan rakyat atau constructive activities, sebelum bercakap tentang peraturan yang mengongkong mereka.
Baginda membina masjid yang berfungsi dengan sepenuhnya, membangunkan persaudaraan antara kaum, mengujud toleransi dalam kehidupan beragama antara Muslim dan Yahudi.
Selepas itu kita dapati baginda menghidupkan suasana membantu yang kesusahan, menghalang kezaliman, memudahkan yang halal dan menyusahkan yang haram. Apabila undang-undang diwujudkan selepas itu, maka ia sudah serasi dengan jiwa masyarakat.

Apabila
suasana berubah, maka keadaan umat Islam juga berubah. Maka banyak
perkara perlu dilakukan dalam memahami semula umat Islam dan masyarakat
umum tentang Islam sebelum menjatuhkan hukuman kepada mereka.
Menuduh orang lain anti-Islam, ataupun menuduh non-Muslim kafir harbi ataupun menuduh Muslim kafir dan sesat sebelum didahului dengan penerangan yang betul, itu satu kesalahan. Sikap suka mendahulukan persoalan halal dan haram tanpa diberikan alasan dan pendekatan yang jelas dan baik, juga tidak serasi dengan cara al-Quran yang Allah turunkan.
Undang-undang, hukuman dan penilaian atas nama agama hanya wujud selepas penerangan dan kefahaman yang sebenarnya disebarkan dengan secukup-cukupnya. Apabila agama lebih meresap ke dalam jiwa dan minda, maka semua kata-kata agama itu mudah sahaja untuk diterima.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan