Rabu, 10 Oktober 2012

CAKAP2 MENGUNTUNG PIHAK LAWAN...CAKAPNYA MACAM BELAH SANA...ALLAH TAHU SAPE DIA NI...ALLAH SANGAT TAHU BAGAIMANA NAK MENGHUKUM...KITA TAWAKAL JE

Nasha dakwa ada pihak anjur doa 'M'sia jadi negara Kristian'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 7:09PM Okt 9 2012
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

NONE"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 8:33PM Okt 9 2012
dikemaskini Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa, seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
"Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?

"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.

NONEBeliau mengulas demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.

Dalam pembentangan itu, Nasharuddin Mat Isa membangkitkan persoalan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," soalnya.

Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

"Jadi tindakan daripada parti terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua," katanya.
Beliau turut mengulangi bahawa pendiriannya amat jelas dan akan mengutamakan agama Islam berbanding menjadi ahli PAS.

Bagaimanapun, MP Bachok itu berkata beliau buat masa ini masih belum merancang untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.

"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya.
Mahfuz: 'Nasha telah cabar keputusan Majlis Syura'
Wartawan Sinar Harian
10 Oktober 2012
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu.
Dr M enggan ulas isu forex kerana 'nyanyuk'

  • Lee Long Hui
  • 5:15PM Okt 9 2012
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an.

Dengan sinis, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" – seperti yang didakwa seorang MP DAP semalam.

"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?

"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," katanya.
'Pengamal perubatan' dituduh cuba laku persetubuhan haram

  • Bernama
  • 7:00PM Okt 9 2012
Seorang lelaki, yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Syariah berasingan di Seremban atas empat pertuduhan termasuk cuba melakukan persetubuhan haram di sebuah rumah di Kampung LBJ dekat Seremban bulan lepas.
  
Muhammad Sombhas Abdullah, 48, berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad menetapkan 2 November ini untuk perbicaraan.
  
Mahkamah turut mengekalkan bon jaminan RM4,000 dengan dua penjamin terdiri daripada penjawat awam bagi setiap pertuduhan terhadap Muhammad Sombhas seperti yang ditetapkan sebelum ini.
  
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu dekat Seremban pada 17 September lepas mengikut Seksyen 50, 49 dan 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000.
   
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mempermain, mengajuk atau
mengejek-ejek amalan atau upacara yang berkaitan dengan agama Islam dan perjalanan mazhab yang muktabar, dengan menjalankan upacara pernikahan batin.
  
Pertuduhan kedua mendakwa Muhammad Sombhas telah mempermain, mencela, mengejek dan menghina ayat Al-Quran dengan menggunakan naskhah Al-Quran dalam pernikahan yang bertentangan dengan hukum syarak, dan meletakkan Al-Quran di atas lantai semasa melakukan pernikahan itu.
  
Mengikut pertuduhan ketiga pula, dia didakwa menjalankan upacara pernikahan yang berlawanan dengan hukum syarak dan ajaran agama Islam.
  
Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Muhammad Sombhas didakwa memikat seorang wanita dengan niat untuk melakukan persetubuhan haram di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 jika sabit kesalahan.
    
Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor menangguhkan kes itu sehingga 2 Nov ini dan mengekalkan bon jaminan RM3,000 dengan dua penjamin penjawat awam seperti yang ditetapkan sebelum ini.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Salmi Amalia Jamil manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

- Bernama
Peguam: Kenyataan di mahkamah tunjuk Mat Indera bukan komunis

  • Susan Loone
  • 5:55PM Okt 9 2012
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini diberitahu mengenai "kebaikan" pejuang kemerdekaan Mat Indera semasa serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada 1950-an.
Peguam Hanipa Maidin yang mewakili timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam perbicaraan saman sivil ke atas Utusan Malaysia berkata, akhbar itu juga mengemukakan satu kenyataan daripada Mat Indera semasa dipenjarakan.

mat indera 060911Hanipa berkata, kenyataan itu menunjukkan Mat Indera tidak terlibat dalam serangan ke atas pasukan polis.

"Semasa insiden tersebut, Mat Indera membantu seorang isteri anggota polis dan seorang kanak-kanak dan turut menyelamatkan seorang anggota polis," kata Hanipa ketika ditemui Malaysiakini di luar mahkamah.

"Ini menunjukkan beliau tidak terlibat dalam tembak-menembak (yang mengorbankan kira-kira 26 orang) atau pembakaran balai pois. Ini menunjukkan tindakan itu dilakukan oleh individu," katanya.

“Tidak benar jika dikatakan Mat Indera adalah seorang komunis. Ke mana saja dia pergi dia bercakap mengenai Islam dan membaca al-Quran kepada orang ramai. Jika dia seorang komunis, kenapa dia bertindak begitu," katanya.

Kes Suaram, ROS hantar notis siasatan pada si mati
3:13PM Okt 9 2012
Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat.

NONENotis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai.

Fan meninggal dunia pada tahun 2010.

Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112 CPC.
Nasha: 'Kalau rezeki banyak, hak dia buat kenduri besar'

  • Zulaikha Zulkifli
  • 8:52PM Okt 9 2012
Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, menjadi hak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk mengadakan kenduri perkahwinan secara besar-besaran.

"Kalau rezeki banyak, buat kenduri yang besar, itu hak dialah. Mungkin dia penjawat awam dan yang hadir dalam 130,000 orang. Itu yang jadi isu," katanya pada sidang media selepas pembentangan kertas kerja di seminar dakwah nasional hari ini.

Sebelum ini, perkahwinan anak lelaki Mohd Ali menjadi kontroversi apabila dihadiri seramai 130,000 dan dimasukkan di dalam Malaysia Book of Record.

Majlis perkahwinan itu juga menurut Ali menelan belanja sehingga RM600,000.

Bagaimanapun, Nasharuddin berkata, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya difahamkan SPRM mula nak masuk.  Kalau SPRM nak buat kerja dia, biar SPRM buat kerjalah," katanya.

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

Tiada ulasan: