Perbendaharaan akui anggaran kos Pakatan tepat
Harakahdaily, | 11 Okt 2012 |
Kenyataan Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun [1] disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato’ Seri Husni hanadzlah
2. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3. Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:
Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji
cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti,
angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia
(Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan
Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang
digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat
dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2. Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang
dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran,
menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya
potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program
pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk
menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
11 OKTOBER 2012
[1] “Pakatan's budget is mathematically wrong: Ahmad Husni” disiarkan 10 Oktober 2012
[2] Seperti yang digunakan Dato’ Seri Husni Hanadzlah
[3] Seperti yang diulang oleh Sdr Khairy Jamaluddin dan disiarkan di dalam artikel beliau ‘Where Will The Money Come From” di dalam The Edge
Masih lagi berkisar dalam isu AES atau Automated Enforcement System yang aku tulis semalam SINI yang menimbulkan kemarahan rakyat hasil pemikiran taraf BEBALISMA orang orang Najib dalam Kementerian Pengangkutan dan Jabatan yang berkaitan.Sistem yang pastinya akan memperKAYAkan sekor dua KRONI jadi jutawan segera dan RAKYAT bakal menanggung beban saman,sedangkan kejayaan mencegah kemalangan tetap tidak tersasar saperti yang disuarakan sahabat blogger RBF dan Double Y semalam.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato’ Seri Husni hanadzlah
2. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3. Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
|
ANGGARAN PR (RM bilion)
|
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
|
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
|
Menghapuskan tol |
6.0
|
6.0
|
50.0
|
Kos menyediakan pendidikan percuma |
4.0
|
5.0
|
18.5
|
Kos menghapuskan hutang PTPTN |
2.0
|
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
|
|
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0
|
4.4
|
Tidak dinyatakan
|
Caruman Wanita Nasional |
3.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
Tidak dinyatakan
|
Bonus Warga Emas |
3.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
Tidak dinyatakan
|
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
12.5
|
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
8.0
|
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2. Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
|
ANGGARAN KOS (RM bilion)
|
Menghapuskan tol |
6.0
|
Kos menyediakan pendidikan percuma |
4.0
|
Kos menghapuskan hutang PTPTN |
2.0
|
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0
|
Caruman Wanita Nasional |
3.0
|
Bonus Warga Emas |
3.0
|
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5
|
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara |
5.0
|
Elaun khas perguruan RM500 sebulan |
2.4
|
JUMLAH |
41.9
|
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
|
PERUNTUKAN (RM bilion)
|
Belanja Mengurus: Perkhidmatan dan Bekalan |
33.7
|
Belanja Mengurus: Pembelian aset |
1.1
|
Belanja Mengurus: Caj Perkhidmatan Hutang |
22.2
|
Belanja Mengurus: Subsidi dan Bayaran Tetap |
37.6
|
Belanja Mengurus: Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan |
7.0
|
Belanja Mengurus: Lain-lain |
14.8
|
Belanja Pembangunan: Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain |
50.0
|
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan |
50.0
|
JUMLAH |
216.4
|
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan
anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program
Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program
pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional
bergelumang dengan rasuah.
Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
11 OKTOBER 2012
[1] “Pakatan's budget is mathematically wrong: Ahmad Husni” disiarkan 10 Oktober 2012
[2] Seperti yang digunakan Dato’ Seri Husni Hanadzlah
[3] Seperti yang diulang oleh Sdr Khairy Jamaluddin dan disiarkan di dalam artikel beliau ‘Where Will The Money Come From” di dalam The Edge
BR1M - AES (SR1M) = @NajibRazak jadi Ketua Pembangkang
http://aku-tak-peduli.blogspot.com, | 11 Okt 2012 |
Masih lagi berkisar dalam isu AES atau Automated Enforcement System yang aku tulis semalam SINI yang menimbulkan kemarahan rakyat hasil pemikiran taraf BEBALISMA orang orang Najib dalam Kementerian Pengangkutan dan Jabatan yang berkaitan.Sistem yang pastinya akan memperKAYAkan sekor dua KRONI jadi jutawan segera dan RAKYAT bakal menanggung beban saman,sedangkan kejayaan mencegah kemalangan tetap tidak tersasar saperti yang disuarakan sahabat blogger RBF dan Double Y semalam.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Soros, saman malu dan salam takziah
Husam Musa, | 11 Okt 2012 |
Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
Assalamualaikum wrt wbth
Yang Berbahagia,
Saudara Ketua Pengarang,
Utusan Malaysia.
SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH
Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.
Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.
Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.
Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar Mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain.
Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong.
Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya…?
Penjuelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak.
Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya ummat Melayu.
Pendedahan kian tersebar bahawa PM Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di US sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk, menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti.
Belum lama laporan muka depan Utusan ‘Lagi Kaitan Soros’. Kenapa Utusan tidak sanggup memuka depankan laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membedakan sesiapa.
Bertemu, bersua muka dan ‘secara sulit beragenda’ dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, mejadi sebesar-besar tanda tanya: ‘dalam poket Soros kah pemimpin kita?
Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya PM yang baru memegang jawatan menemui ‘Penyangak Yahudi’ (Seperti logic di ketengahkan Utusan) seperti Soros?
Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri.
Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau.
Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdra Ketua Pengarang sendiri, anak cucu Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka. Tidakkah terbetik di hari sdra-sdra kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan ‘lawan’ dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan.
Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan ethical.
Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat.
Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat.
Maafkan saya,
Husam Musa
Kota Bharu,
Kelantan
25 Zulkaedah 1433 / 11 Oktober 2012
KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan
dirinya dianggap bodoh, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
sudah dijangka akan menyifatkan Tun Dr Ling Liong Sik seorang yang
jujur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Jika Dr Mahathir kata Dr Ling tidak jujur, ia bermakna beliau bersetuju dengan tuduhan bahawa bekas Menteri Pengangkutan itu menipu kerajaan Malaysia yang mana beliau menjadi Perdana Menterinya waktu itu.
"Ia dengan sendirinya menjadi pengakuan bahawa beliau Perdana Menteri yang sangat bodoh sehingga kerajaan pimpinannya boleh ditipu begitu sahaja oleh Dr Ling," katanya.
Dr Mahathir membuat dakwaan sedemikian dalam perbicaraan tuduhan menipu ke atas Dr Ling membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Mahfuz yakin, Dr Mahathir terpaksa mendakwa Dr Ling seorang yang jujur dan tidak mampu menipu jemaah menteri semata-mata mahu mengelakkan dilihat begitu bodoh oleh seluruh dunia.
"Persoalannya kini bukan lagi sama ada Dr Ling jujur atau tidak.
"Persoalan yang paling penting sekarang ialah sama ada Dr Mahathir jujur atau tidak apabila beliau mendakwa Dr Ling seorang yang jujur," kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu semakin meragui kejujuran Dr Mahathir kerana dalam inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V K Lingam empat tahun lalu Dr Mahathir tidak henti-henti mengatakan "saya tidak ingat".
"Bagaimana hendak mempercayai Dr Mahathir jujur apabila beliau mendakwa Dr Ling seorang yang jujur kerana kerana beliau begitu popular sebagai seorang yang 'tidak ingat' dan satu dunia menyaksikan Dr Mahathir membuat pengakuan 'saya tidak ingat' dalam inkuiri itu," katanya.
Dr Mahathir minggu ini menjadi saksi keempat pembelaan dalam perbicaraan tersebut.
Antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan
bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan
dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.
Salah satunya ialah 10 hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil daripada al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah SWT maksudnya:
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)
Kata Ibnu Kathir: “Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.
2. Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
3. Firman Allah SWT, maksudnya;
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. HR Ad-Darimi- Hasan.
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Amalan-amalan yang baik dilakukan pada hari-hari tersebut:
1. Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana itulah sebaik-baik amalan. Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” HR Muslim. - Ini umum untuk semua waktu.
2. Puasa. Kerana puasa juga termasuk di dalam amalan soleh. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei.
Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. Takbir, Tahlil dan Tahmid. Hal ini kerana, hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
4. Puasa Pada Hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit daripada Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya, maksudnya;
”Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” HR Muslim.
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. Kelebihan Hari Raya Korban (Yaum An-Nahr), 10 Zulhijjah.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari ke-11 Zulhijjah).
Setengah ulama lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
Cara-cara menyambut musim kebajikan:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia daripada kebaikan dan menjauhkannya daripada Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.” (Al-Ankabut: 69).
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” HR Muslim.
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafie dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” Syarah Sahih Muslim.
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga agar kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
http://www.abuanasmadani.com
Assalamualaikum wrt wbth
Yang Berbahagia,
Saudara Ketua Pengarang,
Utusan Malaysia.
SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH
Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.
Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.
Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.
Malang, bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar Mahkamah atas satu isu demi satu isu yang lain.
Hampir saban minggu Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong.
Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya, Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu, Utusan menjatuhkan dirinya…?
Penjuelasan beberapa paderi atas laporan Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak.
Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya ummat Melayu.
Pendedahan kian tersebar bahawa PM Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di US sewaktu Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk, menemplak Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti.
Belum lama laporan muka depan Utusan ‘Lagi Kaitan Soros’. Kenapa Utusan tidak sanggup memuka depankan laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata Utusan seharusnya tidak membedakan sesiapa.
Bertemu, bersua muka dan ‘secara sulit beragenda’ dengan Soros, tanpa dimaklumkan kepada rakyat jelata, mejadi sebesar-besar tanda tanya: ‘dalam poket Soros kah pemimpin kita?
Apakah yang dibincangkan? Apa pentingnya PM yang baru memegang jawatan menemui ‘Penyangak Yahudi’ (Seperti logic di ketengahkan Utusan) seperti Soros?
Tidak dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri.
Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan Utusan berunsur seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi dijangkau.
Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdra Ketua Pengarang sendiri, anak cucu Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka. Tidakkah terbetik di hari sdra-sdra kecemburuan terhadap runtuhnya nanti akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan membinasakan ‘lawan’ dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak, apa lagi nas Tuhan.
Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan ethical.
Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat.
Islam selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan terhormat.
Maafkan saya,
Husam Musa
Kota Bharu,
Kelantan
25 Zulkaedah 1433 / 11 Oktober 2012
PKFZ: Mahathir kata Liong Sik jujur sudah dijangka
Abdul Aziz Mustafa, | 11 Okt 2012 |
"Jika Dr Mahathir kata Dr Ling tidak jujur, ia bermakna beliau bersetuju dengan tuduhan bahawa bekas Menteri Pengangkutan itu menipu kerajaan Malaysia yang mana beliau menjadi Perdana Menterinya waktu itu.
"Ia dengan sendirinya menjadi pengakuan bahawa beliau Perdana Menteri yang sangat bodoh sehingga kerajaan pimpinannya boleh ditipu begitu sahaja oleh Dr Ling," katanya.
Dr Mahathir membuat dakwaan sedemikian dalam perbicaraan tuduhan menipu ke atas Dr Ling membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Mahfuz yakin, Dr Mahathir terpaksa mendakwa Dr Ling seorang yang jujur dan tidak mampu menipu jemaah menteri semata-mata mahu mengelakkan dilihat begitu bodoh oleh seluruh dunia.
"Persoalannya kini bukan lagi sama ada Dr Ling jujur atau tidak.
"Persoalan yang paling penting sekarang ialah sama ada Dr Mahathir jujur atau tidak apabila beliau mendakwa Dr Ling seorang yang jujur," kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu semakin meragui kejujuran Dr Mahathir kerana dalam inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V K Lingam empat tahun lalu Dr Mahathir tidak henti-henti mengatakan "saya tidak ingat".
"Bagaimana hendak mempercayai Dr Mahathir jujur apabila beliau mendakwa Dr Ling seorang yang jujur kerana kerana beliau begitu popular sebagai seorang yang 'tidak ingat' dan satu dunia menyaksikan Dr Mahathir membuat pengakuan 'saya tidak ingat' dalam inkuiri itu," katanya.
Dr Mahathir minggu ini menjadi saksi keempat pembelaan dalam perbicaraan tersebut.
Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah
Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, | 11 Okt 2012 |
Salah satunya ialah 10 hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil daripada al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah SWT maksudnya:
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)
Kata Ibnu Kathir: “Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.
2. Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
3. Firman Allah SWT, maksudnya;
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. HR Ad-Darimi- Hasan.
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Amalan-amalan yang baik dilakukan pada hari-hari tersebut:
1. Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana itulah sebaik-baik amalan. Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” HR Muslim. - Ini umum untuk semua waktu.
2. Puasa. Kerana puasa juga termasuk di dalam amalan soleh. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei.
Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. Takbir, Tahlil dan Tahmid. Hal ini kerana, hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
4. Puasa Pada Hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit daripada Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya, maksudnya;
”Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” HR Muslim.
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. Kelebihan Hari Raya Korban (Yaum An-Nahr), 10 Zulhijjah.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari ke-11 Zulhijjah).
Setengah ulama lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
Cara-cara menyambut musim kebajikan:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia daripada kebaikan dan menjauhkannya daripada Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.” (Al-Ankabut: 69).
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” HR Muslim.
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafie dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” Syarah Sahih Muslim.
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga agar kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
http://www.abuanasmadani.com
Demokrasi tetapi menekan
Aspan Alias, | 11 Okt 2012 |
Transformasi yang banyak-banyak dilaungkan oleh Najib hanya setakat
di bibir sahaja. Tidak ada perubahan malah ia bertambah buruk
keadaannya. Cara Najib mengumumkan satu demi satu pelan transformasi
beliau itu, Najib seolah-olah bercita-cita tinggi macam dunia ini pun
hendak dialihnya.
Lazimnya orang yang selalu keluar dengan berbagai rancangan yang mega-mega akhirnya tidak membawa apa-apa kesan dan tidak akan terlaksana segala pelan-pelan tersebut. Tetapi apabila pelan-pelan tersebut tidak diyakini oleh rakyat maka pihak-pihak yang bertentangan dengan kerajaan akan ditekan dan ditakut-takutkan.
Pihak yang bertentangan akan dilayan dengan buruk dan tidak bertamaddun dan tidak sesuai berlaku dalam dunia tanpa sempadan. Pimpinan kita dengan besar hati ingin mengikut peredaran masa dan zaman tetapi mereka mempunyai jiwa yag fakir.
Pada malam 9hb oktober yang lalu Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga, ditahan dan disusahkan perjalanan beliau di KLIA apabila beliau disekat di ‘auto-gate’ lapangan terbang itu selama 10 minit dan pegawai immigresen di situ tidak dapat memberi sebab kenapa beliau (Ambiga) diperlakukan begitu.
Bukan Datuk Ambiga sahaja yang menjadi mangsa tekanan ini. Minggu lepas salah seorang dari ‘Steering Committee’ Bersih Andrew Khoo juga ditahan dan dilakukan perkara yang sama dan beliau sekali lagi ditahan semasa beliau kembali ke tanah air pada malam 9hb itu. Semua Jawatankuasa Bersih diberikan tekanan oleh pihak immigresen dan budaya ini nampaknya sudah menjadi perkara biasa.
Pada bulan September yang lepas, Marina Chin Abdullah dan Wong Chin Huat juga menerima nasib yang sama. Kalau begitu keadaannya apa pula alasan yang boleh diberikan oleh pihak pemerintah dengan penahanan itu? Siapa pula yang hendak dipersalahkan kali ini?
Adakah tindakan immigresen ini untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan hari ini? Jika demikian kenapa kita wujudkan sebuah negara yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi tidak berupaya untuk menerima semua ‘attribute’ sebuah negara demokrasi?
Apakah kesalahan mereka sehingga mengganggu perjalanan seseorang yang tidak sebulu dengan kita itu? Bagi pandangan saya secara peribadi ini menunjukkan yang pihak pemerintah sekarang sedang tertekan dengan sokongan yang orang ramai berikan kepada pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus itu.
Pihak pemerintah tidak mahu diganggu oleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk tidak mengganggu cara mereka mendapat mandat selama ini, iaitu dengan membohongi rakyat dan mengelirukan fakta dan semangat demokrasi itu.
Ini merupakan elemen pentadbiran ala diktator dan ini wajar diberhentikan. Tindakan ini seolah-olah membayangkan yang pihak yang sedang berkuasa sekarang ini sudah terdesak ke dinding dan tidak ada jalan lain selain dari melakukan penekanan terhadap pemimpin-pemimpin NGO yang berpengaruh yang tidak sejalan dengan kerajaan hari ini.
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap pemimpin-pemimpin NGO seperti Datuk Ambiga ini hanya membuatkan mereka lebih terkenal dan berpengaruh. Jika Datuk Ambiga tidak berpengaruh masakan pimpinan kerajaan merasa takut terhadap kehadiran mereka di tengah masyarakat yang dalam pencarian ini.
Kita mesti ingat jika pemerintah dalam keadaan ‘desperate’ untuk mempertahankan kuasa, rakyat juga dalam keadaan ‘desperate’ untuk mencari penyelesaian terhadap kecelaruan yang dicipta oleh pihak yang memerintah itu.
Rakyat semua kaum kini memang dalam keadaan terdesak untuk lari dari cengkaman pihak yang berkuasa yang tidak lagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk membela nasib rakyat, bangsa dan negara mereka.
Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan.penjajahan yang dilakukan terhadap pemikiran dan jiwa mereka. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
KUALA LUMPUR: Satu program Hijaukan Bumi akan diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 13 Oktober ini.
Program anjuran Green Clean World (GCW) dan Majlis Perbandaran Klang itu diadakan bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan kepenggunaan air.
Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, berkata pada himpunan itu juga satu deklarasi berkaitan air oleh badan bukan kerajaan yang prihatin akan diumumkan.
"Kita mahu rakyat sedar bahawa sumber air ini perlu dilindungi, selain penggunaannya bukan berdasarkan keuntungan, sebaliknya keperluan semua pihak," tegas beliau pada satu sidang media, di parlimen.
Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat berkata deklarasi itu juga akan dihantar ke semua negeri, termasuk kepada menteri yang didakwanya cuba mempolitikkan isu air, khususnya di Selangor.
Himpunan tersebut akan bermula jam 8.30 pagi dengan pelbagai aktiviti santai seperti pameran, persembahan dikir barat yang berkonsepkan alam sekitar, dengan sebelah malamnya berlangsung ucapan-ucapan daripada tokoh-tokoh NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai untuk menyertai himpunan tersebut.

Program 'Hijaukan Bumi' Sabtu ini
Anis Nazri, | 11 Okt 2012 |

Kase desak tangguh perlaksanaan AES
Muhammad Faizal, | 11 Okt 2012 |
(Gambar:
Datuk Mahfuz bersama AJK Kase meninjau tempat kamera AES dipasang di
sekitar Puchong pagi tadi. Turut serta MP Jerai Firdaus Jaafar)
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan Automated Enforcement System (AES).
Malah, Kase juga meminta satu perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan juga persatuan-persatuan penguna jalanraya seperti persatuan teksi, bas dan juga syarikat-syarikat lori diadakan bagi mencari penyelesaian berhubung sistem tersebut.
Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar, berkata kerajaan perlu menangguh AES dengan segera agar satu mekanisma baru yang tidak terus membebankan pengguna jalan raya dikeluarkan.
"Kita mahu AES ditangguh buat sementera waktu dan juga perbincangan antara persatuan-persatuan pengguna diadakan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
"Kase bersedia untuk turut serta pada perbincangan tersebut bersama-sama dengan persatuan-persatuan pengangkutan teksi, bas dan juga lori-lori pengangkutan," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Kase yang sebelum itu pada sebelah pagi telah membuat lawatan dibeberapa lokasi tempat AES dipasang telah mendapati beberapa keraguan telah dikenalpasti.
"Tujuan utama AES dipasang adalah untuk mengurangkan kemalangan, malah tempat pemasangan dipilih adalah lokasi-lokasi yang dikenalpasti mempunyai kadar kemalangan yang tinggi.
"Tetapi lokasi-lokasi yang kami lawati tidak menunjukkan ia adalah satu kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi.
"Saya harap pihak kementerian dapat memberi maklumat statistik tahunan secara terperinci kadar kemalangan yang berlaku di tempat-tempat yang telah dipasang dengan sistem tersebut," sambung beliau.
Menurut beliau, beberapa lokasi yang had kelajuan 30km/jam turut diletakkan kamera AES, dan beliau turut mempersoalkan kenapa kawasan tersebut menjadi pilihan.
Beliau memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah menolak sebarang peruntukan undang-undang lalulintas kalau ia adalah satu usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan, tetapi biarlah ia bukan untuk mencari keuntungan serta bersifat memberi bebanan kepada rakyat dan pengguna jalanraya.
Antara lokasi-lokasi yang dilawati oleh KASE adalah di Lebuhraya Utara-Selantan di Bangi, Lebuhraya SKVE di Puchong dan juga lokasi lampu isyarat, Jalan Klang Lama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan