RM10 juta ditaja kahwin anak Ketua Menteri Melaka. Posted on Wednesday, October 03 @ 16:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: mohdnoorawang
"Jamuan dan Persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam mencecah RM10 juta hingga RM13 juta. Jamuan dan segala bentuk makanan termasuk nasi minyak /nasi beriani untuk tetamu seramai 180,000 orang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).
Lima puluh ribu (50,000) tin muniman air kacip Fatimah diberi hadiah kepada tetamu yang hadir. Difahamkan air kacip Fatimah dibekal oleh Syarikat Orang Kampung Sdn. Bhd. Cenderamata yang diberi kepada tetamu yang hadir dibekalkan oleh Mamee Sdn. Bhd.
Dikatakan makan untuk pengantin dan tetamu khas bernilai RM600,000. Dan disediakan oleh tiga puluh orang (30) tukang masak atau Chef's. Kehadiran tetamu seramai 180,000 orang telah direkod dalam "Malaysia Book Of Record dan yang yang paling jahat sekali Datuk Seri Mohd Ali Rustam berbangga kerana perkahwinan anaknya serta kehadiran tetamu dimasukkan dalam buku tersebut.
Mengikut Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfus Omar segala perbelanjaan perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rusatam ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan segala angensi kerajaan negeri dan tempatan.
Satu soalan cupu emas!. Boleh atau tidak pehak kerajaan negeri dan pehak perbadanan milik kerajaan menaja sepenuhnya kenduri kahwin anak Ketua Menteri tersebut?.
Soalan cupu emas kedua!. Nak tanya kepada pegawai disemua peringkat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adakh itu dinakam slahguna kusa atau mungkin ada ciri ciri rasuah?.....Kalau ada kenapa tidak siasat untuk mencari kebenaran salah atau sebaliknya?....
Betulah rasuah dalam UMNO dan Barisan Nasional berada ditahad yang barah peringkat keempat. Dan hidup pemimpin UMNO bermula dari perdana menteri dan seluruh pemimpin UMNO/BN kaki rasuah tegar.
Akhirnya rakyat ingin penjelesan dari Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan pehak berwajib terutama SPRM betulke perkahwinan, persandingan, makanan dan segala bentuk ditaja?...."
Kepulauan Sulu Menagih Kasih Sayang Posted on Wednesday, October 03 @ 14:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: bobmaslan
"Pernah suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari keturunan Rasulullah saw juga WALI SONGO tanah JAWA telah sampai ke kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya...
....Bahkan mereka di tanam dengan ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka hidup aman damai dengan kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama SULU DARUL ISLAM
Kini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik, rumah yang usang beratapkan rumbia berlantaikan bulu, tiada pendidikan yang sempurna, jauh dari pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa kewarganegaraan, tersisih dan berserakan. Kehidupan yang sentiasa berlapar serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek kesan peperangan yang panjang.
Harum membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara ini . Mengongsi rasa ummat Nabi saw demi sebuah rahsia cinta. Kita memfokuskan dengan menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih-sayang yang lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.
Kepulauan Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah arab yang dikatakan dari keturunan Rasulullah saw. Mereka inilah yang telah mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat mengormati Ulama' . Kita membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan persaudaraan dalam Islam.
Dengan semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada ummat baginda Nabi SAW ----Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) tampil mengambil inisiatif merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian dan wang kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat cuma memenatkan ,dan kami melihat sendiri kedamaian SULU dan kemeleratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.
Berikut dilampirkan suasana sebenar rakyat SULU yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan dunia;
Kehidupan kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan, pendidikan, dan usaha mengembalikan zaman kanak-kanak mereka yang gembira.
Kawasan Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan, di jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang
Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; redup matanya menceritakan 1001 kisah duka masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama.
Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.
Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.
Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.
Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah
Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.
Si Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu. Air mata kerinduan bergenang di kelopak mata si ibu menceritakan rasa kerinduan kepada anak tercinta, mengenangkan kudrat semakin lemah, beliau berdoa berharap agar dapat menatap wajah dan melepaskan kerinduan kepada anak yang disayangi . Kesan peperangan yang panjang menyebabkan ramai ahli keluarga terpisah-pisah.
Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu.
Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif dan berlubang-lubang dan kayu yang mula mereput.
Sekolah saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian, namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah mendapat gaji yang setimpal.
Dua gambar diatas ini menunjukkan bagaimana daifnya sekolah umat ISLAM di SULU, Berbaju pink adalah pengetua sekolah berkenaan . Menurut beliau bantuan untuk sekolah telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.
Anak kecil yang tidak bersalah; mereka menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan manusia. Kebanyakan rumah masyarakat di SULU hanya berdinding kan buluh, beratapkan jeramai, dikatakan hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini
Masjid ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk menampung kos pembinaannya bagi kegunaan Umat Islam disana. Perhatikan lumut-lumut yang terbentuk pada dinding masjid ini.Betapa sukar sekalipun kerana cintakan ISLAM mereka terus berusaha dan yakin dengan bantuan ALLAH ; itulah semangat Rakyat Kepulauan Sulau yang kuat tauhidnya kepada ALLAH swt
Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu
Kepulauan SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.
Ahli keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negetif oleh media antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya menggamit isi hati kami.
Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga
Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG mewakili Rakyat Malaysia diraikan dengan penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka
Beginilah keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU, tiada bilik..inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman tanah Melayu era 40-an
Seorang anak muda SULU terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana.
Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas
Gambar anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.
Pengangkutan utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU.
Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu digembirakan . Masyarakat Sulu mempunyai wajah orang Melayu.--Wajah Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan Kepada Allah.
Persis stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM SULU.
Pemandangan Indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari beratus-ratus gugusan pulau di Kepulauan Sulu
Kepulauan Sulu mempunyai "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya
Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU,
layari: http://www.harum2012.blogspot.com ---mari bersama-sama membantu mereka yang memerlukan, hulurkan seteguk bahasa kasih sayang buat umat Islam SULU."
Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu Posted on Wednesday, October 03 @ 03:18:31 UTC Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever |
Sumber HarakahDaily
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga keputusan Mahkamah Rayuan yang ditolak sebelum ini.
Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.
Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.
Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.
Tinjauan Harakahdaily mendapati hampir 800 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah menunggu keputusan.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.
Penampilan Pertama Kali Atas Pentas PAS Di Kedah Posted on Wednesday, October 03 @ 00:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Oleh: khairul31
"
Sila klik untuk besarkan imej"
Bajet 2013, BR1M 2.0, siswa dianak tirikan? Posted on Tuesday, October 02 @ 23:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Oleh: amkns
"Apakah mereka yang bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan menjadi pelajar separuh masa di IPT juga tidak layak menerima BR1M 2.0?
Sedangkan mereka juga adalah pekerja yang menyumbang kepada pembangunan negara dan juga pengajian tinggi negara?
Siswa tidak termasuk kategori penerima BR1M 2.0
1 Okt. 2012 - Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.
"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - BERNAMA
Sumber: utusan.com.my"
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pengkianat Negara. Posted on Tuesday, October 02 @ 22:11:11 UTC Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Oleh: mohdnoorawang
"Isu memberi dan mengeluarkan kad pengenalan atau mykad kepada orang asing atau pendatang asing telah menjajdi barah yang sukar diubati. Bukti yang nyata dan jelas kerajaan Barisan Nasional (BN/UMNO) terlibat secara lansung dan tidak langsung sebagai dalang dan watak utama dalam siu memberi dan mengeluarkan kad pengenalan Malaysia atau mykad kepada orang asing.
Barisan Nasional dan UMNO serta pemimpinnya menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai kuda lembu sebagai kenderaannya. Dengan kata lain Jabatan Pendaftran Negara dijadikan dalang dan kilang tempat mengeluarkan kad pengenalan atau mykad kepada orang asing.
Tujuan utama ialah untuk didafatr secara terang dan tidak tidak ada bantahan kerana pemilik (orang asing) yang ada kad pengenalan atau mykad tersenarai dalam daftar pengundi dalam rekod Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Inilah kerja jahat dan pengkianat negara yang didalangi oleh pemmpin BN dan UMNO bermula dari era Tun Mahathir berkuasa selama 22 tahun.
Kerja jahat yang dilaksanakan oleh UMNO dan BN hanya untuk mencari kemenangan kerusi dun dan kerusi parlimen. Bukti yang paling relevan ialah daftar mengundi diseluruh Sabah. Hampir 500 ribu penduduk asing di Sabah memiliki atau mendapat kad pengenalan Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia yang sah. Kesemuanya berada dalan daftar SPR .
Tidak terkecuali di Semenanjung Malaysia puluhan ribu mendapat dan memperolehi kad pengenalan atau mykad dan namanya terdapat dalam daftar SPR. Yang mendukacita dan amat malang pehak BN/UMNO pehak yang menjadi dalang utama dalam kerja jahat dan cukup tidak berhati perut.
Pehak NGO dan badan badan yang lain tidak membantah kerja-kerja jahat yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO/BN. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah dipergunakan secara "BRUTAL" UNTUK MERAIH UNDI DAN MENDAPAT KEMENANGAN DENGAN SANGGUP MENGADAI MARUAH BANGSA DAN NEGARA.
Selagi BN/UMNO berkuasa selagi itu kerja jahat dan memberi kad pengenalan atau warga Malaysia kepada warga asing dilakukan. Terserahkanlah kepada rakyat Malaysia membuat perhitungan dalam PRU13. Jika mahu perompak dan lanun memerintah dengan cara syaiatan yang dikenaliyang bernama BN/UMNO?."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan