Khamis, 11 Oktober 2012

KENAPA KITA TAK IKUT ISLAM...KENAPA KITA TAK IKUT ACUAN ISLAM...MALU KE BILA KITA CAKAP IKUT ISLAM... KITA IKUT ACUAN ISLAM...

Lagi rombakan pengarah-pengarah Felda?

  • Aidila Razak
  • 6:58PM Okt 10 2012
Pengarah beberapa bahagian utama Felda telah dipindahkan jawatan kerana "menyokong bekas pengurus besar Felda Zulkifli Wahab", dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

mazlan aliman anakNGO yang memperjuangkan nasib generasi kedua anak Felda itu mendakwa, rombakan itu melibatkan pengarah tanah, sumber manusia dan jabatan kewangan.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, mereka 'dibekukan' dengan diletakkan di Program Gedung Makanan bermula hari ini.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan makluman "dalaman", kira-kira 20 orang dipindahkan daripada bahagian masing-masing.

Mazlan pada tahun lalu mendakwa Zulkifli dipaksa mendapatkan cuti belajar, ekoran perbezaan pandangannya dengan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.
Dr M: Amalkan Dasar Pandang ke Timur secara berpilih

  • Ahmad Fadli KC
  • 8:54PM Okt 10 2012
Tiga puluh tahun selepas memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar dasar itu dinilai semula dengan mengguna pakai nilai-nilai tertentu sahaja yang mampu memacu ekonomi negara untuk tumbuh dengan lebih pesat.

"Jika kita mahu pastikan negara terus maju ke hadapan kita perlu guna pakai beberapa nilai orang lain.

"Di antara nilai orang lain yang kita perlu guna pakai adalah nilai orang-orang Jepun tetapi kali ini dengan lebih memilih," katanya sewaktu berucap pada makan malam Persidangan Pandang ke Timur: Satu Dimensi Baru di Kuala Lumpur petang tadi.

Memberikan perincian, Mahathir menyeru agar sikap malu terhadap
pencapaian sederhana dalam hidup orang Jepun yang mendorong mereka berusaha keras untuk berjaya dalam hidup dijadikan teladan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan hadirin agar menghindari
konsep 'harakiri' (bunuh diri terhormat) yang juga sinonim dengan
masayarakat Jepun.

Persidangan itu diadakan untuk menyambut ulang tahun ke-30 Dasar pandang ke Timur yang diperkenalkan Dr Mahathir pada 8 Februari 1982 sewaktu beliau memegang jawatan perdana menteri Malaysia.

Saran universiti Jepan
Dalam ucapan sama, beliau turut menyarankan agar sebuah universiti Jepun didirikan di Malaysia kerana sistem pendidikan negara itu terbukti menghasilkan graduan yang lebih berdisiplin berbanding
graduan universiti dari Barat.

"Ia agak mahal untuk kita hantar pelajar ke Jepun jadi saya sudah pujuk duta mereka di sini agar membuka universiti Jepun di sini," katanya.

Beliau turut sempat berkongsi pengalamannya menjelaskan dasar Bumiputera kepada pelabur Jepun yang kurang jelas tentang dasar itu.

Menceritakan kembali penjelasannya, beliau menyatakan dasar bumiputera melonjakkan ekonomi negara dengan pesat sewaktu ia mula diperkenalkan dan mengekalkan keharmonian antara kaum apabila ia merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat berbilang agama, budaya, dan bangsa.

"Sewaktu kita melaksanakan dasar bumiputera ini, negara tumbuh dengan lebih pesat berbanding negara membangun, dan sesetengah negara maju yang lain.

"Sesiapa sahaja boleh periksa (dan sahkan) perkara ini," katanya.

Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt

Harakahdaily, 10 Okt 2012
KUALA LUMPUR: R Malaysia dan Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) bersetuju untuk mengadakan program bersama bagi menerangkan isu Tuntutan Royalti dan Pendaratan Minyak & Gas ke Bachok yang dinafikan sejak 1990-an lagi.
Setiausaha R Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali dalam satu kenyataan berkata, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengasas Petronas, yang menandatangani Perjanjian Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohammad Nasir pada 9 Mei 1975 lalu dan DatUK Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan juga telah mengesahkan kehadiran ke Ceramah Mega R dan Amanah Rakyat di Padang Istiadat, Bachok pada 9 malam, 13 Oktober ini.

Katanya, program yang bermula dengan Konvoi R Tuntut Royalti dari Kota Bharu ke Bachok yang melibatkan lebih 500 buah motosikal dengan mengibarkan bendera R dan memakai baju T dengan logo "R" dan "Amanah".

Ujarnya, dalam program itu nanti akan mengadakan jamuan rakyat di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari, pemberian sumbangan hamper kepada fakir miskin, golongan OKU, pelajar cemerlang dan mereka yang memerlukan bantuan sekitar Bachok.

Presiden R Malaysia, katanya Nazri Deraman juga akan hadir memberikan ucapan berkaitan gerakan R yang kini menjadi fenomena luar biasa kebangkitan rakyat Kelantan menuntut royalti yang kini berjumlah RM10.4 billion selepas kejayaan program mega R Tuntut Royalti ke Putrajaya tempoh hari.

Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh juga akan hadir memberikan ucapan pada malam tersebut.

Menurutnya, bagi mengiatkan lagi usaha tuntutan royalti pihaknya akan mengadakan  program seluruh negara iaitu pada 12 Oktober sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam.

“Pada program ini pihak R akan mengedarkan lebih 20,000 keping sticker “R” yang menjadi rebutan anak muda Kelantan masa kini,” katanya.

Katanya lagi, pada 13 Oktober, serentak program di Bachok, R juga mengadakan Konvoi R Tuntut Royalti Di Malaysia Utara (Kedah–Perlis) di mana sebanyak 500 buah kenderaan bermula di Alor Setar, Kedah dan berakhir di Kuala Perlis melibatkan anak-anak perantauan di kedua-dua negeri itu.
Shahrizat 'tak segan' dengan audit projek fidlot

  • Hafiz Yatim
  • 3:28PM Okt 10 2012
Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak berasa malu apabila Laporan Audit Negara mengetengahkan isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional.

NONEKetika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam saman fitnah RM100 juta terhadap dua pemimpin PKR, Shahrizat berkata, projek di Gemas itu dan National Feedlot Corporation (NFC) yang diuruskan suaminya itu Mohd Salleh Ismail dua entiti berasingan.

"Laporan itu terhadap pusat dan tidak syarikat. Ketua Audit Negara tidak audit syarikat swasta," kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.

Shahrizat mempertahankan bahawa beliau tidak tahu terperinci berhubung proses bidaan yang dimasuki suaminya untuk menguruskan projek fidlot itu.

Sehingga sekarang beliau mendakwa tidak tahu butiran penuh projek itu.
DAP S'wak: Dakwa doa 'Msia jadi negara Kristian' berniat jahat

  • Hazlan Zakaria
  • 12:12PM Okt 10 2012
DAP Sarawak menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bahawa bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.

Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.

Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.
"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya.
Surat kakanda kepada adinda

  • Hishamuddin Rais
  • 3:50PM Okt 8 2012
George Soros
Open Society Foundation/Open Society Institute/ Open Society Initiatives
6547-BCT - 12965 Penslavania Avenue
New York City - United States of Amerika
20 September 2012

Adindaku George,
Adalah kakanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kakanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adindaku seorang.

Kakanda di sini sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andindaku berlebih-lebihan lagi. Amin.

Kakanda sekeluarga di Kuala Lumpur ini baru sahaja selesai menyambut hari ulang tahun keluarga. Setiap tahun isteri kakanda mengadakan sambutan ini. Jemputan untuk acara ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri telah beberapa kali kakanda jemput. Sayangnya adindaku tidak ada masa terluang.

Kakanda sekeluarga amat gembira hanya agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.

Adindaku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kakanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kakanda sampai di New York pada tahun 2002 dahulu. Kakanda masih teringat lagi bagaimana salju begitu tebal ketika pesawat kakanda mendarat di lapangan terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kakanda hampir-hampir tercabut.

Apakah adindaku teringat lagi bagaimana adinda telah memberi nasihat apabila kakanda merancang untuk bertemu dengan presiden George Bush pada tahun 2002 dahulu. Kakanda ingat lagi bagaimana adindaku telah memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi yang bernama Jack Abramoff.

Adindaku, kakanda amat sedar bahawa Abramoff ini ialah seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kakanda juga tahu bahawa Abramoff ini adalah pelobi Yahudi yang amat penting di Washington DC. Kakanda juga tahu peguam Yahudi ini bekerja melobi ahli kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Israel.

Adindaku George,
Kakanda tidak ada pilihan. Macai dan ghurka kakanda seperti Datuk Raba Raba telah berusaha kuat. dengan hati terbuka kakanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba untuk melanggan si Yahudi Abramoff dari syarikat Preston Gates & Ellis. Ini bertujuan untuk memperbaiki imej kakanda yang telah dicemarkan oleh gerakan reformasi.

Adindaku jangan risau, memang hampir AS$2 juta atau RM6 juta duit Malaysia yang diminta oleh si Yahudi pelobi itu. Harga ini amat mahal. Si Yahudi itu sengaja memberi tekanan harga kerana si Yahudi ini tahu kakanda amat-amat desperate untuk bergambar dengan George Bush.

Jangan adindaku risau wang RM6 juta ini bukan datang dari duit poket kakanda sendiri. Ini adalah wang judi yang diberikan oleh tauke judi. Tauke judi ini memang kakanda pilih sebagai orang yang akan mengumpulkan dana untuk kepentingan politik kakanda.

Adinda wajib sedar bahawa bukan George Bush yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim tetapi si Anwar ini banyak kawan dan kenalan di kalangan ahli kongres dan senator. Kawan-kawan Anwar inilah yang sedang membuat dasar 'regime change' terhadap kakanda.

Pada ketika itu kakanda terpaksa melanggan seorang pelobi Yahudi penyokong Israel kerana kakanda amat-amat terdesak hinggakan rambut kakanda gugur.

Adindaku George yang dimuliakan,
Tujuan kakanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi sekali lagi permintaan kakanda yang dahulu. Kakanda merasakan bahawa Yayasan Perdana ini dapat bekerja sama dengan Open Society Institute. Seperti yang telah kakanda terangkan dahulu bahawa Yayasan Perdana ini mahu bergerak di medan antarabangsa.

Yayasan Perdana yang kakanda tubuhkan ini bertujuan untuk menjadi satu NGO di mana suara kakanda dapat didengar. Kakanda mahu Yayasan Perdana ini menjadi payung di mana idea, pandangan dan pendapat baru disuarakan. Kakanda melihat Yayasan Perdana ini bukan seperti Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik. Yayasan Perdana ini akan menjadi NGO internasional. Bermain di persada dunia bukan hanya berkain batik.

Ada pun bantuan yang kakanda perlukan ialah OSI dan Yayasan Perdana dapat mengikat kerja sama untuk menjalankan beberapa projek. Kerjasama ini amat penting untuk Yayasan Perdana. OSI sebagai sebuah yayasan yang amat berpengaruh dan telah lama berbakti pasti akan dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana dan nama Mahathir Mohamad ke persada dunia.

Kakanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi bahawa satu hari nanti Yayasan Perdana ini akan diiktiraf sama seperti Amnesty International, sama seperti Green Peace - bergerak di media antarabangsa sebagai sebuah NGO dari negara Dunia Ketiga.

Dalam surat ini kakanda tidak malu menuliskan bahawa kakanda pernah termimpi-mimpi datang ke istana raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.

Adindaku George,
Yayasan Perdana ini mula bergerak cergas apabila kerajaan Abdullah Badawi atas nasihat menantunya telah menutup semua ruang media untuk kakanda. Pada ketika Abdulah menjadi perdana menteri kakanda telah menjadi kucing kurap. Di luar negara kakanda dianggap pembawa penyakit kusta.

Biar kakanda terangkan di sini bagaimana kakanda telah dimalukan. Ini berlaku apabila nama kakanda telah tidak dicalonkan sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti yang kakanda sendiri tubuhkan pada tahun 1988. Bayangkan kad keahlian NO1 ialah kakanda sendiri, manakala NO2 ialah isteri kakanda sendri.

Abdullah Badawi bersama menantunya telah berjaya menghalang kakanda dari dapat hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana Foundation. menjadi sabun Breeze membersihkan muka kakanda.

Adindaku yang disayangi,
Ketika nama kakanda diketepikan kakanda merasa seolah-olah hidup ini tak ada maknanya. Bayangkan kakanda telah menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kakanda telah menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut lebih dari 30 tahun. Dan kakanda adalah perdana menteri selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti yang kakanda tubuhkan sendiri nama kakanda telah diketepikan.

My dear George,
A pile of shit hits my face.
Kakanda sedar memang ada rancangan jahat dari Amerika untuk menukar kakanda. Kakanda sedar di Amerika dan di Eropah ramai yang cemburu kerana kakanda telah berjaya mengumpul harta kekayaan. Tetapi nama kakanda tidak dapat disamakan dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat disamakan dengan Marcos. Kakanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss seperti yang mungkin bakal dihadapi oleh Taib Mahmud. Atau seperti kebodohan Najib Razak yang akan dipanggil oleh mahkamah Perancis.

Kakanda - kita berdua adalah sama serupa. Kita berdua adalah sosok yang amat licik dan licin dalam hal dolar dan dinar. Adinda jaguh dalam hal jual beli dolar seantero alam. Kakanda adalah jaguh dalam hal putar alam.

Adindaku George,
Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang Melayu terhadap dana dari seorang Yahudi seperti George.

Dalam hal ini adinda-ku jangan risau. Memang betul Orang Melayu ini sensitif terhadap dana Yahudi. Tetapi Orang Melayu ini juga bodoh dan senang diputar. Mereka terlupa, selain Nabi Muhammad dan Saleh, nabi-nabi yang wajib diketahui menggunakan nama Yahudi.

Di sini adindaku jangan ketawa apabila kakanda memberi tahu bahawa selama kini orang Melayu ini pun tidak sedar bahawa kakanda ini sebenarnya bukan Orang Melayu. Inilah kebangangan orang Melayu. Mereka kurang arif tidak dapat membezakan sosok India dengan sosok Melayu.

Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semuanya telah kakanda susun. Kakanda telah membuka beberapa buah NGO sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu bahawa Malaysia Peace Foundation itu adalah anak syarikat kakanda. Yayasan George boleh menyalurkan dana kepada Malaysian For Peace.

Adinda George, Projek Naik Kapal ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan agar NGO baru ini dilihat Islamik. Mundar mandir ke Gaza bertujuan untuk mengaburi mata Orang Melayu. Orang Melayu akan ‘naik stim' jika kita buka kisah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal Orang Melayu akan hilang akal.

Kalau selama ini kakanda sendiri berjaya menyamar sebagai Melayu, kakanda tidak hairan jika satu masa nanti George boleh umum akan menganut agama Islam. Orang Melayu akan gembira melangit. Malah kes kakanda bekerja sama dengan Abramoff itu pun mati begitu sahaja walau pun ada ‘puak-puak' yang cuba membuat bising. Kakanda berjaya memutar berita mengatakan bahawa kakanda tidak tahu menahu siapa itu Abramoff.

Adindaku,
Ingin kakanda akhiri surat ini dengan pertanyaan sudahkah surat dari Malaysia Aids Council sampai ke meja adinda?
Warisan belanjawan hutang

  • Rahmat Haron
  • 1:46PM Okt 10 2012
Gugusan Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South.
NONEAtaupun penghidupan kaum Penan dan hutan tropika tertua dunia (lebih tua daripada hutan Amazon dan Kongo, berusia lebih 140 juta tahun) di Bakun yang telah musnah digenangi air empangan, seluas pulau Singapura.
Ia korban pembangunan yang cukup mahal harganya.
Kampung Chubadak, Kampung Aman, Kampung Berembang, antara nama-nama kampung- peneroka bandar Kuala Lumpur yang telah dirobohkan. Rakyat dipindahkan ke rumah-rumah pangsa (flat) yang sempit.
Seterusnya flat-flat ini pula berpotensi menjadi ghetto.
Di sebalik retorik Mahathirisme yang kononnya anti-Barat dan anti-Amerika Syarikat (AS), pembangunan kota kita, terlalu meniru model pembangunan kota-kota di AS dengan mercu tanda hartanah bangunan-bangunan pencakar langit.
Ia seperti yang pernah disebut Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap pada Forum International Mayors di Kota Weifang, wilayah Shandong, China pada 20 April 2005:
NONE"We in the East are very fond of copying the Europeans and Americans. Our cities are
already becoming copies of their cities, with high-rise buildings, with cramped multi-storeyed flats.

"There is a McDonald's restaurant at every corner. Down-town the working population converge in the hundreds of thousands in the daytime and leave empty in the night, deserted, and dangerous."
Anehnya, pemerintahan Mahathir selama 22 tahun membawakan perbandaran dan perindustrian yang pesat sebagai ideologi politik pembangunan yang menjadi dasar undi parti Umno-BN yang diterajuinya.
Rancangan jahat perbandaran yang tidak terkawal itu diperkukuh dengan pindaan Akta Pengambilan Tanah pada tahun 1991.
Pindaan yang dilakukan Dr Mahathir terhadap Seksyen 3(b) dan pengenalan Seksyen 68A yang baru ke dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 ini memberi bidang kuasa seluas-luasnya untuk kerajaan merampas tanah sesiapa sahaja bagi apa-apa tujuan sekalipun.
Malah kata "kegunaan awam" dan "kemudahan awam" dalam Seksyen 3(b) sebagai syarat pengambilan tanah telah digugurkan dengan pindaan ini.

Jaminan harta dalam perlembagaan
Pindaan-pindaan ini turut membolehkan perampasan tanah oleh kerajaan untuk tidak dapat dicabar di mahkamah, biarpun ia dilakukan tanpa menurut lunas perundangan.
Selain itu, ia juga menggalakkan perampasan tanah milik rakyat oleh kerajaan bagi faedah segelintir individu atau syarikat yang mempunyai kaitan sebagai kroni politik.
Mangsa pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 1991) ini ialah masyarakat Melayu.
penang second link bridge 030408 01Sekitar 10,000 orang dari 52 buah kampung di Tanjung Kupang, wilayah Barat Johor, meliputi kawasan seluas 26,000 hektar telah diusir dari tanah warisan pusaka mereka untuk projek jambatan Second Link di antara Johor dan Singapura dan pembinaan bandar baru Wilayah Iskandar.
Pindaan ini ternyata bertentangan dengan jaminan hak pemilikan harta oleh warga yang termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan:
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Satu lagi contoh penggunaan Akta Pengambilan Tanah ini adalah rampasan tanah para petani di Kerpan, Kedah seluas 1,000 ekar pada tahun 1993, bagi diserahkan kepada pemodal Arab, Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.
Rampasan tanah ternyata tidak mempedulikan lunas perundangan pampasan sewajarnya ataupun paling kurang belas ihsan. Rayuan para petani untuk setidaknya menyelesaikan tuaian padi yang sedang menguning pada waktu itu tidak diendahkan.
Jentera berat meranapkan sawah petani. Puluhan orang kampung, termasuk wanita yang mempertahankan tanah mereka ditahan polis.
NONESaatnya, untuk kita turut menitik beratkan pembangunan kesejahteraan insan dan pembinaan masyarakat ihsan serta sivil.
Cukuplah penekanan melampau terhadap aspek pembangunan bangunan, kilang-kilang, padang golf, jalan-jalan bertol atau binaan-binaan yang besar, gedung beli-belah mewah dan gah.
Pembangunan kebendaan ini, lebih teruk lagi di bina di atas kesengsaraan rakyat.
Lihatlah, Kilang Lynas di Gebeng yang diberi pengecualian cukai selama 12 tahun itu.
Ataupun berapa banyak tanah rakyat yang telah dirampas semata-mata untuk membangunkan padang golf?

Arkeologi penting di Lembah Bujang
Pada tahun 1974 hanya terdapat 45 buah padang golf sahaja di Malaysia. Hari ini Malaysia memiliki lebih daripada 200 buah resort padang golf.
Bagaimana pula misalnya pembangunan keilmuan, penyelidikan dan kajian sains, juga pengetahuan bidang-bidang seperti kebudayaan, sastera, kesenian, sejarah dan warisan.
Pembangunan yang dapat menjadikan Malaysia pencipta dan pengeluar teknologi, bukan setakat pembeli dan pengguna teknologi semata-mata.
NONESaya tidak fikir kita perlukan bangunan menara komersial setinggi lebih 100 tingkat dengan peruntukan RM 5 bilion. Kemudian dengan bangga, kita namakan ia Menara Warisan di atas runtuhan rombakan warisan seni bina stadium bersejarah, tempat pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 itu.
Sementara itu, tapak-tapak warisan arkeologi penting tanah air tidak pula menerima peruntukan sebesar dana Menara Warisan.
Misalnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan Sungai Batu, Lembah Bujang, Merbok, Kedah sebagai Taman Warisan Arkeologi di Lembah Bujang.
Pada tahun 2010, sekumpulan pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia, di ketuai Prof Madya Dr Mokhtar Saidin, menemukan tapak purba bengkel melebur besi di kawasan tersebut.
Tapak warisan purba itu berusia 50 tahun sebelum Masihi. Ia merupakan suatu penemuan penting bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara.
Namun Taman Warisan ini hanya menerima peruntukan RM20juta menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Pada 30 Jun 2012 lalu, Pertubuhan Unesco mengisytiharkan Lembah Lenggong, Hulu Perak sebagai tapak warisan dunia. Ia termasuklah empat tapak kaji purba yang berusia hampir 2 juta tahun, salah satu rekod tertua untuk kehidupan manusia terawal di suatu kawasan, dan yang paling tua di luar benua Afrika.

Warisan hutang, pencemaran & radioaktif
Tapak-tapak arkeologi tersebut menemukan bahan-bahan tinggalan zaman Paleolitik (zaman batu lama), Neolitik (zaman batu baru) dan zaman Logam.
Menyentuh soal seni, warisan dan kebudayaan, Belanjawan 2013 tidak langsung menyebut penemuan-penemuan arkeologi bertaraf dunia ini.
Bagaimanapun, belanjawan 2013 yang berjumlah RM251.6 bilion itu memperuntukkan RM 6 juta sebagai bantuan pentadbiran dan kegiatan persatuan karyawan, budayawan dan seniman berdaftar.
NONEBelanjawan hutang 2013 pula memberi RM 9.3 billion untuk Danajamin, RM 9 bilion untuk projek-projek infra berkaitan MRT, RM 10 bilion untuk Skim Jaminan Modal Kerja.
Sebanyak RM 28 bilion untuk membantu syarikat-syarikat yang berhubungan rapat dengan Umno-BN ini.
Ia dua kali ganda peruntukan RM 15 bilion untuk membantu rakyat biasa.
Belanjawan hutang kerajaan Umno BN ini, perlu ditamatkan. Kita mahukan warisan pembangunan yang dapat memperkaya khazanah keilmuan, kebudayaan tanah air.
Kemiskinan, penyakit dan kehancuran, apakah pembangunan ini yang ingin kita wariskan?
Kita tidak mahu, anak cucu generasi akan datang mendapat bencana warisan hutang atau bala warisan pencemaran, mahupun malapetaka nuklear warisan racun radioaktif.

RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: