Kelantan dipinggirkan Umno sejak 1959
Muhamad Yusri Amin, | 30 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.
Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.
Sebelum itu Umno menjanjikan mahu membina jambatan berkenaan, namun selepas tewas pada 1959 peruntukan projek Jambatan Sultan Yahya Petra dibawa Pahang.
Begitu juga projek rancangan tali air Kemubu melibatkan kos RM45 juta yang diperolehi kerajaan PAS daripada pinjaman Bank Dunia.
Semua projek itu dianggap mustahil bagi pemimpin Umno ketika itu, namun akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai juga dinafikan Umno.
Senator Mumtaz Mohd Nawi berkata, lebuh raya rakyat akan menjadi kenyataan dengan sokongan semua pihak.
“Kita boleh lihat sendiri pada majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya berkenaan lebih RM1 juta derma berjaya dipunggut daripada orang ramai.
“Rakyat simpati selepas kita didera begitu lama bagi mendapat kemudahan seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.
Menurutnya sejak Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) hingga RMK-10 kerajaan Persekutuan tidak menyenaraikan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia.
Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lebuh raya rakyat sebagai gimik politik dan menganggap kerajaan negeri tidak mampu membinanya.
Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit hanya menutup aib mereka sendiri kerana meminggirkan rakyat Kelantan sejak sekian lama.
Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, biar pun sumber kewangan kerajaan negeri terbatas, namun demi kepentingan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu tetap diteruskan.
“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab itu ekoran masalah yang ditinggalkan Umno,” katanya.
Bekas pegawai kanan kerajaan Ubaidah Yaakub berkata, lebuh raya yang dicadangkan di Kelantan bagi manfaat rakyat dan bukannya bertujuan mendapat keuntungan seperti lebuh raya di tempat lain.
Jom ke Himpunan Hijau
Ibnu Azmi al-Sintoki, |
Selaku warga Kedah, kami mengalu-alukan kesemua ahli, penyokong PAS untuk hadir ke perhimpunan ini. Perhimpunan ini bukanlah semata-mata satu perhimpunan menghabiskan masa dan berseronok sahaja.
Hakikatnya pendokong perjuangan PAS perlulah memiliki semangat untuk bekerja dan pencerahan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Antara kaedah untuk mengisi kedua-dua ini, maka Himpunan Hijau dilihat sangat tepat dengan strategi menyediakan tenaga dan iltizam bekerja untuk parti.
PAS bukanlah lagi parti tok lebai di kampung-kampung. PAS telah berjaya memasuki hati orang cerdik pandai termasuklah professor dan pakar perubatan. Namun begitu, ahli PAS tidak boleh duduk diam dan berbangga dengan pencapaian sekarang yang jelas banyak lagi liku dan cabaran yang perlu diharungi oleh parti dan ahli.
Ahli PAS juga perlu sedar, parti politik ini juga memerlukan ahli yang mendepani masa. Parti yang tidak mendepani masa akan lapuk dan tidak berkembang. Idealism yang baru sentiasa diperlukan untuk menawan hati pengundi. Perlu di ingatkan untuk menawan Putrajaya, PAS memerlukan undi kesemua rakyat Malaysia, bahkan dari ahli Umno.
Sejajar dengan Menteri Besar Kedah yang sentiasa memandang berat soal strategi dan fiqhusiyasah, ahli PAS juga perlu merancang strategi yang ampuh untuk memenangi hati pengundi pada pilihanraya akan datang.
Kita bukan saja ingin memenangi hati mereka dalam pilihanraya, tetapi tugas PAS sebagai medium dakwah Islami juga perlu dihalusi agar setiap rakyat Malaysia beragama Islam dapat mengamalkan cara hidup Islam seperti tuntutan Allah.
Suntikan semangat adalah suatu perkara yang sangat penting, ia umpama motivasi dalam diri ahli. Tiada siapa yang mampu mengerakkan ahli supaya lebih komited melainkan dorongan Allah dan motivas iahli sendiri.Semangat ahli PAS mestilah didorong dengan keimanan dan ketaqwaan kerana proses memenangkan dan mengisi kemenangan parti memerlukan disiplin dan integriti tinggi.
Tidak dinafikan ahli PAS rata-rata mempunyai semangat juang tinggi, mungkin kerana PAS telah lama mendidik dan mentarbiah ahli. Namun, satu perkara yang sama penting adalah proses pencerahan. Ahli PAS perlulah lebih “cerah” dari bakal pengundi. Pencerahan bererti mendapat pengetahuan, pengisian ilmu dan fakta terutama sekali ketika berkempen. Keilmuan inilah akan menjadikan PAS sentiasa dinamik dan mendepani masa.
PAS juga perlu menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat. Fakta ini tidak boleh dinafikan. Cuma sekiranya ahli PAS hanya sekadar hadir ke ceramah tanpa menyumbang kepada kekuatan parti. Lumpuhlah parti. Adakah patut beban menjadi tunjang Pakatan Rakyat hanya dibebankan pada bahu Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Sedarlah, DatoPresiden hanyamampu menjalankan tugas presiden. Ahli PASlah yang perlu bergerak dan melaksanakan tugasan dari Dato Presiden.
Parti ini memerlukan kekuatan keseluruhan jentera untuk berjaya, anda yang membaca artikel ini, kami warga Kedah menjemput anda hadir ke Perhimpunan Hijau ke Putrajaya.
Wallahua’lam.
Ibnu Azmi al-Sintoki
Tidak puas hati, Orang Asli pulang wang RM200
Khairil Abdul Rahim, | 30 Mei 2012 |
TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Leleh, Lanchang semalam bertindak membantah dan memulangkan kembali wang sebanyak RM200 kepada Risda kerana dianggap tidak munasabah.
Menurut mereka, wang tersebut dikembalikan demi maruah mereka berikutan didapati berlaku ketidakadilan dan mungkir janji pihak kerajaan kepada persetujuan asal berdasarkan minit mesyuarat.
Mereka mendakwa, mesyuarat diadakan antara wakil penduduk dengan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh tahun lalu itu, diadakan berikutan projek mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Mining Sdn Bhd yang memusnahkan ladang sawit Tanam Semula Kelompok (TSK) milik penduduk.
Pengerusi jawatan kuasa bertindak penduduk, Rawi a/l Gaud berkata, berdasarkan minit mesyuarat mereka sepatutnya menerima RM350 sebulan, 15 peratus keuntungan hasil pelombongan bijih besi dimasukkan ke akaun dan tanah seluas 50 hektar sebagai gantian kerosakan tanaman akibat aktiviti perlombongan bijih besi.
Namun begitu, katanya, semua janji tersebut tidak ditepati sejak lebih dua tahun yang lalu kecuali yang mereka dapat sebanyak RM200 beberapa hari lalu.
“Ladang sawit kami habis musnah apabila syarikat Mentiga masuk melombong besi sejak 2010. Air sungai tercemar teruk, sekarang kalau hari panas kami dapat habuk kalau hari hujan kami dapat jalan becak.
“Bila keadaan dah jadi macam ini mereka nak bayar kami RM200. Sekarang kami nak pulangkan semula duit tu sebab tidak munasabah dan tidak setimpal dengan kerugiannya,” katanya tegas.
Kampung Orang Asli Sungai Leleh meliputi kawasan tanah seluas 365 hektar dan 95 hektar daripadanya ditanam dengan sawit dengan 86 orang peserta. Terdapat kira-kira 100 keluarga daripada suku Temuan dengan lebih 400 penduduk.
Rawi menjelaskan, mula-mula dulu penduduk mengusahakan kebun sawit sendiri sehingga mampu meraih pendapatan RM1,000 sebulan. Tetapi apabila diambil alih oleh Risda jadi TSK dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mereka hanya dibayar RM500 sebulan.
Tambahnya, apabila syarikat perlombongan masuk ke situ tanah kebun mereka musnah sehingga menghadapi kesempitan untuk mencari sumber rezeki.
“Kami kesal orang lain yang tidak berkuasa ke atas tanah kami telah tanda tangan bersetuju menggali kawah lombong besi di sini sehingga 40 kaki ke bawah tanah.
“Lebih menakutkan, kalau diikutkan pelan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri kawasan perlombongan bijih besi akan meliputi sehingga ke semua kawasan penempatan dan rumah penduduk.
“Itulah yang menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang tiada kawasan lagi untuk penduduk diami dan kawasan hutan sudah semakin pupus untuk mencari rezeki,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk tua di kampung berkenaan, Gaud a/l Batin Kang, 72, berkata penduduk hanya menuntut hak mereka sahaja yang sepatutnya diiktiraf sebagai warganegara serta penghuni asal dan tidak mahu meminta hak kepunyaan orang lain.
Menurutnya, kampung berkenaan telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu dan ayah beliau sendiri iaitu Batin Kang, pernah menjadi pembantu kepada Orang Kaya Semantan Datuk Bahaman.
Turut hadir memberi semangat kepada Orang Asli peguam Ahmad Nizam Hamid dan pelakon Abdul Kadir Abdul Manap atau Pak Jabit.
Selangor edar borang survey jejak pengundi baru
Harakahdaily, | 30 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Sebanyak 94,474 borang Kaji Selidik
Daftar Pengundi akan diserahkan kepada tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN)
untuk menjalankan proses mengenalpasti pengundi baharu yang didaftarkan
di DUN berkenaan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tujuh DUN terbabit ialah Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.
"Borang Kaji Selidik Daftar Pengundi ini akan diserahkan kepada ADUN masing-masing yang kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung untuk menjalankan tugas mengenalpasti pengundi baharu yang berdaftar," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan ini adalah kesinambungan dari Program Selangorku Bersih yang dilancarkan kerajaan negeri bagi membersihkan daftar pengundi sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Program Selangorku Bersih telah memasuki Fasa Kedua yang mana Fasa Satu telah dijalankan di DUN Batang Kali. Sebanyak 13,034 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi telah dikeluarkan di Batang Kali pada 19 Mei lalu. Setakat Isnin lalu, sebanyak 1,116 borang telah dikembalikan.
"Kerajaan Negeri bertanggungjawab membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan senarai daftar pengundi di Selangor dibersihkan bagi menjadikan PRU akan datang diadakan secara adil dan bersih.
"Kita juga mahu membuktikan kepada SPR bahawa peningkatan luar biasa pengundi baharu di Selangor adalah disebabkan wujudnya nama-nama yang meragukan atau pengundi hantu," katanya.
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu -
Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian
lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.
"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.
"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.
Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.
"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 juta.
"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.
"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.
"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.
Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut, Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan
memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat
dalam mengurus kewangan negara.
“Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan “Invest Malaysia 2012″ di sini hari ini.
Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya.
Saya kira sudah acapkali PM mambuat kenyataan saperti ini. Kali ini saya ingin bukan sahaja bertanya tetapi mencabar PM yang juga menteri kewangan ini...Berapakah hutang negara yang sbenarnya kalau ia belum lagi mencecah 55% KNDK?
Di parlimen soalan saya tentang hutang kerajaan Pusat dijelaskan adalah RM456.1 bilion atau 53.5% KDNK. Namun hutang yang dijamin oleh Kerajaan Pusat yang dipinjam oleh 2 badan berkanun dan 26 syarikat kaitan kerajaan (GLCs) ialah pada paras RM116.76 bilion pada hujung Disember 2011.
Kesemua hutang ini akan menjadi hutang Kerajaan Pusat seandainya mereka gagal membayar pinjaman yang dibuat. Kesemua ini menjadi "Contingent Liability" atau Hutang Kerajaan Pusat juga seandainya peminjam gagal bayar hutang mereka.
Saya cabar PM nyatakan sekarang berapa banyak hutang-hutang ini yang telah menjadi hutang kerajaan Pusat sebab tak dibayar peminjamnya termasuk hutang oleh Syarikat Perumahan Nasional Berhad (RM9.1bilion),PTPTN (RM19.1bilion), termasuk yang dipinjam oleh MAS,1-MD, Sime Darby dan sebagainya?
Sementara itu, berapakah bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pusat kepada pemegang bon dalam kes skandal PKFZ yang katakan telah dibayar RM3 bilion dan RM700 juta bakal dibayar pada bulan Jun ini dan bayaran bon kepada pemegang konsesi air di Selangor sebanyak RM6.4 bilion.
Dalam pada itu,kerajaan dingatkan supaya jangan terlalu 'reckless' atau 'tak pruden' dalam pelaburan mega-besar seperti infrastruktur termasuk MRT, Speed Bullet) train, lebuhraya. Memang besar itu baik untuk pertumbuhan, kalau MRT menelan RM70 bilion akhirnya, itu sahaja sudah hampir 10% dari KDNK negara.
Tetapi dari aspek hutang, projek yang pertama diwar-warkan sebagai projek "Pelaburan Swasta" atau "Private Investment" ternyata hari ini adalah dibiayai oleh Kerajaan. Begitu juga yang lain bila awal-awal disebut semuanya macam pelaburan swasta tetapi akhirnya ditanggung segalanya oleh kerajaan.
Ini menipu namanya! Bahkan projek-projek yang dalam kaedah PFI atau "Private-Financial Inisiative" pun kerap kali akhirnya ditanggung oleh kerajaan. Ia menjadi sebahagian dari hutang kerajaan Pusat. Itu yang terjadi dalam kes MAS yangkerajaan telah menyuntik RM3 bilion dalam 3 suntikan. Begitu juga Sime-Darby dan sebagainya.
Ini pengurusan "curang" kerajaan Najib-BN. Asalnya tak ada dalam Belanjaawan dan tidak dikira sebagai Defsit Fiskal apabila dibentangkan tetapi pada akhirnya menjadi sebahagian dari defisit fiskal. Maka yang dikatakan Najib bahawa penurunan defisit fiskal itu sekali lagi dari 5% ke 4.8% juga satu adalah satu 'pembohongan'.
Persoalan hutang juga berkait dengan pendapatan atau 'revenue'. Tetapi apabila bercakap tentang pendapatan, Najib-BN akan terus bercakap tentang 'subsidi' kepada rakyat. Itu yang hendak dikurangkan bagi meningkatkan pendapatan. Polisi pro-kroni dan 'neo-liberal' Najib sebenar gagal mendedahkan berapa 'subsidi' dalam semua bentuk yang diberikan kepada pihak 'industri' atau lebih tepat lagi kroni.
Contoh siapa yang mendapat 'subsidi' terbesar dalam beras, gula atau utiliti seperti tenaga (elektrik)? Rakyat atau Industri?
Berapa banyakkah yang diberikan kepada 'pengecualian cukai' (tax break) kepada pengilang dan juga 'pengekspot'.
Berapakah banyak cukai yang diberikan kepada industri pembuatan dan berapa tahun.Yang nyata seperti Lynas dan banyak kilang-kilang lain?
Kesemua ini pendapatan untuk negara. Tapi yang pasti rakyat bakal dikenakan GST ketika Najib-BN menang besar nanti konon kerana menjana pendapatan baru atau 'revenue base' baru.
Maka perkara hutang dan pendapatan adalah serius dan Najib hanya bercakap untuk manis mulut sahaja dalam Invest Malaysia 2012 dua hari lalu
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tujuh DUN terbabit ialah Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.
"Borang Kaji Selidik Daftar Pengundi ini akan diserahkan kepada ADUN masing-masing yang kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung untuk menjalankan tugas mengenalpasti pengundi baharu yang berdaftar," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan ini adalah kesinambungan dari Program Selangorku Bersih yang dilancarkan kerajaan negeri bagi membersihkan daftar pengundi sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Program Selangorku Bersih telah memasuki Fasa Kedua yang mana Fasa Satu telah dijalankan di DUN Batang Kali. Sebanyak 13,034 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi telah dikeluarkan di Batang Kali pada 19 Mei lalu. Setakat Isnin lalu, sebanyak 1,116 borang telah dikembalikan.
"Kerajaan Negeri bertanggungjawab membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan senarai daftar pengundi di Selangor dibersihkan bagi menjadikan PRU akan datang diadakan secara adil dan bersih.
"Kita juga mahu membuktikan kepada SPR bahawa peningkatan luar biasa pengundi baharu di Selangor adalah disebabkan wujudnya nama-nama yang meragukan atau pengundi hantu," katanya.
Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah
Abdul Aziz Mustafa, | 30 Mei 2012 |
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.
"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.
"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.
Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.
"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 juta.
"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.
"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.
"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.
Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut, Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.
Najib dicabar jelaskan hutang sebenar negara
Dr Dzulkefly Ahmad, | 30 Mei 2012 |
“Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan “Invest Malaysia 2012″ di sini hari ini.
Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya.
Saya kira sudah acapkali PM mambuat kenyataan saperti ini. Kali ini saya ingin bukan sahaja bertanya tetapi mencabar PM yang juga menteri kewangan ini...Berapakah hutang negara yang sbenarnya kalau ia belum lagi mencecah 55% KNDK?
Di parlimen soalan saya tentang hutang kerajaan Pusat dijelaskan adalah RM456.1 bilion atau 53.5% KDNK. Namun hutang yang dijamin oleh Kerajaan Pusat yang dipinjam oleh 2 badan berkanun dan 26 syarikat kaitan kerajaan (GLCs) ialah pada paras RM116.76 bilion pada hujung Disember 2011.
Kesemua hutang ini akan menjadi hutang Kerajaan Pusat seandainya mereka gagal membayar pinjaman yang dibuat. Kesemua ini menjadi "Contingent Liability" atau Hutang Kerajaan Pusat juga seandainya peminjam gagal bayar hutang mereka.
Saya cabar PM nyatakan sekarang berapa banyak hutang-hutang ini yang telah menjadi hutang kerajaan Pusat sebab tak dibayar peminjamnya termasuk hutang oleh Syarikat Perumahan Nasional Berhad (RM9.1bilion),PTPTN (RM19.1bilion), termasuk yang dipinjam oleh MAS,1-MD, Sime Darby dan sebagainya?
Sementara itu, berapakah bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pusat kepada pemegang bon dalam kes skandal PKFZ yang katakan telah dibayar RM3 bilion dan RM700 juta bakal dibayar pada bulan Jun ini dan bayaran bon kepada pemegang konsesi air di Selangor sebanyak RM6.4 bilion.
Dalam pada itu,kerajaan dingatkan supaya jangan terlalu 'reckless' atau 'tak pruden' dalam pelaburan mega-besar seperti infrastruktur termasuk MRT, Speed Bullet) train, lebuhraya. Memang besar itu baik untuk pertumbuhan, kalau MRT menelan RM70 bilion akhirnya, itu sahaja sudah hampir 10% dari KDNK negara.
Tetapi dari aspek hutang, projek yang pertama diwar-warkan sebagai projek "Pelaburan Swasta" atau "Private Investment" ternyata hari ini adalah dibiayai oleh Kerajaan. Begitu juga yang lain bila awal-awal disebut semuanya macam pelaburan swasta tetapi akhirnya ditanggung segalanya oleh kerajaan.
Ini menipu namanya! Bahkan projek-projek yang dalam kaedah PFI atau "Private-Financial Inisiative" pun kerap kali akhirnya ditanggung oleh kerajaan. Ia menjadi sebahagian dari hutang kerajaan Pusat. Itu yang terjadi dalam kes MAS yangkerajaan telah menyuntik RM3 bilion dalam 3 suntikan. Begitu juga Sime-Darby dan sebagainya.
Ini pengurusan "curang" kerajaan Najib-BN. Asalnya tak ada dalam Belanjaawan dan tidak dikira sebagai Defsit Fiskal apabila dibentangkan tetapi pada akhirnya menjadi sebahagian dari defisit fiskal. Maka yang dikatakan Najib bahawa penurunan defisit fiskal itu sekali lagi dari 5% ke 4.8% juga satu adalah satu 'pembohongan'.
Persoalan hutang juga berkait dengan pendapatan atau 'revenue'. Tetapi apabila bercakap tentang pendapatan, Najib-BN akan terus bercakap tentang 'subsidi' kepada rakyat. Itu yang hendak dikurangkan bagi meningkatkan pendapatan. Polisi pro-kroni dan 'neo-liberal' Najib sebenar gagal mendedahkan berapa 'subsidi' dalam semua bentuk yang diberikan kepada pihak 'industri' atau lebih tepat lagi kroni.
Contoh siapa yang mendapat 'subsidi' terbesar dalam beras, gula atau utiliti seperti tenaga (elektrik)? Rakyat atau Industri?
Berapa banyakkah yang diberikan kepada 'pengecualian cukai' (tax break) kepada pengilang dan juga 'pengekspot'.
Berapakah banyak cukai yang diberikan kepada industri pembuatan dan berapa tahun.Yang nyata seperti Lynas dan banyak kilang-kilang lain?
Kesemua ini pendapatan untuk negara. Tapi yang pasti rakyat bakal dikenakan GST ketika Najib-BN menang besar nanti konon kerana menjana pendapatan baru atau 'revenue base' baru.
Maka perkara hutang dan pendapatan adalah serius dan Najib hanya bercakap untuk manis mulut sahaja dalam Invest Malaysia 2012 dua hari lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan