Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang
Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar),
yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV)
mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di
Klang malam tadi.Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.
Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.
Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.
Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Terima keahlian Isa Samad langgar peraturan KPF
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia memutuskan tindakan Koperasì Permodalan FELDA
Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian Tan Sri Isa Samad bercanggah
dengan undang-undang kecilnya.Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.
Oleh yang demikian, keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diputuskan kekal.
Menurut peguam pengadu kes itu Ahmad Nizam Hamid, keputusan itu dimaklumkan kepadanya melalui sepucuk surat semalam.
Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi, tanah
Kumpulan
pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah
Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang
memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.
"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.
Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.
Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.
"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.
Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.
"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.
"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.
Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.
'Penyenaraian Felda akan lebih baik dari Facebook'
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin penyenaraian Felda Global Venture
Holding (FGVH) di Bursa Malaysia akan lebih baik daripada laman sosial
Facebook."Penyenaraian (FGV) ini mencatat dua detik sejarah untuk FELDA. Pertama, penyenaraian terbesar di Asia pada tahun 2012.
"Kedua, ia IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Insya-Allah, FGV lebih baik daripada Facebook, saya kira," katanya sambil diiringi gelak ketawa para hadirin.
Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran prospektus FGVH di Bursa Malaysia.
SPRM buka semula siasatan rasuah terhadap Azmin
Panel
Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
memperakukan supaya siasatan dakwaan rasuah terhadap Timbalan Presiden
PKR, Azmin Ali dibuka semula.Pengerusi panel tersebut, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil (kiri)
memberitahu pemberita hari ini bahawa arahan telah diberikan untuk membuka semula kertas siasatan 2009 berhubung dakwaan tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi mengesahkan dakwataan tersebut, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, yang turut hadir, berkata suruhanjaya itu mungkin memangil Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika keterangan mereka dikehendaki.
SPRM: Shahrizat tak terlibat dalam kontrak, pinjaman NFC
Bekas
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak terlibat dalam proses pemberian
projek Pusat Fidlot Nasional bernilai jutaan ringgit kepada anggota
keluarganya.Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut kepada syarikat tersebut dan mengenai pinjaman RM250 juta.
National Feedlot Corporation (NFC) telah dituduh menyalahguna
pinjaman tersebut.
Suami Shahrizat - Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.
Projek itu bertujuan untuk mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import daging lembu telah ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana jauh daripada mencapai sasarannya.
Berikutan ini, NFC telah didakwa menyalahguna dana daripada pinjaman mudah tersebut untuk pembelian yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.
Pada bulan Mac, Salleh, 64, didakwa atas tuduhan menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membiayai pembelian dua buah kondominium di 'One Menerung' di Bangsar, Kuala Lumpur.
Perbicaraan akan bermula pada 5 November depan.
Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit
Suatu
dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap
kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa
telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi
manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".
Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.
"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.
"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.
Brehem membuat dakwaan tersebut berdasarkan kepada kertas pendakwaan Perancis.
Musa Hassan: 'Anwar minta saya lapor kepada dia'
WAWANCARA
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba campur tangan dalam
siasatan kes Liwat 1.Musa mendakwa Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu mengarahkannya beliau supaya melapor hasil siasatan kepadanya walaupun Anwar merupakan tertuduh dalam kes itu.
"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Musa mendakwa beliau turut didatangi adiknya, Datuk Fuad Hassan yang menurutnya dihantar Anwar untuk memintanya "membantu" Anwar dalam kes itu.
"Saya kata tak boleh sebab saya pegawai polis. 'Kalau you (Fuad) terlibat campur tangan saya tangkap you walau pun you adik saya.' Saya profesional," katanya.
Fuad pada masa itu adalah ADUN Hulu Klang dan kini merupakan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA).
Musa berkata perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberinya amaran agar menyiasat kes itu dengan telus.
"Dia panggil saya tanya 'betul ke kamu siasat?' Dia kata 'you siasat betul-betul. Kalau you mengadakan keterangan palsu you masuk jail'," katanya.
Tukar tarikh kejadian
Mengulas lanjut mengenai perjalanan perbicaraan kes itu, Musa berkata Peguam Negara bertanggungjawab ke atas keputusan meminda tarikh kejadian yang didakwa berlaku dalam pertuduhan tersebut sehingga tiga kali.
Namun, beliau menegaskan bahawa siasatan yang dijalankannya pada masa itu sudahpun lengkap untuk membolehkan Anwar didakwa di mahkamah.
"(Tarikh berubah-ubah) itu dakwaan punya side-lah (perlu jawab). Saya tak boleh nak jawab. Siasatan sudah lengkap tapi boleh jadi tarikh (berubah-ubah) kerana kejadian dah lama.
"Bila benda dah lama orang tak ingat tarikh," katanya yang tetap percaya bahawa Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa kerana terdapat bukti mencukupi pada masa itu.
Peguam Negara pada masa itu adalah Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah sementara Peguam Negara sekarang, Tan Sri Gani Patail mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.
Individu yang mendakwa diliwat Anwar dalam kes berkenaan, Azizan Abu Bakar mendakwa kejadian tersebut berlaku di Tivoli Villa, Bangsar.
Namun, ketika tarikh kejadian yang didakwanya itu, kondominium berkenaan masih belum disiapkan.
Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari pertuduhan itu dengan keputusan majoriti pada tahun 2004.
Ambil spesimen darah
Musa turut mengaku bahawa polis mengambil sampel darah Anwar selepas insiden 'mata lebam' – kerana ditumbuk ketua polis negara pada waktu itu, Tan Sri Rahim Noor.
Sampel darah itu digunakannya untuk siasatan dalam kes Liwat 1.
"Darah itu saya ambil kerana masa dia ditangkap (isteri Anwar) Datin Wan Azizah kata polis nak suntik dia dengan darah AIDS. Apabila dia cakap begitu saya kena buat report.
"Kalau betul dia ada AIDS, saya takut polis yang kena tohmah," kata Musa yang mempertahankan bahawa tindakannya itu dibuat mengikut menurut undang-undang dan prosedur.
"Saya pernah gunakan untuk ujian DNA untuk tilam. Saya kena siasat menyeluruh sebab tuduhannya menyeluruh," katanya.
Mahkamah menolak bukti DNA pada tilam tersebut.
Ditanya mengenai siasatan dalam kes mata lebam Anwar, Musa berkata pegawai penyiasat untuk kes tersebut ialah mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Mat Zain Ibrahim.
Mat Zain dalam beberapa siri surat terbukanya akhir-akhir ini giat menimbulkan dakwaan bahawa Musa dan Abdul Gani terlibat menyalahguna kuasa dan memalsukan bukti dalam insiden mata lebam.
Seorang saksi dalam kes tersebut, Dr Abdul Rahman Yusof – yang mengesahkan bahawa mata lebam Anwar mungkin berpunca akibat dipukul diri sendiri – dilantik oleh peguam negara pada masa itu, kata Musa lagi.
Tambahnya, mustahil untuk beliau memalsukan bukti kerana terdapat ramai pegawai polis dalam lokap pada malam kejadian didakwa berlaku.
"Bukan Rahim Noor seorang. Ramli Yusuff (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) pun ada di situ di dalam lokap itu," katanya.
Perbicaraan melibatkan dakwaan pemalsuan bukti dalam kes itu akan berlangsung pada Oktober.
Siaran terdahulu
Bahagian 1: Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat
Bahagian 2: 'Tuduhan berkaitan kongsi gelap untuk burukkan saya'
Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.
Penyampai Radio Free Sarawak ditahan di Sabah
Penyampai Radio Free Sarawak ditahan pagi ini di lapangan terbang Kota Kinabalu ketika cuba mengambil penerbangan ke Miri.Menurut stesen anti ketua menteri Sarawak yang berpangkalan di London itu, Peter John Jaban - yang menggunakan nama Papa Orang Utan - "ditahan, diambil gambar dan difotokopi dokumennya sebelum diiring ke kapal terbang".
"Kami sedang menunggu maklumat kenapa beliau ditahan," kata stesen itu dalam kenyataannya hari ini.
Peter ketika ditahan sedang bercuti dan merancang pulang ke Sarawak bagi menemui anggota keluarga dan merayakan Hari Gawai.
Ali Tinju: KERABAT patut jaga rumah sendiri
Presiden
Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom memberi
amaran kepada Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) yang
mengkritik tindakannya membuat "senaman punggung" di hadapan rumah Datuk
S Ambiga di Bukit Damansara dua minggu lalu.Mohd Ali menyifatkan teguran Presiden KERABAT Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai tanggapan luar biasa terhadap gimik yang dilakukan mereka.
"Saya berterima kasih. Itu hak saya. Hormati hak saya. Tapi saya nak beri amaran pada (presiden KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, jaga rumah beliau, jangan masuk rumah orang," katanya ketika ditemubual Malaysiakini di rumahnya di Puchong.
Kedua-dua NGO untuk pesara tentara itu mempunyai pendirian berbeza dalam pelbagai isu apabila PVTM cenderung kepada kerajaan manakala KERABAT pula dilihat sebaliknya.
Selepas senaman punggung kontroversi sebelum ini, KERABAT tampil menyelar tindakan itu dan menganggapnya bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara.
Sementara itu, Mohd Ali juga terus mengasak KERABAT supaya memberikan penjelasan berhubung laporan yang mengatakan mereka mendakwa tentera disuruh untuk makan daging tidak halal.
"Saya cabar dia supaya jawab pertanyaan saya hari ini. Saya ada rakaman. Dia mengatakan dahulu kita (tentera) di suruh makan daging tidak halal. Siapa yang suruh?" kata Mohd Ali, 41, sambil mendakwa kenyataan itu dibuat di Puchong suatu ketika dahulu.
PVTM pada 5 Oktober lalu dilaporkan sudah menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat dakwaan itu.
Ketua penerangannya Mohd Jurit Ramli berkata, pihaknya pelik mengapa dakwaan itu muncul sekarang dan bukan semasa pemimpin KERABAT masih berkhidmat.
Mohd Ali yang dikenali sebagai Ali Tinju turut mempertikaikan KERABAT yang didakwa tidak menjalankan apa-apa aktiviti di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi membela nasib pesara tentera.
Mahkamah Tinggi kekal pembebasan KP Imigresen
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan pembebasan bekas
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don daripada tuduhan menerima
rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan
kelulusan visa pekerja Bangladesh.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 Oktober 2010, yang melepaskan dan membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu.
Dalam keputusannya, Mohamed Zabidin berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak tersalah arah dalam membuat keputusan tersebut.
"Saya setuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Rayuan ditolak dan keputusan dikekalkan," katanya.
Pada 15 Oktober 2010, Hakim Mahkamah Sesyen Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Wahid, 59, didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.
Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, pada pukul 10.15 malam hari berkenaan.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Ogos 2009, pihak pendakwaan telah memanggil 40 saksi termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, Low dan beberapa ejen pekerja asing.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mendengar keputusan hakim, Wahid menyatakan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa manakala Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambaram.
- Bernama
Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.
Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.Pengantin yang baru
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 Oktober 2010, yang melepaskan dan membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu.
Dalam keputusannya, Mohamed Zabidin berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak tersalah arah dalam membuat keputusan tersebut.
"Saya setuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Rayuan ditolak dan keputusan dikekalkan," katanya.
Pada 15 Oktober 2010, Hakim Mahkamah Sesyen Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Wahid, 59, didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.
Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, pada pukul 10.15 malam hari berkenaan.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Ogos 2009, pihak pendakwaan telah memanggil 40 saksi termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, Low dan beberapa ejen pekerja asing.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mendengar keputusan hakim, Wahid menyatakan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa manakala Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambaram.
- Bernama
Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan
Mahkaman
memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina
almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.
Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.Pengantin yang baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan