Jumaat, 5 Oktober 2012

BIASANYA ORANG AKAN BERCAKAP ATAS DASAR PENGALAMANNYA YANG ADA...JIKA TAK BERI APA2 KENYATAAN...KITA TAK TAHU IA ADALAH ORANG TAK BERMAKLUMAT...BILA IA CAKAP... CONFIRM IA MEMANG TAK TAHU BANYAK MAKLUMAT

Suri rumah jual nombor ekor haram ditahan

  • Bernama
  • 2:34PM Okt 4 2012
Seorang suri rumah yang dipercayai tauke loteri haram diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong petang semalam.
  
Semasa intipan dibuat, wanita berusia 51 tahun itu dikatakan sedang sibuk menulis sesuatu dipercayai catatan loteri haram.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, polis menyerbu dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 5.45 petang sebelum mengarahkannya membuka pintu.
  
"Ketika polis memperkenalkan diri, wanita terbabit cuba melarikan diri ke belakang rumah namun dia berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 89 helai kertas yang tercatat
nombor ekor haram selain turut merampas sebuah mesin kira dan telefon bimbit," katanya di Kuantan hari ini.
  
Noor Asyikin berkata polis juga menemui wang tunai berjumlah RM830 yang dipercayai hasil daripada aktiviti jual beli nombor ekor haram terbabit.
  
Katanya wanita berkenaan dan barangan yang dirampas itu kemudiannya

dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
  
"Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan dipercayai sudah terbabit dalam kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu selain menjadikan rumahnya

sebagai markas untuk berurusan jual beli nombor ekor haram," katanya.
  
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

- Bernama
Mufti Pahang: Lupus al-Quran dengan membakar

  • Bernama
  • 3:45PM Okt 4 2012
Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman menasihatkan umat Islam di negara ini agar menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu.

Beliau berkata ini bagi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam.
  
Kaedah terbaik pelupusan ialah menerusi pembakaran dan usaha pelupusan melalui kaedah pembakaran ini sudah dimulakan sejak zaman Saidina Uthman lagi dan diteruskan sehingga kini, katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.
  
Beliau sebelum itu melaksanakan proses melupuskan abu al-Quran seberat tiga tan yang dibuang kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tajung Gelang dekat Kuantan.
  
Abu terbabit dibawa ke lokasi pelupusan oleh kapal TLDM KD Pahang dan program itu merupakan yang pertama di negeri ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata proses pelupusan perlu dilakukan sebaik mungkin bagi menjaga kesucian al-Quran.

"Abu al-Quran yang dilupuskan hari ini membabitkan sejumlah teks serta kitab lama yang sudah rosak serta mempunyai kesilapan percetakan dan tidak boleh dibaca yang kemudian dikumpulkan dari seluruh negara oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.
  
Beliau berkata proses pembakaran dilakukan oleh pihak Percetakan Soufi di Cheras, Selangor.
  
Ditanya sama ada perlu diwujudkan satu tapak pembakaran khusus untuk al-Quran di negeri ini, beliau berkata perkara berkenaan boleh dipertimbang.
  
"Tidak dinafikan proses pelupusan ini memerlukan belanja yang besar namun sekiranya bersesuaian kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan satu di negeri ini.
  
"Namun sekiranya pihak Percetakan Soufi masih mampu menampung  keperluan pelupusan, lebih elok serahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran," katanya.
  
Hadir sama di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

- Bernama
Rafizi: RM1 trilion KDNK cuma 'helah matematik'

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 11:30AM Okt 4 2012
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, jangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melepasi RM1 trilion pada 2013 semata-mata "helah matematik".

Rafizi berkata, perbezaan jumlah nominal KDNK pada 2013 berbanding sebelumnya disebabkan penggunaan tahun asas yang berbeza, sekali gus menyebabkan angkanya jauh berbeza.

NONEBekas akauntan itu berkata, KDNK nominal bagi 2013 merupakan nilai nominal yang diukur pada harga malar pada 2005, sementara KDNK bagi tahun 2012 diukur pada harga malar pada 2012.

"Apabila kita semak semula asas tahun kita daripada 2000 kepada 2005, KDNK nominal 2013 akan meningkat sebanyak RM60 bilion.

"Jika kita masih gunakan tahun 2000 sebagai asas tahun, angka KDNK 2013 kira-kira RM980 bilion.

Beliau berkata demikian dalam forum belanjawan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya malam tadi.
'Felda cadang saman pembangkang jika terus tabur fitnah'

  • Bernama
  • 6:14PM Okt 4 2012
Felda bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangkang jika terus-menerus menabur fitnah terhadap agensi itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata sudah tiba masa bagi Felda dan sekutunya bangkit menangkis 'longgokan' fitnah berniat jahat pembangkang yang disiarkan di akhbar dan media maya pembangkang selama ini.
  
"Semakin dibiarkan, semakin hebat tuduhan dan fitnah dibuat mereka termasuk mendakwa 400 juta unit atau 12 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki Genting Bhd sekaligus mendakwa sumbernya haram serta mendakwa penyenaraian Felda dan FGV membawa kerugian sehingga RM2 bilion," katanya dalam sidang media 'Menjawab Isu-Isu Fitnah Pembangkang Tentang Felda" di ibunegara hari ini.
  
Sidang media itu turut disertai Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Anuar Abd Manap; Pengarah Besar Felda Faizoull Ahmad; Timbalan Pengerusi Gagasan Wawasan Generasi Felda Datuk Abdullah Ahmad dan Presiden Alumni Asrama Felda Abd Malek Jalil.
  
Ahmad berkata setakat ini, Felda telah memfailkan saman terhadap beberapa akhbar pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bahawa agensi itu bankrap dan tidak akan membiarkan pembangkang terlepas dengan fitnah terbaru mereka itu
.
Beliau berkata sehingga kini, pemegang saham tawaran umum melebihi lima peratus masih dipegang Tabung Amanah Peneroka Felda iaitu sebanyak 20 peratus, Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd (17), Lembaga Tabung Haji (7.78) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7.49 peratus.

"Tiada sebarang milikan saham Genting Bhd seperti didakwa dan penyenaraian juga tidak membawa sebarang kerugian malahan ia memberi perolehan dana sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda dan FGV, manakala kejatuhan saham bukan hanya dialami FGV tetapi semua kaunter melibatkan perladangan sawit berikutan kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia," katanya.

Mengulas dakwaan pembangkang bahawa pengisytiharan dividen interim sebagai melanggar prosedur, Ahmad berkata mengisytiharkan dividen itu sepanjang mana-mana tahun kewangan atau sebelum akhir mana-mana tahun kewangan adalah dibenarkan Bursa Malaysia.
  
"Tiada sekatan dikenakan ke atas syarikat yang baru disenaraikan untuk mengisytiharkan dividen interim. Dalam kes FGV, pengisytiharan dividen interim 2012 yang meliputi tarikh pembayaran, kelayakan dan lain-lain tarikh telah dibuat dengan peraturan semasa Bursa Malaysia," katanya.
  
Sementara itu, Ahmad turut menafikan dakwaan laporan kewangan interim tidak diaudit kerana tidak ada keperluan syarat untuk 'unjuran keuntungan 2012' kerana syarikat tersenarai lain juga tidak memberikan apa-apa unjuran.
  
"Dakwaan pembangkang bahawa KWSP sebagai penyelamat kerugian saham Felda juga merupakan fitnah kerana semasa penyenaraian, KWSP yang memegang 184.7 juta unit saham FGV yang dianggap kecil berbanding jumlah keseluruhan saham syarikat sebanyak 3.6 bilion unit. Maka KWSP meminta menambah pelaburannya selepas penyenaraian," katanya.
  
- Bernama
TPM: Anwar bukan pakar, tak tahu ekonomi

  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:30PM Okt 4 2012
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat "tidak tahu ekonomi" apabila mengatakan belanjawan mereka mampu mengurangkan defisit.

Muhyiddin berkata, ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak tahu mengenai situasi ekonomi negara.

NONE"Dia (Anwar) kata tak ada usaha yang dibuat dan belanjawan Pakatan boleh kurangkan defisit RM20 bilion.

"Sebenarnya mereka ini tak pakar. Tak tahu situasi ekonomi negara. Mereka bukan dalam kerajaan," katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama pemimpin belia Selangor dan mahasiswa di Shah Alam hari ini.

Turut serta pada majlis itu Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN negeri Datuk Seri Md Zain Mohamed.

Kira-kira 2,000 belia dan mahasiswa turut serta.

Selain itu, Muhyiddin turut menyifatkan cadangan Pakatan yang ingin menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan yang akan menyebabkan peminjam akan datang tidak mendapat bantuan.

"Tujuan bayar balik pinjaman untuk mengisi tabung untuk kegunaan peminjam akan datang.

"Kalau dihapuskan anak-anak yang dapat bantuan tidak akan mendapat bantuan," katanya lagi.

Cadangan bantuan kahwin ke kabinet
Sementara itu, ketika sesi dialog bersama peserta yang hadir, Muhyiddin berkata akan membawa cadangan berhubung wang bantuan perkahwinan ke kabinet esok.

Cadangan yang diberi oleh seorang peserta belia 4B itu bertujuan agar kerajaan membantu belia yang mahu mendirikan rumah tangga.

NONE"Saya akan bawa ke kabinet esok. Ini untuk perkahwinan pertama. Kalau kedua, ketiga saya tak tahu.

"Mungkin saudara semua tengok sikap pemurah perdana menteri. Tak tahu beliau setuju atau tidak (cadangan). Tapi saya akan cakapkan," kata Muhyiddin.

Selain itu juga, Muhyiddin turut mengumumkan pemberian wang bantuan berjumlah RM10,000 kepada setiap Majlis Belia Negeri Selangor di peringkat daerah.

"Kerajaan akan beri wang pada Majlis Belia Negeri untuk tampung aktiviti sampai pilihan raya nanti agar bekerja kuat bagi memastikan kita dapat tawan Selangor balik," katanya sambil menerima tepukan gemuruh hadirin.
Lagi pusingan bersihkan daftar pemilih dituntut

  • Wong Teck Chi
  • 4:12PM Okt 4 2012
BERSIH hari ini mendesak kerajaan melakukan sekali lagi pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum ke-13, ekoran lebih kesalahan ditemui baru-baru ini.

NONE"Kami menemui data seseorang yang dimasukkan sebagai 'koma atas' (apostrophe), namanya koma atas. Kami tidak kata ia penipuan, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus membetulkannya.

"SPR selalu kata mereka membersihkan daftar pemilih setiap hari, tetapi mana?" kata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan cetakan yang dibekalkan BERSIH, pengundi itu didaftarkan di parlimen Bintulu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong.

Bagaimanapun, SPR telah membetulkan namanya kepada Ajis Julaihi setelah diketengahkan di Internet dan media.
DAP: Menteri KPDNKK tidur & malas

  • Hazlan Zakaria
  • 2:43PM Okt 4 2012
DAP menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri "tidur" ekoran tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal mengemukakan akaun teraudit tahunan.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang hanya akan mengambil tindakan jika laporan dibuat tidak boleh diterima.

NONEMenurut Pua (kanan), SSM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana sudah mempunyai rekod syarikat berkaitan.

"Ini jawapan paling malas daripada mulut menteri. Bukan kerja orang awam untuk cari syarikat yang bersalah," kata Pua.

Ismail semalam berkata, bukan hanya syarikat milik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kerajaan akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.

Mengulas dakwaan Pua sebelum itu, Ismail berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings tidak memfailkan akaun teraudit sejak 2006 dan 2007.
MP Pengerang dakwa setiap peserta perhimpunan dibayar

  • Aidila Razak
  • 2:57PM Okt 4 2012
Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah  projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

NONEMembahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah
sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.

NONEKenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas
tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Salahuddin bagaimanapun, menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kerana hanya MB yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.
Pengerang: Tak puas hati boleh cabar, kata TPM

  • Zulaikha Zulkifli
  • 5:41PM Okt 4 2012
Sekiranya tidak berpuas hati dengan projek petrokimia Pengerang di Johor, pembangkang boleh mencabarnya melalui saluran sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, projek itu sebenarnya memberi faedah kepada seluruh negara dan bukan hanya kepada negeri Johor.

NONE"Projek ini ada kepentingan nasional. Bukan kepentingan negeri.

"Kalau tak puas hati, nak cabar boleh cabar. Ada salurannya," katanya pada sidang media selepas program ramah mesra bersama penduduk Lembah Subang hari ini.

Anggota Parlimen Pagoh turut berkata, pembangkang cuba membangkitkan isu itu sebagai 'strategi' untuk pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng bahawa projek itu hanya helah untuk pengambilan tanah secara besar-besaran bagi memperkayakan kroni.

Sementara itu, Muhyiddin hari ini melawat Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan Lembah Subang.

Ia salah satu usaha BN untuk menawan Selangor kembali. Di kesemua tempat Muhyiddin ''berkempen'' dengan menawarkan pelbagai perkara sekiranya BN memerintah Selangor.

Sementara itu, anggota Parlimen Pagoh turut berkata, pembangkang cuba membangkitkan isu itu sebagai 'strategi' untuk pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, Muhyiddin berkata, pembangkang tidak akan berhenti menyerang kerajaan dan mempolitikkan sesuatu isu.

Katanya, seperti isu loji nadi bumi Lynas, walaupun telah diterima rakyat secara menyeluruh dan membuat pelbagai langkah keselamatan, pembangkang masih tidak berhenti dan kini beralih pada isu petrokimia.

"Rapid (projek petrokimia) sebuah projek raksasa yang melibatkan peruntukan besar bukan sahaja di Johor tapi seluruh Malaysia. Ia memerlukan kawasan pembangunan yang luas. Penduduk yang terlibat terima kenyataan walau dulu tak jelas bayaran ganti rugi tapi dapat diselesaikan.

"(Pembangkang) kata tak perlu bina itu ini. Ini hujah yang tak munasabah. Saya jangka selesai isu ini nanti mereka cari (isu) lain," katanya lagi.
Bung: Bantuan Soros untuk sekat pengaruh China

  • Ahmad Fadli KC
  • 4:38PM Okt 4 2012
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa jutawan George Soros mendanai kumpulan antikerajaan bagi menyekat pengaruh China sebagai kuasa ekonomi dunia.

bung mokhtar parliament 080708 01"Suaram terima dana luar untuk operasi tentang kerajaan dan hasut rakyat.

"Soros dikenal pasti (dan) jatuhkan kerajaan di beberapa negara seperti Mesir dan Iraq dan hasut rakyat di sana untuk bangkit menentang kerajaan.

"(Dia) guna cara sama di Malaysia dan pilih Malaysia sebab strategik untuk halang China kembangkan ekonomi di abad ke-21.

"Ini strategi Amerika Syarikat," katanya sewaktu perbahasan Bajet 2013 di Parlimen petang tadi.

Bangkit menyokong beliau Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Turut hentam Malaysiakini
Menurutnya, kuasa-kuasa luar yang menghulurkan bantuan kepada negara ini akan kembali menuntut budi mereka dibalas bagi memenuhi agenda mereka.

"Ada masa sumber ini minta 'dividen' - (dan tanya) dulu saya tolong kamu, apa boleh kamu buat untuk saya?

"Kita tak musuhi semua pihak, tetapi (tindakan) mempengaruhi rakyat dan menggambarkan kerajaan sangat zalim, membahayakan keselamatan kita," katanya.

azlanManakala ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin pula mengaitkan kuasa-kuasa luar itu dengan kedudukan naik turun saham di Malaysia.

Sementara itu, anggota Parlimen BN turut mengambil kesempatan menghentam portal berita bebas Malaysiakini.

"Kita tidak minta semua blog dan media sokong kerajaan. Tetapi jangan hari-hari memfitnah, (seolah-olah) tiada kerja lain.

"Gunakan apa-apa yang ada. Malaysiakini harus dipanggil (ke muka pengadilan), dan undang-undang ada (untuk tujuan ini)," kata Bung Mokhtar.
'Siasatan Scorpene cuba wujud tanggapan Najib salah'
5:01PM Okt 4 2012
PERKASA berkata, siasatan mahkamah Perancis terhadap urus niaga Scorpene secara tidak adil memberikan tanggapan bahawa Datuk Seri Najib Razak terlibat walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan.

NONEKetua penerangan kumpulan pendesak Melayu itu Ruslan Kassim (kanan) berkata, walaupun semua pihak mahukan kebenaran, tiada pihak patut dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan.

Bagaimanapun, katanya lagi, pengadilan seolah-olah dibuat di mahkamah awam apabila kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mencipta tanggapan bahawa Najib terlibat.

Bercakap dalam rancangan bual bicara MobTV, Ruslan membuat spekulasi, tanggapan itu disengajakan demi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang.

Mengulas perkara itu, Sivarasa bagaimanapun berkata, kerajaanlah sebenarnya mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk mempengaruhi tanggapan umum.

Tiada ulasan: