Ahad, 13 Mei 2012

SELOROH ATAU TAK ITU HAK BELIAU...ALLAH JUGA TAK SELOROH MENYURUH TAAT DAN TAQWA...SERTA LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...KITA KENA AMBIK SERIUS SURUHAN...SEBAB NYAWA@KEMATIAN HAK ALLAH...JANGAN KITA BERLAGAK DENGAN KUASA...KUASA YANG BERI PUN SECIPUT SAJA...MALAH MUNGKIN SEZARAH PUN TAK SAMPAI...INGATLAH KITA MAKHLUK...ALLAH BOLEH AMBIK BILA2 MASA...

Spekulasi tarikh p'raya jadi buah mulut
Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya giat diperkatakan susulan ucapan perdana menteri di masjlis sambutan ulangtahun Umno, Jumaat lalu bahawa beliau terasa seperti ingin segera mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Spekulasi di blog dan SMS itu antaranya dikutip akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa tarikh ilihan raya diramal pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei, lapor akhbar tersebut yang

Najib juga diramal akan membubarkan Parlimen pada Isnin, menurut laporan tersebut yang memetik satu sumber.

Ramalan itu juga dibuat berdasarkan tempoh cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei, menurut laporan tersebut .

Laporan itu juga memetik kenyataan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi yang berpendapat kenyataan Najib untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong itu hanya satu gurauan.

Katanya, Najib masih perlu menyelesaikan isu nadi bumi Lynas, manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai.

"Jadi saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," katanya.
Peguam mahu saman Majlis Peguam
Seorang ahli Majlis Peguam akan memfailkan saman ke atas badan itu ekoran resolusi mesyuarat agungnya Jumaat lalu yang mengecam tindakan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Peguam tersebut, Khairul Azam Abdul Aziz berkata beliau akan memfailkan saman itu atas dakwaan bahawa keputusan mesyuarat berkenaan dibuat tanpa kuorum penuh, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

"Saya meragui perjalanan mesyuarat itu mengikut peruntukan Seksyen 65 (4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum.

"Apatah lagi apabila proses pengundian meluluskan resolusi, mereka yang bukan peguam turut mengangkat tangan menyokong," katanya yang mendakwa terdapat "pengundi hantu" ketika pengundian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk membentuk satu badan alternatif untuk mewakil golongan peguam.

Laporan berkenaan memetik kenyataan menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai berkata, badan baru itu boleh dibentuk dengan nama persatuan atau akademi undang-undang.

Badan baru itu boleh dianggotai oleh lulusan undang-undang yang bukan merupakan pengamal undang-undang, katanya.

"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Majlis Peguam hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.

"Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis yang berkenaan. Ada lulusan undang-undang yang bekerja di bank dan sektor korporat.

Beliau mengulas kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek yang mendakwa badan berkenaan gagal dipertahan sebagai badan profesional dan berintegriti.
Pas: Perkasa tak hormati Majlis Raja-Raja
JAMILAH HAMZAH
13 Mei 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Perkasa tidak menghormati Majlis Raja-Raja yang telah membenarkan parti itu menggunakan perkataan Islam dan oleh itu, tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
"Majlis Raja-Raja telah bersetuju dan tidak menghalang penggunaan perkataan Islam dalam parti Pas semenjak pemerintahan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Pas juga tidak takut untuk terus gunakan perkataan Islam dalam parti kami kerana Majlis Raja-Raja telah menyatakan tiada masalah bagi parti menggunakan perkataan Islam itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Laporan media semalam memetik Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masanya Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kewajaran Pas menggunakan nama Islam pada partinya.
Perkasa mendakwa tindakan itu perlu memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong anatik parti itu.
Ibrahim berkata, tindakan menggugurkan perkataan tersebut penting  bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
"Perkataan Islam dalam parti Pas perlu dicabut untuk menjaga kesuciannya kerana Pas tidak layak menggunakan perkataan itu kerana moral mereka tercalar, terutama setelah banyak kali dicabar pihak DAP,” katanya.
"Kami tak perlu bimbang dengan permintaan Perkasa untuk meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada parti kami," kata Salahuddin lagi.
Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak mahu melayan pendirian Perkasa itu kerana mereka mewakili kumpulan terbesar rakyat negara ini.
"Biarkan mereka (Perkasa) nak buat apa pun, saya tak mahu layan mereka kerana ahli mereka pun bukannya ramai," Mahfuz.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib pula berkata, fatwa bukanlah satu perkara yang boleh dibincangkan dalam masa yang singkat.
"Fatwa adalah perkara serius dan memerlukan masa yang panjang untuk mengeluarkannya," katanya.
PM bubar Parlimen minggu ini, PRU 9 Jun?
G MANIMARAN & RUZY ADILA IDRIS
13 Mei 2012
Kronologi tarikh-tarikh penting yang dikaitkan PRU13
Kronologi tarikh-tarikh penting yang dikaitkan PRU13
SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin,” kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
“Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno,” katanya lagi.
Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, “itu satu rutin, ini perkara lebih penting.”
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras “cukup bersedia” untuk menghadapi PRU13.
“Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan “pilihan raya sudah semakin dekat.”
“Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU,” katanya lagi.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, “berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia.”
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: “PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun.”
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong “hanya satu gurauan”.
“Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi,” kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
“Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September,” kata beliau.
Bomba, polis lancar operasi cari wanita terjun jejambat

13 Mei 2012

KUALA LUMPUR - Pasukan polis dan bomba sedang menjalankan operasi mencari seorang wanita yang dikatakan terjun daripada sebuah jejambat merentasi Sungai Klang di Brickfields di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid operasi mencari bermula 10.40 malam tadi selepas menerima maklumat pada 10.30 malam, kira-kira 15 minit selepas kejadian. Operasi itu dihentikan pada 12 tengah malam kerana arus sungai yang deras dan disambung semula pada 8 pagi ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Abd Bari berkata sebelum kejadian, wanita itu menaiki teksi yang selalu digunakan keluarganya seorang diri dari Puchong Jaya ke Jalan Syed Putra dan berhenti berhampiran sebuah sekolah di kawasan itu.

"Pemandu teksi yang membawa wanita berkenaan memang mengenali keluarganya  dan wanita itu memintanya berhenti di tepi jalan," katanya, sambil menambah kata wanita itu kemudian dilihat menuju ke jejambat tersebut.

Menurutnya, abang wanita itu mengesahkan bahawa adiknya menghidap sakit mental dan kes itu masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata ada saksi ternampak wanita itu terjun daripada jejambat berkenaan.

Beliau berkata sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi mencari wanita itu pagi ini. - Bernama
Pengguguran Tunku Aziz tiada kaitan Bersih 3.0
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2012
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

SHAH ALAM - Pengguguran nama Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara pada penggal akan datang tiada kaitan dengan komen yang dilontarkannya berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti lawan sengaja mencetuskan isu bagi melagakan kepimpinan PR.

“Ramai orang mahu jadi senator, sebagai sebuah parti mengamalkan keadilan dan demokrasi kita mahu beri peluang kepada semua orang yang layak.

“Kita perlu bahagikan pada setiap penggal, sebab orang beratur nak jadi senator. Pengguguran nama beliau (Tunku Abdul Aziz) tiada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Semalam, Tunku Abdul Aziz mengesahkan DAP tidak akan menyambung tempoh keanggotaannya sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhir 31 Mei ini.

Beliau mendakwa, pengguguran itu ekoran daripada kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan ketika membahas titah ucapan Yang di -pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mat Sabu: PR mahu 'guling' BN, tapi bukan guna kekerasan
ROSMIZA KASIM
13 Mei 2012
Mat Sabu: PR mahu 'guling' BN, tapi bukan guna kekerasan
A Samad Said berkongsi pengalamannya menyertai Bersih 3 0 di Kota Bharu.
KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) hanya akan menggulingkan kerajaan menerusi pilihan raya yang bersih bukannya melalui kekerasan seperti dakwaan pihak tertentu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR nekad menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun dakwaan yang mengatakan pihaknya akan menggunakan kekerasan hanya fitnah semata-mata.

“Betul, kita nak gulingkan kerajaan tetapi kita akan melakukannya berdasarkan pilihan raya bersih dan bukannya melalui kekerasan pada himpunan yang lalu seperti didakwa,” katanya sempena Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 di sini.

Turut hadir dalam ceramah yang dihadiri 10,000 pengunjung, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.

Muhamad menegaskan himpunan Bersih 3.0 yang disertai ratusan ribu rakyat itu menakjubkan dengan penglibatan pelbagai bangsa dan ia menunjukkan rakyat bersatu untuk memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang.

“Sekiranya tuntutan rakyat ini tidak dipenuhi saya berharap pihak Bersih boleh memerintahkan kita untuk melaksanakan Bersih 4.0 dan dianggarkan kira-kira satu juta orang akan berhimpun dan ada yang menyatakan kesungguhan menyokong himpunan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Mohamad meragui panel Siasatan Bebas Bersih 3.0 yang diketuai oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kerana beranggapan masih ramai bekas pegawai dan peguam yang boleh dilantik.

Mohamad turut menegaskan beliau tidak pernah memusuhi pihak polis, namun menentang kekejaman yang dilakukan oleh segelintir anggota keselamatan itu yang bertindak kejam ketika menyuraikan perhimpunan.

Sementara itu, Samad berkata, golongan sasterawan menyedari kepentingan keadilan dalam pemerintahan yang sebelum hanya diperjuangkan oleh golongan politik sahaja.

“Buktinya, Bersih 1.0 digerakkan golongan kuasawan (berkuasa), namun Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 bukan lagi dikepalai orang politik dan pada awalnya saya hadir memberi sokongan sahaja, namun diminta berada di barisan depan sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 bersama Datuk Ambiga,” katanya.

Anthony dalam ucapannya berkata, Bersih 3.0 pada 28 April lalu mendapat sokongan luar biasa daripada anak muda Cina yang dianggarkan kehadiran mencecah puluhan ribu.
Menghadap Agong: Najib tidak berseloroh
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi
SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai tidak berseloroh apabila menyebut ‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ yang membayangkan hasratnya mahu membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi percaya, Perdana Menteri sememangnya bermaksud sekarang adalah masa yang sesuai untuk PRU13 diadakan berikutan momentum sokongan Barisan Nasional (BN) yang sedang meningkat.
“Saya percaya, beliau yakin sekarang adalah masa yang sesuai. Apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib memang ke arah itu (mahu menghadap Agong) menunjukkan PRU13 sudah dekat,” katanya.
Mohd Puad berkata, fenomena ‘gelombang merah’ yang melanda Bukit Jalil pada malam itu dengan kehadiran lebih 100,000 ahli Umno tentunya meyakinkan Najib bahawa sekarang adalah masa untuk PRU13 diadakan
Seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Ir Idris Haron, sama ada Perdana Menteri bergurau ataupun serius, ia perlu diterima secara serius oleh semua ahli parti.
“Memang sudah dekat. Kita tunggu sahaja masa untuk Perdana Menteri umumkan (pilihan raya) secara rasmi.
“PM sudah bekerja keras dalam banyak hal terutama dalam pembangunan negara, dan saya percaya beliau sememangnya bermaksud mengenai apa yang disebutkannya kerana beliau yakin dengan pencapaian kerajaan hari ini,” katanya.

Tiada ulasan: