Pecahkan ruyung dahulu sebelum dapat sagunya
Aspan Alias, | 04 Okt 2012 |
Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga di kampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap di tempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain dari berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.
Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum musyrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah.
Penghjrahan Muhammad SAW dengan sahabat-sahabat baginda ke Madinah telah mengembangkan makallah Islam sehingga Islam itu merebak ke merata pelusuk dunia sehingga ke China. Jika Muhammad masih kekal di Makkah Islam tidak mungkin berkembang dan menempa kemajuan kerana kekalutan keadaan di Makkah itu sendiri. Tetapi apabila Muhammad SAW sampai ke Madinah baginda telah disambut oleh kaum Ansar dan Khawarij dengan begitu mesra, maka Muhammad SAW berjaya mengembangkan makallah Islam itu dengan jayanya dan berkembanglah agama suci kita itu di Madinah tanpa halangan yang besar.
Begitu jugalah kita di negara ini yang inginkan perubahan itu. Kekalutan politik di negara kita tidak akan dapat diperbaiki selagi kita tidak mahu melakukan hijrah itu dengan berani. Yang penting bagi kita ialah untuk meninggalkan kekalutan yang kita sedang hadapi oleh kerana masalah-masalah yang kita semua tahu dan telah selalu disebut dan ditulis oleh banyak penulis dan pemikir kita.
Hanya yang menjadi masalah sekarang di negara kita ialah perubahan itu terpaksa melalui usaha yang sangat rumit kerana kita belum pernah lagi melalui perubahan sejak merdeka dahulu. Tetapi di atas kerumitan inilah datangnya perjuangan dan dalam usaha yang sebegini ia tidak mungkin boleh di capai dengan mudah kerana bukan perkara senang untuk memecahkan budaya yang songsang yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Bak kata pepatah, ‘pecahkan ruyungnya dahulu sebelum kita mendapat sagunya’.
Sekarang ruyungnya sudah hampir pecah dan sagunya sudah kita nampak. Hanya menunggu masanya sahaja bagi rakyat negara ini merasakan nikmat pembaharuan yang sedang berlaku dengan derasnya di kalangan kita di sini.
Barulah sekarang kita lihat dengan jelas yang perubahan itu agak pasti akan berlaku dan ianya sudah begitu hampir dengan kenyataannya. Tidak ada sesuatu kuasa yang boleh bertahan selama-lamanya termasuklah mereka yang sedang berkuasa di negara kita ini. Tanda-tanda perubahan sudah ditunjukkan dalam pilihanraya yang lalu dengan bertambahnya pengaruh parti-parti alternatif sehinggakan BN telah kehilangan majoriti tradisi 2/3 di Dewan Parlimen dan lima Dewan Legislatif negeri-negeri dalam persekutuan ini telah diambil alih oleh pihak alternatif.
Ramai yang berharap dengan berusaha keras untuk melakukan ‘follow through’ kepada apa yang di capai oleh pihak alternatif dalam pilihanraya yang lalu. Angin perubahan ini bertiup begitu kencang sehinggakan pihak pemerintah sekarang terpaksa bertahan dengan berbagai-bagai cara kerana pihak pemerintah sekarang belum pernah mengalami perubahan selama ini. Namun benteng pertahanan mereka itu tidak akan mampu menahan ombak perubahan yang sedang melanda kita pada masa ini.
Tentang dari penyokong-penyokong BN pada hari ini tidak perlu dirisaukan kerana mereka itu adalah di kalangan mereka yang berada di dalam ‘comfort zone’ dan payah untuk membawa mereka berjuang. Semasa mereka perjuangkan kemerdekaan oleh pimpinan terdahulu itu, ramai pegawai-pegawai kerajaan dan mereka yang makan gaji dengan pentadbiran British dahulu amat takut menerima kemerdekaan ini.
Ramai di antara mereka berkata yang kita tidak akan berjaya mengendalikan sebuah negara yang kita tadbir sendiri kerana kita tidak ada kemampuan apa-apa. Mereka berkata, hendak membuat jarum pun kita tidak boleh lakukan, masakan kita berdaya untuk mengendalikan kemerdekaan negara.
Tetapi apabila kita mencapai kemerdekaan kumpulan ini jugalah yang telah mendapat nikmatnya dan menjadi pembesar-pembesar negara dan negeri kita. Begitu jugalah dengan apa yang kita hadapi sekarang. Ramai di antara penyokong kerajaan pada hari ini berkata belum tentu lagi PR akan berjaya memerintah negara dengan baik jika diberikan mandat dalam pilihanraya ini.
Tetapi itu merupakan masalah yang biasa apabila kita hendak melakukan perubahan. Kemampuan PR untuk mentadbir negara kita adalah lebih baik dari apa yang ada pada hari ini. Yang sudah pasti UMNO dan BN tidak mampu lagi mengendalikan rakyat dan negara dengan baik kerana UMNO dan BN tidak berkemampuan untuk menguruskan kejayaan.
Mereka telah merosakkan semua kejayaan yang kita telah capai dengan jayanya dahulu. Hakikatnya jika BN masih diberikan mandat ia bermakna kita telah gagal untuk berubah yang sangat-sangat perlu bagi rakyat negara kita sekarang ini.
Tetapi jika kita timbang dari sudut keinginan rakyat untuk berubah pada hari ini, insyaallah kita akan mencapainya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Bersedia sahajalah untuk hidup dalam ‘ambience’ politik yang baru untuk kehidupan yang jauh dari kemelut yang kita hadapi sejak beberapa lama dahulu.
Kita terpaksa jauhkan diri kita dari kemelut ini. Jangan sekali-kali kita menzalimi diri kita dengan membiarkan kita masih berada bersama pentadbiran yang telah melakukan kemungkaran politik dan ekonomi serta sosial negara kita.
Muhyiddin terlupa Najib pernah minta maaf dengan rakyat Selangor
http://greenboc.blogspot.com, | 04 Okt 2012 |
Muhyiddin: 'Di Selangor, lebih banyak politik dari bekerja'
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor.
Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku.
Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.
"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.
Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.
Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.
Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.- Bernama.
Ulasan GB
Muhyiddin terlupa pada suatu masa yang belum berapa lama, PM sendiri, Najib Tun Razak telah memohon maaf kerpada rakyat Selangor kerana kerajaan BN yang lalu telah banyak melakukan kesilapan.
Kesilapan-kesilapan UMNO BN di Selangor tidak mudah untuk dilupakan malah sehingga sekarang pun UMNO BN terus mahu menipu dan mengkhianati rakyat Selangor dengan melakukan hal-hal yang tidak demokratik serta membelakangkan semangat federalisma.
Politiking berlebihan di Selangor adalah kerana UMNO BNlah yang mencetuskannya apabila beberapa isu yang besar dipolitikkan sedemikian rupa untuk cuba menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seperti isu-isu air, Langat 2, Talam dan sebagainya.
Rakyat Selangor tidak semudah itu untuk diperbodohkan dan tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Terjemah bantah Bajet 2013 pada himpunan 3 Nov
Muhammad Faizal, | 04 Okt 2012 |
Beliau yang ditemui Harakahdaily juga turut meminta Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) atau "R" juga turut hadir memberi sokongan.
"Gabungan R bukan sahaja dari Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak juga boleh melibatkan diri pada perhimpunan tersebut tanda sokongan kita untuk suatu perubahan besar negara ini.
"Inilah satu himpunan untuk kita menunjukkan sokongan padu kita kepada Pakatan Rakyat yang mana satu perubahan demi kebaikan golongan anak muda akan terlaksana apabila kemenangan milik kita pada pilihanraya umum nanti," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.
Beliau yang mengulas Bajet 2013 pada kali ini sudah menghala kepada golongan anak muda adalah satu belanjawan yang bersifat sementara.
"Belanjawan kali ini lebih fokus kepada golongan anak muda dan ia hanyalah bersifat nikmat sementara bukannya berterusan.
"Bantahan terhadap belanjawan bersifat sementara itu harus kita terjemaahkan pada perhimpunan tersebut, kita tidak mahu anak muda dilayan untuk nikmat sementara tetapi apa yang kita mahukan adalah sebuah kerajaan yang menitik berat masa depan anak muda untuk selamanya," sambung beliau lagi.
Dalam pada itu, Mohd Firdaus turut menegaskan agar anak muda ataupun sesiapa sahaja yang ingin turut serta pada perhimpunan tersebut tidak takut dengan tohmahan mahupun ugutan yang dilakukan melalui media arus perdana milik Umno Barisan Nasional.
"Ini merupakan perhimpunan terbesar yang terakhir sebelum pilihanraya umum dan harapan saya agar semua anak muda dari PAS, DAP serta PKR di seluruh negara melapangkan diri untuk hadir.
"Kita dengar amanat yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat terutama isu belanjawam 2013 serta persiapan kita bagi menghadapi pilihanraya," tambah beliau lagi.
Beliau juga turut menjangkakan satu program berkaitan dengan anak muda akan diadakan sebelum berlangsungnya program utama pimpinan Pakatan Rakyat.
Pengerang: Peserta datang dengan rela hati
Salmiyah Harun, | 04 Okt 2012 |
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.
Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.
Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.
"Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.
Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.
Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.
"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya.
Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.
Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.
"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.
Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut
Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.
"Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.
Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.
Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan.
Jangan berikan gambaran yang salah tentang Nabi SAW
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, | 04 Okt 2012 |
Palsu dan Cacat
Umat yang jahil tidak dapat membezakan antara riwayat yang sahih dan yang palsu mengenai Nabi SAW lantas mereka menyebarkan hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan baginda. Mereka inilah yang Nabi SAW sendiri nyatakan dalam hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
Sementara yang berkepentingan pula menyebarkan hadis-hadis secara tidak seimbang berdasarkan kepentingan mereka. Umpamanya, jika mereka itu berkepentingan politik, maka Nabi SAW digambarkan bagaikan seorang politician seperti mereka. Sifat-sifat indah Nabi SAW dalam aspek yang lain tidak ditonjolkan, sebaliknya Nabi SAW seakan sepanjang hidupnya asyik berpolitik dalam semua perkara. Sementara yang berkepentingan ekonomi akan menggambarkan Nabi SAW seakan sibuk untuk menghasilkan harta berkempen barangan yang mereka jual sepanjang masa.
Bagi yang berperwatakan keras pula, cuba menggambarkan seakan Nabi SAW itu keras sepertinya. Sementara yang sentiasa tewas pula, cuba menggambarkan Nabi SAW itu sentiasa tewas dan mengalah. Adapun yang mengampu pemerintah akan mencari hadis-hadis Nabi SAW yang seakan mengizinkan segala kekejaman rejim atas nama agama dan salafussoleh kononnya. Sementara yang menentang pemerintah pula, cuba mencari dalil yang menghalalkan segala tindakan mereka sekalipun sudah melampau batasan Islam.
Begitu juga yang berusaha menawan hati pengikut dengan gaya tertentu lalu mendakwa Nabi SAW seakan sepanjang masa memakai jenis pakaian tertentu seperti yang mereka pakai. Saya melihat mereka yang sibuk dengan syamlah ataupun rida’ ataupun burdah yang disidai dibahu seakan memberikan gambaran Nabi SAW itu sentiasa dalam keadaan pakaian yang sebegitu. Padahal, baginda seorang yang terlibat dengan pelbagai urusan umat, baginda memakai pakaian biasa, baju besi perang, jubah Roman, Yaman dan pelbagai lagi. Berdasarkan kepada keperluan semasa.
Hidup Nabi SAW bukan sekadar jadi penceramah tetapi menguruskan umat dan perjalanan hidup mereka. Bagindalah pemimpin kerohanian, pemimpin akhlak, pemimpin politik, pemimpin perang dan segalanya.
Keindahan Peribadi Nabi
Dalam catatan kali ini, saya ingin membuat beberapa kesimpulan tentang peribadi Nabi SAW untuk dibaca oleh semua pihak. Kesimpulan ini diambil daripada riwayat yang sahih. Daripada riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah itu seorang yang kacak wajahnya dan indah akhlaknya. Beliau tidak mengucap ucapan yang keji. Tidak membalas dendam atas kezaliman ke atasnya, melainkan apabila seseorang melanggar perintah Allah. Tidak pernah diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda memilih yang paling mudah selagi itu bukan satu dosa.
Tangannya tidak pernah memukul wanita, tidak hamba abdi, tidak khadam kecuali semasa di medan perang. Apabila baginda berbicara dengan seseorang baginda mengadap wajah ke arah orang tersebut sehingga dia akan menyangka dialah orang yang paling baginda kasihi. Dalam masa yang sama baginda seorang pemalu sehingga disifatkan bagaikan pemalunya seorang gadis. Apabila baginda membenci sesuatu, nampak tandanya pada wajah baginda.
Baginda selalu memberikan senyuman. Kata Jarir bin ‘Abdillah:
“Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah SAW berjumpa denganku melainkan senyum padaku.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata ‘Abdullah bin al-Harith:
“Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah SAW.” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Dalam hadis sahih riwayat Ibn Majah, Nabi SAW itu apabila berjabat tangan dengan seseorang, baginda tidak akan menarik tangannya sehinggalah orang tersebut menariknya.
Percakapan baginda pula jelas, tidak tergesa-gesa dan difahami oleh setiap yang mendengar. Apabila baginda ingin mengkritik seseorang baginda tidak menyebut: “Mengapa si dia itu melakukan atau berkata begitu”, tetapi baginda menyebut: “Mengapa ada pihak yang berkata sebegini.” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Kehalusan Budi
Kata Anas bin Malik:
“Aku berkhidmat kepada Nabi SAW 10 tahun, tidak pernah baginda berkata kepadaku ‘ah! (mengherdik). Tidak pula berkata kepada apa yang aku lakukan: ‘mengapa engkau buat begitu?’. Tidak kepada apa yang aku tidak buat: ‘mengapa engkau tidak buat?” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Nabi SAW seorang yang pemurah. Tidak pernah berkata ‘tidak’ apabila diminta sesuatu haknya. Baginda bersabda:
“Jika aku memiliki emas sebesar Bukit Uhud, aku tidak suka berlalu tiga malam sedangkan masih ada sedikit emas itu bersamaku. Melainkan sedikit untuk membayar hutang.” (Riwayat al-Bukhari).
Baginda seorang yang santun. Dalam riwayat al-Bukhari, pernah seseorang datang kepadanya, menarik rida’ (kain di leher baginda) dengan kuat sehingga berbekas di tengkok baginda, kemudian bercakap kasar dengan baginda. Namun baginda memandang kepada orang itu dengan senyuman dan memerintahkan agar diberikan pemintaannya.
Nabi SAW itu menunaikan hajat sahabat-sahabatnya. Baginda melunaskan hutang Bilal bin Rabah, mengkahwinkan sahabat-sahabat yang masih bujang, mendengar aduan kaum wanita mengenai suami mereka dan aduan setiap pihak tentang masalah mereka. Bahkan baginda mendengar aduan unta yang dibebankan oleh tuannya bebanan kerja yang berat. Baginda bersabda kepada tuannya:
“Mengapa engkau tidak takutkan Allah mengenai haiwan yang Allah telah jadikan engkau memilikinya. Sesungguhnya ia telah mengadu kepadaku engkau membiarkannya lapar dan membebankannya.” (Riwayat Abu Daud, sahih).
Justeru, baginda itu adalah rahmat untuk sekelian alam.
Nabi SAW seorang yang tawaduk (humble), berjalan bersama para janda dan orang miskin untuk menunaikan keperluan mereka. Menerima jemputan makan sekalipun roti keras yang sudah berubah baunya. Baginda pernah bersabda:
“Jika dijemputku memakan betis (kambing) sekalipun nescaya aku pergi. Jika diberikan kepadaku betis kambing sekalipun, aku terima” (Riwayat al-Bukhari).
Ini sehingga baginda pernah diracun oleh wanita yahudi di Khaibar semasa menerima hadiah makanan sehingga membawa kesan ke akhir hayat.
Baginda juga memanja dan bermain dengan anak-anak kecil. Baginda memberikan salam kepada kanak-kanak apabila baginda melalui mereka dan mendoakan untuk mereka keberkatan.
Banyak lagi sifat peribadi baginda yang unggul. Bayangkan keadaan seorang insan yang hidup dalam kalangan masyarakat Arab yang membunuh anak-anak perempuan mereka, tiada buku-buku peradaban seperti Rome, Parsi, China ataupun India. Namun, berakhlak dengan penuh ketinggian yang mengatasi segala tamadun.
Kita ini ingin mengikut baginda. Kita mungkin lemah dan gagal mencontohi baginda dalam segala aspek kebaikannya. Namun, jangan berikan gambaran yang salah kepada dunia dan non-muslim mengenai Nabi kita yang agung itu.
http://drmaza.com/
Bajet: Mana peruntukan tangani gejala sosial?
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.
Kami menyatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menangani gejala sosial dan sosial yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistic membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku.
Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf:
- Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan seramai 18,652 remaja berusia 10-19 tahun didapati hamil sepanjang 2011, di mana 30% hamil di luar nikah yang sah. (The Star, 22 September 2011)
- Dalam tempoh lapan tahun (2000-2008) sebanyak 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Secara purata, kadar kelahiran anak tak sah taraf di negara ini:
o 83.3 kes sehari
o Satu kes setiap 15 minit
Kes pembuangan bayi yang begitu ketara:
- Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan sepanjang lapan tahun semenjak 2004 hingga 2011. Dalam 2009 – 79 kes, meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan sebanyak 98 kes pada tahun 2011. (Sumber : PDRM)
- Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004-2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah!
- Daripada pemantauan media harian bercetak di Negara ini, dalam tempoh lima bulan terakhir ini (Mei-September 2012), terdapat 30 liputan berita mengenai pembuangan bayi yang dilaporkan.
Pada 6 Julai yang lalu, negara ini digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui.
Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagi jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gengsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabuk dan bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.
Kami ingin menekankan, peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan. Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabil dan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini.
Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudarat dan kerosakan.
Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara langsung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, IKRAM membuat penegasan menuntut semua pihak – setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan:
- Memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda negara, dan tidak mengetepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut.
- Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dalam membangunkan system sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.
- Menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna.
- Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningatan gejala sosial yang semakin meruncing.
Kami menuntut agar penegasan ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan negara, demi Malaysia yang lebih sejahtera, untuk semua!
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Pengerusi JK Pembangunan Sosial
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
Rosmawati Zainal
Pengarah Raudhatus Sakinah
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Pengerusi Rumah Iman 1 dan 2 (SIDIM)
Ustaz Roslan Mohamad Isa
Penyelia Baitul Islah PERKID Shah Alam
Hazlina Abdul Razak
Pengarah Darul Wardah
Pn Hjh Norlina Haji Alawi
Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi
Selangor adakan sidang khas tiga perkara utama
Muhammad Arif Ismail, | 04 Okt 2012 |
SHAH ALAM:
Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Negeri
Selangor bagi membincangkan tiga perkara terutamanya mengenai daftar
pemilih, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut beliau, kertas putih hutang Talam Corporation Berhad, hasil pelaksanaan Selangorku Bersih dan penyusunan semula industri air juga akan dibincangkan.
Bagaimana pun beliau menjelaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih belum memberi kata putus berhubung hasrat tersebut.
"Sidang khas itu bagi membolehkan kerajaan negeri membentangkan ketiga-tiga isu secara lebih terperinci, di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat tentang isu ini dengan jelas dan tepat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Berhubung isu Talam katanya, kertas putih telah disiapkan dan beliau akan membentangkan perkara ini secara terperinci merangkumi kaedah pengutipan hutang sebanyak RM392 juta.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang meluluskan kertas putih tersebut dan diserahkan kepada Pejabat Dun pada Isnin depan.
"Sekiranya hasrat ini mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya menjangkakan sidang khas ini akan diadakan pada dua hingga tiga minggu akan datang.
"Kita berharap sidang khas ini dapat membuka perbincangan yang sihat di kalangan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang kerana ketiga-tiga isu ini amat penting kepada rakyat Selangor," ujar Khalid.
Bajet desperado! Bajet desperado! Itulah impresi pertama penganalis
setelah mendengar ucapan bajet 2 jam lebih di corong radio pada petang
Jumaat, 28 September 2012.
Di dalam artikel prabajet bertajuk ”Bajet 2013 Pastinya Bajet Pilihan Raya” yang disiarkan di dalam Harakahdaily, 25 September 2012, penganalis menyebut:
“Perancangan awal kerajaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi. Fokusnya ialah untuk membeli undi, bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.”.
Sahih, Bajet 2013 memang adik kembar Bajet 2012, sekadar lebih gemok. Juga, sahih PRU13 tidak akan diadakan dalam tahun ini tetapi tahun hadapan (2013) selepas one-off payment (OOP) selesai dibayar. Sahih, psikologi “UMNO-BN akan kalah” dalam PRU13 sudah membusung di dalam otak Perdana Menteri Malaysia. Lantaran, beliau pun menaburkan berbilion-bilion ringgit dalam bentuk “bayaran tunai sekali sahaja” kepada pelbagai segmen pengundi dalam satu “desparate move” melawan arus kebangkitan rakyat.
Wang RM100-RM500 ini boleh sahaja dibelanja semuanya dalam satu hari. Besoknya, penerima OPP kembali ke takuk lama. OOP tidak menangani isu bagaimana pendapatan dan kuasa beli rakyat berpendapatan rendah dan sederhana khususnya dapat ditingkatkan secara istiqamah dan lestari.
Disenaraikan di sini OOP yang terkandung dalam Bajet 2013 kerana ini perkara yang teraula kepada Perdana Menteri. OOP pun amat besar, kesemuanya melibatkan perbelanjaan RM3.889 bilion.
Pertama, anak muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli smartphone diberi ribat sebanyak RM200 se orang. Umpan ini akan menmanfaatkan sejumlah 1.5 juta orang anak muda melibatkan jumlah belanja RM300 juta. Inilah golongan pengundi generasi media baru yang anti-establishment yang perlu dipujuk untuk mengundi UMNO-BN. Syabas kepada PM kerana percubaan membeli undi golongan ini. Natijahnya, anak muda anti-establishment ini sudah pun membuat keputusan mengundi PR dalam PRU13 ini. Diberi RM200, penganalisis yakin, mereka akan ambil tetapi mengundi UMNO-BN mereka tidak akan.
Kedua, BR1M diulang dengan tajuk baru “BR1M2.0” (macam “Bersih” pula nampaknya) dengan penampilan yang lebih gemok, lebih berisi. Dalam Bajet 2012, setiap ketua isirumah yang berpendaptan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0 pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang.
Ketiga, Bajet 2013 mesra-tentera. Ini amat difahami kerana inilah segmen undi pos yang masih kekal menajdi simpanan tetap UMNO-BN.
Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenohi syarat) naik pangkat dari prebet ke lans korporal dan lans korporal ke korporal dalam masa 8 tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain dari itu, semua anggota tentera – 125,708 orang – akan diberi alaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta. Alaun perkhidmatan anggota tentera rizab – Wataniah, rizab tentera laut an rizab tentera udara - pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota. Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium) RM12 juta.
Keempat, dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri alaun persekolahan RM100. Bayaran one-off in diteruskan dalam Bajet 2013. Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikamati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung “tak kena pada tempatnya” kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat. Agihan akan ekuitabel jika diasaskan kepada need-base, misalnya diagihkan hanya kepada pelajar-pelajar dari isirumah yang ketua isirumahnya berpendapatan RM3,000 ke bawah. Barulah pelajar-pelajar yang betul-betul memerlukan mendapat jumlah yang bermakna. Ini bukan hendak mensejahterakan rakyat, ini mahu membangkrapkan negara.
Kelima, Bayaran one-off Voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM200 ke RM250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra-universiti. Serami 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini melibatkan perbelnjaan RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan.
Selain anggota tentera dan polis, lain-lain segmen pengundi yang diberi perlindungan insurans berkelompok ialah:
Isunya ialah: Kenapakah skim perlindungan insurans berkelompok tidak diperluaskan kepada lain-lain golongan petani yang nasib dan profil risiko mereka tidak jauh berbeza dengan nelayan dan penanam padi? Apakah Perdana Menteri terlepas pandang?
Sumber perangkaan menunjukkan bahawa terdapat 43,310 penternak lembu, 3,925 peternak kerbau, 25,509 penternak kambing (dan bebiri), 76,925 penternak ayam, 8,779 penternak itik dan 887 penternak babi di negara ini. Untuk menentukan golongan penternak tidak merasa didiskriminasi dan tersisih, maka adalah wajar skim insurans berkelompok diperluaskan supaya meliputi golongan penternak. Juga, kerajaan seharusnya memikirkan untuk memberi perlindungan insurans berkelompok kepada pekebun kecil getah dan sawit yang bilangan mereka di Semenajung Malaysia berjumlah 425,739 orang dan berpuluh ribu lagi di Sabah dan Sarawak.
Satu lagi segmen penting pengundi yang Perdana Menteri terlepas pandang agaknya ialah pemilik-pemilik kenderaan. Perangkaan terkini menunjukkan bahawa terdapat 11.8 juta pemegang lesen kenderaan di Malaysia. Ini merupakan 44% dari jumlah penduduk (27 juta). Bilangan kenderaan berdaftar pula berjumlah 21.25 juta (tahun 2010). Harga kenderaan di Malaysia puratanya mahal sebab cukai ke atas kenderaan khasnya yang diimport cukup tinggi sehingga mencecah 145% (cukai jualan 10%, cukai eksais 105% dan duti import 30%). Bajet 2013 terus tidak menghiraukan berbelasan juta pemilik kenderaan yang terpaksa membelanjakan bahagian yang besar dari pendaptan bulanan mereka membayar ansuran bulanan kereta, belanja operasi dan penyelenggaraan. Seorang pegawai kerajaan yang baru bekerja yang meminjam RM75,000 (pinjaman kerajaan) untuk membeli sebuah kenderaan yang sederhana sekarang ini membayar RM1,060 sebulan selama 7 tahun. Ini merupakan tidak kurang dari 25% dari gali bulanan pegawai ini. Sekiranya cukai dikurangkan sebanyak 20% maka harga kenderaan yang sama menjadi RM50,000 dan bayaran ansuran bulanan akan turun sebanyak RM212 sebulan yang samalah ertinya dengan kenaikan gaji sebanyak RM212 sebulan, satu jumlah bermakna bagi seorang pegawai yang baru bekerja.
Sementara Bajet 2013 ada menyebut untuk memperbaiki skim perkhidmatan bagi pegawai PDRM, tidak ada langsung disebut tentang apa telah terjadi kepada skim saraan baru bagi 1.4 juta orang kakitangan awam. Dalam bajet 2012, kerajaan berjanji melaksanakan skim saraan baru perkhidmatan awam tetapi apabila dibantah, ianya telah dipetisejukkan kerana skim itu dipenuhi unsur-unsur ketidakadilan kepada kakitangan pelbagai kategori. Ianya adalah satu skim untuk memewahkan sekelompok kecil kakitangan atasan bukan untuk kebaikan golongan majoriti. Ini menygecewakan majoriti kakitangan awam. Mereka, buat sementara ini, terpaksa berpuasa hati dengan bayaran satu setengah bulan bonus yang mana setengah bulan telah dibayar di musim perayaan yang lalu, setengah bulan lagi akan dibayar pada bulan Disember ini sementara setengah bulan yang akhir dibayar pada bulan Januari 2013. Kecuali satu skim saraan yang komprehesif dan adil diwujudkan untuk perkhidmatan awam, adalah dikhuatiri bilamana negara mencapai pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 sebulan bagi setiap rakyat Malaysia) dalam tahun 2020 nanti, ramai kakitangan kerajaan akan tergolong dalam kategori rakyat miskin.
Nampaknya, Perdana Menteri dapat membaca tentangan rakyat yang begitu kuat terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax – GST) lalu (walaupun infrastruktur pelaksaana sudah tersedia dan lengkap) beliau menunda pelaksanaan GST ke suatu masa yang belum ditetapkan tetapi pastinya, jika UMNO-BN kembali berkuasa selepas PRU13 ini, dengan segera. IMF sudah mendesak supaya Malaysia melaksanakan GST dengan segera. Selain daripada keperluan untuk mencari sumber hasil alternatif (kerana Malaysia terlalu bergantung kepada cukai petroleum dan cukai langsung), pelaksanaan GST dapat menambahkan bilangan pembayar cukai kerana bilangan pembayar cukai di Malaysia masih kecil – hanya 1.7 juta berbanding bilangan tenaga kerja 12 juta, iaitu, hanya 14%. Bila pembayar cukai lebih ramai, maka kutipan cukai akan lebih tinggi.
Suasana sosio-ekonomi Malaysia – amalan rasuah yang berleluasa, pembaziran dan ketirisan besar dalam perbelanjaan awam, kerajaan yang tidak berdisiplin dalam membelanjakan wang rakyat, defisit belanjawan yang gagal dibendung tahun demi tahun, hutang Negara yang sentiasa meningkat sehingga ke paras yang membimbangkan dan majoriti rakyat masih berpendapatan rendah (dibawah RM3,000 sebulan) – tidak memungkinkan pelaksanaan GST dalam masa yang terdekat. Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha wang mereka digunakan untuk membina istana kayangan dan istana perdana menteri yang super-mewah dan membina bangunan pencakar langit yang tidak berpenghuni dan prokjek-projek gajah putih. Kecuali kemungkaran-kemungkaran ini dibanteras, pelaksanaan GST hanya akan menambahkan beban cukai ke atas lebih ramai rakyat. Singapura hanya melaksanakan GST secara berfasa di mana kadar cukai GST dinaikkan secara berdikit-dikit dituruti dengan penurunan cukai pendapatan korporat dan individu secara berperingkat-peringkat dan perluasan program kebajikan untuk golongan rakyat berpendapatan rendah. Juga, Singapura melaksanakan GST setelah mencapai pendapatan per kapita melebihi USD15,000.
Perdana Menteri sedar pelaksanaan GST sebelum PRU13 adalah malapetaka (disaster) buat UMNO-BN.
Jelas, bajet 2013 mensahihkan bahawa Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan sudah diserang psikologi kalah dan dalam keadaan desperado. Lalu, beliau pun melontarkan banyak umpan OOP dalam Bajet 2013. Umpan yang dilontarkan pasti dimakan tetapi UMNO-BN menang belum tahu. Lagipun, segmen pengundi yang disisihkan dalam bajet in masih besar. Itulah impresi pertama dan itulah impresi terakhir penganalisis mengenai bajet 2013.
Rembau, NS
Bajet bukan sekadar angka dan peruntukan berbilion untuk projek. Ia
merangkumi tiga rukun utama iaitu; manusia – pemberi dan penerima, wang –
sumber pendapatan, dan projek – agihan peruntukan; yang seimbang ke
arah mewujudkan keadilan sosial – Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Cabaran mencari keseimbangan di dalam belanjawan
Bermula dengan tema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”, pengumuman bajet 2013 sangat dialu-alukan oleh segenap lapisan masyarakat, malah memberi isyarat yang jelas bahawa pilihanraya umum sudah sangat hampir tiba.
Di dalam Bajet 2013 – kali ketiga untuk Najib dan terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 – sejumlah RM251.6 bilion telah diperuntukkan, di mana 80% atau RM201.9 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan menerima peruntukan RM49.7 bilion atau hanya 20%, suatu nisbah peruntukan 80:20 yang tidak berapa sihat untuk sesebuah negara membangun (developing country) yang mahu mencapai status negara maju (developed country) yang memerlukan pelaburan modal insan dan kemajuan teknologi yang mampan.
Dalam aspek pendapatan negara, kerajaan mengunjurkan perolehan berjumlah RM208.6 bilion yang disokong oleh unjuran pungutan cukai yang tinggi, seterusnya menatijahkan anggaran defisit 4.0% berbanding KDNK untuk 16 tahun berturut-turut, di samping jangkaan pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5% hingga 5.5% dalam tahun 2013.
Dengan keseimbangan fokus bajet ke arah menggalakkan aktiviti pelaburan, mengukuhkan institusi pendidikan dan latihan, menjana inovasi dan peningkatan produktiviti, penyusunan fiskal dan peningkatan mutu perkhidmatan kerajaan, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat, pastinya agihan peruntukan oleh kerajaan persekutuan mencakupi segenap lapisan masyarakat, namun ia turut membayangkan masa depan yang tidak menentu jika beberapa aspek struktural tidak ditangani dengan cermat, khususnya perbelanjaan berhemah dan keupayaan ekonomi domestik.
Sebagaimana dianggarkan oleh beberapa penganalisis, peruntukan untuk pemberian mesra-rakyat menjelang PRU13, termasuklah BR1M, baucer buku dan telefon, bonus kakitangan awam, pemberian kebajikan dan subsidi, serta peruntukan infrastruktur, mencecah sehingga nilai RM73.2 bilion atau 29% daripada keseluruhan peruntukan di dalam bajet 2013 dan ia jelas merupakan fokus utama bajet kali ini.
Justeru, kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan bajet 2013 ini adalah:
“Bajet yang terlalu manis untuk ditolak oleh rakyat dan mencabar untuk dicapai oleh kemampuan kewangan negara. Komitmen untuk menurunkan defisit kepada 4.0% adalah sangat dialu-alukan, namun sasaran defisit 3.5% adalah munasabah jika penekanan diberikan kepada ketelusan, dan tiada pemborosan serta ketirisan perbelanjaan.
Agihan peruntukan yang meluas, menuntut kepada mekanisma penyampaian yang efisien dan telus ke arah mewujudkan keadilan sosial di dalam negara. Agak sedikit gusar dengan pemberian ‘sekali’ imbuhan kepada rakyat yang boleh menjurus kepada situasi ‘lambakan wang untuk medapatkan barangan yang sedikit’, lalu mengakibatkan fenomena inflasi tarikan-permintaan seawall suku pertama 2013.
Benarlah kata pepatah, ‘kamu akan tuai apa yang kamu tanam’. Bajet yang sarat dengan janji, namun tidaklah sehingga menuntut untuk dibalas dengan undi, kerana ianya merupakan duit rakyat’.
Melangkaui kebimbangan ekonomi
Ketelusan fiskal adalah kritikal tatkala paras defisit dan hutang mencecah paras bahaya.
Semua mata pastinya tertumpu ke arah disiplin pengurusan kewangan kerajaan, tatkala perbelanjaan sebenar pada tahun-tahun lepas, khususnya perbelanjaan mengurus, selalu melepasi bajet yang telah diberikan dengan mengemukakan bajet tambahan (supplementary budget) di awal tahun.
Hutang kerajaan persekutuan pula tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan daripada terus menghampiri had siling 55% hutang daripada KDNK ((2013: 54.2%; 2012: 53.7%), dengan melihat gaya berbelanja yang pemurah, tetapi pada masa yang sama boros, sedangkan negara Malaysia punyai hasil semulajadi yang pelbagai.
Inflasi umpama sukar untuk dielakkan. Seawal suku pertama 2013, penerimaan wang dan baucer yang mendadak untuk ditebus dan diguna, pasti akan menatijahkan peningkatan permintaan mendadak, seterusnya kenaikan harga barang yang memerlukan kawalan, di samping kenaikan harga bahan sekarang.
Selain pertimbangan ekonomi di atas, apa yang lebih membimbangkan adalah isyarat yan diberikan oleh pihak kerajaan terhadap mentaliti rakyat. Subsidi umpama candu yang tidak boleh ditarik-balik. Tiada guna membayar PTPTN mengikut jadual kerana kerajaan pasti akan mengumumkan diskaun suatu hari nanti, sama seperti diskaun saman trafik.
Tiada guna anda produktif kerana bantuan pasti akan diberi tanpa menilai tahap produktiviti anda. Tiada guna anda menghasilkan kerja berkualiti kerana bonus akan diberi samarata tanpa mengira tahap pencapaian pekerja. Lebih malang, perbendaharaan negara pasti akan berterusan menampung pemberian ‘one-off’ yang bukan lagi sekali, tetapi dua kali, tiga kali, dan akan berterusan tanpa henti.
Apapun, dengan bajet yang terlalu manis untuk ditolak oleh rakyat, pastinya menarik untuk dibuat kajian anggaran kecenderungan sokongan rakyat kepada kerajaan, khususnya di kalangan anak muda dan golongan berpendapatan menengah dan rendah.
Mari kita bermula dengan anggaran nisbah status-quo 30:40:30 untuk penyokong PR: Atas Pagar: BN. Andaikan dua daripada empat individu atas pagar menjadi cenderung kepada mesra-BN, ini akan menghasilkan nisbah hipotetikal 30:20:50 untuk penyokong PR, atas pagar dan BN. Walaupun ia masih satu pertembungan sengit 50:50 untuk PR dan BN, namun peluang untuk BN dilihat sedikit meningkat, justeru menuntut kepada strategi kempen yang efektif untuk memenangi hati pengundi, khususnya di kalangan 20%-30% golongan atas pagar.
Akhirnya, untuk golongan pemerintah, izinkan saya menukilkan nasihat berikut:
“Tatkala kita berada di dalam situasi kewangan fiskal yang mencabar di samping tuntutan mewujudkan keseimbangan dan keadilan sosial, penekanan perlu diberi dalam aspek meningkatkan dayasaing dan dayatahan ekonomi negara dan rakyat.
Bermula daripa pendapatan yang mampan, penumpuan perlu diberi untuk mengukuhkan struktur dalaman ekonomi secara komprehensif dan pruden, bukan sekadar pemberian populis sementara yang tidak menyelesaikan keperitan rakyat.
Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah reformasi fiskal yang berani, meneroka sumber pendapatan baru dan berkadar mengurangkan kebergantungan kepada sumber petroleum yang makin meluput, memperkenalkan iklim cukai mesra-pelabur dan mesra-rakyat, mengkaji mekanisma agihan kebajikan dan subsidi yang efisien, serta menghentikan ketirisan dan ketidakcekapan melalui sistem tender yang telus.
Malaysia perlu menghentikan penyalahgunaan dasar pilih kasih dan perlindungan yang seolah-olah melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang lebih diberi keutamaan berbanding kualiti ‘tahu-bagaimana’ (know-how). Tidak perlulah digambarkan betapa rendah persepsi terhadap amalan rasuah di kalangan rakyat Malaysia, sepertimana yang digambarkan dalam satu petikan, “Dahulu – atas meja, Kemudian – bawah meja, Sekarang – dengan meja”. Rasuah dan jenayah tidak boleh dimaafkan.
Negara sangat menuntut kepada budaya ‘timbang-tara’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek dan baki’ (cheque and balance) yang disuburkan oleh sistem urustadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memangku tugas CEO dan CFO dalam kerajaan.
Saya bersetuju dengan nasihat TG Hadi Awang yang menyebut, manusia adalah kunci utama ke arah memperolehi bajet seimbang, dalam memastikan sumber pendapatan yang halal dan adil untuk diagihkan kepada yang berhak dan layak, ke arah usaha menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di dalam masyarakat.
-----------------------------------------------
Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau mendokong agenda Negara Berkebajikan.
4 Oktober 2012
Menurut beliau, kertas putih hutang Talam Corporation Berhad, hasil pelaksanaan Selangorku Bersih dan penyusunan semula industri air juga akan dibincangkan.
Bagaimana pun beliau menjelaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih belum memberi kata putus berhubung hasrat tersebut.
"Sidang khas itu bagi membolehkan kerajaan negeri membentangkan ketiga-tiga isu secara lebih terperinci, di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat tentang isu ini dengan jelas dan tepat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Berhubung isu Talam katanya, kertas putih telah disiapkan dan beliau akan membentangkan perkara ini secara terperinci merangkumi kaedah pengutipan hutang sebanyak RM392 juta.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang meluluskan kertas putih tersebut dan diserahkan kepada Pejabat Dun pada Isnin depan.
"Sekiranya hasrat ini mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya menjangkakan sidang khas ini akan diadakan pada dua hingga tiga minggu akan datang.
"Kita berharap sidang khas ini dapat membuka perbincangan yang sihat di kalangan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang kerana ketiga-tiga isu ini amat penting kepada rakyat Selangor," ujar Khalid.
Bajet Desperado 2013
Dr. Rosli Yaakop, | 03 Okt 2012 |
“Perancangan awal kerajaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi. Fokusnya ialah untuk membeli undi, bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.”.
Sahih, Bajet 2013 memang adik kembar Bajet 2012, sekadar lebih gemok. Juga, sahih PRU13 tidak akan diadakan dalam tahun ini tetapi tahun hadapan (2013) selepas one-off payment (OOP) selesai dibayar. Sahih, psikologi “UMNO-BN akan kalah” dalam PRU13 sudah membusung di dalam otak Perdana Menteri Malaysia. Lantaran, beliau pun menaburkan berbilion-bilion ringgit dalam bentuk “bayaran tunai sekali sahaja” kepada pelbagai segmen pengundi dalam satu “desparate move” melawan arus kebangkitan rakyat.
Wang RM100-RM500 ini boleh sahaja dibelanja semuanya dalam satu hari. Besoknya, penerima OPP kembali ke takuk lama. OOP tidak menangani isu bagaimana pendapatan dan kuasa beli rakyat berpendapatan rendah dan sederhana khususnya dapat ditingkatkan secara istiqamah dan lestari.
Disenaraikan di sini OOP yang terkandung dalam Bajet 2013 kerana ini perkara yang teraula kepada Perdana Menteri. OOP pun amat besar, kesemuanya melibatkan perbelanjaan RM3.889 bilion.
Pertama, anak muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli smartphone diberi ribat sebanyak RM200 se orang. Umpan ini akan menmanfaatkan sejumlah 1.5 juta orang anak muda melibatkan jumlah belanja RM300 juta. Inilah golongan pengundi generasi media baru yang anti-establishment yang perlu dipujuk untuk mengundi UMNO-BN. Syabas kepada PM kerana percubaan membeli undi golongan ini. Natijahnya, anak muda anti-establishment ini sudah pun membuat keputusan mengundi PR dalam PRU13 ini. Diberi RM200, penganalisis yakin, mereka akan ambil tetapi mengundi UMNO-BN mereka tidak akan.
Kedua, BR1M diulang dengan tajuk baru “BR1M2.0” (macam “Bersih” pula nampaknya) dengan penampilan yang lebih gemok, lebih berisi. Dalam Bajet 2012, setiap ketua isirumah yang berpendaptan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0 pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang.
Ketiga, Bajet 2013 mesra-tentera. Ini amat difahami kerana inilah segmen undi pos yang masih kekal menajdi simpanan tetap UMNO-BN.
Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenohi syarat) naik pangkat dari prebet ke lans korporal dan lans korporal ke korporal dalam masa 8 tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain dari itu, semua anggota tentera – 125,708 orang – akan diberi alaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta. Alaun perkhidmatan anggota tentera rizab – Wataniah, rizab tentera laut an rizab tentera udara - pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota. Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium) RM12 juta.
Keempat, dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri alaun persekolahan RM100. Bayaran one-off in diteruskan dalam Bajet 2013. Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikamati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung “tak kena pada tempatnya” kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat. Agihan akan ekuitabel jika diasaskan kepada need-base, misalnya diagihkan hanya kepada pelajar-pelajar dari isirumah yang ketua isirumahnya berpendapatan RM3,000 ke bawah. Barulah pelajar-pelajar yang betul-betul memerlukan mendapat jumlah yang bermakna. Ini bukan hendak mensejahterakan rakyat, ini mahu membangkrapkan negara.
Kelima, Bayaran one-off Voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM200 ke RM250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra-universiti. Serami 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini melibatkan perbelnjaan RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan.
Selain anggota tentera dan polis, lain-lain segmen pengundi yang diberi perlindungan insurans berkelompok ialah:
- 1.5 penjaja dan peniaga kecil. Setiap orang mendapat manfaat perlindungan sebanyak RM5,000 dan premium dibayar oleh kerajaan melibatkan belanja RM16 juta.
- Skim Insurans Nelayan. Selain dibayar alaun sara hidup RM200 sebulan seorang dan insentif tangkapan ikan sebanyak antara RM0.10 ke RM0.20 sekilogram (tangkapan yang dibawa naik dijeti-jeti berlesen di seluruh Negara), 55,000 nelayan berdaftar akan diberi perlindugan insurans berkelompok dengan manfaat perlindungan sebanyak RM100,000. Kesemua ini melibatkan peruntukan RM230 juta.
- 172,000 penanam padi akan diberi perlindungan insurans takaful dengan manfaat sebanyak RM13,000 se orang. Kerajaan menanggung pembayaran premium sebanyak RM50 juta.
Isunya ialah: Kenapakah skim perlindungan insurans berkelompok tidak diperluaskan kepada lain-lain golongan petani yang nasib dan profil risiko mereka tidak jauh berbeza dengan nelayan dan penanam padi? Apakah Perdana Menteri terlepas pandang?
Sumber perangkaan menunjukkan bahawa terdapat 43,310 penternak lembu, 3,925 peternak kerbau, 25,509 penternak kambing (dan bebiri), 76,925 penternak ayam, 8,779 penternak itik dan 887 penternak babi di negara ini. Untuk menentukan golongan penternak tidak merasa didiskriminasi dan tersisih, maka adalah wajar skim insurans berkelompok diperluaskan supaya meliputi golongan penternak. Juga, kerajaan seharusnya memikirkan untuk memberi perlindungan insurans berkelompok kepada pekebun kecil getah dan sawit yang bilangan mereka di Semenajung Malaysia berjumlah 425,739 orang dan berpuluh ribu lagi di Sabah dan Sarawak.
Satu lagi segmen penting pengundi yang Perdana Menteri terlepas pandang agaknya ialah pemilik-pemilik kenderaan. Perangkaan terkini menunjukkan bahawa terdapat 11.8 juta pemegang lesen kenderaan di Malaysia. Ini merupakan 44% dari jumlah penduduk (27 juta). Bilangan kenderaan berdaftar pula berjumlah 21.25 juta (tahun 2010). Harga kenderaan di Malaysia puratanya mahal sebab cukai ke atas kenderaan khasnya yang diimport cukup tinggi sehingga mencecah 145% (cukai jualan 10%, cukai eksais 105% dan duti import 30%). Bajet 2013 terus tidak menghiraukan berbelasan juta pemilik kenderaan yang terpaksa membelanjakan bahagian yang besar dari pendaptan bulanan mereka membayar ansuran bulanan kereta, belanja operasi dan penyelenggaraan. Seorang pegawai kerajaan yang baru bekerja yang meminjam RM75,000 (pinjaman kerajaan) untuk membeli sebuah kenderaan yang sederhana sekarang ini membayar RM1,060 sebulan selama 7 tahun. Ini merupakan tidak kurang dari 25% dari gali bulanan pegawai ini. Sekiranya cukai dikurangkan sebanyak 20% maka harga kenderaan yang sama menjadi RM50,000 dan bayaran ansuran bulanan akan turun sebanyak RM212 sebulan yang samalah ertinya dengan kenaikan gaji sebanyak RM212 sebulan, satu jumlah bermakna bagi seorang pegawai yang baru bekerja.
Sementara Bajet 2013 ada menyebut untuk memperbaiki skim perkhidmatan bagi pegawai PDRM, tidak ada langsung disebut tentang apa telah terjadi kepada skim saraan baru bagi 1.4 juta orang kakitangan awam. Dalam bajet 2012, kerajaan berjanji melaksanakan skim saraan baru perkhidmatan awam tetapi apabila dibantah, ianya telah dipetisejukkan kerana skim itu dipenuhi unsur-unsur ketidakadilan kepada kakitangan pelbagai kategori. Ianya adalah satu skim untuk memewahkan sekelompok kecil kakitangan atasan bukan untuk kebaikan golongan majoriti. Ini menygecewakan majoriti kakitangan awam. Mereka, buat sementara ini, terpaksa berpuasa hati dengan bayaran satu setengah bulan bonus yang mana setengah bulan telah dibayar di musim perayaan yang lalu, setengah bulan lagi akan dibayar pada bulan Disember ini sementara setengah bulan yang akhir dibayar pada bulan Januari 2013. Kecuali satu skim saraan yang komprehesif dan adil diwujudkan untuk perkhidmatan awam, adalah dikhuatiri bilamana negara mencapai pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 sebulan bagi setiap rakyat Malaysia) dalam tahun 2020 nanti, ramai kakitangan kerajaan akan tergolong dalam kategori rakyat miskin.
Nampaknya, Perdana Menteri dapat membaca tentangan rakyat yang begitu kuat terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax – GST) lalu (walaupun infrastruktur pelaksaana sudah tersedia dan lengkap) beliau menunda pelaksanaan GST ke suatu masa yang belum ditetapkan tetapi pastinya, jika UMNO-BN kembali berkuasa selepas PRU13 ini, dengan segera. IMF sudah mendesak supaya Malaysia melaksanakan GST dengan segera. Selain daripada keperluan untuk mencari sumber hasil alternatif (kerana Malaysia terlalu bergantung kepada cukai petroleum dan cukai langsung), pelaksanaan GST dapat menambahkan bilangan pembayar cukai kerana bilangan pembayar cukai di Malaysia masih kecil – hanya 1.7 juta berbanding bilangan tenaga kerja 12 juta, iaitu, hanya 14%. Bila pembayar cukai lebih ramai, maka kutipan cukai akan lebih tinggi.
Suasana sosio-ekonomi Malaysia – amalan rasuah yang berleluasa, pembaziran dan ketirisan besar dalam perbelanjaan awam, kerajaan yang tidak berdisiplin dalam membelanjakan wang rakyat, defisit belanjawan yang gagal dibendung tahun demi tahun, hutang Negara yang sentiasa meningkat sehingga ke paras yang membimbangkan dan majoriti rakyat masih berpendapatan rendah (dibawah RM3,000 sebulan) – tidak memungkinkan pelaksanaan GST dalam masa yang terdekat. Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha wang mereka digunakan untuk membina istana kayangan dan istana perdana menteri yang super-mewah dan membina bangunan pencakar langit yang tidak berpenghuni dan prokjek-projek gajah putih. Kecuali kemungkaran-kemungkaran ini dibanteras, pelaksanaan GST hanya akan menambahkan beban cukai ke atas lebih ramai rakyat. Singapura hanya melaksanakan GST secara berfasa di mana kadar cukai GST dinaikkan secara berdikit-dikit dituruti dengan penurunan cukai pendapatan korporat dan individu secara berperingkat-peringkat dan perluasan program kebajikan untuk golongan rakyat berpendapatan rendah. Juga, Singapura melaksanakan GST setelah mencapai pendapatan per kapita melebihi USD15,000.
Perdana Menteri sedar pelaksanaan GST sebelum PRU13 adalah malapetaka (disaster) buat UMNO-BN.
Jelas, bajet 2013 mensahihkan bahawa Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan sudah diserang psikologi kalah dan dalam keadaan desperado. Lalu, beliau pun melontarkan banyak umpan OOP dalam Bajet 2013. Umpan yang dilontarkan pasti dimakan tetapi UMNO-BN menang belum tahu. Lagipun, segmen pengundi yang disisihkan dalam bajet in masih besar. Itulah impresi pertama dan itulah impresi terakhir penganalisis mengenai bajet 2013.
Rembau, NS
Bajet: Bermewah sekarang, berjimat kemudian?
Syahir Sulaiman, | 04 Okt 2012 |
Cabaran mencari keseimbangan di dalam belanjawan
Bermula dengan tema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”, pengumuman bajet 2013 sangat dialu-alukan oleh segenap lapisan masyarakat, malah memberi isyarat yang jelas bahawa pilihanraya umum sudah sangat hampir tiba.
Di dalam Bajet 2013 – kali ketiga untuk Najib dan terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 – sejumlah RM251.6 bilion telah diperuntukkan, di mana 80% atau RM201.9 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan menerima peruntukan RM49.7 bilion atau hanya 20%, suatu nisbah peruntukan 80:20 yang tidak berapa sihat untuk sesebuah negara membangun (developing country) yang mahu mencapai status negara maju (developed country) yang memerlukan pelaburan modal insan dan kemajuan teknologi yang mampan.
Dalam aspek pendapatan negara, kerajaan mengunjurkan perolehan berjumlah RM208.6 bilion yang disokong oleh unjuran pungutan cukai yang tinggi, seterusnya menatijahkan anggaran defisit 4.0% berbanding KDNK untuk 16 tahun berturut-turut, di samping jangkaan pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5% hingga 5.5% dalam tahun 2013.
Dengan keseimbangan fokus bajet ke arah menggalakkan aktiviti pelaburan, mengukuhkan institusi pendidikan dan latihan, menjana inovasi dan peningkatan produktiviti, penyusunan fiskal dan peningkatan mutu perkhidmatan kerajaan, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat, pastinya agihan peruntukan oleh kerajaan persekutuan mencakupi segenap lapisan masyarakat, namun ia turut membayangkan masa depan yang tidak menentu jika beberapa aspek struktural tidak ditangani dengan cermat, khususnya perbelanjaan berhemah dan keupayaan ekonomi domestik.
Sebagaimana dianggarkan oleh beberapa penganalisis, peruntukan untuk pemberian mesra-rakyat menjelang PRU13, termasuklah BR1M, baucer buku dan telefon, bonus kakitangan awam, pemberian kebajikan dan subsidi, serta peruntukan infrastruktur, mencecah sehingga nilai RM73.2 bilion atau 29% daripada keseluruhan peruntukan di dalam bajet 2013 dan ia jelas merupakan fokus utama bajet kali ini.
Justeru, kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan bajet 2013 ini adalah:
“Bajet yang terlalu manis untuk ditolak oleh rakyat dan mencabar untuk dicapai oleh kemampuan kewangan negara. Komitmen untuk menurunkan defisit kepada 4.0% adalah sangat dialu-alukan, namun sasaran defisit 3.5% adalah munasabah jika penekanan diberikan kepada ketelusan, dan tiada pemborosan serta ketirisan perbelanjaan.
Agihan peruntukan yang meluas, menuntut kepada mekanisma penyampaian yang efisien dan telus ke arah mewujudkan keadilan sosial di dalam negara. Agak sedikit gusar dengan pemberian ‘sekali’ imbuhan kepada rakyat yang boleh menjurus kepada situasi ‘lambakan wang untuk medapatkan barangan yang sedikit’, lalu mengakibatkan fenomena inflasi tarikan-permintaan seawall suku pertama 2013.
Benarlah kata pepatah, ‘kamu akan tuai apa yang kamu tanam’. Bajet yang sarat dengan janji, namun tidaklah sehingga menuntut untuk dibalas dengan undi, kerana ianya merupakan duit rakyat’.
Melangkaui kebimbangan ekonomi
Ketelusan fiskal adalah kritikal tatkala paras defisit dan hutang mencecah paras bahaya.
Semua mata pastinya tertumpu ke arah disiplin pengurusan kewangan kerajaan, tatkala perbelanjaan sebenar pada tahun-tahun lepas, khususnya perbelanjaan mengurus, selalu melepasi bajet yang telah diberikan dengan mengemukakan bajet tambahan (supplementary budget) di awal tahun.
Hutang kerajaan persekutuan pula tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan daripada terus menghampiri had siling 55% hutang daripada KDNK ((2013: 54.2%; 2012: 53.7%), dengan melihat gaya berbelanja yang pemurah, tetapi pada masa yang sama boros, sedangkan negara Malaysia punyai hasil semulajadi yang pelbagai.
Inflasi umpama sukar untuk dielakkan. Seawal suku pertama 2013, penerimaan wang dan baucer yang mendadak untuk ditebus dan diguna, pasti akan menatijahkan peningkatan permintaan mendadak, seterusnya kenaikan harga barang yang memerlukan kawalan, di samping kenaikan harga bahan sekarang.
Selain pertimbangan ekonomi di atas, apa yang lebih membimbangkan adalah isyarat yan diberikan oleh pihak kerajaan terhadap mentaliti rakyat. Subsidi umpama candu yang tidak boleh ditarik-balik. Tiada guna membayar PTPTN mengikut jadual kerana kerajaan pasti akan mengumumkan diskaun suatu hari nanti, sama seperti diskaun saman trafik.
Tiada guna anda produktif kerana bantuan pasti akan diberi tanpa menilai tahap produktiviti anda. Tiada guna anda menghasilkan kerja berkualiti kerana bonus akan diberi samarata tanpa mengira tahap pencapaian pekerja. Lebih malang, perbendaharaan negara pasti akan berterusan menampung pemberian ‘one-off’ yang bukan lagi sekali, tetapi dua kali, tiga kali, dan akan berterusan tanpa henti.
Apapun, dengan bajet yang terlalu manis untuk ditolak oleh rakyat, pastinya menarik untuk dibuat kajian anggaran kecenderungan sokongan rakyat kepada kerajaan, khususnya di kalangan anak muda dan golongan berpendapatan menengah dan rendah.
Mari kita bermula dengan anggaran nisbah status-quo 30:40:30 untuk penyokong PR: Atas Pagar: BN. Andaikan dua daripada empat individu atas pagar menjadi cenderung kepada mesra-BN, ini akan menghasilkan nisbah hipotetikal 30:20:50 untuk penyokong PR, atas pagar dan BN. Walaupun ia masih satu pertembungan sengit 50:50 untuk PR dan BN, namun peluang untuk BN dilihat sedikit meningkat, justeru menuntut kepada strategi kempen yang efektif untuk memenangi hati pengundi, khususnya di kalangan 20%-30% golongan atas pagar.
Akhirnya, untuk golongan pemerintah, izinkan saya menukilkan nasihat berikut:
“Tatkala kita berada di dalam situasi kewangan fiskal yang mencabar di samping tuntutan mewujudkan keseimbangan dan keadilan sosial, penekanan perlu diberi dalam aspek meningkatkan dayasaing dan dayatahan ekonomi negara dan rakyat.
Bermula daripa pendapatan yang mampan, penumpuan perlu diberi untuk mengukuhkan struktur dalaman ekonomi secara komprehensif dan pruden, bukan sekadar pemberian populis sementara yang tidak menyelesaikan keperitan rakyat.
Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah reformasi fiskal yang berani, meneroka sumber pendapatan baru dan berkadar mengurangkan kebergantungan kepada sumber petroleum yang makin meluput, memperkenalkan iklim cukai mesra-pelabur dan mesra-rakyat, mengkaji mekanisma agihan kebajikan dan subsidi yang efisien, serta menghentikan ketirisan dan ketidakcekapan melalui sistem tender yang telus.
Malaysia perlu menghentikan penyalahgunaan dasar pilih kasih dan perlindungan yang seolah-olah melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang lebih diberi keutamaan berbanding kualiti ‘tahu-bagaimana’ (know-how). Tidak perlulah digambarkan betapa rendah persepsi terhadap amalan rasuah di kalangan rakyat Malaysia, sepertimana yang digambarkan dalam satu petikan, “Dahulu – atas meja, Kemudian – bawah meja, Sekarang – dengan meja”. Rasuah dan jenayah tidak boleh dimaafkan.
Negara sangat menuntut kepada budaya ‘timbang-tara’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek dan baki’ (cheque and balance) yang disuburkan oleh sistem urustadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memangku tugas CEO dan CFO dalam kerajaan.
Saya bersetuju dengan nasihat TG Hadi Awang yang menyebut, manusia adalah kunci utama ke arah memperolehi bajet seimbang, dalam memastikan sumber pendapatan yang halal dan adil untuk diagihkan kepada yang berhak dan layak, ke arah usaha menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di dalam masyarakat.
-----------------------------------------------
Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau mendokong agenda Negara Berkebajikan.
4 Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan