Rabu, 16 Mei 2012

BERSIH DARI DOSA...BERSIH DARI MENIPU...BERSIH DARI SYIRIK..BERSIH DARI RASUAH...BERSIH DARI MAKSIAT...MEMANG TUNTUTAN ISLAM...SURUHAN ALLAH...KITA KENA FAHAM...SEGALA KEJAHATAN DAN MUNGKAR KITA DIDUNIA TAK KAN LEPAS...HUKUMANNYA TETAP ADA...

UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula

http://aspanaliasnet.blogspot.com, 16 Mei 2012
Saya berasa geli hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris dihadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot kepada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.

Kemasukkan saya kedalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya.

Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan kepada bontot dan punggung.

Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan didunia ini, Malaysia lah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimana kah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini.

Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamaddun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyor didunia ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bangkrap politiknya.

Tidak beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng.  Apabila politik BN sudah sampai ketahap ini, bagaimana setengah pemimpin UMNO masih mengaku yang parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu.

Mengapa UMNO sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup dizaman ini melakukan ‘exercise punggung’ dihadapan rumah Ambiga itu?

Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikan itu. Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bangkrap dan saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua.  Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka.

UMNO memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya.

Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan  ada lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi.

Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya.

Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya.

Awas PR...Jerat sedang dan akan dipasang..

http://www.tranungkite.net, 16 Mei 2012
Teringat pilihanraya tahun berapa, billboard di seluruh negara memaparkan insiden keganasan lokal.

Secara saikologinya dilihat pihak pembangkang adalah pembawa kemusnahan dan kekacauan. Semua media pula memainkan rentak lagu yang sama. Dalam PRU tersebut pembangkang kecundang.

Kini pilihanraya datang lagi.

Jika diteliti, dapat dihidu jerat provokasi mula dipasang secara terancang.

Semuanya bermula apabila Najib bersumpah akan  "mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir".

Perhimpunan aman BERSIH 3.0 telah dimanipulasikan sehingga timbul skrip "keganasan" penentang kerajaan. Insiden kereta polis diterbalik diambil cantik dan dijadikan modal cerita yang diulang-ulang (mungkin menjadi poster billboard sempena PRU 13).

Yang mengejar polis pun polis juga.
Yang membaling polis pun polis juga.
Yang meloncat atas kereta polis pun dikatakan polis.
Berbagai insiden "keganasan" dirakam dan disebarkan.
BERSIH 3.0 cuba disabotaj agar menjadi senjata makan tuan.


Melihatkan "rasuah" bertopengkan transformasi menjadi-jadi, perancangan rapi SPR dengan serba satu dalih serta pertambahan pengundi ratusan ribu di Selangor dan juga episod provokasi terancang menggambarkan ada tindakan yang lebih besar yang sedang dirancang.

PR mesti peka, jangan leka dan kena sangat berhati-hati. Gelombang provokasi akan datang lagi dan lagi, mencabar kesabaran dan mentaliti.

Yang paling rumit jika PR dan penyokongnya tidak terlibat langsung dalam episod fitnah-fitnah politik BN.

Contoh:

BN memasang bendera dengan meriah dan megah berderetan. Tiba-tiba muncul "gerombolan" berbaju kuning berbendera DAP, PAS dan PKR datang merentap ganas membuang bendera2 BN sambil memaki hamun BN... semua dirakam dan diyoutubekan dan disebar dalam media.

BERSIH 4.0?

Pasti mendapat sambutan lebih besar tetapi risikonya lebih besar. skrip perangkap yang dirancang mesti lebih tragis. Mahunya ada polis yang dikambinghitam disembelih "wira" berbaju kuning.

Strategi mesti diubah.

Setiap negeri Pakatan mengadakan rally besar2an di stadium masing2. Padatkan Stadium Shah Alam sampai melimpah ruah. Sebarkan gambar2 di youtube, fb, blog, dan semua media yang ada. Panggil aljazeera dan semua media luar negara membuat liputan.

Gemakan serentak slogan2 gemuruh..satukan setiap pecinta keadilan dan kedamaian.

Satukan gema bunyi kompang, gendang Cina dan tabla India. Rakam dan rakam serta sebar dan sebar.

Dan ingatkan semua hadirin agar semua memberi sumbangan ke arah sebuah sejarah Malaysia Baru. Semua akan berkempen senyap-senyap, bergerak dengan satu tujuan.

Bersatu hati bekerja seperti anai-anai meruntuhkan sebuah rumah.
Jika kita cuba menjadi kala jengking, pasti hancur dipijak dan dilenyek.

Apabila lembu tunjuk punggung kepada Ambiga…

http://inimajalah.com.my, 15 Mei 2012
By On 15/05/2012 · Add Comment
Penulis berasa teruja untuk membuka satu pautan artikel yang ditemui di Google semata-mata kerana tajuknya – Lembu tunjuk punggung depan rumah Ambiga…

Foto hiasan.

Penulis berasa terkejut dan kurang percaya, tetapi masih mahu tahu kalau-kalau memang benar ada lembu beraksi songsang terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Ini kerana baru-baru ini ada sekumpulan manusia beraksi songsang menjual burger di kawasan yang tidak biasa bagi aktiviti sebegitu dilakukan di situ.

Setelah membuka pautan berkenaan baru penulis tahu dan faham – apa yang dimaksudkan sebagai lembu ialah sekumpulan manusia yang mendakwa bekas askar, melakukan ‘senaman punggung’ (mungkin sejenis senaman baru yang hanya digemari segelintir manusia) di hadapan rumah Ambiga sebagai bantahan terhadap pemimpin Bersih itu.

Rupa-rupanya aksi songsang ini mendapat perhatian ramai komuniti online negara ini.  Tinjauan inimajalah.com mendapati ia menerima tumpuan ramai di pelbagai forum, blog dan laman sosial Facebook.

Bukan kerana ia sesuatu yang membanggakan, sebaliknya rata-rata majoriti komuniti online menganggap ia perbuatan songsang dan memualkan.

Seperti komen ringkas seorang pelawat blog arituarini.blogspot.com yang hanya dikenali sebagai Logorithm, ia adalah satu “tindakan bodoh yang kebudak-budakan…”.

Ternyata, perbuatan songsang terbaru ini adalah satu lagi babak ‘politik bodoh lawan politik cerdik’. – inimajalah.com
Najib: Video bukti 'Sepetang Bersama PM' berjalan lancar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan dua tiga orang cuba berbuat bising semasa majlis pertemuan beliau dengan rakyat Malaysia di London kelmarin tidak mencemarkan majlis tersebut.
 
"Ia tidak menganggu saya dan suasana dapat dikawal selepas dua tiga minit. Kita akan menayangkan (rakaman) video mengenai majlis tersebut secara keseluruhan," katanya pada pemberita Malaysia di London semalam.
  
Beliau berkata tindakan untuk menayangkan rakaman video itu diambil kerana kemungkinan ada pihak yang akan cuba memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara itu.
  
"Jadi kita terpaksa membetulkan, hakikat apa yang telah berlaku dan ramai yang hadir semalam termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong,” katanya.
   
Adalah difahamkan rakaman video itu akan dimuatnaik ke dalam blog 1Malaysia.
  
Semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang dihadiri 1,500 orang kelmarin, dua tiga orang muncul pada majlis tersebut dan berbuat bising.
  
Najib berkata sejumlah besar tetamu di majlis itu begitu mesra dengan beliau, mereka bersalaman dengannya sambil memberi kata-kata perangsang serta ramai yang meminta bergambar bersamanya.
  
"Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh dua tiga orang itu tidak mencemar majlis tersebut, ia telahpun diduga. Akibat limpahan daripada demonstrasi BERSIH 3.0 baru-baru ini, sudah tentu mereka akan mengambil kesempatan eksploit kehadiran saya bagi kepentingan mereka sendiri," katanya.
  
Beliau berkata sebahagian besar rakyat Malaysia cintakan keamanan dan tidak suka kepada kekacauan. Mereka menghormati prinsip keluhuran undang-undang.
  
"Ini dapat dilihat apabila saya berbual dengan mereka yang hadir, bukan sahaja apa yang mereka luahkan begitu positif, tetapi juga telah menerpa ke hadapan untuk bergambar dengan saya," katanya.

Tetapi seperti biasa, katanya, ada segelintir yang kecil yang cuba "hijack" untuk tujuan tertentu.
  
"Ini adalah kes di mana sekumpulan minoriti kecil cuba dominate keadaan dan suasana. Sebab itu sebagai kumpulan majoriti kita tidak boleh membenarkan perkara ini dan kita tidak akan rasa tertekan dalam perkara ini," tambahnya.
  
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. Perdana Menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles, untuk menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford pada petang ini.

- Bernama
Datuk Bandar elak soalan demo anti-BERSIH
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Fuad Ismail mengelak apabila ditanya mengenai tindakan NGO yang semakin giat mengadakan demonstrasi di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

Ahmad Fuad pantas mengalih persoalan itu kepada isu sampah yang terhasil ekoran perhimpunan 28 April itu, apabila soalan berkenaan dikemukakan kepadanya dalam sidang media hari ini.

Beliau yang sebelum ini giat membuat kenyataan berhubung larangan membuat perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, ditanya berhubung demonstrasi oleh kumpulan anti-BERSIH itu.

Ahmad Fuad, tanpa memberi peluang kepada wartawan untuk mengemukakan soalan itu sepenuhnya, berkata atas sebab perhimpunan BERSIH itulah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menyerahkan lori sampah kepada kontraktor untuk membersihkan lagi kawasan terbabit.

"Yang lori tadi memang hendak membersihkan lagi lah. Banyak sangat kekotoran, sebab tu kita bagi lori," katanya.
Beliau juga ditanya sekiranya penjaja yang berniaga di tepi jalan perlu memohon permit.
Ahmad Fuad berkata "tak payah jawablah."

"Macam saya tanya dulu. Dia orang, masa BERSIH saya kata jangan buat macam tu (berhimpun) tapi dia orang tak nak dengar cakap saya... (soalan) lain?," katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan majlis penyerahan 31 buah jentera sampah kepada kontraktor bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, di bangunan DBKL pagi ini.

Tiada ulasan: