Dr Puad: PR seperti 'cacing kepanasan' lihat rakyat gembira
4 Oktober 2012
"Mereka cuba mengalih pandangan rakyat daripada belanjawan yang menggembirakan mereka itu," kata Timbalan Menteri Pelajaran itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan dalam Menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam mengumumkan PR akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November bagi menyatakan pendirian berkenaan lapan tuntutan Bersih 2.0.
Menurut pembangkang. perhimpunan itu bagi meneruskan tuntutan lapan perkara di bawah Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai, katanya .
"Mereka ini sudah tidak boleh menutup kelemahan seperti pendedahan isu Talam dan penggunaan jet peribadi yang dibangkitkan. Mereka tidak boleh nak jawab. Maka, apa yang mereka boleh buat nak menutup pendedahan demi pendedahan ini ialah dengan mengadakanlah perhimpunan seperti itu.
"Sebab itulah, mereka menggunakan perhimpunan 3 November ini dan dengannya terbukti Bersih 3.0 gagal menarik sokongan rakyat," katanya. - Bernama
4/10/12
JOM TENGOK SIAPA AHLI PARLIMEN YANG MENERIMA ELAUN TERTINGGI SEKALI..???
1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.
2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan
3) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana
Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan
4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor
Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan
5) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat
Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.
6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak
RM20,000.00 sebulan
7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat
Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) +
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak
RM13,000.00 sebulan
TAPI UNTUK RAKYAT DIBERI CIPUT BR1M RM500 DAN REBET RM200 UNTUK TALIPON
PINTAR TAPI PARA PEMIMPIN UMNO DENGAN PINTAR DAN CEKAP REMBAT PULUHAN
RIBU RINGGIT SEBULAN ATAS NAMA PENASIHAT SAJA.
APAKAH PARA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KSU, KETUA-KETUA PENGARAH TIDAK CUKUP UNTUK MENASIHATI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK?
INI BUKAN PENASIHAT TETAPI PUNAHSIHAT.. MEMUNAHKAN NEGARA SAMBIL MEYIHATKAN SAKU-SAKU MEREKA DENGAN WANG PEMBAYAR CUKAI!!!!
Oleh PAS Miri
Bajet 2013 Tidak Mesra Rakyat, Harga Rumah Masih Mahal.Bajet 2013 yang baru saja dibentang oleh Perdana Menteri hari jumaat lalu kurang memberi perhatian kepada golongan majoriti yang berpendapatan sederhana dan juga rakyat yang hanya bergantung kepada mata pencarian sendiri.
Bajet 2013 Untuk Siapa? Posted on Thursday, October 04 @ 03:14:23 UTC Dilulus untuk paparan oleh aya |
Oleh PAS Miri
Bajet 2013 Tidak Mesra Rakyat, Harga Rumah Masih Mahal.Bajet 2013 yang baru saja dibentang oleh Perdana Menteri hari jumaat lalu kurang memberi perhatian kepada golongan majoriti yang berpendapatan sederhana dan juga rakyat yang hanya bergantung kepada mata pencarian sendiri.
Antara perkara yang penting dan menjadi keutamaan rakyat adalah penurunan harga rumah. Ramai yang berharap agar pihak kerajaan dapat mengawal dan menurun harga rumah supaya rakyat mampu memiliki rumah sendiri dengan kehidupan yang selesa.
Sekarang ini harga rumah sudah mencecah jutaan ringgit dan hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya dan pelabur asing saja.
Harga rumah di Sarawak umpamanya adalah terlalu mahal bagi golongan pendapatan sederhana dan kecil. Sudah pun rumah saiznya kecil dan sempit, harganya pun tidak sepadan dengan qualiti rumah tersebut. Untuk mendapat rumah kos rendah atau dibawah RM200K sekarang ini terlalu sukar kalau pun ada rumah tersebut agak kecil dan sempit tidak sesuai untuk sebuah keluarga.
Pihak kerajaan sepatutnya mengambil berat masalah rakyat ini dengan serious, jangan hanya menguntungkan sebelah pihak saja. Para pemaju mungkin terpaksa menaikan harga rumah disebabkan oleh kenaikan cukai atau lain-lain caj yang dikenakan oleh pihak kerajaan sehingga mengakibatkan harga rumah menjadi mahal.
Sepatutnya pihak kerajaan boleh mengawal keadaan ini dari awal lagi sebelum memberi kebenaran atau projek kepada pihak pemaju untuk membangunkan sesuatu kawasan perumahan.
Syarat-syarat seperti memberi keutamaan kepada pembeli yang berpendapatan tahunan kurang dari 60K kebawah untuk mendapat rumah kos rendah dan sederhana dengan harga 200K kebawah.
Pihak kerajaan boleh memberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan sederhana dan kecil dengan membina lebih banyak rumah kos sederhana yang lebih selesa seperti zaman Tun Rahman memerintah Sarawak dulu dimana rakyat sekurang-kurangnya dapat lot tanah kediaman yang agak selesa untuk sebuah keluarga. Sekarang ini, pemerintah lebih pentingkan pemaju dari rakyat dengan membina rumah yang terlalu mahal dan sukar untuk rakyat biasa memilikinya.
Kalau dulu rumah kayu tapi tapak rumah agak luas dan mereka di beri lot. Walaupun rumah kayu yang sederhana tetapi mereka memiliki lot tanah yang lebih luas kalau dibanding dengan keadaan kawasan perumahan sekarang yang sempit dan padat. Mungkin sekarang rumah kayu agak mahal tetapi yang penting kawasan perumahan mesti ada ruang untuk berkebun dan sebagainya.
Rakyat di Sarawak sepatutnya diberi setiap 1 lot perumahan agar tempat tinggal mereka lebih selesa dan tidak terlalu padat. Sarawak yang mempunyai kawasan tanah yang luas, sepatutnya Sarawak tidak mempunyai masalah untuk membina setiap rumah dalam setiap lot bukannya macam sekarang, banyak rumah teres dan rumah flat yang tidak berapa sesuai untuk sebuah keluarga besar.
Keadaan rumah yang kecil dan padat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan perumahan tersebut dan ini boleh menyebabkan masalah social.
Kita mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula sistem perumahan yang ada sekarang terutama sekali di Sarawak agar ianya mampu dimiliki dan selesa untuk tempat tinggal oleh semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan rakyat bukannya mementingkan para kapitalis yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
Muhyiddin: 'Di Selangor, lebih banyak politik dari bekerja'
4 Oktober 2012
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.
"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.
Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.
Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.
Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk. - Bernama
Najib: Kerajaan perlu mandat segar teruskan ETP
4 Oktober 2012
"Menjangkaui tempoh itu, saya mahu kami mencapai satu bajet bukan defisit, jika boleh," kata Najib dalam satu temu bual dengan CNBC di sini, semalam.
Dalam temu bual ini, Najib menekankan sasaran untuk mengurangkan hutang negara dengan merekodkan defisit yang kecil dan kemungkinan lebihan dalam bajet selepas 2016.
"Kami bermula tahun ini pada tahap 4.8 peratus. Di akhir tahun ini, (defisit bajet) adalah pada paras 4.5 peratus dan di akhir tahun depan, kami seharusnya berada pada paras empat peratus.
"Di akhir 2015, ia kemungkinan tiga peratus. Selepas itu, saya ingin melihat kami akan ada lebihan, jika boleh," katanya.
Perdana Menteri menambah: "Bagaimanapun, saya belum lagi komited (kepada sasaran mencapai lebihan bajet). Biar kita berada di 2015 terlebih dahulu."
Najib juga berkata bahawa mandat yang kukuh diperlukan dalam PRU13 untuk memastikan negara dapat terus menarik pelabur-pelabur asing menyertai ETP.
"Faktor X ialah keyakinan dan ia dijangkakan berdasarkan mandat yang kukuh (dalam PRU13)," katanya.
Sambil menegaskan tempoh lima tahun akan datang sangat penting, Najib berkata, adalah sangat mustahak momentum pertumbuhan negara tidak terganggu.
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April.
Ahmad Maslan: Pengerusi Anak disaman jika terus fitnah
4 Oktober 2012
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, tindakan tidak bermoral Mazlan ini tidak harus dibiarkan kerana boleh menjejaskan kredibiliti Felda dan dikhuatiri fitnah ini dianggap benar oleh rakyat.
"Kalau selama ini kita diamkan saja perbuatan beliau, tapi lama-kelamaan apabila terlalu banyak fitnah yang didedahkan, kita sendiri tidak boleh mendiamkan diri lagi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan seperti dalam Harakah pada 10 September lalu, bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting" dan akhbar "Suara Keadilan pada 25 September melalui artikel 'Dividen Interim Langgar Prosedur".
“Saya mahu dedahkan hari ini, semasa proses penyenaraian terbuka saham FGVH lalu, tidak ada satu peratus pun saham diberi kepada Genting," ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, kenyataan-kenyataan Mazlan dalam media pembangkang jelas berniat jahat dan boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan peneroka Felda.
"Kalau selama ini mereka bebas buat kenyataan, kenapa perlu saya diam? Saya sendiri tidak menyangka pimpinan Pas ini ‘celupar mulut’ dengan beri kenyataan tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu," tegasnya.
Beliau turut menyindir pimpinan kanan Pas yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik di hadapan rakyat sebaliknya bebas menabur fitnah tidak berasas.
"Adakah ini lambang pemimpin Pas? Kata perjuangkan Islam tapi tabur fitnah sana-sini tanpa rujuk kepada kami terlebih dahulu," ujarnya.
Ahmad menambah, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan Felda sama ada mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan atau tidak.
"Justeru itu, saya mendesak agar hentikan tohmahan tidak berasas ini, jangan terus memalukan diri sendiri di hadapan rakyat," tegasnya.
Culik: Pasangan kekasih dipenjara seumur hidup
4 Oktober 2012
Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam, dekat sini, kira-kira pukul 5.30 petang, 19 Dis 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Lai selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata mahkamah menolak keterangan Lai yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Gao ditangkap di Genting Highlands adalah pemberian kawan-kawannya.
"Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini," katanya.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan Shakila Banu Sheik Allaudeen manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam Ku Abdul Rahman Ku Ismail. - Bernama
MB Selangor: Azmin tidak perlu minta maaf
4 Oktober 2012
Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
"Bagi saya, Azmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat.
“Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Azmin berkata, Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya.
Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menempelak 'Kabinet bayangan' PR yang disifatkan mengamalkan kronisme.
Malah, beliau berkata, ada dalam kalangan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam Kabinet bayangan itu.
"Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah cabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam Kabinet bayangan.
Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf.
"Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya. - Bernama
Ramai pemimpin PR layak jadi MB
4 Oktober 2012
Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman berkata, adalah tidak mustahil siapa pun dalam kalangan pemimpin PR negeri itu, bakal diangkat menjawat jawatan tersebut pada masa akan datang.
“Tiada apa yang mustahil (dalam pemilihan calon menteri besar dalam PR). Mungkin (Mohamed) Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) atau mungkin juga saya (boleh diangkat jadi menteri besar).
“Kita ada tiga parti (Pas, PKR dan DAP) dan hanya kepimpinan tertinggi parti akan menentukan (calon menteri besar) dalam mesyuarat bersama jika kita menang PRU13,” katanya ketika diminta mengulas bayangan calon menteri besar jika PR berjaya mengekalkan pemerintahan mereka di Selangor.
Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan menjadi menteri besar sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, nanti.
Azmin berkata, keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat PR atas kewibawaan serta kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid sepanjang satu penggal menjadi ketua pentadbir negeri, namun ia masih belum dimuktamadkan.
Dr Abd Rani bagaimanapun menegaskan, misi utama PR ketika ini hanyalah berusaha menumbangkan Barisan Nasional (BN), selain meraih kemenangan dalam PRU13, sebelum serius berbincang mengenai pemilihan menteri besar.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, kedudukan menteri besar, exco atau calon yang bakal bertanding pada PRU13 itu masih belum diputuskan, dan ia hanya akan ditentukan presiden atau pemimpin kanan parti.
“Jadi atau tidak (menteri besar), ia hanya akan ditentukan selepas kita meraih kemenangan. Walaupun demikian, sebagai ahli, kita akan akur di mana saja kami ditempatkan, bertanding atau tidak,” katanya.
Beliau secara peribadinya berpendapat, Abdul Khalid mempunyai komitmen dan prestasi jauh lebih baik berbanding dengan menteri besar di bawah pentadbiran BN.
Ditanya kemungkinan Mohamed Azmin bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, Shuhaimi menyifatkan, Ahli Parlimen Gombak itu layak sama ada memegang jawatan itu atau menjadi menteri.
“Saya tak fikir sebagai orang nombor dua dalam parti (PKR), beliau akan pikul tanggungjawab di peringkat negeri, sebaliknya lebih diperlukan di peringkat Pusat. Namun sekiranya kepimpinan parti memutuskan demikian, saya lihat beliau layak mengisi kedua-dua jawatan tersebut sama ada sebagai menteri besar atau menteri.
“Saya tidak mahu sensasikan isu ini, cukuplah buat masa ini kita fokus tumbangkan BN dan menang lebih banyak kerusi Parlimen untuk menawan Putrajaya. Kita akan mengadakan ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ bermula 14 Oktober ini,” katanya.
Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal kerana ia berkaitan perkara dalaman parti.
Warga emas: Akui tiada pilihan, terpaksa mencuri dan merompak
4 Oktober 2012
Disebabkan keadaan darurat ketika diserang tentera Jepun pada 1942, Wan Seman Wan Soh bersama 12 rakan sekampung, berjalan kaki sehingga ke Labok, Machang untuk mencuri dan merompak.
Wan Seman berkata, bukan kerana mereka terlalu malas mengusahakan kebun, tetapi semua tanaman sekitar kampung, dicuri sama ada oleh penduduk kampung sendiri atau dirampas tentera Jepun.
“Kami terpaksa merompak di rumah orang kaya dan mengambil apa sahaja barangan berharga dan makanan yang disimpan.
“Saya cuba meminta maaf, tetapi semua mangsa saya mungkin sudah meninggal dunia,” katanya semalam.
Wan Seman berkata, dia turut memohon maaf bagi pihak rakan-rakannya yang lain, memandangkan mereka juga telah meninggal dunia puluhan tahun lalu.
Penjara 19 bulan
Menurutnya, dia menyesal kerana terlibat dalam aktiviti jenayah ini kerana di usia yang lanjut ini, amalan akhiratlah yang menjadi keutamaan.
“Disebabkan perbuatan itu, kami ditangkap tentera Jepun dan ditempatkan di Penjara Kota Bharu selama 19 bulan. Meskipun saya dihukum, isteri tetap menunggu sehingga saya dibebaskan,” katanya.
Wan Seman menambah, ketika dipenjarakan, dia tidak pelik jika rakannya meninggal memandangkan mereka hanya diberi makan sekali sehari.
"Makanan yang diberi hanya cukup sesudu nasi setiap orang, maka tidak mustahil ramai yang mati ketika dalam penjara," katanya.
Buruh paksa jika ingkar
Menurutnya, keadaan ketika pemerintahan Jepun ketika itu terlalu seksa, kerana jika ada yang ingkar, penduduk akan dikerah ke Thailand atau Burma.
Wan Seman berkata, penduduk terpaksa mengikut perintah agar tidak dikerah ke luar negara.
“Sekiranya kami ke sana, kami mungkin tidak akan pulang lagi ke kampung, buat selama-lamanya.
“Penduduk yang dipaksa dulu, tidak pernah pulang sehingga ada yang meninggal dunia ketika bekerja,” katanya, semalam.
Jodohkan segera anak gadis
Disebabkan takut, penduduk kampung sanggup menyerahkan anak-anak perempuan mereka kepada pemuda untuk dijadikan isteri. Maka tidak hairanlah, anak-anak kecil ketika itu, berkahwin ketika usia baru mencecah 10 tahun.
“Biarpun sudah mempunyai isteri, orang kampung mempelawa anak muda untuk mengahwini anak dara mereka kerana tidak mahu mereka dilarikan oleh tentera Jepun.
“Sekiranya sudah berkahwin, gadis di sini tidak akan diganggu mahupun dilarikan untuk menjadi buruh paksa,” katanya, semalam.
Tali barut Jepun
Wan Seman berkata, penduduk tidak dapat bersembunyi dengan baik, kerana tali barut Jepun yang digelar ‘Gede’, sering menemui mereka.
Menurutnya, sekiranya penduduk ingkar dengan perintah Gede, mereka akan diseksa dan dipisahkan daripada keluarga.
“Tidak semua tentera Jepun jahat, kerana selagi kita patuh, semua urusan harian termasuk menunaikan solat, boleh dibuat dengan tenang. Namun, Gede yang angkuh dengan kuasa yang diberikan tentera Jepun, menindas penduduk kampung tanpa belas kasihan,” katanya, semalam.
Kesihatan masih baik
Penduduk di sini, kagum kerana usia Wan Seman yang dijangka lebih 100 tahun, namun tidak mempunyai sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi mahupun lemah jantung.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik, ia memudahkan saya mengumpul amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya.
Penggemar seks luar tabii dicekup
4 Oktober 2012
Sumber berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 8 malam, selepas seorang mangsa dipercayai model iklan susu membuat laporan polis minggu lalu.
Pelbagai barangan dirampas termasuk lapan telefon bimbit.
"Kita sedang teliti semua telefon bimbit itu yang disyaki mengandungi rakaman aksi seks suspek bersama beberapa wanita termasuk model terbabit.
"Siasatan awal juga menunjukkan suspek terlibat dalam kes dadah serta samun kereta," katanya semalam.
Difahamkan, suspek bukan sahaja menjadikan wanita tempatan sebagai mangsa, malah wanita asing dari Filipina.
Serbuan kelmarin dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11) Kuala Lumpur.
Maut jatuh tingkat empat
4 Oktober 2012
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, mangsa yang berumur 16 tahun bersama dua rakannya sedang membuat pemasangan alat penghawa dingin di bangunan berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang merupakan pekerja teknikal pada mulanya mengadu sakit kepala sebelum disedari rakan terjatuh dari tingkat empat bangunan tersebut.
“Rakan mangsa menyuruhnya berehat selepas mengadu sakit kepala sementara rakannya meneruskan kerja pemasangan alat penghawa dingin di bangunan itu.
“Bagaimanapun sebaik rakannya menoleh, dia mendapati mangsa telah tiada dan ditemui terbaring di tingkat bawah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Eng Lai berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.45 petang, semalam.
Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat yang dijalankan mengesahkan kematian mangsa yang beralamat di Tampoi itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan tidak melibatkan unsur jenayah.
“Mayat mangsa telah dituntut keluarga petang tadi (semalam) untuk urusan pengebumian,” katanya.
S.H.Al Attas dan Habib Riziq (2)
hanabira | Oct 04, 2012 |
+1
0
Sedap! Ayam dan kambing panggang menu utama. Jangan tak tau, di restoran inilah Maher Zain pernah datang menjamu selera semasa dia membuat show. Kami makan berselerak. Ada yang duduk di meja makan,ada yang duduk di pondok-pondok tapi aku dan sorang kawan memilih tepi sungai! Sambil makan kami menikmati pemandangan yang sangat menyejukkan mata.
Orang datang bersilih ganti. Yang berpakaian kemas ada. Yang berjubah ada. Yang hanya berseluar jeans dan ber-T shirt pun ada. Mata aku liar memerhati sekeliling. Maklum saja itu kali pertama aku ke situ. Luas tempat ni kira-kira 7 ekar. Pohonan hijau dan bunga-bungaan melatari Wadi Hussien. Alam flora ternyata sangat mendamaikan jiwa dan minda. Dua puluh tahun lamanya Pak Habib membangun wadi ini tanpa bantuan mana-mana arkitek!
Selepas menjamu selera, Uncle Seekers,anak Pak Habib menunjukkan di mana aku dan geng Hawa menginap malam tu. Tu dia! Kami mendaki. Di depan aku tersergam sebuah rumah di lereng bukit. Ada dua tingkat. Aku booking yang atas sekali. Takde kipas angin takde air-conditioner! Bila aku merasa air dalam kamar mandi, menggigil jugak dibuatnya. Sejuk beb!
Dalam tu boleh muat 7 orang,sedang molek! Aku dan kawan-kawan membayar hutang dulu pada Yang Kuasa. Selesai solat jamak takdim zohor& asar, kami turun semula ke balai. Di sana dah ramai geng MP yang sampai sebab kami datang tak sama. Blogger-blogger? Ada yang aku kenal tapi ramai yang tak. Tunggu sesi taaruf nanti laa..
Pak Habib sibuk. Sibuk melayan tetamu-tetamu yang tiba. Uncle Seekers pun serupa. Mata aku memerhatikan orang-orang yang baru sampai. Depa bukanlah dari kumpulan kami yang memang mendapat undangan dari tuan punya wadi. Kami dah memenuhi ruang balai tempat yang selalunya Pak Habib memberi motivasi @ kursus pada “murid-muridnya.”
Setelah sorang dari wakil Media Perak membuka bicara,Uncle Seekers mengambil tempat tapi sekejap je. Dia kemudiannya menyerahkan majlis kepada ayahandanya,Pak Habib. Pak Habib mempersilakan seseorang naik duduk bersamanya di depan kami. Helo…korang ingat baik-baik ya? Masa dia sedang “bercakap” di depan kita,sila fokus. Off semua handset kamu! Kecuali kamera atau video-cam. Jangan sekali-kali kamu berbual walau pun dalam nada berbisik di depannya atau “kamu boleh blah,pegi main jauh-jauh.” Aku cakap serius beb!
Sorang laki-laki tampan berjubah putih, berserban di kepala dan sehelai lagi diletak di bahunya, duduk di sebelah Pak Habib.Wajahnya tenang sejuk mata memandang. Sorang lagi ,aku kira kawannya turut sama naik duduk di depan kami. Pak Habib memperkenalkannya kepada kami.
“Rezeki kamu semua nak jumpa dia. Bukan dirancang tapi Allah yang merancang.Setiap kali dia datang ke Malaysia,dia mesti cari saya di sini.” Pak Habib memberi laluan kepada “orang” itu untuk berbicara sepatah dua kata!
Habib Riziq bin Yahya sangat berbesar hati dapat jumpa kami di Wadi Hussien. Aku rasa dia baru tiba dari Jakarta. Sorang ulama muda juga sorang blogger! Kata Pak Habib pengikutnya saja di Indonesia kira-kira 9 juta. Beliau memulai bicara dengan lontaran suara yang aku cukup suka. Bahasa Indonesianya sudah longgar tak seperti pelakon sinetron dalam cerita Indon.
Dia membawa kisah tentang Luqmanul Hakim,anaknya dan seekor keldai. Kisah ni aku dah hadam tapi aku tetap menadah telinga. Supaya cerita itu sentiasa akan aku ingat. Kemudian kisah Sayyidina Ali yang bertarung dengan sorang musuh. Awalnya Ali mau membunuh musuh itu semata kerana Allah tapi apabila mukanya diludahi kerana senjata musuh sudah terlepas dari genggamannya, Ali merasa sangat marah!
Begitu Ali merasakan bahawa dia sudah bertukar niat! Niatnya Lillahi Taala sudah hilang. Terus dia membatalkan hasratnya itu. Bila ditanya oleh musuhnya kenapa? Lantas Ali menjelaskan sehingga si musuh terdiam,kagum dengan tindakan Ali! ” Aku mau membunuhmu kerana Allah bukan kerana rasa marahku.” Dia terus memeluk Islam!
Kisah seterusnya masih lagi mengenai Sayyidina Ali dengan baju besinya yang hilang. Ternyata Islam itu sangat adil. Seusai keputusan, si Yahudi juga memeluk Islam kerana sangat tersentuh dengan cara pengadilan. Sangkanya dia pasti kalah walhal memang benar baju besi itu milik Ali! Tapi oleh kerana Ali gagal mendatangkan saksinya yang adil, Ali kalah dalam kes itu walau dia sorang khalifah! Fikir si Yahudi tentu saja hakim yang dilantik oleh Ali itu akan memihak kepada Ali!
Ketiga-tiga kisah ini aku dah biasa dengar samada dalam pengajian mau pun melalui pembacaan. Antara kata-kata Habib Riziq yang sempat aku catit :
* Kalian para blogger sekelian bicaralah apa saja asal JANGAN melanggar perintah dan syariat .
* Semuanya kembali kepada niat! Demi untuk menyampaikan suara rakyat, menegakkan kebenaran dan mencari redho Allah.
* Kalian (blogger) adalah golongan yang mampu melakukan sesuatu yang tak mampu dilakukan oleh Tuan-tuan Guru,Ulama dsbnya di luar sana.
* Untuk membela orang yang dizalimi dan tertekan.
BELALAH YANG BENAR DENGAN CARA YANG BENAR
BELALAH YANG HAK DENGAN CARA YANG HAK
TEGAKKAN KEADILAN DENGAN KEADILAN HATTA TERHADAP MUSUH!
Supaya rasa cinta dan benci itu biarlah semata-mata kerana Allah. Seperti kiasnya kisah Luqmanul Hakim itu,menentang arus bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya berat dan mengundang risiko. Namun di sebalik semua itu pasti ada manisnya demi mendapat keredhaan Ilahi.
Jika Habib Riziq mau melanjutkan bicaranya aku masih setia mendengar. Tapi dia terpaksa bergegas ke satu tempat. Setelah bersalaman dengan Pak Habib, Pak Habib kembali menguasai pentas! Helo bro..kan dah kena sound lagi dengan S.H.Al Attas..aku pun dengar korang bisik-bisik depan dia. Sebab tu dari awal tadi aku kata Pak Habib peramah tapi tegas!
“Saya mau ada flow yang baik antara kita. Sebab kita semua cuma ada 1 hati. Jauh-jauh korang datang nak jumpa Syed Hussien Al Attas, ni la sorang dalam Malaysia,lepas tu korang tak fokus..sapa-sapa nak keluar dari kumpulan ni ,tak nak dengar apa saya cakap, saya tak kisah.”
Sapa tu yang berani lagi on handset dan buat miting dalam miting? He he he….
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/04/s-h-al-attas-dan-habib-riziq-2/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan