Isnin, 21 Mei 2012

ORANG YANG MENGAKU ISLAM...MAKA MENYOKONG ISLAM ADALAH WAJIB...MAKA TIDAK MENYOKONG HUKUMNYA SEBALIKNYA...

Ikram isytihar sokong parti, calon sokong Islam

Harakahdaily, 21 Mei 2012
KAJANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) membuat ketetapan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, selain mengundi parti menyokong Islam, faktor calon juga perlu diambil kira.

“Kita perlu mengangkat peribadi yang sesuai ke kedudukan yang sesuai dalam memimpin ummat dan negara.

"Memilih wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, golongan ryang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya ahli Ikram disaran mengundi mengikut prinsip urutan berikut:

1- Menyokong calon yang mendukung agenda Islam

2- Memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia;

3- (Jika) di kalangan calon-calon bukan Islam peribadi calon yang tidak memusuhi Islam.

4- Akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah paling minimum.

Perkara itu ditegaskan Mohd Parid ketika berucap sempena Perhimpunan Ahli Teras Ikram (PAT) yang berlangsung di Bandar Sri Putra di sini, semalam.

Teras tersebut juga katanya prinsip asas penglibatan Ikram dalam politik.

"Politik Machiavelli telah menimbulkan  fenomena yang selalu kita saksikan,  pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan. Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan," katanya lagi.

Masih sangsi keselamatan undi pos

Anis Nazri, 20 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pembabitan pihak ketiga pada proses undi pos membabitkan media, soal keselamatan masih disangsikan.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan (gambar), berkata kesangsian itu berasaskan kepada sistem undi pos itu sendiri.

Katanya, selama ini sistem undi pos ini sering dipertikaikan berhubung tahap ketelusan dan keselamatannya oleh Pakatan Rakyat, yang sehingga kini SPR tidak bersedia menghapuskannya.

"Sistem undi pos ini membuka banyak ruang penyelewengan.  Apabila media juga dibenarkan berbuat demikian, ia tidak mematikan kesangsian terhadap ketelusan undi tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat SPR untuk mempertimbangkan cadangan undi pos ke atas petugas media pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas lanjut, Sany berkata SPR perlu mencari pendekatan lain yang lebih efektif bagi memastikan petugas media dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, dan dalam masa sama membuat liputan pada hari pengundian.

Sebagai contoh, katanya petugas media mungkin boleh melalui proses undi awal, yang membolehkan wakil-wakil setiap parti memantau sepanjang pengundian hingga tempoh pengiraan undi pada hari tersebut.

"Undi awal lebih baik berbanding undi pos ini.  Setiap wakil parti boleh berada ketika proses undi awal itu, sehingga proses pengiraan undi pada hari yang sama dengan menandatangani Borang 14 (a).  Itu lebih baik (dri undi pos)," tegas beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah, berkata cadangan SPR itu hanya menunjukkan sikap SPR yang memberikan hak kepada petugas media untuk membuang undi.

Bagaimanapun, bagi beliau perkara yang lebih penting bagi SPR ialah memastikan akses media yang lebih adil bagi semua pihak sepanjang pilihan raya umum kelak.

"Ia cadangan yang baik sebagai memastikan hak untuk petugas media mendapatkan hak mereka sebagai pengundi.  Tetapi, ia tidak memberi penekanan terhadap akses media yang lebih adil.  Pokoknya, ia tiada perubahan kepada akses media yang lebih adil," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Datuk Fauzi yang saya kenali

Jamaluddin Rahman , 21 Mei 2012
"Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah.

Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.

Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan.

Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.

Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini.

Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya.

Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian.

Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar.

Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Nukilan Jamaluddin Rahman (JR – Pasti Jihad)

Tiada ulasan: