Selasa, 2 Oktober 2012

KERANA NAK KAYA CEPAT...CARA MUDAH ...RAMAI TERTIPU..DARI DULU...IAITU KES LABU PERAM...JIKA PERNIAGA ITU SAH...MENGUNTUNGAN...TENTU SUDAH LAMA PNB MELABUR...ITU FIKIR CARA BODOH AJE.

Syarikat beli, jual produk emas diserbu

  • Bernama
  • 5:44AM Okt 2 2012
Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya semalam oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang agensi-agensi
penguatkuasa berkenaan.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

"Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM.

Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu.
    
Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu.
  
Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas.
  
"Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama.
  
Sementara itu, jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
  
"Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya.

- Bernama

100 pembeli emas berang

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Lebih 100 perunding dan pembeli emas berhimpun di depan sebuah syarikat memperdagang emas di Kuchai Lama, di sini, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu premis itu, semalam.
Serbuan dijalankan mulai jam 2 petang dengan kerjasama polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas syarikat terbabit dipercayai menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram daripada lebih 50 ribu pelanggan.

Menurut jurucakap BNM, syarikat sama yang beroperasi sejak 2007 dan didaftarkan di bawah Sendirian Berhad, pernah didakwa kerana kesalahan sama pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat terbabit menukar nama pada tahun lalu dan meneruskan aktiviti perdagangan.

“Sehingga kini, BNM dan agensi berkenaan yang turut menjalankan serbuan sedang menyiasat mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, serbuan serentak turut dijalankan ke atas sebuah lagi syarikat pelaburan emas yang didaftarkan mengikut nama sama di Singapura dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat di Malaysia.
Dalam serbuan itu, BNM merampas dokumen urus niaga syarikat terbabit, komputer, emas dan wang tunai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (1) Bafia dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram.

Sehingga jam 10 malam tadi, tiga pejabat urusan syarikat terbabit dipenuhi ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguat kuasa melakukan serbuan menyebabkan sepasukan polis ditempatkan di lokasi serbuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Seorang perunding emas yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, 50, berkata, mereka dijangka memperoleh emas yang dibeli dua minggu lalu esok (hari ini).

“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.

“Ini menyebabkan urusan pengagihan imbuhan pembelian emas kepada pembeli di bawah perunding masing-masing akan tergendala,” katanya.

Sementara itu, BNM dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengadakan serbuan dengan kerjasama polis dan KPDNKK terhadap syarikat itu dan serbuan sama dijalankan terhadap syarikat nama sama di Singapura.
Syarikat beli, jual produk emas diserbu

2 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya semalam oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.
  
Dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia berkata, serbuan itu dilakukannya, polis,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

"Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata Bank Negara.

Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu, beberapa anggota polis mengawal ketat di pintu masuk syarikat itu.
   
Difahamkan serbuan itu dilakukan sejak pukul 1.30 petang dan kira-kira 50 pembeli dan jururunding syarikat pelaburan emas tersebut berkumpul di hadapan syarikat itu.
  
Konsultan syarikat tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 50, berkata syarikat itu tidak pernah menimbulkan masalah, malah syarikat itu mempunyai 50,000 orang pembeli emas.
  
"Setelah dua tahun lebih saya jadi konsultan, tiada masalah termasuk penipuan berlaku. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan syarikat," katanya kepada Bernama.
  
Sementara itu, jurucakap Bank Negara berkata, syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
  
"Ada unsur-unsur penipuan daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari Bank Negara, kami ambil dokumen dan jongkong emas untuk tujuan siasatan," katanya. - Bernama
Jangan mudah terpedaya perniagaan atas talian
NURUL ZAILA MOHD TAHIR
2 Oktober 2012
Sindiket gores dan menang
Sindiket gores dan menang semakin galak mencari mangsa di bandar untuk mengaut keuntungan mudah.- gambar hiasan
KUANTAN - Kerugian bernilai ratusan ribu ringgit dicatat melibatkan kes penipuan internet, peraduan gores dan menang serta penipuan Macau Scam dilaporkan berlaku di negeri ini bermula Januari hingga September lalu.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terlalu taksub dengan jualan langsung melalui lawan web yang cuba memperdaya mangsa dengan menawarkan barangan berjenama mewah pada harga lebih rendah, manakala lebih berhati-hati bagi mengelak sindiket gores dan menang serta Macau Scam.

Pemangku Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Rizal Kamaruddin berkata, kes paling tinggi dilaporkan ialah penipuan melalui laman web iaitu hanya menggunakan modus operandi menawarkan barang dengan harga lebih rendah, pihak tidak bertanggungjawab dengan mudah memperdaya mangsa.

Menurutnya, tanpa membuat sebarang penyelidikan atau kesahihan, kebanyakan mangsa dengan mudah memasukkan wang pembelian ke dalam akaun suspek tanpa menyedari barang dijanjikan sebenarnya tidak wujud.

“Sebanyak RM110, 688.30 kerugian dilaporkan berlaku daripada 88 kes yang diterima dan paling popular buat masa sekarang ialah penjualan telefon bimbit berjenama.

“Jika harga pasaran mencecah RM2,000, suspek yang menawarkan barangan tersebut dengan harga sebanyak RM900 sahaja dan mangsa terlalu mudah mempercayainya.

“Selain telefon bimbit, kes penipuan juga melibatkan penjualan kereta, pakaian dan barangan lain. Suspek akan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi dan persetujuan hanya dibuat melalui talian sahaja serta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam.

Seterusnya Mohd Rizal berkata, suspek berjanji akan menghantar barangan melalui pos atau berjanji akan berjumpa di satu lokasi tetapi sebaik sahaja transaksi pemindahan wang dibuat, suspek terus gagal dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata, selain penipuan internet, kes melibatkan peraduan gores dan menang serta penipuan Macau Scam tidak kurang hebatnya serta kini semakin berleluasa.

“Pihak polis telah mengambil tindakan 23 tangkapan dan pelbagai barangan dirampas berkaitan ke penipuan gores dan menang.

“Kes ini kebanyakan berlaku di bandar-bandar besar dan suspek menawarkan kad gores menang tanpa bayaran serta mengatakan mangsa  memenangi hadiah lumayan. Mangsa diminta membuat bayaran atas barangan termasuk cukai kerajaan sedangkan barangan diterima tidak sepadan dengan bayaran dan lebih teruk ada yang tidak mendapat apa-apa barangan,” katanya.

Katanya, bagi kes penipuan Macau Scam ia membabitkan kerugian sehingga RM310,590 dan 17 aduan telah diterima.

“Melalui penipuan ini, mangsa akan dihubungi melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh suspek yang mengaku pegawai bank dan menakut-nakutkan mangsa dengan mengatakan terdapat hutang kad kredit perlu dilunaskan.

“Apabila mangsa mengaku tidak pernah terlibat dengan permohonan kad kredit atau hutang, suspek memberitahu dokumen mangsa telah disalahgunakan dan meminta pindahan wang dilakukan melalui nombor akuan diberikan bagi jaminan keselamatan.

“Selepas wang dipindahkan, suspek gagal dihubungi dan sebahagian kes yang berlaku menyasarkan golongan peniaga berusia 30 hingga 40 tahun sebagai mangsa,” katanya.
Kementerian haramkan ubat 'Sheng Chang'

  • Bernama
  • 5:49AM Okt 2 2012
Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao

San Extract Powder 'Sheng Chang' selepas dikesan mempunyai mengandungi racun  berjadual 'epherine' dan 'pseudoephedrine'.
  
Ubat tradisional itu digunakan untuk melegakan selesema, batuk, kahak dan sakit kepala dan dikilangkan oleh syarikat Taiwan, Sheng Chang Pharmaceutical Co Ltd.
  
Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, telah membatalkan lesen pendaftaran produk yang dipegang oleh Lifecare Essential Sdn Bhd., Kuala Lumpur, pada 27 Sept lepas.
  
Mana-mana pihak yang memiliki stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta, katanya.

- Bernama
Umno Kedah usaha daftar 200,000 pengundi baru
5:57AM Okt 2 2012
Umno Kedah sedang berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar  sebagai pemilih walaupun menyedari pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata gerakan mendaftar pengundi baru dijalankan setiap hari.
  
"Arahan telah dikeluarkan kepada setiap Umno Bahagian supaya membuka kaunter pendaftaran pemilih pada setiap hari bekerja mulai bulan lepas manakala di Ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku  telah lama diadakan.
   
"Umno sentiasa mencari mekanisme bagi memudahkan pendaftaran pengundi antaranya mengarahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mencari dan mendaftar mereka yang layak di kampung masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri di Alor Setar semalam.
   
Ahmad Bashah berkata sehingga Ogos lepas jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta orang berbanding 873,000 orang pada PRU 2008.
  
Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi dari 2008 sehingga Ogos lepas, katanya.

-  Bernama
Mkini menang kes cabar KDN berhubung permit penerbitan
5:55PM Okt 1 2012
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) hari ini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak memberikan permit penerbitan kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan "ia tidak wajar dan tidak rasional" dan keputusan Menteri Dalam Negeri tersebut sebagai salah arahan kerana ia melebihi had bidangkuasanya.
"Keputusan menjejaskan hak plaintif kepada hak bagi kebebasan bersuara yang juga termasuk hak untuk permit, dan ia adalah kebebasan asas yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.

"Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan certiorari (membatalkan) keputusan responden (KDN) dan pemohon perlu mengemukakan suratnya kepada kementerian."
Hakim Abang Iskandar berkata kebebasan bersuara (melalui penerbitan) adalah hak semula jadi dan termaktub di dalam Perkara 10 perlembagaan persekutuan.

Beliau juga mengakui hakikat bahawa portal tersebut telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa, dan ini tidak seharusnya menghalang pihak berkuasa daripada tidak memberinya permit.

Hakim Abang Iskandar juga mengarahkan KDN membayar RM5,000 kos.

Peguam K Shanmuga dan Edmund Bon mewakili Mkini Dotcom.
Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas

  • Ahmad Fadli KC
  • 2:14PM Okt 1 2012
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.
Khairy: Pakatan ciplak projek BN bina lebuhraya Pan-Borneo

  • Nigel Aw
  • 9:11PM Okt 1 2012
Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya telah menciplak sebuah projek BN di Sabah dan Sarawak.

Ketika membahaskan bajet di Dewan Rakyat semalam, Khairy berkata rancangan untuk membina lebuhraya Pan-Borneo dalam bajet alternatif Pakatan sebenarnya adalah sebenar polisi BN.

Katanya, idea membina Lebuh raya Pan-Borneo diciplak, sambil menegaskan bahawa Pakatan juga sedar sebahagian lebuh raya itu kini dalam pembinaan.

Khairy menegaskan demikian sebagai menjawab hujah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berulang kali mendakwa Sabah dan Sarawak dipinggirkan dalam Bajet 2013.

Anwar juga menyebut tentang Deklarasi Kuching - satu komitmen Pakatan untuk mendukung janji-janji kepada Sabah dan Sarawak sewaktu pembentukan Malaysia - dan mengulangi bajet Pakatan untuk menaikkan royalti minyak kepada kedua-dua negeri itu dari 5 hingga 20 peratus.

Khairy turut membidas gesaan Anwar supaya individu yang berlainan memegang jawatan perdana menteri dan menerajui kementerian kewangan.

Khairy bertanya, sekiranya Anwar begitu berminat untuk memisahkan penyandang bagi jawatan-jawatan tersebut, mengapa ketua pembangkang itu sendiri yang menyampaikan ucapan membahaskan bajet, dan bukannya melantik wakil untuk berbuat demikian.
Kos jalan 1km ke DUN Sabah RM14.9j?

  • Hazlan Zakaria
  • 2:18PM Okt 1 2012
Seorang MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9km menuju ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.
Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.

"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.

KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'

  • Elissa Helmy
  • 5:20PM Okt 1 2012
Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.

NONESetiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.

"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.

"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.

Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.

"Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri?

NONE"Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya.

ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan.

Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya.
'Tak wasatiyyah'

"Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan.

NONEMenurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal.
"Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya.
Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu.
Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung.
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.

Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang menyalahi sunnah

Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing bukan ukuran sunnah
Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain.

Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)

Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur tidak bernilai jika ada perbuatan kufur
Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak rasulullah ? Sedang Fatimah kekasih hati rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi !

Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah bersombong dan berbongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.

Yang kebulur tidak dijemput yang kenyang dan gemuk itu pula yang diajak datangSudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni kenduri perkahwinan di MalaysiaAllah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.

Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.

Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan.

Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.

Kenapa kau tabarruj wahai pengantin ?
Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan.

Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian.

Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat.

Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat.

Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

Tiada ulasan: