Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya
Mohd Sabri Said, | 04 Okt 2012 |
BUKIT MERTAJAM:
Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan
pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun
1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan
akidah.
Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal menambah, peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.
Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.
"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.
(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)
"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.
Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.
Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.
Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.
Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.
Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.
Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.
"Tetapi, nak buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.
Rakyat juga, kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi akidah.
Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.
Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.
"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi. Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
(Haji Mohamad Sabu...awasi berita propaganda menjelang pilihan raya)
RANTAU PANJANG: Rakyat dijangka berdepan lebih banyak lagi berita-berita berunsur hasutan dan propaganda tajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai propaganda bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Kata beliau usaha itu dilakukan Umno bagi mengekang kemaraan Paktan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat sekarang.
“Tumpuan mereka kepada kalangan orang Melayu supaya terus menyokong Umno dan BN pada pilihan raya nanti. Ini kerana orang Cina dan India tidak lagi menjadi deposit tetap mereka.
“Sekarang mereka menjaja Belanjawan 2013 yang disifatkan sebagai mengutamakan rakyat dengan mengumpan pelbagai insentif sehingga telefon bimbit 3D kepada pelajar.
“Bajet gula-gula itu bertujuan untuk melenakan rakyat supaya lupa ketirisan kewangan kerajaan dan pemborosan isteri pemimpin negara,” katanya pada ceramah di Pondok Lati dekat sini malam tadi.
Ramai penduduk tempatan hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun keadaan cuaca redup dan hujan renyai-renyai. Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzukh Shaari.
Mohamad berkata, propaganda kedua dilakukan Umno-BN iaitu menakut-nakutkan orang Melayu supaya curiga terhadap kaum-kaum lain termasuk Cina, India dan Siam.
“Sebagai parti pemerintah Umno-BN sepatutnya bercakap mengenai perpaduan supaya rakyat bersatu padu. Tapi kini sudah terbalik, kita pula bercakap dan memupuk perpaduan rakyat,” katanya.
Menurutnya juga penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat lebih menyeluruh termasuk di kawasan kubu kuat Umno iaitu Johor sehingga setiap program diadakan mendapat sambutan hebat.
Abdul Fatah pula berkata, Pondok Lati tempat berlangsung ceramah tersebut menyimpan banyak sejarah kepada kebangkitan semula PAS di Kelantan selepas tewas pada pilihan raya 1978.
“Bermula dari sinilah PAS dan rakan-rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah akhirnya berjaya merampas semula Kelantan pada pilihan raya 1990 dan kekal sehingga sekarang,” ujarnya.
(Wissam dengan Janet Jackson yang bakal berkahwin)
BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.
Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.
Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.
Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.
Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .
Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"
Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.
Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata
"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah"
ReJaM© "Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara kita... "
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/penyanyi-amerika-janet-jackson-peluk.html#ixzz28INEebTr
SEREMBAN: "Kita bukan gila kuasa tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang-orang yang gila kuasa."
Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad (gambar) yang menolak kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat gila kuasa.
Menurut beliau, orang gila kuasa ini membuat pelbagai perkara untuk mempertahankan kuasanya tanpa rasional sehingga bolehlah dikatakan mereka gila kuasa.
"Kalau nak berlawan biarlah berlawan cara anak jantan. Hujah dibalas dengan hujah. Ini tidak! Pukul dan bantai (mengutuk) kita seorang-seorang, fitnah itu, fitnah ini tetapi tidak beri peluang untuk kita balas fitnah tersebut," kata Norazman dalam satu ceramah anjuran PKR Seremban di Taman Paroi Jaya baru-baru ini.
Norazman turut mengulas isu pemberian BR1M oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kalau ikhlas nak beri BR1M, masuk terus dalam akaun rakyat. Tak payah nak beratur berjam-jam sampai ada yang pengsan.
"Ada juga banyak kes di mana ada individu yang beratur berjam-jam, sampai di kaunter nama individu tersebut tidak ada dalam senarai penerima BR1M," ujar Norazman.
Turut hadir dan berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Penerangan PKR, Dr Mohammad Nor Manuty dan Pengarah Strategik Rafizi Ramli.

Lebih banyak berita propaganda menjelang PRU13
Yaakub Dasan, | 04 Okt 2012 |

Penyanyi Amerika Janet Jackson peluk Islam
Milo Suam, | 04 Okt 2012 |
(Wissam dengan Janet Jackson yang bakal berkahwin)
BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.
Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.
Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.
Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.
Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .
Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"
Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.
Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata
"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah"
ReJaM© "Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara kita... "
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/penyanyi-amerika-janet-jackson-peluk.html#ixzz28INEebTr
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
'Kita mahu ambil kuasa dari orang gila kuasa'
Faiz Abdullah, | 04 Okt 2012 |
Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad (gambar) yang menolak kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat gila kuasa.
Menurut beliau, orang gila kuasa ini membuat pelbagai perkara untuk mempertahankan kuasanya tanpa rasional sehingga bolehlah dikatakan mereka gila kuasa.
"Kalau nak berlawan biarlah berlawan cara anak jantan. Hujah dibalas dengan hujah. Ini tidak! Pukul dan bantai (mengutuk) kita seorang-seorang, fitnah itu, fitnah ini tetapi tidak beri peluang untuk kita balas fitnah tersebut," kata Norazman dalam satu ceramah anjuran PKR Seremban di Taman Paroi Jaya baru-baru ini.
Norazman turut mengulas isu pemberian BR1M oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kalau ikhlas nak beri BR1M, masuk terus dalam akaun rakyat. Tak payah nak beratur berjam-jam sampai ada yang pengsan.
"Ada juga banyak kes di mana ada individu yang beratur berjam-jam, sampai di kaunter nama individu tersebut tidak ada dalam senarai penerima BR1M," ujar Norazman.
Turut hadir dan berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Penerangan PKR, Dr Mohammad Nor Manuty dan Pengarah Strategik Rafizi Ramli.
MPK sedia terima sampah kelung ikan
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
SHAH ALAM:
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari memaklumkan bahawa
pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersedia untuk menerima
sampah-sampah dari kelung sangkar ikan khususnya di sekitar perairan
Pulau Ketam.
“Baru-baru ini saya mengadakan dialog dengan penternak-penternak ikan sangkar dan mereka gusar tentang permasalahan yang timbul berkaitan sampah-sarap yang mengalir dan berkumpul di sangkar-sangkar mereka.
"Saya telahpun menghubungi pihak MPK bagi mencari jalan penyelesaian dan hari ini pihak MPK telah bersetuju untuk membantu,” ujar Yaakob.
Oleh yang demikian, beliau menggesa semua penternak ikan sangkar untuk berhubung terus dengan pihak MPK kerana mereka telah menyatakan komitmen bagi memberi jalan penyelesaian kepada masalah terbabit.
Sampah-sarap tersebut terdiri dari ranting kayu dan plastik yang dibuang oleh penduduk Pulau Ketam seterusnya mengalir ke sangkar-sangkar penternak tersebut.
Difahamkan, sebanyak 11,095 kelung sangkar yang sedang beroperasi di Klang ketika ini.
Sementara itu, Dr Yaakob turut mengingatkan para penduduk dan penternak supaya menjaga kebersihan kawasan masing-masing.
“Penternak mestilah membersihkan sampah-sampah tersebut untuk terus dihantar ke darat dan bukannya menghantar sampah tersebut ke Pulau Ketam. Pihak MPK dah beri jaminan untuk mengutip sampah yang telah dihantar ke darat,” kata Yaakob merangkap Exco Pertanian Negeri Selangor.
Terbaru, isu sampah-sarap ini telah dibangkitkan dalam sesi dialog “World Cafe-Open Space Technology” bersama pengusaha ternakan ikan sangkar daerah Klang di Pulau Ketam baru-baru ini.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Zakaria Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) Klang, Abdul Rahman Joho dan Ahli Majlis MPK, Song Sung Hwan.
(Mohammad Nizar menerima memo yang diserahkan pihak Royalti. Foto: SK)
KUALA LUMPUR: Peserta Konvoi Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) yang bermula 2 Oktober lalu, meneruskan lagi perjuangan mereka dengan menyerahkan memorandum bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan.
Mereka menyerahkan memorandum itu kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin di luar bangunan parlimen.
Pengerusi Royalti Nazri Deraman berkata, Najib perlu memastikan pembayaran wang royalti secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974.
"Terkini bayaran royalti yang perlu dibayar sudah mencecah RM10.4 billion, dan ia perlu dibayar dengan kadar segera," katanya.
Jelasnya, isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.
Royalti juga turut mencadangkan Najib Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan.
Ini kerana jarak Blok PM301 yang berada di perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh iaitu ke Pantai Senok Bachok hanya 140 kilometer sahaja berbanding 300 km.
Memorandum itu turut mengemukakan sembilan justifikasi berkaitan tuntutan royalti antaranya Petronas melanggar perjanjian 9 Mei 1975, penafian hak royalti menafikan amanat Tun Razak, gas dan minyak Kelantan untuk tujuh generasi Kelantan, dan ordinan darurat dan tiga batu nautika sudah dimansuhkan.

Peserta konvoi R serah memo kepada ahli parlimen
Salmiyah Harun, | 04 Okt 2012 |

Gerakkan tuntut royalti seluruh negara
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong penuh usaha Gabungan
Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan
(Royalti) yang mengadakan road show ke seluruh negara termasuk di Putrajaya bagi mendesak kerajaan memberikan royalti yang menjadi hak kerajaan Kelantan.
Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss (gambar) berkata, pihaknya menganggap usaha Royalti adalah penting bagi menyedarkan rakyat bahawa kerajaan BN telah bersikap zalim kerana menahan rakyat Kelantan daripada mendapatkan hak mereka.
Menuuutnya, langkah dengan mengadakan kempen dan jelajah ke seluruh negara adalah langkah yang tepat sebagai mesej yang jelas supaya kerajaan berlaku adil terhadap rakyatnya.
“Bagi DPPM, isu ini bukanlah isu yang perlu dipolitikkan kerana ia adalah isu rakyat negeri Kelantan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, kerajaan tidak berhak menyekat hak royalti memandangkan minyak dan gas yang dicari gali dan didaratkan adalah di bawah jajahan negeri Kelantan.
Beliau berkata, sepatutnya Kelantan berhak mendapatkan hak mereka sebagaimana juga di negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak dan gas.
Tambahnya, tuntutan royalti minyak negeri Kelantan adalah hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan mengikut Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Justeru, tegas beliau DPPM mengingatkan kerajaan bahawa pada tahun 1975, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkan hasil minyak.
“Apakah kerajaan lupa terhadap janji tersebut serta memungkiri janji mereka? Apakah ini bertepatan dengan slogan keramat mereka, Janji Ditepati?” soalnya.
Beliau menambah, jika kerajaan ikhlas membela rakyat di negara ini, seluruh rakyat perlu dibantu tanpa mengenal latar belakang negeri mereka.
Katanya, rakyat di negeri Kelantan adalah sebahagian rakyat di negara ini yang perlu dibantu dan mereka tidak wajar dianaktirikan sedemikian rupa.
“Tidak mungkin pengundi memilih kerajaan yang menyekat hak rakyat dan kerajaan negeri-negeri dari menikmati hasil dari royalti yang sepatutnya mereka miliki,” katanya.
(Kunjungan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde (tengah) bertemu pemimpin Mesir sebelum ini)
KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan penghantaran satu pasukan rundingan ke Kaherah bagi membincangkan pinjaman bernilai USD4.8billion (EGP2.9billion), sementara Mesir melengkapkan program reformasi ekonomi Mesir, Menteri Kewangan Mesir dipetik sebagai berkata.
Mesir dijadualkan untuk menerima satu pasukan daripada IMF pada akhir bulan September untuk membincangkan terma-terma pinjaman.
Mesir amat memerlukan sokongan kewangan untuk membantu keadaan ekonomi yang dilanda kegawatan sejak pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lepas.
Kerajaan Mesir perlu melengkapkan program tersebut sebelum rundingan pinjaman untuk menunjukkan kepada IMF bahawa Mesir adalah serius, Mumtaz al-Saeed, Menteri Kewangan memberitahu suratkhabar harian al-Borsa.
Dua paksi utama program ini adalah penstrukturan subsidi dan cukai, katanya.
Kerajaan sedang berusaha keras melakukan kajian dan program reformasi ini akan selesai tidak lama lagi, katanya.
Keyakinan bahawa pentadbiran Islamik baru yang bertindak pantas untuk mendapatkan pinjaman dan mengelakkan masalah fiskal telah membuatkan pasaran saham negara melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasil hutang kerajaan telah jatuh.
IMF menuntut Mesir menyediakan satu program yang akan mengecilkan bajet defisit yang telah meningkat sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak pemberontakan menggulingkan Mubarak pada Februari 2011.
Kerajaan Presiden Mohamed Morsi berkata ia akan mengehadkan subsidi tenaga, kira-kira satu perempat daripada jumlah perbelanjaan negeri, dengan mensasarkan subsidi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata bulan lepas bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem kupon atau kad pintar pada bulan Oktober untuk memastikan bahawa golongan miskin, bukannya semua orang, mendapat subsidi gas memasak butana.
Kerajaan menjual kanister butana sebanyak 5 pound Mesir setiap satu, manakala kos pengeluaran sebenar adalah lebih dari 65 pound.
Al-Borsa memetik Mumtaz sebagai berkata, pasukan IMF tidak akan datang sehingga selepas mesyuarat tahunan IMF di Tokyo pada Oktober 9-14.
Kerajaan juga berusaha keras melobi untuk memulakan pelaburan ke dalam negara yang telah terbantut sejak pemberontakan.
Tiada menteri mahupun jurucakap IMF di Washington yang bersedia memberi komen.
(Sebahagian yang menyertai perhimpunan di depan Parlimen Kuwait yang menuntut supaya parlimen 2009 dimansuhkan)
KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait telah menghukum dua tahun penjara ke atas sembilan lelaki kerana menyerang sebuah stesen televisyen menjelang pilihan raya parlimen awal tahun ini, beritahu peguam sembilan lelaki tersebut.
Sembilan lelaki tersebut, yang kesemuanya ahli puak yang besar di Kuwait, bertempur dengan polis di luar pejabat stesen televisyen Al Watan Januari lalu, menjelang pilihan raya di negara pengeluar minyak utama di Teluk itu.
Dua lagi lelaki lain didenda, peguam bela Al-Humaidi al-Subaie menulis di akaun Twitter beliau.
"Malangnya mahkamah memenjarakan selama dua tahun sembilan orang yang pertama memecah masuk ke Al Watan (stesen) dan memberikan denda sebanyak $200 kepada orang yang ke-10 dan ke-11," tulisnya.
Nabeel al-Fadli, ahli parlimen yang dilihat menyokong kerajaan, berada di studio pada masa itu dan kehadiran beliau mencetuskan pergolakan, lapor media tempatan.
Rakyat dari puak-puak Kuwait cenderung untuk menyokong calon-calon pembangkang dalam pilihan raya, manakala kelas atasan dan tokoh korporat biasanya, lebih memihak kepada kerajaan yang dikuasai oleh keluarga pemerintah.
Komen yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang dianggap menghina puak-puak Kuwait tertentu telah mencetuskan banyak demonstrasi pada masa lalu.
Protes Kuwait kerap diadakan mengenai isu-isu politik dan puak, dan majoriti protes adalah secara aman.
Kuwait berada dalam kebuntuan politik untuk beberapa bulan selepas mahkamah membubarkan parlimen yang dikuasai pembangkang, yang dilantik Februari lalu, memberi alasan masalah teknikal.
Sidang Ahli Parlimen sebelumnya yang majoritinya cenderung kepada kerajaan, telah dilantik semula oleh mahkamah, namun gagal untuk bersidang disebabkan pemulauan oleh ramai Ahli Parlimen.
Penganalisis menjangka amir akan membubarkan Parlimen tidak lama lagi dan memanggil untuk diadakan pilihan raya parlimen baru tahun ini atau tahun depan.
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi syukur dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan atas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang benarkan Kelantan membuat rayuan kes royalti.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, DPPNK berpandangan keputusan mahkamah ini sekalipun bukannya merupakan kemenangan mutlak kerajaan negeri Kelantan namun ia tetap membuka harapan baru kepada kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang telah jelas termaktub di dalam perjanjian.
Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.
"Tahniah kepada rakyat Kelantan dan semua pihak yang telah terlibat di dalam Konvoi Mega Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan kerajaan Kelantan menyaman Petronas di atas kegagalan menepati perjanjian yang dimeterai pada 1975," kata beliau dalam kenyataannya itu.
Pemuda PAS, katanya mengulangi ikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri di dalam perjuangan menuntut hak royalti minyak yang telah dinafikan semenjak sekian lama.
"Dalam hal ini, semua pihak perlu sedar bahawa isu ini bukannya isu politik bahkan gerakan menuntut royalti minyak ini bukan hak milik mana-mana parti politik. Ia merupakan hak rakyat Kelantan keseluruhannya," katanya.
Justeru semua pihak perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi di dalam menyuarakan tuntutan terhadap hak royalti minyak ini.
"Sekali lagi tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga satu hari nanti cita-cita untuk melihat rakyat Kelantan menikmati hasil buminya sendiri akan menjadi realiti Insya Allah," katanya.

IMF lewatkan rundingan pinjaman Mesir
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 04 Okt 2012 |

9 tahun penjara untuk penyerang stesen TV Kuwait

Royalti Minyak: Pemuda PAS rakam syukur

Pemuda PAS alu-alukan kedatangan Dr Zakir Naik
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan kedatangan tokoh ilmuan perbandingan agama tersohor Dr. Zakir Naik (gambar)
ke Malaysia. Kehadiran beliau buat julung-julung kalinya adalah untuk
memenuhi undangan bagi satu siri jelajah ceramah bertempat di Shah Alam,
Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Lumpur bermula dari 29 September
sehingga 7 Oktober 2012.
Latarbelakang Dr. Zakir sangat menarik untuk disoroti. Sebelum mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF), beliau merupakan seorang profesional perubatan. Pertemuan beliau dengan almarhum Syeikh Ahmad Deedat telah menaikkan semangat beliau untuk mendalami ilmu perbandingan agama. Sebagai presiden IRF, beliau telah mengasaskan Peace TV yang beribu pejabat di Dubai dan sebuah sekolah Islam di Mumbai. Beliau seorang yang aktif menulis dan berucap di sirkit syarahan di seluruh dunia.
Ibarat patah tumbuh hilang berganti, Ummah sebenarnya cukup bertuah kerana kekosongan yang wujud dari pemergian Syeikh Ahmad Deedat ke rahmatullah telah dapat diisi dengan peranan yang dimainkan oleh Dr. Zakir.
Tidak seperti sesetengah pemimpin yang takut untuk berdebat lalu beralasan bahawa debat bukan budaya kita, Dr. Zakir telah mengangkat budaya perdebatan sebagai satu kaedah dakwah yang berkesan. Antaranya ialah debat beliau dengan Dr. William Campbell yang bukan sahaja melonjakkan namanya di dalam arena dakwah tetapi yang lebih penting telah mendekatkan masyarakat khususnya di Barat kepada mesej Islam sebagai sebuah agama fitrah, perdamaian dan saintifik.
Penyampaian beliau yang tepat dan tajam kadangkala diertikan sebagai ekstrem dan prejudis. Hakikatnya beliau bukanlah individu yang partisan dan petah pula berasional dengan sumber al-Quran dan sains di dalam nada bukan apologetik bagi mempertahankan maruah Islam khususnya apabila ada pihak yang cuba menyogokkan persepsi mengenai Islam secara salah. Sebagai personaliti dakwah, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila ada pihak yang mengaitkan komentar tajam beliau sebagai justifikasi jalur pemikiran kumpulan tertentu. Maka di atas alasan-alasan ini, timbul pula sangkaan buruk pihak lain termasuk di Malaysia ketika ini yang tidak senang dengan kehadiran Dr. Zakir ke tanahair lalu bercadang untuk menggagalkan aturcara beliau di sini.
Dewan Pemuda PAS menggesa semua pihak khususnya rakan-rakan kita dari kalangan bukan Islam untuk mengetepikan rasa curiga dan mendengar sendiri universaliti mesej yang dibawa oleh Dr. Zakir. Islam bukanlah satu agama paksaan dan itu jugalah yang sering ditegaskan oleh Dr. Zakir sendiri. Memaksa idea dan sesuatu pendapat sebenarnya adalah satu penghinaan kepada dayaupaya intelektual manusia dan berlawanan pula dengan hikmah dakwah yang bersandarkan kepada prinsip keikhlasan dan kemahuan diri sendiri untuk berubah.
Kami juga berharap generasi muda dapat meluangkan masa untuk hadir sendiri dan mendengar hujah dan pandangan Dr. Zakir secara langsung. Generasi pelapis kita sedang melalui zaman yang amat mencabar dengan kebanjiran hiburan dan amalan budaya hedonisme barat yang menghakis jatidiri dan keunggulan akhlak. Ambil peluang ini untuk mendekati sosok ikon antarabangsa ini, berdialog dan berhujah secara terbuka dengan beliau bagi memantapkan keyakinan diri dan membina kesungguhan untuk berubah dan melakukan perubahan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas usaha pihak penganjur dan penaja yang telah berusaha membawa Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Semoga usaha dakwah anda semua diberkati Allah dan akan membawa kita semua lebih dekat kepada Islam dan taqwa.
Maklumat lanjut mengenai siri syarahan Dr. Zakir Naik boleh didapati di http://www.facebook.com/DrZakirNaikMalaysiaTour2012.
Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Nik Abduh Nik Abdul Aziz – Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan