Isnin, 1 Oktober 2012

KERANA BANYAK BIJAK PANDAI ...MUNGKIN PENGALAMAN KURANG....ATAU TAK DE LANSUNG PENGALAMAN ATAU KAKI COPY PASTE...SISTEM PENDIDIKAN BERTAMBAH BERCELARU

Bajet 2013, bajet 'bunga telor'
Posted on Saturday, September 29 @ 17:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.

Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.

Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet ‘bunga telor’. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BRIM sana BRIM sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.

Pemberian ‘bunga telor’ ini hanyalah untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat sesuka hati mereka.

Najib membentangkan kepada kita semua sebanyak 80 peratus dari belajawan 2013 ini adalah belajawan menguirus. Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain.

Kali ini benar-benar bajet membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja. Pembayaran ‘one offs’ seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus.

Tetapi apa yang kita boleh rumuskan pemberian ‘gula-gula’ ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya itu.

Itulah sebabnya saya berfikir yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Rakyat akan lebih terasa kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk itu.

Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun.

Jika PR tidak berjaya melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan rakyat kita.

Rakyat tidak perlu takut untuk memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu.

Bagi saya bajet kali ini ibarat ‘door gift’ semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah pilihanraya akan sampai tidak lama lagi.

Rakyat tetap menjadi penentu dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang.

Jika BN masih mendapat mandat percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu?

Jawapannya mudah. BN akan percaya yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara terang-terangan.

Mereka akan lebih percaya yang  rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka ‘gula-gula’ apabila pilihanraya mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk berbuat apa-apa.

Negara hancur dan terus hancur dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi.
Bajet 2013, bajet 'bunga telor'


Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa.... ?
Posted on Sunday, September 30 @ 16:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber HarakahDaily

MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob,

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari  wakilnya, Zulhairi Md Zin.
Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta. 

"Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.
Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.


Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya
Posted on Sunday, September 30 @ 16:15:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Najib adalah PM pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah di uji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya.

Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.


Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.

Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO diperingkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.

Sebenarnya Najib tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli perasaan ramai.

Itulah sebabnya beliau membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.

Selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004 yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.

Abdullah beruntung kerana semasa itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat  yang amat besar semasa PRU 2004.

Sebaliknya Najib telah mengambil alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang paling handal dan berpengaruh.

Oleh yang demikian memanggil PRU itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.

Najib tidak payah bersusah payah memikirkan tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April tahun depan  Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya. Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.

Najib mungkin masih belum memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.

Segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.

Ingat pesepsi rakyat terhadap UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’,   di antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.

Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu di adakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada ditangan rakyat sekarang.
Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya 


Blogger Umno cipta fitnah lucah lagi, tapi seperti biasa kantoi!
Posted on Sunday, September 30 @ 12:31:40 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lipasmalas

"BLOGGER United Malays No Otak, Umno kembali dengan cerita lucah terbaru untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sekaligus menarik sokongan rakyat kepada Umno.

Kali ini blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan gambar skandal kononnya VVIP dari Pulau Pinang. Setakat ini blogger tersebut menutup wajah VVIP yang dimaksudkan.

Blogger itu mendakwa VVIP yang tersebut adalah pemimpin yangbeperwatakan alim dan juga merupakan ketua agama Islam Pulau Pinang.




Sebenarnya "modus operandi" blogger ini membuat fitnah lebih kurang sama dengan fitnah salah seorang kawan mereka sebelum ini yang mendedahkan gambar aksi seks kononnya pemimpin pas rujuk sini [aksi seks pemimpin pas].

Sebelum fitnah blogger gila ini diteruskan, ada baiknya ReJaM© dedahkan lebih awal siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh mereka itu.

Sebenarnya mereka cuba memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Gambar yang ditutup itu sebenarnya gambar Lim Guan Eng.




Jika mereka meneruskan fitnah ini, lebih banyak bukti untuk membongkar fitnah akan didedahkan.

ReJaM© "Umno dan lucah bagaikan taik dan kentut... "

Sumber: MiLo SuaM"
 


Maklumbalas Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Posted on Sunday, September 30 @ 13:43:57 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Adakah sistem baru yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan memberi manafaat kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Dengar ceritanya mulai tahun 2013 nanti pelajar di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 perlu membeli satu buku laporan untuk setiap matapelajaran yang berharga RM8.50 setiap satu. Jika ada 11 matapelajaran bermakna seorang murid akan memerlukan RM93.50. Bolehlah gunakan RM100 dari Bajet 2013 untuk membeli buku tersebut. 






Klik untuk besarkan"

Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat
Posted on Sunday, September 30 @ 00:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Hafizan Taib 

“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).''
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).
“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.
Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.
“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.
“Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen,” lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat

Jam Hutang - Muhasabah kepada Pemimpin dan Rakyat
Posted on Sunday, September 30 @ 12:11:14 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mat_sempoi

"Bila bajet2013 diumumkan, pelbagai 'gula-gula' telah diteraburkan untuk mengambil hati rakyat dan juga bakal pengundi PRU13 akan datang ini.

Beberapa bulan lepas, rasanya topik belanjawan yang berlebih-lebihan dan mewah yang diamalkan oleh BN semenjak beberapa tahun ini juga ada diketengahkan dan dibincangkan. Tetapi malangnya seperti tiada keinsafan dan perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan BN bagi menenaangi masalah peningkatan hutang negara yang semakin meningkat dan melonjak naik.

Saya merasakan agak gelisah dan gusar. Apatah lagi hasil petroleum negara pasti akan digunakan dengan drastik untuk menyelesaikan masalah pembaziran kerajaan BN ini.
Tabungan KWSP dan Tabung Haji pasti menjadi sumber utama untuk mengambus dan menampal keretakan ekonomi ini. 
Gula-gula tersebut nampaknya bukan menguntungkan rakyat, tetapi lebih menguntungkan kroni-kroni mereka sepertimana yang berlaku sebelum ini. Contohnya vaucer peralatan sekolah dan buku dahulu. Hanya boleh digunakan dan dibeli pada kroni-kroni tertentu. Komputer riba dan sebagainya. Dibeli juaga pada harga yang tinggi daripada pembekal tertentu. Dan sebagainya.
Maka tidak salahlah dikatakan sebagai 'rasuah' atau definisi baru yang iaitu 'komisyen' ataupun 'wang politik' sepertimana disebut oleh YB Chua Sor Lek, yang disifatkan sebagai 'beretika' dan 'sah' dari segi perlembagaan.
Saya mencadangkan agar JAM HUTANG NEGARA (debt clock) dipasang dan dipaparkan di semua bangunan-bangunan Parti Pakatan Rakyat bagi memberi kesedaran dan muhasabah rakyat sekitar, akan berapa banyak negara menanggung hutang dan berapa banyak hutang bagi setiap individu atau rakyat di Malaysia ini, sepertimana yang ada di New York.

 

Mungkin juga pada bahagian atas atau bawah atau sebagai 'pop-out window' di ruang sawang (website) parti PR di paparkan 'debt clock' bagi Malaysia dari masa kesemasa.

rujukan:
1. http://www.usdebtclock.org/
2. http://www.economist.com/content/global_debt_clock
3. http://www.nationaldebtclocks.org/national_debt_of_malaysia
Mungkin ramai yang tidak sedar dan gelisah dengan budaya membazir yang diamalkan oleh Kerajaan BN. Jadi, dengan paparan 'jam hutang negara' ini, insya'allah sedikit sebanyak keinsafan dan kesedaran terpancar di hati dan jiwa rakyat.
Dan saya pasti, pihak kerajaan juga akan mengambil langkah drastik, mengharamkan paparan-paparan ini dengan alasan untuk menjaga air muka dan nama negara.
Sekiranya begitu, apa kata dipaparkan sahaja didalam dewan parlimen, dan juga di pejabat PM dan menteri-menteri sebagai muhasabah dan semangat untuk berusaha mengurangkan hutang negara.

Alhamdulillah Malaysia telah dianugerahkan sumber asli minyak dan gas, tetapi mungkin simpanan minyak dan gas negara, pasti akan merudum lebih awal dari yang dijangkakan. Apa yang bakal terjadi selepas itu. Mungkin bukan sekarang, tetapi pada 2-3 generasi akan datang.

Pak menteri tidak mengapa, kerana harta bertimbun-timbun. Cuma kita ni rakyat marhaen, bakal terjejas papa kedana.

Cubaan menipu PRU 13, SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat
Posted on Sunday, September 30 @ 12:18:36 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharshooter
Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.


“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


Tuduh Melayu Tidak Bersyukur - Ini balasan Gua Untuk Lu Dr M
Posted on Sunday, September 30 @ 12:14:30 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: GeloraHatiMuda

"Melayu Tak Tahu Bersyukur Akan Hilang Kuasa - Satu statement yang menunjukkan rasa sayang yang mendalam terhadap bangsa melayu keseluruhannya. Dengar bunyi memang cantik... syahdu kalau makhluk melayu yang ngok ngek dengar. Sayu jika didengar oleh betina melayu bahlol.

Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno.

Memang melayu umno terutama pemimpin umno memang buruk. Kalau tidak buruk masakan sanggup memperhamba bangsa sendiri. Majoriti rakyat Malaysia adalah melayu. Justeru itu majoriti pengguna di Malaysia adalah melayu. Apa yang parti melayu buat untuk bela melayu yang menjadi pengguna utama di Malaysia ini?

Kereta tempatan yang dijual kepada melayu adalah dua kali ganda lebih mahal daripada harga jual kepada pak arab dan orang british. Kereta luar negara pula dikenakan cukai melampau sampai orang melayu tak mampu beli.

Gula semasa dikuasai oleh cina tak berharga seperti sekarang. Cina mintak naik harga 20 sen kerajaan melayu tak approve. Bila kerajaan melayu ambil alih syarikat gula, gula naik sampai RM2.10. Nak lagiiiiiiii????Ha, baru beberapa hari gua tulis pasal gula, kerajaan melayu naikkan harga gula lagi.. wakaka

Minyak sebagai bahan api adalah punca segala kenaikan harga barang di Malaysia. Setiap kali harga minyak naik, harga barang akan turut naik. Kerajaan melayu gagal mengawal harga barang. Tidak ada kuasa atau tidak mahu, itu gua tak mau tau. Pokoknya kerajaan melayu gagal.

Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang menjual minyak dengan harga paling mahal kepada rakyatnya. Negara OIC lain mengenakan antara RM0.35 -RM1.10 seliter. (berdasarkan maklumat King Jason di sebelah)

Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM 3000 sebulan kena cukai tetapi rakyat asing yang berpendapatan RM8.8 billion setahun tak kena cukai selama 12 tahun. Sayang melayu palerr wotak lu... Wajarkah kalau gua carutkan pemimpin-pemimpin kerajaan melayu ni?

Begitukah tanda kerajaan melayu membela melayu? Tak perlu dipertahankan. Kenyataan telah didedah. Kerajaan melayu tak pernah mahu berubah. Mendera rakyat Malaysia secara halus hingga mengakibatkan kehidupan rakyat terhimpit dan tersepit.

Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu."

Apa bezanya melayu hari ini? Bukankah melayu hari ini juga hina.... hina dimata pemimpin melayu. melayu sering dilabel sebagai bangsa subsidi. Kepala hotak luorang. Sialllll!!!! Pemimpin melayu yang bedal 'subsidi'. Berbillion RM hilang kerana 'subsidi' terlarang.

“ Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka,” katanya.

Wakaka. Siapa peneraju kerajan-kerajaan Malaysia Merdeka? Adakah Pemimpin melayu yang dimaksudkan? Kalau ditujukan kepada rakyat Malaysia. Kenyataan itu silap besar.

Memang kami tidak bersyukur pada BN kerana...

Nikmat yang kami terima adalah kurnia Allah kepada hambanya bukan daripada umno atau BN. Maka kami bersyukur kepada Allah bukan kepada umno atau BN. Memang banyak nikmat yang dinikmati tetapi nikmat itu hanya sebahagian kecil daripada yang sepatutnya. Nikmat selebihnya diseleweng oleh pemimpin-pemimpin kecil dan besar dalam kerajaan melayu. Itu adalah hak rakyat. Menurut Islam menmpertahankan hak adalah wajib dan jika mati kerana mempertahankan hak hakiki yang diceroboh adalah mati syahid.. Insya Allah. Dan cara terbaik adalah melalui pilihanraya.

Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan.

Fakta 1. Kerana dulu orang-orang melayu percaya kepada umno dan perikatan. Melayu dulu bergantung harap kepada umno dan perikatan kerana melayu dulu banyak yang tidak bersekolah. Tidak banyak mengetahui akan kepincangan yang wujud dalam kerajaan dan sistem pemerintahan kecuali para bangsawan.

Fakta 2- Umno dulu juga adalah umno yang mementingkan melayu sehinggga wujudnya tanah-tanah rancangan felda untuk membela nasib melayu. Tidak lupa juga terbinanya rumah-rumah setinggan di pinggir bandar kuala lumpur untuk memberi peluang kepada melayu bertapak di ibukota. Pemimpin melayu dahulu sedar melayu hanya menduduki kampung-kampung yang jauh dari bandar. Keturunan cina menguasai bandar kerana setiap tapak perlombongan menjadi bandar besar. Dan 100% pelombong adalah keturunan cina.

Umno sekarang runtuhkan rumah setinggan dan paksa melayu daif termasuk yang tidak berpendapatan tetap untuk membeli rumah pangsa melalui pinjaman bank. Bank mana nak bagi loan??? Ini menunjukkan kerajaan melayu sekarang zalim dan jika mereka tidak zalim bermakna mereka bodoh.

Felda yang diusahakan oleh pemimpin melayu terdulu sedang terumbang ambing nasibnya. Tak mau komen banyak. Tak berapa tahu urusan FGV. Tapi sila tengok kat bawah ni....


Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan.

Gua sikit pun tidak bimbang kerana sejak sekian lama itulah modal BN untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan melayu kononnya jika umno kalah cina akan memerintah. Melayu bangang akan mempercayai dakyah ini bulat-bulat. Bukankah PM perlu mendapat restu daripada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong? Adakah Agong itu bodoh untuk merestui PM bukan melayu? low kelass punya statement.

Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain.

Hanya umno yang mengemis ketika ini. PAS dan PKR tidak perlu mengemis kerana kesedaran yang diberikan kepada melayu dan bukan melayu adalah mencukupi untuk mendapat sokongan. Sebaliknya umno perlu mengemis sokongan dengan memberi RM dan saguhati lain kepada rakyat terutama dalam program-program yang melibatkan kehadiran pemimpin besar melayu. Apabila tidak cukup rakyat Malaysia yang sanggup umno telah menggunakan warga asing untuk menghadirinya supaya kelihatan masih ramai memberi sokongan kepada parti melayu itu.

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan.

Perkara ini tidak mungkin berlaku. Ini adalah semata-mata pandangan daripada orang yang kekalutan dan ketakutan. Mereka khuatir macam-macam perkara akan terdedah sekiranya PR memerintah. Segala bentuk penyelewengan, rasuah dan jenayah akan terbongkar. Itulah yang membuat mereka takut sekarang ini.

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain.

Umno terpaksa mengikut telunjuk MCA sehingga negara kerugian berbilion RM dalam beberapa skandal yang besar. Kes akhirnya ditunda sehingga tarikh yang tidak pasti . Melayu PR tentu tidak akan mengulangi kesilapan BN. Melayu PR tidak akan jadi dayus.

“Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain,” tambah Dr Mahathir lagi.

Sekarang kerajaan melayu berkongsi pemerintahan negara dengan yahudi yang menjadi penasihat kerajaan. Ingat resident????? Dulu resident Tanah Melayu ialah British. Sekarang resident Malaysia ialah YAHUDI. Mereka mendapat habuan lebih banyak berbanding rakyat Malaysia sendiri. Berapa upah mereka??? lu sendiri tahu Dr M.

MCA dan MIC juga rakan kongsi pemerintahan melayu sekarang. So ! apa ada hal. Selagi kita memegang tampok dan jujur dalam pemerintahan. Rakan kongsi tidak akan mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya apabila kita culas dan korup....itulah yang memberi ruang kepada MCA dan MIC berbuat onar dalam pemerintahan BN.

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman.

Yang ini gua setuju kerana British tidak mahu kewujudan Islam di tanah melayu menjadi kuat dan subur.. bukan begitu?

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 
“Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957,” kata Mahathir lagi.

Kata-kata ini membuktikan seolah-olah ada perjanjian tertentu antara umno dengan british tentang Islam. Mengapa British tidak mahu parti islam lebih daripada 1 kerusi? Adakah wujud perjanjian dajjal  di sebalik perjanjian London?

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan.

Perkara apa? kemiskinan melayu, kedaifan melayu, pelajaran orang-orang melayu? 

Siapa nak jajah? Orang-orang cina di Malaysia? Don Tok Shit (dont talk Shit versi Ibrahim Ali) la... Kalau negara luar nak jajah Malaysia memang senang sangat kerana kekuatan tentera diabaikan oleh pemerintah melayu dari dulu hingga kini. Semua kelengkapan tentera adalah daripada yang terpakai walau harga yang dibayar adalah terlalu tinggi daripada yang sepatutnya. Hingga mengakibatkan banyak kehilangan nyawa anggota tentera sebelum berperang. Duit punya pasal nyawa tentera pun tidak dihargai. Salah siapa? Lihat kekuatan tentera Singapura berbanding  tentera Malaysia

“Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur.

Sori bro. Tidak ada kena mengena dengan melayu. Lu kata dalam dalam buku Malay Dilema bahawa dalam darah lu tidak ada satu titis pun darah melayu. Bermakna lu bukan melayu. Oleh itu yang jelas bangsa lu ialah mamak atau india muslim.So lu memang tak ada kena mengena dengan melayu. Ini juga bermakna ayat di atas ditujukan kepada mamak/india muslim.

Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain,” katanya.

Wakaka..Bangsa lu ke bangsa gua? kalau bangsa gua. kat mana bangsa gua tu bro Mahathir? Adakah lu maksudkan Singapura? Sorry bro... harap dapat hentikan perbuatan menakut-nakutkan melayu dan memburukkan Singapura. Melayu Singapura hidup mewah. Setiap 5 tahun tukar kereta.. mereka beli banyak tanah di semenanjung untuk anak cucu. Cuma Islam terpinggir di sana. Apa kurangnya di Malaysia. Islam dipersenda saban tahun dari masa ke semasa.

Hangpa pikiaq tengok no!

Rehatkan Minda Jap, Jom Gelak!!!

ayam pun benci zina

wakaka

adios
"
 

Tiada ulasan: