Khamis, 17 Mei 2012

BIASANYA ORANG BERCAKAP ATAS PENGALAMANNYA SENDIRI... CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Nong Chik!! Betulkah anak hang dianugerahkan projek RM30 juta ni?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 17 Mei 2012
Wednesday, May 16, 2012

Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..
Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya  mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi..  jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan  kontrak  kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar. 
Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.

Bersih 3.0 dari kaca mata mahasiswa

Ruslida,
Walaupun telah lebih dua minggu berlangsungnya Perhimpunan Aman BERSIH 3.0, namun rakyat masih membicarakannya. Yang menyertai pasti takkan dapat melupakan saat-saat ketika berada disana. Bagi yang tidak berkesempatan, pelbagai sumber maklumat mereka cari, samada media arus perdana mahupun media alternatif, mengkaji dan menilai sendiri apakah yang sebenarnya berlaku.

Aku pula, antara mereka yang turut sama berada dalam peristiwa bersejarah itu, ya, sekurang-kurangnya sejarah untuk diriku sendiri. Peluang yang tidak pernah aku fikirkan dan terbayang, lantas aku mengingatkan rakan-rakan perubatan yang dari yang turut hadir agar mencatat segala pengalaman yang dilalui, kerana tiada siapa tahu bilakah lagi ianya akan berlaku.

Ingin sekali aku mencoretkan pengalaman berharga ini, tetapi sebagai mahasiswa perubatan, masa amat menghimpit diri.
Kenapa aku dan teman-teman sanggup juga pergi ke sana walaupun sibuk? Bahkan, tidak takutkah kerana masih lagi bergelar mahasiswa? Jawapan kami mudah, takut hanya pada Allah swt. Niat kami yakin bahawa ianya diharuskan, apatah lagi kami ke sana dengan matlamat untuk menyertai pasukan sukarelawan perubatan untuk membantu orang awam sebaik mungkin. Ringkasnya, aku dan rakan-rakan menyertai sukarelawan yang tidak berpihak kepada mana-mana individu atau pihak. Sebagai bakal pengamal perubatan, kami perlu jalankan tugas secara professional. Sesiapa sahaja yang cedera dan perlukan bantuan kami akan membantu, takkiralah orang awal, pihak media ataupun pihak polis.

Ini cerita kami, suka , pedih , panas, menangis , ketawa, semuanya di sini. Bermula perjalanan sehari sebelum bersih 3.0 bermula, mendapat tempat penginapan yang agak selesa. Penerangan untuk khidmat pada keesokannya bermula dipertengahan malam, tidak ku sangka ramai juga yang sudi menjadi sukarelawan untuk peristiwa ini.

Aku bersama 3 lagi rakan ditugaskan berada di sekitar Dataran Merdeka bersama-sama dengan sukarelawan-sukarelawan lain yang berbilang bangsa, aku pun tidak mengetahui dari mana hadirnya mereka, tapi aku tidak pula mahu bertanya kerana aku tahu kami dari profesion yang sama yang pasti akan bekerjasama.

Andai tak silap aku,terdapat 7 lokasi kesemuanya yang menjadi lokasi “standby” medical team. Bermula jam 8.30 pagi, 28 april 2012, kami mula bergerak ke tempat yang telah ditetapkan, menaiki LRT dari terminal putra ke terminal masjid jamek. Di dalam LRT, keadaan amat sesak dek ramai orang yang turut serta untuk menyertai BERSIH,rata-rata aku lihat lingkungan anak-anak muda seperti kami. Berpakaian baju serba kuning berada di merata-rata tempat.

Setibanya di masjid jamek, kami menunggu sambil menghayati suasana sekitar, (kali pertamalah katakan) teruja dengan pelbagai ragam dan pelbagai gaya, sorakkan yang bersemangat sentiasa berterusan. Aku yakin ketika itu, seperti ramalan ketua sukarelawan kami semalam bahawa kali ini, Bersih 3.0, duduk dan bantah berlaku dengan aman. Jadi tidaklah kami risau. Kami cuma memerhati keadaan sekeliling, andai ada yang pitam atau perlukan bantuan ringan kami akan cuba membantu. Sepanjang berada dipersimpangan jalan TAR, kalau tidak salah aku, selama 3 jam kami berada di situ, aku lihat keadaan aman, sorakkan “duduk bantah” bergema di merata-rata tempat, perarakan mengikut kumpulan tiba silih berganti. Aku juga tertarik dengan pasukan Lynas yang datang dari Pahang tiba dalam jam 11 pagi ,di raikan dengan tepukkan dari orang awam.

Sekeliling tempat aku dan rakan berdiri, ramainya dari golongan dewasa yang aku boleh gunakan sapaan panggilan pak cik dan makcik, aunty dan uncle. Bertegur sapa bersama golongan ini memberikan aku rasa seperti mereka penuh harapan terhadap pasukan kami, terlalu menghormati kami, kerana bagi mereka, apa pun yang akan terjadi nanti, kamilah antara yang mereka boleh meminta bantuan. Aku tekad,aku cuba yang terbaik untuk membantu. Aku bersama kelompok itu, sama-sama membeli dan berkongsi kerepok lekor dari lori yang menjual berdekatan jalan TAR,. Tiba masa aku dan teman pulak pergi membeli di lori tersebut, aku sempat bersapa dengan penjualnya,

“Air kepala tak sempat siap ka kak?"aku bertanya. “Tak sempat dik, keta tak leh masuk,kena blok ngan polis, sempat buat air asam boi ja dik yang lain tak letak air gula lagi,”

“Ok kak,air asam pun ok”
“tak cukup tangan akak rini dik, keropoknya tak sempat digoreng, airnya tak sempat dibancuh,tengah hari orng dah mula lapar..”
“takpa kak,, moga rezeki hari ini melipah ruah kak “.

Jadi, santapan tengah hari kami adalah kerepok lekor lah. Aku kembali ke tempat tadi. Suasana semakin panas, hangat dek sorakkan dan tepukkan orang awam,.

Menjelang jam 12.30 tengah hari,aku bersama rakan-rakan diarahkan bergerak ke tempat team kami berkumpul, bergerak dalam kesesakkan orang awam agak merimaskan aku pada mulanya, namun setelah orang awam sentiasa memberi ruang kepada pasukan kami dalam laluan yang sempit itu, aku bersyukur, perjalanan menjadi mudah. Kami berjumpa team medical 7 dan berkumpul bersama-sama di sana. Tempat berdekatan dengan kawat berduri yang baru di pasang di hadapan dataran merdeka. Ketika ini,ada dua pimpinan sedang berucap di khalayak ramai,.

Hati terus yakin bahawa hari ini akan berjalan dengan amannya. Senior dalam pasukan kami jugak memberi jaminan yang sama. Kami mula bergerak menjauhi orang awam dan berada di tepi jalan agar mudah memerhati dan membantu orang awam yang mungkin memerlukan.

Suasana riuh dek pencerobohan masuk beberapa orang awam ke dalam dataran merdeka, yang aku kira hampir jam 2 petang, aku jugak 'panic' apa yang sedang berlaku. Aku juga pelik kenapa mahu dirempuh dataran itu sedangkan semuanya dalam keadaan yang aman. Aku nampak jelas kerana aku berada di tempat tinggi tika itu, di mana, setelah beberapa orang mula merempuah diikuti ramai orang awam mula serbu masuk ke dataran, dan berlari semula setelah FRU mula menyembur gas pemedih mata, keadaan mula kalut, aku dan rakan mula berlari, entah ke mana kami melangkah kami juga tak pasti, yang kami cuba pastikan adalah kami tidak hilang dari team medical kami. Disinilah bermulanya khidmat kami di perlukan.

Ringkasnya di sini, ramai orng awam yang mendapat serangan sesak nafas dan pedih mata akibat terkena semburan gas pemedih mata FRU, kami sendiri merasakan betapa pedihnya gas tersebut, aku jugak mula mengalami kesusahan untuk bernafas, tapi aku cepat mendapatkan garam yang kami bawa. Serangan demi serangan berlaku,khidmat kami, tampak menjadi semakin penting. Bahkan, yang buatkan aku terharu, satu masa itu,kami berada dalam jalan mati, dimana serangan FRU masih lagi terjadi. Masa tu kami di panggil oleh orang awam di sebalik jalan, ada orang yang sesak nafas. Susah untuk mengeluarkan orang awam di situ, namun orang ramai memberi bantuan dengan mengangkat kawat untuk membantu kami lepas ke jalan sebelah. Aku terkesan dengan pertolongan dan kerjasama mereka, yang entah siapa. Tapi bagi mereka, kami perlu membantu orang yang sesak nafas itu.

Perjalanan menjadi semakin mencabar, laungan orang awam, yang kedengaran dari suara-suara pemuda dan wanita agar terus melarikan diri semakin kuat. Aku mula berfikir, bagaimana keadaan makcik-makcik dan pakcik-pakcik di tempat aku berada di awal pagi tadi, mudahkah bagi mereka untuk menyelamatkan diri dari FRU, kuatkah lagi langkah mereka semua?

Berada di hadapan Pasaraya Sogo, jam lebih kurang 4 petang, team kami mula membantu seorang awam yang sesak nafas dan memerlukan pam salbutamol, matanya di lihat merah. Selesai memberi salbutamol, kami mula kan langkah untuk membawa pemuda itu ke tempat yang lebih selamat, belum lagi memulakan perjalanan, riuh orang awam mula kedengaran, kerana sebuah kereta polis yang aku kelihatan seolah-olah hilang kawalan melulu masuk ke kawasan ramai orang awam berkumpul, aku mula 'panic', apa yg sedang berlaku, kenapa tiba-tiba sahaja kereta polis itu meluru ke sini? Aku lari berpecah dari team, perkara ini berlaku di hadapan kami, andai sedikit lagi kami melangkah, kamilah yang akan menjadi mangsa di langgar dek kereta tersebut, namun bukan itu yang tertulis untuk kami.
Aku kaku seketika, kemudian baru melangkah untuk membantu orang awam yang di langgar, namun langkah orang awam yang lain lagi cepat, tapi bukan untuk selamatkan mangsa, mereka terus pergi untuk memukul pemandu kereta tersebut, mungkin kerana tika itu ramai yang marah dengan tindakan pemandu itu.

Walau bagaimanapun, pasukan kami berusaha untuk masuk ke dalam 'crowd' tersebut dan menjerit sekuat hati, ”ada orang kena langgar, tolong angkat!” Awalnya jeritan kami tidak dihiraukan tapi setelah melihat kami sendiri yang mengangkat seorang pakcik yang di langgar, orang awam mula membantu. Pada kiraan aku, pakcik ini kelihatan parah. Kami mula panggil “pakcik-pakcik” bagi memastikan pakcik tersebut sedar, dan 'GCS' mula diakses. Alhamdulillah, pakcik tersebut sedar, sebenarnya menurut makluman orang ramai, pakcik ini melambung di langgar kereta dan mengalami luka di kepala dan tangan. Dalam masa yang sama, kami di beritahu ada orang di bawah kereta melalui pekikan orang ramai, tapi pasukan kami tidak sempat merawati orang awam tersebut kerana telah dibawa menaiki ambulans.

Pasukan polis mula berjalan kaki dihadapan kawasan Pasaraya Sogo tersebut, melihat keadaan itu, pelbagai reaksi yang aku nampak. Ada orang awam yang membaling botol kepada polis yang menaiki motorsikal peronda, dan orang awam lain di pukul polis di sepak terajang dihadapan mata aku, walaupun aku berada jauh di situ, tapi aku rasa seperti aku yang kena sepak terajang oleh mereka. Aku menjerit dalam hati,"tolong lah berhenti”, hampir nak nangis aku lihat aksi ganas polis yang tadi aku ada rasa hormat, tetapi kini orang yang tidak bersalah, dilayan seperti binatang.

Panjang cerita yang aku tidak ketahui bagaimana hendak aku singkatkan. Walau bagaimanapun pun, apa aku boleh aku katakan, ini pengalaman kami. Ini lah kali pertama kami betul-betul turun ke suatu medan membantu orang awam yang memerlukan rawatan kecemasan dari kami yang mempunyai sedikit kemahiran ilmu ini.
Aku berasa sangat hairan dengan pelbagai kejadian yang aku rasakan sangat pelik dan tiba-tiba berlaku. Dalam perjalanan pulang, kami membuat beberapa kesimpulan kenapakah perkara yang aku ceritakan di atas terjadi:

1) Semasa di dataran, dijangkakan semua pimpinan akan mula berkumpul dan memberi ucapan dalam jam 2 petang, provokasi diadakan sebelum pimpinan berkumpul mungkin bagi mengelakkan gelombang semangat orang awam terus memuncak.

2) Gas pemedih mata memang sakit dan pedih, kami tak tahu bagaimana keadaan orang yang kena sembur tepat mengenai mereka, harapnya moga mereka juga mendapat bantuan. Namun, aku sebagai pengamal perubatan mempersoalkan kenapa perlu gunakan bahan kimia yang berbahaya ini? Tidak hirau dan kisahkah kerajaaan kepada rakyatnya walaupun mereka mungkin berbeza ideologi? Andai begitu dimanakah demokrasi?

3) Kereta polis tersebut tidak sepatutnya berada di atas jalan tempat di mana orang awam berkumpul, logiknya andai kita nampak orang yang melanggar orang pun, perasaan marah pasti ada.

Akhir kalam, aku menepuk bahu rakan ku sambil mengingatkan “apa pun yg akan berlaku esok dan hari seterusnya, usah menyesal dengan keputusan kita untuk datang ke sini, malah kita harus bersyukur kerana kita berada di sini, kita menggunakan apa yang kita ada sebaiknya, sykurlah padaNYA kerana mudahkan kita membantu mereka”

Ini cerita yang akan kami imbas apabila kami kembali berjumpa suatu hari nanti. Ini juga kenangan yang akan kami ceritakan pada anak-anak dan cucu-cucu kami. Insyaallah.

~AKU~
Mogok lapar demi kebebasan
Anak lelakinya Mohamad Fadzullah Abdul Razak antara tahanan yang melancarkan mogol lapar bagi menuntut kebebasan daripada penjara Kamunting ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berbaju kurung motif bunga-bunga dan bertudung putih bersih, Hadijah CP Veeravu, 51, kelihatan tenang berbicara tentang keadaan anaknya.

NONETetapi selepas ditanya berhubung mogok itu, suaranya bergetar.

Namun, dengan keyakinan teguh, ibu kecil itu berkata, beliau tidak akan sesekali menasihatkan Fadzullah, 30, menamatkan mogok kerana mereka menaruh harapan yang tinggi untuk kebebasan.

Surat-surat Fadzullah, yang ditulis seminggu sekali sebelum terhenti baru-baru ini, berbaur antara keceriaan dan kepiluan.

Sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA, Fadzullah menulis:

"Sekarang ini banyak betul gosip. Masing-masing dok meneka bila bebas. Umum nak mansuh, tapi tak mansuh lagi. Sabar je la. Ada rezeki tak ke mana. Insya-Allah."
Dr Asri kini bergelar Datuk
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Ismail akan menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SPMP ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir Mohd Noor Yaakob.

Bercakap dalam sidang media khas di pejabatnya semalam, Md Isa berkata Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau, Sabah, Brig Jen Mohd Ezam Wan Chik merupakan penerima tunggal anugerah Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima.

Mereka ialah anak saudara Raja Perlis, Datin Tengku Shireen Tengku Sulaiman, bekas Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara Tengku Puan Sri Elena Tengku Kamarul Zaman, Pengarah Quantum-Ed Sdn Bhd Tengku Datin Seri Zalila Tengku Kamarulzaman, Pakar Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur Dr Wan Mahadzir Wan Mustafa dan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah Kangar Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.

Bekas Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk Arif Perkasa.

Md Isa berkata tujuh orang akan menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Perlis (SMP), 18 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) dan 27 orang menerima pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP).

Selain itu, 63 orang menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), 107 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 66 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 18 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Beliau berkata majlis penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.

-- Bernama
Rais: Tunku Aziz keluar parti bukti DAP amal kuku besi
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatan naib pengerusi DAP menunjukkan parti itu
mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' apabila tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata amalan demokrasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang terbaik di mana beliau menerima kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki pemerintahannya di samping tidak memecat anggota Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya.

Pasti ada perkara yang tidak disenangi Tunku Abdul Aziz yang dilihat sebagai seorang yang sangat berprinsip sehingga bertindak meletak jawatan, kata Rais kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Malam Penghargaan Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara malam tadi.

Tunku Abdul Aziz meletak jawatan Naib Pengerusi DAP dan bertindak keluar daripada parti itu dua hari lepas selepas dikecam kepimpinan parti itu kerana mengkritik penganjuran perhimpunan di ibu negara yang bertukar ganas pada 28 April lalu.

Dalam pada itu, Rais berkata segala hal berhubung cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam perlu dikaji terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan badan itu dengan menyifatkannya sebagai "tidak kena pada masanya".

Rais bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak agar Majlis Peguam tidak dilihat menyokong mana-mana pihak.

Pada majlis itu, beliau meraikan 250 warga KPKK dan agensi kerajaan yang terlibat dalam istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam sebagai Yang di-Pertuan Agong bulan lepas.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan, Rais berkata beliau menerima pujian daripada seluruh barisan kabinet kerana telah menganjur istiadat itu dengan jayanya.

"Kejayaan acara pertabalan itu adalah hasil kerjasama dan kerja keras semua warga KPKK melibatkan pelbagai agensi demi memastikan acara gilang-gemilang itu berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya.

-- Bernama
Anti-Lynas: MCA gantung ketua Pemuda Indera Mahkota
Lembaga disiplin MCA menggantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Indera Mahkota, David Choi selama tiga tahun.

mca snoop squad hearing 140508 michael chenChoi dikenali berpendirian kuat menentang loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng, Pahang.

Pengerusi lembaga tersebytm Datuk Michael Chen (kiri) memberitahu
akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily bahawa Choi boleh merayu terhadap keputusan itu.

Lembaga telah memanggil Choi membela dirinya terhadap 20 aduan, termasuk mengenai isu Lynas dan merosakkan reputasi Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota, Pang Tsu Ming.

Walaupun mendapat bantahan dari dalam parti, Choi menyertai perhimpunan jalanan anti-Lynas tahun lepas di Kuantan, seperti juga perhimpunan Himpinan 3.0 Hijau bulan lalu di Kuala Lumpur.
Zahid: Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu.

Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol.
'Bukan kebebasan, tetapi hak kepada media'
Konsep kebebasan media perlu diganti dengan hak kepada media bagi memastikan akses media yang adil dalam pilihan raya umum akan datang, kata aktivis Hishamuddin Rais.

Bercakap dalam nada separa berjenaka, penulis Hishamuddin yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH membidas kewujudan akta yang menyekat hak tersebut daripada dipraktikkan.

"Saya dari mazhab yang tidak percaya kepada kebebasan media. Saya percaya kepada the right to press (hak kepada media).

"Ertinya kalau Umno ada hak untuk ada (saluran) televisyen saya juga ada hak untuk ada (saluran) televisyen (sendiri).

"Kalau Umno ada radio saya juga ada hak untuk ada radio," katanya sewaktu bercakap pada forum "Akses Media dalam PRU13: Realiti dan Harapan" di Seri Kembangan petang tadi.

Berdasarkan konsep sama, Hishamuddin yang popular dengan blog satira politik Tukar Tiub 'membela' media arus perdana yang dakwanya kurang memberi liputan kepada Pakatan Rakyat.

"Perkara yang dilakukan Utusan, Berita Harian dan TV3 adalah terbaik.

"Kenapa harus saya yang mencetak suratkhabar itu mengeluarkan pandangan musuh saya. Suratkhabar perlu modal, bukan buat amal jariah," katanya dan disambut gelak ketawa dari hadirin forum.

Nurul Izzah: Petunjuk asas kebebasan melalui undang-undang

Forum hampir dua jam dan dimudahcara kartunis Zunar itu turut mengundang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai ahli panel.

Menurut Izzah pula, petunjuk asas kepada kebebasan media adalah undang-undang yang membenarkan penerbitan akhbar dan televisyen dengan kecenderungan politik berbeza.

"Yang paling minima dalam kebebasan media ini adalah apabila semua pendirian media baik yang pro-PAS, pro-PKR, pro-BN, dibenarkan kewujudannya melalui perundangan," kata Izzah.

Kenyataan Izzah itu dibuat kerana beliau sebelum ini pernah memohon permit menerbitkan akhbar Utusan Rakyat bersama bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari tetapi tidak diluluskan Kementerian Dalam Negeri.

"(Saya ke) Jabatan Al-Quran dan Percetakan untuk minta Utusan Rakyat diterbitkan. Dia (pegawai) kata enam bulan SOP (prosedur operasi piawai).

"(Pegawai itu beritahu saya) menteri kita pun mengasihi rakyat Malaysia dia mahu berikan berikan ruang dan keluasan sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi YB," cerita Izzah sambil mendakwa sehingga kini sudah setahun menunggu kelulusan permit tersebut.
Chua: Jangan gaduh dengan parti komponen BN
Anggota MCA diingatkan supaya tidak mengorbankan semangat setiakawan di kalangan anggota parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang telah terbina sejak 50 tahun lepas hanya kerana merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang.
  
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata meskipun sesuatu kerusi itu tidak ditandingi calon MCA, mereka masih bertanggung jawab untuk membantu kemenangan calon BN yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara pucuk pimpinan MCA bersama ketua cawangan seluruh negara di Putrajaya semalam, beliau berkata anggota parti perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon BN terbaik untuk bertanding.
  
"Jangan gaduh dengan parti dalam komponen BN. Kita tidak seharusnya mengikut apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di mana mereka masih bergaduh berkaitan pengagihan kerusi antara DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Menurutnya semua ketua cawangan MCA juga perlu memastikan setiap cawangan jentera pilihan raya akan datang sudah ditubuhkan dan bergerak aktif untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Bagi pemimpin-pemimpin MCA yang menjalankan tugas kementerian masing-masing, mereka juga harus mengadakan lawatan ke bilik gerakan," katanya.
  
Dalam perkembangan lain Dr Chua meminta kesemua anggota parti untuk mendaftar dalam "1MCA Member Group Insurance Scheme" bermula bulan ini atau selewat-lewatnya Julai depan bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan insurans.
  
"Saya difahamkan oleh syarikat insurans bahawa MCA merupakan parti pertama mempunyai skim itu. Di bawah skim itu semua anggota MCA diberi perlindungan insurans sebanyak RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM4,000 untuk kematian biasa atau "funeral expenses", katanya.
  
"Keputusan untuk mewujudkan skim insurans itu adalah sebagai tanda berterima kasih terhadap kesetiaan anggota MCA dan sumbangan mereka terhadap parti,"
katanya.

Hadir sama pada majlis perjumpaan itu adalah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha serta kira-kira 4,000 anggota parti dari seluruh negara.

- Bernama
Chua: Jangan gaduh dengan parti komponen BN
Anggota MCA diingatkan supaya tidak mengorbankan semangat setiakawan di kalangan anggota parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang telah terbina sejak 50 tahun lepas hanya kerana merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang.
  
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata meskipun sesuatu kerusi itu tidak ditandingi calon MCA, mereka masih bertanggung jawab untuk membantu kemenangan calon BN yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara pucuk pimpinan MCA bersama ketua cawangan seluruh negara di Putrajaya semalam, beliau berkata anggota parti perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon BN terbaik untuk bertanding.
  
"Jangan gaduh dengan parti dalam komponen BN. Kita tidak seharusnya mengikut apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di mana mereka masih bergaduh berkaitan pengagihan kerusi antara DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Menurutnya semua ketua cawangan MCA juga perlu memastikan setiap cawangan jentera pilihan raya akan datang sudah ditubuhkan dan bergerak aktif untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Bagi pemimpin-pemimpin MCA yang menjalankan tugas kementerian masing-masing, mereka juga harus mengadakan lawatan ke bilik gerakan," katanya.
  
Dalam perkembangan lain Dr Chua meminta kesemua anggota parti untuk mendaftar dalam "1MCA Member Group Insurance Scheme" bermula bulan ini atau selewat-lewatnya Julai depan bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan insurans.
  
"Saya difahamkan oleh syarikat insurans bahawa MCA merupakan parti pertama mempunyai skim itu. Di bawah skim itu semua anggota MCA diberi perlindungan insurans sebanyak RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM4,000 untuk kematian biasa atau "funeral expenses", katanya.
  
"Keputusan untuk mewujudkan skim insurans itu adalah sebagai tanda berterima kasih terhadap kesetiaan anggota MCA dan sumbangan mereka terhadap parti,"
katanya.

Hadir sama pada majlis perjumpaan itu adalah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha serta kira-kira 4,000 anggota parti dari seluruh negara.

- Bernama

Tiada ulasan: