Khamis, 24 Mei 2012

HALAULAH KALAU ITU HAK KITA...JIKA ADA ALASAN KUKUH...BAGAIMANA KALAU KITA DIHALAU KEDALAM NERAKA...KERANA JUARA MAKSIAT...DAN JUARA DERHAKA PADA ALLAH SWT...BERTAQWALAH...SABAR ITU MUNGKIN BOLEH MENYELESAI BANYAK MASALAH...GOPOH GAPAH ITU PERBUATAN SYAITAN....

100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:35PM Mei 24 2012

Lebih 100 orang cuba berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini, dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

NONEKumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Turut bersama hadir dengan kumpulan itu lima motosikal penjaja yang hanya berlegar-legar di sekitar jalan masuk ke rumah Ambiga.

Kawasan perumahan elit kelas pertengahan atasan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang dan sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran kumpulan itu.

NONENamun, penduduk berdekatan kelihatan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa di sebalik kehadiran berpuluh-puluh anggota polis dan DBKL bagi mengawal keadaan.

Polis mendirikan sekatan jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah Ambiga bagi memastikan tiada orang asing menghampiri rumah Ambiga.

Dua buah lori besar DBKL turut ditempatkan berdekatan kawasan itu, dipercayai untuk mengangkut sebarang gerai yang didirikan tanpa kebenaran.

Terdahulu sebelum itu, sekumpulan 30 orang lain yang menggelarkan diri mereka "HALAU 1.0" cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga sendiri.

NONECubaan mereka bagaimana pun gagal apabila risalah itu diterima Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said menerusi celah pintu pagar rumah Ambiga.

Beliau berada di situ bersama jawatankuasa BERSIH lain selepas mesyuarat awal tengah harinya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Beliau hadir ke kawasan rumah Ambiga lewat sejam daripada masa asal kumpulan penjaja yang diketuainya merancang membuka gerai.

NONEKumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka tidak kelihatan.

Kumpulan pemuda bermotosikal itu bersama mereka berpakaian kuning bertulisan "BERSIH 4.0" dari MPBKL kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 5.20 petang selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Mohd Khalid.

Kumpulan MPBKL pada asalnya merancang mendirikan 60 gerai berhampiran kawasan rumah Ambiga bermula jam 3.30 petang hari ini.

Muzakarah perangkap usang Umno?

Ahmad Lutfi Othman, 24 Mei 2012
Sekonyong-konyong, ketika semua sibuk berbicara dan bergosip tentang ibu segala pilihan raya -- PRU13 -- timbul isu muzakarah PAS-Umno, persoalan yang dilihat tidak pernah selesai, malah kerap dijadikan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Akhbar melaporkan kesediaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan sesiapa jua, termasuk NGO dan parti politik.

Kenyataan berkenaan mungkin merujuk beberapa perkembangan mutakhir yang timbul daripada, antara lain, keputusan Majlis Fatwa terhadap demonstrasi Bersih 3.0 yang ditegur Tok Guru Nik Aziz, juga reaksi Mufti Perak yang mendakwa PAS sudah terpesong daripada perjuangan asal.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang cuba membina imej Islam (mungkin untuk mengisi 'kekosongan' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim dalam kerajaan) dengan segera memberi respons bersetuju dengan cadangan muzakarah tersebut.

Bagaimanapun Muhyiddin sempat menyindir Tok Guru: "... kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah."

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, dalam kenyataannya membetulkan salah tanggapan (atau sengaja buat tidak faham) Muhyiddin itu. "Dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian," katanya.

"Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara PAS-Umno. Benar sekali Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah Umno untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihan raya," tambah Ahmad Fadhli.

Mengulas isu sama, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata, muzakarah yang ditawarkan kepada semua NGO dan parti politik itu jelas untuk menerangkan pendirian PAS mengenai isu-isu  yang tidak difahami oleh sesetengah pihak.

"Jadi tidak berbangkit soal PAS hendak bermuzakarah dengan Umno atas dasar untuk penyatuan politik. Isu itu sudah lama mati," kata Mustafa.


Orang yang naif berpolitik pun mudah faham dan arif benar bagaimana pemimpin Umno, termasuk melalui Dr Mahathir Mohamad, begitu ghairah memanipulasi isu perpaduan Melayu demi survival kuasa mereka.

Setiap kali Umno kehilangan undi Melayu, seperti pada 1999, atau panik berdepan kemungkinan takhta "digulingkan" selepas Mac 2008,  pemimpinnya akan menimbulkan isu "perpecahan bangsa" dan serentak itu "salam perpaduan" dihulurkan kepada PAS.

Seolah-olah dengan wujudnya pelbagai parti di kalangan orang Melayu menunjukkan bangsa kita diancam perpecahan yang serius. Sokongan pengundi Melayu yang terbahagi tiga, iaitu kepada PAS, Umno dan KeADILan, juga disifatkan petanda orang Islam bakal hilang kuasa. Karut!

Yang ditakuti pemimpin Umno adalah kehilangan kuasa politik, yang menyebabkan segala keistimewaan, kekayaan, pengaruh dan kedudukan mereka terhakis. Bukannya soal masa depan dan survival  orang Melayu, tetapi posisi Umno yang semakin terpinggir daripada arus perdana politik negara. Tanpa kuasa, Umno akan hilang segalanya.

"Isu muzakarah ini sengaja ditimbulkan untuk menjauhkan masyarakat Tionghua daripada PAS, di samping menimbulkan keraguan orang Cina terhadap perjuangan Parti Islam dan konsistensi pemimpinnya terhadap perjuangan menegakkan keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

"Dalam masa sama, jika PAS menolaknya, ia  cuba dijadikan daleh bagaimana pemimpin PAS bersikap keras kepala dan langsung tidak bersedia untuk bertolak ansur berbincang masa depan bangsa. Apa pun, yakinlah, kita tidak akan masuk perangkap Umno itu." kata seorang pemimpin tertinggi PAS.

Bagi saya, berpolitiklah secara matang dan tunjukkanlah maruah bangsa yang tidak mudah diusik sentimen perkauman bermusim ini. Biar rakyat dapat menilai prestasi setiap parti yang menawarkan diri. Usah bermain emosi dan perasaan, dengan mengetepikan persoalan pokok yang lebih penting.

Isu-isu kritikal dalam PRU13, seperti senarai daftar pemilih yang meragukan, amalan korupsi yang berleluasa selepas Parlimen dibubarkan (dan juga sebelumnya), media yang dimonopoli elit penguasa, dan juga tempoh minimum kempen, mesti ditangani segera.

Sampai bila bangsa Melayu akan terus dipermainkan dengan isu-isu sampingan atau "jadi-jadian" yang langsung tiada relevan, setiap kali negara di ambang pilihan raya umum?

Tepatlah seperti dijelaskan Ustaz Abdul Hadi, dalam satu sidang media, bahawa PAS sebenarnya bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NG)) berhubung salah faham mengenai Islam, dan bukannya bermuzakarah dengan Umno.

"Masa itu saya nyatakan perbincangan dengan NGO yang menuduh PAS menyeleweng daripada dasar dan matlamat Islam. Perkataan muzakarah mungkin disebut pada masa itu tetapi muzakarah terjemahannya perbincangan, penjelasan, tapi disalahtafsirkan PAS nak muzakarah dengan Umno. Itu tak timbul," katanya.

"Izu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada Umno dan Umno jadikannya isu politik. Kalau nak bincang dengan Umno, lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih," tegas Ustaz Abdul Hadi.


Ya, kita lupakan sebentar isu-isu mainan seperti muzakarah, dan setiap pihak elok tumpukan persiapan untuk bertanding secara sihat dalam PRU13 nanti, di "padang permainan yang sama rata". Sama-sama kita elakkan daripada terjebak dalam pilihan raya yang dibimbangi "paling kotor dalam sejarah".

Ambillah Kelantan, bagi Putrajaya

Subky Latif, 24 Mei 2012
KETIKA Pakatan Rakyat dengan penuh tenaga mara untuk merampas Putrajaya dari Barisan Nasional, maka Perdana Menteri Najib penuh yakin untuk bukan sekadar mengambil semula Kedah dan Selangor, malah ia sudah bersedia untuk menawan Kelantan buat kali kedua selepas merdeka.


BN sudah menyediakan Dato Mustapa Mohamad sebagai calon Menteri Besar Kelantan buat kali ketiga dan mungkin Dato  Mukhriz Mahathir sebagai ketua kerajaannya di Kedah.

Selangor Najib yakin menang semula cuma dia tidak ada calon Menteri Besar. Malah itu mungkin selesai jika Razali Ismail, pemegang konsesi Syabas bersedia turun padang.

Apapun Perdana Menteri baru di Putrajaya tidak lain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita tunggu saja bila Parlimen  dan DUN-DUN dibubar.

Mungkin Allah memperkenan hasrat  dan hajat semua pihak. Kelantan, Kedah dan Selangor diambil semula oleh Barisan Nasional tetapi Putrajaya diberi kepada Anwar dari Pakatan Rakyat. Mungkin diperkenankan Allah bertukar.

Jika ini berlaku, Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri selama-lamanya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula mengakhiri kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun.

Jika Najib tidak lagi jadi Perdana Menteri maka Presiden UMNO pun akan terlepas pula kepada orang lain. Ke mana dia? Tentunya Interpol dari Paris minta dia dibawa ke sana.

Tok Guru Nik Aziz macam mana?

Beliau tetap memberi kuliah dhuha setiap Jumaat di tengah Kota Bharu dan kerana Putrajaya sudah dibebaskan, maka Tok Guru pula mungkin dijadualkan mengadakan kuliyah dhuha setiap hari Sabtu atau Ahad di Masjid Al-Mizan di Putrajaya.

Kalau Selangor  ditadbir oleh BN tetapi Putrajaya di bawah Pakatan Rakyat boleh dirunding hujung minggu – Sabtu atau Ahad - yang Tok Guru tidak berkuliyah di Putrajaya, berkuliah pula di masjid negeri Shah Alam.

Bagaimana Ustaz Abdul Hadi Awang? Beliau mungkin jadi Anggota Parlimen lagi. Tentulah Perdana Menteri Anwar akan memberinya jawatan kabinet. Apapun beliau tetap memberi kuliyah dhuha setiap Jumaat di Rusila.

Dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Rakyat boleh dikira Ustaz Hadi bergilir berkhutbah Jumaat di Masjid Rusila dan Masjid Negara. Pada giliran beliau berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat  di Masjid Negara, boleh diatur jet rasmi kerajaan menerbangkannya dari Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi ke Masjid Negara melalui lapangan terbang yang terdekat seperti lapangan terbang Sungai Besi misalnya.
Ambiga: Kami sedia jumpa kerajaan di mahkamah
Jamilah Hamzah
24 Mei 2012
ambiga
Ambiga
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, yang berhadapan dengan saman kerajaan menuntut gantirugi RM122,000 bersama sembilan yang lain, menegaskan pihaknya bersedia untuk menghadapi kes itu.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya juga menerima sumbangan dan sokongan moral daripada rakyat untuk menghadapi kes saman, yang notisnya diterima semalam.

"Kami telah mendapat banyak sumbangan daripada orang ramai untuk membiayai tuntutan gantirugi oleh kerajaan.

"Kami juga mendapat tawaran daripada ramai peguam untuk membela kami," kata beliau pada sidang media di sini, petang ini.

Ambiga juga berkata, setakat hari ini hanya beliau dan ahli Jawatankuasa bersama Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah telah mendapat notis saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu.

Ambiga dan sembilan yang lain disaman oleh kerajaan yang menuntut gantirugi RM122,000 ekoran perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara 28 April lalu.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, segala sumbangan yang diberikan perlu dibekukan terlebih dahulu kerana mahu berbincang cara yang sebaiknya bagi mengelakkan ketidakteraturan dalam penerimaan sumbangan.

"Buat masa ini, kami nasihatkan sumbangan yang diberikan dibekukan terlebih dahulu kerana tidak mahu wang itu datang secara bersepah.

"Kami akan fikirkan cara yang terbaik untuk mengutip sumbangan tersebut," kata Samad.

Tan Sri Khalid Ibrahim macam mana? Dia mungkin MP lagi, maka dia boleh jadi menteri kewangan atau menteri ekonomi.

Bagaimana pula Dato Seri Azizan Razak? Sekalipun Kedah di bawah BN tetapi Ustaz Azizan masih ketua pembangkang di Kedah. Tentulah kerajaan pusat memberi satu kedudukan yang penting kepadanya. Tetapi dia boleh menghidupkan pagi Jumaat di markaz PAS Kota Sarang semut setiap minggu.

Sekali pun Kelantan, Kedah dan Selangor ditakdirkan diambil oleh UMNO tetapi kemenangannya tidak besar. Ia mungkin setakat memungkin BN membentuk kerajaan saja.

Berikut dengan kekalahan BN di peringkat pusat kedudukan kerajaan negeri itu tidaklah sekuat mana kerana iman orang UMNO kepada partinya tidak sekuat pegangan orang PAS kepada parti itu.

Mereka bermati-mati dengan UMNO kerana  UMNO melambakkan mereka dengan duit. Payahlah negeri itu hendak bermewah-mewah jika pusat mengawal peruntukan sewajarnya untuk negeri. ADUN BN itu boleh bila-bila masa  saja meninggalkan parti yang sudah hilang kuasa.

Tok Pa dan Mukhriz tak dapat bertahan seperti PAS bertahan semasa memerintah negeri. Kali ini PAS dan PKR tidak membeli ADUN BN. Mereka tidak ditawarkan seperti apa yang BN tawarkan orang-orang yang lemah pendirian. Tetapi PAS dan PKR memang bekerja menarik orang UMNO menyertainya.

Jika ada ADUN  dan MP UMNO bertukar parti, mereka bukan berpaling  tadah atau melompat, tetapi menerima kebenaran dari satu perjuangan yang memelihara rakyat dan  negara.

Masa depan  UMNO masa itu bergantung kepada Saifudin Abdullah dari Temerloh atau Khairy Jamaluddin.
'SPR, polis, DBKL patut disaman, bukan BERSIH'
12:47PM Mei 24 2012
Kerajaan sepatutnya menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bukannya pemimpin BERSIH, termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, kata sebuah NGO.

pkr congress 271110 fariz musa"JINGGA 13 juga mendesak agar pihak kerajaan menarik balik saman tersebut yang tidak masuk akal...," kata Fariz Musa (kiri), ketua koordinator kepada NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu.

Malah, tambahnya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang didakwa menyumbang kepada tercetusnya suasana kegawatan pada perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu juga patut menerima tindakan sama.

Kerajaan semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya sehingga kerajaan menanggung kerugian.

Dalam kenyataannya hari ini, Fariz berkata, pihak-pihak itu perlu disaman atas alasan seperti berikut:

(1) Dakwaan kegagalan SPR menjadi badan berkecuali dan tidak adil serta profesional dalam mereformasikan sistem pilihan raya menjadi punca utama kenapa tiga siri himpunan BERSIH dilangsungkan.

(2) Dakwaan polis menyebabkan keadaan tidak terkawa; kerana menembak gas pemedih mata dan bertindak "di luar perikemanusiaan" terhadap para demonstran.

(3)
DBKL bertindak "terlalu dangkal", melampau dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat yang hadir secara aman berhimpun dengan menyekat perhimpunan BERSIH, termasuk menggunakan perintah mahkamah.
MB Kedah: Kenyataan Nik Aziz bersifat peribadi
ROSLINDA HASHIM
24 Mei 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
$entry.content.caption.value
ALOR SETAR - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas mahu mengadakan muzakarah dengan Umno adalah bersifat peribadi, bukannya mewakili parti itu.
        
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pandangan Nik Abdul Aziz itu adalah atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Islam, dan tidak sesekali mewakili pendirian Pas berhubung cadangan itu.
         
“Kenyataan itu atas kapasiti peribadi, tidak salah jika Nik Abdul Aziz mahu bersemuka dengan Umno atas inisiatif sendiri. Sebelum itu kita hendaklah jelas dan faham maksud sebenar beliau berhubung keputusan itu,” katanya.
         
Menurutnya, difahamkan jika Mursyidul Am Pas itu ingin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno, ianya hanya bagi membincangkan hal berkaitan umat Islam, dan tidak bersangkutan dengan perkara lain.
        
“Jika dalam perjumpaan itu yang disebut sebagai muzakarah, beliau pergi untuk berdakwah kepada Umno, saya sokong. Beliau memang suka berdakwah, hak dia kalau nak pergi untuk dakwah Umno,” katanya, selepas menghadiri petisyen penerimaan masuk peguamcara anaknya, Ahmad Faiq, 25, di Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz bertegas tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak dipersetujui pimpinan tertinggi Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu turut bertegas bahawa beberapa syarat yang beliau tetapkan untuk mengadakan muzakarah itu perlu dipatuhi Umno.

Bagaimana pun, Abdul Hadi yang sebelum ini membayangkan perlu diadakan muzakarah demi kepentingan umat Islam di negara ini, akhirnya menegaskan ia bukan membabitkan Pas dengan Umno, sebaliknya hanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Azizan yang juga Menteri Besar berkata, percanggahan pendirian antara Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi mengenai muzakarah itu, bukan sesuatu yang serius.

“Saya tidak fikir wujud situasi seperti yang digambarkan itu. Mungkin kedua-dua pihak mempunyai pendirian yang selaras tetapi media yang menggambarkan seolah-olah wujud percanggahan,” katanya.
Seks songsang dalam dunia rencam
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
24 Mei 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
DUNIA ini benar-benar berubah. Jika seseorang yang hidup di kurun-kurun yang lepas kemudian dibangkitkan semula, tentu dia kehairanan melihat dunia ini. Ia benar-benar berubah. Bukan sahaja kecanggihan teknologinya, tetapi juga nilai dan budaya yang dipegang oleh manusia pada zaman ini.

Globalisasi. Satu kalimah yang memberikan pelbagai kesan dan makna. Dunia tanpa sempadan yang gagal untuk dikawal oleh mana-mana kuasa pun. Kita sudah menjadi seperti sebuah kampung yang kecil. Segala yang berlaku di setiap ‘cerok’ diketahui oleh penduduknya dan menjaga ‘buah mulut’ setiap orang.

Bahkan, kita lebih sempit dari kampong. Teknologi yang mengujudkan jaringan social manusia telah menjadikan setiap berita tersebar jauh lebih pantas dari sebuah kampong. Tambahan lagi, bukan sekadar cerita yang dibawa, tetapi peristiwa yang dirakam. Maka budaya dan nilai kehidupan manusia berubah. Suasana baru berlaku dan ia menentukan banyak gaya fikir dan pendekatan kita.


Pendekatan Yang Difahami

Saya menjadi ahli Oxford Union. Satu badan yang amat bersejarah di Oxford. Setiap minggu mereka ada debat yang membabitkan isu-isu yang menarik. Tokoh-tokoh dipanggil dan isu-isu tertentu dicadang dan didebatkan. Pasukan pencadang dan pembangkang dibentuk. Kemudian undian dijalankan.

Minggu lepas tajuk: “This House Would Recognise Prostitution as a Legitimate Business”. Mungkin hal ini mengarut bagi kita. Apa cerita hendak mencadangkan seperti itu? Saya hadir untuk mendengar debat tersebut. Ternyata, di sudut ‘mata mereka’ bukan sedikit alasan yang mendapat tepukan gemuruh. Walaupun bagi kita masyarakat Muslim, hal itu jelas haram disebabkan nas-nas agama. Namun, jika kita ingin berdialog dengan mereka, kita patut berhujah dengan apa yang mereka percaya.

Kata ‘Ali bin Abi Talib: “Bercakaplah kepada manusia dengan apa yang mereka tahu. Apakah kamu suka didustai Allah dan RasulNYA” (Riwayat al-Bukhari). Maksudnya, gunakan approach yang difahami kerana pendekatan yang salah, akhirnya agama ini menjadi mangsa tuduhan.


Simpati

Di Malaysia dikatakan heboh pasal LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) . Apatahlagi dengan kehadirian Arshad Manji. Sebenarnya, isu LGBT ini bukan sahaja heboh di Malaysia, di Negara Barat seperti UK ini pun kebelakangan ini banyak berita tentang tuntutan-tuntutan mereka. Jumlah mereka bertambah, bukan sekadar pengamalnya tetapi juga mereka yang bersimpati.

Golongan yang bersimpati melihat di sudut ruang kebebasan individu yang patut diiktiraf. Perdana Menteri UK David Cameron antara penyokong hak berkahwin golongan gay di UK. Walaupun kebelakangan ini ada bantahan dari MP partinya, tetapi pendirian asal Cameron ialah untuk menghalalkan perkahwinan golongan ini dari segi undang-undang.

Padahal David Cameron yang sama menyebut dalam bulan Disember tahun yang lalu “UK is a Christian country and we should not be afraid to say so”. Itu ucapan beliau di Oxford sempena 400 tahun Bible King James. Di Amerika, Barrack Obama dua minggu lepas mengistiharkan sokongan kepada golongan LGBT untuk berkahwin.

Beliau dalam temu bualnya menyebut: "I have to tell you that over the course of several years as I have talked to friends and family and neighbors when I think about members of my own staff who are in incredibly committed monogamous relationships, same-sex relationships, who are raising kids together, when I think about those soldiers or airmen or Marines or sailors who are out there fighting on my behalf and yet feel constrained, even now that Don't Ask Don't Tell is gone, because they are not able to commit themselves in a marriage, at a certain point I’ve just concluded that for me personally it is important for me to go ahead and affirm that I think same sex couples should be able to get married".

Pendirian mereka mungkin atas kepentingan politik ataupun kepercayaan tentang hak kebebasan individu yang  menjadi ‘rukun iman’ dalam hidup mereka. Dalam usaha menjaga perasaan penyokong, bukan sahaja 'politicians' bahkan pihak gereja juga mula membuka ruang kepada golongan ini. Bukan sekadar untuk berkahwin, tetapi untuk menjadi paderi sekalipun. Ini seperti yang sedang berlaku beberapa hari lepas di Church of Scotland.


Suasana Baru

Nampaknya golongan LGBT ini mula membentuk komuniti yang mempunyai suara dan pengaruh dalam politik. Penentangan terhadap mereka dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak menghormati hak individu. Dalam suasana yang seperti ini, umat Islam, samada golongan pemikir, ahli-ahli politik dan selain mereka terpaksa mencari ‘laras bahasa’ yang baru dalam mengulas tentang golongan ini. Di negara seperti Malaysia, mungkin belum cukup terasa, tetapi umat Islam di Barat terpaksa mencari satu pendekatan yang dapat difahami oleh akal manusia di sini.

Kita bersetuju bahawa ‘the ground of politics is compromise, but the ground of Islam is principal’, namun dalam masa yang sama pendekatan yang berkesan perlu dicari dalam menegakkan prinsip. Amalan LGBT sebagai sesuatu yang haram di sisi ajaran wahyu adalah sesuatu yang pasti tanpa mungkin ada sebarang penafsiran lain lagi.

Ia termasuk dosa besar. Ini jelas apabila Allah merakamkan ucapan Nabi Lut terhadap kaumnya (maksudnya) : “dan (Nabi) Lut juga ketika dia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-‘Araf 80-81).

Ayat ini menggambarkan kaum Lut memulakan amalan songsang ini. Sesuatu yang tidak dikenali sebelum itu. Namun, dunia hari ini lebih buruk, kerana hal ini telah dimulakan, telah berakar umbi dalam sesetengah masyarakat, di samping mendapat pengiktarafan pula di peringkat antarabangsa. Nabi Lut sendiri mencari banyak pendekatan dalam membetulkan keadaan, termasuk menawarkan anak-anak perempuannya untuk mereka.

Walaupun perkataan banati (anak-anak perempuanku) dalam al-Quran mengenai dialog Lut a.s itu mempunyai pelbagai tafsiran, namun ia merujuk kepada tawaran Lut untuk mereka mengahwini perempuan-perempuan keturuanannya ataupun pengikutnya.

Kata Lut: (maksudnya) "Wahai kaumku! di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu, oleh itu takutlah kamu kepada ALLAH, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku, tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?" (Surah Hud 78).

Dalam kerangka dunia hari ini yang tidak dapat menerima sikap yang keras dalam membawa mesej agama dan Islam pula dituduh agama yang ganas, maka dialog yang berkesan dan matang dalam menyampaikan dakwah amat diperlukan. Islam itu indah, ia mesti disampaikan dengan cara yang berkesan dan indah.

Ya, keindahan itu kadang-kala ia subjective, tetapi kerangka masyarakat dan budaya yang mereka mengelilingi mereka juga menentukan keindahan itu. Sudah pasti senaman ‘punggung’ bukan keindahan. Jika ia hendak dijadikan saluran dakwah Islam, sudah pasti tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan budaya yang ada. Mungkin ia diterima dalam masyarakat Zulu Africa, tetapi tidak dalam masyarakat kita.


Dialog Dan Debat

Pada zaman ini manusia memerlukan dialog dalam menentukan setiap pegangan. Bahkan, berdebat juga adalah antara pendekatan yang diiktiraf oleh al-Quran. Firman ALLAH (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Kata al-Sa’di (meninggal 1376H): “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka.

Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan  ALLAH di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pendekatan baru perlu diambil. Golongan pendakwah dan umat Islam perlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dalam suasana yang ada. Mungkin sesuatu perkara itu jelas bagi kita, tetapi ia kabur bagi banyak pihak. Dalam kes LGBT, kita bukan sahaja terpaksa berbicara dengan pengamalnya, tetapi juga mereka yang bersimpati walaupun tidak mengamalkan. Itu lebih ramai.

Dakwah Islam itu bertujuan memahamkan manusia dan menjadikan mereka taatkan Allah dalam keadaan sedar dan ikhlas. Menghukum dan mencemuh tidak dapat menyelesaikan masalah jika tidak didahului dengan memahamkan dan menegakkan hujah. Gerakan Islam, pendakwah dan badan-badan agama patut melihat isu-isu terkini dalam horizon yang baru, tanpa menggadaikan prinsip yang asal.



* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan kini Felo Pusat Pengajian Islam Oxford
Penerbit timbang cabar tindakan rampas buku Irshad
4:57PM Mei 24 2012
Penerbit buku kontroversi, Allah, Kebebasan dan Cinta, ZI Publications menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas rampasan yang dijalankan di sebuah kedai buku.

Pemilik dan pengarah syarikat tersebut Ezra Zaid berkata selain tindakan saman, syarikat itu juga bercadang untuk membuat semakan kehakiman atas rampasan yang dibuat "tanpa mengikut lunas undang-undang" itu.

NONEKatanya, setakat ini belum ada sebarang pengumuman dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk mewartakan larangan ke atas Allah, Kebebasan dan Cinta mahupun edisi asal buku tersebut dalam bahasa Inggeris, Allah, Liberty and Love yang diterbitkan sejak Jun tahun lalu.

"Disebabkan itu, kedua-dua penerbitan ini sah di sisi undang-undang dan boleh dijual oleh semua kedai-kedai buku dan dibeli oleh pembaca seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ezra berkata, ketika rampasan itu dijalankan di sebuah kedai buku popular di Bangsar malam tadi, JAWI memberitahu bahawa tindakan ke atas buku tulisan Irshad Manji itu dibuat mengikut Seksyen 13 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
NONE"Sehingga kini, ZI Publications tidak dimaklumkan bahawa penerbitan buku ini bertentangan dengan mana-mana undang-undang agama.

"Oleh itu, kami terbitkan buku ini dalam semangat yang terbuka – kebetulan pula, sifat sedemikian itu sendiri digalakkan oleh agama Islam," kata Ezra lagi.

Tambahnya, penerbitan buku itu juga dibuat atas dasar kebebasan bersuara seperti dijamin Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia.

"Seksyen 13 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 tersebut adalah bercanggah dengan undang-undang Perlembagaan Persekutuan memandangkan Perlembagaan tidak membenarkan Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan berekspresi," katanya.

Tiada ulasan: