Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu
Harakahdaily, | 13 Mei 2012 |
KULAI, 13 Mei: Ungkapan
‘haram jadah’ yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah
terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana
Menteri.
Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.
Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.
“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.
Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda.
Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.
Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.
Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.
Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.
Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.
Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.
Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?
Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.
Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.
Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.
Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat.
Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
PULAU PINANG:
PAS Pulau Pinang telah memutuskan untuk mencadangkan kepada PAS Pusat
untuk bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua Parlimen di
Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.
Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Dewan Harian, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
baru-baru ini.
Perkara ini diumumkan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Bukhori Hj Ghazali dalam satu kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.
Kawasan yang telah diputuskan bahawa PAS akan bertanding (mewakili Pakatan Rakyat) adalah Bayan Lepas, Sungai Acheh, Sungai Dua, Permatang Pasir, Penaga dan Permatang Berangan.
PAS Pulau Pinang juga akan berbincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan
beberapa lagi kerusi DUN tambahan; sesuai dengan semangat toleransi yang telah dipupuk selama ini, katanya.
Justeru itu, tegas beliau, semua jentera-jentera MTD yang berkaitan diminta untuk menggandakan gerakerja-gerakerja
bagi memantapkan pengurusan dan meningkatkan momentum.
"PAS Pulau Pinang juga bertekad untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dalam konteks pengukuhan
dan keutuhan Pakatan Rakyat Pulau Pinang," jelas beliau.
dan banyaaaaaaak lagi....
Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.
Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini... Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.
Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli
Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli. Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis...
Semasa ketibaan presiden Umno,Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia)
Blogger-blogger Umno dengan malu-malu kucing terpaksa menyiarkan juga gambar dan cerita yang hanya menyedapkan hati mereka sendiri... kononnya yang hadir lebih 100 ribu orang...apabila dicampur kerusi berwarna merah... kih kih kih...
Alahai Lokman... Exco pemuda sambut Najib pegang bendera dengan berlatarbelakangkan kerusi-kerusi kosong... hmmmmmmmmm
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Artikel blog bergambar daripada http://darisungaiderhaka.blogspot.com
untuk sambutan hambar di Kuantan buat program Perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak adalah artikel paling popular di Facebook dan Twitter
Harakahdaily bagi minggu ke-19.
Di tangga kedua juga ialah artikel blog bergambar daripada http://ghaflah.blogspot.com menunjukkan bagaimana Ustaz Azhar Idris menyantuni Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika berjumpa.
Di tangga ketiga, juga adalah sebuah artikel yang dipetik daripada blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com yang menceritakan mengenai komen Nik Aziz terhadap tuduhan bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggelarnya ‘father of kafir.’
Ulasan berita mengenai sisteri siapa yang membuat tajuk berita yang menfitnah Nik Aziz sebagai ‘father of kafir’ selepas Rahim membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah membuat gelaran tersebut ketika bercakap dengan wartawan News Straits Times (NST) yang menemubualnya menduduki tangga ke keempat.
Di tangga kelima ialah berita mengenai bidasan Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman terhadap gelaran ‘Haram Jadah’ yang digunakan oleh Najib ketika mengumumkan durian runtuh untuk warga Felda minggu lepas.
"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.
Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.
"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.
"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 6 Mei hingga 12 Mei, 2012.
Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.
Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.
“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.
Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda.
Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.
7 sebab Umno/BN sudah tidak layak perintah negara
Idris Ahmad, | 13 Mei 2012 |
Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.
Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.
Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.
Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.
Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.
Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?
Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.
Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.
Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.
Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat.
Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
PAS tanding 6 kerusi Dun Pulau Pinang
Harakahdaily, | 13 Mei 2012 |
Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Dewan Harian, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang
baru-baru ini.
Perkara ini diumumkan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Bukhori Hj Ghazali dalam satu kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.
Kawasan yang telah diputuskan bahawa PAS akan bertanding (mewakili Pakatan Rakyat) adalah Bayan Lepas, Sungai Acheh, Sungai Dua, Permatang Pasir, Penaga dan Permatang Berangan.
PAS Pulau Pinang juga akan berbincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan
beberapa lagi kerusi DUN tambahan; sesuai dengan semangat toleransi yang telah dipupuk selama ini, katanya.
Justeru itu, tegas beliau, semua jentera-jentera MTD yang berkaitan diminta untuk menggandakan gerakerja-gerakerja
bagi memantapkan pengurusan dan meningkatkan momentum.
"PAS Pulau Pinang juga bertekad untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dalam konteks pengukuhan
dan keutuhan Pakatan Rakyat Pulau Pinang," jelas beliau.
Aduh NAJIB..PR kumpul di stadium mcm ceramah biasa je...
http://www.tranungkite.net, | 13 Mei 2012 |
dan banyaaaaaaak lagi....
Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...
http://reformisanakmuda.blogspot.com, | 12 Mei 2012 |
Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.
Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini... Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.
Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli
Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli. Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis...
Semasa ketibaan presiden Umno,Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia)
Blogger-blogger Umno dengan malu-malu kucing terpaksa menyiarkan juga gambar dan cerita yang hanya menyedapkan hati mereka sendiri... kononnya yang hadir lebih 100 ribu orang...apabila dicampur kerusi berwarna merah... kih kih kih...
Banyak kerusi kosong |
Alahai Lokman... Exco pemuda sambut Najib pegang bendera dengan berlatarbelakangkan kerusi-kerusi kosong... hmmmmmmmmm
Najib disambut hambar di Kuantan terhangat
Harakahdaily, | 13 Mei 2012 |
Di tangga kedua juga ialah artikel blog bergambar daripada http://ghaflah.blogspot.com menunjukkan bagaimana Ustaz Azhar Idris menyantuni Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika berjumpa.
Di tangga ketiga, juga adalah sebuah artikel yang dipetik daripada blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com yang menceritakan mengenai komen Nik Aziz terhadap tuduhan bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggelarnya ‘father of kafir.’
Ulasan berita mengenai sisteri siapa yang membuat tajuk berita yang menfitnah Nik Aziz sebagai ‘father of kafir’ selepas Rahim membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah membuat gelaran tersebut ketika bercakap dengan wartawan News Straits Times (NST) yang menemubualnya menduduki tangga ke keempat.
Di tangga kelima ialah berita mengenai bidasan Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman terhadap gelaran ‘Haram Jadah’ yang digunakan oleh Najib ketika mengumumkan durian runtuh untuk warga Felda minggu lepas.
"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.
Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.
"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.
"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 6 Mei hingga 12 Mei, 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan