Rabu, 23 Mei 2012

CUBA DULU...CUBA TRY....BARU TAHU BOLEH BERLAKU APA YANG DIJANJIKAN...NI TAK CUBA....KALAU TAK BERLAKU...LAIN KALI PAYAHLAH...YANG ADA NI DAH TAHU STLYE@CARANYA...UNTUNG DULU KRONI2NYA....BERMEWAH2....MELINDUNGI KAUM KERABAT DAN KRONI....MACAM TAK FAHAM PULAK...AKHIRAT KITA TENGOK HUKUMAN ALLAH BERI KEPADA MEREKA INI....MATI TETAP MATI...TUA TETAP TUA KALAU TAK MATI MUDA...DIBANGKIT TETAP DIBANGKITKAN...TENGOKLAH MASUK NERAKA ATAU SYURGA...KALAU DIDUNIA BUAT TIPU2...ZALIM2...BUAT2 MAKSIAT...NERAKALAH JAWABNYA...

Najib-Anwar perlu debat sebelum PRU13
NURULFATIHA MUAH
22 Mei 2012
debat sinar terkini
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli.
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.
Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.
"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.
Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.
Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi".
Pagi tadi, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat secara umum mengenai pilihan raya bersih dan adil.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbicaraan atas pertuduhan menyertai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Dalam sesi debat itu, Maszlee yang juga moderator program berkata, dakwaan yang menyatakan debat merupakan budaya barat dan tidak sesuai dengan budaya di negara ini, disifatkan sebagai penghinaan kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, debat adalah penghargaan kepada akal fikiran dan cara rakyat berfikir dalam usaha mewujudkan politik matang dan bertamadun.
"Debat hanya untuk pertahankan idea dan memastikan idea yang dilontarkan itu dicabar. Bukan seperti 'satu suara' seperti dalam ceramah.
"Ini adalah medium untuk didik rakyat di peringkat permulaan dan diharapkan ia akan jadi politik baru selepas ini," katanya.
Maszlee berkata, untuk mewujudkan politik matang dan bertamadun, rakyat memerlukan maklumat  adil serta saksama dalam membuat pilihan tepat ketika mengundi.
Menurutnya, demokrasi bukan sekadar buang undi semata-mata, sebaliknya ia lebih kepada bagaimana undian boleh dijalankan, berdasarkan keadilan maklumat.
"Media perlu beri ruang demokrasi yang adil, bukan setakat beri pendapat tanpa pembelaan. Ini yang dikatakan politik baru," katanya.
Dalam pada itu, pada pusingan kedua, Maszlee memuji penonton yang juga penyokong dua panel debat; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kerana bersikap tenang sepanjang program berlangsung.
Bagaimanapun suasana 'hangat' ketika sesi soal jawab dengan penyokong dan sesi penggulungan.
Ada di antara penyokong bersorak ketika pemimpin masing-masing berhujah.
Terdapat juga penyokong yang 'bising' ketika hujah diutarakan tidak menjawab soalan, namun terkawal kerana Maszlee bijak mengawal situasi tersebut
Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan
Datuk Abdul Jalil Ali menyambut kedatangan Rafizi Ramli - Gambar
SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan  menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti  yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin  mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang  dan itu pastinya tidak  mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini  dibiayai oleh kerajaan persekutuan,  bukan kerajaan negeri.

“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang)  dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita  bermasalah kerana  mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada  Barisan Nasional,” katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT,  beliau membidas hujah Khairy dengan berkata,  sebenarnya  kos pembinaan sesebuah IPT  tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan ‘atas angin’.
Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
23 Mei 2012
Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma
Khairy Jamaluddin bersalam dengan Rafizi Ramli sebelum Debat Sinar Harian di Auditorium
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, malam ini.
SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa. "Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti," katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera.
'Saya tiada hubungan politik dengan Anwar'

22 Mei 2012
Yusof: Saya tiada hubungan politik dengan Anwar
Bekas Peguam Cara Negara, Mohd Yusuf Zainal Abiden
KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang kini membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April, berkata beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional.

"Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas kehadiran mengejut beliau di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai anggota pasukan pembelaan Anwar.

Mohamed Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu, berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar.

Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Mohamed Yusof, yang bersara Februari lepas, berkata Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam semalam, dan beliau tidak teragak-agak menyertai pembelaan.
 
Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mohamed Yusof berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut lewat malam semalam, dan mengalu-alukan kedatangan Mohamed Yusof dalam pembelaan.

Anwar pula, ketika dihubungi, berkata langkah itu diambil kerana Mohamed Yusof arif tentang undang-undang.

"Saya menghubunginya selepas mendapat maklumat beliau sudah bersedia menyertai pembelaan," katanya. - Bernama

DARI FACEBOOK
SAUDARA RAFIZI TIDAK MEMBANGKITKAN KESAH KECURANGAN UMNO / BN DALAM MENJARAH WANG RAKYAT KETIKA PERDEBATAN BELIAU BERSAMA KHAIRY JAMALUDIN SEBENTAR TADI MUNGKIN KERANA INGIN MENJAGA AIR MUKA KHAIRY JAMALUDIN SELAKU KETUA PEMUDA UMNO...

TAPI DALAM FB INI MARI KITA BONGKARKAN SEMUANYA...

SEBAGAI PENYOKONG PEMBANGKANG YG BERPENDIDIKAN TINGGI..

MARI KITA SEMUA KAJI....

DIMANAKAH LOGIKNYA PENGHAPUSAN PTPTN SERTA MEMBERI PENDIDIKAN PERCUMA SELURUH NEGARA..

Berdasarkan kajian menyeluruh yang telah dilakukan oleh pihak kami
" Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO "

PTPTN Boleh dihapuskan tanpa sebarang masalah..

Ianya boleh dihapuskan tanpa mengambil sesen pun wang Petronas, hasil cukai industri, hasil Balak, dan galian mineral lainnya.

Mari kita lihat berapa banyak wang rakyat yg telah diguna-pakai secara Haram oleh UMNO / BN bagi menampung segala perbelanjaan kerja serta programe2 Mega Parti mereka..

Pegiraannya amat mudah cukup sekadar kalian tahu olahan mathematik Darjah dua...

Perbelanjaan UMNO dan komponen Barisan Nasional lainnya dgn mengunakan wang rakyat sepanjang tahun bagi menjayakan programe2 Parti baik dari yg sekecil2mya hinggalah yg Mega dan Supermega.

PERINGATAN UTK SEMUA BANGSA MALAYSIA..

UMNO / BN adalah Parti Politik bukannya sebuah SYARIKAT..

Barisan Nasional terdiri dari 4 buah buah Parti tonggak Utama.

MCA, UMNO, Gerakan, MIC dan PPP

Selebihnya adalah 12 belas Parti kaffir yg bernaung menjadi komponen gabungan dalam Barisan Nasional.

Peruntukan Perbelanjaan Parti2 Tonggak dalam UMNO setahun bagi segala Program kecil sehingga yg Mega2

MCA sebanyak RM 1.5 Bilion
UMNO sebanyak RM 1.5 Bilion
Gerakan sebanyak RM 1.0 Bilion
MIC sebanyak RM 1.0 Bilion
PPP sebanyak RM 0.7 Bilion ( RM 700 Juta )

Peruntukan bagi 12 parti Kaffir dalam komponen Barisan Nasional.

Setiap Parti mendapat RM 0.5 Bilion ( RM 500 Juta )

Jumlah keseluruhan wang rakyat yang dilacurkan oleh BN sepanjang tahun..

Parti2 Tonggak - RM 1.5 B + 1.5 B + RM 1.0 B + 1.0 B + 0.7 B = RM 5.7 Bilion

12 Buah Parti Komponen lainnya adalah sebanyak 12 x RM 0.5 B = RM 6.0 Bilion

Nota Penting :

Jumlah keseluruhan wang rakyat yang hangus ditangan UMNO / BN
adalah sebanyak RM 11.7 bilion setahun.

Peruntukan yang perlu disediakan oleh Kerajaan bagi menampung pendidikan para pelajar di IPTA / IPTS adalah sebanyak RM 1.7 Bilion setahun.

Bagi menampung pendidikan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah / menengah dan sekolah agama termasuklah menaik-taraf serta penyelenggaraan adalah sebanyak RM 2.3 Bilion setahun..

Jumlah keseluruhan bagi negara menampung keseluruhan programe pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke peringkat Universitity adalah sebanyak
RM 4.2 Bilion setahun

Jika ditolak kos bagi menampung perbelanjan programe Parti BN

maka negara akan dapat menjimatkan wang rakyat sebanyak

RM 11.7 Bilion - RM 4.2 Bilion = RM 7.5 Bilion setahun.

Jumlah RM 7. 5 Bilion ni boleh digunakan bagi menyelenggara kesemua lebuh raya yang terdapat dalam negara kita ini jika kesemua tol telah dihapuskan...

So, Cukai jalan pun boleh dihapuskan oleh kerajaan kerana wang bagi menyelenggara jalan raya serta lebuh raya telah di " cover " dgn lebihan wang sebanyak RM 7.5 Bilion setahun tadi.

Sekian wasalam...

Satu sahaja harapan kami pada puak2 Melayuwiyah UMNO rajin2 lah belajar Mathematik..

Dari Server canggih ADMIN : " Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO "

Tiada ulasan: