Selasa, 29 Mei 2012

MEMANG JELAS MAKSIAT...KALAU RAKYAT TAK SEDAR DAN BUTA TAK TAHU LAH...KALAU BEGINI JELAS MAJLIS FATWA DOUBLE STANDARD DALAM MEMBERI FATWA...INGAT DIPADANG MAHSYAR KITA KAN DIDAKWA...ZIARAH ORANG SAKIT PUN TAK BOLEH...SEDANGKAN SURUHAN AGAMA...BETUL OTAK KARTUN...KALAU ORANG LUAR..MAKNA BUKAN ORANG MALAYSIA LAH...KALAU NAK BERDALIH PAKAI HUJAH2 MASUK AKAL LAH...MANUSIA BOLEH KITA BOHONG...ALLAH TIDAK...HUKUM ALLAH AKAN SAMPAI PADA ORANG2 ZALIM LAGI PENIPU...

Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia

Hazayani Zakaria, 28 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.

"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.

"Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Banyak program melalaikan

Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.

"Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.

"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.

Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak.

"kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.

Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa

Harakahdaliy, 28 Mei 2012

(Budaya yang dibawa Perdana Menteri untuk para belia negara)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.

"Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.

Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.

Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda.

Antaranya penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wanita dari korea yang mempersembahkan tarian dengan berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri," kata Riduan lagi.

Kerajaan ujarnya seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik kehadiran ramai belia.

"Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini?

"Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh daripada agama Islam?

Apa yang berlaku dalam sambutan hari belia itu tegas Riduan, hanya mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti untuk umat Islam berpaut, kerana Umno hanya menjauhkan anak muda dari nilai agama.


PKR mahu penganjur acara lumba disiasat

  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:45PM Mei 28 2012
Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.
Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.
NONEPerkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.
"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.
"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.
Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu
"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya.
Pemuda PAS: K'jaan anjur 'maksiat' di Hari Belia
6:36PM Mei 28 2012
Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.

NONEKetua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

NONESambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Tiga daripadanya cedera parah.
Shabery pertikai niat pemimpin PKR lawat mangsa
7:53PM Mei 28 2012
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan niat dua pemimpin pembangkang yang hari ini melawat mangsa kemalangan perlumbaan drag yang dianjurkan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.
  
shabery cheek in parliament 160708Beliau tertanya-tanya sekiranya ia hanya bertujuan cuba meraih populariti politik daripada kes kemalangan itu.
  
"Cuma kalau dibuat dengan tujuan politik untuk menunjukkan himpunan ini tak bagus misalnya, rakyat akan tahulah.
  
"Kalau dia benar-benar ikhlas sepatutnya dia turut melawat polis dan wartawan yang cedera akibat dipukul peserta perhimpunan Bersih baru-baru ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
  
NONETerdahulu hari ini, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan N. Surendran melawat mangsa kemalangan itu di Hospital
Putrajaya, dan meminta penyiasatan penuh dijalankan dan sedia menawarkan bantuan guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam semalam di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini, seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena himpunan itu cedera, termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Tiga mangsa yang masih dirawat di hospital itu ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, Ami Nakim, 27, dan Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.
  
Ahmad Shabery berkata pihaknya bersedia mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam penganjur perlumbaan itu sekiranya mereka didapati bersalah dalam hal itu.

- Bernama
Nong Chik: Kemungkinan orang luar cetus kekecohan

  • Koh Jun Lin
  • 8:54PM Mei 28 2012
Sambil bertegas masih belum ada bukti siapa yang mencetuskan kekecohan di Pantai Dalam Khamis lepas, Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat spekulasi ia berlaku kerana PKR membawa orang luar ke dalam politik tempatan.

NONEMenyedari salah seorang mangsa, Raja Ismail Raja Din dari PKR
Selangor, beliau mendakwa, ramai diimport untuk mengganggu keadaan.

Sebaliknya, kata beliau, banyak program yang melibatkan penduduk tempatan sahaja tidak ada masalah.

Katanya, apabila mereka membawa 'orang yang diimport', sering akan terjadi gangguan kerana mereka akan mencabar satu sama lain.

Dan apabila itu berlaku, adalah sukur untuk mengawal 'suhu' hadirin, kata Raja Nong Chik dalam satu sidang akhbar semalam.

Sebagai contoh, katanya, ialah insiden Kerichi Kampung pada 3 April lalu, di mana orang luar seperti aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan NGO Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dibawa ke dalam pertikaian antara penduduk yang telah berpindah untuk memberi laluan kepada kerja meroboh rumah asal mereka, dan mereka yang enggan berpindah.

Katanya, penduduk pada mulanya tidak agresif sehingga didakwa diprovokasi oleh 'orang luar', menyebabkan Adam Adli ditumbuk.

Beliau beliau memuji perhimpunan India Rights Action Force (Indraf 2.0) hari Ahad yang diadakan secara tertutup, dan mencadangkan pada masa kan datang, ceramah yang berpotensi "sensitif", hendaklah mengikut contoh tersebut.
Matahari tegak atas Kaabah petang ini
8:16PM Mei 28 2012
Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.
  
Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.
  
Lamanweb itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya-Allah," menurut laman itu.

- Bernama
SAMM: Acara 'tak ubah seperti lumba haram'
4:43PM Mei 28 2012
NGO bawah PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyelar kenyataan menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meremehkan kes kemalangan dalam acara perlumbaan ketika sambutan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata Ahmad Shabery sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bukannya mengeluarkan kenyataan "seolah-olah melepaskan batuk di tangga" berhubung kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera itu.

"Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti drag race itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

"Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat.

"Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shabery ketika mengulas kejadian itu semalam meminta supaya kes berkenaan tidak dipolitikkkan dengan alasan "kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain."

Perlumbaan berkenaan dianjurkan bersama oleh kementerian Ahmad Shabery dan syarikat MUSC Motorports.
PKR dakwa FGVH dapat tanah rizab Melayu ikut 'pintu belakang'

  • Nigel Aw
  • 1:32PM Mei 28 2012
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa sebahagian besar tanah yang akan dipajak kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk rancangan penyenaraian syarikat itu merupakan kawasan tanah rizab Melayu.

Kajian PKR menunjukkan bahawa sejumlah 105,382 ekar tanah daripada 847,362 ekar yang akan dipajak itu merupakan tanah rizab Melayu, kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, perkara itu berdasarkan perjanjian yang ditandatangani Felda Plantation Bhd, yang sebelum ini mempunyai pegangan ke atas tanah berkenaan, dan juga FGVH.

Katanya, tanah rizah berkenaan diwujudkan untuk menjamin milikan bumiputra dan tanah berkenaan perlu digantikan dengan tanah lain yang sama saiz sekiranya diambil oleh bukan bumiputera.

Bagaimanapun, urusniaga tersebut menggunakan "jalan belakang" yang mengekalkan pemilikan dan status tanah berkenaan, tetapi memberikan pajakan selama 99 tahun kepada FGVH untuk mentadbir tanah tersebut, dakwanya.

Katanya, pajakan selama 99 tahun itu sama seperti memindahkan pemilikan tanah berkenaan memandangkan penyenaraian FGVH bukan sahaja disertai bumiputra dan bukan bumiputra tetapi juga warga asing.

Perkara itu bertentangan dengan semangat dalam memperuntuk tanah rizab Melayu, katanya.
IIM sokong SPRM tapis semua calon PRU13
5:53PM Mei 28 2012
Institut Integriti Malaysia (IIM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menawarkan perkhidmatan untuk menapis semua calon parti sebelum pilihanraya umum Ke-13.

Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata, langkah proaktif ini akan membantu kepimpinan parti untuk mencalonkan individu yang berintegriti.

"Institut Integriti Malaysia juga melihat bahawa proses ini akan memastikan tahap keyakinanan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan sistem demokrasi akan bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tambahnya, secara tidak langsung akan menarik minat dan penglibatan rakyat dalam proses pilihanraya dan pemilihan pemimpin.

Inisiatif ini juga akan dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kepimpinan politik, katanya.

Menurutnya, hasil kajian yang dikendalikan  IIM pada 2009 yang bertajuk “Sejauh mana Pemimpin Politik Berintegriti dan Bersih Rasuah dihargai rakyat,” mendapati pemimpin politik yang berintegriti dan bersih rasuah, amat dihargai rakyat.

"... dan kriteria kepimpinan berintegriti dan bersih rasuah, mengatasi elemen populariti dalam pemilihan pemimpin politik," tambahnya.

Sehubungan itu, menurut Dr Mohd Tap, IIM berpendapat amat penting untuk parti politik membuat pemilihan calon yang tepat, yang mempunyai ciri-ciri akauntabiliti, berintegriti dan telus dalam pilihanraya yang akan datang.

"Masyarakat juga akan berpeluang untuk mengenalpasti bahawa calon-calon merupakan pemimpin yang berintegriti.

"Secara tidak langsung, sistem pilihanraya yang akan datang juga akan meraih keyakinan dan kepercayaan masyarakat serta dilihat telus, bertanggungjawab dan mempunyai standard yang tinggi," tambahnya.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, katanya, IIM, menerusi sektor politiknya, telah mengendalikan pelbagai program dan kursus untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai etika dan integriti, pengamalan budaya politik bersih dan pemantapan integriti politik dalam kalangan ahli politik dan juga parti-parti politik.

"IIM juga bercadang mengendalikan kursus pemantapan integriti politik yang berfokus kepada pemahaman sistem politik, perlembagaan, peranan institusi politik, cabaran integriti politik  dan dasar awam negara.

“Negara ini amat memerlukan kepimpinan politik yang berintegriti tinggi. Sehubungan itu, nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, benar, telus, boleh dipercayai, jujur dan ikhlas adalah amat perlu dalam jiwa pemimpin untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada negara dan bangsa”, kata Dr Mohd Tap.

 

Tiada ulasan: