Jumaat, 5 Oktober 2012

SPESIES BARU DIJUMPAI IALAH KATAK...KALAU BANYAK JENIS KATAK DIPANGGIL 'KATAK2' LAH

Hishammuddin: KDN akan siasat dakwaan terhadap Suaram

5 Oktober 2012
 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
PETALING JAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai habuan kepada penyaluran maklumat rahsia negara.
 
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan yang berterusan akan dijalankan terhadap sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
 
"Saya tidak boleh sahkan atau nafikan dakwaan itu tetapi kita akan pantau perkara-perkara yang sensitif melibatkan kepentingan negara sama ada maklumat, wang ringgit dan juga orang-orang luar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Wanita di sebuah sekolah di sini hari ini.
 
Beliau mengulas kenyataan akhbar oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah semalam yang mendakwa sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suaram di negara ini.
 
Wang tersebut juga dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan dalam membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara.

Sementara itu, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan isu majlis kenduri kahwin anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
 
"Saya nak ingatkan orang ramai kalau kita nak berpolitik pun ada had dan batasan dan jangan kita terikut-ikut amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun dipolitikkan," katanya
 
"Esok saya akan jumpa Ali Rustam dan beritahu jangan kecewa kerana benda ini (sengaja ditimbulkan) kerana musim politik," katanya. - Bernama
Lebih 10 pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram
AHMAD NORMAN ABU TALIB
5 Oktober 2012
Presidennya, Azwanddin Hamzah
Presidennya, Azwanddin Hamzah
PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan  Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Cuepacs mahu dakwaan Suaram sogok pegawai kerajaan disiasat

5 Oktober 2012
 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR - Cuepacs meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, jika benar wujud, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat.
"Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah semalam, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada AS$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan.
Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan. - Bernama
Badan pemikir: BN juga terima pembiayaan Amerika
3:37PM Okt 5 2012
Sebuah badan pemikir berkata, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

Wan Saiful Wan Jan (2)"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepada Malaysiakini.

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya.

Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan prokerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia Suaram kerana didakwa menerima dana asing.

Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan".
RoS: Anak pertubuhan tidak sah
NURUL AINI MOHAMED ALI
5 Oktober 2012
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata BN masih dalam gear lima dan pusingan akhir menghadapi PRU13.
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan "tidak sah" kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, rekod pihaknya menunjukkan Anak tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia.

Status itu timbul ketika isu kedudukan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi topik pertikaian.

"Mengikut semakan dalam sistem kami mendapati, tiada rekod pendaftaran bagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), jadi pertubuhan ini memang merupakan pertubuhan tidak sah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan yang Anak merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Anak diketuai oleh Mazlan Aliman selaku presidennya.

Mazlan berkata: "Ahmad Maslan hanya menggunakan isu basi ini sejak Anak ditubuhkan lagi.

"Jadi marilah kita berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya saya boleh mendedahkan status sebenar Anak dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.

"Saya tidak mahu komen lebih mengenai status Anak, tetapi mahu memberi amaran kepada Ahmad Maslan jika mahu menuduh saya, sila muhasabah diri terlebih dahulu," katanya.

Dua tahun lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) pernah mendakwa Anak pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.

Anak merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

Tambah Abdul Rahman, Anak tidak pernah berdaftar dengan mereka dan berdasarkan semakan, sebaliknya hanya ada tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda.

Katanya, rekod RoS menunjukkan hanya terdapat tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda iaitu Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Luar Negara Malaysia,  Pertubuhan Wawasan Aspirasi Kemajuan Anak Peneroka Felda Lubok Merbau Pendang Kedah dan Persatuan Anak Perempuan Peneroka Rancangan Felda Semencu Kota Tinggi Johor.

Menurut beliau, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Anak bagi mendaftar pertubuhan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

"Kita ada cara sendiri untuk mendaftar sesebuah pertubuhan, jika tidak tersenarai, kita akan anggap pertubuhan itu tidak sah," katanya.

Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan menggunakan nama Anak seperti dalam Harakah pada 10 September lalu bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting".
Julia: 'Itu fitnah, mungkin pelanduk 2 serupa'
SITI JULIANA MOHD JOHAR
5 Oktober 2012
Julia Hana
Julia Hana
PELAKON, Julia Hana menafikan laporan laman blog yang mendakwa beliau kini bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan telah menghabiskan cuti bersama di Langkawi baru-baru ini.

Laporan portal itu mendakwa, Safee dan Julia  dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.

Menjawab dakwaan itu, Julia berkata, “gosip yang mengatakan saya bercinta dengan Safee adalah tidak berasas dan ia fitnah."

“Saya dapat tahu mengenai perkara ini pun melalui adik lelaki saya dan saya memang tidak mengenali siapa Safee sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Julia turut menjelaskan bahawa dia terkejut dengan gosip itu dan tidak tahu bagaimana cerita sebegitu boleh timbul.

“Saya terkejut kenapa nama saya dikaitkan dan sememangnya mulut-mulut orang kita tak boleh nak tutup.

“Mungkin orang yang mendakwa itu ternampak pelanduk dua serupa dan kita juga tidak boleh percaya dengan cerita sebegini kerana tiada sebarang sumber, contohnya gambar yang dapat mengesahkan perkara itu dan sememangnya mustahil kerana saya sekarang tidak bercuti ke mana-mana kerana sibuk serta terikat dengan penggambaran drama bersiri Evolusi KL Drift untuk tayangan RTM,” katanya.

Julia, nama sebenarnya, Julia Hana Kamaruddin, 35, sebelum ini dikenali kerana pembabitannya dalam filem Remp-It yang terbit pada 2006 selain dia pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan A to Z, Jeff.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi, Safee turut membuat penafian mengenai perkara itu dengan menyatakan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi dan Julia bukan kekasihnya.

Safee juga membuat pengakuan bahawa dia sudah mempunyai teman wanita tetapi dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Pengurus: Tidak mungkin Safee cuti di Langkawi dengan Julia
SITI JULIANA MOHD JOHAR
5 Oktober 2012
Safee Sali
Safee Sali
"SAFEE, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Langkawi, jadi saya tidak tahu macam mana gosip itu boleh timbul."
Demikian tegas pengurus kepada bintang bola sepak serta penyerang kebangsaan, Safee Sali, Zakaria Rahim selepas diminta mengulas mengenai cerita Safee dan pelakon Julia Hana dilihat berpegangan tangan semasa berada di Langkawi yang tersebar di sebuah portal gosip tempatan, semalam.

"Safee juga tidak pernah mengenali Julia Hana secara peribadi dan dekat.
"Jadi tidak mungkin mereka boleh pergi bercuti ke Langkawi bersama-sama seperti yang dihebohkan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Laporan portal itu mendakwa, Safee, 28, dan Julia Hana, 35, dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.
Julia Hana sebelum ini dikenali kerana pembabitannya dalam filem Remp-It yang terbit pada 2006 selain dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan A to Z, Jeff.
Safee yang berasal dari Kajang, sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabrina Yusof dan bercerai talak satu April lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua  anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina, empat tahun dan Nur Syasya Sofirna, 2 yang kini dibawah jagaan bekas isterinya itu.
BN cabar PR bentang ‘blue print’ pendidikan
MOHD RIDHUAN ABU HASSAN
5 Oktober 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi
$entry.content.caption.value
MARAN – Barisan Nasional (BN) mencabar Pakatan Rakyat (PR) membentangkan ‘blue print’ pendidikan dalam belanjawan mereka bagi menjelaskan pendirian dan keutamaan perikatan itu dalam mempertingkatkan sistem pendidikan negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, PR perlu buktikan dakwaan bahawa belanjawan mereka lebih hebat daripada Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu.
Menurutnya, belanjawan PR yang dibaca melalui laman web mereka hanya menawarkan pemberian RM500 kepada guru secara ‘one off’, sebaliknya kerajaan memberi bonus sebulan setengah gaji dalam Bajet 2013.
“Saya baca berulang-ulang belanjawan mereka, namun tiada apa yang meyakinkan untuk mempertingkatan sistem pendidikan negara sedangkan adalah pokok kepada mana-mana belanjawan.
“Belanjawan mereka sangat pincang, maka kita cabar mereka  bentangkan ‘blue print’ pendidikan yang ingin ditawarkan.
“Kita nak tahu sikap pemimpin mereka terutama DAP yang sering membangkitkan isu sekolah jenis kebangsaan Cina di Parlimen seolah-olah kerajaan memikirkan sekolah berkenaan," katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar anak yatim dalam di bahagian Parlimen Maran di sini.
Puad berkata, menurut artikel dalam sebuah akhbar tempatan berkenaan dengan Kabinet bayangan, beliau terkejut apabila mendapati bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disebut-sebut bakal menjadi Menteri Pelajaran.
Menurutnya, Nizar bukan seorang pemimpin yang lantang bersuara malah jauh sekali dalam membangkitkan isu mengenai pendidikan.

"Di Pulau Pinang pula, kita kesal apabila tanah yang dirizabkan untuk pendidikan digunakan untuk pembangunan lain,"katanya.

Sementara itu, Puad berkata, kementerian sedia mengkaji cadangan agar guru sekolah diserap menjadi sukarelawan polis bagi mencegah jenayah di kawasan sekolah.

Menurutnya, kementerian menyambut baik sebarang cadangan untuk menambahbaik usaha ke arah mengurangkan masalah disiplin pelajar.

"Ini termasuk mempertingkatkan tahap keselamatan kerana pernah berlaku kes penculikan membabitkan pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah.

"Kementerian akan membuat kajian mengenai cadangan ini supaya tidak memberi bebanan tambahan kerja kepada guru.

"Apa yang penting, guru perlu diberi taklimat pencegahan jenayah dengan kerjasama pihak berkaitan,"katanya.
Hadir sama, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Baharom Samad, Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah daerah, Fatimah Kassim dan Pengerusi Majlis Guru Besar daerah, Mat Isa Abd Rashid.
Bank Negara Malaysia serbu 3 syarikat disyaki ambil deposit haram

5 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Serbuan bersama telah dijalankan hari ini ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd oleh Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  
Bank pusat itu berkata ketiga-tiga perniagaan itu disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah dan melantik ejen tanpa lesen.
  
"Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dengan agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatannya menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa," kata Bank Negara dalam satu kenyataan.
  
"Agensi penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang ramai," tambahnya. - Bernama
160 spesies baru ditemui di Gunung Kinabalu
Wartawan Sinar Harian
5 Oktober 2012
Katak tanduk
Katak tanduk juga ditemui pasukan penyelidik di kawasan Gunung Kinabalu. - Foto ihsan Naturalis Biodiversity Center
Rama-rama Atlas
Rama-rama Atlas dipercayai paling terbesar di dunia. - Foto ihsan Naturalis Biodiversity Center
KOTA KINABALU - Penyelidik Malaysia dan Belanda menemui kira-kira 160 spesies baru di kawasan pergunungan Borneo baru-baru ini – penemuan yang menakjubkan dunia sains.
Dalam penemuan itu, kulat dan labah-labah menguasai spesies baru di Gunung Kinabalu manakala kumbang dan siput juga termasuk dalam senarai haiwan serta paku-pakis pada senarai tumbuhan.
József Geml, salah seorang penyelidik berkata, katak juga mungkin boleh dibuktikan sebagai spesies baru.
"Walaupun kerja-kerja saintifik terperinci yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun, pasukan kami sudah tahu bahawa banyak spesies ini adalah baru kepada sains," katanya dalam satu kenyataan dipetik CNN.
Dalam pada itu, kajian tersebut telah dijalankan oleh Sabah Parks dan Pusat Biodiversiti Naturalis Belanda.
Para penyelidik telah mengutip sampel DNA dan memastikan sama ada spesies tersebut merupakan spesies baru ataupun sudah lama berada di puncak tertinggi di Malaysia itu.
Sementara itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, terdapat kira-kira 3,500 sampel DNA telah diambil daripada 1,400 spesies.
Penyelidik turut merancang untuk menerbitkan evolusi bergerak di Borneo pada pertengahan tahun depan.

Tiada ulasan: