Saya benar-benar tidak percaya apabila membaca laporan berita yang memetik Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai berkata, "kerajaan mengalih tumpuan kepada menguruskan persepsi umum dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kebimbangan rakyat."

Saya terpaksa menonton laporan berita di televisyen supaya dapat mengesahkan dengan telinga saya apabila beliau sendiri mengatakan:

"Isunya sekarang bukan indeks. Itu kita cukup yakin. Isunya bukan dari segi sasaran jenayah jalanan tetapi goal post telah berubah kerana tuntutan semasa.

"Ini semua akan dibincangkan dan diumumkan dalam fasa kedua NKRA kita," jelas Hishamuddin pada sidang media selepas menutup mesyuarat khas di Maktab Polis Diraja Malaysia.

Selepas kontroversi berkaitan isu "jenayah indeks" dan "jenayah bukan indeks" yang jelas menunjukkan statistik jenayah dimanipulasi dengan cara mengklasifikasikan semula kejadian jenayah kepada "jenayah bukan indeks" (yang tidak disiarkan) bertujuan menampakkan penurunan "jenayah indeks".

Hanyalah melalui respons polis kepada tuduhan seorang pembocor maklumat, barulah kita mengetahui, di saat "jenayah indeks" menurun sebanyak 24.7 peratus daripada 2007 sehingga 2011, pencapaian yang "harus dipuji", "jenayah bukan indeks" pula meningkat sebanyak 68.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Manipulasi statistik

Angka-angka itu memberikan bukti jelas terhadap manipulasi statistik oleh pihak berkuasa untuk mencerminkan pencapaian yang lebih baik berbanding realiti dihadapi rakyat di luar sana.

Dengan itu, tidak salah dakwaan menteri dalam negeri bahawa "isunya bukanlah indeks". Sudah tentulah bukan isu kerana ia dimanipulasi untuk menampakkan peningkatan pencapaian keselamatan.

Isunya berkaitan jenayah "bukan indeks" yang telah dimanipulasi dan dikaburkan hingga menyembunyikan keadaan sebenar.

Jika jenayah bukan lagi isu yang rakyat Malaysia perlu bimbangkan, sudah tentu kedua-dua "jenayah indeks" dan "jenayah bukan indeks", sama-sama turun kadarnya pada tempoh yang sama.

Yang mengejutkan dan sukar dipercayai apabila menteri dalam negeri memperuntukkan RM272 juta khusus untuk memperbaiki "indeks persepsi jenayah" bawah NKRA.

Saya akui saya betul-betul tidak tahu bagaimana mahu memahamkan menteri dalam negeri bahawa sekiranya indeks jenayah bertambah baik dan risiko jenayah menurun, persepsi terhadap jenayah tentulah secara automatik bertambah baik!

Persepsi hanya simtom

Persepsi tentang risiko jenayah datang daripada kejadian sebenar dan kemungkinan besar pengalaman menjadi mangsa jenayah.

Tidak kira berapa banyak duit yang ditaburkan kerajaan untuk memperbaiki "persepsi" jenayah baik melalui iklan atau strategi pemasaran oleh perunding persepsi atau melalui cubaan brainwash, hasilnya tidak akan berubah melainkan jenayah sebenar menurun, bukannya statistik yang dimanipulasi.

Jenayah dan keselamatan perkara yang sangat penting buat rakyat Malaysia dan rakyat berhak memperoleh pembuat dasar yang lebih baik untuk memastikan kadar jenayah benar-benar turun.

Seorang doktor tidak akan menyembuhkan kanser dengan memberikan ubat tahan sakit tetapi bertindak terus ke atas sel tersebut.

Hishamuddin sepatutnya menumpukan usaha kementeriannya terhadap pencegahan jenayah dan bukannya persepsi rakyat yang hanya merupakan simtom.

TONY PUA setiausaha publisiti DAP dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
'Rakyat palsu' dalam daftar pemilih Johor
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 11:40AM Okt 3 2012
 
Seorang warga Filipina, yang dilapor dipenjara kerana memiliki kad pengenalan palsu pada 2010, dikesan dalam daftar pemilih negeri Johor.

Pemblog pro-Pakatan Rakyat yang menggunakan nama "Milosuam" berkata, beliau menemui laporan Daily Express yang berpangkalan di Sabah bertarikh 21 September 2010 yang disalin dan disimpan dalam arkib Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NONELaporan itu, yang turut dilaporkan dalam edisi bahasa Melayu akhbar itu Harian Ekspres, disiarkan dengan tajuk "Fake MyKad: Filipino jailed" (MyKad palsu, rakyat Filipinan ditangkap).

Ia juga menyebut, majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki 43 tahun itu pada 20 September 2010.

"Samsul Salleh, dari Kg Likas dekat sini, mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen bernombor siri 670110-12-5035 dengan namanya sendiri," laporan itu dipetik.

Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi dengan nama sama - Samsul Salleh - layak mengundi di Permas, bawah parlimen Pasir Gudang di Johor.