Rabu, 17 Oktober 2012

TAU TAK PE....MEMANG MEREKA PANDAI MEMERINTAH...MEREKA JUJUR DAN AMANAH JAGA HAK RAKYAT

Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan
Posted on Tuesday, October 16 @ 14:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah: Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.

Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.


Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.

Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.

Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.

Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.

2. Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.

3. Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.

YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta. Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.

2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.

3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:

1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.

2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit

3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:

1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.

2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.

2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.

3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.

Laporan lengkap serta bergambar Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com


Peneroka Mangsa Buli Pengilang Sawit FELDA
Posted on Tuesday, October 16 @ 13:11:55 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Nurul Izzah

Kenyataan Media
15 Oktober 2012

Felda Holdings Berhad melalui anak syarikatnya Felda Palm Industries Sdn Bhd telah menghantar notis kepada penjual-penjual Fresh Fruit Bunches (FFB) bahawa ia tidak akan membayar harga penuh buah kelapa sawit. Kebanyakan dari penjual FFB kepada kilang-kilang Felda adalah peneroka-peneroka Felda.

Felda pada dasarnya akan mengabaikan harga pasaran dan sebaliknya membayar harga sekitar 10% lebih murahdari harga pasaran. Fomula mereka adalah berdasarkan harga pasaran CPO yang ditolak RM200 setiap ton metrik (MT).

Enam bulan yang lalu, CPO berada pada harga RM3 600/MT, kemudian merosot kepada RM2 250 /MT pada 2hb Oktober, dan kini sedang mula meningkat kepada RM2 500/MT. Namun, pada bulan lepas, para peneroka telah mula merasai keperitan disebabkan pendapatan mereka merosot sebanyak 50%. Bagi para peneroka, langkah terbaru Felda ini adalah bak kata pepatah Melayu,”sudah jatuh ditimpa tangga”.

Terdapat dua perkara di sini: satu adalah isu perundangan dan satu lagi adalah isu ketamakan korporat.

Pertama sekali, kami percaya bahawa ia adalah tidak adil dan satu langkah haram untuk secara “unilateral” memaksa diskaun terhadap para peneroka. Di dalam kebanyakan kes, Felda adalah pembeli tunggal FFB dari peneroka disebabkan kedudukan kilang yang berdekatan dengan ladang-ladang peneroka. Kebanyakan peneroka pula punyai kontrak untuk menjual hasil kepada Felda dalam usaha melangsaikan hutang mereka. Disebabkan itu, para peneroka tidak mempunyai pilihan untuk menjual FFB milik mereka kepada kilang-kilang lain. Ini merupakan satu bentuk monopoli yang mengikat peneroka dengan Felda. Pasukan guaman dari KEADILAN akan meneliti perkara ini secara terperinci seandainya terdapat pelanggaran dari segi undang-undang termasuk, dan tidak terhad kepada, Akta Persaingan.

Kedua, umum wajib mengetahui bahawa 51% saham Felda Holdings dimiliki para peneroka sementara hanya 49% dimiliki FGVH. Namun, notis tersebut telah diberikan dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Plantations (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FVGH. Mengapakah pemegang saham minority (FGV) mengatasi majoriti di dalam hal ini, sementara menetapkan diskaun yang memangsakan para peneroka? Langkah terbaru ini jelas dikelolakan FVGH dan menggambarkan bahawa bukan hanya para peneroka menjadi mangsa urus niaga yang teruk, para peneroka juga diminta memberikan subsidi kepada FGVH untuk menguntungkan para pemegang saham mereka. Jika harga CPO merosot, bukankah setiap pihak harus menanggung kerugian? Mengapakah para peneroka diminta mengambil lebih banyak tanggungjawab berbanding pihak lain? Ini adalah satu kes ketamakan korporat yang membuli para peneroka.

KEADILAN mencabar kerajaan untuk mengeluarkan amaran tegas kepada Felda dan FGVH supaya segera menarikbalik notis tersebut. Kami juga ingin menasihati para peneroka supaya menyedari mereka sebenarnya mempunyai kepentingan majoriti di dalam Felda Holdings.Tawaran KEADILAN kepada semua peneroka adalah untuk membantu mereka dalam menuntut agar notis tersebut ditarikbalik. Langkah ini sehaluan dengan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menganjur jaringan sosial keselamatan yang komprehensif untuk warga luar bandar termasuklah peneroka.

NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


Tok Guru 'Tak Pandai Perintah' Bajet 2013 Kelantan Ada Lebihan RM45jut
Posted on Tuesday, October 16 @ 04:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Mutaligat

Kerajaan Kelantan terbukti tidak pandai memerintah sebab itu Bajet 2013 Kelantan ada lebihan sebanyak RM45.8juta.

Manakala kerajaan Pusat sangat pandai memerintah sebab itu Bajet kerajaan Pusat mengalami defisit 16 tahun berturut-turut. Hebat betul kerajaan pusat! 

Pembentangan bajet kerajaan Kelantan hari ini dilakukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil masa hampir sejam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sedangkan pada belanjawan 2012 Bajet kerajaan Kelantan dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.

Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.

Bajet dianggarkan dengan perolehan hasil sebanyak RM581.77 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM535.95 juta.

Anggaran hasil sebanyak RM581.77 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM296.80 juta, hasil bukan cukai RM171.57 juta, manakala terimaan bukan hasil (RM113.41 juta).

“Peningkatan hasil pada 2013 berpunca daripada tuntutan hasil royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebanyak RM200 juta atau sebanyak 34.38 peratus daripada hasil negeri.

“Kerajaan negeri memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan dari royalti petroleum, di mana sebelum ini diletak sebagai token sebanyak RM10.

“Ini bertujuan untuk melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas di telaga Kamelia yang akan memulakan pengeluaran Isya-Allah pada Mac 2013,” kata Menteri Besar.

Medan tersebut berada dalam Blok PM 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan, di mana pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu setahun.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, tidak salah untuk memasukkan  hasil daripada sumber royalti petroleum sebanyak RM200 juta memandangkan ia adalah hak Kelantan.

Katanya, perkara itu pernah berlaku di Terengganu ketika di bawah kerajaan PAS apabila perolehan daripada royalti turut dimasukkan dalam anggaran bajet negeri.

“InsyaAllah kita akan mendapat hak tersebut kerana sumber gas dan minyak terbabit berada di perairan Kelantan,” ujarnya.

Sumber: mutaligat.blogspot.com

Cubaan Mencuri Jasad Rasullullah
Posted on Tuesday, October 16 @ 05:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"

1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

Kitab-kitab di atas menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , iaitu pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi dimakamkan. Mereka datang menyamar sebagai perantau dan tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. berada. Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat terowong yang mengarah ke makam Rasulullah s.a.w.

Pada suatu malam juga, seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w. dan pada malam itu jugalah, Nuruddin terbayang 2 orang lelaki sedang menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya, beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan, maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2 orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang membuat terowong. Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w., Kedua-dua Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan melalui perang 200 tahun, ajaran Islam juga mahu dilenyapkan. Begitu juga dengan jasad Nabi yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas.

Kini tidak mungkin lagi cubaan untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi kerana pengawasan yang terlalu ketat. Kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya melalui bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang bertujuannya tidak lain menasranikan umat Islam. Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya ;

” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

5 kali percubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w

PERTAMA, Semasa pemerintahan Amrullah Al-Ubaidi. Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

KEDUA, Semasa pemerintahan Al-Ubaidi. Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran makam nabi dengan membuat terowong, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengoncangkan bumi Madinah.

KETIGA, Perancangan raja-raja Nasrani dengan komplot Nasrani Maghribi. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

KEEMPAT, Sekumpulan Nasrani datang bersama jemaah haji dengan niat mencuri jasad Rasullullah. Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

KELIMA, Pada kurun ke-9 Hijrah, 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh pemerintah Islam zaman tersebut. - Wallahu a’lam.

SiniKINI.com "

Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit Negara
Posted on Tuesday, October 16 @ 05:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Greenboc



Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011.

" Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka. -FMT/jalanpulang

PANAS! Mengapa Musa Hassan Tarik Balik Saman Terhadap Anwar?
Posted on Tuesday, October 16 @ 06:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Jalan Pulang

Belum pun sempat buka mulut untuk disoal, tau-tau dah mintak tarik balik saman?

Itulah yang terjadi terhadap perbicaraan berhubung insiden kes mata lebam oleh Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1 pada 1998. 

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Reza Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.

“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Anwar selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.

“Jelas apa yang dipertahankan Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.

Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Abdul Gani Patail.

Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor.

“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.

“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.


Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.

“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.


Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.

Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.

Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.

Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.

“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.

KANTOI! Budak Sekolah Malukan Najib Altantuya!!!
Posted on Tuesday, October 16 @ 06:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Jalan Pulang


Rupanya benarlah tindakan Perdana Menteri Najib Altantuya sehingga kini mengelak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim walaupun berkali-kali dipelawa malah didesak supaya berbuat demikian.

Jangankan dengan Anwar, dengan budak sekolah pun Najib Altantuya langsung tidak dapat menjawab soalan fardu ain asas yang diajar dari kecil lagi!

Najib Altantuya hadir di pameran pendidikan tersebut pada 13 Mac 2012 dan video tersebut memaparkan kununnya Najib Altantuya tertarik dengan kaedah "Peta Pemikiran" (Mind Mapping) untuk matapelajaran Pendidikan Islam yang dipamerkan oleh Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Buktinya, saksikan dari minit ke 2:00 video di bawah ini, anda akan melihat Najib Altantuya disoal oleh salah seorang pelajar dari sekolah tersebut yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot.

Soalan yang ditanya oleh salah seorang pelajar itu setelah menjelaskan tentang taktifan dan contoh najis Mutawassitah (najis sederhana) dan bertanya kepada Najib Altantuya dengan memintanya memberikan jawapan kepada soalan: “Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis Mughallazah?”

Najib Altantuya ternyata gagal memberikan jawapan lantas berpaling kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan harapan mendapat bantuan tetapi Muhyiddin juga sama seperti Najib Altantuya gagal memberikan jawapan hingga akhirnya murid lelaki yang bernama Hafiz di sebelah murid yang bertanya tadi membantu memulihkan air muka Najib Altantuya yang tergamam dengan memberikan cadangan iaitu Babi.

Nampaknya bukan setakat Najib Altantuya terkantoi, malah Muhyiddin yang kunun hendak 'mengenakan' Najib Altantuya turut terkantoi sama!

Kah kah kah...








“PANTHONG”, Pantun Melayu Sri Lanka
Posted on Tuesday, October 16 @ 08:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber putramelayu


Melayu Sri Lanka

Pantun dikenal sebagai kemahiran bertutur di Tanah Melayu sejak zaman dulu kala. Keindahan kata dan makna tersirat dalam keserasian lampiran dan isi. Seperti juga dengan syair di masyarakat Arab, pantun hidup di tengah bangsa Melayu di mana pun.

Di Sri Lanka, masyarakat Melayu yang menetap di negeri tersebut masih mempertahankan tradisi berpantun hingga sekarang. Kerana penyatuan dan perbezaan dialek, mereka menyebutnya sebagai “Panthong“.

Sebutan ‘Panthong’ ini berdasarkan sebuah manuskrip MS 447 dan MS 449. Demikian juga manuskrip MS 431 yang ditulis dalam tulisan rumi.

Hampir tiada perbezaan antara pantun dan panthong, kecuali beberapa perkara yang tidak signifikan. Salah satu perubahan ketara yang berlaku terhadap pantun di Sri Lanka adalah cara bagaimana perkataan pantun dieja atau disebut tersebut.

MS 431 mengandungi 124 rangkap dan ditulis dalam tulisan rumi mengikut gaya sebutan masyarakat Melayu di Sri Lanka. Pada rangkap terakhir (rangkap 124) ada dicatatkan bahawa pantun telah dikarang di Upper Division Blackwater. Perkataan pantun telah dieja sebagai “panthong” seperti dalam contoh berikut:

Daripada thathahu lagunyah panthong itu,
Susa sakaly de panthongkan itu;
Thulung de habarkan lagunyah itu,
Sapaya keetha de panthong panthongkan bagietu

Tuan O. Saldin altawa Tuan Sallay Wahid itu,
Theyada debuwatkan ketab ketab panthong buku itu;
Thawa layang orang orang suwatu bagietu,
Dan de namakan Ketab Panthong Suwatu.

Tuan Mantara juga mula de tharokan itu,
Dan de namakan Panthong Orang Muda bagietu;
Daripada thathahu artinyah panthong itu,
Theeyada mangapa keetha junjongkan itu.



Gadis Melayu Sri Lanka

Sumber: putramelayu.web.id

Shahrizat Jalil mungkin tidak tahu kalau suaminya kahwin baru
Posted on Tuesday, October 16 @ 07:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Besar kemungkinan suami Shahrizat Jalil kahwin baruPada 10hb Oct. 2012 lalu Kerajaan Rakyat menulis 3 perkara tentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Antaranya berkaitan dakwaan beliau bahawa dia tidak tahu secara terperinci kegiatan suaminya membida projek bernilai jutaan ringgit.

Dalam satu posting di facebook, Kerajaan Rakyat bertanya:
~ Perhatikan 3 keping gambar ini dan jawab soalan berikutnya:
1 - Apakah sumbangan dia kepada negara?
2 - Kenapakah dia menjadi amat popular?
3 - Dalam ketiga-tiga gambar, apakah yang paling ketara?

Datuk Harith telah memberi jawapan seperti di bawah yang boleh dijadikan peringatan kepada Shahrizat. Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Telah saya katakan, Shahrizat adalah antara spesis manusia yang sukar dipercayai kernasikap hipokritnya"
 



  

Tiada ulasan: