Khamis, 24 Mei 2012

BILA RASUAH...BAGI GULA2...BAGI HADIAH SUDAH JADI BUDAYA...BUKANNYA DIPILIH DASAR TAKWA...JUJUR...ADIL DAN SEWAKTU DENGANNYA....

Mahkamah tolak saman bekas NC Unisel

Harakahdaily, 24 Mei 2012
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi menolak saman fitnah yang difailkan oleh mantan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono (gambar) dan dua orang yang lain ke atas empat orang kakitangan Unisel.

Mereka yang disaman adalah Profesor Dr Anuar bin Ahmad, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah binti Hassan.

Selain daripada Datuk Dr Rosti Saruwono, keempat-keempat kakitangan Unisel tersebut juga disaman oleh dua orang bekas kakitangan yang lain iaitu Dr Khalifah Othman dan Encik Halid bin Hasbullah.

Mereka masing-masing adalah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan mantan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel. Dr Anuar adalah Naib Canselor Unisel sekarang manakala Dr Rosti telah meletakkan jawatannya.

Saman Datuk Dr Rosti dan dua yang lain tersebut adalah berkaitan dengan satu Laporan yang dikenali sebagai 'Laporan Permasalahan yang kini dihadapi oleh Unisel' bertarikh 16 Mei 2011 yang disediakan oleh keempat –empat kakitangan tersebut dan juga berkaitan dengan beberapa laporan akhbar.

Laporan tersebut telah disediakan oleh keempat-empat kakitangan tersebut untuk memaklumkan Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Unisel.

Jawatankuasa Siasatan tersebut telah dipengerusikan oleh mantan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan anggota-anggota lain Jawatankuasa tersebut adalah Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liew.

Antara lain laporan tersebut melaporkan:

'Datuk Rosti menghadiri temuduga bagi jawatan Naib Canselor di UITM setelah menerima jawatan Naib Canselor Unisel pada tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa hati Datuk Rosti dari awal lagi tidak bersama Unisel.'

'Datuk Rosti tidak membenarkan persatuan pelajar menjemput YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk memberi ceramah kepada pelajar, untuk menjaga hati mantan Canselor, Unisel.'

'Datuk Rosti menerima dengan mesra sekali kehadiran YAB Datuk Noh Omar ke Universiti, pada hal Datuk Noh Omar selalu mengkritik Unisel dan Kerajaan Selangor.'

Pada masa disaman Prof Dr Anuar Ahmad adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Akademik) manakala Prof. Madya Zainal Abidin Kidam pula memegang jawatan Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Hal Ehwal Pelajar),  Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah binti Hassan pula mantan Naib Presiden (Perkhidmatan Pengurusan) Unisel.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar kes tersebut di dalam penghakiman lisannya ketika menolak saman Dr Rosti dan dua yang lain tersebut antara lain menyatakan bahawa defendan-defendan adalah dilindungi di bawah pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) ketika mereka menyediakan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Siasatan.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan defendan-defendan tersebut mempunyai niat jahat ketika menerbitkan laporan tersebut.

Hakim juga memutuskan plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan di dalam beberapa laporan akhbar yang mengaitkan mereka telah dibuat oleh defendan-defendan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pihak-pihak menanggung kos masing-masing.

Keeempat-empat defendan tersebut diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Datuk Dr Rosti dan dua yang lain diwakili oleh Encik Abdul Rahman Azubir.

Anti Bersih cuba rasuah minda rakyat

Salmiyah Harun, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Kumpulan anti-Bersih menggunakan taktik dengan menawarkan dua buah kereta mewah untuk cabutan bertuah disifatkan cubaan untuk merasuah minda masyarakat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu juga dilihat terdesak bagi menarik perhatian masyarakat yang sedang mentertawakan kebodohan penganjur yang digelar Bersih 4.0.

Bersih 4.0 melahirkan rasa tidak puas hati dan mendakwa Himpunan Bersih 3.0 yang di Pengerusi Datuk S. Ambiga telah menyebabkan perniagaan mereka kerugian.

Ekoran itu mereka bertindak membuka 60 gerai di depan rumah Ambiga bermula hari ini.

"Itulah sikap Umno yang sanggup menggunakan siapa sahaja termasuk NGO, pula bertindak membelakangi undang-undang," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Malah katanya, tawaran kereta mewah  oleh Pengarah Bersih 4.0 Datuk Jamal Md Yunus itu ternyata beliau berbohong kononnya perniagaannya rugi.

"Kononya rugi, sedangkan beliau sendiri adalah seorang peniaga kereta mewah, dalam masa yang sama boleh bagi kereta pula," katanya.

Apa yang diperhatikan pada Himpunan Bersih 3.0 lalu, jelas Ridhuan ramai peniaga yang membuka perniagaan pada hari itu untung berlipat kali ganda.

"Ada yang meniaga air mineral sahaja berganda-ganda untung, peniaga mamak juga yang bijak mereka tahu waktu inilah mereka akan kaut keuntungan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak hairan dengan tawaran mewah yang diberikan, kerana anak muda hari ini sudah bijak dan tidak mungkin terpedaya dengan tawaran itu.

"Selain itu, mereka mahu mengalihkan perhatian anak muda kepada sokongan perubahan negara luar yang sedang mentertawakan pucuk pimpinan negara pada hari ini," katanya.

Sebelum itu, Datuk Jamal berkata, Bersih 4.0 telah membuka halaman Facebook.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.
ANAK: 2 bank tarik diri beri pinjaman beli saham FGVH
  • Leven Woon
  • 10:02AM Mei 24 2012
 
Dua buah bank yang dikatakan terbabit dalam memaksa peneroka Felda menandatangani borang pinjaman untuk pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), telah bersetuju untuk membatalkan permohonan yang telah dikemukakan kepada mereka, dakwa NGO berkaitan PAS - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
NONEKedua-dua institusi kewangan itu bersetuju untuk membatalkan
borang pinjaman yang diserahkan oleh kira-kira 153 peneroka, yang juga plaintif dalam kes permohonan injunksi yang didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) semalam.

Menurutnya, salah sebuah daripada bank tersebut menulis kepada peguam plaintif di Pahang untuk memaklumkan keputusannya untuk menarik diri daripada skim pinjaman tersebut, manakala yang satu lagi "dijangka berbuat demikian sedikit masa lagi".

Mazlan berkata, penarikan diri bank-bank tersebut membuktikan bahawa asas tuduhan mereka adalah betul, iaitu memang terdapat unsur penipuan dalam meminta peneroka menandatangani borang pinjaman.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama kedua-dua buah bank berkenaan sementara menunggu respons kepada soalan kami.

Mazlan memberita demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara ANAK dengan pegawai jabatan maklumat Bank Negara semalam.
Dalam pertemuan tersebut, ANAK mengemukakan memorandum kepada Bank Negara berhubung dakwaanya mengenai perjanjian pinjaman yang dipaksa ke atas lebih 80,000 peneroka Felda yang telah menandatanganinya tanpa pemahaman sepenuhnya, dan turut menamakan tujuh buah bank yang menawarkan pinjaman tersebut.

Mereka ialah Bank CIMB Bank, AmBank Bhd, Maybank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Bhd, Affin Bank Bhd dan OCBC Bhd.

Calon Ikhwan FJP dahului pilihan raya Presiden Mesir

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 24 Mei 2012
(Dr Syed Azman berdiri di depan barisan rakyat Mesir yang sedang berpesta mengundi buat pertama kalinya)

Hari ini merupakan hari kedua  Pilihanraya Presiden Mesir. Setakat ini ianya berjalan dengan penuh tenang dan aman dengan undi luar memberikan kemenangan kepada calon Ikhwan dari FJP.

Adalah dijangkakan proses pembuangan undi buat lebih 50 juta rakyat Mesir akan terus berjalan lancar bagi memilih Presiden Mesir pertama kali setelah kejayaan revolusi 25 Januari yang yang telah menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Pada hari kedua ini saya berada bersama beberapa pemerhati pilihanraya telah melawat tempat membuang undi di kawasan Asyar yang terletak di pinggir Kota Kairo.

Proses pengundian yang berjalan selama 2 hari kini semakin menjelaskan pertembungan  sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak.

Seramai 13 senarai calon yang bertanding tetapi empat calon yang paling popular setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon’im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu ‘Amru Musa dan Shafik.

Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter dan pemerhati antarabangsa dari Carter Center  kini berada di Mesir untuk menyaksikan pilihanraya bersejarah ini, sepertimana beliau juga ke Gaza untuk menyaksikan Pilihanraya Parlimen Palestin pada 25 Januari 2006 yang berakhir dengan kemenangan HAMAS.

Setakat ini proses undian berjalan lancar dimana setiap pengundi di wajibkan ‘celup jari’ bagi meengelakkan ‘pengundi hantu’ dan penipuan.

Sementara itu hakim-hakim yang diikitiraf telah dilantik bagi menyelia proses pengundian di tempat-tempat mengundi.

Bagi menjaga keamanan dan keselamatan setiap tempat pengundian, puluhan ribu yang terdiri dari kalangan anggota tentera dan polis telah dikerahkan untuk berkawal dalam tempoh dua hari ini.

Bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan, Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri, sambil diperhatikan oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yng bertanding.

Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian.

Inilah catatan awal perjalan pilihanraya yang sedang berjalan sekarang ini.

Bagi keputusan pilihanraya Presiden bagi rakyat Mesir yang menetap di luar negara, Dr. Mohamad Mursi dari FJP telah mendapat tempat pertama dengan lebih 37% undi dan Dr Abd Mun’im mendapat tempat kedua dengaan 27% undi.

Calon-calon lain tidak mendapat undi yang banyak dalam pemilihan ini. Pencapaian awal Dr. Mursi ini mungkin menjadi indikator positif kepada calon Ikhwan Muslimin dalam menentukan keputusan penuh pilihanraya Presiden Mesir yang sedang berjalan ini.
------------------------------------------------------

Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Hubungi beliau melalui Twitter: @syedazman   e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk

Lancar Perisai Mujahidah pada Himpunan Hijau

Salmiyah Harun, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Muslimat PAS seluruh negara digesa tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyemarakkan Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah pada 1 Jun ini.

Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) berkata, Himpunan Hijau yang diadakan bagi menggantikan Muktamar Tahunan PAS mungkin himpunan terakhir sebelum turun ke pilihan raya umum nanti.

Tegasnya,  Himpunan Hijau ini merupakan harapan parti agar sokongan dan dokongan ahlinya melaksanakan amanat serta menggembleng tenaga menuju ke Putrajaya.

"Kalau 28 April kita kuningkan Kuala Lumpur, pada 1 Jun ini kita hijaukan Kedah. Kita minta muslimat dan ahli parti datang beramai-ramai," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, beliau juga menyifatkan himpunan itu nanti akan membuktikan sokongan rakyat kepada PAS sebagai penggerak perubahan.

"PASlah akan menjadi pemimpin untuk menggerakkan perubahan. Hijau lambang kesucian dan kemurnian. Jadi sama-sama kita membuat perubahan politik negara," jelas beliau.

Justeru, dalam perhimpunan yang bakal mencatat sejarah itu, Muslimat PAS Pusat akan melancarkan sebuah buku berjudul 'Perisai Mujahiddah' yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Zailah, buku itu disusun khas buat jentera parti dengan pengisian doa-doa serta munajat sebagai bekalan pertahanan di masa depan.

Sementara itu, pihak penganjur kini sedang rancak melakukan persiapan untuk menerima kehadiran hampir 100,000 peserta ke program itu nanti.

Malam tadi juga berlangsungnya mesyuarat penyelarasan bagi melihat keperluan yang perlu disediakan.

Difahamkan setiap kawasan PAS dari seluruh negara akan menghantar 1000 wakil mereka ke program itu nanti.

Program itu juga adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan tidak terhad kepada ahli PAS atau dewan himpunan PAS sahaja.

Jam 4.30 petang bermula dengan 'Xpresi Anak Muda ke Putrajaya' di mana penceramah yang digilai anak muda hari ini Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan kuliah asar kemudian diikuti sketsa Belantan Pusaka Durjana.

Sesi 'Munajat ke Putrajaya' dimana para peserta akan solat maghrib berjemaah, hajat dan munajat serta isyak berjemaah sebelum rapat umum diadakan.

PAS teliti pilihan raya Presiden Mesir dari dekat

Harakahdaily, 24 Mei 2012

(Calon-calon presiden Mesir yang perlu dipilih rakyatnya hari ini)

KAHERAH: PAS membuat pemerhatian teliti perjalanan pilihan raya presiden Mesir sekarang melalui Penolong Setiausaha Agungnya, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di sana.

Beliau bersama-sama deligasi antarabangsa sedang membuat pemerhatian teliti tentang perjalanan pilihan raya yang mencatat sejarah itu.

Hari ini, beliau dan deligasi antarabangsa yang lain sedang memerhatikan hari kedua pengundian di luar bandar Kaherah.

Sebelum ini, Syed Azman yang juga Adun Batu Burok Terengganu telah menjadi pemerhati dalam pilihan raya untuk memilih ahli Parlimen negara itu.

"Laporan secara langsung dari saya boleh diikuti melalui twitter saya @syedazman," kata beliau kepada Harakahdaily.

Rakyat Mesir buat pertama kali dalam sejarah mempunyai peluang menyertai satu pilihan raya yang bebas selepas sekian lama dikuasai diktator yang disokong tentera pimpinan Hosni Mubarak.

Ketika pendaftaran dibuka, 23 calon mengesahkan penyertaan mereka dalam merebut kerusi presiden Mesir itu.

Pendaftaran bekas Ketua Perisikan Omar Suleiman yang merupakan penyokong setia rejim Mubarak paling mencuri perhatian walaupun beliau sebelum ini menyatakan tidak akan bertanding.

Bagaimanapun tindakannya mendapat tentangan parti politik termasuk dari parti Wasat Islamis yang mengumumkan mereka telah mencadangkan satu undang-undang untuk mengharamkan mereka yang pernah menganggotai rejim Mubarak daripada menyertai pilihan raya.

Dua calon paling Islamis yang popular adalah dari Ikhwanul Muslimin  Mohamed Morsi dan bekas pemimpin Ikwan yang dipecat, Abdel Moneim Aboul Fotouh.

Manakala dari kumpulan sekular pula adalah perebutan undi antara bekas Perdana Menteri Ahmed Shafik dan bekas Menteri Luar Amr Moussa.

Di kalangan liberal pula, nationalist Hamdeen Sabahi dijangka akan memberikan tentangan yang sengit.

Mahfuz tak kata bekas Peguam Cara sertai PAS

Abdul Aziz Mustafa, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengulangi penjelasan bahawa beliau tidak pernah menyatakan bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden akan menyertai PAS.


"Saya sama sekali tidak pernah membuat kenyataan itu dan saya tidak tahu serta tidak faham bagaimana ke situ pula laporannya," kata beliau.


Mahfuz menjelaskan bahawa beliau hanya menyatakan kehadiran Mohd Yusof sebagai peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.0 adalah sesuatu yang pelik memandangkan sebelum ini beliau berada di pihak pendakwaan dalam kes Anwar dituduh meliwat.


"Itu benda pelik, saya kata. Dan saya juga membangkitkan kemungkinan ada banyak perkara yang tidak kena dalam institusi perundangan kerajaan Umno.


"Saya juga melihat perkara itu sebagai kemenangan moral kepada Anwar dan penghinaan yang sangat menyakitkan kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) dan kerajaan Umno, walaupun sudah tentulah mereka tidak akan mengaku dan mereka-reka pelbagai cerita dongeng untuk menyelamatkan air muka mereka," kata beliau.


Mahfuz berkata, beliau terpaksa membuat lagi penjelasan tersebut kerana banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas yang diterimanya berikutan salah lapor itu.


Bagi beliau, tidak masuk akal Mohd Yusof yang baru sahaja hendak menjadi peguam pembela Anwar tiba-tiba dikaitkan akan menjadi ahli PAS.


"Orang tidak buat keputusan masuk PAS macam Perdana Menteri buat keputusan fasal Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), setelah lancarkan tanpa persetujuan kakitangan kerajaan lepas itu tarik balik setelah ternyata buat keputusan tanpa guna akal," katanya.


Mohd Yusof yang pernah mengendalikan pendakwaan ke atas kes liwat Anwar mengejutkan pelbagai pihak apabila hadir ke mahkamah sebagai salah seorang peguam bela Ketua Pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0.


Sejurus selepas Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed memperkenalkan dirinya kepada Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah, kedengaran sorakan dan tepukan daripada penyokong Anwar.


Ditanya sama ada terdapat konflik kepentingan untuknya mewakili Anwar yang pernah didakwanya sebelum ini, beliau berkata: "Saya tidak menyertai sebuah parti politik. Saya hanya seorang peguam bela. Saya tidak mempunyai hubungan politik. Saya seorang yang profesional."


Mengulas lanjut mengenai salah lapor itu, Mahfuz mengakui beliau ada memberitahu pemberita bahawa terdapat beberapa perisytiharan dalam majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Alor Setar.


"Bagaimanapun, saya tidak sebut siapa memandangkan ada yang hendak membuat perisytiharan di kampung halaman masing-masing," katanya.

Mana-mana bangsa boleh jadi PM asalkan Islam

Mohd Nor Yahya, 24 Mei 2012

KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.

“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin

Harakahdaily, 24 Mei 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.

Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) skim itu akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.

"Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, isentif terbaru itu adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan pendidikan sepeti yang telah diperkenal sebelum ini termasuk program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) , hadiah RM1000 masuk universiti, serta program pembangunan insan SPIES.

Menurutnya lagi, skim tersebut akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan beliau sendiri.

Tiada ulasan: