Sabtu, 6 Oktober 2012

PADA MASA BILA BELIAU POPULAR

Pengerang: Salahuddin akan surat kepada MB Johor

Abdul Aziz Mustafa, 06 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar surat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi memastikan perbincangan mengenai masalah penduduk Pengerang diadakan.

"Tidak kisahlah sama ada debat, perbincangan atau apa sahaja yang wajar asalkan dapat diselesaikan masalah penghapusan 10 kampung di Pengerang untuk projek Rapid (Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) itu," kata beliau.

Surat rasmi mengenai perkara tersebut akan dihantar dalam waktu yang segera dan terdekat kepada Menteri Besar Johor itu, kata beliau.

"Isu utama ialah mengapa hendak ambil alih tanah penduduk sedangkan ada tanah kerajaan yang boleh digunakan untuk projek tersebut," katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Salahuddin memberitahu, terdapat tanah kerajaan yang luas, yang lebih daripada 5,000 hektar daripada sempadan Sungai Kapas sehingga ke Desaru.

"Kenapa tidak dibuat di tanah yang seluas itu tetapi hendak ambil daripada 10 kampung itu?

"Itu isunya yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan supaya isu ini dapat dijawab dalam Dewan yang mulia ini supaya rakyat kampung tradisi ini tidak akan hilang daripada peta negeri Johor dan mereka tidak akan hilang kampung halaman mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin mengulangi penegasan bahawa pihaknya tidak menghalang pembangunan.

"Kita mahu pembangunan dan kita sudah dapat bukti ada satu tanah kerajaan yang luas...Rapid, Petronas hendak buat, buatlah untuk memajukan negeri Johor.

"Johor negeri besar, kita bukan negeri kecil...ada banyak tanah lagi. Akan tetapi kenapa 10 kampung ini hendak diusir," katanya.

Kahwin Mega: Inikah contoh wasatiyyah?

Mohd Azmi Abdul Hamid, 06 Okt 2012
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) timbul tandatanya jika perbelanjaan Ketua Menteri Melaka telah mampu memecahkan Malaysia Book of Record kerana berbelanja mewah untuk perkahwinan anaknya , adakah amalan itu  sesuai dengan Islam wassatiyyah yang dicanang oleh PM.
Isu yang dibangkitkan bukan soal politik atau mempolitikkan perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi adalah isu moral yang telah berbangkit.

Adakah wajar seorang pemimpin berbelanja besar untuk majlis peribadi yang amat ketara menunjukkan kemewahan.

KM Melaka itu boleh menafikan bahawa ia mewah. Akan tetapi bagi rakyat biasa yang bersusah payah mencari makan untuk keluarganya sudah tentu ia menjadi sangat besar dan menyebabkan persoalan tentang gaya hidup pemimpin Negara bukan lagi  menjadi contoh sebagaimana sepatutnya.

Soal ia cuba dipolitikkan tidak timbul kerana jika bukan musim pilihanraya sekalipun rakyat berhak untuk bertanya dari mana kekayaan pemimpin diperolehi.

Inilah yang membuat rakyat semakin muak dengan tabiat pemimpin yang tidak mengotakan apa yang dikata.

Disatu ketika mereka memperkatakan rakyat diutamakan , namun di satu ketika yang lain , mereka hidup mewah dengan mengenepikan rakyat terbanyak yang maseh bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari nafkah hidup.

Penafian KM Melaka bahawa isu ini penting dan sangat relevan menunjukkan keangkuhan beliau bahawa perpsepsi rakyat terhadap kemewahan hidup pemimpin tidak dipedulikan.

Kami berpendirian nampaknya pemimpin-pemimpin Negara tidak mengambil kisah terhadap perasaan rakyat. Sikap tidak mempedulikan perasaan rakyat akan menandakan kerajaan yang berkuasa tidak lagi mesra rakyat.

Sikap angkuh dan ranggi seperti inilah yang akan menjadikan rakyat muak dan benci dengan slogan pemerintah bahawa rakyat diutamakan.

Kami tidak mahu perkara ini dipolitikkan , akan tetapi kami juga tidak boleh membiarkan isu ini berlalu tanpa ditegur. Jelas rakyat sering diperdaya oleh pemimpin yang tidak mempunyai niat untuk merasai penderitaan rakyat. Walhasil rakyat akan terus diperkuda oleh pemimpin mereka sendiri.

Kami ingin menegaskan bahawa tindakan untuk memastikan SPRM menyiasat perbelanjaan perkahwinan tersebut adalah wajar agar isu ini diambil perhatian bersungguh oleh pihak berkuasa.

Rakyat pasti menunggu keputusan yang akan menjelaskan bagaimana pemimpin mempunyai kekayaan sedemikian rupa.

Untuk berdiam diri dan cuba memperkecilkan isu yang dibangkitkan ini akan merumuskan bahawa kerajaan yang sudah memerintah lebih 55 tahun di Negara ini bersekongkol dengan kemungkaran hanya kerana mahu terus berkuasa.

*Penulis adalah Presiden TERAS

Polis Israel serbu Masjid al-Aqsa

Aljazeera terjemahan Mohd Nor, 06 Okt 2012
Polis Israel telah memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa di Bandar Lama Jerusalem dan melemparkan bom bising untuk menyuraikan puluhan penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah mereka.

Serbuan Jumaat lalu berlangsung selepas beberapa hari pertempuran di masjid, ujar polis dan saksi. Beberapa saksi berkata polis juga telah menggunakan gas pemedih mata.

Tidak lama kemudian, Jordan mengkritik polis Israel, mengatakan bahawa dasar Israel bertujuan untuk "mencetuskan keganasan agama" di rantau ini.

"Jordan mengutuk serbuan di perkarangan masjid serta menyerang mereka yang tidak bersenjata," Samih Maayatah, Menteri Maklumat dan jurucakap kerajaan, berkata dalam satu kenyataan Jumaat lalu yang dikeluarkan oleh agensi berita yang dikendalikan keraajan, Petra.

"Dasar Israel terhadap tapak suci Islam dan Kristian di Jerusalem bertujuan untuk mencetuskan keganasan agama di rantau ini."

Beliau menuntut masyarakat antarabangsa untuk "menghentikan pencabulan seperti ini".

Dua orang telah tercedera dan seorang telah ditangkap kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld.

Pergelutan tercetus selepas suasana tegang beberapa hari di kawasan tersebut, yang disebut sebagai Haram al-Sharif oleh umat Islam dan Temple Mount oleh orang Yahudi.

Masjid tersebut adalah sebahagian dari tapak yang dihormati oleh orang Islam dan Yahudi, dan merupakan sumber pergeseran antara kumpulan agama ini.

Ketegangan tercetus minggu ini selepas polis menahan warga Palestin-Israel yang cuba untuk menunaikan solat di perkarangan masjid.

Rusuhan maut meletus di tapak yang sama selepas lawatan oleh pemimpin pembangkang Israel, Ariel Sharon pada permulaan kebangkitan Palestin pada tahun 2000.

Sejak perang tahun 1967 di mana Israel merampas Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis dari Jordan, Jordan terus bertindak sebagai penjaga tapak suci Islam di Jerusalem.

Pada tahun 1994, Jordan menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti

Mohd Sabri Said, 06 Okt 2012
PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.


Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Ayu Raudhah diuji supaya tanggalkan tudung

http://greenboc.blogspot.com, 06 Okt 2012
Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.

Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.

“Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.

“Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah,” katanya.

Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.

Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.

“Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.

“Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.

“Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah ‘bad hair day’ seperti yang dilalui sebelum bertudung,” selorohnya. – Informasi

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
'Ujian trio' dakwaan rasuah VVIP untuk Najib
  • Lim Kit Siang
  • 3:10PM Okt 6 2012
 
ULASAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Akademi Antirasuah Antarabangsa di Vienna.

Tetapi itu semua tidak dapat menyelamatkannya atau menutup betapa kurang wibawanya ucapan beliau untuk membanteras rasuah sewaktu perasmian Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Keenam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Pastinya perasmian persidangan antirasuah antarabangsa semalam merupakan majlis yang paling tidak selesa buat Najib semenjak menjadi perdana menteri 42 bulan lalu.

Beliau terpaksa menyampaikan ucapan berkenaan topik yang beliau sendiri tidak yakini dan mengetahui ia akan disambut dengan cabikan dan ejekan, sudah tentu secara sopan dan oleh delegasi Persidangan IAACA tetapi dipersendakan di luar dewan Persidangan IAACA di KLCC.

Sudah tentulah Najib tidak begitu naïf untuk menyedari apabila beliau menyeru untuk melihat gambaran menyeluruh rasuah dan menyatakan usaha membanteras rasuah mestilah melangkaui batas politik dan penjawat awam semata.

Ia akan dilihat sebagai alasan untuk menjustifikasikan kegagalan pentadbirannya, Program Transformasi Kerajaan dan NKRA dalam membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.

Tambahan lagi, apabila Najib mengatakan negara perlu menanamkan kebencian terhadap rasuah kepada masyarakat, beliau hanya mengundang soalan sama ada beliau dapat menunjukkan satu anggota kabinetnya yang dikenali rakyat Malaysia terkenal membenci rasuah?

Kesan di peringkat antarabangsa

Jika beliau tidak dapat menamakan satu pun anggota kabinet, bagaimana dengan diri beliau? Adakah beliau mempunyai kualiti seorang pemimpin yang benci rasuah?

Sekiranya Najib benar-benar bencikan rasuah, beliau tidak akan memusnahkan kewibawaan, integriti, profesionalisme dan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu apabila cuba menggugurkan dakwaan yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan berbilion dengan membuat satu respon umum:

"Terdapat bermacam-macam dakwaan, jangan kita layan".

Seorang perdana menteri yang benci terhadap rasuah tidak akan mengungkapkan "Jangan kita layan" tetapi akan menuntut dan memastikan badan pencegahan rasuah melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan-dakwaan menggemparkan.

Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai AS$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja didakwa bernilai AS$15 bilion (RM46 bilion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok, seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Malah, perdana menteri yang membenci rasuah akan mempertimbangkan dengan serius penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ini kerana laporan BMF telah memberikan kesan lebih besar di peringkat antarabangsa berbanding di Malaysia - dengan keluarnya laporan tersebut di Brussels serentak lawatan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok ke Suruhanjaya Eropah bulan lepas.

Negeri terkaya jadi termiskin

Laporan BMF itu merupakan laporan yang pertama menggambarkan dengan terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion, terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia - semuanya dibina melalui kawalan hampir menyeluruh politik dan ekonomi Sarawak.

Dan ia telah menjadikan Sarawak daripada negeri terkaya Malaysia kepada negeri termiskin dalam tempoh tiga dekad.

Seperti yang telah saya sebutkan di dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2013 semalam, ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail - yang mana dakwaan-dakwaan serius rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum - adalah "ujian trio" sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras "rasuah besar" oleh para VVIP.

Semalam, saya telah meminta perdana menteri mengemaskini untuk Parlimen dan negara tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan-laporan polis yang dibuat ke atas "trio" tersebut berkaitan rasuah - terutamanya berhubung buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah.

Adakah Najib akan menunjukkan kebencian beliau terhadap rasuah dengan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan berkenaan "ujian trio" dalam membanteras dakwaan rasuah besar - Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail - dan menghantar kemaskini tentang siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio itu?


LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP dan ahli Parlimen Ipoh Timor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Rekod kenduri kahwin terbesar kekal
  • Koh Jun Lin
  • 11:13AM Okt 6 2012
 
Walaupun dihurung kontroversi, rekod kehadiran teramai ke kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam akan tetap kekal dalam Malaysia Book of Records (MBR).

"Apa yang penting bagi MBR, kami tetapkan kaedah dan peraturannya dan mereka memenuhinya.

NONE"Berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), saya tidak boleh komen apa-apa," kata jurucakap MBR kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada siasatan itu akan menjejaskan rekod yang dicipta.

Menurutnya MBR lagi, penganjur berjaya membuktikan jumlah kehadiran tetamu, termasuk memberikan senarainya.

Perkahwinan anak sulung ketua menteri Mohd Ridhwan Ali dengan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali pada 30 September lalu dikatakan dihadiri seramai 130,000 tetamu, yang membolehkannya direkodkan dalam MBR.
Menjelang PRU, peruntukan mengalir ke Pulau Pinang
  • Nigel Aw
  • 11:30AM Okt 6 2012
 
Kerajaan Persekutuan menaikkan peruntukan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dalam ekonomi dan sektor lain ke peringkat tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 (FEE), sebanyak RM129 juta akan diberikan untuk projek 'Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang" bawah peruntukkan Jabatan Perdana Menteri untuk tahun depan.

NONEIa peningkatan 45.5 peratus daripada tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM82.5 juta dan hampir tiga kali ganda jika dibandingkan dengan 2011 ketika ia mula-mula diperkenalkan.

Projek eksklusif untuk Pulau Pinang itu diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan belanjawan untuk pertama kali pada 2010 dengan peruntukan awal RM45 juta untuk tahun 2011.

Peruntukan itu mengatakan program lain seperti Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPB), yang ditubuhkan pada tahun 1977.


azlan

Kantoi! Bekas wartawan Suara Keadilan ejen Umno?

http://jalanpulang1978.blogspot.com, 06 Okt 2012
Baca http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/10/kantoi-bekas-wartawan-suara-keadilan.html

Saturday, October 06, 2012

KANTOI! Bekas Wartawan Suara Keadilan Ejen Umno?

Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.

Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.

“Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
“Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
“Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?” kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.
--------

Untuk mengetahui siapa sebenarnya Dzulkarnain Taib ini dan mengapa dia dikatakan menjadi ejen Umno, ikuti tulisan seterusnya.
-------

Ekoran pendedahan oleh PASPB blog di sini semalam amat memeranjatkan ramai pihak. 

Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.

Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. 


Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Umno Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.

Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. 


Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.

Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? 


Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca 'posting' ini agar menyiasat perkara ini. 

Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Mayat bayi ditemui terapung dalam tangki air
6:38AM Okt 6 2012  
Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui terapung dalam takungan air di Taman Puncak Jalil semalam.
  
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata bayi malang itu dijumpai orang awam yang menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Serdang pada jam 5.30 petang.
  
"Mayat bayi yang sudah berulat dan dibalut dengan t-shirt berwarna merah itu dipercayai telah berada dalam takungan air tersebut selama empat atau lima hari," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Daerah Serdang di talian 03-8062 0485.
  
Dalam kejadian berasingan, Lembaga Tabung Haji memaklumkan satu kebakaran kecil berlaku di kabin menyimpan hadiah sumbangan syarikat korporat, untuk diagih kepada bakal haji, di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 11.30 pagi.
  
Menurut kenyataan LTH, siasatan awal bomba mendapati kejadian itu berpunca daripada litar pintas panel elektrik di kabin berkenaan.
  
Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, dan kejadian itu juga tidak menjejaskan operasi pelepasan bakal haji dari kompleks berkenaan.
  
- Bernama
Economist: Najib gagal adakan p'raya ketika popular
10:58AM Okt 6 2012  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mirip bekas perdana menteri Britain Gordon Brown yang gagal mengadakan pilihan raya ketika beliau secara relatifnya masih popular, kata majalah antarabangsa mingguan Economist.

Ini berlaku ketika usaha Najib menonjolkan dirinya sebagai pembawa perubahan progresif dengan imej pendahulu Brown - Tony Blair; hatta mengupah penasihat Blair.

gordon brown tony blair britain pm post 280607 transition"Bertahun-tahun Brown gelisah untuk menolak lawannya ke tepi. Apabila berjaya, Brown mensia-siakannya dengan gagal memanggil pilihan raya ketika beliau secara relatifnya beliau masih popular," kata akhbar yang berpangkalan di London itu.

"Bukan sahaja gagal mendapat mandat, Brown, tidak dipilih dan masih diragui, melihat kuasanya semakin tersudut apabila terpaksa mengadakan pilihan raya di penghujung penggal - yang mana dia kalah."

Dalam artikel itu, Economist berkata, Najib sekarang menghadapi keadaan sama dengan Brown selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 selepas BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen untuk pertama kalinya.
Taklimat peguam Perancis mungkin di S'pura
  • Christine Chan
  • 3:57PM Okt 6 2012
 
Peguam Perancis yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes urus niaga Scorpene mungkin akan memberikan taklimat kepada anggota Parlimen Malaysia di Singapura.

Rancangan awal untuk mengadakannya sesi dengan William Bourdon di Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar receives award in paris 2Katanya, ia ekoran kemungkinan kumpulan peguam dari negara itu - termasuk Bourdon yang pernah diusir pulang sebelum ini - tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Terdapat kemungkinan sesi di Singapura itu akan diadakan pada November, kata Anwar lagi kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ucap utama dalam seminar "Adakah Kebangkitan Arab berpotensi menjadi kebangkitan Umat Islam?" di Paris semalam.

Anwar semalam mengesahkan bahawa Bourdon dan peguam Joseph Breham bersetuju datang ke Malaysia untuk menjejaskan butiran terperinci siasatan di Paris kepada Dewan Rakyat.
Penan terus 'kepung' empangan Murum
  • Dukau Papau
  • 4:17PM Okt 6 2012
 
Masyarakat Penan terus berhimpun dan menghalang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, selaki gus memutuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit.

NONEHalangan baru di buat pada Khamis di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

"Sarawak Energy Berhad (SEB) sebelum ini menggunakan jalan itu sebagai alternatif ke tapak empangan untuk tiga hari lepas," kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.

Katanya, hadangan itu menyebabkan SEB dan syarikat lain berhenti menggunakan jalan utama untuk ke Murum dan tapak projek itu.

"Kerja-kerja penting pembinaan untuk empangan itu lumpuh sejak minggu lepas, manakala pemandu kenderaan sudah meninggalkan lori simen, trak dan lori treler mereka tersadai dengan bahan pembinaan dekat hadangan itu," katanya.



NONE

Tiada ulasan: