Saya dibelasah teruk kerana dituduh pukul polis
Muhammad Faizal, | 07 Mei 2012 |
Fahmi mendakwa beliau ditahan kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat di hadapan bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut ketika sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 beredar dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh menaikkan kemarahan pihak polis.
Menurut Fahmi, beliau ketika itu dalam posisi membelakangi polis menyebabkan beliau tidak sedar bahawa polis sudah menghampiri beliau menyebabkan beliau ditangkap walaupun pada waktu itu beliau sedang mengarahkan peserta bertenang serta beredar.
"Saya sedang mengarahkan agar peserta tidak melakukan provokasi saya pula ditangkap.
"Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka ketika melalui kaki lima saya telah dipukul oleh pihak polis termasuk ditendang malah terdapat di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Menceritakan insiden itu lebih lanjut, Fahmi berkata, ketika ditahan beliau sempat bertanya kepada polis samada beliau sedang melakukan provokasi ataupun mengawal keadaan.
Namun salah seorang anggota polis itu ada mengatakan memang tiada provokasi dilakukan oleh beliau tetapi beliau harus juga ditangkap.
Beliau kemudian dibawa ke Dataran Merdeka bersama kumpulan lain yang lebih awal ditangkap.
"Jarak perjalanan agak jauh dan saya sendiri tidak pasti berapa kali dipukul, malah ketika sudah hampir di Kelab Di Raja Selangor saya sekali lagi dipukul oleh empat orang polis, disepak dan menyebabkan saya jatuh," ceritanya lagi.
Fahmi memberitahu setelah dipukul, beliau diletakkan bersama-sama dengan tahanan yang lain termasuk dengan bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari.
"Ketika saya duduk bersama-sama tahanan yang lain, terdapat seorang anggota polis menjerit dan mengatakan saya telah memukul anggota polis, tindakan tersebut menyebabkan saya sekali lagi ditarik dan dibawa ke belakang trak polis sebelum dibelasah teruk oleh sembilan orang anggota polis.
"Ketika itu saya dipukul dengan teruk termasuk dipijak di perut, ditendang di bahagian dada dan belakang. Saya telah ditumbuk menyebabkan cermin mata saya telah jatuh.
"Dalam keadaan samar akibat kehilangan cermin mata saya cuba mengambil semula cermin mata tersebut tetapi salah seorang anggota polis telah memijak cermin mata saya sehingga pecah, saya dipukul dengan teruk tanpa ada belas kasihan langsung oleh pihak polis," sambung beliau lagi.
Sewaktu dipukul, beliau juga mendakwa ada mendengar Aziz Bari merayu meminta polis berhenti memukul beliau.
Akibat dibelasah beramai-ramai itu, Fahmi mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan belakang.
Tidak lama kemudian, beliau bersama tahanan yang lain dibawa ke Pulapol untuk diambil keterangan.
Ketika memberi keterangan pula, Fahmi mendakwa polis hanya mengambil maklumat peribadi sahaja tanpa bertanya apa yang berlaku terhadapnya sebenarnya.
Beliau yang baru enam bulan menyertai Unit Amal Shah Alam itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari Isnin 30 April sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang juga pada hari yang sama.
"Biarlah apa yang polis lakukan terhadap saya itu diadili oleh Allah dan saya tidak mempunyai apa-apa dendam dengan mereka.
"Cuma yang paling menyentuh perasaan saya ketika saya diarahkan menanggalkan beret yang dipakai oleh saya dan saya sendiri tidak mengetahui apa alasan sebenarnya polis suruh saya tanggalkan beret tersebut," katanya.
PAS satu kerusi lebih baik daripada 11 Umno
Mohd Sabri Said, | 07 Mei 2012 |
PULAU PINANG, 7 Mei: Walaupun PAS mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang namun berjaya meningkatkan syariat Islam.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar), ini berbanding Umno yang ada 11 kerusi tetapi gagal berbuat demikian ketika berada dalam kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Beliau menyatakan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan kononnya PAS tidak berperanan dalam kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
PAS jelasnya, berjaya memikat hati Lim sewaktu Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menjadi Adun Permatang Pasir lagi tetapi ketika itu Allahyarham berada dalam keadaan uzur dan sukar menumpukan kerja-kerja lain dalam pentadbiran.
"Bohong saya katakan PAS tidak berperanan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebaliknya walaupun satu kerusi kita berjaya membuka ruang untuk syariat Islam berbanding Umno yang ada 11 kerusi tetapi tidak banyak mengubah lanskap politik umat Islam termasuk mendapatkan penambahan peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp)," tegasnya.
Katanya, semasa Umno berkuasa Maipp hanya mampu memperolehi RM12 juta berbanding 2009 dinaikkan RM20 juta dan 2010 pula sebanyak RM24.3 juta, pada 2011 sebanyak RM33.3 juta dan 2012 RM64 juta.
Jewlasnya, urusan hal ehwal Islam menerusi Exco Agama Negeri, Abdul Malek Abul Kasim menyerlah kerana berjaya memperluaskan peranan institusi agama yang selama ini beku ekoran ketidakprihatinan Umno dan BN dalam meningkatkan
pembangunan Islam di negeri ini.
Terbaru, ujarnya pembinaan sebuah surau di Padang Kota Lama dengan kos RM200 ribu yang selama ini Umno tidak pernah terfikir untuk mewujudkan surau khas kepada umat Islam yang bersiar-siar di situ.
Begitu juga dengan Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat akan dibina di Jalan Scotland dengan kos RM5 juta yang mana kerajaan negeri menyediakan tanah 49 ekar bagi tujuan tersebut.
"Sebab itu sampai kini Umno dan konco-konconya terus mainkan isu PAS tidak boleh buat apa walaupun menang satu atau dua kerusi. Mereka tak tahu kalau PAS menang banyak bermakna Umno kurang kerusi dan ini akan memberikan lagi kekuatan PAS di Pulau Pinang khususnya terhadap kerjasama dengan exco agama dan Ketua Menteri," jelas beliau yang juga Adun Permatang Pasir.
Saleh juga menafikan pandangan yang mengatakan Lim bersikap anti Melayu dan Islam kerana sepanjang mengetuai kerajaan negeri banyak peruntukan dan mengiktiraf para huffaz yang selama ini tidak diberikan perhatian oleh Umno dan BN.
Begitu juga, katanya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan para gurunya tidak pernah kerajaan negeri sekarang pinggirkan berbanding Umno dan BN sanggup membatalkan bantuan perkapita terhadap SAR yang menjadi nadi generasi muda Islam mendapatkan ilmu pengetahuan.
"PAS berusaha sekadar yang termampu dan ia disambut baik oleh Ketua Menteri walaupun beliau bukan beragama Islam namun mudah dibawa berbincang berkaitan hal ehwal Islam.
“Apa yang didakwa oleh segelintir golongan bahawa Lim hanya berlakon untuk mendapatkan pengaruh undi Melayu hanyalah tekaan mereka (Umno) sahaja," katanya lagi.
Menurutnya, Umno sekarang seolah-olah baru tersedar dari mimpi dengan melakukan fitnah kepada PAS dan kerajaan negeri yang tiada berkesudahan.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) Mazlan Aliman menyifatkan himpunan yang dihadiri ribuan rakyat di Plaza Angsana Johor Bahru semalam satu kejayaan awal menarik kesedaran rakyat.
Menurutnya, kehadiran ramai itu juga membuktikan isu tanah adalah antara isu besar yang sedang dihadapi rakyat di negara ini.
"Bagi saya ini satu kejayaan awal kepada kita dalam usaha menggesa kerajaan pusat dan negeri menyelesaikan isu tanah rakyat ini.
"Bahkan orang Umno juga datang dan memberi ucapan dalam himpunan itu dengan menyatakan masalah tanah yang dihadapi di tempat mereka," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.
Semalam ribuan rakyat menyertai himpunan Tanah di Plaza Angsana Johor Bahru bagi menyatakan solidariti penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.
Himpunan yamg bermula jam 2 petang itu berlangsung amantanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.
Mereka turut membuat 10 resolusi sebagai tuntutan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor untuk menyelesaikan masalah tanah.
Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ atau kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.
Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi.
Sebagai langkah penerusan menurut Mazlan, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh daerah di negeri Johor.
"Kita juga akan serahkan 10 tuntutan ini kepada pihak yang berautoriti untuk diambil tindakan sewajarnya.
"Kita juga tidak teragak-agak untuk menggerakkan himpunan lebih besar di hadapan pejabat menteri besar jika tiada sebarang respon positif dari mereka terhadap tuntutan rakyat ini," katanya.

Kejayaan awal, Umno pun sertai himpunan tanah
Harakahdaily, | 07 Mei 2012 |

Umno tidak boleh adakan himpunan tanpa 6T
Harakahdaily, | 07 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mei:
Umno tidak boleh mengadakan himpunan raksasa jika tanpa 6T iaitu
T-shirt, topi, tambang, transport (pengangkutan), tapau (makanan) dan
token (duit).
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ia berlainan dengan himpunan yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, penyokongnya datang tanpa diupah dan dikerah.
Katanya, setiap kali Najib turun ke suatu tempat semua agensi kerajaan dipaksa rela untuk hadir.
“Terbaru Najib di Kelantan pada 4 Mei lepas, kita boleh lihat beratus-ratus biji bas daripada agensi kerajaan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pihak pengajur terpaksa membuat kerahan , jika tidak terpaksa dikira dengan bayang supaya nampak ramai.
“Budaya ini sudah menjadi kelaziman apabila Umno mengalami masalah dalaman parti atau tekanan politik daripada luar,” katanya.
Idris menambah, ia bermula di zaman Dr Mahathir ketika beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu pada 1983 sewaktu krisis pindaan perlembagaan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, ia diikuti pula dengan program Semarak, ketika berlaku krisis team A dan team B Umno.
Katanya, ahli Umno sekarang bukan ahli yang ada ideologi, majoritinya hanya ahli yang mencari makan.
“Ia bukan perjuangan Umno di peringkat mula kelahiran Umno 1946,” ujarnya.
Katanya lagi, walaupun ahlinya 3.3 juta, namun tidak ada jati diri dan komited dengan ideologi perjuangan.
Menurutnya, sebahagian besar menjadi ahli Umno, terutama peringkat muda hanya “Umno projek” sahaja.
“Kita akan lihat himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 11 Mei nanti, semuanya akan bergantung kepada 6T,” katanya lagi.

Awas ulama jahat
Idris Ahmad, | 07 Mei 2012 |
Ulamak ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah
ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka
tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan
oleh para ulama’
Ulamak ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah,ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulmak wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulamak.
Ulama mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan.
Manakala ulamak al-su' (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.
Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama' jahat di dalam sabdanya:"Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya: siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’.
Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.
Awas! kita hendaklah membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat.
Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat.
Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim, kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.
Sebenarnya ulamak jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulamak jahat ini dipandang dan oleh Allah seperti keldai dan anjing
Firman Allah SWT (maksudnya): “Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustkan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang menginaya dirinya”( Surah al-Jumaah:5”
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat.” (al-Araf 175)
Allah mengibaratkan ulamak yang jahat seperti anjing
“Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau mengahalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya.” (Al-Araf 176)
Ulamak jahat ini muncul; sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat kursi dan Auzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran.
Ulamak jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.
Mereka akan cuba mencari dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka. Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan.
Realiti yang berlaku kehidupan ulama’ jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tindakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang menyenangkan pemimpin yang zalim mereka juga akan diketepikan. Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.
Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. Tamak kepada dunia dan pangkat. Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.
Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca. Bijak bermadah pujangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa dengan bikin. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan