Isnin, 29 Oktober 2012

YANG BERI UNGKIT...YANG HILANG...YANG TIRIS...YANG BOROS...MUNGKIN YANG SONGLAP...YANG TIPU DLL ...BAGAIMANA...LIHAT AUDIT 2010 DAN 2011

Kamalanathan desak Ronnie Liu mohon maaf secara terbuka

29 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan mendesak Ronnie Liu supaya memohon maaf secara terbuka berikutan dakwaan exco kerajaan negeri Selangor itu yang mengaitkan beliau dengan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves.

Kamalanathan menyifatkan dakwaan Liu bahawa beliau dan Pengerusi Gerakan Selangor Senator A.Kohilan Pillay adalah antara anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang meluluskan cadangan projek berhampiran kuil di Batu Caves itu sebagai satu pembohongan.

"Saya menjadi anggota MPS dari 2004 hingga 2006. Projek itu diluluskan pada September 2007, namun ketika itu saya tidak lagi menjadi anggota MPS dan tidak mempunyai hak untuk mengambil keputusan atau mengambil bahagian dalam apa jua keputusan MPS ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kamalanathan mengulas kenyataan Liu baru-baru ini bahawa beliau dan Kohilan, yang juga Timbalan Menteri Luar, adalah antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek itu.

"Ronnie Liu membuat kenyataan itu semasa saya menghadiri persidangan Parlimen Asean di Bangkok, Thailand. Berikutan itu, pegawai saya telah membuat laporan polis mengenai kenyataan berunsur fitnah berkenaan pada 24 Okt lepas di Balai Polis Brickfields supaya polis melakukan siasatan," katanya.

Beliau berkata Liu hanya mahu mencemar nama baiknya dan Kohilan untuk mendapat keuntungan politik semata-mata tanpa menyelidik fakta berhubung perkara itu.

Pada 26 Okt lepas, Kohilan dilaporkan berkata segala kelulusan projek itu dikeluarkan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat melalui Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu pada 26 Jun 2008.
Barisan Nasional kalah di Selangor pada pilihan raya umum tahun yang sama.- Bernama
300 berdemo aman bantah projek kondo di Batu Caves
8:52PM Okt 26 2012
Kira-kira 300 orang mengadakan demonstrasi aman di hadapan kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves kerana membantah cadangan pembinaan dua blok kondominium setinggi  29 tingkat berhampiran kuil itu.

protest at batu cave temple 261012 temple committee chairperson r nadarajah 02Bantahan tersebut diketuai oleh Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam Datuk R  Nadarajah (kiri) mulai jam 10 pagi, dengan para peserta membawa sepanduk membantah projek tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan demonstrasi tersebut, Nadarajah berkata pembinaan dua blok kondominium itu akan memusnah patung Dewa  Murugan tertinggi di dunia yang terletak kurang 300 meter dari tapak pembinaannya, lapor Bernama.

“Pembinaannya akan membahayakan nyawa pengunjung kuil dan pelancong dari seluruh dunia akibat (kemungkinan) benda jatuh berikutan  pembangunan besar-besaran di tempat berhampiran kuil ini.
  
“Oleh itu, projek ini perlu dihentikan terus, bukan hanya sementara dan kami menggesa kerajaan (Selangor) supaya menimbang masalah yang  kami hadapi," katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengetuai protes tersebut.

Sementara itu, Koh Jun Lin melaporkan bahawa Nadarajah berkata pihaknya memberi kerajaan negeri Selangor satu bulan untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja kekal terhadap pembinaan kondo tersebut.

"Kami akan memberikan sedikit masa untuk kerajaan negeri melihat sama ada mereka akan berhenti terus atau tidak," katanya.

Apabila ditanya pihak mana yang mereka akan saman sekiranya tuntutan mereka diabaikan, Nadarajah berkata beliau perlu mendapatkan nasihat guaman terlebih dahulu.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Exco Kerajan Selangor Xavier Jeyakumar sebaliknya menggesa jawatankuasa kuil tersebut supaya berjumpa kerajaan negeri.

"Saya dengan ikhlas meminta pihak kuil berhenti memberi kata-dua kepada kerajaan negeri," katanya, sambil menambah bahawa pintunya sentiasa terbuka.

Nadarajah mengakui bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah berhenti kerja sementara selepas menemui jawatankuasa kuil tersebut, tetapi berkata beliau tidak puas hati.

'Menyekat pandangan'

protest at batu cave temple 261012 condo drawingNadarajah dan peserta demonstrasi tersebut bimbang sekiranya pembinaan itu diteruskan, ia akan menghalang pandangan lereng bukit batu kapur itu dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bertingkat yang berdekatan.

"Anda akan halang terus (pandangan dari lebuh raya). Jika
pembinaan bangunan itu diteruskan, seolah-olah tidak ada Batu Caves.

"Orang ramai akan lupa mengenainya, tiada rasa hormat yang ditunjukkan," kata wakil Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Lim Teckwyn, yang turut hadir di perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada akan ada bantahan jika ia merupakan sebuah bangunan sembilan tingkat sahaja, bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu yang turut hadir  menjawab, di segi geografi, bangunan sembilan tingkat tidak akan menghalang bukit dan kawasan ini.

protest at batu cave temple 261012 samy vellu"Jika anda menggunakan jalan bertingkat itu yang dibina semasa
saya menjadi menteri kerjaraya, kami telah mengambil kira semua itu. Apabila anda menggunakan jalan tersebut, anda mesti sentiasa melihat keseluruhan lereng bukit. Semuanya."

Lim juga mendakwa bahawa Batu Caves merupakan kawasan alam sekitar yang sensitif dengan ratusan spesis haiwan, yang sebahagiannya adalah unik di kawasan tersebut.
Namun begitu, katanya, tiada penilaian impak alam sekitar dibuat bagi projek kondominium.

Menuding jari

Sementara itu, Xavier (kiri) mendakwa bantahan itu bermotifkan politik kerana projek tersebut telah diluluskan di bawah pemerintahan BN, dan tiada bantahan dari pihak kuil walaupun galeri jualan kondominium itu terdapat sebelah bukit sejak empat tahun lalu .

protest at batu cave temple 261012 04Beliau berkata semalam bahawa kelulusan bagi pembinaan kondominium itu telah dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan hanya mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

Sementara itu ketika ditanya siapa yang akan dipersalahkan dalam isu tersebut, Samy Vellu dan Nadarajah berkata mereka bukan berada di situ untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi mahu melindungi kuil dan persekitarannya.

Lim kemudian mencelah dengan berkata: "Saya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Datuk (Nadarajah), tetapi saya akan berkata, 'Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menghentikannya?'

Katanya, jika majlis sekarang tidak menghentikannya, maka merekalah yang akan dipersalahkan.

 
MIC seru kaum India bantah kondo dibina di Batu Caves
  • Bernama
  • 2:27PM Okt 25 2012
 
Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menyeru kaum India dari seluruh negara supaya menyatakan bantahan mereka secara aman bagi menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat dalam kawasan Batu Caves.

NONEKatanya, kerajaan Selangor patut campurtangan dan menghentikan segera pembinaan kondominium tersebut.
  
Kerajaan negeri, tegasnya, tidak wajar mengambil risiko kerana kawasan itu adalah bukit batu kapur bukan granit seperti di Damansara.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata batu kapur mudah menyerap air dan mengembang terutama ketika hujan lebat.

"Kondo itu dan juga gua mungkin runtuh, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang sekiranya aktiviti pembangunan terus dibiar berlaku di situ," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau berkata kerajaan Selangor harus mengenal pasti kawasan baru untuk projek kondominium tersebut.
  
- Bernama
 
 
about an hour ago

Jumaat, 26 Oktober, 2012.

KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves!



Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC.

Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun!

Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.

Mengapa boleh jadi begitu?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.

Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.

Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.

Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

JALAN PULANG
— with Pkrssu Sg Siput, Nooriyah Mohd Ali, AnakSungai Derhaka and 47 others.
 
 
Asri sedia wacana dengan Ulama Pas tapi…
NOR ATIEYAH YUSOFF
29 Oktober 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM –  Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu membincangkan isu dibangkitkan secara “matang dan ilmiah.”

“Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf di sini, petang ini.

Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Dewan Ulama  Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali awal hari ini, Asri berkata, “terima kasih pada jemputan dan akan memberi pandangan.”

Sehubungan itu, Asri menambah, beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.

Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan sebagaimana pernah dialami oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr A Aziz Bari.

“Saya tidak kata Dewan Ulama itu tetapi beberapa orang yang pakai label ulama.

“Cuma (saya) harap tidak jadi seperti yang berlaku kepada Aziz Bari apabila pernah mengkritik dan dijemput tetapi dihentam secara keras dalam perbentangannya  sehingga menimbulkan ketegangan,” kata beliau lagi.
Lelaki maut terjatuh bangunan

29 Oktober 2012
GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 pangsapuri Taman Lone Pine di Bayan Baru awal pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian 4 pagi itu lelaki berusia 30-an terbabit mati di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.
  
"Kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada lelaki itu dan penduduk di kawasan perumahan berkenaan tidak mengenalinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. - Bernama
Tiga motosikal bertembung
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
29 Oktober 2012
Tiga motosikal bertembung
Allahyarham Mohd Amirrul cedera parah di bahagian kepala ketika dibawa orang awam ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.
PARIT BUNTAR - Seorang remaja sekolah maut, seorang lagi tercedera manakala seorang lagi mangsa menghilangkan diri apabila tiga motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 5, Jalan Sempadan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Mohd Amirrul Ashraff, 16, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari kawasan pekan Parit Buntar ke arah Tanjung Piandang.

Menurutnya, kenderaan yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar sebuah motosikal jenis sama yang ditunggang seorang lelaki dari arah belakang.

"Mangsa kedua, Mohd Yaakob Che Rose, 48, ketika itu memberhentikan motosikal untuk memasuki simpang rumah seorang rakannya di laluan tersebut terbaring di bahu jalan setelah dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Sungai Chenaam, Nibong Tebal tercampak ke seberang jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala Mohd Yaakob hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Kata beliau, kini polis masih menyiasat identiti mangsa ketiga yang dipercayai menghilangkan diri dan meninggalkan motosikal jenis Suzuki di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan orang awam.

“Bagaimanapun, Mohd Amirrul disahkan meninggal dunia di Hospital Parit Buntar lebih kurang jam 12.17 tengah malam semalam akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Sementara Mohd Yaakob pula kini stabil dan ditempatkan di wad biasa,” katanya.

Mat Fauzi berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat awam, pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kemalangan disebabkan salah seorang mangsa menunggang motosikal secara melulu.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan salah seorang mangsa tidak memakai topi keledar berdasarkan jenis kecederaan dialami.

“Kes disiasat di bawah Akta 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Rais: Kerajaan BN beri pelbagai bantuan kerana sayangkan rakyat

29 Oktober 2012
Rais: Kerajaan BN beri pelbagai bantuan kerana sayangkan rakyat
Datuk Seri Dr Rais Yatim merenjis pasangan pengantin India, M.Shankaran dan G.Punisha di majlis Himpunan Kasih Sayang peringkat negeri di Guar Chempedak hari ini. - Foto Bernama
YAN - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan dan memberikan pelbagai bantuan berterusan kerana kasih dan sayangkan rakyat.
  
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat dan pelajar dan ini terbukti dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas.
  
"Saya bersyukur rakyat menerima baik setiap program bantuan ini dan menolak cakap pembangkang yang hanya pandai menabur janji," katanya semasa merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Guar Chempedak di sini, hari ini.
  
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
  
Rais memberikan contoh di kawasan Parlimen Jerai sahaja seramai 21,789 orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM10,894,500 manakala bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dinikmati 27,892 pelajar membabitkan jumlah hampir RM2.8 juta.

Seramai 445 nelayan pula menikmati elaun sara hidup RM200 berjumlah RM89,000 sebulan dan subsidi diesel dinikmati 1,364 orang nelayan, tambahnya.
  
Rais juga menyifatkan sebagai amat tidak wajar janji pembangkang untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
  
"Agama mengajar kita menjadi manusia berguna, jujur dan ada maruah. Jadi jika berhutang mestilah kena bayar. Kerajaan pula dah beri banyak kelonggaran (untuk bayar pinjaman PTPTN)," katanya.
  
Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan 500 unit notebook kepada pelajar dan 10 unit kepada Persatuan Pemandu Teksi Kedah, sumbangan RM1,000 kepada tiga pasangan pengantin masing-masing satu Melayu, Cina dan India serta lima kerusi roda.

Sementara itu, tiga pasangan pengantin dirai dalam karnival tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak dan dihadiri 3,000 tetamu.
  
Pasangan Fadzilah Md Saad, 32, dan Azizi Yusuf, 31; Joane Chong Khai Juen, 22, dan Lim Cin Keak, 22, dari Gurun serta G.Punisha, 23, dan M.Shankaran, 24, dari Bedong menyifatkan mereka mendapat 'rezeki terpijak' apabila diraikan pada majlis itu.
  
Fadzilah berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa persandingan mereka akan ditaja kerana masih merancang majlis resepsi selepas bernikah pada 24 Okt lepas.
  
"Saya tidak menyangka dengan rezeki perkahwinan ini dan amat gembira diraikan pada majlis besar seperti ini," katanya.
  
Joane pula berkata beliau dan suaminya dapat mengenali budaya bangsa Melayu dan India melalui majlis perkahwinan seperti ini serta gembira kerana selain meriah ia dihadiri pelbagai kaum yang membuktikan perpaduan di Malaysia kukuh.
  
Bagi Punisha, resepsi hari ini merupakan yang kedua untuk beliau dan suaminya selepas majlis sama anjuran keluarga mereka berlangsung di Bedong kelmarin.
  
"Bagaimanapun, peluang ini hanya datang sekali dan kami amat gembira melihat kehadiran ramai tetamu pelbagai bangsa," katanya. - Bernama
Mapim: Gerakan, MCA cetus isu kerana PRU13
ROSLINDA HASHIM
29 Oktober 2012
ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.

Setiausaha Agungnya,  Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.

“Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah,” katanya.

Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam.

“Secara jelas mereka mencari alasan untuk tanamkan kebencian orang bukan Islam kepada hukum Islam dan menghilangkan rasa hormat terhadap kedudukan Islam di negara ini,” katanya.

Mohd Azmi berkata, apabila mereka melancarkan serangan dengan merendah-rendahkan hukum hudud, seperti yang disuarakan Presiden MCA dan Gerakan Kedah, Mapim menyifatkannya sebagai serangan mahu memprovokasi sentimen agama antara orang Islam dan bukan Islam.

“Adakah menyentuh sensitiviti umat Islam tidak diambil peduli? Mereka memberi gambaran buruk kepada hudud dengan tohmahan ia adalah hukum sebuah parti politik, dengan harapan membawa kesan negatif kepada golongan bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, hukum hudud akan terus menjadi bahan serangan dan isu ini tidak akan berhenti selagi PRU13 belum dilaksana.

“Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” katanya.

Mohd Azmi berkata, hukum Islam yang diperkatakan secara tidak beradab adalah disebabkan selama ini orang bukan Islam dimomokkan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.
Hadi yakin cita-cita Islam dapat dilaksana tanpa gangguan
Wartawan Sinar Harian
29 Oktober 2012
HADI AWANG
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin dapat merealisasikan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dengan sempurna "tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali."

Dalam pandangan terbaru dikeluarkan hari ini, Presiden Pas itu berkata, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau.

Ia dilihat sebagai pandangan secara bertulis, yang panjang lebar dikeluarkan oleh Abdul Hadi dalam bulan ini.
Kata Hadi, Pas berlainan dengan Umno dan sangat berbeza kerana pihaknya tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
"Sekiranya dikaji Surah Al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, di antaranya hudud," kata beliau.
"Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, Pas berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud kerana pendekatan demokrasi secara damai bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
"Maka proses pelaksanaan undang–undang termasuk hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihan raya lalu.
"Undang-undang  jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya," kata beliau lagi.
Mengulas lanjut isu itu, katanya, DAP pula bukan parti Kerajaan Pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA.
"Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan Umno yang terlalu tinggi.
"Maka Pas lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas," katanya.
Malah menurut beliau, hubungan Pas dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
"Maka isu pelaksanaan Islam oleh Pas dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi dalam feqah siyasah.
"Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong Pas dan rakyat seluruhnya," katanya lagi.
Beliau mengulangi bahawa Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.
"Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil," katanya lagi.
Isa: Rakyat Malaysia disyaki pengganas bukan anak peneroka

29 Oktober 2012
KUANTAN - Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, seorang daripada rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan, Khamis lepas yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas Al-Qaeda, bukan anak peneroka seperti dakwaan sesetengah pihak.

Beliau berkata Mohammed Razin Shaaban, 28, adalah anak petugas Felda dan pernah belajar di Kolej Yayasan Felda di Trolak, Perak.

"Memang dia pernah belajar di situ tetapi tidak menamatkan pengajian. Dia hanya sempat belajar 10 bulan saja sebelum mengambil keputusan berhenti.

"Bapanya memaklumkan kepada kita bahawa anaknya mendapat tawaran kerja di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Melaka dan mengambil keputusan untuk berhenti belajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Transformasi Komuniti di Felda Bukit Goh, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Rafik Mohammed Aaref, 21, dan Mohammed Razin dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati, ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut pada Khamis lepas.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-duanya sudah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Oktober lepas.

Anifah berkata Malaysia tidak menyokong sebarang fahaman radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara serta rakyatnya dan dalam hal ini, Malaysia menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan.

Mengenai perbicaraan itu, Mohd Isa berkata: "Kita tengok dulu keputusan perbicaraannya dan lihat apa yang boleh kita (Felda) bantu." - Bernama
Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana
M FEISAL NORAWI
29 Oktober 2012
Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana
Kolam renang Wadi al-Amin ini akan dibangunkan mengikut fasa dan dijangka akan dipelbagaikan dengan tarikan lain seperti kolam memancing, trek basikal dan tapak perkhemahan.
Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana
Aktiviti memanah juga akan diajar kepada peserta kem hafazan al-Quran sekaligus mengamalkan sunnah nabi SAW.
KEBANYAKAN maahad tahfiz yang dibina di negara ini bergerak secara sendirian tanpa kewangan yang kukuh sekali gus memaksa mereka mempelbagaikan kaedah untuk mencari sumber dan dana bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.

Pengerusi Maahad Tahfiz al- Quran al-Amin Kampung Berhala Gantang, dekat Temerloh, Wahid Ghaffar Ibrahim mengakui kebanyakan maahad tahfiz di negara ini khususnya yang baru dibuka menghadapi masalah kewangan hingga memaksa mereka mengutip derma.

Menurutnya, kutipan derma adalah kaedah terbaik mengutip dana dalam tempoh yang singkat bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.

“Kalau dahulu kutipan derma atas nama ‘pondok’ al-Quran tetapi sekarang atas nama tahfiz, ia sama sahaja tetapi masyarakat kita mungkin lebih pemurah apabila kutipan derma diberikan atas nama maahad tahfiz.

“Kami juga mengutip derma, tetapi kaedah yang digunakan berbeza. Kami hanya menghantar surat kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan sumbangan selain sumbangan peribadi diberikan orang awam.

“Kami tidak meletakkan pelajar mengutip derma di hadapan-hadapan bank, pasar malam dan stesen minyak kerana mempunyai kaedah berlainan yang lebih mudah,” katanya.

Wahid Ghaffar berkata, Maahad Tahfiz al-Quran al-Amin Berhala Gantang menggunakan kaedah penganjuran kem hafazan al-Quran setiap kali cuti sekolah bagi mencari sumber kewangan menampung kos belanja bulanan.

Beliau berkata, kaedah itu lebih kepada bimbingan modal insan selain mampu memberi keuntungan kepada maahad tahfiz untuk menampung kos bulanan operasi.

“Inilah produk kami sejak lapan tahun lalu, sejak dibuka 18 tahun lalu, 90 peratus daripada kos pembangunan dan operasi maahad tahfiz ini adalah datangnya dari sumbangan orang ramai.

“Bagi mencari sumber lain, maka kami wujudkan kem hafazan cuti sekolah yang mendapat sambutan baik dari ibu bapa dari seluruh negara,” katanya.

Berhati-hati beri sumbangan

Wahid Ghaffar turut menasihati orang ramai yang ingin memberi sumbangan supaya meneliti kelulusan diberikan pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip) sebelum menderma.
Menurutnya, perkara itu sebagai langkah berhati-hati supaya sumbangan diberikan sampai kepada pihak yang memerlukan kerana beliau sendiri tidak menolak kemungkinan terdapat juga sindiket yang menggunakan nama maahad tahfiz dalam mengutip sumbangan ramai.

Wahid Ghaffar berkata, langkah ke hadapan yang diambil pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran al-Amin Berhala Gantang untuk mempunyai produk sendiri bagi menampung kos operasi bulanan ialah dengan membina sebuah kolam bagi aktiviti riadah keluarga.

Menurutnya, kolam tersebut dilengkapi tiga kolam renang khusus untuk kanak-kanak, orang dewasa dan satu untuk muslimat yang dibina secara berasingan.

Beliau berkata, pembinaan kolam bernilai RM500,000 itu menggunakan dana lebihan sumbangan orang ramai dimulakan setahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya November ini.

“Sabda Nabi SAW, ajarlah anak kamu dengan kemahiran memanah, berkuda dan berenang. Ini yang akan kami lakukan, peserta kem hafazan akan diajar memanah dan berenang di kolam ini sekali gus mengamalkan sunnah nabi SAW.

“Kolam yang dinamakan Wadi al-Amin ini juga dibuka kepada orang ramai dengan bayaran serendah RM3, ia berkonsepkan riadah sambil menderma kepada maahad tahfiz.

“Kolam ini bukan satu pembaziran, semua keuntungan dan lebihan akan disalurkan terus ke tabung maahad tahfiz 100 peratus,” katanya.

Wahid Ghaffar berkata, dengan adanya tarikan baru itu bukan sahaja masyarakat setempat dapat beriadah bersama keluarga malah dapat juga mengamalkan sunnah nabi SAW.
Hudud: Pas-DAP sudah ada titik persamaan, kata Hadi
Wartawan Sinar Harian
29 Oktober 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

"Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi.
Mahkamah arah pelajar terus aibkan bekas teman lelaki ditangkap

29 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28.

Dalam keputusannya, Vazeer Alam berkata waran tangkap itu dikeluarkan bagi tujuan membawa Ching Yan ke mahkamah sebelum satu tempoh hukuman penjara ditetapkan.

"Saya berpuas hati bahawa defendan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah pada 30 Nov tahun lepas dengan terus mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan plaintif. Defendan juga memilih untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diserah surat untuk prosiding komital kepada dirinya dan melalui ibu bapanya.

"Mahkamah perlu ambil tindakan keras dan mahkamah ambil berat tentang isu pihak-pihak yang membuat penyiaran tidak terhad di Internet. Pihak-pihak ini perlu dipertanggungjawabkan berhubung tindakan mereka.

"Mahkamah memerintahkan penolong pendaftar mengeluarkan waran tangkap supaya defendan dibawa ke mahkamah ini supaya satu tempoh hukuman penjara dikeluarkan setelah mengambil apa fakta mitigasi (rayuan defendan)," kata Vazeer Alam.

Selain itu, beliau juga mengeluarkan arahan untuk disalurkan kepada Jabatan Imigresen supaya menghalang Ching Yan ke luar negara.

Beliau juga memerintahkkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya 'block' dan 'deny' akses di laman sosial yang mempunyai kaitan dengan Clayworth.

Pada 30 Nov tahun lepas, Vazeer Alam mengeluarkan perintah supaya Ching Yan tidak membuat sebarang kenyataan dengan menulis perkataan yang mengaibkan terhadap bekas teman lelakinya itu.

Beliau juga memerintahkan Ching Yan membayar sejumlah RM200,000 sebagai ganti rugi. Bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada RM1 juta setelah Clayworth membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Menerusi writ saman yang difailkan pada 7 April tahun lepas, Clayworth mendakwa defendan telah menulis dan menerbitkan pernyataan serta gambar berhubung kelakuan peribadinya di laman sosial dan menghantar e-mel kepada kenalan mereka.

Vazeer Alam menetapkan 4 Dis untuk pengurusan kes.   

Clayworth diwakili peguam Ken St James.  - Bernama

Tiada ulasan: