RM12 juta kos selenggara kediaman rasmi PM, TPM
Muhammad Faizal, | 31 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun
sebanyak RM12,094,707.06.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana, kediaman Datuk Seri Najib Razak
bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria
untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan demikian dalam jawaban bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.
Nazri dalam jawapan itu memberitahu kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).
Sementara itu kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).JJMK Kelantan: Bukannya Nak Basmi Kemiskinan
Posted on Tuesday, October 30 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Munier
Baru-baru ini Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir Sik Kedah mai rumah saya nak bincang bab bantuan untuk Rohingya. Sembang pi sembang mai, masuk bab sedekah dan isu basmi kemiskinan.
Saya minta pandangan Ustaz tentang modus operandi kerja rakan-rakan di NGO Wargakilang yang lebih kepada menghulurkan sumbangan barangan kepada keluarga-keluarga miskin yg kami temui, yang sudah pastinya tidak mampu membasmi masalah kemiskinan itu sendiri.
Ustaz kata: “Mana-mana kerajaan atau pun sesiapa saja yang kata dia nak basmi kemiskinan, sesungguhnya mereka itu adalah manusia yang TAKBUR – orang yang cakap itu tak faham sunnatullah. Tuhan sudah tentukan semua kejadian ini,ada bendanya yang berlawanan, ada neraka ada syurga, ada kiri ada kanan, ada lelaki ada perempuan, ada sihat ada sakit, ada tua ada muda, ada kaya dan ada MISKIN”.
Ustaz kata lagi: “Orang Miskin itu sebenarnya adalah tiket untuk orang kaya masuk syurga kalau orang kaya itu rajin bersedekah kpd golongan miskin dan susah ini. Ada pun anta semua di Wargakilang ini hanyalah sebagai WASILAH atau pun sebagai Wakil Tuhan tukang bawa rezeki untuk keluarga2 yang berkenaan. Bila org2 miskin itu berdoa mengadu untung nasib mereka kepada Tuhan, Tuhan tidak turunkan terus dari langit kampit beras itu di hadapan mereka, tetapi Tuhan bawakan rezeki kepada mereka melalui Wargakilang ini. Mulia sebenarnya kerja buat anta semua ini”.
Lega saya bila Ustaz cakap macam itu sebab kami di NGO Wargakilang tengah plan nak masuk kg di Negeri Kelantan. Kami duk risau nanti orang ingat kami sengaja nak memburuk-burukkan kerajaan Kelantan pula sebagaimana kami dituduh cuba memburuk-buruk kerajaan Terengganu bila kami buat program Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) di perkampungan Nelayan di Kemaman bulan Ramadhan hari itu.
Sembang pasal nak masuk kg di Kelantan, insyaallah jika tidak ada aral melintang, kami akan ke sana pada 11 hb Nov 2012 ini. Sahabat kami anak-anak jati Kelantan di sana sudah pun mengenal pasti hampir 30 buah keluarga yang bakal menerima sumbangan kami nanti.
Antara yang akan kami kunjungi ialah keluarga Pok Soh di Bachok, Kelantan.
(7 beranak dari 4 generasi, Datuk-Anak-Cucu-Cicit tinggal dalam sebuah rumah yang sempit tanpa bilik)
Seterusnya ialah sebuah rumah usang yang sedang mereput dimakan anai-anai di Kedai Lalat, Kota Bharu.
(Rumah ini dihuni oleh dua beradik yang cacat penglihatan, Che Nab dan Che Jah – dua orang individu miskin yang layak menerima sumbangan beras FIDYAH)
Kami juga akan berkunjung ke sebuah rumah keluarga OKU di PPRT Kg Tepus.
(Pak Lah, 53 tahun OKU sejak kecil, terpaksa bertongkat untuk bergerak ke sana sini).
Telah berkahwin, tetapi isterinya juga OKU, cacat penglihatan. Ada 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah. Selain bantuan pihak berwajib, mereka hanya mengharapkan bantuan jiran dan saudara mara untuk kelansungan hidup.
Sebenarnya, kita yang hidup senang dan agak selesa sekarang ini jangan duk ingat kita akan selesa selama-lamanya, kadang-kadang bila datang Ujian Tuhan, hidup kita boleh berubah 180 darjah. Misalnya dalam kes Puan Rahana, 44 tahun di bawah ini.
Dulunya tidaklah susah sangat, suami bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Perubahan roda hidup mentakdirkan keluarga 8 orang anak ini kehilangan punca pendapatan apabila mana ayah mereka diserang penyakit dementia (nyanyuk), dan tidak mampu bekerja lagi. Sewaktu lawatan NGO Wargakilang pada bulan Sept lalu, keluarga ini masih belum menerima bantuan dari JKM.
(Tak pasti sama ada keluarga ini pernah merasa Ayam KFC sebelum ini, namun boleh nampak anak-anak Puan Rohana macam tak sabar-sabar nak merasa ayam KFC yang dibawa oleh Team WK Kelantan)
Kami cuma berharap kemiskinan keluarga yang menghempap secara tiba-tiba ini tidak akan mengganggu prestasi pembelajaran anak-anak beliau, terutama anak sulungnya, yang beroleh keputusan cemerlang 9A dalam PMR tahun lepas. Sekarang ini kami dimaklumkan sedang belajar di SMKA di pinggir Kota Bharu - dengan berbasikal dari rumah ke sekolah beberapa kilometer saban hari.
Orang alim kata Kaya dan Miskin ini hanyalah Ujian Hidup semata. Kalau orang miskin itu sabar dan redha dengan Ujian itu, insyaallah mereka akan mendapat pahala. Kalau orang Kaya bantu orang Miskin dengan lebihan rezeki yang mereka ada, insyaallah mereka juga akan beroleh pahala. Namun begitu, kadang-kadang Ujian hidup ini begitu mencabar sekali tak mampu untuk kita menanggungnya, seperti dalam kisah Pn Suhana dari Kg Pauh Lima di bawah ini.
Setelah dicerai talak 3, beliau merempat membawa diri bersama 4 orang anak-anaknya menumpang tinggal di wakaf orang, dan kemudiannya berakhir di sebuah bangsal memproses ayam. Kisah lara hidupnya ini pernah tersiar di sebuah akhbar tempatan tak beberapa lama dulu.
(Petikan akhbar: kisah Puan Suhana dengan anak-anaknya tinggal bersama hampir 20 ekor ayam dalam sebuah bangsal memproses ayam yang sempit dan berbau)
(Bangsal Proses Ayam tempat tinggal Puan Suhana)
Lalu, seperti juga kisah-kisah kemiskinan lain yang sering tersiar di akhbar-akhbar arus perdana, seperti juga nasibnya kertas suratkhabar berkenaan yang akhirnya dibuat bungkus nasi lemak kemudian dicampak ke dlm tong sampah dan dilupakan orang, maka begitu juga dengan kisah Puan Suhana, menjadi celebrity hanya buat seketika.
Sewaktu mengunjungi beliau baru-baru ini selepas beberapa bulan kisah beliau tersiar di akhbar, kami dapati keadaan hidup beliau tidak jauh berbeza, cuma sudah tidak lagi tinggal di bangsal berkenaan tetapi menyewa sebuah rumah berdekatan dengan sewa RM200 sebulan.
Puan Suhana mengadu kepada kami masalahnya yang mungkin terpaksa kembali tinggal di bangsal proses ayam tersebut kerana tidak mampu untuk menanggung sewa, belanja makan minum dan sakit demam beliau anak beranak – yang hanya bergantung kepada bantuan yg tidak seberapa dari pihak berwajib dan sedikit pendapatan hasil upah menjadi pembantu di tempat proses ayam berkenaan.
Kami cuma berharap Puan Suhana akan terus tabah menghadapi ujian hidup yang sedang melanda beliau ini. Namun begitu, ujian hidup beliau ini mungkin tidak seperit dugaan hidup yang sedang melanda keluarga Abg Anuar Nawi dalam kisah terakhir ini.
Abg Anuar seorang tukang besi bekerja sendiri dengan punca pendapatan yang tidak menentu, punya 7 orang anak – semuanya masih bersekolah kecuali yang bongsu 5 tahun.Ujian hidup mentadkirkan isterinya jatuh lumpuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di leher.
(Abg Anuar dan salah seorang anaknya di sisi isterinya yang terlantar lumpuh)
Bekerja sendiri tanpa order yang menentu, kadang-kadang mereka sekeluarga terpaksa ber-ikat perut bila tiada tempahan baru. Jika isterinya sihat, bolehlah juga isterinya ini membantu di mana yang perlu. Walaupun begitu, antara tabah Abang Anuar tetap redha dengan takdir yang menimpa dirinya ini - perlu menjaga isterinya yang terlantar, dan dalam masa yang sama terpaksa mengambil alih tugas sebagai Ibu kepada 7 orang anak-anaknya itu. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahunya yang memikul.
Baru-baru ini sahabat kami, sdra Jaafar anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur berkunjung ke rumah beliau di Kedai Lalat, Kota Bharu ini. Dalam lapurannya kepada kami, sdra Jaafar menulis:
“Anak sulung Abg Anuar belajar di sebuah kolej swasta di Nilai. Dgr khabar, pinjaman PTPTN masih tak diluluskan sebab mak/bapak dia takder slip gaji. Kalau orang keje kampung ... usahkan slip gaji... gaji pun belum tentu ada. Ayah dia ada citer... kadang2 anak dia tepon.. duit dah habis... selalu sangat menahan lapar sebab x kehabisan wang belanja.”
Weekend baru ini, sdra Jaafar, berjaya menjejaki Amirul, anak sulung Abg Anuar di Nilai, N9, sedang menuntut di sebuah kolej swasta di sana dalam bidang Pengurusan Hotel Tahun 1, masih tidak menerima pinjaman PTPTN. Kerap benar menahan lapar dan dahaga kerana sering keputusan wang; pun begitu agak cemerlang dalam pelajaran, semester baru-baru dapat CGPA 3.01.
(Wajah innocent Adik Amirul - sedang mengisi borang pendapatan keluarga yg diusahakan oleh Sdra Jaafar)
Entahlah bila menatap wajah adik Amirul ini, rasa sebak pun ada. Perit sebenarnya hidup sebagai anak orang susah di rantau orang ini. Sakit demam lapar dan dahaga tiada yang peduli….
Saya pun tak tahu nak komen apa dah. Kalau ada masa, meh lah join kami Jln-Jln Masuk Kg membantu org-org miskin dan susah di Kelantan pada 11 Nov 2012 ini, tempat berkumpul di Masjid Bandar Bachok, jam 8:00-8.30 pagi. Sila bawa barang-barang sumbangan masing-masing untuk disampaikan sendiri secara peribadi.
Macam yang Ustaz Ismail kata, kami hanyalah nak pi bagi sumbangan nak pi kutip pahala - bukannya nak basmi kemiskinan, hanya mereka yang takbur sahaja yang berkata demikian.
Sekian, moga mampu menjadi tazkirah buat semua.
moniermatdin@yahoo.com
12.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...
Posted on Tuesday, September 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Addin

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique

Kerajaan Selangor saman Utusan atas artikel PKNS
Selangorku, | 31 Okt 2012 |
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan timbalan
ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat
berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS).
Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.
Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.
“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu, apa lagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.
Laporan akhbar berkenaan menyebut kerajaan negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada polis berikutan kejayaan
pasukan itu membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.
Rakaman ucapan tahniah itu disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada sidang media khas selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
Beliau juga turut melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan anggota berkenaan menjaga keamanan di negeri ini sehingga terpaksa mengorbankan diri demi keamanan rakyat.
“Kebetulan tadi saya ada menghubungi Ketua Polis Kelantan untuk bertanya khabar tentang kejadian tembakan semalam, kebetulan Ketua Polis berada di luar Kelantan,” ujarnya.
Beliau juga berkata, sekiranya rakyat berpuas hati dengan kecekapan anggota polis menembak mati penjenayah, kenapa ada umat Islam sendiri yang tidak senang dengan hukum hudud.
Lagipun, tambahnya hukum hudud yang dikenakan pesalah tidak sampai mati bagi yang mencuri hanya memotong tangan sahaja.
Sementara itu, Tuan Guru turut meluangkan masa menziarahi anggota polis Koperal Mat Ridwan Mat Hassan, 50 dan Lans Koperal, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan tengah hari tadi.
Kedua mereka kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.
Shamsul ditembak oleh salah seorang penjenayah ketika menyertai sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, pagi semalam.
Ridwan pula ditembak sewaktu berbalas tembakan dengan penjenayah yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan anggota polis, Shamsul di Gua Musang.
Kejadian berlaku di Cabang Tiga Kemuning, Machang. Penjenayah tersebut bagaimanapun mati ditembak.
Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.
Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.
“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu, apa lagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.
Laporan akhbar berkenaan menyebut kerajaan negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
Jenayah: Kelantan rakam tahniah kepada polis
Salmah Mat Husain|Foto Zam Zamani, | 31 Okt 2012 |
Rakaman ucapan tahniah itu disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada sidang media khas selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
Beliau juga turut melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan anggota berkenaan menjaga keamanan di negeri ini sehingga terpaksa mengorbankan diri demi keamanan rakyat.
“Kebetulan tadi saya ada menghubungi Ketua Polis Kelantan untuk bertanya khabar tentang kejadian tembakan semalam, kebetulan Ketua Polis berada di luar Kelantan,” ujarnya.
Beliau juga berkata, sekiranya rakyat berpuas hati dengan kecekapan anggota polis menembak mati penjenayah, kenapa ada umat Islam sendiri yang tidak senang dengan hukum hudud.
Lagipun, tambahnya hukum hudud yang dikenakan pesalah tidak sampai mati bagi yang mencuri hanya memotong tangan sahaja.
Sementara itu, Tuan Guru turut meluangkan masa menziarahi anggota polis Koperal Mat Ridwan Mat Hassan, 50 dan Lans Koperal, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan tengah hari tadi.
Kedua mereka kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.
Shamsul ditembak oleh salah seorang penjenayah ketika menyertai sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, pagi semalam.
Ridwan pula ditembak sewaktu berbalas tembakan dengan penjenayah yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan anggota polis, Shamsul di Gua Musang.
Kejadian berlaku di Cabang Tiga Kemuning, Machang. Penjenayah tersebut bagaimanapun mati ditembak.
KASE sedia peguam selesai saman AES
Hazayani Zakaria, | 31 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Kempen
Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu
orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.
"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.
"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan orang ramai apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan pengguna jalan raya itu adalah melebihi had laju.
"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.
"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sementara itu Penasihat Undang-undang KASE Zulazmi Shariff mendakwa, pihak syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd yang menguruskan kamera AES itu menggunakan kenderaan menyerupai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
"Maklumat yang diterima dua syarikat ini menggunakan kenderaan syarikat jenis Frontier yang mempunyai warna dan logo yang menyerupai kenderaan JPJ.
"Ini satu bentuk penyamaran. Saya minta JPJ jawab perkara ini kerana kita tidak mahu ada pihak sewenangnya melakukan sekatan jalan raya dengan menggunakan kenderaan yang menyerupai pihak berkuasa," katanya.
(Pasukan TRW yang menjuarai tiga kejuaraan tahun ini menjadi kebanggaan negeri dan rakyat Kelantan)
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan Jamuan Rakyat 13 November ini sebagai majlis kesyukuran menyambut kemenangan skuad The Red Warriors menjulang Piala Malaysia 2012.
Program berkenaan dijangka bermula jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, Kota Bharu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata majlis yang pada mulanya dirancang pada 3 November terpaksa ditunda ke 13 November berikutan ‘pemain’ masih bercuti dalam tempoh itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang turut disertai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan.
Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat exco tengahari tadi.
“Kita menjemput semua rakyat Kelantan khususnya penyokong TRW hadir pada majlis berkenaan beramai-ramai.
“Selain menikmati jamuan, insyaallah skuad pasukan Kelantan juga akan hadir pada majlis itu,”ujarnya.
Pada persaingan merebut Piala Malaysia 20 Oktober lalu Kelantan berjaya menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2.
Bukan itu sahaja, Kelantan menjuarai dua lagi pertandingan tahun ini, iaitu Liga Super dan Piala FA.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, merakamkan ucapan tahniah di atas kejuaraan yang penuh bermakna itu.
Ekoran kejayaan itu, kerajaan negeri sekali lagi menyalurkan peruntukkan khas untuk semua pemainnya menunaikan Umrah ke tanah suci.

Peluang terakhir untuk rasa gas pemedih mata dan semburan air kimia?
http://cenangau.blogspot.com, | 31 Okt 2012 |
Memang la tak sepatutnya Pakatan
Rakyat yang mengaku memperjuangkan kebebasan bersuara gunakan jugak
gas pemedih mata dan semburan air kimia untuk suraikan penunjuk
perasaan. Tapi bukan boleh kira sangat, dalam Pakatan Rakyat pun ramai
jugak pemimpin yang mentaliti macam pemimpin Umno.
Sinarharian melaporkan:
Sinarharian melaporkan:
SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.
“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya. - Sinarharian.
Satu
kenyataan yang sedikit menggembirakan kaki demonstrasi. Nampak macam
ada peluang nak rasa lagi gas pemedih mata dan semburan air kimia. Bab
ni tak payah sembang sembang dengan geng kaki mengaji yang bukan kaki
demonstrasi, depa memang payah nak faham.
Bagi semua 'penagih' gas pemedih mata dan semburan air kimia, himpunan 3 November ni mungkin jadi peluang terakhir nak pelepas ketagihan. macam tu jugak bagi yang belum pernah rasa dan teringin nak rasa.
Pasainya, ada kemungkinan jugak Najib Rosmah akan bubar parlimen dan adakan PRU13 hujung tahun ni jugak.
Pasainya ada member aku yang kerja di kementerian kewangan bagitau yang kerajaan sebenarnya tak cukup cash untuk bagi segala macam gula-gula yang Najib Rosmah janji masa pembentangan belanjawan baru-baru ni. Kalau parlimen dibubar tahun depan, kerajaan terpaksa bagi semua gula-gula tu.
Jadinya, kepada semua pencinta demonstrasi, jangan lepaskan peluang yang mungkin terakhir untuk pelepas gian gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Kecuali la kalau lepas PRU13 nanti Umno BN tak mau terima kekalahan dan cuba mencetuskan huruhara.
Memang la tak sepatutnya Pakatan Rakyat yang mengaku memperjuangkan kebebasan bersuara gunakan jugak gas pemedih mata dan semburan air kimia untuk suraikan penunjuk perasaan. Tapi bukan boleh kira sangat, dalam Pakatan Rakyat pun ramai jugak pemimpin yang mentaliti macam pemimpin Umno.
Apa pun, jangan lupa temujanji kita pada 3 Nov ni.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info
yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak
mewakili Harakahdaily.Bagi semua 'penagih' gas pemedih mata dan semburan air kimia, himpunan 3 November ni mungkin jadi peluang terakhir nak pelepas ketagihan. macam tu jugak bagi yang belum pernah rasa dan teringin nak rasa.
Pasainya, ada kemungkinan jugak Najib Rosmah akan bubar parlimen dan adakan PRU13 hujung tahun ni jugak.
Pasainya ada member aku yang kerja di kementerian kewangan bagitau yang kerajaan sebenarnya tak cukup cash untuk bagi segala macam gula-gula yang Najib Rosmah janji masa pembentangan belanjawan baru-baru ni. Kalau parlimen dibubar tahun depan, kerajaan terpaksa bagi semua gula-gula tu.
Jadinya, kepada semua pencinta demonstrasi, jangan lepaskan peluang yang mungkin terakhir untuk pelepas gian gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Kecuali la kalau lepas PRU13 nanti Umno BN tak mau terima kekalahan dan cuba mencetuskan huruhara.
Memang la tak sepatutnya Pakatan Rakyat yang mengaku memperjuangkan kebebasan bersuara gunakan jugak gas pemedih mata dan semburan air kimia untuk suraikan penunjuk perasaan. Tapi bukan boleh kira sangat, dalam Pakatan Rakyat pun ramai jugak pemimpin yang mentaliti macam pemimpin Umno.
Apa pun, jangan lupa temujanji kita pada 3 Nov ni.
Kelantan anjur jamuan rakyat untuk Red Warriors
Rizal Tahir, | 31 Okt 2012 |
(Pasukan TRW yang menjuarai tiga kejuaraan tahun ini menjadi kebanggaan negeri dan rakyat Kelantan)
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan Jamuan Rakyat 13 November ini sebagai majlis kesyukuran menyambut kemenangan skuad The Red Warriors menjulang Piala Malaysia 2012.
Program berkenaan dijangka bermula jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, Kota Bharu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata majlis yang pada mulanya dirancang pada 3 November terpaksa ditunda ke 13 November berikutan ‘pemain’ masih bercuti dalam tempoh itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang turut disertai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan.
Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat exco tengahari tadi.
“Kita menjemput semua rakyat Kelantan khususnya penyokong TRW hadir pada majlis berkenaan beramai-ramai.
“Selain menikmati jamuan, insyaallah skuad pasukan Kelantan juga akan hadir pada majlis itu,”ujarnya.
Pada persaingan merebut Piala Malaysia 20 Oktober lalu Kelantan berjaya menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2.
Bukan itu sahaja, Kelantan menjuarai dua lagi pertandingan tahun ini, iaitu Liga Super dan Piala FA.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, merakamkan ucapan tahniah di atas kejuaraan yang penuh bermakna itu.
Ekoran kejayaan itu, kerajaan negeri sekali lagi menyalurkan peruntukkan khas untuk semua pemainnya menunaikan Umrah ke tanah suci.
Fiqh: Akikah dan hal berkaitan
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 31 Okt 2012 |
Pengertian Aqiqah
Al-‘Akikah berasal dari perkataan al-‘Aq (العقّ) yang bermaksud al-Qat’u (القطع) iaitu memotong. Akikah pada asalnya ialah rambut yang berada di kepala bayi ketika dilahirkan dan dinamakan kambing yang disembelih untuk bayi sebagai akikah adalah kerana rambut tersebut dicukur ketika sembelihan itu dilakukan. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud;
“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lalukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)
Yang dimaksudkan dengan kotoran (الأذي) dalam hadis ini ialah rambut yang dicukur daripada anak kecil tersebut.
Dari sudut syarak, akikah bermaksud; binatang yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan. Disunatkan memanggilnya dengan nama nasikah (نسيكة) atau zabihah (ذبيحة).
Dalil pensyariatan akikah ialah hadis Buraidah r.a. yang menceritakan;
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin”. (Riwayat Imam an-Nasai)
Hukum Akikah
Akikah hukumnya adalah sunat muakkad. Dalil sunatnya akikah ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Salman bin ‘Amir r.a. tadi.
Melakukan akikah tidaklah wajib kerana Abdurrahman bin Abi Sa’id meriwayatkan daripada bapanya yang menceritakan bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan dengan akikah? Lalu baginda bersabda, yang bermaksud;
“Aku tidak al-‘Aquq. Sesiapa yang memperoleh anak kecil, lalu ia suka untuk menyembelih (akikah) untuknya, maka lakukanlah”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Dalam hadis di atas, Rasulullah mengikat sembelihan akikah tersebut dengan “ia suka”. Maka ini menunjukkan bahawa akikah tidak wajib. Selain itu, akikah adalah darah yang ditumpahkan (yakni sembelihan yang dilakukan) tanpa disebabkan oleh sebarang jenayah dan juga nazar, maka oleh itu tidaklah wajib sebagaimana korban.
Siapa yang dituntut melakukan akikah?
Orang yang disunatkan melakukan akikah bagi seorang bayi ialah orang yang berkewajipan menanggung nafkahnya. Kerana itu, harga akikah dibebankan kepadanya, bukan kepada bayi. Jika ia melakukan akikah dengan mengambil daripada harta/wang bayi, maka wajib diganti. Hal ini kerana, akikah itu tergolong dalam tabarru’ (derma) dan ditegah wali/penjaga melakukan tabarru’ (derma) dengan harta anak di bawah jagaannya.
Disunatkan mengakikahkan anak apabila mampu. Ukuran kemampuan ialah sebelum tamat tempoh nifas yang terpanjang bagi ibu yang melahirkan bayi tersebut. Jadi, jika seorang wali/penjaga yang menanggung nafkah bayi tidak ada kemampuan untuk melakukan akikah semasa anak dilahirkan, namun jika sebelum tamat tempoh nifas terpanjang itu ia mendapat kesenangan dan mampu melakukan akikah, maka sunat akikah itu masih dituntut ke atasnya. Namun jika sepanjang tempoh nifas tersebut masih susah (yakni masih tidak mampu), maka gugurlah tuntutan akikah itu darinya.
Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari; jika ayah tidak mampu, maka sunat bagi datuknya yang mampu melaksanakan akikah cucunya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ke atas cucunya Hasan dan Husin, kerana yang memberikan nafkah kepada keduanya adalah Rasulullah kerana orang tuanya tidak mampu.
Ibu tidak sunat mengakikahkan anaknya kecuali apabila ayah tidak mampu. Anak zina yang wajib memberi nafkahnya adalah ibunya, maka sunat bagi ibu mengakikahkan anaknya. Ini adalah pendapat Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli. Adapun Syeikh Khatib Syarbini berpendapat; tidak sunat bagi ibu mengakikahkan anak yang dilahirkan kerana zina, sekalipun ia wajib menanggung nafkahnya kerana melaksanakan akikah akan menambah malu kepada anak itu.
Binatang yang sunat diakikahkan
Terhasil sunat akikah apabila wali menyembelih untuk anaknya seekor kambing sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Terdapat riwayat iaitu Saidina Ali menceritakan, yang bermaksud;
“Rasulullah SAW melakukan akikah bagi Hasan dengan seekor kambing dan baginda berkata kepada Fatimah; ‘Cukurlah rambutnya, kemudian sedekahkanlah seberat timbangan rambutnya itu perak’. Ali berkata; Lalu aku menimbangnya, maka beratnya ialah satu dirham atau beberapa dirham.” (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Begitu juga, riwayat daripada Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;
“Rasulullah melakukan akikah bagi Hasan dan Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”. (Riwayat Imam Abu Daud)
Namun yang afdhal (yakni yang paling baik) bagi anak lelaki ialah dua ekor kambing. Hal ini berdasarkan riwayat Ummu Kurzin yang menceritakan; “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (berkenaan Akikah);
“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing.” (Riwayat Abu Daud)
Sembelihan akikah disyari’atkan untuk menzahirkan kegembiraan terhadap kelahiran anak dan kegembiraan dengan lahirnya anak lelaki biasanya lebih besar, oleh itu sembelihan juga digalakkan lebih banyak daripada anak perempuan.
Apakah harus berakikah dengan unta dan lembu? Jawapannya adalah harus iaitu 1/7 bahagian unta atau lembu menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor unta atau lembu boleh dijadikan akikah untuk tujuh orang anak. Dan harus seorang yang ingin melakukan akikah berkongsi lembu atau unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan akikah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk akikah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk dagingnya sahaja.
Seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu/unta hanya bagi seorang anak sahaja. Oleh hal yang demikian, jika seorang itu dilahirkan dua orang anak untuknya, kemudian ia hanya menyembelih seekor kambing sahaja untuk mereka berdua, tidak terhasil ibadah akikah untuknya. Termasuklah jika dua anak itu adalah anak kembarnya. Akikah hendaklah dilakukan mengikut bilangan anak. Bagi seorang anak seekor kambing. Jika dua orang, maka dua ekor kambing dan begitulah seterusnya. Hukum ini adalah berdasarkan hadis riwayat Ibnu ‘Abbas tadi yang menceritakan; “Rasulullah melakukan akikah bagi Hasan dan Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”.
Syarat-syarat binatang yang hendak diakikahkan
Hukum akikah sama seperti hukum korban iaitu sunat muakkad. Oleh itu, syarat binatang akikah sama seperti yang disyaratkan untuk ibadah korban dari segi jenisnya, umurnya dan bebasnya daripada kecacatan yang menyebabkan kurang daging. Begitu juga, ia menjadi wajib apabila dinazar atau ditentukan.
Masa akikah
Bermula masa/waktu melakukan akikah ialah apabila bayi telah sempurna lahir daripada rahim ibunya. Maka jika dilakukan sembelihan sebelum bayi lahir dengan sempurna, tidak dikira sebagai akikah. Hanya menjadi sembelihan untuk daging dan tidak akan mendapat sunat akikah.
Waktu akikah itu berterusan hinggalah bayi yang dilahirkan itu sampai umur baligh. Apabila telah baligh, gugurlah tuntutan akikah daripada penjaganya (seperti bapanya atau sebagainya) jika belum melaksanakannya. Namun digalakkan orang yang tidak diakikahkan sebelum balighnya melakukan sendiri akikahnya.
Walaupun harus dilakukan akikah sebaik saja bayi sempurna lahir, namun disunatkan dilakukan pada hari yang ketujuh kelahirannya bersama dengan memberi nama dan mencukur kepala yang juga disunatkan pada hari tersebut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan akikahnya; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Ibnu Majah daripada Samurah r.a.)
Begitu juga, Saidatina Aisyah r.a. menceritakan;
“Rasulullah SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi).
Adakah hari ketujuh itu dikira daripada hari lahir atau hari berikutnya? Menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; hari lahir adalah terhitung sebagai hari pertama. Hal ini bermakna hari ketujuh dikira bermula dari hari lahir, bukan dari hari selepasnya. Namun, jika bayi dilahirkan pada waktu malam, dihitung hari berikutnya sebagai hari pertama.
Jika tidak dapat disembelih pada hari ketujuh, disunatkan menyembelih pada hari ke-14 (iaitu seminggu selepasnya). Jika tidak dapat pada hari ke-14, disunatkan pada hari ke-21 dan begitulah seterusnya (seminggu demi seminggu) hinggalah kepada umur baligh. Jika selepas baligh belum juga bayi diakikahkan, tidak dituntut lagi sunat akikah itu daripada wali/penjaganya, akan tetapi digalakkan ia sendiri yang melakukan akikah untuk dirinya.
Jika bayi ditakdirkan mati selepas dilahirkan, apakah sunat juga diakikahkan? Ya, sunat dilakukan juga akikah bagi bayi yang mati sama ada mati sebelum hari yang ketujuh atau selepasnya dengan syarat bapa/penjaga telah berpeluang melakukan akikah ketika berlakunya kematian bayinya (yakni ada kemampuan untuk melakukan akikah, namun ditangguhnya hinggalah ke saat bayinya mati).
Menyembelih dan melapah binatang akikah
Disyaratkan orang yang berakikah meniatkan ketika melakukan sembelihan bahawa binatang yang disembelihnya itu adalah akikah. seperti yang disyaratkan dalam korban.
Disunatkan sembelihan akikah dilakukan pada awal hari (yakni waktu pagi). Menurut Syeikh Taqiyyuddin Abu Bakar al-Husni; disunatkan menyembelihnya ketika terbit matahari. Ketika menyembelih disunatkan membaca Bismillah, bertakbir dan melafazkan;
“Ya Allah, untuk-Mu dan kepada-Mu. Inilah akikah untuk... (sebutkan nama bayi yang diakikahkan untuknya)”.
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan, maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin dan baginda bersabda; kamu ucapkanlah (ketika menyembelih akikah kamu);
“Dengan nama Allah. Allah Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, untuk-Mu dan kepada-Mu. Inilah aqiqah fulan...”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)
Ketika melapah daging akikah, disunatkan tidak mematah atau memecahkan tulang-tulangnya, akan tetapi memotong atau memisahkan tulang-tulang daripada sendi-sendinya. Ini sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan yang baik) bagi keselamatan anggota-anggota bayi yang dilahirkan itu.
Penggunaan/Pengagihan daging akikah
Di sisi ulama mazhab Syafi’ie, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi, hukum akikah dalam masalah bersedekah dengannya, memakannya, memberi hadiah, menyimpannya, kadar yang dimakan dan tegahan menjualnya sama sebagaimana yang disebutkan dalam bab korban, tidak ada perbezaan. Jadi pengagihan daging akikah sunat merangkumi tiga iaitu; dimakan oleh orang yang melakukan akikah dan keluarganya, disedekahkan kepada fakir miskin dan dihadiahkan kepada jiran atau sahabat-handai.
Namun demikian, ada sedikit perbezaan dalam cara pengagihan daging akikah dan daging korban. Daging akikah sunat dimasak iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana dalam korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal daripada memanggil/menjemput mereka ke rumah.
Namun, dikecualikan daripada dimasak itu kaki binatang akikah iaitu sunat diberikan kepada bidan yang menyambut bayi (القابلة) dalam keadaan mentah. Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menyuruh Fatimah r.a., baginda bersabda, maksudnya;
“Timbanglah rambut Husin dan bersedekahlah seberat timbangannya akan perak. Dan kamu berilah kepada bidan yang menyambutnya akan kaki binatang akikah”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim/al-Jami’ as-Saghir, hadis no. 4567. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini sahih).
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan