Jumaat, 12 Oktober 2012

TAK KAN NAK KATA 'YE' ...KENA LAH KATA TELUS ...TERBUKA DLL...SEBUT IKHLAS LAGI CUN....ALLAH TAHU SEGALA2NYA

MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini

  • Bernama
  • 3:57PM Okt 11 2012
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
  
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
  
"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
  
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
  
"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
  
"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
  
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
  
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
  
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
  
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
  
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

- Bernama
Mahkamah benar hukuman penjara MP Umno ditangguh
6:21PM Okt 11 2012
Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.
Mahkamah keluar waran pemenjaraan Datuk Paiman

  • Bernama
  • 7:56PM Okt 11 2012
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap ahli perniagaan Datuk Paiman Shakimon selepas beliau gagal hadir untuk perbicaraan rayuannya atas sabitan dan hukuman dalam kes menipu dan memalsukan dokumen.
  
Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah turut melucutkan hak penjamin Paiman, Dr Norma Ahmad ke atas wang jaminan berjumlah RM700,000 selepas perayu gagal hadir di mahkamah sejak disabitkan hukuman penjara 26 tahun pada tahun lepas.
  
Dalam kes rayuan, Dr Norma, yang merupakan saudara kepada Paiman, juga gagal hadir pada prosiding hari ini.

"Walaupun mahkamah pada 21 September lepas telah memberi peluang terakhir kepada penjamin untuk membawa perayu ke mahkamah tetapi dia (penjamin) masih tidak membawanya malahan penjamin juga tidak datang.

"Memandangkan beliau (Paiman) bersalah kerana tidak hadir ke mahkamah, mahkamah turut melucutkan hak jaminannya iaitu berjumlah RM700,000," kata hakim itu.
  
Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir, memohon rayuan perayu dibatalkan dan waran pemenjaraan dikeluarkan.

"Peguam Gobind Singh Deo, yang telah menarik diri daripada mewakili Paiman pernah memberitahu pihak pendakwaan bahawa perayu pernah mengarahkannya untuk memfailkan petisyen rayuan. Ini bermakna perayu sudah sedia maklum kes ini sedang berjalan," kata Syed Faisal.
  
Paiman, 53, dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.

Bagaimanapun, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

- Bernama

1. MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini
'AES tak dipasang di kawasan kemalangan'

  • Hazlan Zakaria
  • 4:51PM Okt 11 2012
NGO berkaitan PAS Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mempersoalkan kenapa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu lintas tidak dipasang di kawasan kemalangan sedangkan tujuannya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya.

NONEPengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar (kanan) mempersoalkan kenapa sistem itu perlu dipasang di jalan dengan kelajuan 50km dan 70km sejam.

"Apa yang akan berlanggar di situ, ular sawa dan penyu? Atau antara kereta lembu?" soal Mahfuz yang juga naib presiden PAS dengan sinis.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kepada mereka angka sebenar kawasan kemalangan untuk dibandingkan dengan tapak AES.

Beliau yang sebelum itu mengunjungi tapak AES berkata menerima laporan yang mendakwa sistem itu mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat membezakan antara nombor nombor kosong, enam dan sembilan.
PM Najib bertemu Soros di New York

  • Steven Gan
  • 8:48AM Okt 11 2012
dikemaskini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

najib abdul razak in perth chogm 1Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

NONESejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

NONEBulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."
'Maka undi Najib bermakna undi Soros?'

  • Hazlan Zakaria
  • 7:46PM Okt 11 2012
MP Pakatan Rakyat berkata sekiranya dakwaan hubungan NGO Suaram dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut.
"Saya mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat.

"Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros," kata MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli kepada Malaysiakini.

Hatta menekankan bahawa Pakatan Rakyat tidak ingin membangkitkan isu tersebut.

Namun, dakwaan kaitan Soros yang ditimbulkan BN itu kini nampaknya menjadi "senjata makan tuan", kata Hatta.

Jadi, mereka perlu jelaskan kepada rakyat sekarang," katanya.

Hatta berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuan peribadi antara Najib dan Soros di sebuah hotel terkemuka di New York, sejurus sebelum perdana menteri menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dua tahun lalu.

Sementara itu MP Batu Tian Chua pula memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan Najib itu merupakan petunjuk utama kepada "hipokrasi" BN.
Pemimpin NGO 'belum baca' laporan Najib jumpa Soros

  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:09PM Okt 11 2012
Beberapa pemimpin NGO hari ini enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.
Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara kasaranya, ini fakta yang umumnya diketahui daripada blog itu bahawa Soros tidak mesra dengan kira (kumpulan pro-kerajaan) tetapi mesra dengan pembangkang.
"Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis dalam bahasa Inggeris apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.
Tambahnya, MPM juga akan terus mempertahankan Najib, institusi demokratik dan instusi raja.

"Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan.

"Kami tidak mahu campur tangan daripada mana-mana pihak," katanya lagi dalam sidang media berhubung tindakan NGO Suaram yang menimbulkan skandal pembelian kapal selam Scorpene di mahkamah Perancis.
Begitu juga reaksi beberapa NGO lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM).
Pemimpin NGO tersebut memberi alasan yang sama - bahawa mereka masih belum membaca laporan berkenaan.
Antaranya, presiden KWMM Dzulkarnain Taib yang berkata, itu menyebabkan beliau tidak boleh memberi ulasan.
"Saya tak baca laporan itu, saya tak tahu, jadi saya tak boleh komen," kata bekas pengarang lidah parti PKR Suara Keadilan itu.
Dalam sidang media itu, PPIM diwakili setiausaha kerjanya Mustafa Hamzah manakala PERKASA diwakili yang dipertua Wilayah Persekutuan Sharifuddun Abdul Hamid.
Laporan Malaysiakini hari ini menyebut, Najib Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.
najib razak in new york united nation un general assembly speechPertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.
Nik Aziz tak mahu peniaga Kelantan 'cekik darah'
6:40PM Okt 11 2012
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu peniaga di Kelantan mengaut untung secara keterlaluan dengan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya kepada pelancong ke negeri ini.

Katanya, perbuatan itu bukan saja bercanggah dengan perniagaan bercirikan Islam, malah bertentangan dasar kerajaan negeri dalam usaha menarik pelancong.

"Untung boleh... tetapi ia tidak sampai ke mana dari segi agama, kerana tiada ertinya untung (wang) yang banyak jika tidak berkat kerana ia tidak boleh dibawa ke akhirat.

"Ada antara peniaga yang sengaja menaikkan harga kerana menyedari pelanggan mereka bukan penduduk tempatan," katanya ketika merasmikan Pasar Saidina Ali Pekan Kok Lanas, di Kota Baharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan dasar usahasama dengan pihak swasta dalam projek pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menampung peruntukan pembangunan negeri ini yang berkurangan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pembinaan pasar tersebut mengandungi 147 gerai dan berharga RM2.3 juta itu dilaksanakan dengan usahasama syarikat swasta.

Menurutnya, pasar yang mempunyai ciri-ciri Islam itu akan menjadi salah satu mercu tanda baru bagi menarik pelancong ke Kelantan.

- Bernama
Polis didakwa 'peras' isteri mangsa kematian dalam tahanan

  • Aidila Razak
  • 7:28PM Okt 11 2012
Polis didakwa meminta RM300 daripada isteri kepada lelaki yang mati dalam tahanan P Chandran ketika dia mahukan maklumat berkaitan di ibu pejabat polis daerah Cheras sejurus sebelum meninggal dunia.

Perkara itu didakwa dalam laporan polis yang dibuat oleh abang ipar mendiang R Rajan Naidu.

Rajan dalam laporannya mendakwa, isteri mendiang N Selvi memberitahunya, pegawai polis meminta RM300 sebelum mendedahkan maklumat berkaitan suaminya.

Bernama sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad sebagai berkata, Chandran meninggal dunia akibat penyakit jantung di lokap Balai Polis Dang Wangi pada 10 September
Noh: Tender terbuka telus, jamin kualiti benih padi

  • Bernama
  • 9:00PM Okt 11 2012
Tender terbuka pembekalan benih padi yang mulai dilaksanakan tahun ini untuk memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih padi berkualiti dianugerahkan tender, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata tender pembekalan benih padi dilakukan secara rundingan terus dan banyak aduan diterima apabila petani dibekalkan benih padi tidak berkualiti selain syarikat yang dianugerahkan tender didapati melantik pihak ketiga untuk mendapatkan bekalan.
  
Sehubungan itu, beliau berkata mulai tahun ini, penganugerahan tender pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan dalam surat khabar dan setiap permohonan dinilai tiga jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  
“Setiap permohonan perlu memenuhi kriteria pembekalan benih padi dan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Teknikal sebelum disenarai pendek di peringkat Jawatankuasa Induk Lembaga Perolehan.
  
“Sebelum ini, kita beri tender secara rundingan terus dan tiada pihak yang bersuara dan membantah walaupun ia menimbulkan banyak masalah tetapi apabila kita memperkenalkan tender terbuka yang lebih telus ramai pula yang membantah. Saya pun berasa hairan,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Belanjawan 2013 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya hari ini.
  
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berhubung laporan sebuah portal berita bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganuerahkan tender RM164.8 juta kepada syarikat pembekalan benih padi yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan kementerian.
  
Ia juga melaporkan bahawa syarikat yang tidak memenuhi kriteria dianugerahkan tender kerana keperluan benih padi yang mendesak bagi musim penanam semula.
  
Noh berkata 11 syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan termasuk syarikat bumiputera yang mesti mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri dan mesin mesin pengasing benih telah dianugerahkan tender pembekalan benih padi bagi 2013 hingga 2014.
    
“Mesin pengasing benih yang berharga kira-kira RM3 juta digunakan untuk mengurangkan padi angin yang akan menyebabkan hasil padi merosot kepada hanya 10 butir dalam setiap 36,000 butir padi atau sekilogram benih padi. Ini akan memastikan hanya benih padi berkualiti dibekalkan kepada petani,” katanya.
  
Selain itu, Noh berkata penganugerahan tender kali ini juga terbuka mengikut kategori pengeluaran setahun yang bertujuan untuk memberi peluang kepada syarikat pembekal yang lebih kecil untuk membuat permohonan.

- Bernama


1. Pembekal benih padi: Kriteria tak dipenuhi, tapi...
2. Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8j

Tiada ulasan: