Khamis, 11 Oktober 2012

JANGAN2 DIA PUN MASA KECIL PERISTIWA TU BERLAKU...DAN MUNGKIN IA SENDIRI TAK MAHIR SEJARAH MALAYSIA...DALAM SEJARAH PANDANGAN BERBEZA...CONTOH BAGI PENJAJAH MAT KILAU PERDERHAKA SEBAB MENENTANG BRITISH...BAGI ORANG MELAYU BELIAU HERO KERANA BERANI MENENTANG PENJAJAH

Berdosa putuskan silaturahim - Salahudin

Harakahdaily, 10 Okt 2012


(Salahudin Ayub...berdosa putuskan hubungan silaturahim)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad memutuskan hubungan dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Satu dosa yang besar memutuskan hubungan silaturahim dan kami tidak bercadang untuk berbuat demikian," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang melaporkan kedua-duanya mengumumkan tidak ada hubungan lagi dengan Nasharudin.

Malaysiakini dalam laporannya menyebut, Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa

Bagaimana Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan.

Malaysiakini melaporkan, Khalid Samad berkata Nasharudin dipengaruhi oleh orang luar PAS ketika membuat kenyataan.

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Rohingya: Najib tidak boleh lepas tangan

Muhammad Faizal, 10 Okt 2012
KUALA LUMPUR: PAS kecewa dengan keputusan yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu mencampuri konflik yang berlaku di Myanmar berhubung etnik Rohingya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pada sidang media apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam konflik tersebut tidak memuaskan.

"Perdana Menteri tidak boleh lepas tangan dalam isu di Myanmar dengan memberi alasan mengikut kehendak dan dasar Asean yang tidak campur tangan dalam konflik negara tersebut.

"Kita patut melihat dari satu sudut hak asasi manusia kerana jelas apa yang berlaku di negara itu telah mencabuli hak asasi manusia, ini juga terkandung dalam dasar Asean," jelasnya di Parlimen.

Beliau yang meminta agar Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih aktif dengan memanggil duta Myanmar di Malaysia bagi meminta penjelasan apa sebenar yang berlaku.

Dalam pada itu juga, kerajaan juga boleh memberi pandangan dan nasihat bagi mencari jalan untuk menyelesaikan konflik di Myanmar.

"Negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai lapisan agama dan latar belakang, dan pengalaman kita tadbir negara ini boleh dikongsi dengan kerajaan Myanmar.

"Myanmar juga perlu mengetahui kekejaman yang berlaku terhadap kaum Rohingya tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi negara yang menganggotai Asean," kata beliau.

Khalid turut memberitahu, tuduhan yang dilemparkan kepada Rohingya adalah amat serius terutamanya dalam soal Islam.

"Tuduhan yang dilemparkan adalah masalah politik dalaman yang diapi-apikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Di mana orang-orang Rohingya ini dituduh ingin menegakkan Islan dan menjadikan Myanmar sebuah negara Islam dengan cara menggunakan kekerasan, oleh kerana itu ia menimbulkan ketegangan yang diambil peluang oleh golongan yang tidak bertanggungjawab," sambung beliau.

Tambahnya lagi, akhirnya sentimen yang ditimbulkan itu telah menyemarakkan satu kemarahan yang menyebabkan berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kepada kaum Rohingya.

"Najib boleh memanggil persatuan-persatuan agama di negara ini untuk duduk bersama dengan Duta Myanmar dalam mereka menyatakan pendirian dan pendapat.

"Saya percaya dengan cara ini, konflik agama di Myanmar dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan selari dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia," tambah beliau lagi.

Beliau yang pada masa yang sama juga turut memberitahu isu keagamaan juga telah merebak di negara ini apabila ada pihak yang melemparkan tuduhan bahawa Malaysia akan menjadi negara Kristian.

"Kita tidak mahu isu sebegini menjadi budaya fitnah di negara ini, ia perlu dihentikan segera agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

"Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas jika ada pihak yang cuba menimbulkan konflik sentimen perkauman terutamanya melibatkan soal agama," jelas Khalid lagi.

Pengebom serang pusat keselamatan Syria

Terjemahan Mohamad Yahya, 10 Okt 2012

(Kawasan yang diserang oleh pengebom berani mati)

AMMAN: Sekumpulan pengebom berani mati menyerang halaman pusat keselamatan di pinggir ibukota Syria, Damsyik, dalam serangan terbaru oleh kumpulan penentang terhadap tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad, ujar kumpulan penentang.

Al-Nusra, kumpulan militan Islam, mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pusat Perisikan Tentera Udara di pinggir Harasta, dan mendakwa pegawai yang bekerja di sana memainkan peranan yang besar dalam tindakan ganas kerajaan terhadap pemberontakan selama 18-bulan.

Penduduk dan aktivis pembangkang memberitahu Reuters serangan tersebut mencetuskan letupan yang besar dan diikuti oleh pertempuran senjata api.

Rakaman video yang diambil oleh aktivis, yang tidak dapat disahkan taraf bebasnya, menunjukkan satu letupan besar.

"Keputusan diambil untuk menyerang Perisikan Tentera Udara kerana ia adalah salah satu daripada bahagian keselamatan yang paling terkenal dengan kejahatannya, dan kubu penindasan terburuk" jelas kenyataan dari Al-Nusra, yang ditulis di Facebook.

Unit Perisikan Tentera Udara diketuai oleh Brigadier Jeneral Jamil Hassan, salah satu daripada leftenan kanan Assad, dan tentera di situ kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli mazhab minoriti Alawite yang dianuti presiden. Tiada maklumat mengenai sama ada Hassan berada di pusat tersebut semasa serangan.

Aktivis pembangkang berkata ratusan lawan Assad telah dipenjarakan tanpa perbicaraan dan diseksa di pusat berkenaan.

Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England

Mohd Sabri Said, 10 Okt 2012
TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.

Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.

Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.

"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.

"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.

Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.

Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England

Mohd Sabri Said, 10 Okt 2012
TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.

Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.

Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.

"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.

"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.

Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.

PAS cadang potongan tambang tunai haji

Anis Nazri, 10 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Tabung Haji dicadangkan menawarkan potongan kadar tambang kepada pencarum untuk menunaikan ibadah haji, sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.

Cadangan itu dilihat selaras dengan matlamat penubuhan asal Tabung Haji yang berkonsepkan kebajikan, bukan keuntungan, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, hari ini, Salahuddin berkata berdasarkan matlamat berkonsepkan kebajikan, kerajaan melalui Tabung Haji boleh mempertimbangkan cadangan tersebut.
"Kalau tidak secara keseluruhan, pengurangan sebanyak 30 peratus pun sudah memadai.  Lebih-lebih lagi dengan keuntungan yang diperoleh badan itu hingga boleh memberikan gaji yang tinggi kepada ketua pengarah eksekutifnya, " tegas beliau.
Dalam pada itu, Salahuddin turut meminta kerajaan mempertimbangkan penempatan semula Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan jemaah haji dalam urusan transit mereka.
Katanya, jemaah haji yang berasal dari luar Kuala Lumpur akan menghadapi kesukaran apabila terpaksa berulang-alik dari Kelana Jaya dan KLIA.
Menjawab soalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tambang yang dikenakan ketika ini sudah diberikan potongan melalui subsidi kerajaan.
"Tambang sekarang adalah RM9,980 untuk tempoh 40 hari dengan perjalanan bermula dari Malaysia ke Mekah, dan Mekah ke Malaysia.  Jika ikut kos sebenar, termasuk subsidi kerajaan kosnya adalah lebih kurang RM15,000," jelas beliau.
Salahuddin dalam soalan asalnya meminta kerajaan menyatakan sejauh manakah kemungkinan langkah-langkah pro aktif untuk memberi lebih nilai kebajikan kepada pencarum-pencarum Tabung Haji seperti pengurangan kos tambang dan sebagainya.

MCA mahu ajar P Pinang ikut Pusat tingkat hutang?

Harakahdaily, 10 Okt 2012
GEORGE TOWN: MCA dan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sangat terdesak untuk mempertikaikan pentadbiran PR Pulau Pinang yang cekap dan bersih sehingga pengiktirafan laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2011 pun tidak dipercayai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Chua telah mempertikaikan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% daripada RM630 juta pada bulan Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir tahun 2011.

“Saya telah mengatakan bahawa kejayaan Pulau Pinang dalam mengurangkan hutang negeri adalah berpunca daripada kejayaan kami untuk mencapai perjanjian penstrukturan semula aset air dengan kerajaan persekutuan yang boleh diterima oleh kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Jelasnya, walaupun beliau telah memberi penjelasan, Chua telah mengungkitkan isu yang sama semasa debat umum kita pada 8 Julai 2012 dan telah menjawab bahawa PR Pulau Pinang telah bertindak tegas dengan tuntutan kami demi melindungi kepentingan negeri, satu hakikat yang tidak dapat dibuat oleh kerajaan negeri lama.

Katanya, Kerajaan Persekutuan tidak mengambil hutang air secara percuma kerana kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyerahkan aset air.

Jelasnya lagi, pengurangan hutang negeri Pulau Pinang sebanyak 95% merupakan rekod tertinggi di Malaysia, tidak ada negeri-negeri lain yang telah berjaya mencapai perjanjian yang sama dengan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, pengurangan hutang negeri serta pencatatan bajet lebihan setiap tahun adalah bukti jelas bahawa pengurusan kewangan PR yang bijaksana dan cekap telah mengukuhkan tahap kewangan negeri Pulau Pinang.

“Jika MCA tidak setuju, adakah MCA mencadangkan bahawa Pulau Pinang harus mengikut tunjuk ajar kerajaan persekutuan dan meningkatkan lagi hutang?” tanya beliau.

Menurutnya, pada akhir tahun 2007, hutang kerajaan persekutuan adalah RM266 bilion.

Pada akhir tahun 2012, hutang kerajaan persekutuan sudah meningkat 89% kepada RM502.4 bilion.

Ini bersamaan dengan RM18,000 setiap seorang rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta.

Peningkatan hutang kerajaan persekutuan sebanyak 89% ini jauh berbeza dengan pengurangan hutang negeri Pulau Pinang sebanyak 95%.

“Hutang kerajaan persekutuan adalah lebih tinggi sekiranya kita mengambil kira liabiliti kontinjen, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan persekutuan kepada pihak ketiga, termasuk pihak swasta.

“Contoh yang paling jelas adalah seperti surat jaminan yang diberi oleh Menteri Pengangkutan dalam skandal Port Klang Free Zone yang membabitkan RM13 bilion,” jelas Lim lagi.

Beliau merujuk jawapan Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pada 28 Mac 2012, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa jumlah liabiliti kontinjen pada tahun 2011 adalah RM117 bilion.

Dalam erti kata lain, ujarnya jika liabiliti kontinjen termasuk sekali, maka hutang Malaysia sudah melebihi RM620 bilion.

“Nasib baik, Pulau Pinang tidak mempunyai liabiliti kontinjen kerana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menjamin pinjaman,” katanya lagi.

Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok

Mohd Sabri Said, 10 Okt 2012
TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang.

Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor.

Walaupun di Johor kebangkitan agak lambat berbanding negeri lain tetapi ianya menyeluruh terutamanya anak muda yang terdedah dengan media baru.

"Itulah kesan media baru terhadap anak muda. Mereka lebih mempercayai media baru yang bersikap tidak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN)," terangnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cawangan baru PAS Cawangan Taman Desa Sena dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Masyarakat Felda ujarnya, sudah sedar dan menanti saat pilihanraya umum ke 13 untuk menghukum kezaliman BN yang lebih mementingkan kroni daripada menjaga kebajikan rakyat.

Sekarang, katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman berjaya mengoncang Felda dengan isu saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang kian merudum.

Menurut Haji Mohamad lagi, kemunculan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor, Salahudin Ayob juga menjadi faktor kenapa sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima ramai.

"Terlalu banyak penyelewengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pimpinan Ghani Osman bocor hari demi hari, " tegasnya.

Pemberian BR1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun sekadar 'one off' ekoran tibanya pilihan raya.

Lagipun kemantapan Pakatan Rakyat membuatkan BN tidur tidak lena sampai sekarang sekaligus mengusarkan perasaan Perdana Menteri,  Najib Razak.

Ramai rakyat Johor, katanya, kecewa terhadap Najib kerana gagal membawa perubahan yang menguntungkan rakyat umumnya sebagaimana kejayaan mantan Perdana Menteri ke dua Malaysia yang juga ayahanda pada Najib.

"Rakyat kena bandingkan pemerintahan ayahnya dengan beliau baru terasa ada perbezaan yang besar.  Ayahnya berjuang untuk rakyat sebaliknya Najib menghalakan perjuangan menyelamatkan kroni, " jelasnya.

Aktivis Royalti terima ancaman bunuh

Salmah Mat Husain, 10 Okt 2012
PENGKALAN CHEPA: Seorang aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), menerima ugutan bunuh melalui laman sosial Facebook miliknya.

Aktivis tersebut Mohd Zulhazmi, 25, yang lebih dikenali sebagai Jeming Hassan, mengakui menerima beberapa ugutan bunuh dan pukul dalam laman social ‘facebook’ beberapa hari selepas perlawanan bola sepak separuh akhir pertama antara Kelantan dan Selangor baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda R Negeri berkata, kandungan yang terdapat dalam facebook itu antaranya akan memukul beliau sehingga mati andainya terjumpa khususnya pada perlawanan bola sepak Kelantan menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober ini.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini petang semalam.

“Laporan polis ini dibuat bagi memaklumkan kepada pihak mereka supaya membuat tindakan kepada pihak berkenaan memandangkan telah dua kali menerima ugutan pukul,”ujarnya.


Pada masa yang sama Jeming memberitahu laporan itu juga dibuat memandangkan aktivis R sebelum ini yang dipukul juga menerima ugutan sebelum mereka benar-benar dipukul.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap laporan berkenaan begitu juga laporan yang sama pernah dibuat sebelum ini.

“Kami tahu ugutan itu dibuat bagi menghalang kami menuntut hak royalty minyak rakyat Kelantan.

“Bagaimanapun ianya tidak akan mematahkan semangat pihak kami,”ujarnya.

Turut hadir di IPD, Kota Bharu Pengerusi Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak (Cabar) Ahmad Marzuk Shaari dan wakil Gerakan Mahasiswa Pantaia Timur (Gempur Mohd Zahiruddin Abdullah.

Adakah mahu kaji semula cukai kereta import?

Harakahdaily, 10 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dr. Mohd Hatta Md Ramli [PAS-Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula cukai eksais bagi kereta-kereta import dan jika ya, bila akan bermula dan berapa peratusan penurunannya.


Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kemungkinan langkah-langkah pro aktif untuk memberi lebih nilai kebajikan kepada pencarum-pencarum Tabung Haji seperti pengurangan kos tambang dan sebagainya.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan tentang aliran keluar pelaburan Malaysia (Malaysia investment outflow) dalam suku pertama 2012 yang berjumlah RM16.91 bilion berbanding kemasukan pelaburan asing (FDI) yang berjumlah RM9.43 bilion. Apakah langkah-langkah konkrit yang perlu disusun untuk mengelakkan situasi ini (negative inflow) berterusan khususnya kerana ia membabitkan 7.3% dari 3 bidang NKEA termasuk sektor minyak, gas, kewangan, dan 'wholesale and retail' dalam kes suku pertama tahun ini.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat manakah gejala pecah rumah dan kecurian yang berleluasa di beberapa kawasan seperti Presint 9, 11 dan 14 di Putrajaya dapat dibendung dan berapakah kes-kes yang sudah dilaporkan sejak 2010 hingga kini.

Kedutaan di Doha tutup 3 hari kerana Rosmah

Harakahdaily, 10 Okt 2012


(Gambar yang disiarkan Utusan tentang lawatan Rosmah ke Qatar)

DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.

Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.

Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.

Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)).

Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.

Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.

Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.

"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Ambiga ditahan sebelum berlepas ke luar negara

Harakahdaily, 10 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) telah ditahan oleh pegawai Imigresen dalam perjalanannya ke Australia yang disifatkan sebagai satu gangguan.

Bagaimana, selepas 30 minit disoal siasat, beliau telah dilepaskan untuk menaiki kapal terbang bagi meneruskan perjalanan.

Ambiga adalah orang kelima dalam Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang dilayan seumpama itu.

Sebelum ini, Maria Chin Abdullah, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh and Andrew Khoo  telah menerima layanan yang sama.

Mereka disoalsiasat oleh pihak Imigresen dalam perjalanan mereka ke luar negara.

Ambiga sebelum ini menyifatkan, tindakan sebegini adalah tindakan 'mengganggu' (harassment) oleh pihak berkuasa ke atas pemimpin Bersih.

Andrew Khoo, seorang peguam sebelum ini disekat selama 20 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanannya ke Bangkok untuk menghadiri satu persidangan baru-baru ini.

“Saya terpaksa menemui seorang pegawai imigresen, yang membuat panggilan telefon untuk pelepasan. Mereka kata ada fail polis dalam rekod saya,” katanya.

Maria Chin disekat oleh pegawai Imigresen pada 18 September lalu ketika hendak berlepas ke Nepal melalui LCCT.

Sebelum ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Ismail merayu agar dihentikan gangguan terhadap Ambiga.

“Saya berasa sedih dan marah apabila melihat kerenah gangguan ke atas beliau.

"Beliau adalah warga Malaysia yang telah menghadiahkan kehidupannya untuk membuka luas ruang hak asasi untuk memperbaiki kesejahteraan umat.

“Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas dilakukan di hadapan rumahnya, beliau telah melayani keadaan tersebut dengan sopan dan hormat,” katanya pada sidang media di Dewan Cina Kuala Lumpur-Selangor sebelum ini.

'Beri peluang kami tunjukkan model kerajaan adil'

Khairul Azlan, 10 Okt 2012


(Ustaz Hadi diatas kenderaan dalam perarakan di Jabi)

SETIU: Rakyat perlu memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang bagi menunjukkan model sebuah pemerintahan kerajaan yang adil berlandaskan Islam.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berilah peluang kepada PAS memimpin negara bersama Pakatan Rakyat agar boleh menunjukkan model sebuah kerajaan Islam sebenar.

Katanya, konsep Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan PAS terdapat dalam dokumen Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: