Sabtu, 12 Mei 2012

OTAK JENAKA..OTAK PELAWAK..TIDAK KEDEPAN...IA BERFIKIR UNTUK BAGI KETAWA...KALAU KITA TAHU NERAKA ITU BAGAIMANA...KITA TAK KAN KETAWA SAMPAI KE MATI

DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif
DAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.

Hanif sebelum ini dilaporkan mendakwa BERSIH diresapi golongan komunis dan menyokong pandangan bahawa perhimpunan itu cubaan menggulingkan kerajaan.

NONE"Sebaliknya, dengan membuat tuduhan liar seperti itu, beliau berpotensi untuk menjadi saksi dan bukan ahli panel," katanya sambil menyifatkan ia konflik kepentingan yang jelas.

Semalam, Majlis Peguam juga membuat pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam panel bebas itu dengan alasan yang sama.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menyokong cadangan BERSIH supaya panel itu diketuai pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Frank La Rue, rakan sekerjanya Maina Kiai, serta penglibatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Hanif dilantik mengetuai enam anggota panel itu yang melibatkan bekas hakim, pengamal media dan ahli akademik di universiti.
Lagi desakan mansuh tol Batu 3, Sg Rasau
Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan dengan alasan ia membebankan rakyat dan tidak lagi relevan.

Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, tindakan kerajaan Pusat pimpinan BN terus mempertahankan operasi kedua-dua plaza tol itu bertujuan memindahkan beban kos pembinaan pembesaran RM357 juta kepada rakyat.

Bagaimanapun, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu mendakwa, keuntungan berlipat kali ganda terus dikaut daripada pungutan tol tanpa rasa bersalah.

NONE"Menjadi tanggungjawab kepada kerajaan memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat termasuk lebuh raya dan bukannya bersikap membebankan rakyat yang harus membiayai setiap kos malah turut berdepan dengan kenaikan harga tol, kenaikan harga barang keperluan dan makanan termasuk kenaikan harga petrol," katanya.

Justeru, kata Fariz, JINGGA 13 menyokong penuh penganjuran perhimpunan membantah tol itu di plaza tol Batu Tiga dekat Shah Alam anjuran Pakatan Rakyat Selangor esok.

Desakan itu juga bagaimanapun menariknya dikongsi bersama lebih 200 penyokong BN yang sudah berhimpun di plaza tol Sungai Rasau bagi menuntut perkara sama semalam.

azlanPerhimpunan Pakatan Selangor esok dijadual berlangsung di plaza tol Sungai Rasau pada awal petang.

Sementara itu, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pula menyokong perhimpunan esok kerana mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk "penindasan dan perniagaan" atas titik peluh rakyat.
Presidennya Saifuddin Shafi Muhammad berkata, selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol itu mencecah hampir dua kali ganda dan kebenaran mengutip tol kepada konsesi diberikan sehingga 2018.

"Ini bermakna ratusan ribu rakyat terpaksa menanggung beban berterusan selama lebih kurang enam tahun lagi dan ini berlawanan dengan tanggungjawab sebenar kerajaan untuk menyediakan prasarana percuma dan berkualiti kepada rakyat," katanya.
 
Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13'
Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.

"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.

"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.

Namun, sekarang BN mula sedar sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat 'terlebih' dalam penekanannya terhadap penggunaan media baru oleh bakal calon BN dalam PRU akan datang, katanya.

"Akhir-akhir ini PM go overboard (berlebih-lebihan) sehingga mengatakan calon-calon boleh menang BN perlulah ada Twitter," katanya.

Keghairahan Najib dalam mendekati warga Internet terus tergambar apabila pagi tadi beliau bersarapan bersama pengikut laman blog mikro Twitter beliau yang ke-500,000 di Bangsar.

Beliau sebelum ini turut menyampaikan rasa terharunya apabila bilangan 'like' di laman Facebook beliau melepasi 1 juta orang.

Kadir juga menyifatkan penggunaan media baru sebagai 'membawa tuah dan sial kepada kedua-dua pihak'.

Beliau berpendapat ahli politik perlu berhati-hati dengan isu-isu sensasi yang akan mewarnai wadah komunikasi baru itu.

"Isu-isu sensasi akan membebani kedua-dua pihak. Isu-isu sensasi akan dimainkan habis-habisan, ada orang berkata kempen PRU akan datang antara yang paling kotor.

"Saya rasa mereka buat ramalan yang tepat.

"Melalui media baru, kemungkinan disaman lebih kecil (berbanding) kalau menggunakan media arus perdana," katanya.
'Bukan kebebasan, tetapi hak kepada media'
Konsep kebebasan media perlu diganti dengan hak kepada media bagi memastikan akses media yang adil dalam pilihan raya umum akan datang, kata aktivis Hishamuddin Rais.

Bercakap dalam nada separa berjenaka, penulis Hishamuddin yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH membidas kewujudan akta yang menyekat hak tersebut daripada dipraktikkan.

"Saya dari mazhab yang tidak percaya kepada kebebasan media. Saya percaya kepada the right to press (hak kepada media).

"Ertinya kalau Umno ada hak untuk ada (saluran) televisyen saya juga ada hak untuk ada (saluran) televisyen (sendiri).

"Kalau Umno ada radio saya juga ada hak untuk ada radio," katanya sewaktu bercakap pada forum "Akses Media dalam PRU13: Realiti dan Harapan" di Seri Kembangan petang tadi.

Berdasarkan konsep sama, Hishamuddin yang popular dengan blog satira politik Tukar Tiub 'membela' media arus perdana yang dakwanya kurang memberi liputan kepada Pakatan Rakyat.

"Perkara yang dilakukan Utusan, Berita Harian dan TV3 adalah terbaik.

"Kenapa harus saya yang mencetak suratkhabar itu mengeluarkan pandangan musuh saya. Suratkhabar perlu modal, bukan buat amal jariah," katanya dan disambut gelak ketawa dari hadirin forum.

Nurul Izzah: Petunjuk asas kebebasan melalui undang-undang

Forum hampir dua jam dan dimudahcara kartunis Zunar itu turut mengundang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai ahli panel.

Menurut Izzah pula, petunjuk asas kepada kebebasan media adalah undang-undang yang membenarkan penerbitan akhbar dan televisyen dengan kecenderungan politik berbeza.

"Yang paling minima dalam kebebasan media ini adalah apabila semua pendirian media baik yang pro-PAS, pro-PKR, pro-BN, dibenarkan kewujudannya melalui perundangan," kata Izzah.

Kenyataan Izzah itu dibuat kerana beliau sebelum ini pernah memohon permit menerbitkan akhbar Utusan Rakyat bersama bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari tetapi tidak diluluskan Kementerian Dalam Negeri.

"(Saya ke) Jabatan Al-Quran dan Percetakan untuk minta Utusan Rakyat diterbitkan. Dia (pegawai) kata enam bulan SOP (prosedur operasi piawai).

"(Pegawai itu beritahu saya) menteri kita pun mengasihi rakyat Malaysia dia mahu berikan berikan ruang dan keluasan sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi YB," cerita Izzah sambil mendakwa sehingga kini sudah setahun menunggu kelulusan permit tersebut.
'Biar mangsa keganasan cari dari balai ke balai'
Jika mahu berlaku adil, polis dicabar membenarkan mangsa dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH lalu menjalankan pencarian dan pengecaman terhadap penyerang mereka dari balai ke balai.

Anggota Parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng berkata demikian ketika mengulas tindakan polis memberi kata dua keapda 141 individu yang dikehendaki supaya tampil dalam masa seminggu atau dicari di rumah masing-masing.

"Dalam kes ini, polis patut membenarkan mangsa polis menjalankan carian dari balai ke balai, terutamanya seorang wanita daripada Serdang yang berkata mengecami pegawai polis yang menumbuknya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Harga saham dijangka terus menurun
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan rendah pada minggu depan, berikutan tekanan sentimen luaran yang lembap yang biasanya akan memberi kesan kepada prestasi pasaran, kata para peniaga.

Masalah luaran seperti data pekerjaan AS yang tidak memberangsangkan serta data perdagangan China yang lebih rendah daripada jangkaan dan risiko di Eropah akan terus memberi kesan kepada bursa tempatan.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata politik Eropah terus menjadi berita utama dengan jangkaan diadakan pilihan raya di beberapa negara.

"Ini akan menyebabkan perubahan kepimpinan baharu semasa benua Eropah terus bergelut untuk menyelesaikan krisis hutang kedaulatan," katanya kepada Bernama.

Katanya data yang akan diterima akan mencorakkan pasaran pada minggu depan yang termasuk inflasi AS, pengeluaran perindustrian AS, pengeluaran perindustrian Eropah dan keluaran dalam negara kasar Jepun.

Nazri berkata kelemahan penanda aras tempatan akan ditampan oleh langkah pengurangan inflasi, ketahanan penggunaan domestik dan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang akomodatif.

Pada Jumaat, BNM memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus, sambil menyatakan bahawa inflasi dijangka menyederhana pada tahun ini, dengan bekalan domestik yang meningkat dan keadaan permintaan yang stabil.

"Kami menjangka FBM KLCI akan distabilkan selepas kejatuhan baru-baru ini dan selepas bergerak pada jajaran sempit antara 1,580 dan 1,590," kata Nazri.

Menurutnya, paras sokongan dijangka pada 1,580 dan 1,560 dan ditambat dengan halangan jangka sederhana pada 1,590 dan 1,600.

Bagi minggu baru berakhir, pasaran diniagakan menurun dengan catatan jumlah dagangan yang sederhana.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 6.72 mata kepada 1,584.32 daripada 1,591.04 .

Indeks Kewangan turun 32.59 mata kepada 14,173.49 daripada 14,206.08, Indeks Perusahaan rugi 29.7 mata kepada 2793.45 daripada 2,823.15 dan Indeks Perladangan merosot 68.76 mata kepada 8,640.20 daripada 8,708.96.

Indeks FBM Emas turun 67.29 mata kepada 10,852.93 daripada 10,920.22, Indeks FBM ACE turun 32.76 mata kepada 4,542.68 daripada 4,575.44, Indeks FBM Mid 70 rugi 166.93 mata kepada 11,879.98 daripada 12,046.91 dan Indeks FBM T100 merosot 65.64 mata kepada 10,655.78 daripada 10,721.42.

Jumlah dagangan mingguan keseluruhan meningkat kepada 6.033 bilion saham bernilai RM6.45 bilion daripada 4.904 bilion saham bernilai RM5.62 bilion.

Perolehan Pasaran Utama meningkat kepada 3.702 bilion bernilai RM6.073 bilion daripada 3.007 bilion saham bernilai RM5.318 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat 1.544 bilion saham bernilai RM272.771 juta daripada 1.06 bilion saham bernilai RM191.5 juta tetapi waran turun kepada 767.848 juta unit bernilai RM96.247 juta daripada 824.428 juta unit bernilai RM101.294 juta.

- Bernama
Peserta BERSIH muncul 4 kali dalam senarai polis
Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.

NONE'Pendedahan' itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa dikritik hebat ekoran penggunaan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Peserta perhimpunan, dipercayai anggota Unit Amal PAS yang kelihatan gempal muncul empat kali dalam wajah yang dikeluarkan polis pada 9 Mei.

Gambarnya dilabel dengan nombor 7, 15, 18 dan 21.

Pengguna Facebook yang mengecam kesamaan itu dipercayai bernama Mohd Nor Amin Zainuddin.

Beliau mengeposkan komen itu di Facebook polis pada t 2.59 petang pada hari yang sama gambar itu dimuatnaik.
Pelawak jenakakan perhimpunan BERSIH
Ketika orang ramai cuba melupakan kepahitan insiden sekitar perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu, sekumpulan pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.

Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun mungkin menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang.

Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan:

"Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia.

"Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik. Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!"

Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum.

Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya.

Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah.

Tiada ulasan: