Isnin, 28 Mei 2012

BAGI JANGAN TAK BAGI...BAGI BANYAK SIKIT...DUIT RAKYAT BUKAN DUIT SAPE2 PUN...ADA PIHAK YANG DAH BELASAH DUIT RAKYAT...IA KAYA DAN MEWAH HIDUP...HALAL TAK HALAL AKHIRAT BARU KITA TAU...TAK HALAL MASUK NERAKA LAH....KAKITANGAN BAGI RUMAH...DAN BAYAR IKUT MAMPU...BUANG SEGALA FAEDAH YANG DIKENAKAN... KALAU BERI SIKIT NAMPAK MACAM ADA UDANG SEBALIK BATU...RAKYAT DAH PANDAI MENILAI...RAKYAT DAH TAHU SAPE DIA PENYAMAUN TARBUS....

Najib: Demonstrasi 'baling pasir dalam periuk nasi' penjaja
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:09PM Mei 27 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar golongan yang mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara sebagai "membaling pasir dalam periuk nasi" penjaja dan peniaga kecil.

Walaupun beliau tidak merujuk secara khusus kepada perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan hujung bulan lalu, Najib dipercayai merujuk kepada gabungan NGO tersebut yang didakwanya menyebabkan penjaja mengalami kerugian sehingga "jutaan ringgit."

"Siapa yang membaling pasir dalam periuk nasi tuan-tuan. Jawab... Tidak kisah (nasib) penjaja, peniaga merana.

"Sudahlah hujan tak boleh berniaga, beli mi, sayur, tak kira ratusan biji telur lagi... Ini angkara yang dibuat oleh manusia... jutaan ringgit rugi kepada penjaja dan peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 8,000 hadirin yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka malam ini.

Menurutnya lagi, perkara tersebut tidak akan berlaku jika pihak yang menganjurkan demonstrasi jalanan itu "menerima nasihat" kerajaan untuk mengadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

"Tetapi jangan ganggu golongan ini. Rakyat seperti ini, yang sepatutnya dibela oleh kita.

"Janganlah kita membaling pasir ke dalam periuk nasi mereka", katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Dalam ucapannya juga, Najib turut menyatakan tindakan peniaga yang berhimpun secara "aman, tertib dan beradab" malam ini sebagai satu isyarat bahawa "kekuatan peniaga kecil dan penjaga tidak dapat disangkal" lagi.

"Isyarat peniaga kecil dan penjaja (malam ini) adalah cukup hebat dan perlu diberi pengiktirafan.

"Kalau kita nak demonstrasi jalan, huru hara boleh atau tidak," katanya sambil diiringi dengan laungan "boleh" oleh pada hadirin.

"Tetapi peniaga kecil dan penjaja tetap menghormati undang-undang. Kita mahu menunjukkan imej baik bahawa kita inginkan keamanan, keharmonian dan berhimpun secara aman," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Perhimpunan malam ini, kata Najib, memberi isyarat jelas bahawa kumpulan tersebut merupakan satu masyarakat penting dalam masyarakat untuk memenuhi kesejahteraan rakyat dan penyumbang ekonomi serta menentukan hala tuju negara.
BR1M pusingan kedua?
RISWANDI RAZAK & NORHASPIDA YATIM
28 Mei 2012
Abdul Rahman Dahlan
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, demikian pandangan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini.

“Saya menyambut baik cadangan itu dan amat setuju sekiranya ia diadakan kali kedua kerana jumlah yang dibelanjakan kerajaan untuk memberi bantuan itu tidak begitu tinggi berbanding subsidi-subsidi lain," kata beliau kepada Sinar Harian.

“Kita akan usahakan perkara ini. Rakan-rakan saya dalam BNBBC akan menyuarakan pandangan itu.

"Kita yakin rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 akan menikmati BR1M untuk kali kedua,” katanya.

Awal semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, pemberian BR1M kali kedua itu bukan bertujuan untuk meraih undi, sebaliknya mahu membantu meringankan beban rakyat terutama menjelang musim perayaan.

“Saya rasa, waktu yang paling sesuai untuk pemberian BR1M kali kedua ini adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri kerana kita faham, pada waktu kebanyakan masyarakat akan berbelanja lebih untuk membeli keperluan harian dan membuat persediaan menyambut perayaan.

“BR1M perlu ada kesinambungan, paling tidak, dua kali setahun supaya rakyat boleh merasa dan menghargai subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan pemberian BR1M kali kedua oleh Presiden MCA itu.

Walaupun begitu, katanya, kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dana atau sumber sedia ada sebelum melaksanakan pemberian BR1M kali kedua.

Menurut Idris, pelaksanaan ini perlu penelitian terperinci termasuk bagaimana kerajaan menampung semula kos perbelanjaan tersebut.

“Kita akui pemberian BR1M ini sememangnya disukai oleh golongan sasaran, namun, kita perlu ukur terlebih dahulu keupayaan kerajaan kerana ini melibatkan dana yang besar.

“Walau bagaimanapun, saya berpendapat biarlah kerajaan yang menentukan sama ada wajar atau tidak ia dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, syor agar kerajaan memperluaskan BR1M khususnya kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang terlepas di bawah kriteria lama pernah dibawa ke mesyuarat badan itu.

“Memang ada cadangan berkenaan, tetapi cadangan itu meminta agar kerajaan mempertimbangkan pemberian BR1M kepada kumpulan sasaran yang tidak tergolong dalam kriteria sebelum ini, pendapatan seisi keluarga RM3,000 dan anggota keluarga yang tidak tertakluk
kepada pemberian baucar RM100, RM200 dan sebagainya,” katanya.

Mengambil kira aspek itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, kerajaan wajar mengkaji dan memberi keutamaan kepada mereka.

“Bermakna kita memperluaskan bantuan kepada kumpulan yang memerlukannya, kumpulan sasaran yang tidak mendapat apa-apa setakat ini,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Temerloh ini yakin Perdana Menteri akan memberi pertimbangan agar mereka juga menikmati BR1M peringkat kedua.
MCA usul beri BR1M kedua
SYAIRI SHAARI
28 Mei 2012
Soi Lek (tengah) bersama wakil NGO, semalam.
Soi Lek (tengah) bersama wakil NGO, semalam.
WANGSA MAJU - Kejayaan kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat baru-baru ini, perlu diteruskan dalam membantu golongan berpendapatan rendah.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi lek berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan itu supaya BR1M diteruskan untuk kali kedua tahun ini.

Menurutnya, berdasarkan hasil pendapatan negara dilaporkan meningkat, adalah tidak mustahil BR1M kali kedua dapat disalurkan sekali lagi kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

“Saya percaya kerajaan berupaya melaksanakannya sekali lagi tahun ini jika dilihat hasil pendapatan negara yang meningkat.

“Pemberian ini amatlah penting kepada rakyat apabila dilihat dari sudut keperluan rakyat seperti persiapan sekolah dan perayaan yang bakal akan disambut,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu menghadiri Majlis Jamuan Tengahari Bersama Presiden MCA anjuran MCA Bahagian Wangsa Maju dan Pusat Khidmat Rakyat, Datuk Yew Teong Look di Wangsa Maju, semalam.

Pada majlis itu, 50 pertubuhanbukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju hadir pada majlis tersebut.

Katanya, pemberian ini tidak semestinya diberi dalam tempoh terdekat, tetapi boleh dilaksanakan sebelum 2012 berakhir.

Dalam perkembangan sama, Soi Lek berkata, selain pemberianBR1M kali kedua, MCA juga mahu Kerajaan Persekutuan turut mempertimbangkan subsidi untuk pengangkutan kepada murid dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

“Mereka yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah ini adalah dari keluarga berpendapatan rendah dan saya berharap isu yang pernah dibangkitkan oleh MCA sebelum ini dapat dipertimbangkan sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, Soi Lek turut mengingatkan ahli parti BN akan terus menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, ahli parti haruslah menyatakan sokongan tidak kira siapa calon diberi kepercayaan dan bersatu padu sebagai sebuah pasukan dalam PRU nanti.

“Tidak kira calon BN itu terdiri dari Umno, MCA atau MIC, parti harus berdiri teguh belakang calon tersebut bagi memastikan kemenangan mutlak BN.

“Walaupun Perdana Menteri belum membuat keputusan muktamad siapa calon BN, namun parti perlu yakin bahawa calon itu nanti adalah calon boleh menang untuk meneruskan survival politik BN,” katanya.

Mengulas calon di kerusi Parlimen Wangsa Maju, beliau berkata, secara tradisi kerusi Parlimen ini diwakili MCA.

Secara sinis, katanya, MCA tidak pernah ada niat merebut kerusi di kawasan lain, tetapi berharap tiada pihak lain yang akan ganggu kerusi Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini kerusi MCA.
Nurul Izzah serah video serang ceramah Anwar
Wartawan Sinar Harian
28 Mei 2012
Nurul Izzah Anwar
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, menyerahkan rakaman video kekecohan semasa ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Khamis lalu, kepada polis.

Naib Presiden PKR itu berbuat demikian ketika membuat laporan di Balai Polis Pantai, Jumaat lalu.

"Saya menyerahkan dua pautan video yang disiarkan portal berita menunjukkan provokasi yang dimulakan Umno.

"Dengan penyerahan itu, saya harap dapat membantu polis menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang warga emas cedera di kepala terkena objek keras dan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun patah tangan terkena bata ketika berada dekat kawasan ceramah itu.
Bersih 3.0 bukan Arab Spring
Saifuddin Abdullah
28 Mei 2012
Perhimpunan Bersih 3.0 telah sebulan berlalu. Tetapi, perbincangan tentangnya masih hangat, seolah-olah ia berlaku semalam. Saya tidak menyokong Bersih 3.0. Tetapi, saya tidak memandangnya dengan sebelah mata sahaja.

Saya juga tidak menyokong Bersih 2.0. Tetapi, saya bersetuju dengan banyak daripada tuntutannya. Kerana itu, saya amat teruja apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya (JPP) ditubuhkan.

Apalagi, kerana ia dibentuk secara bi-partisan antara Ahli Parlimen BN dan PR. Laporan JPP meluluskan 18 daripada 22 syor jawatankuasa.

Meskipun terkilan kerana ia tidak mempunyai peta jalan yang jelas tentang apa yang akan dilaksanakan secara segera, jangka sederhana dan jangka panjang, namun ia tetap merupakan satu dokumen yang perlu diterima baik.

Apabila Bersih 3.0 diumumkan sebaik sahaja laporan JPP diluluskan Dewan Rakyat, saya menyatakan bahawa penganjurnya terburu-buru. Sepatutnya, berilah peluang untuk laporan JPP itu mula dilaksanakan terlebih dahulu.

Namun, kehadiran Bersih 3.0 lebih besar daripada Bersih 2.0. Ia lebih multi-kaum. Belia, termasuk mahasiswa, begitu ramai. Lebih menarik ialah penyertaan golongan kelas menengah.

Dalam konteks ini, penyelidikan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tentang PRU13 adalah relevan.

Menurutnya, 49 peratus pengundi telah membuat keputusan akan mengundi BN, 21 peratus akan mengundi PR, manakala 30 peratus belum membuat keputusan (atas pagar).

Sebahagian daripada pengundi atas pagar ialah belia/mahasiswa dan kelas menengah. Ada dalam kalangan mereka menyertai Bersih 3.0. Penyelidikan itu dibuat sebelum itu. Bagaimanakah kedudukannya kini?

Kita perlu sedaya upaya mempunyai pandangan yang benar dan adil terhadap Bersih 3.0. Oleh itu, wajar meneliti pelbagai video, tulisan, maklum balas dan post mortem daripada pelbagai sumber, termasuk daripada pihak yang tidak sealiran dengan kita.

Terdapat ramai yang menyertainya kerana objektif yang tiada kaitan dengan manamana parti politik. Objektif mereka pelbagai. Tidak terhad hanya kepada soal sistem pilihan raya sahaja. Ada objektif lain, seperti PTPTN dan Lynas.

Ada beza antara majoriti menyertainya secara aman dengan segelintir yang menimbulkan insiden tidak diingini. Ada beza antara majoriti anggota polis yang menjalankan tugas dengan profesional dengan segelintir yang berlaku aneh, misalnya, terhadap orang media.

Saya mengalu-alukan resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia. Begitu juga langkah Suhakam untuk mengadakan pendengaran awam.

Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Jauh sekali kalau ia dianggap seakan-akan Arab Spring. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Arab Spring tidak wujud di sini.

Kalaupun ada yang hendak dibandingkan, maka, ia mungkin berupa sedikit elemen anti-Marcos atau, yang terdekat, anti-Suharto. Tetapi, pokoknya bukan Arab Spring.

Pada masa sama, Datuk Ambiga Pengerusi Bersih amat kecil jika dibandingkan dengan Aung Sang Suu kyi. Tetapi, kalau langkah mengurung Aung Sang Suu Kyi di dalam rumah menjadikannya idola antarabangsa, maka, saya waspada melihat langkah mengepung rumah Ambiga dengan aktivitiaktiviti tertentu itu.

Bersih 3.0 bukan Arab Spring. Bukan juga anti-Marcos atau anti- Suharto atau pro-Aung San Suu Kyi. Tetapi, ini tidak bermakna kita boleh memperlakukannya sesuka hati. Sebaliknya, kita perlu berhatihati. Kerana kita tidak mahu ada pihak yang menyimpan di dalam hati.

Bersih 2.0: SPR perlu dengar suara rakyat
Nurul Aini Mohamed Ali
28 Mei 2012
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Pilihan  Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi pilihan raya yang paling kotor jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar pengundi sebelum pilihan raya umum.
Sehubungan itu, Bersih 2.0 mahu SPR menerima hasil kajian kendalian firma pungutan suara Merdeka Center berkaitan dengan proses pilihan raya dan daftar pemilih, yang selari dengan tuntutan pihaknya.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center mendapati 92 peratus daripada pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus yakin dengan proses pilihan raya di Malaysia.
Seramai 48 peratus responden bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan terdapat pengundi yang meragukan seperti warga asing, pengundi yang berpindah tanpa pengetahuan dan individu yang memiliki idendtiti lebih daripada satu.
“SPR perlu mendengar suara hati para pengundi. Walaupun nisbah ini kecil ia tetap menjadi suara dan pendapat rakyat berhubung isu ini,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Sehubungan itu tegas beliau, SPR perlu membersihkan senarai daftar pemilih dengan segera sebelum PRU13.
Tambah beliau, rakyat kini mula faham dan ini menunjukkan para pengundi inginkan sistem pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan menjelang PRU13.
“SPR perlu dengar suara rakyat. Tidak kira pendapat apa sekalipun,” katanya.
Kata beliau, pihaknya tidak menolak penemuan kajian tersebut kerana ia merupakan pendapat dan suara hati rakyat Malaysia.
Bagaimanapun SPR menolak hasil kajian tersebut dengan alasan sampel yang digunakan terlalu kecil untuk mewakili semua rakyat Malaysia.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau yakin yang para pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum.
Selain itu, kajian Merdeka Center juga menunjukkan hanya satu pertiga pengundi berdaftar mendapati Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berkenaan Penambahbaikan Pilihan Raya  satu usaha yang ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.
Seramai 43 peratus merasakan bahawa pembentukan PSC hanya usaha untuk menutup atau mengalihkan pandangan rakyat. Baki 20 peratus responden pula tidak pasti dengan pendirian mereka.
Hasan Ali: 4 negeri sasaran murtad
AMRAN ALI
27 Mei 2012
Hasan Ali: 4 negeri sasaran murtad
Dr Hassan Ali (empat, kiri) bersama pemimpin NGO dan pemimpin negeri pada program Himpun di MITC, Ayer Keroh, hari ini.
AYER KEROH - Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

“Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka.
Ramai kakitangan awam tidak mampu miliki rumah sendiri

27 Mei 2012
logo cuepacs
Cuepacs
MACHANG - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). – Bernama

Tiada ulasan: