Sabtu, 12 Mei 2012

OTAK MELAYU...PERJUANG MELAYU..PERIBADI TAK LAH MELAYU SANGAT...TAK KAN MELAYU TAKUT DENGAN PERKATAAN 'ISLAM'...INGATLAH ALLAH..INGATLAH MATI...INGATLAH ALAM BARZAH....INGATLAT PADANG MAHSYAR...INGATLAH SYURGA NERAKA...HITUNGLAH AMAL...HISABLAH DIRI...ADAKAH RAPAT SESANGAT DENGAN ALLAH...BAWA2LAH DIRI MENADAH KITAB...SEBELUM TERLAMBAT...

PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam PAS
PERKASA mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

NONEBercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di Pasir Mas malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.

Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.

"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya.

- Bernama
Fatwa BERSIH: Apabila agama diperkudakan
ULASAN Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan) baru-baru ini mengeluarkan fatwa menyebut, haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz dalam respons segeranya mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan pandangan hanya menggunakan "sebelah mata".

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media.

Menuju zaman gelap
Jika begitu fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jelaslah tidak ada seorang wakil pun yang dihantar untuk menjadi pemerhati demonstrasi "duduk bantah".

Manakala Nik Aziz pula lebih berkredibiliti oleh kerana umum mengetahui ribuan anggota PAS menyertai perhimpunan tersebut.

Tambahan lagi, PAS menghantar ribuan anggota Unit Amal mereka untuk menjaga keselamatan rakyat dalam demonstrasi tersebut.

Jika memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil dianggap haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, hilanglah integriti sebagai sebuah badan agama Islam yang dihormati.

Lebih baik Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa mengharamkan pilihan raya Malaysia yang jelas diwarisi dari penjajah Inggeris.

Bukan itu sahaja, Malaysia belum pernah ubah sistem pilihan raya First Past The Post (FPTP) yang ditinggalkan oleh penjajah. Dalam sistem FPTP, seseorang calon sudah dianggap menang walaupun dengan majoriti satu undi.

Dalam hal kehidupan sehari-hari, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah terlihat mempermudahkan kehidupan rakyat terutamanya umat Islam di negara ini.

Di mana fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu rasuah dan penyelewengan? Apa pula fatwa tentang rampasan kuasa yang dilakukan di negeri Perak dahulu?

Mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan membisu apabila kerajaan jelas menindas rakyat seperti isu hak royalti minyak rakyat negeri Kelantan?

Malaysia sudah menerima pilihan raya sebagai sistem untuk memilih kepimpinan negara, apa masalahnya jika berdemonstrasi untuk menuntut sistem tersebut diperbaiki?

Belajar dari paderi di Filipina
Filipina merupakan satu-satunya negara Kristian di Asia Tenggara. Apabila Ferdinand Marcos mendeklarasikan undang-undang darurat - untuk halalkan beliau terus berkuasa, ada golongan paderi yang mengambil pendirian untuk melawan Marcos.

Mereka ini disokong oleh "mufti besar" seperti Cardinal Sin - berani mengambil pendirian berbeza dari Marcos.

Gereja-gereja menjadi tempat untuk memberikan pendidikan politik dan merekrut sukarelawan.

Ertinya golongan agama bukan sahaja menyampaikan surah-surah mengenai Isa akan tetapi turut sama dalam memantapkan kehidupan rakyat.

Hari ini, golongan agamawan di Malaysia sudah terpisah dari rakyat. Mereka sudah menjadi golongan elit yang digunakan sebagai alat untuk menindas rakyat.

Apakah pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu pembunuhan Altantuya Shariibuu? Mereka diam membisu kerana tertuduh dikatakan mempunyai kaitan dengan perdana menteri.
Golongan agamawan di Malaysia harus melakukan reformasi dengan segera. Jika tidak, mereka akan menjadi seperti gereja-gereja di zaman gelap Eropah. Tidak salahlah Karl Marx menganggap agama pada waktu itu (baca: zaman gelap) adalah candu kepada masyarakat.

AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Bersih 4.0: Duduk dan debat?

Nasrudin Hassan, 11 Mei 2012

FOKUS Bersih sama ada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.

Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR.

Pelbagai peraturan dan undang-undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.

Maka pihak Bersih telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke Suhakam, laporan PDRM, Laporan SPRM, memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Himpunan Aman.

Malangnya,  sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan Bersih tersebut.

Kerajaan Umno dan BN sebaliknya mendakwa  Bersih menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci Bersih dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan Bersih, media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.

Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan Bersih supaya Bersih 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan Umno dan BN akur tuntutan rakyat.

(Bersih 3.0: Duduk bantah)

Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan.

Sementara hari ini dan saya percaya ia akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan Bersih 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap Bersih sedang pihak Bersih tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.

Maka saya mencadangkan agar Bersih 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat.

Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden Pas  Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujah kekuatan.

Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.

Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.

Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua-dua parti komponen besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah.

Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.
---------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

http://promupm.wordpress.com, 12 Mei 2012


Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.





Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.

Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.

Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!

Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.

PENDEMO KLON!!! Polis sebar empat gambar tapi orang yang sama

http://paspb2.blogspot.com, 12 Mei 2012
Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.
'Pendedahan' itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa dikritik hebat ekoran penggunaan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Peserta perhimpunan, dipercayai anggota Unit Amal PAS yang kelihatan gempal muncul empat kali dalam wajah yang dikeluarkan polis pada 9 Mei.

Gambarnya dilabel dengan nombor 7, 15, 18 dan 21.

Pengguna Facebook yang mengecam kesamaan itu dipercayai bernama Mohd Nor Amin Zainuddin.

Beliau mengeposkan komen itu di Facebook polis pada t 2.59 petang pada hari yang sama gambar itu dimuatnaik.Aku Ingin Bebas

Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...

http://reformisanakmuda.blogspot.com, 12 Mei 2012

Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.



Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini...  Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.


Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli


Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli.  Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis...


Semasa ketibaan presiden Umno,Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia)






Blogger-blogger Umno dengan malu-malu kucing terpaksa menyiarkan juga gambar dan cerita yang hanya menyedapkan hati mereka sendiri... kononnya yang hadir lebih 100 ribu orang...apabila dicampur kerusi berwarna merah... kih kih kih...


Banyak kerusi kosong


Alahai Lokman... Exco pemuda sambut Najib pegang bendera dengan berlatarbelakangkan kerusi-kerusi kosong... hmmmmmmmmm



Tiada ulasan: