Rabu, 10 Oktober 2012

BETUL...SETUJU...BEGITU JUGA UTAMAKAN ISLAM SERTA JEMAAH BUKAN PERIBADI

Utamakan Islam bukan kuasa, Nasha gesa Pas
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
9 Oktober 2012
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR - Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?

"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 empat tahun lalu.

Nasharudin tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas tahun lalu.
Terlalu kasihan melihat pengemis, punca ramai menderma
Wartawan Sinar Harian
9 Oktober 2012
PUCHONG – Tidak sampai hati dan terlalu kasihan melihat pengemis meminta wang untuk membeli makanan menyebabkan ramai individu menjadi pemurah dan menghulurkan derma tanpa membuat usul periksa.

Jika peminta derma daripada sesebuah pertubuhan atau sekolah tahfiz, orang ramai dikatakan lebih menjadi pemurah dan dengan mudah menghulurkan sumbangan tanpa mengetahui sama ada si peminta benar-benar dari organisasi yang sah atau tidak pernah wujud.

Bagi Maskanah Abdullah, 50, apabila dia didatangi pelajar terutama yang mendakwa dari manamana sekolah tahfiz, dia menjadi lebih mudah untuk menghulurkan derma kerana ia berkaitan dengan soal agama.

Katanya, dia mudah mempercayai apabila pelajar tahfiz berkenaan memberitahu dengan pujuk rayu bahawa perlu mendapatkan dana untuk pembangunan sekolah.

Menurutnya keyakinan bertambah apabila melihat ada pelajar tahfiz yang membawa beberapa dokumen terkandung perincian maklumat mengenai sekolah mereka yang daif dan sebagainya.

“Saya tidak pernah periksa sama ada mereka ini benar-benar mengutip derma untuk sekolah tahfiz atau tidak kerana tidak tahu di mana mahu membuat pengesahannya.

“Cuma diakui memang tersentuh dan cepat bersimpati apabila melihat mereka meminta derma terutama yang membabitkan dengan soal pendidikan agama dan sebagainya,” katanya.

Maskanah berkata, dia pernah melihat sebuah van membawa antara tujuh hingga lapan kanak-kanak masih di bawah umur berpakaian seperti pelajar sekolah tahfiz di kawasan perumahannya.

Katanya, van berkenaan akan berhenti di penjuru jalan perumahan, sebelum semua kanak-kanak itu turun dan mula mengutip derma dari rumah ke rumah.

“Bukan sahaja pelajar tahfiz, ada ramai pengemis yang datang ke rumah. Ada yang membawa satu atau dua orang anak meminta makanan yang biasanya adalah warga asing,” katanya.

BAGAIMANA KES RASUAH...SALAH GUNA KUASA...PENIPUAN DAN SONGLAP-MENYONGLAP...BUAT MUNGKAR SERTA MENOLAK HUDUD...55 TAHUN KATA BILA AGAMA...HUDUD MASIH DITENTANG

Dr Khir: 'Pas tidak mungkin Umno, tapi Umno boleh jadi Pas'
Dr Mohamad Khir Toyo
9 Oktober 2012
 Dr Mohamad Khir Toyo
Dr Mohamad Khir Toyo
DALAM negara yang berbilang kaum dan agama, penggunaan isu agama secara berlebihan untuk meraih sokongan politik boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada keamanan negara. Sejarah menunjukkan Pas telah lama menggunakan agama untuk menarik sokongan penganut agama Islam kepadanya. Selama beberapa dekad yang lalu umat Islam di negara ini, khususnya orang Melayu, mengalami perpecahan yang sangat hebat.

Daripada mengkafirkan orang Umno, solat dua imam, haram memakan sembelihan orang Umno sehinggalah kepada perkara-perkara peribadi menjadi bahan Pas menghasut umat Islam membenci pemimpin Islam dari Umno. Kemuncaknya ialah peristiwa hitam di Memali, Kedah.

Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan strategi Pas ini. Beberapa tahun lalu di Selangor,  Pas mengambil kesempatan memainkan emosi orang Islam atas keputusan kerajaan negeri mengambalikan tapak surau sementara Pangsapuri Jubli Perak kepada PKNS.

Tapak tersebut sepatutnya dijadikan tempat asuhan kanak-kanak seperti dalam perancangan asal, namun dibenarkan digunakan sebagai surau sementara sehingga masjid berdekatan siap. Malangnya, keputusan ini menyebabkan Pas berkempen ke seantero negara bahawa Umno meruntuhkan surau. Gambar-gambar suasana berselerak untuk pengubahsuaian digunakan untuk membuat fitnah kononnya kerajaan meruntuhkan surau.

 Apa yang tidak dimaklumkan kepada orang Islam di luar kawasan tersebut ialah kerajaan negeri telah membina surau al-Kausar yang yang lebih besar, selesa dan cantik kurang 500 meter daripada tapak asal. Ini semua tidak diceritakan. Sebaliknya, apa yang digambarkan ialah saya seorang pemimpin Islam meruntuhkan surau dan menghalang penduduk pangsapuri tersebut beribadat.

Selain Pas, PKR juga tidak kurang peranannya dalam mencetuskan konflik agama. Melalui Hindraf, beberapa individu yang terbabit dengan PKR dilihat cuba mewujudkan konflik antara penganut Hindu dan Islam. Mereka menghasut kononnya BN menindas penganut agama Hindu dan orang India. Daripada peristiwa Kampung Medan sehinggalah tindakan meroboh kuil di Rimba Jaya, Kampung Jawa, dijadikan modal politik menghasut penganut agama Hindu membenci Barisan Nasional.

Isu kuil Rimba Jaya merupakan contoh klasik bagaimana agama digunakan untuk meniup sentimen kebencian bagi meraih keuntungan politik. Peranan, sumbangan dan bantuan BN dalam menjaga keharmonian penganut pelbagai agama dilupakan begitu sahaja melalui pemesongan fakta dan fitnah yang berleluasa.

Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Mahkamah telah membuat keputusan mengarahkan kerajaan merobohkan kuil tersebut dan setinggan sekitarnya. Kerajaan negeri tiada pilihan kecuali akur dengan keputusan mahkamah.

Namun atas dasar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM40,000 dan juga diberi tapak baru. Malangnya, ini semua tidak diceritakan kepada para penganut agama Hindu. Terlampau ramai ahli politik yang mahu mengambil kesempatan menjadi hero agama dan juga meraih keuntungan politik kebencian ini.

Justeru kerana sentimen agama dimainkan secara berlebihan, segala jasa dan sumbangan kerajaan negeri termasuk menjadi kerajaan negeri pertama memberi bantuan khusus untuk agama Hindu dan agama-agama lain selain agama Islam langsung tidak diambil kira.

Yang dilontarkan hanyalah kerajaan negeri Selangor dan saya anti-Hindu dan meroboh kuil sesuka hati. Hakikat bahawa surau juga terbabit dalam perobohan jika dibina sesuka hati tidak diambil kira. Di seluruh ceruk kawasan penempatan kaum India, BN dituduh menindas kaum India dan agama Hindu. Hakikat bahawa kuil Hindu terbesar di negara ini berada di Selangor, di bawah BN langsung tidak diambil kira.

Atas isu ini mereka berjaya menyebabkan  Parti Kongres India Malaysia kalah teruk di banyak kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Akibatnya, BN hampir kehilangan kuasa. Melalui adu-domba ini mereka berjaya menarik undi kaum India secara besar-besaran kepada Pakatan.

DAP dan Pakatan melihat mereka telah mempunyai sokongan orang Islam dan Hindu yang tepu dan taksub.

Kumpulan ini akan tetap menyokong Pakatan biar pun realiti sebenar berbeza dengan persepsi mereka. Orang Islam di dalam Pas percaya kepada kemunculan pemerintahan Islam dan Hudud.

Penganut agama lain pula percaya mereka akan mendapat perlindungan yang lebih baik dari sebuah kerajaan sekular yang dibentuk oleh Pakatan. Realitinya, pandangan kedua-dua kumpulan ini jelas sekali bertentangan tetapi masih diterima.

Jika kita lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat usaha yang jelas untuk mencetuskan konflik antara penganut Kristian dan Islam. Apabila wujud konflik maka kerajaan BN yang perlu menyelesaikan. Apa pun penyelesaian yang dibuat tentulah tidak akan dapat memuaskan hawa nafsu kedua-dua belah pihak. Di sinilah kumpulan ini menangguk di air yang keruh.

Jika kerajaan dilihat menyelesaikan konflik agak cenderung kepada orang Islam, DAP akan mengambil kesempatan menghasut orang Kristian dengan menyatakan Umno menindas penganut Kristian dan berpihak kepada penganut Islam secara membuta tuli.

Jika kerajaan membuat keputusan yang tampak menguntungkan sedikit penganut Kristian, Pas pula akan menghasut orang Islam agar membenci Umno dan menuduh Umno tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam keadaan mana pun mereka tetap untung melalui konflik agama ini. Justeru dakwaan bahawa terdapat usaha DAP untuk memainkan sentimen Kristian bagi menarik sokongan penganut agama Kristian kepada Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal atau tiada asas.

Jika kita lihat sejak beberapa tahun lalu, isu-isu membabitkan pertikaian agama Kristian-Islam sering kali dibangkitkan oleh mereka yang cenderung dengan DAP. Pada Mei 2010 saya telah menulis mengenai peri laku parti DAP ini di bawah tajuk "Konflik Antara Agama: DAP Menangguk Di Air Yang Keruh". Tangan-tangan DAP didakwa berada di sebalik isu Lina Joy, Kalimah Allah, Injil di dalam bahasa Melayu di Semenanjung.

Tindakan DAP menjadi hero kepada masyarakat Kristian merupakan satu tindakan politik yang strategik bagi melemahkan kedudukan BN di Sabah dan Sarawak. Hasutan dan janji yang berlebihan DAP kepada masyarakat Kristian akan menarik sokongan sebahagian besar pengundi beragama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Negara ini dibina atas dasar persefahaman dan tolak ansur antara penganut pelbagai agama. Tidak mungkin mana-mana penganut agama akan mendapat semua yang mereka mahukan. Malangnya kini ada ahli politik Pakatan menjanjikan perkara-perkara yang luar biasa biar pun mereka bertentangan janji antara satu sama lain dalam Pakatan.

Jika ada golongan Paderi dan Gereja Kristian yang bercadang mahu melontarkan sokongan besar-besaran kepada Pakatan Rakyat kerana kononnya BN menindas agama mereka, eloklah perkara ini difikirkan masak-masak.

Memang ramai pemimpin DAP sekarang merupakan penggerak agama Kristian atau sekurang-kurangnya telah menggunakan nama-nama Kristian. Namun jika pakatan menang ia belum tentu akan menjanjikan mereka kebahagian seperti bulan jatuh di riba.

Apakah para Paderi dan penganut Kristian fikir Pas akan menyokong segala permintaan mereka? Bacalah sejarah sebelum membuat keputusan mempercayai apa yang dijanjikan oleh Pakatan.

Pakatan sendiri berdiri atas persetujuan rapuh bersangkutkan kesepaduan atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tanpa Anwar, Pakatan akan dianggotai oleh dua parti ektremis agama, Pas dengan Islam, DAP dengan Kristiannya. Bolehkah ia menjaga kepentingan dan keharmonian semua agama?

Pas sehingga kini masih menyatakan bahawa mereka akan melaksanakan hudud dan pemerintahan Islam ala Pas yang telah mereka perjuangkan sejak berpuluh tahun lalu. Inilah yang dipercayai oleh majoriti pengikut mereka di bawah. Apakah ada penganut agama Kristian yang berfikir keadaan agama mereka akan lebih baik di bawah Pas berbanding BN?

 BN mungkin ada kekurangan dan kelemahan dalam menjaga kepentingan semua agama, namun sejarah menunjukkan sejak dahulu pemimpin Umno berkorban maruah demi menjaga kepentingan semua agama. Biar pun dicerca dan dicemuh oleh Pas sebagai kafir, taghut dan sesat, namun Umno dan BN tetap menjaga kepentingan semua agama.

Justeru adakah adil untuk penganut Kristian melupakan BN dan pergi kepada pakatan, yang mengandungi parti yang suatu ketika dahulu sangat membenci mereka, hanya kerana perbezaan pendapat dalam beberapa hal?

Pas tidak mungkin menyertai Umno atau menjadi seperti Umno kerana kekuatan sokongan akar umbi terhadapnya adalah berdasarkan landasan perjuangannya selama lebih 50 tahun - melaksanakan hudud, mendirikan pemerintahan Islam (mengikut fahaman mereka) dan mendahulukan kepimpinan Ulama.

Namun Umno boleh menjadi Pas, bahkan menyertai Pas jika keadaan memerlukan demi survival orang Melayu dan Islam. Justeru jangan anggap kesederhanaan pimpinan Umno dalam BN mencerminkan keseluruhan sikap ahli Umno di bawah.

Dengan kata lain, jika keadaan memerlukan tidak mustahil sebahagian mereka akan menyertai Pas dan memperkukuhkan parti tersebut jika merasakan kedudukan Islam diancam oleh DAP, dan Umno tidak lagi mampu menjaga kesederhanaan beragama seperti yang berjalan sekarang.

Saya berharap penganut agama Kristian jangan hanya kerana "mendengar guruh di langit, air dalam tempayan hendak dicurahkan; takut nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran".

* Dr Mohamad Khir Toyo

Nasha dakwa Anwar cenderung fahaman liberal
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
9 Oktober 2012
Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa melambai tangan ke arah jurugambar sebelum meninggalkan pekarangan KLIA setelah tiba dari Makkah, kelmarin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

"Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.

"Jika dibiarkan fahaman seperti ini, ia boleh menjadi ancaman kepada akidah umat Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok ini menambah: "Walaupun Anwar tidak pernah berkata beliau liberal, tapi tindak-tanduknya yang banyak kali itu boleh dilihat bertentangan.”

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Pas berkata demikian pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Sementara itu, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menyatakan sokongan kepada kenyataan pemimpin veteran Pas, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mendakwa Pas menyimpang dari amalan politik Islam.

Katanya, kenyataan Shahnon itu mungkin dalam konteks pemimpin-pemimpin DAP yang semakin berani mempersoalkan hudud dan undang-undang Islam hari ini.

"Kenyataan Shahnon perlu diberi perhatian serius oleh Pas, tentangan-tentangan dari pemimpin bukan Islam secara terbuka perlu dihentikan," katanya merujuk kepada kenyataannya dipetik Bernama semalam.


Nasharudin: Saya tunggu surat saman Karpal
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
9 Oktober 2012
Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa ketika ditemui di KLIA akhir Ogos lalu, ketika muncul kenyataan kontroversi beliau-Karpal.
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengulangi pendirian bersedia untuk bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap mahu menyamannya ekoran kenyataan menuduhnya anti-Islam, di mahkamah.

"Saya ulangi pendirian saya sebelum ini bahawa Karpal anti-Islam. Saya sentiasa menunggu surat saman, tapi hingga ke hari ini belum sampai.

"Saya tahu mahu laksanakan hudud di negara ini bukan senang, tetapi siapa beliau mahu menghalang pelaksanaannya?" katanya.

Ditanya sama ada Nasharudin bersedia menerima hukuman daripada Pas ekoran kenyataannya, beliau menegaskan, Islam adalah keutamaan dan soal ahli kemudian.
Semalam, Karpal menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan prosiding fitnah terhadap Nasharudin.
Bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh kes itu akan difailkan.

Menurutnya, disebabkan kekangan masa dan kerja, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan prosiding menyaman fitnah terhadap Nasharudin.

Katanya, "Ya akan, mana boleh tak mahu, saya belum tetapkannya lagi bila."

"Saya ada banyak masalah dan kerja di mahkamah, ikut undang-undang saya ada masa selama enam tahun untuk membuat perkara itu (saman fitnah)," kata beliau.
Pas: Biar Karpal-Nasha selesai sendiri
JAMILAH HAMZAH
9 Oktober 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan berpendirian membiarkan isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa diselesaikan oleh kedua pemimpin tersebut.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tindakan Karpal yang akan meneruskan samannya terhadap Nasharudin adalah urusan peribadi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor berkata, pihaknya tidak akan campur tangan kerana tidak pernah menyuruh ahlinya mengeluarkan kenyataan yang sesuka hati.

"Itu isu peribadai, terpulanglah Karpal nak teruskan saman ke atau tidak.

"Lagi pun, Pas tak pernah menyuruh Nasharudin mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap pemimpin lain.

"Tak bermakna kalau Karpal tak sokong hudud, bermaksud dia anti Islam," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Karpal berkata akan meneruskan prosiding fitnah terhadap Nasharudin, bergantung kepada keadaan yang dilihat sesuai.
Nasharudin sebelum ini didakwa memfitnah Karpal dengan menyatakan Karpal menentang hudud dan menentang Islam dan akan menunggu tindakan Karpal di mahkamah.

Sebelum ini, pemimpin DAP dan Pas yang lain pernah berkata mereka akan menyerahkan isu itu kepada kedua pemimpin tersebut.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata memandangkan pilihan raya yang tidak lama lagi, sokongan dari rakyat tidak akan berubah.

Tambahnya, parti tidak terlibat dan Pas yakin sokongan rakyat tidak akan terjejas disebabkan perkara tersebut.

"Itu kenyataan peribadi dia (Nasharudin), jadi tak perlu semua ahli parti terlibat.

"Kami yakin, sokongan rakyat tak akan berubah walaupun kita tak masuk campur," katanya lagi.
Pas: 'Perjuangan kami tidak ubah'
JAMILAH HAMZAH
9 Oktober 2012
mahfuz omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pas menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Sehubungan itu menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan ahli seumur hidup Pas itu hanya satu pandangan peribadi.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.

Menurutnya, tujuan PR, yang dianggotai Pas, DAP dan PKR, hanya untuk menjatuhkan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN).

"Perjuangan kita sama seperti dulu dan tak pernah berubah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Laporan Bernama semalam memetik Shahnon berkata, kerjasama antara Pas dan DAP seharusnya bersandarkan kepada amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW dan bukannya seperti yang berlaku kini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut memberitahu bahawa kenyataan dikeluarkan Shahnon adalah pandangan peribadi beliau.

Beliau berkata, Pas mempunyai Majlis Syura untuk dijadikan rujukan dalam apa jua perkara berkaitan dengan perjuangan parti.

"Kita ada Majlis Syura, sama ada bercanggah atau tidak, kita akan merujuk Majlis Syura. Beliau juga bukan tahu perjuangan yang kita bawa," katanya lagi.
Azmin serah isu Faekah kepada SU Agung
JAMILAH HAMZAH
9 Oktober 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebagai "masalah pentadbiran",  Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerahkan kepada setiausaha agung untuk menguruskannya.
Menurutnya, PKR tidak mempunyai sebarang keputusan atau usul pada masa sekarang, dan diserahkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengkaji perkara tersebut.
Katanya, "tak ada isu, tak ada usul, belum ada keputusan, semua itu saya serahkan kepada parti."
"Disebabkan itu masalah pentadbiran, biarlah parti dan saya serahkan kepada setiausaha (agung) parti untuk melihat padangan-pandangan yang diberikan oleh aggota parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.
PKR lazimnya akan mengadakan mesyuarat biro politik setiap Rabu.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah dan beberapa pemimpin parti itu mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.
Katanya, beliau juga berharap Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan sewajarnya keatas setiausaha politiknya yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Azmin berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Pas menyerahkan isu tersebut kepada PKR untuk menyelesaikannya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut menyatakan isu tersebut tidak menjadi masalah kepada PKR di peringkat pusat.
Pas: 'Isu Faekah urusan dalaman PKR'
JAMILAH HAMZAH
9 Oktober 2012
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pas menegaskan tidak akan masuk campur dalam isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor,  Faekah Husin yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas percaya pada apa jua keputusan PKR demi kebaikan bersama.
Menurutnya, Pas tidak akan mencampuri urusan itu dan membiarkan PKR menyelesaikannya sendiri kerana mereka lebih mengetahui hal sebenar.

"Kita tak campuri urusan parti itu (PKR), kita tak tahu apa hujung pangkal isu itu.

"Itu urusan parti merekalah, biar mereka selesaikan sendiri, saya ada kepercayaan sepenuhnya kepada mereka," katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.

Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Selnagor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya keatas setiausaha politiknya yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan PR.

Tambahnya, isu Faekah juga tidak perlu dibawa sehingga ke peringkat PR kerana isu tersebut adalah isu dalaman PKR.
Ditinggal anak selepas cacat
Wartawan Sinar Harian
9 Oktober 2012
Mamu
Mamu hidup merempat selepas tidak dihiraukan oleh anaknya sendiri.
PARIT BUNTAR - Seorang bekas anggota tentera yang mahu dikenali sebagai Mamu, 62, hidup merempat setelah ditinggalkan anak yang tidak mahu menjaganya kerana cacat kaki setelah dipotong akibat penyakit kencing manis.

Atas keprihatinan orang ramai, dia diberi sebuah bilik yang diwakafkan insan prihatin di Kampung Kedah dua tahun lalu.

Menurutnya, kehidupan normal yang dinikmati sebelum ini berubah sekelip mata setelah ketiga-tiga anaknya berjaya mendapatkan pekerjaan dan mula berpindah jauh darinya.

“Keadaan semakin buruk setelah isteri saya meninggal dunia dan masalah penyakit kencing manis semakin kronik, menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong lima tahun lalu. Sejak itu, tiada seorang anak datang menjenguk saya. Malah, mereka tidak dapat dihubungi langsung.

“Kecacatan kaki menyebabkan saya tidak mampu menanggung bayaran bulanan rumah sewa sehingga saya terpaksa hidup merempat,” katanya.

Mamu berkata, keadaan kesihatan tidak mengizinkannya untuk bekerja dan terpaksa meminta sedekah demi sesuap nasi saban hari.

“Kadang-kadang saya terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer dari tempat tinggal, untuk meminta sedekah di sekitar kawasan pasar awam Parit Buntar dan premis perniagaan.

“Demi Tuhan, sekiranya fizikal saya masih sempurna, saya tidak akan sesekali meminta sedekah. Tapi, apakan daya, segala berlaku merupakan ujian bagi-Nya,” katanya.

Mamu berkata, keprihatinan orang awam membolehkan dia memiliki kad orang kurang upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mendapat bantuan RM150 sebulan.

“Sejak menerima bantuan bulanan sebulan lalu, saya tidak lagi kerap meminta sedekah. Kadangkala sahaja. Itu pun sekiranya duit bantuan habis lebih awal.

“Maklumlah harga barang sekarang semakin naik, jadi wang bantuan itu kadangkala tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan saya,” katanya.

Di sebalik kesedihan dialami, Mamu mengharapkan ketiga-tiga anaknya diberikan hidayah untuk menyambutnya kembali ke pangkuan keluarga.

“Saya rindu hidup bersama keluarga. Kadang-kala hidup keseorangan menyebabkan saya lebih teringat mati. Saya doa anak-anak saya kembali ke pangkuan saya. Kalau boleh, saya tidak mahu mati seperti pendatang asing di bumi sendiri,” katanya.
Bas percuma Go-KL: Apa pendirian anda?
Wartawan Sinar Harian
9 Oktober 2012
Bas percuma Go-KL: Apa pendirian anda?
Perkhidmatan bas percuma Go-KL yang disediakan di ibu negara sejak Ogos lalu.
INISIATIF kerajaan mewujudkan perkhidmatan bas percuma Go-KL sebagai langkah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di pusat bandar menimbulkan pertikaian di kalangan pemandu teksi di ibu negara.
Pertikaian oleh pemandu teksi memuncak apabila lebih 200 pemandu teksi mengadakan mogok di Bukit Bintang baru-baru ini, membuat pelbagai pihak mula terfikir sejauh mana impak perkhidmatan bas percuma ini terhadap golongan itu sehingga mereka nekad berhimpun.
Bagaimanapun, sejak ia dilancarkan pada 31 Ogos lalu, ramai yang menyambut baik perkhimatan percuma itu dan menyifatkan ia sebagai satu bonus buat warga kota.
Namun, yang menjadi persoalannya adakah kewujudan bas percuma ini mampu mengurangkan kesesakan di CBD seiring dengan matlamat asalnya? Atau kewujudan 15 buah bas berwarna ungu dengan 25 hentian bagi sepanjang 14 kilometer perjalanan hanya  menambah lagi kesesakan sedia ada?
Dua pegawai kastam dihukum gantung kerana edar dadah

9 Oktober 2012
ALOR SETAR - Dua pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mansor, 43, dan Nazni Seman, 48, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
  
Kedua-dua tertuduh yang bertugas di Kuala Perlis, Perlis, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis kanabis seberat 6,705 gram di kawasan tapak parkir lori kilang simen, Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis pada pukul 9.30 malam, 27 April 2011.
  
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Y.Anbananthan.
  
Semasa penghakiman, Mohd Zaki berkata keterangan pembelaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan kenyataan kedua-dua tertuduh hanya diada-adakan bagi melepaskan diri.
  
Sementara itu, Anbananthan ketika rayuan memaklumkan bahawa Nazni dan Ismail, masing-masing telah bertugas selama 17 dan 14 tahun dengan KDRM. - Bernama
Fokus: Pengemis mampu kutip RM500 sehari
ROSMIZA KASIM, IZWAN ROZLIN, MOHD AZLIM ZAINURY, HAZELEN LIANA KAMARUDIN, HIDAYAH HAIROM
9 Oktober 2012
Muka Depan Sinar Harian Edisi Isnin.
Muka Depan Sinar Harian Edisi Isnin.
Fokus: Pengemis mampu kutip RM500 sehari
Adawiyah mendekati pelanggan untuk menjual VCD dan tisu.
ALOR GAJAH - Aktiviti mengutip derma di daerah ini dilihat semakin menjadi-jadi terutama hadapan pintu masuk bank, stesen minyak, tempat letak kenderaan, kedai makan dan pasar raya besar.
Difahamkan, seorang ‘ustaz’ ditugaskan menghantar dan mengambil pengutip derma dalam kalangan kanak-kanak atau remaja dengan kereta mewah, sekali gus menjadikan amalan ini seolah-olah perniagaan untuk mengaut untung berganda.

Wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai penderma berpeluang mendengar pengalaman dua pengutip derma berusia 11 dan 15 tahun di dua lokasi berasingan.

Adawiyah ketika ditemui di hadapan sebuah stesen minyak di sini, berkata, dia terpaksa melakukan kerja itu kerana desakan hidup.

"Sudah tiga tahun saya mengutip derma. Saya lakukan dengan sukarela, bukannya atas paksaan seperti didakwa sesetengah pihak, malah ‘ustaz’ juga mengajar kami bagaimana melariskan jualan,” katanya.
Menurutnya, dia dan rakan lain mampu mengutip RM300 hingga RM500 sehari bergantung kepada tempat dan keadaan kerana hasil  diperoleh mungkin berlipat ganda daripada jumlah kutipan derma yang disasarkan di setiap daerah.
“Setiap sektor ditempatkan seorang remaja perempuan atau lelaki. Kami akan dipantau seorang ‘ustaz’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri kami dari dalam kereta mewah agar aktiviti yang kami jalankan berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Kami menjual beberapa keping cakera padat (VCD) dan beberapa jenis minyak pintar untuk kecerdasan minda kanak-kanak serta dewasa dengan harga RM20 setiap satu. Semua hasil daripada jualan barangan ini diserahkan sepenuhnya kepada ‘ustaz’," katanya yang dibayar RM10 hingga RM15 sehari.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis kaya bukan dongeng]

Menurutnya, hasil kutipan akan diserahkan kepada pengetua untuk dana markas iaitu tempat mereka semua menumpang teduh.

Seorang lagi rakannya, Hurhidayah Suliman berkata, aktiviti mereka bermula selepas tamat sesi persekolahan sebelah pagi dan bermula jam 11 pagi sehinggalah 10 malam.
Menurutnya, mereka akan diberikan taklimat sebelum bergerak dan dihantar menggunakan van atau MPV ke lokasi ditetapkan.

"Kami hanya diminta memilih pelanggan berduit dan yang mudah dipengaruhi supaya mereka membeli VCD serta tisu yang dijual.
“Kami mengharapkan jualan ini untuk terus hidup. Jika kami tak buat kerja ini, kami nak makan apa, lagipun bukan senang nak cari duit lebih. Walaupun terpaksa kami tetap relakan juga untuk bersemuka dengan orang ramai yang bermacam ragam,” katanya.

Nurhidayah berkata, dimaki hamun, dihalau dan diludah sudah menjadi perkara biasa buat mereka yang mengutip derma.

"Tapi ramai juga bersimpati dengan kami dengan memberi derma dan menasihatkan kami supaya menjaga diri," katanya yang biasanya mengalas perut dengan sekotak air soya dan  sebungkus roti sepanjang mengutip derma.

Tiada ulasan: