Posted on Tuesday, May 22 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Addin
Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. Katanya: "kami terdiri daripada peniaga-peniaga. saya menjual nasi lemak. Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.
Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat
besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung
kerugian yang kami alami?"
Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.
Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.
Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua
pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang
hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.
Gambar lain di sini. |
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman
teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat
1Malaysia, mamat nih ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar
Sekinchan. Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa
makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun
malaon ini tetap maintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi
di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya
menjual nasi lemak di Jalan TAR?
Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?
Lagi 60 peniaga mahu buka gerai di rumah Ambiga
Posted on Monday, May 21 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"
Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.
Menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lepas.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.
"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Majlis Perundangan Melayu serta peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur.
Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.
"Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL," katanya.
Beliau berkata selain menuntut ganti rugi, Bersih 4.0 itu bertujuan menyampaikan mesej kepada penganjur perhimpunan haram termasuk Ambiga agar tidak lagi mengadakan perhimpunan yang boleh menjejaskan pendapatan peniaga dan mengganggu kententeraman awam.
"Bersih 4.0 ini juga untuk mencucikan kembali perkataan 'Bersih' yang telah disalahgunakan oleh penganjur perhimpunan Bersih serta memohon kerajaan mengambil tindakan kepada penganjur perhimpunan haram itu," katanya.
Pada 10 Mei lepas, sekumpulan peniaga bertindak berhimpun dan membuka sebuah gerai burger di hadapan kediaman Ambiga, sebagai meluahkan rasa marah kerana menanggung kerugian selepas perhimpunan tersebut.
Sumber: malaysiakini"
Anti-BERSIH: Saya masih peniaga Jalan TAR
Peniaga
kereta mewah dan pemilik restoran terkenal Sekinchan Ikan Bakar Datuk
Jamal Md Yunus yang mengetuai protes anti-BERSIH depan rumah Datuk S
Ambiga menegaskan beliau masih peniaga pasal malam Jalan TAR di Kuala
Lumpur.Presiden Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) itu berkata, walaupun lebih dua dekad, keadaan masih tidak berubah dan beliau masih membayar lesennya hingga ke hari ini.
"Pada 25 tahun dahulu saya terdiri daripada peniaga kaki lima. Dan sehingga sekarang lesen pasar malam saya di Jalan TAR masih lagi hidup, masih lagi ada.
"Dan kami bayar lesen tersebut," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.
Sebelum ini, warga maya mempertikai tindakan Jamal mengetuai protes 60 peniaga kecil yang mahu membuka gerai di hadapan rumah Ambiga sebagai protes himpunan BERSIH.
Mereka mendakwa Jamal bukan peniaga 'kecil' kerana memiliki rangkaian restoran ikan bakar dan permit mengimport kereta.
'Berniagalah di luar kedai saya'
Mereka juga percaya Jamal akan 'menjamin' gerai-gerai yang akan dibuka di hadapan rumah Ambiga jika mereka tidak untung.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam, Jamal berkata, peniaga kecil jika diberi sokongan boleh maju tetapi jika berlangsungnya peristiwa seperti BERSIH perniagaan apa pun tidak boleh berlangsung.
"Seperti saya, walau jalankan perniagaan jual kereta dan sebagainya, tapi pada BERSIh 1,2,3, kita tak boleh berniaga," katanya.
Ditanya sekali lagi sama ada beliau benar-benar mempunyai gerai di Jalan TAR, Jamal menjawab beliau menjalankan pelbagai perniagaan.
"Termasuk rakan-rakan lain, semuanya entrepreneur. Tak boleh buat satu perniagaan sahaja," katanya lagi.
Sementara itu, ditanya ancaman pengguna Internet yang menyeru pelbagai pihak turut berniaga di depan kedainya sebagai reaksi balas, Jamal kelihatan hanya berserah.
"Terpulang. Tapi jangan tutup jalan sudahlah...Nak buat, buat. Berani buat berani tanggung... Bagus juga sebenarnya. Datanglah. Tapi jangan masuk dalam kedai. Nak berniaga, berniagalah (di luar)," kata Jamil.
Nafi didalangi Umno
Sebuah laman Facebook sebelum ini memaparkan gambar Jamal bersama kereta Ferrari menyaksikan beberapa pengguna mengancam untuk memboikot restoran ikan bakarnya.
Mereka juga mencadangkan agar orang ramai membuka 'pusat jualan kereta' di hadapan premis perniagaan Jamal sebagai reaksi balasnya yang mahu membuka gerai di hadapan rumah Ambiga.
Sementara itu, ditanya tentang tanggapan Umno mendalangi bantahan mereka terhadap BERSIH, Jamal menafikannya.
"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Tiada pihak kerajaan atau politik di belakang kami. Macam saudara ini berniaga sendiri, saya berniaga sendiri," jelas Jamal.
"Jadi masing-masing ada perniagaan yang kami terjejas masa perhimpunan haram tersebut. Dulu (kami) diam- diam. Sekarang tak boleh tahan diam.
"Kalau diam, mungkin ada lagi (perhimpunan) BERSIH selepas ini."
Posted on Monday, May 21 @ 15:02:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tazkirah
"Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com
Hadis palsu kelebihan bulan Rejab
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".
Al-Iman Ibnu Jauzi mengatakan hadis ini maudhu' (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)
Sumber : lenggangkangkung-my.blogspot.com
Posted on Monday, May 21 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: al-bahanj
"Dari Abu Sa`id Sa`d bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia mencari-cari orang yang paling `alim di negeri itu maka dia pun ditunjukkan kepada seorang pendeta. Dia pun lantas datang kepada si pendeta dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah masih boleh diterima taubat. Lalu pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan diterima. Lantas orang itu membunuh si pendeta tadi maka genaplah sudah orang yang dibunuhnya sebanyak 100 orang.
Dia mencari-cari lagi orang yang paling `alim di negeri itu maka dia ditunjukkan kepada seseorang yang sangat `alim. Kemudian dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka adakah masih boleh diterima taubatnya. Orang yang sangat `alim itu menjawab, “Ya, masih boleh. Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah sana itu sama menyembah kepada ALLAH Ta`ala, maka sembahlah ALLAH bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam.”
Maka pergilah orang itu. Setelah menempuh jarak kira-kira setengah perjalanan maka matilah dia. Kemudian bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata, “Dia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala.” Malaikat Azab pula berkata, “Sesungguhnya dia belum berbuat kebaikan sedikit pun.”
Lantas datanglah seorang Malaikat dalam bentuk manusia, maka kedua-dua Malaikat itu menjadikannya sebagai hakim. Maka berkatalah Malaikat yang dalam bentuk manusia itu, “Ukurlah olehmu dua daerah itu. Maka kepada daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya.”
Mereka mengukurnya kemudian mereka mendapati daerah yang dituju itulah yang lebih dekat. Maka orang itu diambil nyawanya oleh Malaikat Rahmat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Pada riwayat lain di dalam kitab As-Sahih dikatakan:
“Dia lebih dekat sejengkal untuk menuju daerah yang baik itu maka dia dimasukkan ke dalam kelompok mereka.”
Pada riwayat lain juga di dalam kitab As-Sahih dikatakan:
“Kemudian ALLAH Ta`ala memerintahkan kepada daerah hitam itu supaya menjauh dan memerintahkan kepada daerah yang baik itu supaya mendekat dan menyuruh supaya para Malaikat itu mengukurnya. Kemudian mereka mendapati daerah yang baik itu sejengkal lebih dekat. Maka dia pun diampuni.”
Pada riwayat yang lain disebutkan:
“ALLAH mencederungkan hatinya untuk menuju ke daerah yang baik itu.”
Hadith di atas telah disalin dari kitab Riyadhus Solihin karangan Imam an-Nawawi yang mana beliau telah memasukkan hadith di atas di dalam bab tentang Taubat.
Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadith di atas ialah:
- Jangan lekas marah kerana lekas marah akan menatijahkan banyak perkara yang boleh membawa penyesalan.
- Apabila timbul keinsafan, segeralah mencari jawapan dan sokongan.
- Bertanyalah kepada orang yang betul-betul `alim. Dan mintalah pendapat dari beberapa orang `alim untuk mengesahkan jawapan.
- Orang `alim dan orang `abid mempunyai perbezaan. Pendeta/rahib mungkin seorang yang rajin beribadah tetapi mereka mungkin tidak `alim dan tidak mampu memberikan jawapan yang tepat.
- Berusahalah menjadi orang `alim, tidak sekadar menjadi `abid.
- Berilah harapan dan sokongan kepada ahli masyarakat yang mahu bertaubat. Jangan menutup jalan kepada mereka untuk bertaubat.
- Antara cara yang berkesan untuk seseorang berubah menjadi baik ialah dengan cara berhijrah dan memilih persekitaran yang baru dan baik. Kerana persekitaran yang lama mungkin boleh membantut usaha untuk berubah disebabkan faktor-faktor seperti persepsi masyarakat, pengaruh dan sebagainya.
- Walau telah membunuh 100 orang pintu taubat sentiasa terbuka. Hatta jika dosa penuh satu dunia pun ALLAH sudi memberikan pengampunan. Ini kan pula kita yang mungkin tidak pernah melakukan dosa-dosa besar. Lagilah besar peluang untuk kita bertaubat. Baik sangkalah dengan ALLAH.
- Taubat sentiasa terbuka luas dan harapan sentiasa ada untuk berubah menjadi baik.
- ALLAH Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Malah ALLAH sangat suka memberikan pengampunan dan menerima taubat hambaNYA.
Sekadar berkongsi,
muzir.wordpress.com
19 Mei 2012
Tulisan berkaitan tajuk ini boleh juga didapati di sini:
- Wahai Orang Berdosa, Kalam Semangat Ini Buatmu
- [Video] Luahan Hati Seorang Pemuda Kepada Ulama
- Kisah Pemuda, Takaful, Taubat & Ajalnya
- “Alaaa…Kau Pun Bukan Baik Sangat Dulu…”
- “Muzir, Aku Rasa Ajalku Hampir Sampai”
- Jangan Berputus Asa, Kembalilah Kepada ALLAH
*Sumber: http://muzir.wordpress.com"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan