Sabtu, 13 Oktober 2012

GILA BAYANG OK LAGI...JANGAN GILA TALAK

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’
Posted on Friday, October 12 @ 00:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh NURUL AINI MOHAMED ALI

Najib Tun Razak"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini. 
Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."

Najib Tun Razak 
Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, mala mini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.
Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."
"Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.
"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.
Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.


Islam Wasatiyyah, boleh abai Solat Jumaat?
Posted on Saturday, October 13 @ 05:09:02 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"
Apakah ini konsep wasatiyyah yang diamalkan apabila tiga pegawai kanan lelaki Islam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat?


 
MESYUARAT TETAP DITERUSKAN KETIKA AZAN SOLAT JUMAAT BERKUMANDANG
27 Sep 2012
SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.
Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.
Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.
Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.
Diharap pihak Ketua Setiausaha Negara memandang serius perkara ini supaya individu yang dipilih menerajui pentadbiran atasan sesebuah kementerian tidak memperlekehkan hal agama kerana Islam adalah agama rasmi negara ini apatah lagi jika melibatkan pegawai beragama Islam.
TAKUT DOSA, Kuala Lumpur
AMBIL TINDAKAN PEGAWAI TERUSKAN MESYUARAT KETIKA AZAN JUMAAT BERKUMANDANG
12 Okt 2012
SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk 'Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang' oleh Takut Dosa di ruangan ini pada Khamis 27 Septembr lalu.
Memang amat menyedihkan apabila kita sedang sibuk melaungkan slogan kecaman terhadap penghinaan ke atas Rasulullah dilakukan di seluruh dunia, di dalam negara kita sendiri terdapat penjawat awam yang memperlekehkan agama Islam.
Dalam hal berkenaan, pengerusi mesyuarat perlu bertanggungjawab penuh kerana beliau yang menentukan perjalanan sesuatu mesyuarat, apatah lagi beliau seorang pegawai tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sepatutnya lebih sensitif dengan hal agama.
Pengabaian solat Jumaat bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Jika dirujuk kepada undang-undang Syariah, Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (Akta 559) telah menyatakan bahawa tidak bersolat Jumaat boleh dihukum denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.
Jika tidak tindakan tegas diambil bagi kes ini, pastinya akan wujud persepsi masyarakat bahawa kerajaan mengambil mudah hal-hal agama Islam dalam pentadbiran organisasi kerajaan, sedangkan kerajaan sudah menggariskan peraturan yang cukup jelas dan serba lengkap dalam aspek perundangan Islam.
Seperti mana yang kerap ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), pegawai atasan perlu sentiasa mengambil berat aspek kebajikan manakala aspek agama adalah sebahagian daripadanya.
Diharap apa yang berlaku tidak berulang dan menjadi iktibar kepada semua penjawat awam seluruh negara.
JUSA PENCEN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur


Haramkan Sahaja Akhbar Utusan Malaysia
Posted on Saturday, October 13 @ 04:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Yusapiza
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita-berita fitnah, hasutan, lucah dan provokasi. 

Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi UMNO/BN sememangnya amat suka menyiarkan berita-berita bersifat provokasi, lucah dan fitnah. Namun yang amat memelikkan, tiada satu tindakan pun diambil oleh Kementerian Dalam Negeri. Utusan Malaysia dilihat seolah-olah kebal terhadap undang-undang Malaysia.

Utusan Malaysia bukan sahaja dibaca oleh golongan dewasa malahan turut dibaca oleh golongan pelajar. Apakah wajar akhbar yang menyiarkan berita-berita sebegini dibiarkan berleluasa dan menjadi media massa utama negara?
Diskriminasi berlaku sekiranya ianya membabitkan akhbar-akhbar milik Pakatan Rakyat. Sudahlah edaran hanya terhad kepada ahli sahaja, malahan edaran pun hanya mengikut hari-hari tertentu sahaja. Akhbar-akhbar yang menyiarkan suara rakyat disekat, akhbar fitnah dan lucah dibiarkan berleluasa. Inilah budaya yang ingin diterapkan kerajaan UMNO/BN kepada rakyat. Biar rakyat disogokkan dengan berita sensasi asalkan jangan disiarkan berita kebenaran. Biar rakyat bodoh asalkan jangan melawan mereka.
Mengikut rekod, sebanyak lebih 5 kali dalam setahun Utusan Malaysia telah disaman, diperintah bayar ganti rugi dan diarahkan mohon maaf oleh mahkamah. Ini rekod yang amat memalukan bagi sesebuah syarikat media cetak. Yang terbaru, Utusan Malaysia memohon maaf kepada YB Teresa Kok kerana menyiarkan artikel yang memfitnah beliau. Malahan dengan rekod ini sahaja, boleh meyakinkan bahawa akhbar ini boleh diambil tindakan keras atau diharamkan sahaja. Namun seperti biasa, Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Media Cetak hanya memandang sepi sahaja rekod-rekod tersebut.
Justeru, DPPWP mendesak agar Datuk Seri Hishamuddin dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dan drastik iaitu mengharamkan sahaja akhbar Utusan Malaysia ini. Janganlah bersifat seperti ‘Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata dibisukan’. Rakyat kian jelik dengan berita-berita Utusan Malaysia dan kian jelik dengan UMNO/BN
YUSAPIZA YAACOBKetua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


SPRM dicabar dedahkan kertas siasatan kes Musa Aman
Posted on Saturday, October 13 @ 03:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Shamsul Iskandar
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah Rm40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Kenyataan Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka ruang spekulasi yang lebih besar.

Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini:


(i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan juga diragui status serta sumbernya?
(ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian 'tidak selamat' selaku status 'fixed deposit' Umno?

AMK turut mempersoalkan atas kapasiti perundangan manakah yang membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan baharu bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar jumlahnya.

Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong.

Dengan penutupan kes ini oleh SPRM, nyata sekali ianya mencetuskan kekecewaan yang besar di sebalik omongan kosong kerajaan untuk membanteras rasuah.

Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara, sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara SPRM serta ICAC berhubung kes ini.

Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan dimanakah punca dan sumber wang sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar 'sumbangan tulus ikhlas' buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90 juta yang melibatkan beliau.

AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Perlu wang membantu keluarga ini...
Posted on Saturday, October 13 @ 02:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Saya mengambil inisiatif memanjangkan artikel drp Ketua Pengarang Harakah berkenaan keluarga bekas tahanan ISA dan berbesar hati mengharap belas insan daripada pembaca TKO yang budiman untuk membantu keluarga ini.

Sumbangan derma dengan hati yang redha walaupun sedikit daripada pendapat sekadar cukup makan pasti membawa suatu natijah yang besar kerana itu adalah janji Allah s.w.t. akan memuliakan tangan yang diatas...


Ambillah peluang ini untuk mencari keredhaan Allah daripada kealpaan dunia yang kita tidak sedar semoga usaha dan keikhlasan kita ini bukan sahaja melegakan keluarga mangsa malah kita sendiri boleh melatih menjadi insan yang kamil.

Walapun bantuan kita sedikit, tetapi sekurangnya kita boleh menjawab disisi Allah s.w.t. atas apa yang direzekikan kepada kita.

Allah jua adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Artikel dibawah membawa maksud wang bantuan sebelum ini masih belum melegakan kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa,,, semoga anda menjadi orang yang membantu melegakan kesengsaraan mangsa.. -Penjaga Kubur, Webmaster


Oleh Ahmad Lutfi Othman

Mulanya saya bercadang nak mencatatkan agak terperinci tentang perkembangan keluarga bekas tahanan ISA, Jamal Azahari, yang memerlukan sokongan kewangan agak besar bagi membolehkan mereka ke Manila.
Namun, kesihatan yang sering terganggu tidak memungkinkan saya berkongsi rasa lebih jauh lagi. Yang penting, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada penderma yang bud
iman di atas sumbangan ikhlas anda.

Terima kasih dan terima kasih, hanya Allah dapat mengganjarinya sebagai amal soleh tuan-puan sekalian; saya dapat merasai getar suara syahdu anak-anak Jamal Azahari, yang cukup gembira dengan bantuan itu.

Alhamdulillah, Nasima, anak sulung Jamal Azahari, yang kini dipenjarakan di Filipina selepas dibebaskan dari Kem Kamunting lima tahun lalu, memaklumkan kepada saya dua hari lepas, bahawa bantuan awal yang telah disalurkan kepada mereka sudahpun digunakan untuk membeli tiket sehala ke Manila, hampir RM5,000, untuk lapan beranak itu.

Saya cuba berbicara dengan ibu mereka, Norhatta tetapi Nasima memberitahu emaknya tidak sihat, dan hanya mampu menitipkan salam. Mereka dijadual bertolak hujung hulan ini dari Sandakan. Empat tahun lalu, keluarga besar itu dapat bersua muka dengan Jamal Azahari, juga melalui sumbangan yang kami usahakan, dan mereka tinggal di Manila dan kemudiannya di kampung halaman, di selatan Filipina selama lebih 10 bulan.

Saya terpaksa sekali lagi merayu jasa baik dan keprihatinan anda untuk terus menderma dan menyumbang kepada keluarga Jamal Azahari yang masih teraniaya, bagi memudahkan perjalanan mereka melalui kapal laut itu, serta dapat menampung keperluan seharian semasa berada di Manila dan dapat menjenguk sanak saudara di kampung asal mereka. Kebanyakan keluarga mereka di sana juga terhimpit kehidupan mereka.

Salurkan terus sumbangan anda kepada akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM 564070000336.



Demokrasi... tapi menekan
Posted on Friday, October 12 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Aspan Alias

Transformasi yang banyak-banyak dilaungkan oleh Najib hanya setakat di bibir sahaja. Tidak ada perubahan malah ia bertambah buruk keadaannya.

Cara Najib mengumumkan satu demi satu pelan transformasi beliau itu, Najib seolah-olah bercita-cita tinggi macam dunia ini pun hendak dialihnya.

Lazimnya orang yang selalu keluar dengan berbagai rancangan yang mega-mega akhirnya tidak membawa apa-apa kesan dan tidak akan terlaksana segala pelan-pelan tersebut. Tetapi apabila pelan-pelan tersebut tidak diyakini oleh rakyat maka pihak-pihak yang bertentangan dengan kerajaan akan ditekan dan ditakut-takutkan.

Pihak yang bertentangan akan dilayan dengan buruk dan tidak bertamadun dan tidak sesuai berlaku dalam dunia tanpa sempadan. Pimpinan kita dengan besar hati ingin mengikut peredaran masa dan zaman tetapi mereka mempunyai jiwa yang fakir.

Pada malam 9hb Oktober yang lalu Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga, ditahan dan disusahkan perjalanan beliau di KLIA apabila beliau disekat di ‘auto-gate’ lapangan terbang itu selama 10 minit dan pegawai immigresen di situ tidak dapat memberi sebab kenapa beliau (Ambiga) diperlakukan begitu.

Bukan Datuk Ambiga sahaja yang menjadi mangsa tekanan ini. Minggu lepas salah seorang dari ‘Steering Committee’ Bersih Andrew Khoo juga ditahan dan dilakukan perkara yang sama dan beliau sekali lagi ditahan semasa beliau kembali ke tanah air pada malam 9hb itu. Semua Jawatankuasa Bersih diberikan tekanan oleh pihak immigresen dan budaya ini nampaknya sudah menjadi perkara biasa.

Pada bulan September yang lepas, Marina Chin Abdullah dan Wong Chin Huat juga menerima nasib yang sama. Kalau begitu keadaannya apa pula alasan yang boleh diberikan oleh pihak pemerintah dengan penahanan itu? Siapa pula yang hendak dipersalahkan kali ini?

Adakah tindakan immigresen ini untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan hari ini? Jika demikian kenapa kita wujudkan sebuah negara yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi tidak berupaya untuk menerima semua ‘attribute’ sebuah negara demokrasi?

Apakah kesalahan mereka sehingga mengganggu perjalanan seseorang yang tidak sebulu dengan kita itu? Bagi pandangan saya secara peribadi ini menunjukkan yang pihak pemerintah sekarang sedang tertekan dengan sokongan yang orang ramai berikan kepada pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus itu.

Pihak pemerintah tidak mahu diganggu oleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk tidak mengganggu cara mereka mendapat mandat selama ini, iaitu dengan membohongi rakyat dan mengelirukan fakta dan semangat demokrasi itu.

Ini merupakan elemen pentadbiran ala diktator dan ini wajar diberhentikan. Tindakan ini seolah-olah membayangkan yang pihak yang sedang berkuasa sekarang ini sudah terdesak ke dinding dan tidak ada jalan lain selain dari melakukan penekanan terhadap pemimpin-pemimpin NGO yang berpengaruh yang tidak sejalan dengan kerajaan hari ini.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap pemimpin-pemimpin NGO seperti Datuk Ambiga ini hanya membuatkan mereka lebih terkenal dan berpengaruh. Jika Datuk Ambiga tidak berpengaruh masakan pimpinan kerajaan merasa takut terhadap kehadiran mereka di tengah masyarakat yang dalam pencarian ini.

Kita mesti ingat jika pemerintah dalam keadaan ‘desperate’ untuk mempertahankan kuasa, rakyat juga dalam keadaan ‘desperate’ untuk mencari penyelesaian terhadap kecelaruan yang dicipta oleh pihak yang memerintah itu.

Rakyat semua kaum kini memang dalam keadaan terdesak untuk lari dari cengkaman pihak yang berkuasa yang tidak lagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk membela nasib rakyat, bangsa dan negara mereka.

Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan.penjajahan yang dilakukan terhadap pemikiran dan jiwa mereka.

Dari blog: aspanaliasnet.blogspot.com



Pakatan Rakyat lebih memahami kehendak golongan muda
Posted on Friday, October 12 @ 14:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Perakite Daily
Pakatan Rakyat ketika ini dilihat cukup mantap dalam menghadapi PRU13. Hubungan antara ketiga-tiga parti dilihat mengancam kedudukan BN. Aspek pemuda sangat penting dalam menentukan kemenangan. Wartawan Perakite Daily sempat menemu bual Bendahari Pemuda PAS Perak yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohammad Fakhrulrazi Mohd Mokhtar baru ini.

Pemuda PAS merupakan sebagai sayap penting bagi PAS dan dilihat lebih menonjol daripada pemuda komponen lain. Bagaimana kerjasama yang dimainkan oleh sayap pemuda masing-masing?

Setiap sayap parti ini ada penyokong-penyokong masing masing ada. Bagaimanapun hubungan kami tutup erat dan kukuh. Kita tengok hubungan antara kaum ini kini dilihat semakin akrab selepas PR mentadbir Perak sebelum ini kita lihat PAS nak mendekati orang-orang Cina cukup susah begitu juga DAP nak mendekati orang melayu susah.

PAS Lebih ramai dalam kalangan orang-orang agama dan kita terpaksa menggunakan khidmat PKR dan DAP untuk mendekati golongan bukan Islam. Hasilnya penyokong golongan muda semakin meningkat.

Apakah cabaran Pemuda PAS dalam mendekatkan diri dengan golongan muda?

Cabaran yang pertama dari sudut luang untuk mendekati golongan muda itu sendiri. Kalau dalam PAS, kita masih menghadapi masalah kerana kebanyakkan golongan muda ini pergaulannya sangat meluas.

Mahu masuk dalam kelompok mereka susah kerana ada pemuda-pemuda Pas yang tidak pergi ke tempat-tempat seperti kelab-kelab malam, kawasan mat rempit dan sebagainya. 

Bagaimanapun dengan bantuan rakan-rakan lain, kini sudah mula dapat mendekati golongan ini dan memahami masalah serta penyelesaian mereka.

Kita bagi perhatian kepada orang muda malah banyak perbincangan dan sesi dialog dibuat tetapi jentera yang mahu melaksanya terbatas. Dari segi sokongan memang kuat. Sebagai contoh, apabila PAS mengadakan program seperti ceramah dan himpunan, majoriti yang hadir ialah golongan muda.

Apakah isu utama yang dihadapi golongan muda yang perlu diambil perhatian?

Kalau mengikut tiga perkara penting iaitu isu moral atau akhlak, keduanya soal taraf hidup yang semakin menekan ditambah peluang mereka yang semakin terbatas dan ketiga adalah soal pembangunan itu sendiri atau persekitaran.

Dalam menghadapi PRU13 yang tidak lama lagi, bagaiman gerak kerja Pemuda PAS bersama-sama Pakatan Rakyat?

Pemuda lebih banyak membuat program-program untuk mendengan keluhan rakyat khususnya golongan muda. Apa yang mereka nak sekiranya kita berkuasa. Walaupun kita belum berkuasa, setakat mana yang kita mampu, kita buat dahulu dan perkara itu bergerak seperti kita jalankan program dan sebagainya.

Kita sampaikan apa masalah mereka kepada pucuk pimpinan itu sendiri dan kita minta bawa masalah mereka untuk diselesaikan. 

Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyatm banyak program-program yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada golongan muda.

Bagaimana tahap sokongan rakyat khususnya golongan muda dalam konteks negeri Perak itu sendiri dalam situasi sekarang?

Berdasarkan kajian, Alhamdulillah ada peningkatan dari sehari ke sehari sebab prinsip kami senang, pada ketika ini sebagai orang muda seperti mana yang kita sedia maklum, mereka berminat untuk mendengar kedua dua belah pihak baik dari Pakatan Rakyat mahupun BN itu sendiri.

Mereka mahu melihat apa yang mereka dapat hasil daripada sokongan mereka.Tetapi untuk kita jelas menekankan bahawa apa yang kita perjuangkan soal kebajikan dan kita akan utamakan kehendak rakyat daripada kepentingan lain.

Apa cadangan utama Pemuda PAS ketika Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kembali tampuk pemerintahan?

Secara umum tuntutan orang muda terlalu banyak dan apa yang kami bawa adalah tiga perkara utama seperti yang saya nyatakan tadi termasuk soal kebajikan.

Blog Ustaz Fakhrulrazi: wacanafakhrulrazi.blogspot.com 


Mati dalam tahanan polis, KPN digesa segera siasat
Posted on Friday, October 12 @ 15:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber RoketKini
KUALA LUMPUR,
 12 OKTOBER: Sebuah memorandum telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menuntut agar siasatan segera terhadap satu lagi kematian dalam tahanan melibatkan Chandran a/l Perumal dalam lokap Balai Polis Dang Wangi.

Dalam satu sidang media di Parlimen, Ahli Parlimen Kapar S. Manikawasagam menggesa pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk menubuhkan pasukan khas mempercepatkan siasatan kes tersebut.

Mangsa, Chandran a/l Perumal disahkan meninggal dunia 10 September 2012 yang lalu akibat tekanan darah yang tinggi semasa dalam tahanan. Namun menurut laporan polis oleh abang mangsa, terdapat kesan luka dan lebam pada tubuh mendiang.

“Kita menuntut kematian ini disiasat dengan kadar segera demi keadilan keluarga mendiang.”
ujar Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago sambil menyebut bahawa kes kematian dalam lokap semakin meningkat dan seolah bermusim.

“Kita lihat lokap bukan sahaja sebagai tempat tahanan dan siasatan tetapi tempat pembunuhan.” kata beliau.

Selain itu, terdapat aduan yang bahawa pihak polis sering mengkasari tahanan khususnya melibatkan belia berketurunan India.

“Bukan sahaja belia-belia India, kita juga tidak mahu ia berlaku kepada semua orang.”

“Saya ingin menyeru kerajaan agar membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat mengapa ramai belia-belia berketurunan India menjadi sasaran dan mengapa ada kalangan mereka yang terbunuh dalam tahanan polis.”

Dalam pendedahan laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis pada Mei 2005, sebanyak enam dari 80 kematian dalam tahanan polis untuk tempoh empat tahun proses keseluruhan inkues dikatakan perlahan, rumit, tidak cekap dan mengambil masasehingga beberapa tahun untuk diselesaikan.

Statistik antara tahun 2000 hingga Februari 2010 menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang Melayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes kematian bagi warga asing.

Sumber: Roketkini.com



‘Tandatangan atau tanah dirampas’, kata Datuk Bandar kepada penduduk Jalan Sultan
Posted on Friday, October 12 @ 12:03:34 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Nomy Nozwir
Malaysian Insider

KUALA LUMPUR,
 12 Okt — Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib (Gambar) memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.

Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.

“Kami rasa seolah-olah diketepikan,” kata Ngeow lagi.

Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila Menara Warisan Merdeka siap.

“Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka tidak menghubungi kami,” kata Ngeow lagi.

Ngeow, peguam yang mewakili enam peniaga di Jalan Sultan berkata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mempedulikan soal status bangunan warisan di Jalan Sultan.

“Mereka tidak harus sewenang-wenangnya menentukan status warisan.

“Mereka harus tahu bangunan di Jalan Sultan sudah berada di situ sejak sekian lama,” kata Ngeow lagi.

Ditanya adakah projek MRT ini akan mengakibatkan beberapa tapak bersejarah berhampiran seperti Stadium Merdeka atau Stadium Negara akan diruntuhkan, mereka berkata “tidak diberitahu apa-apa”.

“Kami tidak tahu apa yang mereka cuba rancangkan,” katanya lagi.

Menurutnya, pihak DBKL melalui pemaju telah mencadangkan bangunan baru di Jalan Sultan dibina dengan reka bentuk dan muka depan (facade) yang sama seperti dahulu, cuma bezanya ia dibina dalam ratio 6:1.

“Bermakna jika bangunan yang dahulu setinggi dua tingkat, mereka mahu membina bangunan 12 tingkat di Jalan Sultan,” katanya lagi.

Mereka juga berkata, Datuk Bandar masih lagi memberi ruang kepada mereka untuk berbincang dari segi harga pampasan, dan mereka juga berharap Datuk Bandar agar telus dan lebih adil.

“Datuk Bandar kata bahawa pintunya sentiasa terbuka, dan kami harap kami punya ruang untuk berbincang dalam hal ini,” katanya lagi.

Perjumpaan antara komuniti Jalan Sultan dengan Datuk Bandar bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Sumber: Malaysian Insider 


Menteri Saifudin yakin Najib bertemu Soros?
Posted on Friday, October 12 @ 09:55:50 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.

Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan 


"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, Mahathir membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Dalam keriuhan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan bertemu Soros secara diam-diam di New York, dua tahun lalu.

Ia pertama kali didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa dalam program debat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menyifatkan berita itu sebagai bukti tindakan mempromosikan BN lebih baik daripada menyerang Pakatan.

"Itulah yang saya kata tadi. Saya tahu ini dekat pilihan raya dan kita harus berkempen mendapatkan sokongan rakyat tetapi saya lebih suka untuk bercerita tentang nilai-nilai yang kita nak bawa daripada BN daripada menghentam orang lain.

"Kalau betul Datuk Najib bertemu Soros kita akan tunggulah apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan itu," katanya.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/



Pengetua Sekolah dipaksa buat road show ugut guru-guru tentang undi
Posted on Friday, October 12 @ 07:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh BLGSS

Betapa terdesaknya umno bak lembu disembelih tetapi terlepas ikatan maka bertempiaranlah lari 'silembu ini'..

Terkini umno paksa Pengetua sekolah untuk buat road show ke sekolah-sekolah, bertemu dengan semua guru-guru sekolah, beri taklimat tentang PRU 13 dan nayatakan bahawa undi bukan lagi rahsia, guru-guru diberi amaran jika mengundi Pakatan Rakyat, mereka akan diambil tindakan. 


Ada juga guru-guru yang takut dengan perkara ini. Mereka takut undi mereka diketahui. Mereka takut mereka akan diambil tindakan. Mereka bertanya betulkan undi bukan lagi rahsia?

Jawabnya mudah..jangan takut wahai semua guru-guru..takutlah pada Allah bukan pada umno..maka tabahkan hati..bulatkan tekad..undilah Pakatan Rakyat..insyaAllah akan tercatat dalam sejarah Malaysia, guru-guru berperanan tumbangkan umno demi untuk Malaysia baru.

Tapi yang lucunya Pengetua Sekolah kata.."Kami bagi laporan pada umno kata semuanya ok..semuanya putih..walaupun sebenarnav warna hitam..kah kah kah..
Usah "gila bayang"
Posted on Friday, October 12 @ 03:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Syed Muaz
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak mahu Pakatan Rakyat jadi "gila bayang" dengan mengumumkan senarai Kabinet selagi belum menawan Putrajaya. 

Dalam satu temubual ekslusif bersama AntaraPos, Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan berkata PAS lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dari bercakap tentang perkara yang belum lagi berlaku.

Jelas beliau, kabinet Pakatan akan dibentuk jika tiga parti itu menguasai Dewan Rakyat seperti mana yang berlaku semasa mengambil alih pentabdiran Perak pada 2008.
"Saya rasa kita tak boleh hidup dalam bayang-bayang, kalau kita nak buat kabinet bayangan...tapi kita belum dapat menang lagi, nanti orang kata kita gila bayang.
"Jadi biarlah ada kuasa dulu, dengan sendiri kita boleh kemukakan (kabinet). Dulu macam di Perak, kita tiada kabinet bayangan tapi bila Datuk (Seri) (Mohammad ) Nizar (Jamaluddin) jadi menteri besar dalam masa setahun Umno takut" kata Husam.
Isu kabinet bayangan semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar Pakatan menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kata Najib, sehingga kini janji Pakatan mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sekiranya Pakatan ikhlas memperjuangkan sistem demokrasi lebih matang, gabungan itu seharusnya menubuhkan kabinet bayangan selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau berkata langkah progresif ini perlu yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun amalan sistem kabinet bayangan masih samar di negara ini.
Husam berkata PAS mempunyai ramai pemimpin berkebolehan seperti yang terbukti apabila Nizar Jamaluddin menerajui Perak selepas pilihan raya umum 2008.
"Jadi saya nak tanya, pada masa itu saudara kenal tak Nizar? Tapi bila kita lantik dia, semua orang kata dia baik sebagai menteri besar. Jadi kalau kita bentuk kerajaan Malaysia, ada 100 lagi Nizar dan 100 orang lagi macam tok guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)...macam tok guru haji (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang).
"Jadi beri peluang dulu, tak perlu dok bayang-bayang benda itu," ujarnya.
Polimik kabinet bayangan dihangatkan lagi oleh pemimpin-pemimpin PKR baru-baru ini.
Timbalan Presidennya Azmin Ali mendakwa Menteri Besar .
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan ditukar menjadi Menteri jika Pakatan menang PRU 13.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menjanjikan jawatan-jawatan Kabinet kepada penyandang jawatan-jawatan utama dalam PKR, DAP dan PAS.
Sumber: AntaraPos (Syed Muaz Syed Putra)


Turki memainkan peranans sebagai proksi AS?
Posted on Friday, October 12 @ 06:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: GeloraHatiMuda

"Bahaya perang semakin serius. Turki adalah ahli penuh NATO yang piagamnya jelas menyatakan, serangan terhadap satu negata NATO adalah serangan terhadap semua. Hakikat bahawa Rusia dan China menyokong rejim Bashar al-Assad. Ini meletakkan peperangan Turki dengan Syria sebagai petanda besar perang dunia ke tiga.

NATO sudah secara rahsia terlibat dalam konflik Syria, dengan Turki memainkan peranans sebagai proksi AS. Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, telah secara terbuka mengakui bahawa negara itu bersedia untuk menyerang dengan seberapa segera kerana ada perjanjian antara sekutu Barat untuk berbuat demikian. Campur tangan akan berdasarkan prinsip kemanusiaan, untuk mempertahankan penduduk awam berdasarkan "tanggungjawab untuk melindungi".

Sumber Turki menganggarkana campur tangan akan bermula dengan penciptaan zon penampan di sepanjang sempadan Turki-Syria dan kemudian diperluaskan. Aleppo, bandar terbesar di Syria dan paling kosmopolitan, akan menjadi sasaran tentera pembebasan pro demokrasi.

Pesawat pejuang NATO telah tiba di pangkalan Turki berhampiran Iskenderum di sempadan Syria, membawa senjata dari gudang senjata Muammar Gaddafi dan sukarelawan dari Libyan Transitional National Council yang berpengalaman memimpin sukarelawan tempatan menentang askar terlatih, satu kemahiran yang mereka kuasai ketika berhadapan dengan tentera Gaddafi.

Iskenderum juga adalah tempat Tentera Pembebasan Syria iaitu sayap bersenjata Majlis Kebangsaan Syria. Jurulatih pasukan khas Perancis dan British membantu pemberontak Syria manakala CIA dan AS Spec Ops menyediakan peralatan komunikasi dan risikan untuk membantu pejuang untuk mengelakkan tentera Syria.
Pada hari yang sama Turki melancarkan tindak balas serangan ketenteraan di wilayah Syria, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) membuat pembentukan tentera yang besar di lokasi strategik Bukit Golan. Ini merupakan tindakan untuk mengalihkan perhatian Syria dari Turki. dan mewujudkan senario ancaman perang dua hala seperti yang dihadapi Jerman dalam perang dunia pertama dan kedua.

Senario terkini memperlihatkan seolah-olah Turki dan sekutunya dalam NATO sedang berusaha melenyapkan sebuah negara Islam. Kehadiran Israel dalam pra peperangan Turki/Syria memburukkan lagi pandangan dunia Islam terhadap Turki. 

Hasrat pertubuhan Persaudaraan Islam (muslim brotherhood) untuk membela nasib umat Islam sunni di Syria bakal tidak kesampaian. Campurtangan barat dalam konflik Turki Syria mempunyai maksud tersendiri yang tidak lain tidak bukan adalah menguasai minyak di Syria.

Rusia dan China ketika ini sedang menghalakan muncung senjata masing-masing ke arah Amerika Syarikat kerana meraka sedar akan perancangan yang dilakukan oleh US.Walaupun US tidak campur tangan secara kasar dalam konflik dua negara tersebut. Meletusnya perang Turki / Syria dan campur tangan Israel akan membuatkan Iran turut serta. President Iran pernah menyebut bahawa memerangi Syiah Alawiyah bermakna memerangi Iran.

Tiga kuasa besar dunia diketuai Rusia akan bersatu menentang tujuh lagi kuasa besar yang diketuai US. Apakah andaian ini akan benar-benar berlaku? Apa kedudukan Malaysia? Selamatkah kita dari ancaman negara-negara jiran yang menunggu masa untuk melenyapkan Malaysia.

Tanya Najib Razak tentang kekuatan tentera kita...
frasa paling sedih untuk direnungkan 'kapal selam tak boleh nyelam'

wakaka

adios


Re: Turki memainkan peranans sebagai proksi AS? (Score: 1)
by abanghensem on Friday, October 12 @ 06:49:52 UTC
(User Info | Send a Message)
bila iran kuat jadi proksi yahudi..... bila turki kuat jadi proksi yahudi gak...... pasni kerajaan morsi plak jadi proksi yahudi....... pasni pupus la negara islam tulen.... semua jadi proksi yahudi.....


Re: Turki memainkan peranans sebagai proksi AS? (Score: 1)
by pesilat_timur on Friday, October 12 @ 09:50:03 UTC
(User Info | Send a Message)
penulis mmg dangkal serta kurang cerdik..mana ada negara dalam dunia yg sanggup pejam mata bila ada negara lain serang neegaranya dan bunuh rakyat jelata sesuka hati.. balik belajar lg penulis.

Syiah, Syria dan Kesedaran ? [www.tenteradajjal.blogspot.com]
Saya utarakan beberapa aspek bagi menilai arus dan rentak cerapan peminat-peminat gerakan Islam di Timur Tengah masa kini yang kian mendidih. Hari ini sebahagian besar pengkagum-pengkagum Iran dan rejim Syiah pimpinan Khomeini di bawah kerajaan pimpinan mulah-mulah Syiah bagi pihak Imam ke-12 yang ghaib (al-Masih al-Dajjal) terbungkam, terbelalak, bingung, kehairanan dan kelu seribu bahasa hendak menilai apakah status yang layak dinamakan  atas pekerjaan rejim keluarga al-Asad Syria yang sangat diketahui disokong sepenuhnya oleh rejim mulah Iran dan dua sahabat karibnya iaitu komunis Russia dan China, ketika mereka membantai dengan rakus anak-anak kecil, rakyatnya yang beragama Islam (rejim Syria beraliran Nusairriyyah menuhankan raja mereka). Mereka membantai pemimpin-pemimpin ikhwan dan ulama’-ulama’ yang berpotensi membawa aliran islamis selepas Bashar digulingkan persis dan tidak ubah bagaimana halnya rejim Yahudi di Israel membantai umat Islam di Palestin sejak berkurun lamanya.

Pertamanya mungkin timbul dibenak mereka mengapa Syria sanggup bertindak seperti Yahudi terhadap ahli Sunnah yang dianggap pemberontak sejak mulanya rejim keluarga al-Asad memerintah?  Mengapa sekejam Yahudi?  Keduanya mengapa Iran sedia menyokong secara berterusan dan mengapa Russia dan China? Mengapa ‘hero-hero’ dan ‘wira-wira’ kami seperti Hizbullah dan Nasrallah tidak putus-putus membela al-Asad yang sekejam Yahudi itu? Mengapa mereka turut serta dan tidak bertindak mengecam Syria atau apa-apa sahaja yang perlu untuk keselamatan umat Islam (Sunni) di Syria? Barangkali oleh sebab pernah membaca maklumat tentang hubungan sebenar Syiah-Yahudi atau mungkin kesan penyampaian alam maya yang canggih disokong pula seluruh penceramah surau, masjid dan ceramah-ceramah politik yang pro ikhwan di Mesir yang sedang menikmati nafas baru sejurus revolusi maka terbangun lah akal dan kesedaran bahawa ada benarnya cerita-cerita yang menyatakan Syiah ini sebenarnya adik-beradik Yahudi dan mereka sebenarnya musuh Islam. Itu pun berapa ramai lagi yang masih berkira-kira dan berharap masih ada harapan untuk bertaqrib dengan Syiah demi ‘kesatuan’ umat Islam menentang musuh.

Saya boleh katakan jika tidak kerana beberapa  isu ajaib yang telah berlaku boleh jadi rentak cerapan mereka masih belum berubah kerana bukan senang untuk memahami situasi Timur Tengah sebenarnya.  Jika ada saja seorang penceramah menggunakan perkataan wahabi dan teroris untuk pejuang-pejuang Islam di sana maka terpadamlah imej beberapa pihak di sana, baik kerajaan, tokoh-tokoh pejuang, ulamak besar, kumpulan mujahidin, tokoh-tokoh ahli hadis dan mungkin termasuk jemaah ikhwan itu sendiri jika mereka salah perkiraan berdasarkan akal yang beku. Berlakunya beberapa isu yang ajaib inilah sebenarnya mengubah tanggapan ramai. Jika tidak kerana kejamnya yang maksima rejim Syria terhadap ahli Sunah di sana maka belum tentu pemikiran mereka boleh berubah sebenarnya kekejaman Syria ini telah membuka mata. Namun ia turut dibantu oleh beberapa perkara yang ajaib jua. Antaranya kekejaman rejim Alawiyyin itu dibongkar oleh media-media besar dunia yang dikuasai oleh Zionis. Oleh sebab Amerika dan Barat sedang bersedia untuk menabalkan rejim pro-Barat yang baru di Syria dan membangkul sampahkan golongan islamis selepas Bashar digulingkan.

Sebagai pihak yang menyokong pertukaran rejim di Syria, maka media-media dunia membongkarkan kejadian dahsyat dan mengerikan di Syria seluas-luasnya untuk maksud tersebut. Orang ramai sudah mula melupaka

Read the rest of this comment...


Re: Turki memainkan peranans sebagai proksi AS? (Score: 1)
by pesilat_timur on Friday, October 12 @ 09:51:40 UTC
(User Info | Send a Message)
penulis mmg dangkal serta kurang cerdik..mana ada negara dalam dunia yg sanggup pejam mata bila ada negara lain serang neegaranya dan bunuh rakyat jelata sesuka hati.. balik belajar lg penulis.

Syiah, Syria dan Kesedaran ? [www.tenteradajjal.blogspot.com]
Saya utarakan beberapa aspek bagi menilai arus dan rentak cerapan peminat-peminat gerakan Islam di Timur Tengah masa kini yang kian mendidih. Hari ini sebahagian besar pengkagum-pengkagum Iran dan rejim Syiah pimpinan Khomeini di bawah kerajaan pimpinan mulah-mulah Syiah bagi pihak Imam ke-12 yang ghaib (al-Masih al-Dajjal) terbungkam, terbelalak, bingung, kehairanan dan kelu seribu bahasa hendak menilai apakah status yang layak dinamakan  atas pekerjaan rejim keluarga al-Asad Syria yang sangat diketahui disokong sepenuhnya oleh rejim mulah Iran dan dua sahabat karibnya iaitu komunis Russia dan China, ketika mereka membantai dengan rakus anak-anak kecil, rakyatnya yang beragama Islam (rejim Syria beraliran Nusairriyyah menuhankan raja mereka). Mereka membantai pemimpin-pemimpin ikhwan dan ulama’-ulama’ yang berpotensi membawa aliran islamis selepas Bashar digulingkan persis dan tidak ubah bagaimana halnya rejim Yahudi di Israel membantai umat Islam di Palestin sejak berkurun lamanya.

Pertamanya mungkin timbul dibenak mereka mengapa Syria sanggup bertindak seperti Yahudi terhadap ahli Sunnah yang dianggap pemberontak sejak mulanya rejim keluarga al-Asad memerintah?  Mengapa sekejam Yahudi?  Keduanya mengapa Iran sedia menyokong secara berterusan dan mengapa Russia dan China? Mengapa ‘hero-hero’ dan ‘wira-wira’ kami seperti Hizbullah dan Nasrallah tidak putus-putus membela al-Asad yang sekejam Yahudi itu? Mengapa mereka turut serta dan tidak bertindak mengecam Syria atau apa-apa sahaja yang perlu untuk keselamatan umat Islam (Sunni) di Syria? Barangkali oleh sebab pernah membaca maklumat tentang hubungan sebenar Syiah-Yahudi atau mungkin kesan penyampaian alam maya yang canggih disokong pula seluruh penceramah surau, masjid dan ceramah-ceramah politik yang pro ikhwan di Mesir yang sedang menikmati nafas baru sejurus revolusi maka terbangun lah akal dan kesedaran bahawa ada benarnya cerita-cerita yang menyatakan Syiah ini sebenarnya adik-beradik Yahudi dan mereka sebenarnya musuh Islam. Itu pun berapa ramai lagi yang masih berkira-kira dan berharap masih ada harapan untuk bertaqrib dengan Syiah demi ‘kesatuan’ umat Islam menentang musuh.

Saya boleh katakan jika tidak kerana beberapa  isu ajaib yang telah berlaku boleh jadi rentak cerapan mereka masih belum berubah kerana bukan senang untuk memahami situasi Timur Tengah sebenarnya.  Jika ada saja seorang penceramah menggunakan perkataan wahabi dan teroris untuk pejuang-pejuang Islam di sana maka terpadamlah imej beberapa pihak di sana, baik kerajaan, tokoh-tokoh pejuang, ulamak besar, kumpulan mujahidin, tokoh-tokoh ahli hadis dan mungkin termasuk jemaah ikhwan itu sendiri jika mereka salah perkiraan berdasarkan akal yang beku. Berlakunya beberapa isu yang ajaib inilah sebenarnya mengubah tanggapan ramai. Jika tidak kerana kejamnya yang maksima rejim Syria terhadap ahli Sunah di sana maka belum tentu pemikiran mereka boleh berubah sebenarnya kekejaman Syria ini telah membuka mata. Namun ia turut dibantu oleh beberapa perkara yang ajaib jua. Antaranya kekejaman rejim Alawiyyin itu dibongkar oleh media-media besar dunia yang dikuasai oleh Zionis. Oleh sebab Amerika dan Barat sedang bersedia untuk menabalkan rejim pro-Barat yang baru di Syria dan membangkul sampahkan golongan islamis selepas Bashar digulingkan.

Sebagai pihak yang menyokong pertukaran rejim di Syria, maka media-media dunia membongkarkan kejadian dahsyat dan mengerikan di Syria seluas-luasnya untuk maksud tersebut. Orang ramai sudah mula melupakan kejadian-kejadian kekejaman A



Tiada ulasan: