Tun M beri isyarat undi Pakatan kalau mahu aman?
Abdul Aziz Mustafa,
|
28 Mei 2012
|
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah
Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika
PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.
Ditemui
selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau
berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah
dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak
membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan
berkekalan.
"Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya.
Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa.
"Dalam
keadaan Dr Mahathir dilaporkan yakin benar bahawa kerajaan (Datuk Seri)
Najib (Tun Razak) berada dalam keadaan yang lemah, saya setuju dengan
pandangan salah seorang penyokong PR yang menyatakan bahawa bekas
presiden Umno itu sebenarnya semakin paranoid dan merasakan PR boleh
buat apa sahaja, buat Avatar, buat 911, apa sahaja," kata beliau sinis.
Sebelum
itu, dalam ceramahnya, Mahfuz berkata beliau yakin negeri-negeri PR
tidak ada masalah untuk tidak mengadakan pilihan raya berasingan asalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan apa yang dituntut
oleh rakyat.
"Asalkan SPR bersetuju dengan tuntutan rakyat
supaya daftar pengundi dibersihkan dan satu suruhanjaya diraja
ditubuhkan untuk menyiasat semua amalan tidak bersih dan tidak adil
dalam perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR, saya yakin
negeri-negeri di bawah kerajaan PR bersetuju untuk tidak mengadakan
pilihan raya berasingan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Diminta
mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mahfuz bagaimana tetap tidak
yakin kerajaan Umno dan SPR di bawah kekuasaannya bersedia untuk
mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.
"Apabila
Timbalan Pengerusi SPR (Datuk Wan Ahmad Wan Omar) kata 92 peratus rakyat
dalam kajian Merdeka Centre yang hilang keyakinan terhadap sistem
pilihan raya sebenarnya tidak tahu apa yang mereka katakan dan
kemudiannya mendakwa pula kajian itu tidak mencerminkan pemikiran rakyat
Malaysia atas alasan terlalu kecil dan rawak, ia terang-terangan
membuktikan keengganan SPR untuk memperbaiki apa yang dituntut oleh
rakyat," katanya.
Mahfuz kesal apabila SPR berdalih dengan
pelbagai alasan dan dakwaan sedangkan sebelum ini berkali-kali Umno
sendiri mengiktiraf dan meraikan kajian Merdeka Centre termasuk mengenai
tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri.
Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa
Harakahdaliy,
|
28 Mei 2012
|
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari
ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012
lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran
agama.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang
turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak
menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.
"Kita
mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung
Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.
Penganjuran
sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam
mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.
Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda.
Antaranya
penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wanita dari korea yang
mempersembahkan tarian dengan berpakaian seksi dan menjolok mata.
"Dengan
menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan
menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.
"Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri," kata Riduan lagi.
Kerajaan
ujarnya seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian
dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik
kehadiran ramai belia.
"Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini?
"Adakah
konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia
dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh
daripada agama Islam?
Apa yang berlaku dalam sambutan hari belia
itu tegas Riduan, hanya mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti
untuk umat Islam berpaut, kerana Umno hanya menjauhkan anak muda dari
nilai agama.
Himpunan belia berjaya, masa terbaik untuk Najib bubar parlimen?
http://cenangau.blogspot.com,
|
28 Mei 2012
|
Semalam berakhir Himpunan Jutaan Belia 2012 yang berlangsung selama 5
hari. Katanya Najib sangat seronok dengan kejayaan himpunan tu sampai
bagi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan yang Najib kata dah
capai KPI pasai berjaya anjurkan himpunan dengan penyertaan yang cukup
hebat.
Katanya himpunan tu berjaya tarik kunjungan lebih 2 juta
belia dari lebih 11juta belia di negara ni, satu angka yang cukup
besar, hampir 20%.
Kalau nak dibandingkan dengan Himpinan Bersih 3.0 yang
Rais Yatim kata cuma dihadiri 22,270 orang saja, tak sampai pun 1% berbanding himpunan belia tu. Kalau nak kira orang muda saja pulak lagi la sikit.
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201
Sebelum ni masa sambutan 64 tahun Umno di Stadium Bukit Jalil, katanya
lebih 250,000 yang hadir. Kalau guna angka ni pun dah jauh lebih ramai berbanding angka yang Raiz Yatim sebut tu. Tak sampai pun 10%
Jadinya, aku rasa Najib patut sangat-sangat dah umumkan bubar parlimen
dalam masa terdekat ni. Najib patut gunakan kesempatan sekarang ni
pasai masa kedepan belum tentu lagi. Tumpang anak muda katanya tengah
sokong ni masa ni la Najib patut bubar parlimen dan adakan PRU13.
Tak kisah la dengan cakap-cakap pembangkang yang kata angka kehadiran tu menipu.
Peduli apa dengan cakap pembangkang yang kata Stadium Bukit Jalil cuma
boleh muat 100,000 kalau penuh sendat dengan manusia. Peduli ada dengan
gambar yang nampak macam stadium tak penuh malam tu.
Peduli
apa dengan spin pembangkang yang kata kalau setakat penuh stadium tu
cuma taraf ceramah Umum yang Pakatan Rakyat buat dalam stadium saja.
Toksah dok heran dengan dakyah pembangkang yang kata kehadiran program himpunan belia yang berakhir semalam tu sebenarnya
tak sampai 100,000 orang pun. Toksah dok heran dengan angka yang depa keluarkan konon guna kaedah yang sama macam Rais Yatim guna tu.
Toksah peduli la dengan spin pembangkang yang perleceh himpunan belia
tu, konon penuh dengan maksiat pasainya memang benda macam tu yang orang
muda suka, depa sebenarnya dengki pasai depa tak boleh buat program
macam tu.
Lagi satu, tak payah la nak heran dengan cakap
Dr. Mahathir yang suruh tangguh sampai habis bulan puasa,
konon kerajaan pimpinan Najib masih lagi lemah. Dr. Mahathir apa tau,
dia dah tua, lagi pun dia tak hadir masa himpunan belia yang berakhir
semalam. kalau dia hadir tentu dia pun akan suruh najib segerakan bubar
parlimen.
Akhir sekali, aku sangat-sangat harap Najib bubar
parlimen dalam masas terdekat ni, cemuih dah tunggu pilihanraya dari
sebulan ke sebulan tak jugak bubar parlimen. Cuma masalahnya, berani ka
Najib bubarkan parlimen dalam masa terdekat ni?
Tak sabar nak tengok betui ka
Salahuddin Ayub boleh jadi menteri besar Johor dan Perak pulak Pakatan Rakyat dapat rampas balik.
Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia
Hazayani Zakaria,
|
28 Mei 2012
|
KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil
iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan
drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.
Yang Dipertuanya,
Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya
memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan
itu diadakan.
"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus
dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah
keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.
"Saya difahamkan trek
perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa
biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan
perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari
ini.
Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat,
Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya
dalam masa terdekat.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di
Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam
perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di
kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.
Banyak program melalaikanMengulas
mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya
tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.
"Program
yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak
aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.
"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.
Tambah
beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan
dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib
Razak.
"kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.
Terus asak airtime TV semasa kempen PRU13
Ahmad Lutfi Othman,
|
28 Mei 2012
|
Di waktu banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin
mencipta tragis sebagai "medan terburuk" bagi pertarungan menagih mandat
baru rakyat, saya melihat beberapa reaksi awal -- yang mungkin dilihat
sudah terlewat tetapi tetap dianggap positif dalam proses pendemokrasian
-- yang agak mengembirakan.
Semua maklum bahawa PRU13 paling
kritikal, sama ada buat Pakatan Rakyat dan juga BN. Ia pertempuran hidup
atau mati. Bagi sesetengah individu bertaraf VVIP, kalah bukan sekadar
bererti menjadi pembangkang tetapi bakal berdepan tindakan yng cukup
mengaibkankan. Maka, untuk mengharapkan pertandingan ini dijalankan
secara adil, telus dan bersih, serta menurut etika yang sihat, ia
seolah-olah hanya ilusi.
Semua maklum, Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) daripada awal lagi dilihat bukan sahaja memihak kepada elit
penguasa, malah telah dijadikan perkakas utama BN untuk menang secara
tipu-muslihat. Buktinya, senarai daftar pemilih yang kotor dan
meragukan, terutama di Selangor. Bukti ini sebenarnya lebih panjang
lagi.
Bagaimanapun, sebagai pengamal media yang prihatin dengan
tuntutan proses pilihan raya yang adil dan bersih, saya mengharapkan
reaksi awal kerajaan terhadap isu akses media dan tempoh minimum kempen
perlu disambut tetapi hendaklah diperhalusi agar situasi "padang
permainan sama rata" dapat dijelmakan.
Apabila saya agak kerap
menimbulkan hal ini, terutama melalui program Kumpulan Aktivis Media
Independen (KAMI) dan kenyataan akhbarnya, ramai yang memandang sinis
dan melihat usaha itu sebagai sia-sia sahaja.
Ya, masakan Umno-BN
yang berada di tepi jurang curam dan dalam, masih mahu berbicara soal
mewujudkan proses pilihan raya yang benar-benar demokratik dan bebas
daripada sebarang penipuan dan manipulasi?
Kita tidak dapat
membayangkan kegerunan pemimpin Umno-BN, terutama yang bergelumang
dengan pelbagai skandal dan dosa politik, berdepan dengan hukuman rakyat
nanti. Tanpa kuasa -- khususnya buat pertama kali di peringkat
persekutuan -- segala imuniti dan kekebalan tertanggal seluruhnya.
Apa
pun, saya kira Najib Razak tidak mempunyai banyak pilihan. Misalnya,
beliau terpaksa memansuhkan ISA, tentunya bukan kerana kejujuran dan
keikhlasan untuk memartabatkan keadilan, tetapi disebabkan sudah "diasak
ke dinding".
Malah kerajaan sememangnya tidak lagi dapat
memperalatkan ISA sesuka hati untuk memenjarakan musuh atau seteru
politiknya, disebabkan kesedaran merata rakyat terhadap isu-isu hak
asasi dan sebagainya. (Mungkin agak sukar kita mengingati siapa mangsa
ISA terakhir daripada kalangan tokoh-tokoh politik; ia lebih membabitkan
aktivis yang dikaitkan dengan keganasan dan militan ....)
Begitu
juga dengan janji-janji untuk memulihkan demokrasi terpaksa dilafaz
Najib semasa malam Hari Malaysia tahun lalu, pastinya bukan disebabkan
keikhlasannya untuk menamatkan amalan zalim turun-temurun regim BN.
(Secara peribadi saya tidak gemar dengan istilah "ikhlas dan jujur"
dalam politik; ia perlu terus diasak dan ditekan secara konsisten).
Ia
didorong oleh tindakan politik penguasa bagi merebut kepercayaan dan
keyakinan rakyat, yang semakin terbuka dan terdedah dengan proses
pendemokrasian sejagat, seperti ditandai oleh Arab Spring dan
seumpamanya. Pilihan agar dilihat lebih terbuka dan demokratik hanya
merupakan antara talian hayat terakhir yang masih tinggal.
Sang
diktator yang mengawal ketat setiap pergerakan rakyatnya pun tidak mampu
mengepung wilayah negara daripada "wabak pendemokrasian" ini, apatah
lagi teknologi ICT dan fenomena langit terbuka sudah merata serta tidak
mampu disekat lagi.
Dan saya melihat penubuhan Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya
adalah kemenangan moral buat Bersih 2.0. Kerajaan akhirnya terpaksa
tunduk dengan aksi protes jalan raya. Manakala beberapa rumusan awal,
seperti penggunaan dakwat kekal, merupakan "keputusan terpaksa" bagi
melunakkan kemarahan rakyat dan pembangkang.
Hinggakan, Pengerusi
SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof terpaksa meluahkan rasa kecewanya apabila
beberapa langkah pembaharuan, misalnya dakwat kekal, tidak disambut
dengan lafaz terima kasih oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Apabila
membaca kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais
Yatim, pada 22 Mei lalu, bahawa kerajaan akan meneliti saranan SPR agar
parti-parti politik di negara ini termasuk pembangkang diberikan akses
siaran televisyen secara bebas dan adil, saya menarik nafas lega.
Kata
Rais, kertas kabinet mengenai hal itu sudahpun disiapkan. Semestinya ia
dibincangkan dengan semua parti yang bertanding serta NGO media yang
prihatin dengan isu ini, khasnya Bersih.
Sekurang-kurangnya isu
akses media ini terpaksa juga disambut kerajaan. Sebelum itu, Timbalan
Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar memberi jaminan akan mempertimbangkan
tempoh kempen lebih lama dalam PRU13 nanti. (Alasan bertulis SPR sebelum
ini untuk meremehkan tuntutan tempoh minimum kempen 21 hari adalah
dangkal dan tidak diasaskan kepada fakta).
Saya dan KAMI kerap
menekankan dua tuntutan penting Bersih itu, yang agak dipandang remeh,
iaitu akses media yang adil dan saksama, serta tempoh kempen minimum 21
hari, termasuk melalui Konvensyen Akses Media Dalam PRU13 pada 12 Mei
lalu, di Hotel Nouvelle, Sri Kembangan.
Rais berkata, ia bagi
membolehkan parti-parti berkenaan menyampaikan manifesto mereka kepada
rakyat. "Kerajaan telah menerima permohonan SPR supaya memperuntukkan
masa kepada parti-parti politik berkempen di televisyen. Sebenarnya kita
telah menyediakan satu kertas cadangan yang akan dibentangkan ke
Kabinet tidak lama lagi," tambahnya.
Ia susulan permohonan SPR agar kerajaan memberikan masa siaran televisyen kepada semua parti politik ketika kempen PRU13.
Ya,
kerajaan BN terpaksa melakukan sesuatu bagi menampakkan,
sekurang-kurangnya, ia tidak berada pada tahap lebih buruk berbanding
kerajaan junta Myanmar, yang bersedia memberi airtime saluran TV
kerajaan kepada pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi, dalam pilihan raya
kecil negara itu baru-baru ini.
Kerajaan autoritarian Singapura
juga memberikan akses kepada pembangkang untuk muncul di kaca TV yang
dikawal kerajaan, khususnya untuk menjelaskan manifesto kepada pengundi.
Difahamkan transkrip ucapan itu kemudiannya disiarkan dalam akhbar
harian esoknya.
Saya kira SPR juga wajar mengendalikan debat
politik di TV, membabitkan tokoh-tokoh utama parti-parti yang
bertanding, seperti dimulakan oleh Sinar Harian, yang mempertemukan
Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli, baru-baru ini. Apa pun, seperti
saya tegaskan di awal tadi, isu akses media ini perlu diperdebat dan
perhalusi lagi.
Program Hari Belia, berapa juta wang rakyat dibelanjakan
http://kachipemas.blogspot.com,
|
28 Mei 2012
|
Monday, May 28, 2012
Sekadar Renungan !!! Program Hari Belia, Berapa Juta wang Rakyat di Belanjakan ma ?
PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma
Konsert Malam Tadi Untuk Penyanyi Tempatan Berapa wang Habis Ma?
Kemah Yang Di Pasang Berapa Wang Habis ma ?
Minta Ahli Parlimen kita, tanya di Parlimen nanti Ye. berapa juta wang rakyat habis ma ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan