'Dedahkan sumber RM40 juta pada Umno Sabah'
Transparency
International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan
sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan
seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke
negara ini dari Hong Kong.Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.
"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.
Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.
Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.
Pengiklan bukan budak-budak, kata MCA
Beliawanis
MCA mengkritik langkah Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) mengetatkan
garis panduan pakaian model untuk papan iklan besar di kawasan
perbandarannya kerana "pengiklan bukan budak-budak".Ketuanya Tee Hooi Ling berkata, oleh kerana sudah terdapat undang-undang persekutuan yang menghalang penerbitan bahan tidak senonoh terhadap bahan bercetak dan papan tanda, langkah pihak berkuasa tempatan itu hanya "penghinaan" terhadap pengiklan bukan Islam.
Dalam kenyataannya hari ini, Tee juga berkata, golongan itu sebenarnya peka terhadap adat istiadat setempat dan kesopanan dalam masyarakat.
"Tiada pengiklan yang kehormat mahu menarik perhatian ramai masyarakat dengan sengaja mempamerkan model separuh bogel sama ada lelaki atau perempuan semata-mata untuk menjual barangan mereka," katanya.
The Star hari ini melaporkan majlis bandar raya itu menguatkuasakan undang-undang yang mensyaratkan model perempuan supaya bertudung sementara bukan Islam mestilah berpakaian sopan.
Polis gesa keluarga bantu siasatan dakwaan 'pemerasan'
Polis
akan menyiasat dakwaan terdapat anggotanya meminta RM300 daripada
isteri kepada tahanan yang meninggal dunia dalam penjara P Chandran,
kata Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh."Kami sedang menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar, dan kami undang anggota keluarganya tampil membantu mengenal pasti mereka yang didakwa terlibat," kata Mohan ketika dihubungi.
Beliau juga berkata, antara tiga laporan polis yang dibuat sekitar kematian Chandran, hanya satu dibuat dalam daerahnya. Laporan itu dibuat di balai polis pudu.
Dua lagi laporan dibuat di Simpang Renggam.
"Polis KL akan menyiasat segala dakwaan itu," kata Mohan ketika ditanya dakwaan yang dibuat dalam laporan polis yang dibuat oleh adik mendiang R Rajan Naidu.
Rajan Naidu semalam mendakwa terdapat anggota polis meminta RM300 daripada isteri mendiang N Selvi ketika dia mahukan maklumat berkaitan di ibu pejabat polis daerah Cheras sejurus sebelum meninggal dunia.
Bernama sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad sebagai berkata, Chandran meninggal dunia akibat penyakit jantung di lokap Balai Polis Dang Wangi pada 10 September.
Aktivis bantah kapal perang Amerika di Pelabuhan Klang
Sekumpulan
aktivis NGO dan mahasiswa hari ini berhimpun di pintu masuk utama Port
Klang Cruise Centre (PKCC) di Pelabuhan Klang bagi memprotes kehadiran
kapal berkuasa nuklear dari Amerika Syarikat USS George Washington
baru-baru ini.
Penganjurnya Khalid Mohd Ismath (kiri) berkata, dalam perhimpunan itu mereka cuba menghantar memorandum bantahan kepada PKCC, bagaimanapun wakil pelabuhan itu didakwa enggan menerimanya.
"(Dalam memorandum itu) kita menuntut supaya PKCC tidak (lagi) membenarkan kapal Amerika berlabuh.
"Kita tidak mahu kuasa jahat yang terlibat dengan perang di Afghanistan dan Iraq diagung-agungkan.
"Kita juga mendesak pihak PKCC dan wakil-wakil kerajaan tidak membuat keputusan mesra dengan perjuangan Amerika," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Kumpulan yang terlibat dalam perhimpunan bermula jam 2 petang disertai aktivis NGO Jingga 13, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gabungan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) dan Persatuan Anak Muda Klang (PAMK).
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutcelvan.
Dilaporkan USS George Washington - kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear singgah ke Pelabuhan Klang untuk mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.
Kapal yang ditauliahkan pada 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal itu singgah lima hari di pelabuhan tersebut Ahad lalu. Ia dijadual meninggalkan negara ini semalam.
Ekoran itu, pelbagai pihak, termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah dan mendesak kerajaan menghentikan membenarkan atau mengundang kapal perang negara kuasa besar dunia itu untuk tujuan diplomasi disertai kekerasan (gunboat diplomacy).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dilapor menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing dan berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan "lawatan muhibah" tentera laut dari negara-negara sahabat.
MMC Corp dikuasai oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, yang juga memiliki Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, yang mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang.
Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor serta mengambil alih Pos Malaysia melalui DRB Hicom.
Kumpulan tersebut yang diketuai oleh pemimpin Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), melaungkan slogan, menyanyi sambil memegang kain rentang selama sejam mulai 5.30 petang.
Mereka melaungkan RUM menentang tawaran MMC untuk mengambil alih KTMB, serta menggesa supaya presiden baru KTMB, Elias Kadir diberi peluang untuk memulihkan syarikat tersebut.
"Boleh, kerana DAP membangkitkan isu itu untuk menyerang BN," kata Ketua MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ketika ditanya pemberita dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mendakwa, perkara ini menunjukkan kenapa parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai pendirian berbeza dalam isu projek petrokimia Rapid di pengerang.
Akhlak pemimpin Islam
Setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik (kanan), yang mengesahkan dokumen-dokumen tersebut, menggesa BN supaya
menunjukkan minit mesyuarat tahun 2003 itu jika mereka mahu terus menuduh kerajan negeri mengabaikan pembinaan rumah di Taman Manggis.
Beliau mendakwa, sebaliknya, pada tahun 2002, pemimpin Umno tempatan bertegas supaya sebahagian atau keseluruhan plot 1.1 ekar itu dijadikan pusat penjaja - permintaan segera yang dinyatakan dalam surat rasmi kepada Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Setiausaha Umno bahagian Tanjong ketika itu, Noor Rahim Abdul Wahab telah menghantar surat bantahan yang dialamatkan kepada Koh - kini seorang menteri persekutuan - menuntut disediakan pusat penjaja di tapak projek tersebut, kerana tiada rancangan untuk itu.
Menurut surat bertarikh 18 Februari 2002 itu, rancangan awal adalah untuk membina 19 gerai penjaja dalam Taman Manggis, di sepanjang Jalan Zainal Abidin, di mana terletaknya ibupejabat negeri Umno.
Tetapi Noor Rahim berkata beliau telah mendapat tahu bahawa pemaju telah memohon pengecualian daripada menyediakan pusat penjaja dengan alasan tanah itu akan digunakan untuk membina kuarters kerajaan.
Dalam surat kepada Koh itu yang diterima pada 29 Februari 2002, Noor Rahim berkata, pihaknya membantah rancangan kerajaan negeri untuk tidak membina kemudahan untuk penjaja mengikut rancangan asalnya.
Menurut Noor Rahim, ia tidak mematuhi keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang setahun lalu (2001).
Penganjurnya Khalid Mohd Ismath (kiri) berkata, dalam perhimpunan itu mereka cuba menghantar memorandum bantahan kepada PKCC, bagaimanapun wakil pelabuhan itu didakwa enggan menerimanya.
"(Dalam memorandum itu) kita menuntut supaya PKCC tidak (lagi) membenarkan kapal Amerika berlabuh.
"Kita tidak mahu kuasa jahat yang terlibat dengan perang di Afghanistan dan Iraq diagung-agungkan.
"Kita juga mendesak pihak PKCC dan wakil-wakil kerajaan tidak membuat keputusan mesra dengan perjuangan Amerika," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Kumpulan yang terlibat dalam perhimpunan bermula jam 2 petang disertai aktivis NGO Jingga 13, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gabungan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) dan Persatuan Anak Muda Klang (PAMK).
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutcelvan.
Dilaporkan USS George Washington - kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear singgah ke Pelabuhan Klang untuk mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.
Kapal yang ditauliahkan pada 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal itu singgah lima hari di pelabuhan tersebut Ahad lalu. Ia dijadual meninggalkan negara ini semalam.
Ekoran itu, pelbagai pihak, termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah dan mendesak kerajaan menghentikan membenarkan atau mengundang kapal perang negara kuasa besar dunia itu untuk tujuan diplomasi disertai kekerasan (gunboat diplomacy).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dilapor menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing dan berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan "lawatan muhibah" tentera laut dari negara-negara sahabat.
Ratusan piket bantah tawaran jutawan ambil alih KTMB
Lebih
500 pekerja keretapi berpiket di ibupejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd
(KTMB) di ibunegara hari ini kerana membantah tawaran MMC Corp Bhd untuk
mengambil alih syarikat tersebut.MMC Corp dikuasai oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, yang juga memiliki Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, yang mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang.
Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor serta mengambil alih Pos Malaysia melalui DRB Hicom.
Kumpulan tersebut yang diketuai oleh pemimpin Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), melaungkan slogan, menyanyi sambil memegang kain rentang selama sejam mulai 5.30 petang.
Mereka melaungkan RUM menentang tawaran MMC untuk mengambil alih KTMB, serta menggesa supaya presiden baru KTMB, Elias Kadir diberi peluang untuk memulihkan syarikat tersebut.
Hakim perjelas isu permohonan tangguh hukuman MP Umno
Hakim
Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Abdul Alim Abdullah berkata Hakim Datuk
Akhtar Tahir tidak mendengar permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan
hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan terhadap Anggota Parlimen
Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro.
Hakim Abdul Alim, yang mendengar serta membenarkan permohonan rasmi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, merujuk beberapa laporan media bahawa Akhtar menolak permohonan tersebut.
"Kami difahamkan bahawa Akhtar tidak pernah mendengar permohonan itu kerana beliau kurang sihat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hakim itu turut menjelaskan bahawa berikutan perakuan segera yang difailkan peguam pemohon, Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menugaskan beliau mendengar notis tersebut pada kadar segera.
"Selepas mendengar hujah panjang lebar pendakwaan dan pembelaan, saya memasukkan satu perintah yang membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua pihak," katanya.
Semalam, Hakim Akhtar mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Abdul Rahman dan Rosli, yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
Akhtar membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka terhadap sabitan serta hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
- Bernama

MCA: Isu alam sekitar boleh hakis sokongan BN
Isu alam sekitar seperti isu Lynas, Bukit Koman dan Pengerang berpotensi menghakis sokongan terhadap BN, kata MCA."Boleh, kerana DAP membangkitkan isu itu untuk menyerang BN," kata Ketua MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ketika ditanya pemberita dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mendakwa, perkara ini menunjukkan kenapa parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai pendirian berbeza dalam isu projek petrokimia Rapid di pengerang.
Kumpulan siswa Islam tuntut PAS gantung keahlian Nasha
Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas
timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah
kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.
"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.
"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.
Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,
"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.
Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Dalam
pembentangan di majlis wacana di Kuala Lumpur, Nasharuddin
membangkitkan persoalan sama ada bukan Islam kini berbaik dengan umat
Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.
"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.
"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.
Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,
"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.
Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Akhlak pemimpin Islam
Dalam
sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia
sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung
kerjasama antara PAS dan DAP.
Dalam kenyataannya hari ini, Syis juga berkata, secara realitinya, PAS perlu konsisten dengan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk memastikan misi ke Putrajaya bukan sekadar polemik politik.
"Tidak cukup dengan penganjuran jelajah dan himpunan, namun apa yang lebih penting ialah memastikan tiada dalam kalangan kepimpinan PAS yang masih berfikiran kuno seperti Nasharuddin Mat Isa," katanya.
Beliau juga mempersoalkan kenyataan Nasharuddin berhubung isu 'doa Kristian' sebelum ini apabila membuat tuduhan tanpa bukti - tindakan yang didakwa mencemarkan imej Islam.

"Ia mencemar imej Islam apabila bekas kepimpinan tertinggi dan Majlis
Syura gerakan Islam utama di Malaysia yang berkelakuan sedemikian.
"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.
Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.
DAP Sarawak bagaimanpun menafikannya dan mendakwa tuduhan itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.
Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.
Amat bodohlah kalau ditipu 'syaitan yang dikenali'
ULASAN Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku pernah menyaksikan satu persefahaman di rumah Abdullah bin Jud'aan, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya." (Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Ibn Kathir)
Peristiwa bersejarah ini berlaku di masa jahiliah, ketika Rasulullah SAW belum dilantik menjadi rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Mekah.
Rasulullah SAW diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Mekah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi seorang bangsawan Mekah bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan dan kenalannya, kerana kedudukan bangsawan si zalim itu.
Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Mekah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.
Apabila seruannya didengari para pemimpin Mekah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half al-Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah SAW bersabda tersebut di atas dengan huraiannya: "Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya."
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya." (Riwayat Ibn Majah)
Di atas konsep inilah maka Rasulullah SAW menerima persefahaman tersebut, walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliah.
Kerjasama politik berpandukan nas
Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam.
Rasulullah SAW juga menyatakan sempadan dengan sabdanya yang bermaksud:
"Orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab atas segala syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram." (Riwayat Al-Bukhari dan selainnya)
PAS adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno.
Begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen BN yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada al-Quran dan Sunah, Ijmak Ulama dan Qias.
Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf (kerjasama) yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan adalah muafakat politik dalam konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum fikah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, masyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu-Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak membezakan antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.
Islam pernah memperkasakan Arab. Dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melimpah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS, Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.
Tak halang ahli DAP minum arak, tapi...
Cukuplah menegakkan Islam ala-Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.
Melayu yang perkasa bersama Umno, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak di atas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga.
Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walaupun disembunyikan di bawah tikar yang hina.
PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia.
Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh (bertoleransi) mengikut batas-batas Allah.
PAS pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan BN bersama Umno dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan muktamar khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama Umno.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada BN pada 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihan raya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan Umno.
Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional (PKN) yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
Hudud: Umno ibarat ayam jantan
PAS mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.
Percayalah orang Melayu-Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama-sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersamanya.
Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990-an berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin PKR dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walaupun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah senario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan Umno berjuang menegakkan hukum hudud laksana ayam jantan kokok berderai ada hal ekornya bergelumang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya Umnolah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa di peringkat negeri dan pusat.
Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan istiqamah di tengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Berguru dengan media yang berniaga dengan politik
Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990. Sehingga kini PAS menjadi penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran Umno bagi melemah dan menjatuhkannya atas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisme.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang bawah parti Gerakan sebelum BN dan Sabah bawah PBS. Inilah hakikat Umno dengan Melayu dan Islam anutannya.
Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada Umno.
Kepada ahli dan penyokong PAS, saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang berniaga dengan politik.
PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjemaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah SAW: "Sesiapa yang memencilkan diri daripada jemaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya."
Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS. Ulasan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

'Taman Manggis mahu dijadikan tapak penjaja'
Dokumen
rasmi sewaktu pentadbiran kerajaan Pulau Pinang sebelumnya telah
mendedahkan bahawa tidak ada rancangan untuk fasa II projek perumahan
awam Taman Manggis, seperti yang didakwa oleh para pemimpin BN negeri,
yang mendakwa ia secara rasmi diminitkan dalam satu mesyuarat Exco
Negeri pada 2003.Setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik (kanan), yang mengesahkan dokumen-dokumen tersebut, menggesa BN supaya
menunjukkan minit mesyuarat tahun 2003 itu jika mereka mahu terus menuduh kerajan negeri mengabaikan pembinaan rumah di Taman Manggis.
Beliau mendakwa, sebaliknya, pada tahun 2002, pemimpin Umno tempatan bertegas supaya sebahagian atau keseluruhan plot 1.1 ekar itu dijadikan pusat penjaja - permintaan segera yang dinyatakan dalam surat rasmi kepada Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Setiausaha Umno bahagian Tanjong ketika itu, Noor Rahim Abdul Wahab telah menghantar surat bantahan yang dialamatkan kepada Koh - kini seorang menteri persekutuan - menuntut disediakan pusat penjaja di tapak projek tersebut, kerana tiada rancangan untuk itu.
Menurut surat bertarikh 18 Februari 2002 itu, rancangan awal adalah untuk membina 19 gerai penjaja dalam Taman Manggis, di sepanjang Jalan Zainal Abidin, di mana terletaknya ibupejabat negeri Umno.
Tetapi Noor Rahim berkata beliau telah mendapat tahu bahawa pemaju telah memohon pengecualian daripada menyediakan pusat penjaja dengan alasan tanah itu akan digunakan untuk membina kuarters kerajaan.
Dalam surat kepada Koh itu yang diterima pada 29 Februari 2002, Noor Rahim berkata, pihaknya membantah rancangan kerajaan negeri untuk tidak membina kemudahan untuk penjaja mengikut rancangan asalnya.
Menurut Noor Rahim, ia tidak mematuhi keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang setahun lalu (2001).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan