Teknologi kesan ketulenan ijazah
15 Oktober 2012
Bukan sahaja bakal dipasarkan di dalam negara, malah ciptaan terkini seorang penyelidik UTM, mampu takluki pasaran antarabangsa apabila dikomersialkan nanti.
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, setakat ini, sebanyak empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sudah menunjukkan minat untuk mengguna pakai perisian tersebut di universiti masing-masing.
“Menerusi ciptaan ini, ia dapat mengesan kesahihan setiap sijil dengan mudah sekali. Kita juga yakin perisian ini mampu menarik minat khususnya kepada majikan yang khuatir dalam mencari pekerja baru.
“Dengan kredibilitinya, ia juga diyakini menjadi salah satu alternatif kepada penyelesaian isu ijazah palsu seperti yang pernah dilaporkan berlaku baru-baru ini," katanya kepada media, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dr Rose Alinda Alias dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein yang mencipta perisian itu.
Sementara itu, buat pertama kalinya, UTM telah mengaplikasikan inovasi tersebut pada majlis konvokesyennya yang berlangsung pada 13 sehingga 16 Oktober ini melibatkan 5,304 pelajar.
Mengulas tentang ciptaan itu, Muhammad Zaly Shah berkata, perisian berkenaan menggunakan kod bertindak cepat (QR) yang dicetak pada ijazah graduan dan dibangunkan bersama ‘Imbas Pembaca’.
“Para majikan yang berminat boleh mendapatkan perisian ‘Imbas Pembaca’ yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris itu dengan memuat turunnya secara percuma di laman web www.imbas.my/download mulai Selasa depan.
Britain mahu Azhar di universitinya
Subky Latif, | 15 Okt 2012 |
Ia adalah satu perkembangan yang baik bagi alam ilmu seglobal dan langkah yang dunia Islam wajar sambut.
England masih dikira sebagai pusat pengajian yang terbaik di dunia kerana masih mengekalkan disiplin dan kawalan yang ketat terhadap mutu pengajian dan martabat universitinya.
Apapun England adalah sarang pengembangan fahaman sekular yang penting dan sarat dengan sekolah orentalisnya. Dengan kedatangan kampus Azhar ke kampus-kampus di Britain boleh mengimbangi pengembangan ajaran sekular-orentalis itu dan langkah itu adalah membawa Islam dan ajarannya ke depan tangga dan pintu orang-orang England.
England masih menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini bererti pengajian ilmu mengikut tradisi Islam dan penggunaan bahasa Arab akan lebih tersebar ke seluruh dunia.
Perkara ini adalah perkembangan yang boleh mengetuk pintu univerisiti-universiti di Malaysia bagi mengambil langkah yang sama. Universiti di Malaysia jangan tertinggal daripada kampus-kampus di England dalam membekalkan ilmu dan pengetahuan agama kepada para pelajar.
Beberapa universiti di Malaysia memang sudah ada sekolah Islamnya sendiri tetapi belum diterima umum dapat menyamai pencapaian lepasan Azhar. Almarhum Dr Ismail Faruqi yang menyandang ijazah PhD dalam pengajian Islam di luar Mesir dan terkenal sebagai pemikir Islam yanag hebat tidak diterima sebagai ahli ilmu Islam yang berwibawa disebabkan dia bukan keluaran al-Azhar.
Justeru, beliau telah mendaftar belajar di al-Azhar, Mesir bagi mendapatkan pengiktirafan dunia Islam.
Universiti-universiti di Malaysia wajar mengambil langkah yang segera untuk mengadakan cawangan kampus al-Azhar bagi memberi peluang seramai pelajar kita mendapat pengajian daripada kampus itu sama ada penjadi pelajar penuh masa daripadanya atau mengambil kursus tertentu di samping tambahan kepada bidang pengajiannya yang asal.
Sebagai bakal pelajar yang mengikut kursus di kampus Azhar di Britain nanti, bukan semua orang Islam tetapi ia memberi peluang mudah kepada pelajar bukan Islam, maka cawangan kampus seperti ini di Malaysia akan memberi peluang kepada pelajaran bukan Islam menimba ilmu di situ.
Masa ini, kita tidak dapat hendak memikirkan pelajar bukan Islam dari Malaysia akan pergi ke Mesir. Sekalipun ia bukan pilihan majoriti pelajar Islam untuk ke sana, tetapi pelajar Malaysia dikira siswa bukan Mesir yang teramai di sana.
Di samping cawangan kampus itu mendekatkan peluang bukan Islam untuk belajar di situ, ia akan membuka peluang yang lebih banyak bagi pelajar Islam berpeluang menimba ilmu di situ.
Ini tidak bererti tiada lagi selepas ini pelajar kita akan ke al-Azhar Mesir. Demokrasi dalam bidang pengajian tidak menyekat pelajar membuat pilihan belajar dalam negeri atau luar negeri, tetapi yang penting ialah lebih banyak peluang pengajian untuk pelajar kita daripada semua kaum dan anutan agama.
Lim Guan Eng pernah bercakap tentang kehebatan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pelajar Cina yang mahu tahu apa yang Guan Eng kata tidak akan menggunakan sebahagian dari masa pengajiannya untuk ke al-Azhar Mesir bagi mengetahuinya, mereka boleh dapatkannya daripada kampus yang ada di mana-mana universiti dalam negeri.
Sama ada rancangan Britian itu akan terlaksana atau tidak, universiti di Malaysia wajar merebut peluang itu, kerana ia satu pelaburan yang tidak merugikan.
Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammadlah yang pergi ke gunung.
Laporan Audit Negara dibentangkan hari ini
Selepas tertangguh lebih dua minggu, Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.
Pejabat ketua audit negara dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan kepada pengauditan terhadap 456 penyata kewangan Kerajaan dan agensi kerajaan tahun 2011, sebanyak 338 (85.1 peratus) penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
Manakala sebanyak 25 (5.5 peratus) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.
Baki 43 (9.4 peratus) pula penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, menurut laporan itu lagi.
Pejabat ketua audit negara dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan kepada pengauditan terhadap 456 penyata kewangan Kerajaan dan agensi kerajaan tahun 2011, sebanyak 338 (85.1 peratus) penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
Manakala sebanyak 25 (5.5 peratus) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.
Baki 43 (9.4 peratus) pula penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, menurut laporan itu lagi.
Saifuddin: Saya tidak bela Soros atau Suaram
14 Oktober 2012
"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.
"Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beberapa pihak dari Umno dan pro-Umno mengecam pendirian beliau secara terbuka dan juga menerusi Twitter dan laman sosial siber ekoran kenyataan pertengahan minggu lalu.
Antaranya, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan politik 'makan keliling' dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros - penyangak mata wang berbangsa Yahudi.
Muhammad mendakwa Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.
Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan Umno dan BN sekarang.
Malah katanya, beliau percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal.
Saifuddin sebelum ini dipetik berkata, serangan dijalankan BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ada bertemu dengan Soros dua tahun atas permintaan jutawan itu.
Muhammad Zahid menegaskan, sebagai seorang pemimpin Umno, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "kita perlu tingkatkan diskusi politik ke tahap yang lebih tinggi."
Katanya, dari segi strategi kempen BN pula, PRU13 banyak bergantung pada golongan pertengahan, yang terdiri daripada pengundi muda, profesional dan kelas menengah.
"Menurut kajian-kajian, mereka 30 peratus daripada pengundi; menilai dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik yang keterlaluan.
"Mereka faham politik ada bidasan dan serangan, tapi mereka tak suka bila ia keterlaluan seperti serangan peribadi dan menghukum di khalayak sebelum didapati bersalah secara perundangan," katanya.
TV3 akan hadapi nasib yang sama seperti Utusan?
Aspan Alias, | 15 Okt 2012 |
Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.
Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku ke atas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.
Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan dijangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.
Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran ‘professional’ tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap ‘tidak professional’ TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur.
TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyibaran maklumat kepada rakyat.
Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu.
Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai ‘inclination’ masing-masing terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini.
Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang ‘counter productive’ terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini.
Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan dari tindakan mereka itu. Sebahagian besar dari tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun di sempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang.
Sikap memecah belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing.
Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang ‘intensity’ pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu.
Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala ‘glamour’ yang di alami oleh saluran TV3 yang terkenal itu.
Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang di alami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini.
Kita cuba untuk tidak menonton TV3 buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
BAGAIMANA DOSA YANG LAIN...SEPERTI RASUAH...ZINA..MEMBUNUH...FITNAH..TIPU...ROGOL...MENCURI...SONGLAP
AMBIK HAK ORANG CARA.. BATIL...MINUM ARAK...GUNA KHIDMAT BOMOH..DEDAH AURAT DLL...SEMUA DALAM PENGETAHUAN ALLAH...NAK LARI
MANA...PEMBUAT2 DOSA NI
Najib: Dosa besar kalau janji tidak ditunai
14 Oktober 2012
Dipetik Bernama, Najib berkata, kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.
"Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut 'binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.
"Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.
"Tuhan akan laknat kita, rakyat akan hukum kita, mereka (rakyat) akan hukum pemimpin yang tidak melakukan apa yang dia janjikan ataupun dia menipu rakyat," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat di sini, hari ini.
Najib juga berkata, sambutan rakyat di Sabah dalam beberapa siri lawatannya ke negeri ini seperti di Sandakan, Sipitang, Kota Belud, Penampang dan Kudat yang mendapat sambutan cukup menggalakkan, menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.
Katanya, kehadiran beramai-ramai rakyat juga menggambarkan keyakinan bahawa rakyat hanya boleh menyandarkan harapan masa depan mereka kepada kerajaan BN dan bukan kepada orang lain, sekaligus melambangkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan sekarang.
Najib juga memberi jaminan bahawa semua yang dijanjikan kerajaan BN akan ditunaikan tanpa mengambil kira bila pilihan raya umum akan diadakan.
Perdana Menteri juga menyifatkan Sabah sebagai cerminan masa depan rakyat 1Malaysia kerana di samping kepelbagaian kaum dan kepercayaan, rakyat negeri ini masih mampu bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni sejak kemerdekaan Sabah 49 tahun lalu menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia.
Mengenai pemilihan Kudat sebagai lokasi program Jelajah Janji Depati, Najib berkata, ia bukan semata-mata disebabkan sentimen nostalgia Kudat sebagai bekas ibu negeri Sabah serta tempat kelahiran pemimpin agung Tun Datu Mustapha Datu Harun tetapi ia melambangkan iltizam kerajaan BN untuk terus membawa pembangunan kepada daerah itu.
Najib berkata, sebagai seorang pemimpin, beliau perlu memahami keluh-kesah rakyat serta memahami denyut nadi mereka dan mesti mampu dan sanggup memenuhi aspirasi atau kehendak rakyat.
"Salah satu aspirasi rakyat, khususnya di Kudat ialah supaya bertitik tolak daripada pelancaran Jelajah Janji Ditepati ini, Kudat akan melalui zaman pemulihannya, Kudat dapat kembali kepada suatu ketika ianya merupakan ibu negeri Sabah dan kalau kita tidak boleh kembalikan ibu negeri Sabah kepada Kudat,
sekurang-kurangya kita dapat terus membangunkan Kudat ini seperti mana kehendak masyarakat di sini," katanya.
Program yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman itu dibanjiri kira-kira 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Banggi.
Selepas pelancaran Jelajah Janji Ditepati, Najib melawat kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Sebelum itu, Najib turut mengadakan tinjauan rakyat di sekitar Kampung Air dekat sini sejurus tiba dari Kundasang.
Curi logam: Gadai nyawa demi wang
15 Oktober 2012
Tanpa peduli impak kepada orang lain, waima keselamatan diri sendiri. Bukan setakat penutup longkang, penghadang jalan, pagar rumah yang dicuri, malah ada yang mengangkut besi rel kereta api. Paling tragis sanggup menggadai nyawa jadi 'super hero' memanjat pencawang elektrik untuk mencuri kabel bagi mendapatkan tembaga untuk ditukar menjadi duit.
Rentung terkena gencatan ketika ghairah memotong kabel, badan putus tersepit di atas pencawang antara padah yang menimpa si pencuri logam. Walaupun sudah banyak kes ngeri sebegini berlaku, tetapi kejadian curi logam masih berleluasa.
Sinar Harian minggu ini mengupas kes curi logam untuk kita bincangkan bersama.
Sembunyi pelanggan bawah selimut
15 Oktober 2012
Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.
Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.
“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama.
“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.
"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.
Dirasuk jin, peserta cabar berlawan
15 Oktober 2012
Kejadian itu berlaku apabila seorang remaja lelaki tiba-tiba bangun dan mencabar ahli panel untuk berlawan diikuti selang 10 minit kemudian seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang wanita warga emas bangun turut memperkatakan hal sama.
Perkara aneh itu disaksikan lebih 100 peserta yang sedang mengikuti tajuk kedua program ‘Apa Itu Sihir’ bersama Imam Masjid Putra Perdana Puchong, Dr Abdullah Qurtubi.
Pak Engku ketika ditemui tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana perkara itu sudah diduganya sejak awal lagi.
“Perkara ini dilakukan oleh jin, jin sememangnya mahu menggagalkan seminar ini, jadi dia akan gunakan apa cara sekalipun untuk membuat tumpuan peserta dan ahli panel terganggu,” katanya yang sudah mengendalikan tiga siri seminar sebelum ini.
Menurutnya, peristiwa yang berlaku semalam adalah kali pertama sepanjang penganjuran seminar itu.
“Saya memang sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti ini, ini semua kuasa ALLAH SWT, kita hanya berikhtiar untuk menyembuhkan sahaja,” katanya.
Beliau berkata, kesemua peserta dibacakan ayat suci al-Quran sebelum masing-masing beransur pulih.
Mengulas lanjut mengenai seminar diadakan, beliau berkata, ia lebih kepada aspek teknikal untuk menghalang sihir termasuk gangguan jin melalui kekuatan yang ada pada diri setiap orang.
“Setiap orang mempunyai kelebihan cuma ramai yang tidak tahu gunakan, jadi melalui seminar ini kita terangkan menerusi teori dan praktikal bagaimana tenaga dalaman yang kita ada ini boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada gangguan halus,” katanya.
Umno tandus pemimpin muda, dakwa Azmin
15 Oktober 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.
Menurutnya, ini kerana masa depan negara bergantung kepada pimpinan generasi muda berasaskan prinsip serta nilai murni dan bukannya ditentukan generasi Mahathir.
“Kenapa Najib gagal menonjolkan pimpinan baru dalam kalangan Umno untuk turun berkempen bagi pihak Umno? Ini membuktikan bahawa perkhidmatan Mahathir diperlukan untuk menyelamatkan Umno.
“Saya mengalu-alukan peranan Mahathir untuk lebih aktif dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja kali Ke-5 di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Sentosa, Klang.
Hadir sama, Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Ketua Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Sementara itu Azmin dalam ucapannya, turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya bangkit memfokuskan kerangka besar dan menolak cerita remeh dalam menentukan hala tuju menawan Putrajaya nanti.
“PKR sudah membuktikan kita bukan parti nyamuk malah kini semakin kuat bersama Pas dan DAP, malah turut digeruni Barisan Nasional (BN) yang ada bertanyakan Kabinet bayangan kita.
“Jika mereka tidak gentar kenapa mereka berminat untuk mengetahui Kabinet bayangan kita? Bermacam-macam spekulasi yang timbul tetapi apa yang penting bagi saya bukan soal jawatan tetapi mahu ‘kuburkan’ Umno,” katanya.
Beliau mengakui, mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mengejarnya tetapi yakin sudah hampir dengan kemenangan melihat kepada sokongan yang semakin kuat terhadap PR termasuk di Sabah dan Sarawak.
Projek Rapid: Pas tidak tolak pembangunan
15 Oktober 2012
Mengapa Pas dan PKR bercanggah pendapat mengenai isu Rapid di Pengerang?
Pas tidak pernah menolak pembangunan (Rapid Pengerang) asalkan ia mengambil kira kepentingan, masa depan dan juga sumber pendapatan penduduk. Pas dan PKR tidak bertentangan daripada segi prinsip. Sama ada ia akan dikekalkan atau dipindahkan ke tempat lain, perkara itu masih lagi fleksibel. Tetapi mengambil tanah hampir 10 kampung, kami memang tidak bersetuju. Asasnya, jangan diambil tanah rakyat itu. Pembangunan boleh dibuat di mana-mana pun di negara ini asalkan boleh memberi manfaat kepada rakyat, bukan menyusahkan mereka.
Apakah kelebihan dan kekurangan projek mega ini bagi Pas?
Kelebihan projek ini ialah ia akan menggalakkan lagi pelaburan di negeri Johor. Rapid boleh membangunkan industri hab minyak dan gas di negara ini. Itu tidak menjadi masalah sebagaimana di Bintulu, Kerteh dan Paka. Perkara itu tidak kami persoalkan. Saya mendapat maklumat secukupnya, tidak pernah lagi berlaku sejarah Petronas membangunkan industri mereka di atas perkampungan tradisi rakyat. Saya membuat semakan di Paka dan Kerteh, ada melibatkan sedikit pengambilan tanah kebun kelapa, tetapi bukan penempatan atau kampung tradisi. Kalau begitulah rekod Petronas, kita mahu tahu siapa yang membuat keputusan hampir 10 kampung mahu diambil. Itulah isunya.
Bagaimana pula dengan standard piawaian pembangunan projek tersebut?
Mengikut standard piawaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang industri minyak dan gas, tidak boleh mengambil tanah atau perkampungan tradisi. Itu tidak akan berlaku. Perkara ini perlu jelas. Memberi manfaat dan pelaburan di negeri Johor, itu kita tidak tolak tetapi jangan sesekali mengambil tanah perkampungan di kawasan Pengerang itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyebut isu Rapid Pengerang sengaja dipolitikkan selepas isu Lynas mula diterima rakyat, adakah benar?
Rapid Pengerang dan Lynas adalah dua isu yang berbeza. Lynas melibatkan isu alam sekitar yang memang difahami dan menimbulkan satu kontroversi cukup besar impaknya bagi negara kita termasuk masyarakat antarabangsa. Berbeza dengan isu di Pengerang, tidak boleh disamakan dengan Lynas. Beliau (Muhyiddin) perlu berfikir pada tahap seorang Timbalan Perdana Menteri dan mungkin bakal Perdana Menteri. Seharusnya beliau melihat isu tersebut sebagai isu rakyat. Kita tidak bermaksud untuk mempolitikkan apa-apa isu bagi kepentingan mana-mana pihak. Contohnya, jika saya tidak dituduh mempolitikkan isu itu dan bertanding di Pengerang, adakah saya ada jaminan menang? Jika ada pemimpin hanya berjuang di atas dasar untuk mendapatkan habuan dan kepentingan politik, mereka perlu ingat bahawa pemimpin datang dan pergi.
Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur
14 Oktober 2012
Protes aman kali ini disertai wakil semua Ahli Majlis seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, masing-masing membawa sepanduk Desak SUK Kedah letak jawatan.
Tiga tuntutan dibangkitkan kerana mendakwa Rasli mencabuli undang-undang Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan hal ehwal perlantikan Yang Dipertua (YDP) PBT.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Akta Pencabulan Akta 171, Basir Ismail berkata, Ahli Majlis seluruh negeri Kedah sebulat suara mahu Rasli meletakkan jawatannya secara sukarela.
Antara perkara yang dibangkitkan termasuk, tindakan mencabuli akta berkenaan menyebabkan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah tercemar, menjatuhkan maruah Pegawai Tadbir Negeri (KCS) serta tidak menghormati bidang kuasa Menteri Besar dan Exco.
“Kami mahu sampaikan mesej yang jelas kepada Exco dan Menteri Besar. Kita sudah serahkan memorandum sebelum ini namun tiada tindakan diambil, kita tengok apa tindakan bersesuaian dan bincang,” katanya.
Basir yang juga Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) berkata, pihak yang mempertikai tindakan mereka disaran meneliti Seksyen 10 dan 11 akta itu supaya memahami situasi sebenar.
Pada 5 September lalu, lebih 50 terdiri daripada Ahli Majlis MDKP, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan aman di hadapan Wisma Darul Aman, membantah pertukaran Pegawai Daerah, yang juga Yang Dipertua MDKP, Ahmad Fisol Mohd Nor, selain mendesak Rasli melepaskan jawatannya.
JIKA KITA BENAR...APA NAK TAKUT
Zahid: Jangan terus politikkan isu Scorpene
14 Oktober 2012
Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan pembangkang tidak mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara.
Katanya, kapal selam adalah aset negara dan oleh itu, jangan sesekali melemahkan keupayaannya.
"Sebagaimana Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mereka cuba membangkitkan isu kapal selam yang mana mahkamah di Perancis telah mengatakan tiada pendakwaan perlu dibuat.
"Untuk apa ini semua. Mereka sengaja membangkitkan perkara itu, bertujuan politik... adakah kerana pilihan raya umum yang semakin dekat," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Majlis Penganugerahan Insigma dan Sijil Kelayakan Kepakaran Kapal Selam di Markas Angkatan Kapal Selam di sini, hari ini.
Selain itu, beliau turut mengadakan lawatan kerja sehari beliau bersama 80 wakil media ke Pangkalan TLDM.
TLDM mempunyai dua kapal selam iaitu Scorpene buatan Perancis iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak yang kini ditempatkan di Teluk Sepanggar.
Katanya, TLDM telah mematuhi prosedur yang ditetapkan Kementerian Kewangan dalam proses perolehan aset itu.
"Kita tidak mahu perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan itu akan membuatkan semangat pegawai dan anggota TLDM lemah.
"Jangan juga sesekali merendahkan kemampuan tetapi lebih hormat kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa mempertahankan daulat negara," katanya.
Sebelum itu, Zahid menyampaikan Penganugerahan Insigma dan Sijil Kelayakkan Kepakaran Kapal Selam kepada lima pegawai dan anggotanya yang pertama kali menamatkan latihan kapal selam di dalam negara.
Dua staf yang menerima Insigma ialah Laskar Kelas 1 Wan Abdul Jalil Wan Mohamad dan Laskar Kelas 1 Mohamad Farid Muhammad Samimin.
Tiga lagi menerima sijil Kategori 1 dan 2 iaitu Leftenan Komander Shahrul Azri Mohamad; Leftenan Komander Saidin Ibrahim dan Pegawai Waran 1 Roslan Abdul Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan