Selasa, 23 Oktober 2012

ALLAH MAHA BIJAKSANA...MAHA PERKASA...MAHA MENGETAHUI....MAHA ADIL...ALLAH MAHA BESAR SEKSAANYA...KITA TUNGGU HUKUMAN DARI ALLAH...DISAMPING MEMANJANGKAN MUNAJAT KEPADANYA

Serangan: Jaga etika dan ingat Operasi Lalang

Harakahdaily, 23 Okt 2012
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

“PAS perlu respons isu-isu dan serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

"Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif,” nasihat beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tujuan serangan adalah dengan harapan PAS “memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.”

“Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi,” kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

“MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam,” tegas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam mengajar agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung dengan memetik firman Allah yang bermaksud, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.”

Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa serangan-serangan Umno-MCA-Perkasa mesti dibalas dengan hujah, berhemah dan tertib. Dan dengan itu tersendiri, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

“Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respons dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah. Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengingatkan semua tentang Operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno.

“Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP,” katanya.

DHPP tekad menangkan calon PAS di Sabah

Nazri Abdullah, 23 Okt 2012


KOTA KINABALU:
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Sabah kali ini dilihat lebih menarik apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini telah menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka membantu PAS.

Mereka yang kini disertai lebih 3,000 ahli di sini, bakal membantu calon PAS yang bertanding di beberapa kawasan, khususnya dalam usaha menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Naib Ketua (Kaum Cina) DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di beberapa kawasan yang dikatakan akan ditandingi calon PAS termasuk di Dun Pitas yang terkenal sebagai kawasan paling miskin di Sabah.

Mereka akan turun sebagai pasukan yang akan memberi penjelasan berhubung isu agama yang sering dimainkan BN kepada pengundi bukan Islam khususnya isu hudud yang diperjuangkan PAS.

"Bagi kita, rakyat Sabah tidak ada pilihan lain selain memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat jika mahu merubah nasib mereka dan negeri ini

"Ini kalilah, rakyat Sabah perlu membuat perubahan demi masa depan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Di Dun Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Paling menarik, DHPP di Pitas seperti yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini digerakkan oleh seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor, Otou @ Francis Singoron.

Sabtu lalu, DHPP juga turut melancarkan tabung pilihan raya peringkat Sabah untuk membantu gerak kerja calon PAS di Pitas yang disempurnakan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pelancaran itu dibuat sempena program Konvensyen Politik Baharu Sabah yang buat pertama kalinya disertai semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai Datuk seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing serta bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong yang kini menyertai PKR.

Sebagai permulaan, tabung ini telah menerima sumbangan awal dari Semenanjung sebanyak RM2,000.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja pernah melawat ke Pitas baru-baru ini.

Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya di sini.

Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.

Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.

Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, bolehlah memberikan sumbangan terus ke akaun Ambank Islamic Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073.

Undang-undang alam sekitar perlu lebih ketat

Piarapakaran S.,
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh YB Datuk Seri Douglas Uggah Embah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA).

Penguatkuasaan kepada aktiviti yang tidak memerlukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah satu langkah yang baik untuk melindungi sumber semula jadi kita dan menegakkan kelestarian negara.

Kami juga ingin mengutarakan beberapa perkara penting kepada kementerian serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk dipertimbangkan semasa pelaksanaan pindaan ini untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti alam sekitar.

Perkara 1: Modal Insan Unit Penguatkuasaan di JAS Perlu Ditingkatkan

Pada masa ini, JAS sudahpun dibebani dengan banyak kerja yang berkaitan dengan pemantauan dan penguatkuasaan alam sekitar. Tedapat kekurangan yang kritikal dalam penguatkuasaan disebabkan kekurangan pegawai-pegawai teknikal yang boleh bergerak pantas untuk penyiasatan.

AWER mengalami pengalaman yang serupa dengan JAS dalam perkara ini apabila kami mengadu beberapa kejadian pencemaran alam sekitar. Keadaan sedemikian akan menghalang pelaksanaan pindaan EQA.

Oleh itu, kerajaan mesti mempertimbangkan untuk meningkatkan modal insan teknikal dan berpengetahuan di JAS. Satu Skuad Alam Sekitar 24 jam juga perlu dibentuk untuk memastikan pesalah ditangkap semasa pencemaran dilakukan.

Perkara 2: Kos Pemulihan Alam Sekitar Sepenuh Perlu Dibangunkan
Apabila sesebuah syarikat mencemarkan alam sekitar, ia dikenakan penalti. Walau bagaimanapun, penalti ini adalah satu jumlah yang kecil bagi kebanyakan mereka yang mengaut keuntungan besar.

Seksyen 47 daripada EQA jelas menyatakan bahawa JAS diberi kuasa pemulihan kos dan perbelanjaan kepada alam sekitar.

Kami menggesa kementerian untuk menyediakan satu mekanisme untuk Kos Pemulihan Alam Sekitar Sepenuh untuk memastikan pihak yang didapati bersalah membayar kembali untuk tindakan mereka yang salah dan ini adalah bayaran tambahan kepada penalti yang dikenakan.

Perkara 3: Preliminary EIA (PEIA) Digantikan Detailed EIA (DEIA)

PEIA adalah EIA yang tidak lengkap kerana banyak parameter alam sekitar dan kajian biasanya tidak disertakan. Banyak PEIA yang dirujuk oleh AWER biasanya tidak berguna. Sebaliknya, DEIA adalah satu proses yang lebih menyeluruh dengan kebanyakan impak alam sekitar dinilai.

Oleh itu, PEIA harus sepenuhnya digantikan dengan DEIA untuk memastikan penilaian yang betul dan tepat.

Perkara 4: Panel, Perunding EIA Mesti Mempunyai Kod Etika Ketat
Panel dijemput berdasarkan kepakaran mereka untuk memberi komen teknikal sebelum EIA bermula dan selepas ianya siap. Terdapat kes-kes di mana selepas mesyuarat projek DEIA pertama, panel menarik diri dan melompat untuk menjadi perunding projek yang sama.

Tindakan ini mesti dihentikan kerana ia adalah cara tidak beretika untuk mencari pendapatan sampingan. Di samping itu, siasatan ke atas salah lapor atau laporan tidak beretika dalam EIA oleh perunding mesti diambil serius.

Satu jawatankuasa siasatan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Jika perunding EIA didapati bersalah, dia tidak harus dibenarkan untuk menjadi perunding EIA selama-lamanya.

Malaysia memerlukan penguatkuasaan yang lebih ketat untuk melindungi sumber semula jadi kita. Tiada apa-apa yang patut menghalang kita daripada berbuat demikian.

Kita meminjam sumber-sumber ini daripada generasi akan datang. Ia bukan hak kita untuk memusnahkannya.

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

PAS tanding 30 dari 56 kerusi DUN Johor

Zulkifli Sulong, 23 Okt 2012

(Dr Mahfodz, pesuruhjaya PAS Johor)

KLUANG: PAS akan bertanding 29 atau 30 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Di peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Ini bermakna, PAS bertanding paling banyak kerusi DUN Johor berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang akan bertanding kira-kira 27 kerusi lagi.

"Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini.


KERUSI TUMPUAN


Dari jumlah itu, PAS memberikan tumpuan kepada 17 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita beri tumpuan untuk menang 17 kerusi ini untuk membolehkan kita 'lead' Pakatan di Johor," kata beliau yang memberitahu, PAS Johor sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu.

DAP akan bertanding kira-kira 14 dan PKR pula akan bertanding 15 kerusi DUN.


KEBANGKITAN UNDI CINA


Menurut beliau, pengundi Melayu perlu memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya ini untuk mempastikan kestabilan politik berlaku di negeri ini.

"Ini kerana, ekoran kebangkitan pengundi Cina selepas 2008, kebanyakan kerusi di Johor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya

Ini ekoran dari tindakan BN memasukkan pengundi Cina ke kebanyakan kerusi DUN di Johor dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 untuk menghadapi kebangkitan undi Melayu dalam pilihan raya sebelum itu (1999).

Hasilnya, banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina sekitar 40 peratus.

"Dalam pilihan raya 2008, hanya 60 - 65 peratus sahaja pengundi Cina mengundi PAS. Kali ini, kita jangka pengundi mereka akan bertambah (untuk PAS)," kata Dr Mahfodz.

Jika pengundi Melayu masih terus bersama Umno, mereka akan bersama pembangkang dan kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan stabil.

"Kita tidak mahu ulangi apa yang berlaku di Perak di mana kerajaannay tidak stabil. Oleh itu, orang Melayu perlu mengundi PAS bukannya Umno dalam pilihan raya akan datang ini," kata beliau.


AGENDA


Menurut Dr Mahfodz, yang mendapat PhD dalam bidang undang-undang syariah, agenda negara berkebajikan akan mendominasi hala tuju PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umu ini.

"Kita telah mencapai kata sepakat dalam Pakatan Rakyat, kita akan tumpukan kepada kebajikan rakyat.

"Tawaran air percuma adalah agenda utama kita untuk rakyat Johor," kata beliau.

Beliau memberitahu, syariah Islam hanya akan dilaksana jika mendapat sokongan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu, kata beliau, ia tidak menjadi agenda sehingga kini.

"Kita menyertai pilihan raya ini secara bersama, jadi apa-apa yang hendak kita buat mesti mendapat persetujuan bersama dalam konteks demokrasi," kata beliau.

Panas membara bila aku baca iklan ni (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 23 Okt 2012
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/541345_507316529281627_1047854574_n.jpg

20 Mbps, 120 GB limit = RM 249 (Malaysia)
150 Mbps, Unlimited = $49.90 (Singapura)
Hampeh!!!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Setelah menghina hudud, MCA terima upah RM30 juta...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 23 Okt 2012

Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta dari Najib..

Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini.

Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2 juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana.

Baca http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/10/setelah-menghina-hudud-mca-terima-upah.html

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Ambil tindakan, jangan undi Soi Lek - Abim

Harakahdaily, 23 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dalam nada yang marah dan kesal, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Abim juga mengajak umat Islam di mana sahaja jangan mengundi Chua di mana sahaja beliau bertanding.

Demikian kata Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abim menyertai umat Islam di seluruh negara membuat bantahan terbuka kepada kenyataan Chua yang menghina Islam dan hukum-hukumnya.

Sebelum ini, pelbagai pertubuhan dan individu, kecuali Umno, membantah siri kenyataan beliau yang sangat tidak sesnsitif bahkan menghina Islam.

Abim, kata Amidi, sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud.

Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud.

Walhal, katanya, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.

Abim, katanya, menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain.

"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini," tegas beliau.

Abim juga, katanya, memandang berat sikap pemimpin para yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

"Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.

"Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas," tegas beliau.

Bekas ahli Usno patut menyertai PAS

Harakah, 23 Okt 2012
KOTA KINABALU: PAS Sabah mempelawa semua bekas ahli Usno untuk menyertai parti itu demi perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah
Abdullah.

Ini kerana, menurut beliau, perjuangan PAS banyak mempunyai persamaan dengan Usno memandangkan kedua-dua parti memperjuangkan keadilan sejagat.

“Allahyarham Tun Datu Mustapha, pengasas Usno dan Bapa Kemerdekaan Sabah mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Allahyarham Ustaz Yusof Rawa, Presiden PAS yang kelima selepas Tan Sri Mohd Asri Muda.

“Allahyarham Tun Datu Mustapha juga mempunyai hubungan yang baik dengan Haji Subky Latiff, seorang wartawan dan penulis terkenal yang juga bekas Ketua Penerangan PAS dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,” kata Hamzah.

Laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.

Kelantan: Dari juara politik ke raja bola

Wan Nordin Wan Yaacob Foto Zamani Mohd Zain, 23 Okt 2012

(Pasukan Kelantan menjulang piala dengan disaksikan pemimpin PAS dan Umno)

SHAH ALAM: HUJAN renyai dan sesekali lebat yang turun di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober lalu tidak sedikit pun mengurangkan jumlah penyokong Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk memenuhkan stadium tersebut bagi menyaksikan Kelantan - The Red Warrior (TRW) bertarung dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan akhir Piala Malaysia 2012.

Demam Piala Malaysia cukup membadai Stadium Shah Alam dengan puluhan ribu penyokong TRW membanjiri stadium, malah bagaikan gelombang merah membadai laut yang membiru.

Sejak jam 10.00 pagi lagi pekarangan stadium Shah Alam telah mula didatangi penyokong khasnya penyokong TRW tidak kira yang datang dari Kelantan mahupun rakyat Kelantan yang bermastautin di sekitar Lembah Kelang.

Sementara menjelang malam, stadium sudah cukup padat dengan lautan merah penyokong TRW yang datang dengan semangat mahu pulang dengan gelaran juara ‘Treble’(tiga kejuaraan dalam satu masa-Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA).

Itulah Kelantan, dari juara politik baru kepada raja bola.

Laporan penuh Harakah Jumaat ini.

Apa maksud jawatankuasa khas royalti petroleum

Harakahdaily, 23 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub minta Menteri Kewangan menyatakan apa maksud jawatankuasa khas berhubung isu bayaran royalti hasil petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah berdaftar dengan Kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah status tebatan banjir yang telah dilaksanakan semenjak 2008 hingga kini yang belum dapat mengatasi masalah banjir di Lembah Klang.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan perkembangan Klinik Satu Malaysia dan masalah yang dihadapi.

Tiada ulasan: