Jumaat, 5 Oktober 2012

TAK IKUT HUKUM HUDUD@HUKUM ALLAH...MEMANG KITA TAK SELAMAT...DIDUNIA DAN AKHIRAT....TAK SELAMAT DIDUNIA ITU ADALAH HUKUM ALLAH ...ALLAH SIANG2 DAH BAGI HUKUM ITU DIDUNIA...ORANG SEKARANG KATA 'BAGI CASH LAH'...HUKUM ALLAH DIAKHIRAT SEDANG MENUNGGU...KITA SEMUA ADA FAHAM KAH

Betul ke nie..cuba fikir..
Posted on Friday, October 05 @ 04:43:42 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

AHLi Akademik terkemuka, Dr. Ong Kian Ming berbendapat bahawa belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jelas menyediakan pendekatan jangka panjang serta lebih inovatif berbanding Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Pakatan (Rakyat) mencadangkan pemotongan duti eksais dan duti import bagi kereta serta memansuhkan tol bermula di Lebuh raya Utara Selatan yang nyata boleh meningkatkan pendapatan lebih ramai rakyat.
"Langkah (Pakatan Rakyat) ini lebih mampan ekonomi, bukannya membayar pampasan kepada pengendali tol untuk tidak naik kadar tol...RM586 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2013 (oleh Najib) sepatutnya digunakan untuk membeli balik konsesi tol," ujar beliau menerusi e-mel.
Selain itu, katanya, peruntukan RM90 juta untuk membeli 300,000 seragam RELA dan RM20 juta untuk membeli 1,000 motosikal peronda polis seakan memperlihatkan Najib "meletakkan lebih banyak wang dalam pasukan polis tanpa penyusunan semula mana-mana asas" yang dianggap pincang dalam institusi itu sebagaimana yang dicadangkan dalam bajet alternatif Pakatan Rakyat.
Tambahnya lagi, pentadbiran Najib sepatutnya tidak mengumumkan peruntukan yang lebih banyak kepada syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) memandangkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan itu didakwa mempunyai rekod gagal membina rumah mampu milik yang berkualiti tinggi.
"Pakatan Rakyat mencadangkan satu agensi baru (seperti) Lembaga pembangunan Perumahan (HDB) di Singapura dengan menyatukan kesemua projek perumahan persekutuan dengan suntikan awal RM5 bilion, diikuti dengan suntikan tahunan RM2 bilion untuk empat tahun yang akan datang bagi mengurus, membina rumah berkualiti serta meneroka modal baru (perumahan rakyat)," ujar beliau.
Tuntas itu, katanya, bajet alternatif Pakatan Rakyat lebih jelas memikirkan belanjawan jangka panjang untuk rakyat terbanyak, bukannya terlalu membazirkan wang dengan pemberian tunai 'one-off' kepada golongan tertentu sahaja sebagaimana yang diserlahkan dalam Bajet 2013

Siasat Kenduri Mewah KM Melaka
Posted on Friday, October 05 @ 04:47:21 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan bahawa agensi kerajaan negeri Melaka dikerahkan bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

Dokumen mengandungi maklumat mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) membincangkan persiapan logistik majlis perkhwinan tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu. Minit mesyuarat tersebut juga menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma. Malah, DPPM dimaklumkan pihak Ketua Menteri itu mengakui majlis tersebut di taja sebanyak RM 10 bagi setiap tetamu.
DPPM hairan bagaimana begitu istimewanya Datuk Seri Ali Rustam di sisi kerajaan negeri. Meskipun beliau adalah ketua negeri terbabit, ini tidak bermakna beliau boleh sesuka hati menggunakan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk keperluan dirinya. Sepatutnya beliau menunjukkan contoh teladan kepada rakyat bahawa seorang pemimpin sanggup mengutamakan rakyat dari dirinya sendiri. Majlis perkahwinan beliau adalah majlis peribadi yang perlu ditanggung oleh diri dan keluarganya sahaja, dan tidak perlu dibabitkan jabatan kerajaan di bawah tanggungannya. Jika majlis itu ditaja, siapa pula penajanya dan adakah penaja majlisnya tiada kaitan langsung dengan projek kerajaan negeri?
Dalam keadaan rakyat yang masih ramai hidup di bawah paras kemiskinan, beliau pula sanggup menghabiskan enam ratus ribu ringgit untuk majlis selama lapan jam dengan kehadiran seramai 100,000 orang. Mungkin bagi Datuk Seri Mohd Ali jumlah itu terlalu sedikit, namun ia terlalu banyak bagi rakyat jelata. Apakah ini suatu manifestasi amalanwassatiyyah(bersederhana) seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri?
DPPM bimbang amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa sudah menjadi suatu budaya pada pemimpin negara. Amalan bershopping sakan, bermewah-mewahan serta mengadakan kenduri keluarga secara melampau seperti ini mengundang pembaziran disamping rasuah yang membarah. Malah pemimpin-pemimpin negara dengan selamba menggunakan seluruh kuasa dan agensi di bawahnya untuk kepentingan peribadi mereka tanmpa rasa bersalah. Rakyat pula dikerah sehabis mungkin bekerja dan bertugas untuk majlis peribadi pemimpin sedangkan pemimpin idak pernah memikirkan masalah rakyat di bawahnya.
SPRM perlu membuktikan mereka benar-benar telus, tegas dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Membanteras rasuah bukan hanya setakat kepada rakyat bawahan, tetapi mesti dimulakan dari pemimpin atasan. Pemimpin negara yang menyuburkan rasuah sehingga rakyat sebati dengannya, ibarat kata pepatah Cina : ”ikan busuk bermula dari kepala” .
RIDUAN MOHD NORKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia



Pendedahan: Putrajaya jadi 'syurga' maksiat .
Posted on Friday, October 05 @ 04:39:21 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: 5ambal

"

PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.

Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.


Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.


Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.


“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.


“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.


Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.


Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.


Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.


“Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga ‘orang luar’ menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.

“Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu,” katanya.


Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.


Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.


Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.


“Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa ‘menyembunyikan’ diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran,” katanya.

Konstabel mabuk tembak pelayan
Posted on Friday, October 05 @ 04:37:41 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Sekiranya konstabel ini beragama Islam, adakah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam akan mendakwanya di mahkamah syariah atas tuduhan mabuk?


3 Okt 2012  KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam. 
Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya. Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian.
Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu. 

Van keselamatan yang tidak lagi selamat?
Posted on Friday, October 05 @ 04:38:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"3 Okt 2012 . Bakar van selepas rompak RM1 juta - Sekumpulan lima penjenayah bersenjata pistol berjoli sakan apabila dapat melarikan RM1 juta daripada sebuah van keselamatan yang dirompak sebelum membakar kenderaan itu di Jalan Tiong Off Taman Eng Ann di sini semalam.

Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki dua pengawal keselamatan ditawan oleh perompak berkenaan selepas mangsa memungut wang pertaruhan di sebuah agensi nombor ramalan di Jalan Meru, di sini.  
Perompak menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja. Salah seorang suspek kemudian merampas selaras senapang mangsa sebelum mengacukan pistol lalu mengarahkan mereka memandu ke arah taman perumahan tersebut yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan. 
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, rakan-rakan suspek kemudian mengekori van itu dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna hijau terbabit. 

Rayuan Qurban dan Aqiqah Mindanao 2012
Posted on Friday, October 05 @ 04:41:26 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: suhazeli

"

Yayasan Amal Terengganu menyeru kepada semua pengunjung untuk turut serta dalam melaksanakan ibadah Qurban/Aqiqah di Mindanao pada tahun ini. 

Program tahun ke 4 berturut-turut ini akan diajalanakan di Selatan Filifina. Minoriti penduduk muslim disana memerlukan kedatangan kita. Mereka berda dalam keadaan yang tidak menentu dengan ketidak tentuan politik semasa. Kehdiran Yayasan Amal Malaysia di nanti-nantikan oleh mereka. Kami bukan sahaja mengadakan program Qurban dan Aqiqah tapi khidmat kesihatan juga diberikan kepada penduduk yang dhaif.

Objektif utama program ini adalah:
i. Menjadi wakil kepada peserta yang berminat untuk menunaikan Ibadah Qurban/aqiqah di tempat yang lebih diperlukan,
ii. Menjalankan khidmat komuniti seperti jamuan kepada fakir miskin dan khidmat kesihatan di kampung terpencil Mindanao.
iii. Meningkatkan hubungan persaudaraan nusantara sesama muslim.
Sehubungan dengan itu saya merayu kepada seluruh masayarakat untuk sama-sama menyumbang dalam program yang cukup bermakna ini. Ini adalah tahun ke 4 Yayasan Amal Terengganu diberi amanah.
Jika sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam menjalani Ibadah Qurban/Aqiqah ini, boleh menghubungi kami 0199563653 (Dr Hj Suhazeli), 012-9831183 (En Nordin), 014-5013269 (Cg Fauzi) atau 013-9302197 (Hj Mustaffa). Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM300, manakala seekor kambing RM400. Tarikh tutup penyertaan adalah 22hb Okt 2012. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://yamterengganu.blogspot.com/.

Semoga segala usaha buat kita akan diberkati Allah jua.
DR HJ SUHAZELI ABDULLAH
PENGERUSI AMAL TERENGGANU



Buat rakyat Hulu Selangor dan Tanjung Malim!
Posted on Friday, October 05 @ 04:35:41 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: budakbalun

"Ceramah BERSIH

Ceramah BERSIH"
 



Kadar cukai turun tapi kutipan hasil tanah meningkat
Posted on Friday, October 05 @ 04:20:14 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

BeritaOleh Warta Kedah

Penurunan cukai tanah oleh kerajaan negeri Kedah sebanyak 25 peratus hingga 75 peratus sejak 2008 tidak menghalang pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri mencatat pungutan tinggi dari setahun ke setahun.

Perkara ini turut diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara dalam penyata  kewangan kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2010, di mana penerimaan hasil cukai tanah turut menyumbang kepada peningkatan hasil kerajaan negeri.

Penerimaan hasil cukai tanah meningkat bagi tahun 2010 sebanyak 21.9 peratus di mana kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding RM85.37 juta bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2012, sehingga Julai, kutipan terus meningkat, iaitu RM 101.4 juta walaupun ianya belum ke akhir tahun.
Meninjau keberkesanan serta langkah yang dilakukan, wartawan Warta Darul Aman menemubual Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohamad Nor Haji Rofie.
Warta Darul Aman: Bagaimanakah jumlah kutipan cukai tanah setelah ia turun pada Mac 2008?
Dato’ Mohamad Nor: Alhamdulillah, tahun ini adalah yang terbaik kutipan hasil. Untuk tahun ini (2012) sehingga Julai, kita (pentadbiran tanah negeri) telah berjaya mendapat kutipan hasil sehingga RM101.4 juta. Ini melebihi daripada sasaran kita. Jika tahun lepas untuk tempoh yang sama, kita hanya mendapat RM97 juta sahaja. Maka saya harapkan ianya terus meningkat sehingga ke hujung tahun ini.
Ini menunjukkan usaha gigih serta semangat yang kuat ditunjukkan oleh pegawai-pegawai serta kakitangan di pejabat-pejabat tanah di peringkat daerah dan juga PTG dalam usaha mencapai sasaran serta objektif. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua.
YAB Menteri Besar juga mengakui perkara ini, di mana kejayaan adalah yang terbaik dalam kutipan hasil, walaupun kadar cukai tanah telah diturunkan sebanyak 25 peratus hingga 75 peratus.
Untuk makluman semua, bagi tahun 2006, jumlah patut kutip hasil semasa adalah RM160.4 juta, namun kita hanya dapat pungut RM70.7 juta sahaja. Bagi tahun 2007, jumlah patut kutip adalah RM169.4 juta, dan kita hanya dapat pungut RM98.9 juta.
Bagi tahun 2008, setelah kadar cukai tanah diturunkan, kita dapat kutip RM100.1 juta daripada jumlah yang sepatutnya dikutip sebanyak RM161.2 juta. Untuk 2009, jumlah patut kutip adalah RM126.8 juta, dan kita hanya dapat kutipan sebanyak RM89 juta. Seterusnya 2010, jumlah patut kutip sebanyak RM119.3 juta, dan kita berjaya kutip RM103.3 juta. Bagi tahun 2011, kita berjaya kutip RM103 juta daripada jumlah yang sepatutnya sebanyak RM117.6 juta.
Kalau dilihat dari segi jumlah patut kutip, ianya semakin berkurangan kerana kita telah melakukan ‘pemutihan’ data, iaitu mengenalpasti data-data yang bertindih dan tidak sepatutnya berada dalam sistem.
Warta Darul Aman: Berapakah jumlah cukai tertunggak dan bagaimanakah perkembangannnya dari semasa ke semasa?
Dato’ Mohamad Nor: Dalam tempoh lima tahun, kita mempunyai tunggakan hasil sebanyak RM120 juta, namun setelah pelbagai langkah dilakukan, kita dapat kurangkannya kepada RM66 juta.
Bagi tahun 2007, tunggakan hasil adalah sebanyak RM121.9 juta, dan ianya semakin berkurangan hingga tahun 2011 adalah sebanyak RM70.5 juta. Dan sehingga Julai 2012, kita dapatkan kurang sehingga menjadi RM66 juta sahaja.
Warta Darul Aman: Apakah kempen ataupun inisiatif bagi meningkatkan kesedaran pemilik membayar cukai mahupun tunggakan?
Dato’ Mohamad Nor: Antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan tunggakan hasil, kita telah melakukan ‘pemutihan data’, di mana kita pastikan data dalam sistem benar ataupun tidak. Setelah dilakukan, dapati masih terdapat data-data yang tidak sepatutnya ada dalam sistem, ataupun pertindihan data. Sebagai contoh, masih terdapat hak milik yang tidak dibatalkan, selepas pengambilan tanah serta ubah syarat tanah, maka berlaku pertindihan pemilik.
Langkah seterusnya, kita memberi notis 6A dan 8A, iaitu rampasan tanah, setelah disemak, jika terdapat pemilik yang mempunyai tunggakan hingga puluhan juta, kita beri notis ini, ianya berlaku kepada syarikat-syarikat besar. Hingga kini, tiga syarikat telah dirampas tanah mereka kerana mempunyai tunggakan hampir RM20 juta.
Pejabat tanah juga mengambil langkah memanggil pemilik tanah yang mempunyai tunggakan untuk melakukan siasatan serta perbincangan. Alhamdulillah, setelah dipujuk dan berbincang, mereka melunaskan tunggakan.
Dalam rekod pejabat tanah, kita mempunyai 100 ribu lot yang tidak mempunyai alamat pemilik disebabkan kes-kes tertentu. Oleh itu, dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, kita berusaha mendapatkan alamat pemilik tanah bagi tujuan penghantaran bil hasil. Tindakan ini dimulakan sejak April 2012, di mana setiap bulan pejabat-pejabat tanah daerah menghantar 50 nama untuk diambil tindakan, maka sebulan kita menghantar 600 pemilik yang tidak mempunyai alamat ke Jabatan Pendaftaran untuk disiasat. Namun, terdapat juga masalah di mana alamat yang kita perolehi bukannya alamat sebenar mereka duduki sekarang, itu hanya alamat di kad pengenalan sahaja.
Pihak pejabat tanah juga melakukan pelbagai inisiatif bagi memberi kemudahan kepada pemilik-pemilik tanah untuk menjelaskan cukai tanah mereka ataupun tunggakan. Antaranya kita melakukan kutipan hasil melalui portal, iaitu di lamanwww.ptgkedah.gov.my. Pejabat-pejabat tanah di setiap daerah juga menyediakan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai membayar cukai tanah.
Seperti Pejabat Tanah Kulim, mereka mewujudkan kaunter pandu bayar, begitu juga dengan Pejabat Tanah Kota Setar sedang berusaha untuk mewujudkan kaunter sebegini. Manakala Pejabat Tanah Pendang membuka kaunter bayaran cukai tanah pada hari cuti. Selain itu, kita juga membuat promosi menggunakan banner, billboard dan mengedar flyers.
Pelbagai langkah dilakukan oleh pentadbiran tanah negeri bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran cukai tanah bagi mengelakkan berlakunya tunggakan, yang mungkin akhirnya rampasan dilakukan. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah mereka, kerana dalam Kanun Tanah Negara menegaskan adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah menjelaskan cukai tanah.
Warta Darul Aman: Selain inisiatif tersebut, adakah terdapat langkah-langkah lain yang bakal diperkenalkan oleh pentadbiran tanah dalam usaha mengurangkan jumlah tunggakan hasil?
Dato’ Mohamad Nor: Dalam konteks pelupusan tanah, kita dalam usaha menggunakan sistem komputer, iaitu E-Pelupusan Tanah yang akan digunakan pada tahun 2013. Tujuan sistem ini diadakan adalah untuk kemaskini maklumat mengenai tanah. Segala permohonan kita masukkan data ke dalam sistem ini. Dengan adanya kemudahan ini, kita dapat kenal pasti berapa lagi kes yang perlu diproses, telahpun proses dan akhirnya penyerahan hakmilik.
Kita merupakan pejabat tanah yang terawal mengambil tindakan seperti ini. Jika sebelum ini kita hanya menggunakan sistem manual, yang mana menjadi satu kesukaran kepada pegawai dan kakitangan untuk mengemaskini maklumat yang terkini.
Warta Darul Aman: Adakah terdapat pencerobohan tanah? Bagaimanakah langkah mengatasimya?
Dato’ Mohamad Nor: Kalau istilah pencerobohan pada tanah kerajaan, selalunya berlaku apabila orang awam mengusahakan tanah tersebut dahulu, baru mereka pohon geran, dan kita (pentadbiran tanah negeri) proses meluluskan geran.
Selalunya pencerobohan di hutan-hutan simpan yang tidak boleh dipindah milik adalah bidang kuasa Jabatan Perhutanan. Bukan bidang kuasa pentadbiran tanah negeri.
Bagi mengatasi masalah pencerobohan di tanah-tanah kerajaan, kerajaan negeri telah meluluskan satu jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah, yang mana di negeri diketuai oleh YAB Menteri Besar, manakala di peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.
Sebagai contoh seperti yang berlaku di Bukit Kachi, yang mana pada asalnya merupakan tanah Pejabat Perhutanan, kemudian diberi pada sebuah syarikat untuk tujuan menternak rusa, namun ianya gagal, akhirnya diberi semula kepada kerajaan. Kini, kerajaan menyerahkan tanah tersebut kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed).
Pada hari ini, PMBKed berjaya menemui hasil galian pada tanah tersebut, iaitu batu quartz yang mampu menjana pendapatan baru kepada kerajaan negeri. Tiada pencerobohan dilakukan di Bukit Kachi kerana PMBKed telahpun mendapat lesen perlombongan untuk tujuan tersebut.
Warta Darul Aman: Bolehkah Dato’ terangkan bagaimanakah pencapaian serta kejayaan pejabat-pejabat tanah daerah?
Dato’ Mohamad Nor: Seperti yang saya jelaskan tadi, tahun merupakan tahun yang paling banyak kutipan hasil, walaupun kita belum sampai ke hujung tahun. Kita telah mencapai 87 peratus sasaran kutipan hasil. Ini menunjukkan kerja bertungkus lumus semua kakitangan diperingkat daerah mahupun negeri.
Usaha gigih ini telah menobatkan Pajabat Tanah Kulim sebagai juara dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam 2010, yang mana bersaing dengan ratusan jabatana awam di seluruh Malaysia. Ini merupakan kejayaan yang patut dibanggakan dan menjadi contoh kepada jabatan-jabatan lain untuk bersaing.
Selain itu, untuk tahun 2012, sebanyak enam pejabat tanah daerah yang bakal mengambil bahagian dalam Sistem Star Rating, iaitu Pejabat Tanah Kulim, Pejabat Tanah Kuala Muda, Pejabat Tanah Baling dan Pejabat Tanah Sik.
Selain itu, selama lebih 20 tahun, kini pentadbiran tanah negeri berjaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah kepada peneroka-peneroka Felda. Surat hakmilik juga telah diserahkan kepada mereka.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah berusaha dengan gigih untuk mengharumkan nama jabatan dan juga negeri.
Warta Darul Aman: Akhir sekali, apakah nasihat serta harapan Dato’ kepada mereka yang engkar membayar cukai tanah yang akhirnya mempunyai tunggakan yang banyak?
Dato’ Mohamad Nor: Untuk makluman, buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Kedah, kerajaan negeri telah meluluskan untuk memberi rebat kadar tunggakan denda sebanyak 75 peratus bagi semua jenis tanah dan kategori tanah. Tempoh pemotongan ini dilanjutkan sehingga Disember 2012. Jadi, kepada mereka yang masih mempunyai denda tunggakan, ambil peluang ini untuk menjelaskan denda tersebut.
Saya ulangi, adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk menjelaskan cukai tanah, yang mana ianya dapat digunakan untuk pembangunan negeri yang manfaat kepada seluruh rakyat.
Walaupun undang-undang membenarkan tanah-tanah yang tidak menjelaskan cukai tanah dirampas, namun pentadbiran tanah mendapati bukan kesemua cukai tanah tertunggak berpunca daripada kecuaian ataupun tidak sengaja, namun terdapat pelbagai faktor lain seperti pemilikan yang ramai, isu dan masalah menyelesaikan urusan pusaka, ketiadaan alamat dan nombor kad pengenalan, isu pertindihan hakmilik dan sebagainya.
Pentadbiran tanah negeri sekarang ini sedang melakukan usaha pemutihan, mendapatkan alamat pemilik tanah. Mana-mana pemilik tanah yang mempunyai masalah boleh merujuk kepada pejabat tanah berkenaan untuk menyelesaikan isu yang timbul.

 Bajet 2013, Komen MB Kedah
Posted on Friday, October 05 @ 03:46:53 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

 

Tiada ulasan: