1.2 juta hilang kerja Soi Lek ucap pada 2011 (video)
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 20 Okt 2012 |
1.2 juta rakyat akan hilang kerja jika hudud dilaksana telah diucapkan Chua Soi Lek pada tahun 2011.. ini videonya..
Jika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa berdasarkan satu sms yang diterimanya seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia itu adalah pembohongan semata-mata.
Ini kerana perkara tersebut telah dibentangkan oleh beliau sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud &Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011.
Lihat http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/10/12-juta-rakyat-akan-hilang-kerja-jika.html
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Kantoi! Ketua Umno rasmi konsert ditaja syarikat arak
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 20 Okt 2012 |
KANTOI! Shalimin Ketua Umno Taiping Rasmi Konsert Ditaja Syarikat ARAK!
Kalau sudah namanya 'syaitan yang dikenali' yang haram pun boleh jadi HALAM!
Baca http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/10/kantoi-shalimin-ketua-umno-taiping.html
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Pas: Presiden MCA tak faham hudud
20 Oktober 2012
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Umno sepatutnya memberikan penerangan mengenai perkara itu kepada Soi Lek.
“Soi Lek tidak faham mengenai hudud dan dia tidak perlu komen mengenainya. Kita akan melaksanakan hukum ini melalui proses demokrasi.
“Peluang untuk berbahas terbuka luas untuk melihat implikasi pelaksanaan hukum itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud di negara ini akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.
Kenyataan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak.
Mustafa berkata, pelaksanaan hudud memerlukan persetujuan sebahagian masyarakat dan berharap pelaksanaan tersebut positif.
“Soi Lek boleh memberikan pandangan, tetapi kenyataan tersebut tidak menentukan masyarakat Cina akan faham, sekiranya beliau sendiri tidak faham,” katanya.
NGO Tukar mahu MB Pahang minta maaf
20 Oktober 2012
Penyelarasnya, Lee Chean Chung berkata, sebagai pemimpin, beliau seharusnya lebih terbuka serta tidak mengeluarkan kata-kata negatif yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
“Jika beliau (Adnan) marah sekalipun, tidak perlulah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Tindakannya itu seolah-olah tidak menghormati golongan bawahan.
“Mereka juga sebahagian daripada rakyat Pahang dan mungkin juga salah seorang daripada pengundi beliau. Jadi, mereka sepatutnya mendapat layanan yang sebaiknya,” katanya pada sidang media semalam.
Turut hadir, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang, Kamarul Hatta Mohamed Ali, Ahli Jawatankuasa Sunflower Electoral Education Developement (Seed) Pahang, Toh Chin Hong dan wakil Stop Lynas, Arumugam.
Chean Chung berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Adnan dan meminta beliau untuk mengemukakan permohonan maaf kepada ahli Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM).
“Adnan perlu tampil memohon maaf kepada Orang Asli yang terlibat serta lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan selepas ini. Jika tidak, rakyat akan hilang hormat kepadanya,” katanya.
Insiden itu didakwa berlaku pada Rabu lalu ketika lebih 120 ahli JKOASM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar bagi menyerahkan memorandum yang mendesak kerajaan negeri memberi perhatian serius tentang isu pencerobohan dan tuntutan tanah adat.
Melalui memorandum itu, sebanyak lapan perkara telah dibangkitkan oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri memorandum itu kepada Adnan.
BERITA PANAS MENDIDIH!!!!!... KETUA PEMUDA MCA, DATUK WEE KA SIONG, SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA STATISTIK JENAYAH YANG DIKELUARKAN KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK!!!!!!
KISAH GEMPAR TAPI BENAR!!!!!!
"Putrajaya tidak perlu mengamalkan "sindrom penafian" atau menyalahkan media kerana takut kadar jenayah semakin meningkat , Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata hari ini, menunjukkan bahawa orang ramai tidak mempercayai statistik jenayah kerajaan.
"Rakyat tidak berminat dalam kadar jenayah dan statistik yang diumumkan oleh kerajaan.
"Nombor-nombor ini tidak membantu menyelesaikan masalah, dan pada hakikatnya, rakyat tidak mempercayai nombor; apa yang mereka perlukan adalah untuk berasa selamat di rumah mereka, apabila mereka berjalan ke kereta mereka atau di jalanan," katanya kepada Pemuda MCA perwakilan di mesyuarat 48 sayap agung tahunan (AGM) di sini pagi ini.
Beliau berkata kerajaan sebaliknya harus memahami mengapa orang awam hari ini "hidup dalam ketakutan", sambil menambah bahawa ia hanya boleh dikurangkan rasa takut melalui "tindakan sebenar".
PERGH!!!!!!.. KALAU DAH RAKAN SEKUTU PALING AKRAB UMNO SEMENJAK SEBELUM MERDEKA PUN DAH TAK PERCAYAKAN STATISTIK KELUARAN KERAJAAN, APA JAMINAN RAKYAT BIASA NAK YAKIN DAN PERCAYA KEPADA KERAJAAN UMNO 1M'SIA YANG SEDIA ADA.
MESTI ADA YANG TAK KENA....STATISTIK KATA MENURUN TETAPI PERASAAN TAKUT RAKYAT PULA MENINGKAT!!!!!
PETANDA SOKONGAN RAKYAT KEPADA UMNO MENURUN DAN KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT!!!!
Warga emas cedera dikelar penyamun
19 Oktober 2012
Bukan setakat kehilangan wang hasil titik peluhnya menangkap ikan, malah nelayan berusia 75 tahun itu turut dibelasah penjenayah yang tidak berhati perut itu.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu dipercayai berlaku ketika Awi Che Min, sedang tidur di rumahnya dekat sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali, salah seorang daripadanya memakai topeng.
Menurut mangsa, ketika sedang tidur, dia tiba-tiba dikejutkan oleh suspek yang meminta wang daripadanya selain turut mengacu senjata tajam ke arahnya.
Awi berkata, sebaik bingkas dari tidur, suspek sekali lagi mendesaknya menyerahkan wang sebelum mengikat tangannya dengan kain.
Warga emas itu menceritakan, tidak cukup mengikat tangan, suspek bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka mangsa selain mengelar kepalanya dengan senjata tajam.
“Pak cik tak terdaya hendak melawan, jadi pak cik kata kalau nak duit ambillah.
“Selepas menyelongkar bawah tilam, dia berjaya menemui dompet lalu mengambil wang RM250,” kata Awi yang masih trauma dengan kejadian itu.
Menurut Awi, selepas berjaya mendapat habuan dihajati, dua penyamun berkenaan melarikan diri.
Dalam keadaan lemah, Awi kemudiannya berusaha untuk melepaskan ikatan kain pada tangannya sebelum keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada seorang jiran.
Dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 8.20 pagi semalam.
Mangsa yang tinggal seorang diri itu turut mengalami luka sepanjang kira-kira lima sentimeter pada bahagian kepala dipercayai kesan kelar senjata milik penjenayah terbabit, selain cedera pada bahagian mulut serta telinga kanan.
Dia mendapatkan rawatan di unit pesakit luar Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan laporan berkenaan dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek.
Isteri ikut 'kekasih gelap'
20 Oktober 2012
Bapa tiga cahaya mata, Mohd Salleh Hussin, 54, berkata, tidak menyangka isterinya hilang bersama seorang anaknya, Nuralia Nadira,3, ketika keluar membeli barang di pekan Bahau pada 15 Oktober lalu.
Menurutnya, sebelum ini isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28 akan memaklumkan kepadanya sekiranya pulang lewat.
“Namun, sehingga jam 7 petang dia masih tidak pulang. Dalam keadaan kelam-kabut dompet saya pula hilang pada hari yang sama tetapi tidak saya endahkan sebab sibuk mencari isteri dan anak.
“Kemudian, saya cuba hubungi isteri namun tidak berjawab. Esok harinya (16 Oktober) saya pergi ke bank untuk keluarkan duit menggunakan buku sebab kad pengeluaran wang automatik (ATM) hilang bersama dompet.
“Alangkah terkejutnya saya apabila pegawai bank memaklumkan saya telah mengeluarkan duit kira-kira RM5,004 bermula jam 7.14 pagi pada 15 Oktober lepas, secara berulang di tempat yang sama iaitu dekat Petronas, Serdang Raya, Selangor,” katanya.
Menurutnya, dia juga dimaklumkan melalui kamera litar tertutup dekat kawasan itu, bahawa terdapat seorang lelaki mengeluarkan wang pada 7.14 pagi dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aerobik.
“Saya terpaksa menyekat semua kad ATM bagi mengelakkan duit saya terus dikeluarkan dan saya mengesyaki isteri yang mengambil dompet itu.
“Saya difahamkan daripada keluarga terdekat bahawa isteri saya ada mengenali seorang lelaki melalui telefon kemudian berhubung melalui laman sosial Facebook. jadi, saya percaya perkara ini ada kaitan dengan kehilangan mereka.
“Namun, saya harap sangat lelaki terbabit serah diri dekat balai polis terdekat dan berharap supaya isteri dan anak pulang semula ke rumah,” katanya.
Mohd Salleh berkata, orang ramai yang mengenali atau melihat isterinya dan anaknya diminta segera menghubunginya di talian 019-2041301 atau 06-4692800.
Tambahnya, dia bersedia berbincang dengan isterinya secara baik berhubung perkara terbabit selain tidak mahu hal itu berlarutan terlalu lama.
Untuk rekod, laporan pertama, Mohd Salleh membuat repot mengenai kehilangan dompet berisi pelbagai kad bank; repot kedua mengenai kehilangan isterinya; repot ketiga mengenai duit dalam akaunnya hilang dan keempat mengenai menjejak panggilan keluar masuk nombor telefon isterinya.
5 hours ago
Mengapa Fathul Bari tidak bantah Chua Soi Lek?
Azhar Yahya, 19 Okt 2012
Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.
Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak menge
— with Pelangi Indah, Nur Qasih Mbo, Fazilan Hj Asmawi Elan and 82 others.Azhar Yahya, 19 Okt 2012
Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.
Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak menge
luarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama.
Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.
Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas?
Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.
Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
Umno menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi.
Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya.
Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina.
Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang.
Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud.
Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah.
Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.
Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam.
Sumber : Harakahdaily

Ahli kesal cubaan sabotaj DAP
20 Oktober 2012
Pengerusi Jawatankuasa Penerangannya, Lee Kee Hiong mendakwa wujud perbuatan berunsur hasutan dan cubaan memburukkan nama DAP.
“Kita minta polis siasat dan ambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang sengaja mencetuskan isu agama.
“Pelekat tersebut menggunakan logo DAP tetapi bukan dibuat oleh DAP dengan tertulis ‘No Hudud’ di atasnya. Walaupun DAP membantah negara ini melaksanakan hukum hudud tetapi kita menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.
Menurutnya, laporan ini dibuat kerana perbuatan ini turut mengganggu ketenteraman awam juga didakwa mempunyai niat jahat untuk menimbulkan ketegangan antara ahli DAP dan Pas.
"Kita ada medium lain untuk suarakan pendirian bukan melalui kerja seperti ini yang tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan ketegangan antara DAP dan Pas," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Hulu Langat, Samsol Bahari berkata, pihaknya mencetak 30 bunting sempena program ‘Himpunan Hijau Jentera Pilihanraya Pas Hulu Langat’ yang dijadualkan pada 14 Oktober lalu khas untuk ahli Pas sahaja.
“Sebanyak 10 bunting ditempatkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan hanya bunting di kawasan Kajang dan Semenyih sahaja ditampal pelekat dengan logo DAP tertulis ‘No Hudud’.
“Dari segi kualitinya sahaja kita tahu ini bukan dilakukan DAP kerana hubungan antara Pas dan DAP amat baik dan kita percaya ini kerja sabotaj pihak tertentu supaya ahli Pas tidak hadir program dijadualkan,” katanya.
Samsol berkata, jangkaan mereka daripada 72 cawangan Pas yang ada kemungkinan sekitar 300 ke 400 yang hadir namun kehadiran melebihi jangkaan apabila lebih 500 yang hadir pada program tersebut.
“Tindakan pihak yang cuba mensabotaj program ini sebaliknya membangkitkan semangat ahli untuk hadir,” katanya.
5 hours ago
Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?
(Riduan Mohd Nor,19 Okt 2012)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana san
— with Nur Qasih Mbo, Azman Atmin, Fazilan Hj Asmawi Elan and 85 others.(Riduan Mohd Nor,19 Okt 2012)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana san
ggup
mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini
meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka
yang lain.
Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.
Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan ‘menikus’ untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.
Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan.
Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini.
Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka.
MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini?

Liow yakin MCA akan bangkit semula pada PRU13
20 Oktober 2012
Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-48 di Wisma MCA di sini, Liow berkata prestasi baik negara selepas pelaksanaan proses peralihan dan transformasi, khususnya sektor ekonomi telah menukar persepsi rakyat, termasuk masyarakat Cina di negara ini untuk kembali menyokong BN.
Katanya komitment kerajaan untuk membawa pembangunan dan kemakmuran ekonomi yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia juga telah menambah kepada faktor 'feel good' kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
"Rakyat dapat merasai keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melihat prestasi negara yang memuaskan dan terus maju. Prestasi kita semakin meningkat, rakyat tentu akan menyokong keikhlasan kita," katanya.
Liow berkata keterbukaan Najib untuk mendekati masyarakat Cina, khususnya melalui laman sosial Facebook 'Ah Jib Gor' menunjukkan komitment Perdana Menteri untuk mendengar dan membantu kaum berkenaan.
20 minutes ago
UNDI MCA HARAM UNDI UMNO RAKAN SUBAHAT MCA PULAK MACAM MANA...?
PERKASA: Haram umat Islam undi MCA
2:34PM Okt 19 2012
— with Aktivis Umno Pekan Naka II, Repablik Tualang Sekah, Umno Penyeleweng II and 47 others.PERKASA: Haram umat Islam undi MCA
2:34PM Okt 19 2012
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat
Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya
berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).
"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.
Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.
Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.
Apa tujuan Soi Lek?
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".
"Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.
Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.
"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain.
"Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.
http:// www.malaysiakini.com/news/ 212167

http://
Perpaduan Melayu: Pas mahu Hishammuddin jawab dakwaan Mahathir
20 Oktober 2012
Merujuk dakwaan Mahathir dalam Sinar Harian, pemimpin terbabit turut mengaitkan datuk kepada Hishammuddin iaitu Allahyarham Datuk Onn Jaafar ketika mengulas isu perpecahan Melayu, dalam masa sama Mahathir sendiri menafikan beliau penyebab perpecahan tersebut.
Sehubungan itu, Wan Azhar berkata, Hishammuddin perlu tampil bagi menjawab persoalan yang timbul.
“Kita minta Hishammuddin buat kenyataan berhubung dakwaan Tun Mahathir yang menyebut seolah-olah Datuk Onn penyumbang kepada perpecahan awal Melayu,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1999 menjadi penyebab bermulanya perpecahan orang Melayu.
Sebaliknya mantan Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai parti itu.
Wan Azhar bagaimanapun menyifatkan Perdana Menteri keempat itulah penyumbang utama kepada perpecahan Melayu.
Alasannya, Mahathir merupakan peneraju kepimpinan paling lama dalam sejarah negara dan kepimpinan beliau dalam menarik penghormatan pelbagai pihak terhadap Melayu Islam itu dipertikai ramai pihak.
“Dari sudut ketirisan, berlaku angka yang besar dan legasi itu berterusan walaupun selepas beliau meletak jawatan.
“Beliau bukan hanya penyumbang utama kepada perpecahan tetapi trend yang di bawah Tun memperlihatkan kecacatan dari sudut kredibiliti dalam memartabatkan bangsa sendiri,” katanya.
Begitu juga katanya, isu agama dan bangsa yang dijadikan senjata Umno bagi melaga-lagakan satu sama lain terutama hubungan Pas dan DAP yang dimainkan sejak sekian lama tetapi semakin diperbesarkan kebelakangan ini.
Usaha lain katanya, termasuk cubaan tertentu memecahkan kelompok Melayu yang boleh memberi kesan terhadap bangsa dan agama itu sendiri.
“Kalau dilihat di peringkat universiti, berlaku perpecahan di kalangan Melayu melalui pro aspirasi dan pro mahasiswa,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan sikap ahli-ahli Umno yang terlalu mempertahankan Mahathir walaupun pemimpin tersebut sudah tiada sebarang autoriti dalam parti, sebaliknya dilihat liabiliti dan tidak mampu menyelesaikan masalah perpecahan
Melayu Islam.
“Beliau bukan selesai masalah tetapi menimbulkan masalah baru. Ini sebenarnya memerlukan peranan daripada ulama mereka atau ulama muda untuk menyelesaikan isu perpecahan kerana ia membabitkan masa depan umat Islam,” katanya.
Pas terus tingkat momentum sokongan rakyat
20 Oktober 2012
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut memberitahu kesinambungan PGU itu diteruskan kerana pihaknya yakin PRU13 tidak akan berlangsung tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, penganjuran program himpunan tersebut bertujuan meneruskan momentum sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan akan dilaksanakan di Dungun pada 30 November dan 1 Disember depan.
“Apabila kita dapat mengesahkan bahawa besar kemungkinan pilihan raya tidak akan diadakan tahun ini, kita akan meneruskan momentum itu.
“Dulu saya jangka November berlaku pilihan raya tetapi sejak akhir-akhir ini saya dapat maklumat bahawa Perdana Menteri akan ke Makkah. Kalau (jadi) ke Makkah, mungkin tiada pilihan raya,” katanya ketika ditemui di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai, di sini.
Ditanya sama ada ada rakyat benar-benar bangkit menyokong PR memandangkan PGU yang dianjurkan bakal melewati siri keenam, Mohd Abdul Wahid menegaskan kebangkitan tersebut wujud dan sedang meningkat.
Beliau berkata, usaha menghimpunkan jentera parti melalui PGU mampu mengikis persepsi rakyat yang sering kali dipesongkan fakta dengan isu-isu tertentu seolah-olah Pas tiada kepakaran mentadbir negeri sebagaimana digembar-gemburkan pimpinan parti lawan.
Di samping itu, katanya, PGU keenam yang menghimpunkan tenaga dan jentera parti yang ramai mampu membentuk suasana kerja yang positif dalam parti.
Jelasnya, ia secara tidak langsung dapat mengekalkan semangat memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum kelak.
“Kita rasakan usaha kita ada peningkatan yang baik. Kita sebenarnya mahu bina keyakinan dan ‘mood’ rakyat.
“Yang kedua, kita juga pada waktu yang sama berusaha mengerahkan jentera. Bila ada program besar, jentera kita turun. Masing-masing turut cari duit buat kerja, beri tenaga dan masa untuk bina semangat itu. Itu yang penting,” katanya.
Sementara itu, jelasnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan membimbangkan pihaknya kerana yakin rakyat mempunyai hak untuk memilih parti yang disukai dan bijak menilai parti yang mampu menjaga kebajikan mereka selepas PRU13.
Bagaimanapun, Moha Abdul Wahid menjelaskan, Mohd Abdul Wahid Endut menjelaskan tiga perkara utama akan diberi perhatian sepanjang kempen pilihan raya di negeri ini antaranya royalti petroleum, tanah dan penyelewengan serta rasuah.
Pemuda Pas ajak Pemuda Gerakan berdialog
19 Oktober 2012
Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang tidak harus prejudis mahupun mempunyai stigma bahawa setiap garis panduan atau peraturan Islam yang diperkenal di negeri ini dilabelkan sebagai hudud atau undang-undang syariah Islam.
“Keng Liang perlu berfikir dalam konteks lebih luas, peraturan digubal ke arah kesejahteraan dan keharmonian serta meninggikan darjat manusia perlu disokong. Tidak dinafikan, kita berhak bersuara mengkritik atau membantah, tetapi mesti disusuli cadangan penambahbaikan yang lebih efisien,” katanya.
Menurutnya, sekiranya garis panduan papan iklan Islamik dianggap kecil dan remeh, ini membuktikan Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) komited memikul amanah lebih besar terhadap hak dan masa depan setiap individu.
“Kami secara terbuka dan sukarela menawarkan kesediaan untuk mengadakan sesi dialog atau berbincang dengan Keng Liang, termasuk sesiapa sahaja dalam usaha memperjelas kekeliruan berkaitan undang-undang Islam agar tidak terus disalah sangka,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya juga kesal berikutan masih ada pihak tertentu yang cuba memanipulasi isu berkaitan hudud atau syariah Islam.
Mengulas mengenai kenyataan Keng Liang dalam Twitternya yang mempersoal cadangan pemakaian sopan pada papan iklan di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Ahmad berkata, kenyataan Keng Liang disifatkan terlalu lantang seolah-olah menyindir garis panduan itu.
“Saya percaya ramai pihak tidak mahu melihat ibu atau isteri atau anak perempuannya dijadikan produk pemerdagangan atau produk hiasan dalam penampilan tidak sopan. Setiap lelaki budiman tidak akanbiarkan perkara itu berlaku kepada wanita,” katanya.
Katanya, Pemuda Pas Kedah alu-alukan garis panduan baru pemasangan papan iklan seperti diumum Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad dan menyifatkan ia usaha memartabatkan masyarakat lebih bertamadun.
“Usaha itu perlu dilihat secara positif dan disokong kerana ia sebagai penghormatan kepada wanita dan menyekat eksploitasi ke atas kaum hawa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan