Permasalahan gaji doktor tidak selaras
Dr Rizal Razimin Razack, |
Sebagai permulaan, kami, pensyarah-pensyarah perubatan dan pergigian pelatih, secara dasarnya adalah merupakan doktor perubatan dan doktor pergigian. Perbezaan antara kami dan doktor perubatan dan pergigian di hospital dan klinik kerajaan adalah dari segi kementerian. Kami berkhidmat di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, manakala doktor perubatan dan pergigian di klinik dan hospital kerajaan berkhidmat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dari segi kelayakan, bidang tugas dan jumlah tahun berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan tiada bezanya antara kami di IPTA dan juga doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Yang menjadi permasalahan buat kami, pensyarah perubatan dan pergigian pelatih, adalah skim perkhidmatan masih belum dikaji semula. Untuk seseorang doktor di Kementerian Kesihatan yang telah berkhidmat selama lima tahun, mereka akan dinaikkan pangkat ke gred UD48. Sedangkan seseorang pensyarah perubatan/pergigian pelatih yang berkhidmat pada tempoh masa yang sama (lima tahun), masih lagi kekal di gred DU45.
Dari segi perbezaan gaji pokok pula, untuk doktor bergred UD48 di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak RM5,000 dan kami, pensyarah perubatan/pergigian pelatih adalah sebanyak RM3,400. Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara gred dan gaji pokok di sini. Untuk makluman, gaji doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia telah dikaji semula pada bulan Mac 2010. Menjadi tanda tanya buat kami, kenapa gaji kami tidak selaras dengan doktor di Kementerian Kesihatan. sedangkan dari segi tugas, kelayakan dan juga pengalaman berkhidmat, kami di IPTA dan doktor di Kementerian Kesihatan adalah sama? Kami terasa seperti dianaktirikan.
Kami amat berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengkaji dan menyelaraskan semula gaji pensyarah perubatan/pergigian pelatih dengan gaji doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa..
Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.
Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.
"Itu duit siapa?" soal beliau.
Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.
Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.
10 orang muncul di KLCC untuk Hari Leher-V
Seramai
10 orang aktivis hadir untuk sambutan Hari Leher-V di satu kawasan
taman Kuala Lumpur City Center (KLCC) hari ini namun ia tidak
berlangsung lama apabila pihak keselamatan muncul petang ini.Dalam kejadian pada kira-kira jam 5.45 petang itu, dua orang pengawal keselamatan Suria KLCC mendekati petugas Malaysiakini dan wakil AFP yang membuat liputan pertemuan tersebut dan melarang daripada membuat rakaman video.
Pengawal keselamatan itu kemudiannya membawa dua daripada 10 orang wakil aktivis berkenaan dengan membonceng motosikal ke satu lokasi, didakwa untuk menemui penyelia mereka.
Seorang daripadanya, Adam Sharisman, 19, kemudiannya kembali menyertai aktivis lain selang 15 minit kemudian bersama seorang rakannya yang enggan dinamakan.
Petugas media menemubual aktivis berkenaan dengan pengawasan pengawal tersebut.
Dalam pertemuan singkat bersama penyelia keselamatan tersebut, Adam berkata beliau diberitahu bahawa petugas media perlu memohon permit untuk membuat rakaman video.
"Untuk merakam video kamu perlu memohon permit. Itu pihak pengurusan beritahu masa kami jumpa dia," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Menurutnya lagi, beliau juga diberitahu bahawa taman KLCC merupakan harta persendirian dibawah pengurusan KLCC dan bukan tempat awam.
Jelas Adam (paling kanan), beliau menyertai perhimpunan hari ini untuk memberi kesedaran bahawa tindakan diskriminasi terhadap individu gay adalah perkara yang tidak wajar.
"Saya buat (perhimpunan) ini kerana betapa teruknya diskriminasi ini (dalam) masyarakat. Saya ada beberapa kawan yang sebahagian daripada LGBT. Kita sepatutnya menunjukkan sokongan pada mereka.
"Dan saya buat perjumpaan hari ini lebih kepada suka-suka, bukan untuk menentang kerajaan," katanya lagi.
Seorang lagi peserta lagi, Amri Abu, 28, berkata beliau hadir pada petang ini bagi membantah stereotaip ke atas golongan gay – seperti memakai baju leher-V.
Menurut Amri, pendedahan garis panduan tersebut seperti membenarkan masyarakat dan kanak-kanak untuk membuli golongan LGBT, katanya.
"Semua orang adalah sama. Garis panduan itu seperti memberi kebenaran untuk masyarakat dan kanak-kanak menggalakkan buli. Saya tak rasa ia wajar," katanya.
Kumpulan berkenaan bersurai pada kira-kira jam 6.15 petang.
Portal antarabangsa pergerakan LGBT Gay Star News pada 17 September melaporkan, Hari Leher-V kebangsaan diadakan hari ini sebagai respons terhadap dakwaan kerajaan menyokong garis panduan untuk mengenalpasti golongan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi dalam kenyataan pada hari Khamis lalu berpendapat penganjuran Hari Leher-V itu sebagai cubaan mempersendakan kerajaan.
Pada 13 September lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan menteri pelajaran menyokong "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah membetulkan keadaan.
Antara simptom itu, menurut harian berbahasa Cina itu, mempunyai badan sasa, suka menunjukkan aset di badan, memakai baju dengan leher-V.
Kereta juruacara, wartawan disimbah asid
Sebuah
kereta yang dipinjamkan kepada juruacara untuk Himpunan Hijau Lestari
Pengerang, Hishamuddin Rais, disimbah dengan asid pada awal pagi ini.Turut menjadi sasaran ialah sebuah kereta milik wartawan Citizen Journalist, Azizan Yunos.
Hishamuddin berkata, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki tiba dengan sebuah kereta dan melemparkan bungkusan asid ke arah dua kereta tersebut.
Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada untuk pengangkutan ke Pengerang, manakal Azizan dan rakan sekerjanya Amirull Salihing merakam dokumentari mengenai seorang rakannya, Lim Hwee Seng.
Ling merupakan seorang bekas guru pada tahun 1970-an dan dokumentari itu adalah mengenai kepulangannya.
Kumpulan berkenaan bersama seorang pemandu menginap di sebuah rumah di Teluk Ramunia, kira-kira tujuh kilometer daripada lokasi perhimpunan hari ini.
Amirull memberitahu Malaysiakini bahawa kerosakan itu disedari pada kira-kira jam 7.15 pagi dakan rakaman CCTV menunjukkan insiden itu berlaku.
Namun, rakaman itu tidak menunjukkan wajah pelaku atau nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan, katanya.
Hishamuddin ketika diminta mengulas berkata, beliau kecewa dengan kejadian tersebut dan berpendapat kegiatan samseng itu patut dihentikan.
Dua laporan polis dibuat di balai polis Sungai Rengit pada kira-kira jam 1 petang tadi.
Sementara itu, laman Harakahdaily melaporkan cermin kenderaan yang digunakan naib presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengalami dipecahkan ketika dalam perjalanan ke lokasi perhimpunan.
Utusan mahu Malaysiakini minta maaf
Utusan
Malaysia hari ini menuntut Malaysiakini memohon maaf kepada semua
rakyat Malaysia atas dakwaan bahawa portal berita itu dibiaya jutawan
George Soros.Dalam edisi hujung minggunya hari ini, Awang Selamat – nama samaran untuk pengarang akhbar tersebut – juga mempersoalkan jika Malaysiakini berniat untuk menjadi "alat pihak asing".
"Dengan sekian banyak bukti, jangan lagi berulang kali mendakwa portal itu bersifat bebas, itu hanya menghina diri sendiri.
"Belum terlewat lagi untuk kembali ke pangkal jalan, lebih-lebih lagi ini adalah soal kedaulatan," kata penulis tanpa nama itu.
Penulis berkenaan menyalahkan pembiaya asing yang didakwanya "menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara" atas laporan "memburuk-burukkan kerajaan" dan menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kempennya sebelum ini, Utusan turut melaporkan dakwaan seorang bekas editor Malaysiakini yang mendakwa salah seorang pengarah portal itu, Harlan M Mandel merupakan "orang Soros".
Bagaimanapun, akhbar milik Umno itu tidak melaporkan kenyataan dan penjelasan ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran berhubung isu tersebut.
Akhbar itu juga tidak melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berbaik-baik dengan Soros dan turut meminta jutawan itu menyokong projek anti-perang Forum Keamanan Dunia yang diusahakan bekas perdana menteri itu.
Malaysiakini sebelum ini mendedahkan bahawa Mandel menjadi salah seorang pengarah Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas mengetuai Media Development Loan Fund pada tahun lalu.
Bajet 2013: Nik Aziz mahu isu royalti diselesai
1 Oktober 2012
Beliau berkata, sekiranya isu tuntutan royalti tidak diberi keutamaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Kelantan dengan menolak Kerajaan Pusat.
"Kerajaan Pusat nak belanja banyak mana duit saya tidak soal, tapi jangan sampai ganggu royalti Kelantan, rakyat Kelantan tidak akan beri undi kepada pusat sekiranya royalti diganggu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu, yang turut memberi manfaat golongan muda.
Ditanya adakah beliau berpuas hati bajet yang dibentangkan, Nik Aziz mengakui belum membaca inti pati sepenuhnya namun diberitahu ia mempunyai unsur beli undi.
"Saya belum baca sepenuhnya, tetapi orang sibuk membicarakan soal beli undi, saya tidak mahu kata ia betul atau tidak, tetapi jika ada benda pelik (pemberian wang) berlaku sebelum pilihan raya, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul," katanya.
Menurutnya, sekiranya benar unsur beli undi berlaku, tindakan Kerajaan Pusat itu seolah-olah memberi ‘gula gula’ sekali gus merendahkan nilai rakyat.
Kelmarin, Nik Aziz dipetik berkata, bajet yang dibentangkan tidak seimbang antara dunia dan akhirat.
"Jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa takwa pada ALLAH SWT.
"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat," katanya.
'PKR bermimpi siang hari'
1 Oktober 2012
Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.
“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam.
Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.
“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.
“Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding.
Formula 3-3-3-1 BN rampas Pulau Pinang
30 September 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.
"Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi Dun boleh dirampas di negeri ini," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri, di sini, hari ini.
Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi Dun daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan Pas satu kerusi.
Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata, krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP.
PKR dan Pas perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya.
Krisis antara Guan Eng dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Setiausaha Agung DAP sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu.
Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU13. - Bernama
Calon PRU13: Cuepacs serah kepada PM
30 September 2012
Dalam temu bual dengan wartawan Sinar Harian Online, Raziatul Hanum A Rajak baru-baru ini, Presidennya, Datuk Omar Osman, yang menerajui badan induk ini sejak Oktober 2006, berbicara mengenai soal kebajikan dan kepentingan anggota perkhidmatan awam termasuk sistem saraan dan gaji minimum. Malah, beliau juga berkongsi mengenai pendiriannya dan Cuepacs ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang semakin dekat.
SINAR HARIAN ONLINE: Datuk dikatakan sebagai Presiden Cuepacs yang sangat aktif. Apa pandangan Datuk?
OMAR OSMAN: Aktif ini tertakluk kepada sokongan padu daripada gabungan dan majlis jawatankuasa termasuklah pegawai dalam Cuepacs sendiri. Apabila mendapat sokongan padu dan kerjasama yang baik, kita sebagai pemimpin akan bekerja dengan lebih gigih bagi merancang dan memperjuangkan kebajikan setiap anggota gabungan perkhidmatan awam ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Datuk sudah puas hati dengan pencapaian dan sumbangan Datuk selaku Presiden Cuepacs?
OMAR OSMAN: Sejak meneraju Cuepacs, bermula 26 Oktober 2006 sehingga hari ini, walaupun masih ada beberapa perkara yang belum selesai tetapi dari segi kepuasan hati bagi saya memang memadai apa yang dicapai sehingga hari ini, yang dinikmati oleh anggota-anggota perkhidmatan awam termasuk pesara-pesara sekali.
SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana tahap perjalanan suruhanjaya khas transformasi dalam perkhidmatan awam?
OMAR OSMAN: Suruhanjaya khas transformasi sektor perhidmatan awam ini, ditubuhkan berdasarkan apabila pada 8 Mac 2012 permasalahan dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), apabila ada ketidakpuashatian dari semua peringkat.
Cuepacs sebagai tunjang utama telah membuat perkara-perkara bantahan. Sehubungan itu, kerajaan membuat keputusan membatalkan SBPA dan apabila SBPA dibatalkan, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya.
Ia telah ditubuhkan dan saya salah seorang dalam ahli majlis tersebut dan dengan harapan suruhanjaya ini akan menggubal satu sistem transformasi perhidmatan awam, sama ada dari segi cara bekerja, kualiti bekerja, bagaimana kita nak tingkatkan imej anggota perkhidmatan awam, menanamkan semangat intergriti yang tinggi dan seterusnya mempunyai satu skim perkhidmatan gaji yang lebih adil dan saksama supaya penjawat awam lebih menyerlah.
Jadi suruhanjaya ini telah bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk menyediakan satu skim atau satu bentuk apakah yang kita mahu transformasi untuk sektor perkhidmatan awam menjelang 2020, lagi lapan tahun.
Apabila SBPA dibatalkan, kita kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang mana kita menunggu laporan suruhanjaya itu. Jadi, buat masa ini, kita mengikut apa yang terkandung dalam SSM itu sendiri dan apabila pengumuman selesai, baru kita ada opsyen kembali pada satu skim yang baru.
kerajaan beri tempoh selama enam bulan bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2012, jadi kita harap dapat dimulakan dengan lebih komprehensif.
Bonus Aidilfitri dan insentif tambahan
SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini PM mengumumkan bonus Aidilfitri, yang pertama Bonus Aidilfitri diberikan? Apakah Cuepacs mengharapkan satu bonus tahunan diberikan? Cuepacs akan pohon?
OMAR OSMAN: Apabila ekonomi dua tiga tahun lepas tidak menentu, kerajaan tidak berkemampuan untuk memberi dalam bentuk bonus. Kerajaan hanya memberi dalam bentuk sagu hati, yang mana RM500 sebelum raya, RM500 selepas raya. Saya ingat dua tahun berturut-turut kita menikmati itu.
Pada tahun ini, kita telah diumumkan setengah bulan bonus untuk musim perayaan ini, yang mana termasuk pesara-pesara diberi RM500 sebagai sagu hati. Kita harap walaupun perkara ini belum diputuskan lagi, di mana kita menunggu pembentangan bajet.
Kita harap dapat paling tidak sebulan gaji bonus dapat dinikmati yang mana untuk persiapan raya dan persiapan awal persekolahan dan sebagainya. Ini memang biasa setiap tahun begitu. (Dalam Bajet 2013 dibentangkan Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus satu bulan gaji, tambahan kepada bonus Aidilfitri).
Cuepacs ini hanya badan yang memperjuangkan hak kebajikan pekerja supaya anggota perkhidmtan awam ini, khasnya yang berpendapatan sederhana dapat meringankan kos sara hidup, juga meringankan beban dari semasa ke semasa.
Setiap tahun memang kami mengharapkan pembayaran ini dapat dilakukan kerajaan atas kemampuan kerajaan sama ada setengah bulan, sebulan, dua bulan, tiga bulan kita harap dapat dipertimbangkan kerajaan.
Paling tidak bagi menghargai sumbangan mereka menjayakan dasar kerajaan, supaya mereka merasa mereka memainkan peranan sebagai enjin penting dalam perkhidmatan awam.
Pemberian bonus ini melibatkan kadar gaji setiap penjawat awam.
Setengah bulan bagi setiap penjawat awam mengikut gaji masing-masing. Ia mengikut jawatan yang mereka sandang. Kalau gaji RM2,000 sebulan dapatlah RM1,000.
SINAR HARIAN ONLINE: Kos sara hidup dilaporkan semakin meningkat. Apakah harapan Cuepacs dan tuntutan Cuepacs? Perlukah Cola dikaji balik?
OMAR OSMAN: Memang sekarang ini yang membimbangkan kita apabila berlaku kenaikan gaji, atau pun dapat bonus, kos barang akan berlaku penambahan. Ini yang berlaku di luar kawalan kita. ini yang menyebabkan kos sara hidup tinggi.
Gaji RM3,000 ke bawah kalau tidak pandai urus memang menjadi masalah. Itu sebab dalam pembangunan Cuepacs dari semasa ke semasa Cola misalnya kita minta keselarasan, standardkan dari semua peringkat bandar, luar bandar , negeri-negeri sebab sekarang ini kita dapati kos saraan hidup bandar ke luar bandar ke sama sahaja kos sara hidup. Kadang-kadang di luar bandar lagi mahal. Di luar jangkaan kita.
Ini perkara yang sedang kita perbincangkan dari semasa ke semasa.
Kemudian, dalam perkhidmatan awam kita dan sekian lama, kita tak buat penambahbaikan kemudian, dari segi imbuhan tetap perumahan sekarang mana ada lagi sewa rumah RM180? Tidak ada.
Ini semua perkara yang kita minta kerajaan pertimbangkan semula. Khasnya dari segi skim gaji perkhidmatan awam mesti seimbang dengan kos sara hidup semasa. Kita tidak mahu pendapatan rendah, kos sara hidup tinggi dan menjejaskan produktiviti. Jadi ini yang kita sedang menjalankan perundingan perbincangan dengan pihak kerajaan, kementerian tertentu, bagaimana kita nak atasi permasalahan ini.Supaya penjawat awam ini dapat pendapatan yang cukup, gaji yang cukup.
Baru mereka boleh bekerja dengan penuh gigih. Barulah selaras dengan Perdana Menteri kata cepat, tepat, integriti, kreatif dan inovasi. Barulah boleh capai tahap itu. Tetapi, kalau masalah ini ada, mereka terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, terutama di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang.
Gaji minimum sektor awam harus RM1,200
SINAR HARIAN ONLINE: Gaji minimum penjawat awam sudah diputuskan?
OMAR OSMAN: Sekarang ini kalau peringkat swasta kerajaan sudah menetapkan kalau swasta gaji minimum sektor swasta, RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah Sarawak tetapi di peringkat sektor awam, gaji minimum campur elaun.
Kalau gaji saja kita belum capai gaji minimum. Contohnya, kalau gaji kita paling rendah RM647. RM647 ini belum capai gaji minimum, kalau dicampur dengan elaun Cola, elaun rumah, elaun perkhidmatan awam barulah mengatasi gaji minimum. Kalau gaji sahaja, kita belum tercapai. Ini yang kita lihat. Kenaikan gaji perlu berada dalam gaji minimum.
Ini perkara di bawah suruhanjaya, yang kita harap dapat dilihat semua sekali.
Gaji minimum ini adalah berdasarkan kadar kos sara hidup. Mengikut kiraan ketika itu. Maknanya, kerajaan telah menetapkan RM900 jadi RM900 ini mesti minimum pada pekerja tidak termasuk insentif-insentif lain. RM900 ini berdasarkan indeks semasa, dan kos barang.
Kalau tidak tercapai tahap ini, maknanya ia akan berada pada paras gaji tahap kemiskinan. Jika penjawat awam mendapat RM500, dia tidak boleh menanggung kos sara hidup. Jika dapat RM900 baru boleh menanggung kos sara hidup. Ini yang ditetapkan. Tidak termasuk kerja lebih masa, jugaa insentif.
Pendapatan ini tidak menentu. Itu adalah tambahan. Kalau dapat baru boleh menyimpan.
Sektor awam belum ada gaji minimum. Setakat ini gaji sahaja. Kalau gaji RM600 sahaja tiada elaun, kita duduk di bawah paras kemiskinan. Jadi mereka terpaksa bekerja sambilan untuk menambah RM600 lagi untuk menjadi RM1,200. Bagaimana kita hendakkan pekerja yang produktif? Itu sebab ada elaun-elaun tersebut.
Elaun-elaun ini membantu melonjakkan kita sampai ke tahap gaji minimum. Jadi, satu hari nanti, kalau gaji sektor awam dapat dilonjakkan kepada RM900 tidak termasuk elaun-elaun tadi, baru dia boleh buat simpanan.
SINAR HARIAN ONLINE: Berapa tahun sekali gaji minimum ini wajar disemak?
OMAR OSMAN: Tiga tahun sekali mesti disemak. Berdasarkan kepada ekonomi, kos sara hidup. Semua itu perlu diambil kira.
SINAR HARIAN ONLINE: Penerimaan kerajaan terhadap tuntutan Cuepacs?
OMAR OSMAN: Kerajaan memang mempertimbangkan supaya perkara ini dapat dilaksanakan mengikut kemampuan kerajaan. Perdana Menteri sendiri mengambil perhatian terhadap perkara ini. Kerajaan telah menggariskan pendapatan setahun RM50,000. Jadi paling tidak pendapatan kena RM3,000 sebulan.
Dulu Cuepacs minta gaji minimum RM950 tetapi sekarang RM950 itu sudah tidak boleh diukur dengan kos sara hidup sekarang. Paling tidak pun RM1,200. Baru mereka boleh menyimpan dan memberi tumpuan kepada kerja mereka dari 8 pagi hingga 5 petang.
Tidak perlu lagi mereka membuat kerja sambilan di luar waktu pejabat. RM1,200 itu untuk kelulusan yang paling rendah iaitu yang mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Jadi untuk peringkat lain, berbeza. Kalau kumpulan bawahan sudah selesai, yang atasan sudah tiada masalah.
SINAR HARIAN ONLINE: Cuepacs menentang dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?
OMAR OSMAN: Kita melihat dasar baru ini hanya memberi masalah kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiap satu dasar itu mesti dilihat secara menyeluruh. Kita lihat apa implikasinya. Yang mana kalau kita beri peluang kepada pemegang-pemegang ijazah untuk memohon pada tahap SPM, apa perancangan kerajaan untuk pemegang-pemegang SPM? Ke mana mereka mahu pergi? Tahap SPM sekarang bukan macam dulu.
Pemegang SPM juga mempunyai kelulusan yang baik cuma mereka tidak berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jadi kalau jawatan mereka diambil oleh pemegang ijazah, pemegang SPM ini mahu ke mana? Lama-kelamaan mereka akan jadi penentang. Bilangan mereka ramai. Itu fakta.
Jadi pemegang ijazah ini, esok, dia duduk dengan jawatan SPM, tidak lama. Ia hanya transit sahaja. Mereka akan berhenti bila sudah dapat jawatan yang lebih bagus. Jawatan yang ditinggalkan itu akan ada beban tugas.
Kita mahu kalau berkhidmat saja terus berkhidmat. Kita tidak mahu ada yang berhenti. SPA dah panggil kita bincang. Cuepacs akan hantar laporan kepada SPA terhadap 26 isu yang dibincang.
SINAR HARIAN ONLINE: Pemegang ijazah mencari pengalaman dengan bekerja di peringkat lebih rendah berbanding kelulusan. Apa komen Datuk?
OMAR OSMAN: Pengalamn boleh diperoleh dengan dihantar latihan. Sebab itu kita mahu penjawat awam akan datang, lapor saja diri, kita jangan bagi dia kerja terus. Kita bagi dia jalani latihan selama tiga bulan bagi setiap jabatan dalam agensi tersebut. Kemudian baru ditetapkan apa tugas rasminya.
Baru dia ada pengalaman. Kerajaan belum jalankan. Perkara ini juga akan dibawa kepada SPA. Kita mesti ada perancangan. Setiap lantikan baru kena berada pada tahap-tahap ini. Baru mereka rasa selesa dan tahu peranannya.
PRU13 dan pendirian Cuepacs
SINAR HARIAN ONLINE: PRU13 semakin dekat. Apakah pendirian Cuepacs? Apakah pegangan Cuepacs? Nasihat kepada kakitangan awam? Adakah Cuepacs akan meminta kakitangan awam sokong kerajaan?
OMAR OSMAN: Perkhidmatan awam ini sebuah badan yang tidak boleh berpolitik. Masing-masing ada tandatangan akujanji dan ada etika perkhidmatan awam. Cuepacs satu badan bukan badan bukan kerajaan (NGO), yang didaftarkan bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Peranan berasaskan perjuangan hak pekerja. Saya tidak mahu kita dipesongkan dengan berpolitik dalam kesatuan.
Apabila wujud perkara ini, perjuangan kita tidak akan tercapai. Kita sibuk mementingkan kedudukan dan peranan. Perkara ini tidak sesuai dalam konsep kesatuan. Sebagai anggota perkhidmatan awam, jentera penting perkhidmatan, mana-mana saja kerajaan yang kita pilih, penjawat awam akan mengikut arahan dan menjalankan tugas-tugas tersebut.
Kalau penjawat awam nak berkempen, pihak kita boleh ambil tindakan. Sampai masa pilihan raya, sampai masa Parlimen dibubarkan, kita pergilah mengundi, mengikut keyakinan sendiri kepada mana-mana parti politik pemerintah yang ada kini.
Tidak ada slogan dalam perkhidmatan awam yang mengatakan penjawat awam wajib mengundi kerajaan. Cuepacs rasa kerajaan hari ini menunaikan tuntutan Cuepacs. Banyak yang berjaya, jadi tidak ada sebab, kita nak bagi orang lain.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimanapun dengan Datuk sendiri? Datuk disebut-sebut akan bertanding PRU kali ini. Datuk sudah bersedia? Atau kerajaan harus beri jawatan Senator?
OMAR OSMAN: Mengikut dalam sejarah Cuepacs memang ada pemimpin Cuepacs yang bertanding dalam politik. Soal nak jadi calon atau tak jadi calon terserah kepada kerajaan. Kalau mereka mahu wakil pekerja untuk berada dalam parti yang memerintah, untuk menyuarakan hak lebih yakinkan pekerja kepada kerajaan, terpulang. Ia satu transformasi supaya dapat berganding bahu dengan pemerintah termasuk pesara-pesara penjawat awam.
Kalau dicalonkan, tengok dululah. Kita akan bawa ke mesyuarat Kongres Cuepacs. Apa pandangan Kongres kita. Bukan keputusan saya sendiri. Berdasarkan mesyuarat Kongres tiga bulan lepas, Kongres memberi sokongan padu jika wakil pekerja ada dalam Parlimen.
Tidak kira siapa pun yang berkemampuan untuk dicalonkan. Tidak semstinya saya. Kerajaan hari ini memandang Cuepacs rakan kongsi bijak kepada kerajaan. Menyokong dasar kerajaan dan memastikan apa saja dasar kerjaan dijalankan dengan baik. Kita bukan badan pendesak, juga bukan badan penentang kepada kerajaan.
Pengiktirafan itu terpulang kepada kerajaan. Mungkin sekian lama Cuepacs ditubuhkan, 55 tahun yang lalu, belum pernah sejarah Cuepacs berada di tahap itu. Kalau kerajaan beri penghargaan, terserah kepada kerajaan pemerintah.
Bidang kuasa itu daripada parti pemerintah. Kita hanya menjalankan mandat daripada ahli gabungan kita supaya memperjuangkan hak-hak kita.
SINAR HARIAN ONLINE: Sektor swasta lebih baik dari sektor awam atau sebaliknya. Pandangan Datuk?
OMAR OSMAN: Penambahbaikan terhadap perkhidmatan awam memang ada cuma belum lagi capai seratus peratus KPI. Memang ada permasalahan khasnya penjawat awam di peringkat pedalaman.
Mereka masih menggunakan kemudahan lama yang serba kekurangan. Jika hendak dibandingkan perkhidmatan awam dengan swasta, sebenarnya perkhidmatan awam sudah lebih baik daripada swasta.
Oleh sebab itu, ramai pekerja swasta yang mahu berkhidmat dalam sektor awam kerana jaminan jangka masa panjang, gaji yang lebih baik dan mereka sudah nampak sistem bekerja yang lebih baik. Kadang-kadang sektor awam lebih baik dari swasta.
Swasta bagus dalam tahap-tahap tertentu sahaja. Mungkin yang melibatkan publik sahaja. itu kita tak tahu lagi. Bagi perkhidmatan awam, rakyat adalah pelanggan. Melalui aduan juga kita lakukan penambahbaikan melalui situ. masalah memang ada.
Penjawat awam yang tidak bagus, kita amek tindakan.kita buang keje. kita tidak lagi seperti dulu. Apabila ada pekerja yang tidak bagus, tidak boleh bekerjasama kita bagi nasihat, nasihat dan nasihat. Jika pekerja tidak boleh memberi kerjasama kita buang.
Kereta dinaiki Naib Presiden Pas, aktivis ditoreh dan dipecah cermin
30 September 2012
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid).
“Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan.
“Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid,” katanya, yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ketika dihubungi Sinar Harian Online, lewat petang ini.
Menurut Salahuddin, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), kejadian itu membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dan kejadian disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran.
Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Johor pada PRU13.
Ketika ditanya sama ada laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian, Salahuddin berkata, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin membiarkan orang ramai menilai sendiri perkara itu.
“Apa yang berlaku merupakan lanjutan daripada budaya gengsterisme yang diamalkan apabila politik hujah tidak boleh dijawab oleh pihak tertentu.
“Kami terpaksa mengambil masa lama untuk menukar tayar dan membaiki serba sedikit sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana esok saya perlu menghadiri beberapa program lagi,” katanya yang menganggap kejadian sebagai "ujian kecil."
Ujar beliau, apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan usahanya untuk meneruskan perjuangan dan memberi pembelaan secukupnya kepada penduduk di Pengerang.
Katanya, beliau turut tidak berkecil hati dan sesiapapun tidak boleh mengharap beliau akan berundur ke belakang.
"Sejak menyertai politik 30 tahun lalu, sudah banyak perkara telah saya tempuhi. Kebelakangan ini saya turut menerima ugutan pukul dan ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu semua saya hadapi dengan tenang.
“Saya juga bersyukur kerana isteri dan anak-anak faham dengan tugasan saya malahan mereka juga turut memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini,” jelas beliau lagi
Buang sifat angkuh, Mustapa nasihat jentera BN
1 Oktober 2012
Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin dan ahli parti perlu mengelak sifat angkuh dan takbur bagi menarik sokongan rakyat Kelantan bersama perjuangan parti itu.
"Kita tidak mampu nak tanggung kehilangan undi, terutama dalam jangka masa pilihan raya yang terlalu dekat.
"Kita perlu lebih berhati-hati kerana pembangkang akan menaikkan isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan dan BN Kelantan di sini, semalam.
Sebelum ini, Penyelidik kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan peratusan jangkaan memihak kepada BN Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada Mac- April lalu kepada 32 peratus bulan ini.
Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas yang mentadbir Kerajaan Negeri, susut tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu.
Dalam PRU13 kali ini, BN Kelantan menyasarkan untuk menguasai 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 45 kerusi sekali gus merampas pentadbiran Pas sejak lebih 20 tahun lalu.
Bagi tujuan itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pihaknya akan menganjurkan kursus melibatkan pemimpin dari 14 bahagian negeri.
"Kita akan memperbaiki dan memperbanyakkan program bersama belia, kita cuba dekati golongan ini yang amat penting, kita juga akan memperkemaskan aktiviti bersama rakyat," katanya.
Mengulas mengenai isu kenaikan harga gula, Mustapa berkata, kenaikan itu akan mengurangkan bilangan pesakit kencing manis dalam kalangan penduduk di Kelantan.
Menurutnya, Kelantan merupakan antara negeri yang mempunyai bilangan pesakit kencing manis tertinggi di seluruh Negara.
"Jumlah kenaikan harga ini, jauh lebih rendah, jika dibandingkan dengan kos rawatan yang perlu dikeluarkan, sekiranya menghidap penyakit merbahaya itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Barisan Nasional (BN) Kelantan di sini, semalam.
Beliau berkata, sekiranya isi rumah menggunakan dua kilogram gula dalam masa seminggu, ia akan menghasilkan kenaikan harga gula sebanyak RM20 setahun.
Menurutnya, Kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 37 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak ratusan juta ringgit.
Sebelum ini, subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram, selepas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika Pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
'Mak sakit, mak rindu kamu'
30 September 2012
Mariam ketika ditemui Sinar Harian di rumah perlindungan warga emas atau Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Wakaf Dua di sini, dalam nada sebak memberitahu, anaknya yang dikenal sebagai ‘Awang’ itu telah terpisah dengannya sejak dia berumur 18 tahun.
Menurutnya, selepas mendirikan rumah tangga pada usia 13 tahun dengan pasangannya, Ngah, Mariam melahirkan anak lelaki setahun selepas itu dan ketika anaknya berumur 4 tahun, suaminya itu meninggal dunia dalam satu pergaduhan keluarga.
“Arwah suami (pada masa itu) meninggal dunia selepas berlaku pertelingkahan dalam keluarga sebelah suami, dada suami terkena kapak (kerana bergaduh) lalu meninggal dunia dan mak cik membawa diri selepas kejadian itu,” katanya.
Mariam berkata, sejak itu dia bukan sahaja terpisah daripada anak lelakinya malah tidak pernah menjenguknya atas sebab peribadi tambah pula ketika itu dia masih mentah dan muda serta baru berumur 18 tahun.
Menurutnya, selepas kejadian itu dia menetap di beberapa negeri sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua beberapa tahun kemudian tetapi tidak mendapat cahaya mata dan kembali hidup keseorangan selepas suaminya meninggal dunia 12 tahun lalu.
“Sepanjang 12 tahun lalu mak cik hidup sendiri, dulu mak cik pernah tinggal di Kuantan dan beberapa daerah lain di negeri itu kerana mengikut suami yang bekerja sendiri (buruh) sebelum pulang dan menetap di Kemaman dan Dungun di negeri ini.
“Kali terakhir mak cik tinggal seorang diri di sebuah rumah usang di tanah orang di Kampung Binjai Stesen, Dungun sebelum dihantar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah jagaan ini pada Jun tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Mariam yang agak uzur kerana faktor usia berkata, dia bagaimanapun tetap gembira dapat tinggal di rumah kebajikan itu kerana mempunyai rakan seusianya untuk bersembang malah bersembahyang di surau berdekatan jika kesihatannya baik.
“Bagi mak cik, ia bukan suatu yang menyedihkan kerana mak cik sendiri memilih untuk tinggal di sini dan tidak lagi berasa sunyi hidup sendirian seperti mana yang dilaluinya sebelum ini selepas suami (kedua) mak cik meninggal dunia.
“Kalau boleh, makcik nak tinggal di sini selama-lamanya, sampai ke penghujung usia. Makcik tak mahu pulang lagi ke rumah usang di tanah orang itu lagi. Makcik berserah saja kepada ALLAH SWT, tapi kalau boleh biarlah di sini sampai bila-bila, Insya-Allah,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sebelum dia menutup mata dia amat berharap agar dapat menatap wajah anak lelaki tunggalnya itu walaupun dia sendiri tidak mengetahui sama ada anak lelakinya itu masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Sembur gas pemedih mata sebelum samun
1 Oktober 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, remaja berusia 19 tahun yang bersendirian di dalam rumah tersebut disembur dengan gas pemedih mata oleh seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun rumahnya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, penjenayah menyembur gas tersebut bagi mengelakkan remaja lelaki itu mengenalinya.
Beliau berkata, penjenayah berjaya melarikan barang kemas, komputer riba, wang tunai RM6,000 dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.
Menurutnya, dipercayai penjenayah mengumpil pintu rumah dan bersenjatakan parang.
“Mangsa tidak alami kecederaan dan dianggar kerugian RM448,000,” katanya.
Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami
30 September 2012
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.
Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.
“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.
“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.
Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.
“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.
“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.
Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.
“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.
“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah.
“Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.
Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.
“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” katanya.
Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.
Disihir minyak dagu
Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.
Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009.
Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.
Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental.
“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja.
“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.
“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu,” katanya.
Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.
“Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu,” katanya.
Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.
“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.
Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya.
Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.
* Tulisan ini sebahagian daripada laporan khas diterbitkan oleh Sinar Harian hari ini. Dapatkan Sinar Harian edisi hari ini di pasaran.
SMM dakwa Bajet 2013 'bajet pru', Aspirasi kata tidak
30 September 2012
Presidennya, Mohd Shahar Mohd Abdullah berkata, kerajaan menyediakan satu gerak kerja dalam bajet tersebut yang boleh diguna pakai untuk kesenangan mahasiswa dengan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0, menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) dan pelbagai rebat yang diperkenalkan.
“Bajet kali ini juga menjurus kepada permintaan mahasiswa sebelum ini yang menginginkan perubahan dalam aspek peningkatan taraf hidup dan bukanlah 'gula-gula' pilihan raya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Saya ada mendengar desas-desus mengatakan bahawa ini (bajet) adalah untuk pilihan raya... bagi pendapat saya, tidak, malah kenyataan itu merupakan satu pembohongan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mohd Shahar, bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata: "Kita lihat Bajet 2012, ada juga pihak mengatakan itu juga adalah bajet pilihan raya.
"Tetapi pilihan raya tidak juga berlaku kerana kerajaan masih mempunyai mandat sehingga April tahun hadapan... tidak kira apa yang bakal diberikan kerajaan, mereka masih lagi kata itu adalah 'gula-gula' pilihan raya," katanya.
Beliau menambah, semua mahasiswa tidak hanya menerima apa yang diberikan oleh kerajaan, tetapi mestilah bersama-sama memajukan negara ini untuk kesenangan bersama.
"Saya tidak mahu melihat anak muda khususnya mahasiswa hanya menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi pada masa akan datang, sebaliknya mereka perlu bangkit menyumbang kepada negara dan tidak hanya menyumbang kepada diri sendiri.
“Anak muda perlu menggerakkan negara, barulah mereka ini akan dikira sebagai warganegara yang bertanggungjawab," jelas beliau.
Mengulas lanjut mengenai pemberian baucer buku RM 250 kepada pelajar dan mahasiswa, beliau berkata, ia amat berfaedah di mana mahasiswa sewajarnya menyumbang kembali kepada negara apabila mereka berjaya kelak.
Pada masa yang sama, katanya, Aspirasi akan bergerak ke seluruh negara untuk memberi kefahaman terhadap masyarakat tentang bajet kali ini dan menggesa beberapa pihak untuk tidak menjadikan Bajet 2013 sebagai satu manifesto sahaja.
Beliau turut menggesa supaya anak muda dan kerajaan bersama-sama menjayakan Bajet 2013 supaya kedua-dua pihak akan menikmati kesejahteraan bersama.
Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa, Bajet 2013 kali ini tidak banyak berubah daripada tahun sebelumnya kerana permintaan mahasiswa untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak dilaksanakan.
"Saya terkejut hanya 20 peratus diskaun diberikan daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.
“Saya percaya kerajaan sebenarnya mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, kerana apa yang diumumkan oleh kerajaan Jumaat lalu adalah untuk meredakan 'mood' mahasiswa.
"Perkara ini hanya untuk dipolitikkan semata-mata. Kenapa sekarang ini baru ingin umumkan sedemikian rupa dan bukannya tidak dari dulu lagi diberikan diskaun tersebut?" dakwa beliau lagi.
Beliau berkata lagi, SMM akan terus memperjuangkan agenda mereka untuk memansuhkan PTPTN dan mendapatkan pendidikan percuma seperti di beberapa negara lain.
Dalam pada itu, jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Abdul Muhsi Ramlan menyifatkan Bajet 2013 pula bertujuan memancing undi golongan muda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Saya ambil contoh, diskaun diberi sebanyak 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober hingga 30 September 2013.
"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober pula diberi diskaun 10 peratus. Jelas ia adalah untuk meraih undi golongan muda seperti kami," dakwa Abdul Muhsi lagi.
Dakwanya lagi, kaedah lain untuk menarik perhatian golongan muda pada PRU13 ialah dengan pemberian BR1M 2.0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan