Sabtu, 12 Mei 2012

JARANG PIHAK MEMUSUHI ISLAM MENYOKONG ISLAM...SEDANGKAN ORANG ISLAM WAJIB MENYOKONG ISLAM...ORANG ISLAM TAK SOKONG ISLAM ADA SEKERU AKIDAHNYA LONGGAR...KERANA TAK MENADAH KITAB...IA PI MENADAH YANG LAIN...SEKARANG KITA TENGOK SAPE TENGAH GALI KUBURNYA SENDIRI...

33 pelajar Tadika Kemas hilang tempat belajar

M Faqih | Foto Yusri Amin, 11 Mei 2012


(Kelas Tadika Kemas Kubang Chenok)

PASIR MAS: Ketika Umno menyambut ulangtahun ke-66 hari ini, seramai 33 pelajar kelas Tadika Kemas di Kampung Kubang Chenok hilang tempat belajar gara-gara Kemas enggan membayar sewa kepada pemilik bangunan.

Tunggakan sewa sebanyak RM16,800 gagal dijelaskan kepada pemilik bangunan dan tanah sejak 1 Januari 2008 sehingga sekarang.

Lebih memeranjatkan lagi perjanjian baru yang cuba diajukan kepada pemilik premis terbabit, Hanifah Jusoh, 54 (gambar) ternyata berat sebelah.

Antaranya pemilik premis perlu membayar bil air dan elektrik setiap bulan, mengecat bangunan, membaik pulih, melakukan kerja-kerja pembersihan dan menginsuranskan bangunan.

Tadika Kemas Haji Wan Fuad itu dibina pada 1995 dan memulakan sesi pengajian pada awal Januari 1996.

“Saya selaku pemilik tanah menandatangani perjanjian dengan Kemas untuk membolehkan bangunan tadika dibina di atas tanah tersebut.

“Segala kos bangunan sebanyak RM45,000 ditanggung Kemas dan dalam tempoh 10 tahun iaitu sehingga 25 Julai 2007 bangunan itu boleh diduduki secara percuma.

“Dan selepas 10 tahun bangunan itu menjadi milik saya sepenuhnya. Dan mulai Januari 2008 saya menjadi pemilik bangunan tadika seperti dipersetujui dalam perjanjian awal,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada awal 2010 Kemas menghantar surat bersetuju membayar sewa sebanyak RM500 sebulan dan Hanifah menyatakan persetujuan lisan.

Tidak lama kemudian Kemas menghantar surat kedua meminta dikurangkan sewa kepada RM350 sebulan dan tanpa menyatakan jumlah tunggakan dua tahun yang belum dibayar.

Bangunan Tadika tersebut terletak di lot 3481 GM 277 Mukim Chetok.

Hanifah berkata, Kemas menghantar dokumen perjanjian baru untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014 dengan kadar sewa RM350 sebulan.

“Dokumen baru itu meminta saya membayar bil elektrik, air dan sebagainya. Jadi dengan sewa RM350 apabila ditolak segala kos tersebut hanya tinggal berapa sen untuk saya.

“Lagi pun empat tahun bermula 2008, Kemas tidak pula menyatakan jumlah tungggakan RM16,800 yang sepatutnya dibayar tidak disebut. Jadi bagaimana saya mahu tandatangani perjanjian yang berat sebelah itu,” ujarnya.

Ekoran sikap degil Kemas, Hanifah menghantar notis supaya premis dikosongkan dalam tempoh seminggu pada 16 April lalu.

Menurutnya selepas hampir tiga minggu Kemas gagal menyelesaikan tuntutan tersebut menyebabkan beliau mengunci bangunan berkenaan pada 7 Mei lalu.

Ekoran itu Kemas mengarahkan pelajar bercuti sehingga sekarang. Tindakan Kemas ternyata menimbulkan rasa resah di kalangan ibu bapa.

“Saya telah lama berlembut namun Kemas masih berdegil, jadi saya terpaksa mengambil tindakan mengunci bangunan ini,” katanya.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Tidak dapat melihat artikel menggunakan IE?

Admin, 11 Mei 2012

Kepada semua pengunjung Harakahdaily terutama yang menggunakan paparan Internet Explorer, sekiranya anda tidak dapat membaca Harakahdaily bilamana klik pada artikel (keluar blank putih) sila cuba upgrade paparan anda ke versi terbaru atau "disable scripting" menggunakan langkah-langkah di bawah ini.

1. Tekan alt+T
2. klik Internet Options
3. klik tab Security
4. klik Custom level...
5. skrol ke bawah dan cari Scripting
6. Klik Disable pada Active scripting
7. Klik Ok
8. refresh
9. InsyaAllah akan ok...


Untuk melihat paparan terbaik anda disarankan beralih kepada paparan Mozilla Firefox. Sekian Terima Kasih

Team teknikal IT

*Sebarang masalah sila emailkan kepada kami di http:// teknikal@harakah.net.my

Syor boikot NST

Abdul Halim Mohamed Shariff,
Saya berharap pihak Harakah, PAS, KeAdilan dan DAP menyeru semua penyokong untuk memboikot NST supaya memberi pengajaran terhadap sikap biadap mereka.
Menyiarkan berita seperti itu bukan sahaja menhina Tuan Guru dan PAS malah sebagai umat Islam ia seperti mempersenda umat Islam.
Tajuk rencana itu tak sepatutnya di tulis sedemikian rupa. Masih banyak cari lain untuk menyampaikan berita tersebut walaupun ianya bukan datang secara langsung dari pemberita NST.
Ianya seolah olah melontar batu sembunyi tangan.Tajuk berita itu tidak langsung mengambil kira sensiviti kaum dan agama.

Tindakan Perkasa: PAS kata double standard, KMPP kerana wang

Harakahdaily, 11 Mei 2012
PULAU PINANG: PAS menyifatkan pihak keselamatan 'double standard' dan hanya bertindak kepada sekumpulan yang disyaki menjatuhkan kerajaan BN sebaliknya diam membisu terhadap Perkasa yang meniupkan isu perkauman.

PAS Pulau Pinang, kata Pesuruhjayanya Datuk Saleh Man, rasa kesal terhadap usaha Perkasa yang tidak sudah-sudah menimbulkan
provokasi agar masyarakat berbilang bangsa khasnya di Pulau Pinang membenci antara satu sama lain.

Sebenarnya sambung beliau, usaha tersebut sengaja diatur untuk mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat semata-mata kerana usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) melemahkan Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Bila Pakatan Rakyat kukuh bermakna Umno, BN dan kuncu-kuncu yang mengetuai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang tetap berputih mata ekoran kebijaksanaan rakyat memilih mereka atau parti yang benar-
benar jujur, ikhlas membantu rakyat serta membangunkan negara.

"Hudupkan api perkauman. Itu yang menjadi egenda terpenting mereka sekarang untuk melihat Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri.

"Bila berlaku perselisihan yang membawa kepada pecah menanti belah semua yang
terlibat dengan niat jahat ketawa besar," katanya.

Dipengaruhi wang

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan tindakan Perkasa mengalungkan bunga di gambar Ketua Menteri Pulau Pinang "disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu."

Presiden KMPP, Rahmad Ishak dalam kenyataannya berkata, "tindakan budak-budak Perkasa berkenaan satu perbuatan terkeji serta terkutuk seterusnya menjatuhkan akidah sebagai anak melayu yang beragama Islam."

Bagi beliau,  agenda mereka tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang Melayu di negeri ini.

Rahmad mengulas tindakan budak-budak Perkasa yang mengalungkan bunga pada gambar Lim Guan Eng di pintu pagar rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagi Rahmad, "semenjak di peringkat permulaan lagi tindak tanduk samseng jalanan ini dengan sendirinya telah melemahkan semangat orang Melayu terutamanya Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri apabila Perkasa telah bertindak dengan menggunakan fizikal sebaliknya mengenepikan minda dalam mencapai propaganda politik."

"KMPP sebagai sebuah NGO melayu di Pulau Pinang mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan pemuda- pemuda Perkasa tersebut yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri," kata Rahmad.

Katanya, tidak dapat dinafikan, tindak tanduk mereka ini telah mendapat imuniti daripada pihak- pihak tertentu.

"Mereka perlu ingat negeri Pulau Pinang bukanlah hak mereka seorang dan jangan sekali- kali mempertaruhkan masa hadapan Perkasa di Pulau Pinang ini semata- mata bermodalkan imej orang- orang Melayu, tetapi pada waktu yang sama mereka mempermain- mainkan maruah serta akidah orang Melayu di sini," katanya.

Bagaimanakah sebuah Kerajaan Negeri dapat melayan kehendak ataupun cadangan Perkasa Pulau Pinang sedangkan perbuatan mereka lebih menjurus kepada sifat kurang ajar, katanya.

Najib tak mampu buat salah...hahahaha

Abdul Aziz Mustafa, 11 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan dirinya bahan ketawa apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walaupun satu keputusan yang salah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Kasihan sungguh Najib, sehari sebelum Umno pimpinannya berhimpun besar-besaran menyambut ulang tahun ke-66, beliau sendiri yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan bahan persendaan umum apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walau satu pun keputusan yang salah.

"Bila dia kata begitu, orang terus teringat cara beliau mengendalikan perhimpunan Bersih, orang terus teringat kisah MAS dan Air Asia nak bergabung dan orang terus teringat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tidak perlu tengok jauh-jauh, semua itu berlaku tahun ini," katanya.

Dalam temubualnya Sinar FM dengannya semalam, Najib mendakwa, kalau beliau perlu membuat sepuluh keputusan, semuanya mesti betul.

Kalau sembilan keputusan betul dan hanya satu sahaja yang salah, kata Perdana Menteri, satu keputusan yang salah itu akan menjadi isu yang menyebabkan kepimpinannya dipersoallkan.

Mempertikaikan dakwaan Najib itu, Salahuddin berkata, cara kerajaan Najib mengendalikan perhimpunan Bersih membuktikan kejahilan Najib untuk bersikap demokratik terhadap keinginan dan tuntutan rakyat yang sah.

"Dalam menangani perhimpunan-perhimpunan aman itu, Najib dan kerajaan hanya tahu menggunakan keganasan dan kekejaman

"Dalam amalan demokrasi, itu adalah kesalahan yang sangat besar," kata Salahudin (gambar).

Dalam perlaksanaan SBPA pula, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, apabila mendapat tentangan hebat daripada kakitangan awam dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), dengan begitu panik dan terburu-buru Perdana Menteri terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu tersebut dan akhirnya skim itu dibatalkan.

"Siapa bersalah dalam hal  itu? Skim  itu tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Perdana Menteri.

"Najib luluskan dan kemudian batalkan, adakah itu bukan kesilapan?" Salahuddin mempersoalkan.

Najib, katanya lagi, tidak mungkin dapat menyembunyikan kesalahanya itu kerana rakyat tahu, skim tersebut sudah semestinya memerlukan kebenaran kabinet dan Perdana Menteri.

"Ramai yang mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidur ketika taklimat mengenai SBPA diberikan atau adakah beliau bodoh sangat sehingga tidak nampak kemelut yang akan tercetus jika skim itu dilaksanakan?" kata beliau.

Dalam isu penggabungan MAS dan Air Asia pula, Salahuddin yakin, sebelum penggabungan kedua-duanya dibuat, sudah semestinya Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional diberikan taklimat sebelum beliau memberikan kebenaran.

"Penggabungan itu tidak mungkin dapat dibuat tanpa kebenaran Perdana Menteri. Adakah bukan kesilapan apabila penggabungan itu dibatalkan selepas lapan bulan bergabung?" beliau mempersoallan.

Kisah penggabungan MAS dan Air Asia itu, katanya lagi, menyebabkanramai yang mempersoalkan adakah Perdana Menteri mampu memahami 'long term planning' dan 'long range planning'.

"Perdana Menteri juga dipersoalkan, adakah beliau tidak tahu apa-apa pun mengenai isu-isu berkaitan industri penerbangan sehinggakan semuanya diterima apabila dibawa kepada pengetahuannya dan apabila dah terantuk baru beliau sedar bahawa pergabungan ini tidak 'feasible'," kata Salahuddin.

Beliau mengingatkan Perdana Menteri tentang kata-kata bekas Presiden Amerika, Harry S Truman yang selalu berpesan kepada dirinya bahawa "the buck stops here" yang membawa pengertian apabila terdapat apa-apa kesilapan dan kelemahan dalam kerajaannya, sebagai ketua kerajaan, beliaulah yang bertanggung jawab sepenuhnya.

"Dalam isu keganasan terhadap perhimpunan Bersih, SBPA dan penggabungan MAS-Air Asia, 'the buck stops at Najib'. Najib yang bersalah!

"Persoalannya, adakah rakyat Malaysia dan negara yang tercinta ini patut menjadi mangsa kesilapan dan 'experiment exercise' Najib?" Salahuddin mempersoalkan.

Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu

Foto Yusri Amin, 11 Mei 2012


(Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri)

KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul  mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.

Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)

Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.

Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau  menulis berita itu.

Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya.

“Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram.

“Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan,” katanya pada kuliahnya.

Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998.

Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini.

“Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.

“Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang,” ujarnya.

Bukan Islam pun marah

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini.

Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am.

Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat.

Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Bersih 3.0: Biar Suhakam siasat keganasan polis

Harakahdaily, 11 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Siasatan keganasan polis pada himpunan Bersih 3.0  perlu disegerakan untuk memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat yang keliru dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana dan media alternatif di alam maya.


Justeru, Intelek Malaysia (IM) mengalu-alukan tindakan kerajaan yang proaktif untuk menubuhkan satu panel bebas untuk menyiasat tindakan ganas pihak polis dalam satu himpunan awam yang dikendalikan oleh jawatankuasa Bersih 3.0 yang bertujuan untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Sudah pasti ia dapat memberikan ruang yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini untuk disiasat kerana setiap hari media berterusan memberikan laporan satu hala sahaja,” kata presidennya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Namun, ujarnya IM merasa sangsi  dengan penubuhan badan bebas tersebut yang bakal dilihat 'tidak bebas' di atas perlantikan bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar untuk mengetuai panel bebas tersebut dan menidakkan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia, jelasnya berpandukan kepada beberapa perkara, antaranya Hanif telah memberikan signal awal terhadap perhimpunan itu dengan meletakkan syak wasangka bahawa golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

“Beliau yang mungkin mempunyai daya ingatan yang tajam dapat mengecam golongan pro-komunis ini daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan dalam media massa.
Tambahnya, Hanif adalah bekas Ketua Polis negara yang mana insiden yang ingin disiasat adalah berkaitan dengan keganasan polis yang akan memberikan ruang tidak seimbang untuk beliau menentukan keputusan yang melibatkan kelompok pegawai polis tersebut.

Justeru, ujar beliau IM mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan iaitu memberikan amanah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut.

Menurutnya, Suhakam mempunyai kepakaran dalam bidang yang melibatkan hak asasi manusia yang diperakui 'track record' Suhakam yang bertindak secara telus dan adil.

“Siasatan tersebut diadakan secara terbuka dengan melibatkan semua pihak termasuk wakil daripada penggerak Bersih, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mereka yang disebut sebagai mangsa keganasan polis dalam himpunan tersebut,” ujarnya.

Jaga-jaga dengan pujukan Najib

Harakahdaily, 11 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada rakyat.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini.

Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar.

Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat.

Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu.

Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya.

Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah.

Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara.

"Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan.

Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya.

Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah.

"Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu.

"Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau.

Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan?

"Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau.

Mahkamah isytihar gantung pelajar KUIN tidak sah

Harakahdaily, 11 Mei 2012


(Lima pelajar KUIN  yang digantung)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman (Judicial review) lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniyah (KUIN) bagi membatalkan keputusan penggantungan mereka oleh pihak KUIN pada 26 Mei 2011 yang lalu.

Dalam keputusan bertulisnya yang dibaca petang semalam Yang Arif Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menyatakan bahawa keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 26/5/2011 yang memutuskan bahawa 5 pelajar tersebut bersalah melakukan kesalahan tatatertib dan melanggar Tatatertib Pelajar 2007  yang mana keputusan tersebut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 6/7/2011 adalah tidak sah dan terbatal.

Alasan yang diberikan oleh hakim adalah Kaedah-Kaedah Kolej Universiti Insaniyah (Tatatertib Pelajar) 2007 iaitu undang-undang yang pelajar-pelajar itu dibicarakan adalah ultra vires seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan juga ultra vires Artikel 11 (2)  Perlembagaan KUIN .

Hakim juga mengistiharkan bahawa Kaedah-Kaedah Kolej Universiti Insaniyah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires seksyen 46 (3), (4), (6), (7), (8) (9) (10) dan (11) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Ketika digantung kelima-lima pelajar tersebut adalah pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di mana salah seorang dari mereka adalah Presiden MPM.

Kelima-lima pelajar tersebut diwakili oleh Cik Azhana bin Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakalah KUIN diwakili oleh Karpal Singh.

Upacara perkebumian: Pemuda PAS kutuk Perkasa

Mohd Sabri Said, 11 Mei 2012
PULAU PINANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengutuk tindakan Perkasa kerana begitu biadap mengadakan upacara pengkebumian di depan kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng tanpa memikirkan risiko pandangan orang bukan Islam terhadap Islam.

Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden menegaskan, sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Perkasa seharusnya malu sebab melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bertamadun dan tidak mengambarkan kesopanan yang tinggi.

"DPPNPP mengutuk tindakan Perkasa mengadakan upacara pengkebumian di depan rumah Ketua Menteri.   Ia satu tindakan yang begitu biadap dan tidak mencerminkan kesopanan sebagai orang Melayu yang terkenal dengan budi perkerti yang luhur, " ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap tindakan seumpama itu kerana menghina individu bukan Islam secara melampau.

Jangan hanya bila sesuatu tindakan itu boleh mengancam kedudukan politik pemerintah Majlis Fatwa begitu pantas bertindak.

Pihak polis pun tambahnya, diam membisu tanpa mengenakan apa-apa tindakan sedangkan perhimpunan menuntut pilihanraya bersih dan adil (Bersih 3.0) mereka begitu agresif melaksanakan tugasan sehingga mencemarkan lagi maruah polis.

"Mana dia Majlis Fatwa dan pasukan polis terhadap majlis berkenaan.  Walhal ia adalah satu usaha meniupkan api perkauman yang amat bahaya.  Adakah mereka mahu melihat peristiwa 13 Mei berulang lagi, " tanya beliau.

Jikalau kerajaan benar-benar telus untuk menghalang api perkauman DPPNPP berpendapat, baik sekiranya pemerintah mengharamkan semua aktiviti Perkasa yang dilihat menjurus ke arah mencetuskan pergaduhan kaum di Malaysia.

Perkasa diminta jangan terlalu ego, angkuh dan sombong kononya membela nasib melayu di Pulau Pinang dengan niat mengucar kacirkan perpaduan yang telah lama dibina.

"Perkasa buatlah pertimbangan akal yang waras bagi mencerminkan jadi diri dan menjagai akhlak melayu Islam terhadap tindak tanduk mereka selepas ini.  Jika PERKASA berdegil PERKASA sendiri akan dikebumikan oleh rakyat, " tegur beliau.

PRU13: Gelombang perubahan bermula dari Johor?

Nazri Abdullah, 10 Mei 2012


(Johor disifatkan negeri paling hangat dalam pertembungan PRU13)

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau juga mendakwa, gelombang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pada PRU-12 sebelum ini, pusat perubahan itu dilihat bermula di Pulau Pinang dan membawa kepada negeri sekitarnya iaitu Kedah dan Selangor.

Menurut Fui K. Soong (gambar), pandangannya itu berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran Selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya di wacana politik dan persepsi semasa pengundi menjelang PRU-13 di Universiti Malaya hari ini.

Turut menjadi panel membincangkan tajuk 'Siapa selepas PRU ke-13, BN atau PR' itu adalah bloger politik Mohd Sayuti Omar dan Editor Sinar Harian Online Dr G.Manimaran.

Menurut Fui K. Soong, Johor juga antara negeri 'paling panas' pada PRU-13 nanti dan boleh dilihat dengan pertambahan pengundi baru paling tinggi iaitu seramai 385,591 orang.

Selain Johor, negeri yang juga boleh dianggap 'panas' adalah Selangor dengan pertambahan pengundi baru seramai 373,748, Perak (249,405), Sabah (149,940) dan Sarawak (164,547).

Sementara itu Mohd Sayuti juga turut memberi pendapat serupa.

Menurut penulis profilik itu, beliau dapat melihat gelombang perubahan rakyat yang luar biasa berbanding pilihan raya sebelum ini khususnya di Johor.

Ianya berasaskan sambutan memberangsangkan oleh rakyat terhadap program-program Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Sebagai penulis blog dan wartawan, saya ikut jelajah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke Endau sampai lah ke Sembrong.

"Saya dapat lihat kehadiran menakjubkan," katanya.

Selepas PRU 2008 lalu, banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah di negeri-negeri Selatan tanah air khususnya Johor dan Negeri Sembilan yang dahulu terkenal dengan negeri 'kubu kuat' Umno BN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, juga telah mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU-13 ini.

Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini

Harakahdaily, 11 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

Tiada ulasan: