Khamis, 10 Mei 2012

SERONOK JUGA TENGOK GELAGAT KREATIF PEMBODEK2 INI...MENCARI KEREDAAN MANUSIA BUKANNYA ALLAH...CARI KEUNTUNGAN ISLAM AGAMA YANG ALLAH REDA...BUKAN KAUM..YANG ALLAH SUKA ORANG YANG TAKWA...SERTA KAUM YANG TAKWA...BUKAN YANG MENCAMPUR ADUK PERKARA MAKSIAT DAN AMAL

'Protes burger' depan rumah Ambiga
Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur menerjah' rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger.

NONEDikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.

"Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.

"Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.
Tinjauan: 49% sokong BN di peringkat Pusat
Hampir separuh daripada rakyat Malaysia akan mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang, menurut dapatan daripada tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL).

azlanIa sekali gus menunjukkan laluan berliku untuk Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya dan peranan golongan atas pagar memainkan peranan besar menentukan kemenangan parti bertanding.

Sementara pelbagai dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan meluas dengan hampir dua pertiga responden memihak kepadanya.

Tinjauan mendapati, di peringkat persekutuan, BN mendapat sokongan 49 peratus, Pakatan 21 peratus manakala 30 peratus lagi tidak pasti.
MP gesa dedah siasatan ke atas pegawai Bank Rakyat
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Kementerian Kewangan perlu mendedahkan siasatan ke atas pegawai kanan Bank Rakyat atas dakwaan pecah amanah dan penipuan melibatkan satu skim pelaburan berjumlah RM13.532 juta.
Pua mendakwa, pegawai bank berkenaan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kelulusan dan pelancaran skim skim Euro Deposit Investment itu.

NONE"Kementerian Kewangan perlu menjalankan siasatan kes pecah amanah atau penipuan ke atas pegawai berkenan kerana menjual produk (pelaburan) yang menipu," katanya dalam sidang media hari ini.

Setidak-tidaknya, kata Pua, pegawai berkenaan boleh disiasat atas dakwaan jenayah kecuaian kerana tidak memastikan pelabur dilindungi.

Menurutnya, pegawai itu merupakan pengarah dalam syarikat pelaburan Rakyat BTR Capital Partners Bhd yang bertanggungjawa memperkenalkan skim tersebut sejak pertengahan 2007.

Namun, Pua mendakwa, Bank Rakyat yang mempunyai pegangan 20 peratus dalam Rakyat BTR, kemudiannya menarik diri dalam suku keempat 2008 tanpa pengetahuan pelabur dan nama syarikat itu juga ditukar kepada RBTR.

Seorang pemegang amanah skim itu, UBB (Malaysia) Trustee Bhd, juga menarik diri daripada tanggungjawabnya, juga tanpa pengetahuan pelabur, dakwanya lagi.

Pua mendakwa, Rakyat BTR pada awalnya berjanji bahawa wang tersebut akan dipegang oleh UBB (M) Trustee Bhd.

Namun, dakwanya, wang berkenaan kemudiannya dipindahkan kepada satu syarikat bawah Locke Capital Investments Limited yang ditubuhkan di British Virgin Islands.

Locke Capital Investments, yang ditadbir rakyat Malaysia, kemudian bertanggungjawab memindahkan dana Rakyat BTR kepada satu pelaburan oleh satu bank pesisir di Singapura, dakwa Pua lagi.

Katanya, sekumpulan 58 individu dan pemegang akaun pelaburan berkenaan masih belum diberikan jawapan konkrit berhubung siasatan yang dimulakan Suruhanjaya Sekuriti pada September 2009 terhadap kes tersebut.

Katanya, suruhanjaya berkenaan hanya mengadakan satu taklimat kepada pelabur pada April 2010 dan memberitahu pelabur bahawa jumlah dana lebih RM13.5 juta dalam akaun RBTR itu susut sehingga RM9,858.

SC juga menasihati pelabur untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terbabit memandangkan jumlah pelaburan berkenaan mungkin tidak dapat diperolehi semula, kata Pua.

SC juga bersetuju untuk membenarkan mereka menyemak dokumen dan rekod RBTR untuk memboleh pelabur berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Namun sehingga kini suruhanjaya itu masih menunaikan janji tersebut, kata Pua lagi.

"Kumpulan pelabur ini tertanya-tanya mengapa tiada berita atau tindakan material oleh SC ke atas RBTR dan juga skim EDI memandangkan RBTR merupakan syarikat pengurusan aset yang dilesenkan SC.

"Saya akan menulis surat kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya
ADUN Penaga buat laporan polis terhadap Guan Eng
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas. 
Azhar berkata kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara.
  
NONE"Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di George Town hari ini.
  
Turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN Umno.
  
Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: "Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam".

Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam kawasan Pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini.
  
Azhar berkata ayat "terancam" yang digunakan oleh Lim adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang Umno iaitu orang Melayu.
  
"Walaupun kenyataan itu dibuat semasa Persidangan DUN dan Lim mempunyai imuniti, tetapi ia telah didengar secara langsung oleh orang ramai dan kenyataan berkenaan berbaur hasutan.
  
"Perkara ini bukan boleh dimain-main kerana ia melibatkan hasutan dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung kenyataan Lim," katanya.
  
- Bernama

Demo 13 Mei tuntut mansuh tol Batu Tiga, Sg Rasau
Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh pepaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

NONE"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam pagi ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada Pusat bagi memansuhkannnya.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menamatkan konsesi syarikat yang terlibat kerana mendakwanya "tol yang terlama dan pulangan pelaburan yang cukup sedikit telah dinikmati oleh syarikat konsesi berkenaan".

Menurut Khalid, pihaknya mahu membuat perhimpunan aman dan tidak bertujuan untuk menganggu lalu lintas di kedua-dua tol tersebut.

Ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang di kedua-dua tol tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira dua hingga tiga ribu orang.

Dewan Negeri lulus mansuhkan tol
Katanya, peserta yang hadir dikehendaki berhimpun di sepanjang jalan dari kedua-dua arah dan meletakkan kereta di kawasan Rehat dan Rawat yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu lalulintas.

Beliau juga berharap pihak keselamatan  dapat mengawal keadaan di situ sepanjang perhimpunan berlangsung.

azlanKatanya, sejak mula tol tersebut dibina pada lewat tahun 1980-an, beliau antara pemimpin yang ditahan kerana membantah pembinaan tol tersebut.

Sementara itu, keputusan untuk memansuhkan tol tersebut telah dibincangkan dan dibahaskan dalam sidang DUN Selangor pada 27 Mac lalu.

Bahkan, sebulat suara meluluskan cadangan pemansuhan tol tersebut.

"Rasionalnya, kita mahu kerajaan Pusat mengkaji konsesi tersebut, sebab ada klausa membenarkan kerajaan membeli balik atas kepentingan nasional.

"Kita mahu ia dikaji, tamat pada 2023, apakah ia telah menguntungkan pihak yang membinanya... Kerajaan wajar beli balik dan mansuhkan," kata Exco Selangor Rodziah Ismail.

Katanya, berdasarkan statistik sebanyak 30,000 kenderaan menggunakan tol tersebut, tidak ada sebab ia tidak menguntungkan pihak yang membinanya.
'Upacara pengebumian' depan rumah Guan Eng
Sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

NONEDiketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, kira-kira 30 orang berkumpulan di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

Sepanjang perjalanan dengan motosikal, mereka membaling poster Lim ke jalan raya dan menyambung perhimpunan 15 minit lagi di Komtar.
'Tak pernah dasar untungkan Melayu saja'
Umno komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata selama 66 tahun Umno menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja.

NONE"Memang teras perjuangan Umno adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia?

"Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya menfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap Umno sehinggi kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program 'Soal Jawab' terbitan TV3 malam Rabu.

Program wawancara itu dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad. Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju Umno sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

- Bernama

Tiada ulasan: