Jumaat, 12 Oktober 2012

SATU HARI KEBENARAN AKAN TERSERLAH...YANG JAHAT@BATIL AKAN DIHAPUSKAN@KALAH

Bajet pakatan, ekonomi rakyat – negara berkat

Subky Latif, 10 Okt 2012
Pakatan Rakyat adalah kerajaan menunggu. Apabila membentangkan versi bajetnya, tiadalah yang dapat dikuatkuasakannya selagi jadi kerajaan menunggu.

Lalu diperli BNlah, berangan-anganlah.

Tetapi ia adalah persediaan apabila Putrajaya dapat dibebaskan selepas PRU13 kurang daripada enam bulan dari sekarang. Apabila bertukar saja ia dari status kerajaan menunnggu kepada kerajaan betul, maka bajetnya itu akan diisinyalah.

Semua yang digaris dalam bajet itu adalah menjuruskan kepada keperluan ekonomi tuan punya Negara ini iaitu rakyat. Apabila ia diisi dengan keperluan rakyat, maka moga-moga negara pun berkat.
Ia menuju kepada sebuah negara yang berkat. Kerajaannya adalah kerajaan dunia, tetapi menyediakan segala yang diperlukan oleh orang yang hendak  ke akhirat.

Doa dalam tema bajet itu ialah mencari sebuah negara yang  berkat. Berkat itu adalah kata-kata menuju akhirat. Iaitu mencari kesenangan di dunia dan kesenangan di akhirat.

Itulah matlamat hidup Islam. Bagi orang Islam ia dapat semua – kesejahteraan di  dunia dan di akhirat. Ia juga dengan sendirinya menjadi dunia yang disenangi oleh orang bukan Islam, baik mereka rakyat dan yang bukan rakyat yang bertandang ke sini.

Itulah tema dan persedia untuk menjadi sebuah negara berkebajikan. Pengisian terperincinya, bacalah keterangan pembentangan Ketua Pembangkang atas bajet itu.

Ia memberi tempoh kurang daripada enam bulan dari sekarang kepada penguasa yang ada sekarang untuk berbuat apa-apa yang suka sebelum Putrajaya terlepas daripada tangan.

Inilah masa untuk melarikan apa-apa yang ada di Petronas dan apa-apa  yang boleh dicapai sebelum kerajaan menunggu mengambil alih kerajaan.

Lepas itu, Petronas tidak boleh buat apa-apa yang ia suka lagi. Ia akan ikut apa yang aktanya mahu dan apa-apa yang ia suruh buat.

Negeri yang berminyak iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sedang menunggu akan ada syarikat minyak dan gasnya sendiri yang dinaungi oleh pentadbiran baru Petronas.

Berkata mereka itu, apalah untungnya Petronas selepas  ini? Negeri yang ada minyak akan ambil panggunya dulu. Royalti terjamin dan untang syarikat pula melapangkan lagi. Yang Petronas dapat, tidak lagi akan dibolot klik Qarun seperti yang bersarang dalam Pertamina di seberang Selat Melaka dulu.

Pada peringkat mula ini, sekalian lintah darat yang gerun hilang harta Qarun yang disedutnya selama ini menakutkan orang-orang awam tentang banyaknya tawaran percuma yang hendak diberi kerajaan menunggu.

Tiada lagi pinjaman PTPTN. Boleh mengaji percuma, boleh lalu lebuhraya tanpa tol, motokar sudah murah kerana tidak banyak cukai  lagi.

Cukup duitkah kerajaan? Royalti minyak naik sampai 20 peratus. Dulu semua duit masuk pada Petronas, lepas ini sebahagiannya diniagakan oleh syarikat negeri berminyak itu. Cukupkah duit?

Memang banyak yang kerajaan terpaksa tanggung bagi menampung segala pampasan konsesi lebluhraya dan lain-lain. Tetapi ketirisan dan duit yang disapu oleh lintah darat dan segala tumbuk rusuk lebih banyak lagi. Dengan segala beban yang kerajaan tanggung itu jadi sikit dibandingkan dengan yang lintah darat hisap.

Adapun kerajaan menunggu itu tiadalah memfaraidkan duit kerajaan dan duit rakyat. Segala-galanya akan dicurahkan balik kepada rakyat. Apabila rakyat tak payah bayar tol, belajar percuma, motokar murah dan minyak murah. Banyak duit mereka lebih.

Yang takut dengan bajet Pakatan itu ialah lintah darah dan klik Qarun. Rezeki sempit. Tetapi rakyat awam Insya-Allah akan dilimpahi barakah.

Menjelang PRU, musuh ulangi pujukan

Abd Shukur Harun , 10 Okt 2012

Semakin hampir PRU Ke-13, semakin rancak desakan dan pujukan supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP sekaligus menarik diri dari Pakatan Rakyat, kerana DAP didakwa menolak Islam.

Desakan ini tidak sekedar datang dari musuh PAS – Umno/BN – bahkan datang dari segelintir yang amat kecil jumlahnya dari ahli PAS yang keliru dan kecewa atas sebab tertentu.

Juga mereka yang tidak memahami sejarah PAS dan tidak memahami secara mendalam konsep dan pengertian Tahalluf-Siasi (Pakatan PAS dengan parti lain).

Tahalluf-siasi, seperti saya katakan dalam tulisan saya dulu, bukan rekayasa sembarangan, tidak juga ijtihad perseorangan, jauh sekali didorong oleh kepentingan duniawi.

Tetapi ia dicetuskan sebagai suatu ijtihad jamai’e (Ijtihad kumpulan) PAS setelah diadakan muzakarah antara ulama dan pemimpin tertinggi PAS dengan ulama di peringkat antarabangsa, khususnya termasuk pemimpin Ikhwanul-Muslimin dan pemimpin ulama sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

Mereka semua, diberitakan, bersetuju PAS mengadakan ikatan politik dengan parti-parti politik di Malysia untuk kepentingan Islam, memandangkan situasi dan iklim politik di Malaysia memerlukan demikian.

Seperti diketahui, Tahalluf Siasi adalah keputusan Majlis Syura Ulama dan juga keputusan tiga kali Muktamar Tahunan PAS. Ini bermakna keputusan ini didukung oleh semua pendukung PAS, di mna tidak ada percanggahan pendapat justru hujah-hujah yang tercetus di dalam tiga Muktamar PAS itu sangat kukuh.

Tiga muktamar itu telah menjadi saksi nyata bagaimana Tahalluf Siasi diterima dan bagaimana kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Dengan Tahallub Siasi PAS melaksanakan siasah Muajahah Silmiah  - politik cara damai.                                      

Tiba-tiba semakin dekat dengan PRU Ke-13, muncul desakan demi desak dari pelbagai pihak, termasuk segelintir yng amat kecil ahli PAS sendiri, supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Suatu desakan yang aneh, mengelirukan, malah merbahaya kepada kelangsungan perjuangan PAS sendiri dalam percaturan politik tanah air yang bermasyarakat majmuk ini.

Pemikir dan AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam kolumnya memetik pelbagai pandangan mengenai persoalan hudud pasca kebangkitan revolusi rakyat di negara-negara Arab.

Beliau melihat sikap parti Islam yang menang dalam perubahan iklim politik di benua sebelah sana kerana dari sudut geopolitiknya umat Islam adalah majority. Oleh itu pasti persoalan hudud akan menjadi perdebatan hangat. Apa yang saya temui, kata Dr. Mujahid, ialah jawapan yang menarik antara lain ialah pandangan Fahmi Huweidi penulis profilik Mesir mengenai kontemporari Islam yang menyatakan persoalan perlaksanaan hudud perlu difahami dalam kerangka keutamaan demokrasi dan kebebasan.

Rashid Ghanouchi tokoh gerakan Islam, An Nahdah Tunisia pula, katanya, yang muncul sebagai pemenang terbanyak kerusi Parlimen Tunisia menyatakan “menjamin kebebasan dan kematangan demokrasi adalah lebih utama buat masa ini dari perlaksanaan hudud.”

Dr. Mujahid  menyebut tokoh ulama dunia, Dr. Yusof Al Qaradhawi secara khusus menyatakan bahawa kemenangan pihak Islam bukan untuk menghukum rakyat dengan hudud sebelum isu pengangguran dapat di atasi dan memberikan kehidupan yang adil dan baik kepada rakyat dapat dijamin.

Beliau menghujahkan bahawa Rasulallah s.a.w datang membawa kebahagaiaan hidup pada manusia dengan keadilan sebelum hudud dilaksanakan pada tahap penghujung kerasulannya. Pengajaran ini, kata Dr. Yusuf Al Qaradhawi, perlu diberi perhatian supaya hudud diletakkan pada tahap yang sepatutnya.

Dengan pandangan demikian, saya percaya bahawa isu hudud tidak wajar menjadi penyebab dan hujah untuk mendesak PAS keluar dari Pakatan Pakatan Rakyat. Oleh itu kita jangan terperangkap dengan strategi musuh.

Saya masih ingat kata-kata Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat bahawa sejak PAS berkawan dengan DAP, semakin mudah PAS berdakwah kepada orang bukan Islam dan mereka semakin faham Islam kerana PAS memberi kefahaman jelas mengenai kesyumulan Islam kepada mereka.

Seperti gerakan Islam yang lain di dunia, PAS telah menjalani  perubahan pendekatan. Maka itu ia akan terus menjadi parti politik Islam yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Dalam masa yang sama ia tetap dalam orbit Islam.

Adapun yang perlu menjadi fokus utama sekarang ialah bekerja keras untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang bersama Pakatan Rakyat dan saya percaya pendukung PAS akan terus menyokong Tahalluf Siasi.

Fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat ialah mendesak pemerintah, khususnya SPR, supaya memenuhi tuntutan lapan perkara yang diutarakan oleh Bersih, khususnya membersihkan senarai pengundi.

Mungkin hanya sebulan dua lagi PRU Ke-13 akan diadakan, di mana semakin hampir PRU semakin banyak fitnah yang dihamburkan oleh musuh Pakatan Rakyat dalam pelbagai bentuk. Sebab itu parti-parti dalam Pakatan perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka sesegera mungkin, justru perpecahan dalama hanya menguntungkan musuh.

Tugas sekarang ialah bersiap sedia dengan jentera pilihan raya yang canggih, strategi yang betul dan tenaga kerja yang cukup. Sekarang bukan masanya berkhayal siapa bakal memegng jawatan tinggi jika berkuasa nanti. Khayalan seumpama itu perlu dihentikan segera, kerana pilihan raya belum tiba, malah belum tentu bagaimana keputusannya.

Jikapun ditakdirkan Pakatan Rakyat menang dan berjaya menguasai Puterajaya, serahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Pakatan untuk menentukan siapa yang akan menduduki jawatan-jawatan penting. Sebarang bentuk khayalan mengenai hal ini hanya menjadi bahan tertawaan dan mengelirukan.
--------------------------------------------------------------------
Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com

Laporan Ketua Audit Negara lewat lagi

Subky Latif, 08 Okt 2012
Mulai tahun lalu Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan serentak dengan pembentangan Bajet.

Tahun ini pun lewat juga. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz memahamkan laporan tersebut  akan diedarkan selepas Bajet dibahaskan.

Perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini. Menjadi amalan Negara-negara demokrasi yang maju dan kurang maju mengedar Laporan Ketua Audit Negara kalau tidak awal adalah serentak dengan pembentangan Bajet.

Semua setuju – termasuk Umno – bahawa Tun Abdullah Badawi adalah selemah-lemah Perdana Menteri Malaysia, tetapi Laporan Ketua Audit Negara keluar pada masanya.

Inilah bezanya pentadbiran Perdana Menteri Najib dengan yang lain-lain. Apakah tindakan itu  elok atau tidak elok, masyarakatlah mengadilinya.

Najib datang dengan semboyan transformasi. Sebaik saja dia mengambil alih kuasa, maka yang diwarwarkan ialah transformasi; transformasi politik, transformasi ekonomi, kewangan, pengadbiran, itu dan ini.

Sampai hari ini, itulah produk yang dijajanya. Apa-apa saja yang  dibuat  dan yang dicakap adalah transformasinya. Hingga tercungap-cungap macam roh sudah sampai ke halkum transformasilah yang didengar.

Lalu sekalian kecil dan besar, tua dan muda menyebut-nyebut transformasi di mana-mana, baik mereka faham mahupun yang tidak tahu.

Tetapi apakah yang dibuat tentangnya dan apakah yang didapati daripadanya? Entahlah!

Bagaimanapun sang penganalisis boleh bercakap berjam-jam dan bermalam-malam tentang transformai itu dan ini.

Tetapi mana produk itu? Apa bendanya?

Pertama, transformasi itu mestilah didulukan dengan Umno yang diambil alihnya daripada Abdulllah Badawi. Logiknya Umno yang ada hari ini adalah Umno transformasi. Tetapi Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno berwasiat kepada ahli-ahli Umno jangan sabotaj calon yang boleh menang!

Sudah berlakukah transformasi pada Umno? Dan kalau sudah jadi Umno transformasi, maka   wasiat jangan sabotaj calon itu adakah jadi prasyaratnya?

Jika Umno belum jadi Umno transformasi, maka payahlah hendak menyempurnakan transformasi itu di tempat dan sektor lain.

Apakah dengan membahagikan duit kepada orang ramai yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan dan memperuntukan sekian billion sebagai bonus kepada penjawat awam itu, pelaksanaan pada transformasi ekonomi?

Atau, juga transformasi politik yang menjuruskan detransformasi atau transformasi ke belakang?

Entahlah! Apa hendak dikata?

Dalam deru dan menderunya angin transformasi kita dapati dua tahun berturut-turut daripada lebih sikit tiga tahun pentadbiran Najib, Laporan Ketua Audit Negara dilambatkan daripada pembentangan bajet.

Jika transformasi itu adalah perubahan ke arah pembaharuan, maka dalam transformasi pentadbiran Najib ialah melewatkan pengedaran Laporan Ketua Audit Negara.

Apakah hal itu transformasinya dalam pentadbiran?

Apa tujuan dan mengapa dilambatkan boleh ditanya. Ada muslihatkah atau tiada apa-apa muslihat. Transformasi itu kadang-kadang payah dilihat dan payah difahami. Adakala jayanya lambat.

Begitulah transformasi tentang laporan audit itu.

Transformasi itu datang selepas Islam Hadhari. Atau ganti Islam Hadhari. Kerana Islam Hadhari itu payah difahami, maka digantikanlah dengan transformasi. Yang senang dilihat tentang transformasi itu ialah mendahulukan bajet beberapa minggu,  lepas itu baru Laporan Audit dikemukakan.

Atau karyawan yang melahirkan transformasi itu perlu ditransformasi  dulu!
Nik Aziz: Pas tetap kerjasama dengan DAP
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
11 Oktober 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Pas tetap bekerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13), kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, beliau hairan dengan sikap sesetengah pihak khususnya orang Pas sendiri yang mengkritik kerjasama dengan DAP walaupun parti itu tidak mengacau perjuangan Pas.
“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar dia tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP jadi tidak tahu kenapa yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.
"Masalahnya ialah orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno tapi kena ada jawapanlah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pasar Saidina Ali di Kok Lanas di sini semalam.
Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad kelmarin bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.
Pakatan: BN mula iktiraf, takut Bajet PR
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) mula mengiktiraf dan pada masa yang sama "lebih takut" dengan pengaruh dibawa oleh bajet perikatan itu sehingga sanggup membuat perbandingan khusus dan terperinci, sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam.
"Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Bajet Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri," kata pemimpin-pemimpin PR iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata mereka, berkata, tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Husni sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat PR seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

"Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salah guna kuasa berbentuk partisan," kata empat pemimpin muda itu.
Pemimpin PR berkata, kenyataan Husni disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar PR yang bertanggungjawab merangka Bajet PR 2013.
Kata mereka, ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh PR.
"Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
"Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Bajet Pakatan Rakyat 2013," kata mereka lagi.
Selain itu menurut Rafizi, mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Bajet PR 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Sehubungan itu kata mereka, Jawatankuasa Manifesto dan Dasar PR tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan mereka berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Husni.
Kata mereka,  Jawatankuasa Manifesto dan Dasar PR hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
"Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar.
"Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibu pejabat Umno sendiri seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat," kata mereka lagi.
Oleh yang demikian, kata mereka, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, pihaknya mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan.
"Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan atau belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
"Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat," kata mereka lagi.
Malah kata mereka, angka-angka anggaran kos bagi program-program PR seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan perikatan itu selama ini.
"Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini," kata mereka lagi.


BERIKUT KENYATAAN PENUH PAKATAN RAKYAT: PERBENDAHARAAN MENGAKUI KETEPATAN ANGGARAN KOS PROGRAM PR
Kenyataan Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Datuk Seri Husni hanadzlah
2.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3.      Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisis yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:


PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN PR (RM bilion)
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2](RM bilion)
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
Menghapuskan tol
6.0
6.0
50.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
5.0
 
 
18.5
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100
 
2.0
 
4.4
 
Tidak dinyatakan
Caruman Wanita Nasional
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Bonus Warga Emas
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
 
12.5
 
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
 
12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
 
2.0
 
 
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
 
8.0
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat

Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1.      Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
 
2.      Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Datuk Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minimum RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
 
 
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN KOS (RM bilion)
Menghapuskan tol
6.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100
 
2.0
Caruman Wanita Nasional
3.0
Bonus Warga Emas
3.0
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
 
12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
 
2.0
 
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara
 
5.0
Elaun khas perguruan RM500 sebulan
2.4
JUMLAH
41.9
 
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
 
 
 
JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
PERUNTUKAN (RM bilion)
Belanja Mengurus:
Perkhidmatan dan Bekalan
33.7
Belanja Mengurus:
Pembelian aset
1.1
Belanja Mengurus:
Caj Perkhidmatan Hutang
22.2
Belanja Mengurus:
Subsidi dan Bayaran Tetap
 
37.6
Belanja Mengurus:
Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan
 
7.0
Belanja Mengurus:
Lain-lain
14.8
Belanja Pembangunan:
Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain
 
50.0
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan
 
50.0
 
JUMLAH
216.4
 
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20 peratus ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24 peratus atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh sembilan bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.
 
Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI PKR

YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA

YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

11 OKTOBER 2012

Tiada ulasan: