Khamis, 4 Oktober 2012

DIAKHIRAT TIADA SAPE ADA KEKEBALAN...TUNGGU SAJA...PERSALAH2 DUNIA TAK LEPAS WALAUPUN SATU ZARAH

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka
  • Aidila Razak
  • 6:57PM Okt 3 2012
 
Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

NONEMahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.
Tinjauan: 100,000 di majlis kahwin tanda sokongan
  • Elissa Helmy
  • 8:16AM Okt 3 2012
 
Beberapa individu yang ditemui wartawan Malaysiakini mempertahankan penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.

NONEWalaupun ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis sebesar itu diadakan, individu-individu itu, ketika ditemui di Bandar Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba dibangkitkan itu bermotifkan politik.

Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman (kiri), 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu.

"Majlis berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah rakyat.

"Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak besar sedikit," kata surirumah tersebut.

Neo: Menunjuk-nunjuk


Seorang lagi individu, Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit.

"Beliau seorang pemimpin dan jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa terdekat ini.

NONE"Bagi saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya (kanan) yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Namun berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan.

"Saya melihat sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik.

"Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu.

'Elok salur untuk rumah PPRT'
Seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar.

Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

NONE"Wang sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat termiskin (PPRT).

"Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak berturap," dakwanya.

Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.

Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan
KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'
Tukar MB bukan pandangan Pakatan, kata Khalid
  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:01PM Okt 3 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kemungkinan beliau dipindahkan ke pentadbiran persekutuan bukan pendirian yang dibuat Pakatan Rakyat."Keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan (jadi MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu.

"Jadi kebiasaannya komen-komen ini, bukanlah komen daripada Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan," kata Khalid.

NONEBeliau mengulas kenyataan Azmin yang dilaporkan menimbulkan kemungkinan bahawa Khalid akan ditukar sekiranya Pakatan menang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid bagaimanapun melihat kenyataan Azmin itu dari sudut yang positif.

Dengan berjenaka, beliau berkata perkara itu juga menunjukkan beliau bukan sahaja dilihat mampu berkhidmat di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan.
'Bukan pelaksanaan exco'
"Ini bukan sebahagian daripada pelaksanaan exco... Saya fikir, saya baca kenyataan itu daripada pandangan yang positif.

"Nampaknya saya pun boleh bekerja di kerajaan persekutuan. Dan saya pun boleh bekerja di kerajaan negeri. Saya tengok secara positif," kata Khalid sambil ketawa kecil.
Azmin juga lewat petang ini meminta semua pihak, termasuk media tidak melaga-lagakannya dengan Khalid berhubung dakwaan berkenaan.NONEMP Gombak itu berkata, pandangannya mengenai "peranan" Khalid di peringkat pusat disalah lapor oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Sementara itu, Khalid juga berkata beliau akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan setiausaha kerajaan negeri berhubung isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Roslan Sakiman.
"Buat masa ini, ia kekal status quo sehingga pada satu masa, perbincangan selesai diadakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha kerajaan negeri dan saya sendiri," katanya.
Menurutnya, beliau juga telah menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bagi membincangkan keputusan JPA berhubung cadangan perlantikan tersebut.

"Jadi saya pasti akan menyelesaikan (perkara ini) dengan pihak yang bertanggungjawab sehingga kami menghasilkan satu keputusan," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) berhubung sebidang tanah milik yayasan itu.
Katanya, kerajaan negeri menerima keputusan mahkamah yang membatalkan keputusan merampas dan menolak bayaran cukai ke atas tanah milik PYBK, dan akan merayu jika perlu.
"Tetapi keputusan mahkamah itu untuk satu bidang tanah sahaja tetapi tanah yang mereka tidak membayar premium, tidak akan dipersoalkan dalam pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri," katanya.

Mungkin tukar MB: PAS kesal dengan Azmin
Azmin: Jangan lagakan saya dengan MB
  • Jimadie Shah Othman
  • 7:00PM Okt 3 2012
 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini meminta semua pihak, termasuk media tidak melaga-lagakannya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung dakwaan menteri besar itu akan ditukar.

Merujuk laporan Sinar Harian hari ini, Azmin mendakwa laporan yang memetik pandangannya tentang "peranan" Khalid di peringkat pusat disalah lapor oleh akhbar harian itu.

NONE"Saya faham Sinar Harian mungkin ada kepentingan tertentu. Tetapi jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya selama ini patuh pada keputusan parti dan mendokong pentadbiran beliau," katanya ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang kepada media itu.

Memetik Azmin (lihat gambar), Sinar hari ini melaporkan, Khalid mungkin dipindahkan ke pusat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Laporan itu menyebabkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil menegur kenyataan itu yang menurutnya bersifat peribadi dan boleh mengelirukan orang ramai.

Manakala Khalid pula petang ini berkata, ia "bukanlah komen daripada Pakatan sebagai satu kumpulan".

Menjelaskan kenyataannya sebelum ini, Azmin berkata, beliau hanya menyebut peranan Khalid sebagai tokoh korporat untuk melaksanakan dasar-dasar dalam Buku Jingga.

"Saya tak sentuh langsung soal lantikan atau rombakan (kepimpinan)," katanya sambil mendakwa laporan yang dirujuk itu menyimpang dari topik perbincangan. 
NGO anti-Pakatan kata Azmin 'layak' jadi MB
'Syarikat berkaitan Umno juga disiasat jika ada aduan'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:15PM Okt 3 2012
 
Bukan hanya syarikat Suaram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings yang ditimbulkan DAP semalam.

NONE"Kita baru tahu dan kita akan siasat. Kita akan siasat jika menerima aduan.

"Kita tak pilih sesiapa (untuk jalankan siasatan)," katanya pada sidang media selepas menyerahkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Petaling Jaya hari ini.
Beliau mengulas dakwaan anggota Parlimen DAP Tony Pua bahawa NADI - rakan kongsi syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways - tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 2007.
Pua mendakwa syarikat YGP Holdings Sdn Bhd juga tidak memfailkan akaun audit sejak 31 Disember 2006.

Beliau mendakwa anggota Parlimen BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Abdul Rahman Dahlan pengarah syarikat itu, manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemegang sahamnya.

Sementara itu, Ismail turut mengulas mengenai siasatan ke atas entiti perniagaan Suaram, Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwanya tiada kaitan dengan NGO tersebut.

'Apa istimewanya Suaram?
Katanya, agensi bawah kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang berdaftar bawah pendaftar pertubuhan syarikat (ROS).

Tegasnya, tiada syarikat yang mendapat pengecualian daripada disiasat sekiranya pihaknya mendapat aduan.

azlan"Saya tak nak orang anggap tindakan pada Suara Inisiatif ini ada kaitan dengan Suaram. Kita bertindak sebab ada aduan.

"Apa istimewanya Suara Inisiatif ini sehingga tiada siapa boleh sentuh dia? Kalau kita tak siasat bila ada aduan, orang akan kata kita pilih kasih," kata Ismail lagi.

Menurut Ismail, bawah kementeriannya, purata sebanyak 200 buah syarikat setahun disiasat dan diambil tindakan.

"Kalau saya ambil tindakan dekat 200 syarikat dan dekat dia tak ambil tindakan, itu orang akan kata pilih kasih.

"Ini negara kita. Kerajaan ada hak untuk memelihara negara," katanya lagi.
Sidang khas DUN untuk bentang kertas putih Talam
  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:59PM Okt 3 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memohon perkenan Sultan Selangor ke atas cadangan untuk membentangkan kaedah kutipan hutang daripada Talam Corporation dalam satu sidang khas DUN.Katanya, kerajaan juga memohon perkenan baginda untuk membentangkan hasil pelaksanaan kempen "Selangorku Bersih" dan isu penyusunan semula industri perkhidmatan air dalam sidang khas itu.

NONEKhalid berkata Sultan Selangor bagaimanapun masih belum memberi kata putus ke atas cadangan yang dikemukakan dalam satu pertemuan pagi ini.

Sekiranya hasrat tersebut mendapat perkenan Tuanku Sultan, beliau menjangkakan sidang khas ini akan diadakan pada dua hingga tiga minggu akan datang, katanya.
"Sidang khas berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri membentangkan ketiga-tiga isu secara lebih terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat tentang isu ini dengan jelas dan tepat," katanya.

Menurutnya kertas putih berhubung kaedah terperinci kerajaan negeri mengutip hutang Talam berjumlah RM392 juta telah disiapkan dan mesyuarat kerajaan negeri telah meluluskannya.

Katanya, kertas putih tersebut akan diserahkan kepada pejabat DUN pada Isnin depan.
'Bentang semua surat'Dalam sidang khas itu, kerajaan negeri akan membentangkan semua surat menyurat antara kerajaan negeri dan persekutuan berhubung langkah penyusunan semula industri air yang dijalankan.

Dokumen sejak tahun 2008 itu akan dibentangkan sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam melaksanakan penyusunan semula itu.
Dalam pembentangan berhubung kempen Selangorku Bersih pula, kerajaan mengeri akan membangkitkan mengenai sejumlah 110,000 nama pengundi yang didakwanya diragui dan gagal dikesan sehingga kini.
"Nama-nama ini didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita akan bentangkan dalam sidang khas ini usaha yang dilakukan untuk mengenal pasti nama yang meragukan ini dengan penglibatan secara langsung ketua komuniti kawasan berkenaan," katanya.

Khalid juga menggesa ADUN kerajaan dan pembangkang memberi cadangan untuk mengatasi masalah itu.
'SPRM buka 6 kertas siasatan ke atas ketua negeri'
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:21PM Okt 3 2012
 
Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.
NONENamun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, katanya tanpa menamakan individu tersebut.
MP Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan tersebut antaranya menyebabkan mahkamah tidak menerima kes pengakuan berkaitan rasuah tanpa bukti sokongan, seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.

MP PAS itu berkata, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009."Kes rasuah ini, berlaku satu sama satu. Kita tak ada beri rasuah di tengah jalan atau diiklankan. Tetapi kelemahan undang-undang (seksyen) 23 dan 50 ialah mahkamah tidak menerima kes pengakuan tidak seperti Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura. 

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini
"...sebab itu dalam kes rasuah ia memerlukan pengesahan (corroboration), tidak boleh mengaku sahaja... Sebab itu, kita mahu (peruntukan itu) dilihat semula," kata naib presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di banguna Parlimen hari ini.

SPRM pada tahun lalu mengakui sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pada Mei lalu, suruhanjaya itu menyatakan bahawa siasatan berhubung dakwaan rasuah itu masih belum diselesaikan.
Guan Eng: Kedai 1M'sia juga jual emas permata?
4:02PM Okt 3 2012  
DAP mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk tambahan 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak kerana nilainya terlalu tinggi selain boleh menyebabkan peruncit tempatan gulung tikar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, peruntukan yang secara puratanya RM6.7 juta itu 15 kali ganda lebih tinggi daripada di semenanjung yang hanya RM470,000 kos sebuah kedai.

Pakatan dinner Lim Guan Eng"Bolehkah BN menjustifikasikan perbelanjaan RM6.7 juta hanya untuk menubuhkan sebuah kedai KR1M yang menjual barangan keperluan asas seperti gula, beras dan garam?

"Atau kedai-kedai KR1M juga menjual barang-barang mewah seperti beg tangan berjenama, emas dan permata berlian?" soalnya sinis.

Lim berkata (atas), Najib sebelum ini mengumumkan pembinaan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia dengan peruntukkan berjumlah RM40 juta.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, peruntukan itu mungkin akan memberi manfaat kepada syarikat Mydin yang memperoleh kontrak untuk mengendalikan kedai itu dan boleh memberikan kesan negatif kepada peruncit tempatan.

Dalam belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu, menteri kewangan berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM386 juta bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan seragam.

Ia akan dilakukan dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari semenanjung ke negeri itu, termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman.

Katanya, secara umumnya harga barangan keperluan di tempat itu lebih mahal berbanding semenanjung disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang lebih tinggi.
Tarif elektrik: Bajet praktikkan 'penipuan', dakwa DAP
3:34PM Okt 3 2012  
Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu jelas "mempraktikkan penipuan" apabila gagal mengumumkan peningkatan tarif elektrik, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung perkara itu mengejutkan kerana kerajaan yang bertanggungjawab patut mengumumkannya dalam belanjawan.

NONE"Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 September lalu?" Soal Lim (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, kegagalan itu jelas "penipuan terancang" dalam "rekod 3D" - defisit, hutang (debts) dan penipuan (deception) - kerajaan.

Ia bertentangan sama sekali dengan dasar 3S Pakatan Rakyat, iaitu surplus (lebihan), pengekalan (sustainable) pengurangan hutang dan tindakan tegas (stern) terhadap rasuah, kata anggota Parlimen Bagan itu.

Chin semalam dilaporkan berkata, penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walaupun tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau, lapor Sin Chew Daily.

Beliau juga dipetik harian itu sebagai mendedahkan, penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
BN P Pinang terima tawaran beli tanah di Taman Manggis RM22j
  • Bernama
  • 3:01PM Okt 3 2012
 
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman  Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah.
   
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.

"Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang  diberikan.

NONE"Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan  negeri di Komtar hari ini.
   
Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP  kepada pemaju untuk  membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.

Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.
   
"Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima," katanya.
   
Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang.

- Bernama


Tiada ulasan: