Khamis, 10 Mei 2012

KEADILAN TETAP ADA...TAK DIDUNIA...AKHIRAT NANTI KEADILAN AKAN TERBELA...TAPI KUASA ALLAH DIDUNIA ALLAH TUNJUK JUGA...

NUJ juga tolak Haniff Omar

Harakahdaily, 10 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJM) menolak perlantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar sebagai pengerusi penal bebas siasatan Bersih 3.0.

Sebaliknya, Presiden NUJM, Chin Sung Chew dalam kenyataannya mencadangkan bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim dilantik sebagai pengerusi.

Ini kerana, dalam sejarahnya, inilah pertama kali seorang bekas ketua hakim menjadi ahli biasa kepada sesuatu jawatankuasa siasatan. Biasanya merekalah yang mengetuai apa-apa penal.

Pendirian NUJM ini bermakna, hampir kesemua pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini menolak perlantikan Haniff.

Sebelum ini, PAS, PKR dan DAP telah menolak perlantikan Haniff.

Menteri Dalam Negeri hari ini mengumumkan perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel.

Lain-lain anggota adalah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan

Warna SPR: Wan Ahmad kena ‘demam kuning’

Bashir Ishak, 10 Mei 2012
KANGAR, 10 Mei: PAS melihat kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mahu menukarkan warna rasmi mereka iaitu kuning dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan diri dengan Bersih yang menggunakan warna sama adalah sesuatu yang lucu.


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad itu jelas membuktikan beliau sudah dijangkiti ‘demam kuning’.

"Warna kuning adalah satu warna yang terang, malah menjadi warna simbol kepada kebebasan media di seluruh dunia. Di negara kita warna kuning juga dikaitkan dengan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Saya ingat Wan Ahmad ni kena periksa balik selepang kebesaran yang dia dapat, takut-takut berwarna kuning. Janganlah sampai nanti 'demam kuning' yang dijangkitinya tu menyebabkan dia benci pula pada pakaian kebesaran diraja," katanya.

Wan Ahmad dipetik portal berita Malaysiakini dilaporkan berkata dalam satu majlis, SPR akan memilih warna berkecuali kerana Bersih telah menghuru-harakan negara dengan warna kuning.

Kata Mohd Anuar lagi, kenyataan Wan Ahmad sebagai seorang pegawai tinggi awam itu jelas melihatkan suatu kelucuan kerana mengambil sikap kebudak-budakan.

"Kenyataan itu saya lihat lebih rendah dari seorang pelajar tadika. Dalam soal macam ni pun dia tak boleh buat pertimbangan maknanya dia tak layak duduk di kerusi tersebut kerana SPR diamanahkan menjaga dan mempertahankan amalan demokrasi di negara ini.

"Jangan kerana sebilangan rakyat yang membuat tuntutan melalui Bersih dan memilih warna kuning, maka semua kena tukar warna lain.

“Sepatutnya sebagai orang nombor 2 dalam SPR, Wan Ahmad kena lebih prihatin tuntutan Bersih bukannya soal remeh-temeh macam ni," ujarnya lagi.
Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Menurut NUJM, badan itu tidak menentang keanggotan badan ini yang lain namun adalah lebih baik kalau aktivis dari NGO dan pejuang hak asasi manusia dimasukkan ke dalam senarai anggotanya.

Hanif ketuai panel bebas terus dipertikai

Harakahdaily, 10 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mempertikaikan keputusan kerajaan yang melantik Tun Hanif Omar mengetuai enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.
Panel Penasihat Bebas itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Sehubungan itu, Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad mempersoalkan tentang kebebasan yang dimiliki oleh panel penasihat tersebut memandangkan majoriti daripada anggotanya adalah masih atau pernah berkhidmat dengan kerajaan dan juga mewakili kepentingan-kepentingan korporat yang mereka ketuai.

“Amatlah malang juga apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak dipertanggungjawabkan bagi mengetuai siasatan ini atau, sekurang-kurangnya tiada seorang pun wakil Suhakam yang dijemput bagi menganggotai Panel Penasihat yang dibentuk ini,” katanya.

Justeru, ujarnya AIC melihat ini lebih kepada satu lagi bentuk sandiwara kerajaan untuk  

MARI TENGOK!!! Video ' HARAM JADAH' Makian Najib Kepada Peneroka
Posted on Wednesday, May 09 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Dari Blog PASPB

Dalam saat yang ke 55 videoclip ini, kita akan mendengar Najib menyebut perkataan ‘Haram Jadah mereka itu’ yang ditujukan khas buat para peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

Adakah ini contoh wassatiyah yang dicanangkan oleh Najib? Peneroka yang tidak sealiran atau tidak mahu menurut kemahuannya dilabelkan sebegitu rupa..

Wajarkah seorang PM melabel rakyat yang telah memberikannya undi untuk berkuasa sebagai Perdana Menteri melabelkan rakyatnya sebagai 'Haram Jadah'?

Jelas disini.. Najib punya dendam yang mendalam terhadap Penerokayang menentang penyenaraian tersebut..
membolehkan satus quo keadaan pada 28 April lepas memihak dan memberi kelebihan persepsi terhadap mereka.

Tambahnya, tindakan kerajaan menolak sebarang wakil pemerhati dan siasatan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga adalah satu langkah aneh dan terdesak, seolah-olah tidak mempercayai sebuah badan dunia yang Malaysia sendiri menyertainya sebagai anggota.

AIC juga, kata beliau mempertikaikan pemilihan langsung yang dibuat terhadap Tun Hanif Omar yang sebelum ini begitu lantang mengkritik penganjur dan ratusan ribu rakyat yang menyertai Bersih 3.0 , satu sikap prejudis yang dipercayai bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi terhadap keganasan oleh polis terhadap rakyat seperti yang dilaporkan berlaku pada Bersih 3.0

“AIC mencabar Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri untuk berlaku adil dan benar-benar telus bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku pada 28 April lalu, yang telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan melihat kebangkitan rakyat dari satu sudut positif untuk membawa perlaksanaan sistem di negara ini lebih teratur dan dipercayai,” katanya lagi.

 

 Baca laporan ni .. ASD

JERANTUT, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.

Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.

"Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak lihat muka-muka ini, nak terima durian runtuh atau tidak. "Saya tidak redha mereka ini menerima durian runtuh," kata Najib sambil mendapat sorakan dari hampir 50,000 warga peneroka hadir pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri.

Najib turut menyifatkan pembangkang sebagai sudah kehabisan dan ketandusan modal untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga penyenaraian FGVH dipolitikkan.

"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. "Kalau mereka tidak mampu memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba kaedah mencelarukan pemikiran.

"Yang baik dipolitikkan, yang menguntungkan diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru dan boleh salahkan UMNO," tegas Najib - KLPos


 'Kenapa akhbar padam, tarik balik berita RCI Sabah?'
Posted on Wednesday, May 09 @ 00:31:29 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber MalaysiaKini

DAP membangkitkan persoalan kenapa laporan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak disiarkan dalam akhbar negeri itu hari ini.
Sedangkan, menurut ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang, ia wajib disiarkan di halaman depan akhbar di negeri di bawah bayu itu.

NONE"Hakikatnya, berita ini langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia dan semua media cetak yang diterjemahkan dalam bahasa yang lain...," katanya dengan mengecualikan The Sun dan beberapa media dalam  talian, termasuk Malaysiakini.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga mempersoalkan tindakan agensi berita nasional Bernama menarik balik laporannya yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkaitan RCI beberapa jam selepas disiarkan.

"Adakah Bernama berhak untuk memadamkan berita berkenaan jawapan Nazri di Parlimen, walaupun Nazri telah memperdayakan dan tidak bercakap benar di Parlimen?" dakwa Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timor.

Bernama dalam nota kepada editor semalam menarik balik laporannya berkaitan RCI melalui arahan berbunyi: "Sila abaikan berita bertajuk NAZRI-RCI yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul."

Laporan yang ditarik balik itu antaranya memetik Nazri sebagai berkata, kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat masalah PATI di Sabah pada 8 Februari tahun ini dan proses menyediakan terma rujukannya sudah bermula.

Beliau dilapokan berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini.

Polis Yang Dikehendaki
Posted on Tuesday, May 08 @ 04:56:23 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: edyesdotcom

"


MEMORANDUM
KEPADA       :           POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA  :            SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)    
                                    DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH         :           7 MEI 2012


TAJUK : DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI

Pada 28 April 2012 yang lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara. Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.

Kalau ada pun kesalahan ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau) Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur selepas itu?

Polis segera dengan kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar terdapat unsur jenayah.

Namun, bagaimana dengan anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku ?

SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :

1. PDRM tampil memberikan penjelas mengenai

a. kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.
b. bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?

2. PDRM harus melakukan siasatan

a. Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.

3. Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :

a. Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b. Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c. Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain
d. Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.
e. Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.
f. Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g. Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.
h. Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.
i. Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j. Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam

4. Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.

a. Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.
b. Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c. Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d. Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mopbilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email : chegubard@gmail.com
website : www.anakmudamalaysia.com
blog : http://chegubard.blogspot.com

Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini

2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group


 
Bar dan night-club di Britain Bertukar Kepada Pusat 
 
Komuniti Islam
Posted on Wednesday, May 09 @ 22:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: halimislam

"Islam Britain telah menyambut baik persetujuan rasmi mengenai rancangan mereka untuk menukar bekas pub di barat Norfolk untuk menjadikan pusat komuniti Islam. Mereka berharap kewujudan Islamic centre tersebut akan membantu mengeratkan hubungan antara Islam dengan masyarakat Britain yang lain.
"Kami berterima kasih kepada semua pegawai dan pihak berkuasa yang mengesyorkan kelulusan untuk ini," kata Assam Gabbair, ketua West Norfolk Islamic Association (WNIA), pada BBC, Isnin 30 April

WNIA telah merancang untuk mengubah tiga tempat iaitu Queen 's Arm, London Road, King' s Lynn, menjadi tempat ibadah atau masjid, pendidikan dan acara keagamaan lain. Tapi, kontroversi terjadi kemudian apabila terdapat lebih dari 700 penentang dengan rancangan perubahan tersebut yang dihantar di laman dewan. Para penetang pembangunan pusat Islam tersebut mendakwa bahawa Islamic centre akan "eksklusif" dan menjadi mangsa untuk kejahatan dan vandalisme, kata BBC.

WNIA sendiri belum mengumumkan waktu Islamic centre itu akan dibuka.

Walaupun mendapat tentangan, namun diyakini usaha untuk membina Islamic centre tersebut akan dapat menghubungkan umat Islam dengan elemen masyarakat yang lain.
 
 
 Apabila pencuri jadi hakim kes curi
Posted on Wednesday, May 09 @ 21:53:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

"Sekonyong-konyong mantan IGP zaman Memali dulu Hanif Omar dilantik mengetuai "panel bebas" menyiasat kejahatan dan kekasaran pihak polis dalam BERSIH 3.0.
Orang yang melantiknya pula adalah Menteri Polis yang meneropong jauh dari Menara Bukit Aman peristiwa perhimpunan BERSIH 3.0.
Dua hari selepas BERSIH 3.0, Hanif Omar bersama "penumbuk mata" Rahim Nor dan "ketua samseng" Musa Hasan mengeluarkan kenyataan mengecam peserta BERSIH 3.0 bahkan mengatakan peserta sebagai komunis.

Jadi apa relevannya melantik Hanif Omar? Adakah Hishamuddin "mabuk" ketika melantik Hanif yang menjadi "ketua Judi" untuk mengetuai panel bebas?

Umpama pencuri menjadi hakim untuk kes curi atau pembunuh jadi hakim mengadili kes pembunuhan!

Daripada melantik Hanif lebih baik melantik Ariel Sharon yang sedang koma atau Benjamin Netanyahu jadi ketua panel bebas. Lagipun kerajaan kita ada penasihat Zionis APCO untuk menasihat kerajaan UMNO. Malu apa !Nak siasat keganasan polis tapi lantik mantan IGP jadi ketua panel. Sampai "kiamat", polis tetap baik dan sopan santun macam dalam Gerak Khas.
Barangkali baik lantik bersama Hanif Omar(jadi IGP semasa Memali),Rahim Nor (penumbuk mata Anwar) dan Musa Hasan(ketua mafia) jadi ahli panel untuk siasat keganasan polis. Mereka semua "arif dan maklum" budi pekerti polis kita.

 BERSIH 3.0 : Cerita pengalaman dibelasah Polis kpd Presiden PAS
Posted on Wednesday, May 09 @ 20:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: izali

 

"

Salah seorang peserta BERSIH 3.0 dari Terengganu menceritakan pengalaman ditahan dan dibelasahsecara beramai-ramai oleh polis semasa kunjungan Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Video asal oleh http://www.facebook.com/pages/Terengganu-Kini/238473629539168"


 Bagaimana ucapan pimpinan UMNO dipercayai jika

 umurnya pun dipertikai?
Posted on Wednesday, May 09 @ 20:02:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Mujahid Yusof Rawa
merdekareview.com

Sejarah

Bagi seorang aktivis politik, tarikh adalah penting untuk diingati kerana ia menandakan peristiwa-peristiwa yang membangkitkan jiwa para pejuangnya untuk terus kekal berjuang. Tarikh paling utama ialah penubuhannya kerana ia mengingatkan pewarisnya mengingati pahit maung yang dilalui oleh sesebuah perjuangan politik sepanjang keberadaannya.

Bagi mereka yang mempelajari sejarah tanahair tahun 1946 adalah tarikh yang mereka perlu hafal kerana tarikh itu adalah tarikh penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR.


4 April hingga 11 Mei 1946 adalah hari-hari yang telah membawa kepada lahirnya parti Melayu yang menggabungkan 41 Pertubuhan Melayu seluruh negara. Signifikan tarikh ini juga adalah kerana cetusan membantah Malayan Union tajaan British oleh orang Melayu apabila Malayan Union akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada British dan Raja Melayu akan hilang kuasa politiknya. Orang Melayu bangkit dan penubuhan PEKEMBAR (UMNO, Bahasa Inggeris), mengiringi kebangkitan itu.

Kebangkitan lebih awal


UMNO menjadi alat orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan ketika itu di mana British telah kelihatan bersedia untuk membebaskan tanahair menurut Perjanjian Atlantik pada tahun 1941. Namun kita tidak boleh nafikan pada tahun 1945 satu lagi pertubuhan Melayu yang lebih awal menuntut kemerdekaan ialah dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM pimpinan Mohktarudin Laso, Pak Sako dan apabila Kesatuan Melayu Muda dipimpin oleh Dr.Burhanudin Al Helmi, beliau turut menjadi antara pemimpin kanan parti tersebut.

Lebih awal dari itu tahun 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah Ibrahim Yaakob telahpun meniupkan semangat kemerdekaan dari penjajah British, bezanya ialah kemerdekaan yang dilaungkan ialah Melayu Raya yang mencangkupi kebebasan Indonesia. Sebahagian sejarah kebangkitan kemerdekaan yang lebih awal jarang sekali ditonjolkan kerana sebahagian besar dari tokoh dan pemukanya adalah "tidak mesra British" manakala sejarah UMNO memang dikenali sebagai lebih "mesra British"

UMNO terancam

Setelah meletakkan dirinya sebagai mewakili orang Melayu menuntut kemerdekaan dan diberi kepercayaan untuk memerintah kerajaan sejak PRU 1 pra Merdeka (1959), kini kedudukannya tidaklah berapa selesa. Hasil kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan kepada sebuah kerajaan yang lebih Telus dan Adil serta Bertanggungjawab, UMNO kini terancam untuk mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam memerintah Kerajaan Persekutuan. Parti elit Melayu ini berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh semua parti politik yang terlalu lama memerintah iaitu mereka menjadi KORUP dengan berlalunya masa dan kuasa yang mereka miliki.

Vitamin Palsu
Kerana tidak ada pilihan untuk terus berkuasa, UMNO juga memperkakaskan semua alat kerajaan untuk memastikan kelangsungan kuasanya. SPR adalah perkakas terbaik untuk mereka terus berkuasa dalam konteks demokrasi berpilihanraya. PDRM diperalatkan melalui ugutan dan penggunaan kuasa yang melampau untuk menjaga "keselamatan" UMNO manakala MEDIA Perdana adalah "penyapu buruk" untuk membersihkan wajah UMNO yang hodoh dengan dengan skandal dan pertuduhan rasuah. Kehakiman pula "dijerut" dengan pendengaran selektif. Pendek kata tanpa semua perkakasan ini sudah lama UMNO ditolak rakyat, tapi mereka masih bertahan dengan "vitamin-vitamin" ini, walaupun ia vitamin palsu yang akan menjerat tuannya.

Peristiwa Hitam


UMNO ada episod hitamnya dan ia tidak pernah berlaku kepada parti lain khususnya pesaing utamanya Parti Islam Se Malaysia (PAS). Tahukah kita UMNO pernah diharamkan pada 4 Feb tahun 1988? Gara-gara perpecahan dalaman ahli UMNO sendiri telah membawa ke Mahkamah kes penipuan dalam Mesyuarat Agung UMNO sehingga UMNO dibubarkan dan dianggap sebagai pertubuhan haram. Hasilnya lahirlah UMNO Baru pada 13 Feb 1988 yang kalau dikira umurnya hari ini baru menjangkau 24 tahun berbanding dengan PEKEMBAR (UMNO) awal yang umurnya 66 tahun.

Sambutan 11 Mei

11 Mei akan menyaksikan satu perhimpunan raksasa mengingati ulangtahun UMNO ditubuhkan. Presidennya hari ini amat memerlukan satu kebangkitan UMNO yang berhadapan dengan kemarahan rakyat terhadap salahguna kuasa yang dipraktikkan. Isu Melayu akan senantiasa menjadi laungan keramat UMNO kerana ia ditubuhkan di atas hasrat perjuangan Ketuanan Melayu. Kita akan menjangkakan itulah sentimen yang akan dipakai dalam ucapan-ucapannya untuk memperingati pejuang-pejuang UMNO tentang perjalanan perjuangan UMNO.

Kita juga tidak boleh membayangkan betapa sukarnya Presidennya yang juga Perdana Menteri Malaysia mahu membangkitkan satu perjuangan yang sudah tidak relevan kepada rakya Malaysia? Ia bukan soal Melayu tetapi soal regim lama yang sudah korup menghitung hari untuk diundurkan. Ia juga bukan soal ketuanan Melayu, tetapi rasuah yang berleluasa dari parti Melayu yang tidak punya pendirian moral lagi untuk bertahan. Apakah ini ucapan terakhir kepada aktivis UMNO untuk mempertahankan satu perjuangan yang sudah tidak terpakai lagi di negara yang mahukan kerangka baru negara? Ataukah Najib mahu memperkenalkan sesuatu yang baru supaya partinya boleh kekal berkuasa? Ataukah ia isyarat kepada PRU begitu hampir?

Berapa umur UMNO?


Kita tidak akan melihat apa-apa yang baru, yang baru hanyalah rakyat akan terus ditipu dan dihidangkan dengan maklumat palsu bahawa negara ini semuanya ok dan UMNO akan terus mengungguli perjuangan rakyat. Bagaimana kita harus mempercayai ucapan pemimpin UMNO kalau umurnya pun menjadi pertikaian, samada 66 tahunkah dia atau 24 tahun? Apapun SELAMAT HARI JADI UMNO!

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar bawah) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.


Tiada ulasan: