Sabtu, 6 Oktober 2012

MALAM KIAN SEJUK TAPI BERITA MASIH PANAS

Panas!! Ketua Cawangan Umno bakar baju Umno

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 05 Okt 2012

PANAS!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO (Video Inside)


Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.


Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.

Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.


Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib.



“Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.


Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..

Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..


Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!










# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Gambaq ahli parlimen makan elaun buta

http://biaqpila.blogspot.com/, 05 Okt 2012



Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti Najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.

Kegagalan menteri-menteri kabinet hadir ke dewan jelas mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang serta gagal menjaga amanah yang diberi . Ia ibarat guru dan murid yang sengaja ponteng sekolah maka sekolah wajar membuang mereka.

Apa kata kita pakat tolak MP-MP yang kaki ponteng ni dalam PRU 13?


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
'Dapatlah lagi bukti tentang Musa Aman'
  • Aidila Razak
  • 3:20PM Okt 5 2012
 
Panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengarahkan bahagian operasinya mendapatkan lebih banyak bukti berkaitan dakwaan terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum dituduh di mahkamah.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata, perkara itu dibentangkan kepada panel dalam mesyuarat terakhir pada Mei lalu.

NONE"Siasatan terhadap Musa tentang rasuah (bukan salah guna kuasa) dan siasatannya sudah selesai, tetapi panel mengarahkan kami mendapatkan lebih banyak bukti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada siasatan terhadap Musa antara kes yang tidak dapat dibawa ke mahkamah bawah Seksyen 12 Akta SPRM, seperti kenyataan anggota Parlimen PAS Salahuddin Ayub.

Seksyen itu berkenaan penggunaan jawatan atau kedudukan untuk kepentingan peribadi.
Bil anggaran TNB caj lima kali ganda
Wartawan Sinar Harian
5 Oktober 2012
Bil anggaran TNB caj lima kali ganda
Zulhilmi menunjukkan bil anggaran TNB yang diterimanya.
JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.

Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.

“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.

“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan",” katanya.

Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.

Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.

“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.

“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.
Najib Nazak Muhyiddin Baca Yasin
Posted on Friday, October 05 @ 15:35:17 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: GeloraHatiMuda

"
Perdana Menteri Malaysia yang kini menghadapi pelbagai tekanan dari luar dan dalam negara memang sedang begitu nazak.


Banyak isu dan permasalahan yang perlu diselesaikan olehnya. Masalah-masalah parti politik dan masalah peribadinya terutama berhubung tuduhan terbabit dengan rasuah dan pembunuhan Atlantuya dalam skandal scorpene adalah punca utama Najib nazak.
 
Namanya kini telah dipaparkan di beberapa suratkhabar dan laman web beberapa negara sebagai orang yang perlu hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah skandal scorpene di Perancis menambahkan Najib nazak
.
Terbaru terbongkarnya rahsia pertemuan Najib Razak dengan Abdul Razak Baginda yang bersama dengan Atlantuya di Perancis yang didedahkan oleh pnompenhpost pastinya menbuatkan Najib nazak senazak-nazaknya.
 
 

Ini diikuti dengan tuduhan-tuduhan meyalahgunakan dana kerajaan untuk majlis pertunangan anak perempuannya yang menelan belanja RM409,767dan majlis harijadinya yang menelan belanja RM 79,053.Nasib memang tidak menyebelahi Najib apabila hari ini 11 Jun 2012 NEWYORKPOST melaporkan bahawa bakal menantu Najib didakwa menipu. 

Kejatuhan popularitinya ke aras yang sangat rendah terutama di kalangan pengundi bukan melayu amat meresahkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan popularitinya di kalangan pengundi dengan pelbagai cara termasuk bantuan BR1M, Klinik 1Malaysia, Pasaraya 1Malaysia, Perhimpunan Raksaksa Merah, Perhimpunan Sejuta Belia dan terbaru memaparkan gambarnya di tin aluminium minuman tenaga 100 plus sebagai usaha mempromosikan dirinya untuk kembali popular.

Isu-isu yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansur juga tidak ketinggalan membelenggu kepala wotak Najib. Isu pening kepala wotak buat Najib berkaitan Rosmah ialah isu cincin berlian RM24 juta.

Pendedahan salahlaku mentornya, mahathir oleh George Soros yang disiarkan beberapa blog pro PR juga menambah nazak Najib. Masalah sendiri tak habis kena pulak fikirkan masalah orang lain. 'Adudu, kepala... rasanya mau pecah..' dangdut sikit bro, hahaha!

Pelbagai skandal yang membabitkan menteri-menteri kabinetnya juga tidak kurang penting dalam menazakkan najib ketika ini. Skandal NFC, PKFZ dan tuduhan Skandal Hubungan Shapie Apdal dengan artis jelita Zahida Rafik yang diberitakan membabitkan wang jutaan RM adalah antara isu terhangat dibicarakan sehingga hari ini turut memainkan peranan menazakkan Najib.

Tak lupa juga kemarahan melayu dalam umno sendiri kerana kewujudan mamak dalam parti terutama mamak-mamak yang mendominasi wanita umno, umno Penang dan Perak. Nazak terus Najib. Semua isu terbeban di batu jemalanya.  

Dalam masa yang sama Muhyiddin Yasin menunggu masa yang sesuai untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.  Muhyiddin tidak dilihat sebagai bersatu hati dengan Najib bermula daripada kritikannya terhadap slogan 1malaysia ciptaan Najib yang nazak.
 
 

buat-buat sedih

Diikuti dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang ditukar kembali kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek teras itu.Ini juga dilihat sebagai penentangan Muhyiddin Yassin terhadap Najib dan Mahathir.

Muhyiddin juga didapati tidak pernah mahu memberi sebarang komen tentang isu-isu yang sedang melanda bosnya itu malah hanya berdiam diri seolah-olah tidak ambil peduli dengan apa yang menimpa Najib. Muhyiddin digambarkan oleh beberapa penulis blog sebagai gembira dengan situasi yang dihadapi Najib.

Tulisan yang menyatakan terdapat perebutan kuasa antara kedua-dua taiko besar dalam umno ini mungkin ada kebenarannya. Malah jika benar berlaku ia merupakan suatu yang boleh diharapkan untuk menghentikan amalan mempusakakan jawatan PM kepada anak PM-PM terdahulu atau lebih tepat lagi sistem dinasti dalam umno.

Dengan terhapusnya sistem dinasti dalam pemerintahan negara pastinya negara akan lebih selamat daripadapenyelewengan , korupsi dan jenayah halal yang selama ini membawa kepada kerugian bertrillion RM wang pembayar cukai. Siapa sahaja pastinya akan berani berbuat demikian jika mengetahui penganti mereka sebagai peneraju kepimpinan negara adalah anak-anak mereka sendiri.

Daripada sudut politik dalaman parti, memang kejatuhan moral dan kredibiliti Najib memberi keuntungan kepada Muhyiddin. Sekiranya Najib mengundur diri atau kalah dalam PRU13 di Pekan maka calon PM yang seterusnya adalah dirinya sendiri. Mana mungkin ahli politik yang sudah sampai sejauh itu tidak punya cita-cita untuk menjadi PM.-GeloraHatiMuda

Tidak mustahil 
Ketika Najib Nazak , Muhyiddin Baca Yasin 
Malah Bersedia Mentalkinkannya.
 

 
 
Pendedahan Bekas S/U DUN Perak: Jawatan Nizar tidak pernah lucut!
Posted on Monday, September 24 @ 01:16:39 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Perakite Daily

Abdullah Antong adalah bekas Setiausaha Dun Perak ketika tragedi rampasan kuasa berlaku.

Nantikan pendedahan selanjutnya!


Sumber youtube dipetik dariperakitedaily.blogspot.com



 
 

Tiada ulasan: